suntikan kbat bab 5

4
SUNTIKAN KBAT TINGKATAN 4 BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH 1. Pada pandangan anda, apakah yang mungkin berlaku sekiranya Nabi Muhammad SAW dan orang Islam di Makkah tidak berhijrah ke Madinah? Pada pandangan saya, sekiranya orang Islam tidak berhijrah, mungkin agama Islam hanya dapat disebarkan di Makkah sahaja. Orang Islam juga mungkin menjadi minoriti yang ditindas oleh pihak Quraisy. Selain itu, akan berlaku perang saudara yang dahsyat dan hal ini akan mencemarkan kesucian agama Islam yang menekankan kedamaian. [Jawapan yang munasabah diterima] 2. Dalam sejarah Islam, hijrah telah membawa banyak kebaikan. Pada pendapat anda, adakah anda akan berhijrah pada masa depan? Berikan alasan anda. Hijrah bermaksud berpindah atau berubah ke arah kebaikan. Bagi diri saya, hijrah pasti akan sentiasa berlaku demi masa depan saya. Saya mesti berubah menjadi rajin dan bertanggungjawab untuk menjadi insan yang lebih baik. Selepas sekolah menengah, saya pasti berhijrah sama ada ke universiti atau ke bandar besar untuk bekerja. Berhijrah untuk menuntut ilmu adalah satu kewajipan untuk diri saya demi kejayaan dan masa depan yang cemerlang. [Jawapan yang munasabah diterima] 3. Perlembagaan Malaysia telah mengambil iktibar daripada Piagam Madinah dalan usaha membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Pada pandangan anda, apakah persamaan ciri-ciri tersebut?

Upload: pching-yong

Post on 06-Dec-2015

129 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

kbat

TRANSCRIPT

Page 1: Suntikan Kbat Bab 5

SUNTIKAN KBAT

TINGKATAN 4

BAB 5: KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

1. Pada pandangan anda, apakah yang mungkin berlaku sekiranya Nabi Muhammad SAW dan orang Islam di Makkah tidak berhijrah ke Madinah?

Pada pandangan saya, sekiranya orang Islam tidak berhijrah, mungkin agama Islam hanya dapat disebarkan di Makkah sahaja. Orang Islam juga mungkin menjadi minoriti yang ditindas oleh pihak Quraisy. Selain itu, akan berlaku perang saudara yang dahsyat dan hal ini akan mencemarkan kesucian agama Islam yang menekankan kedamaian.

[Jawapan yang munasabah diterima]

2. Dalam sejarah Islam, hijrah telah membawa banyak kebaikan. Pada pendapat anda, adakah anda akan berhijrah pada masa depan? Berikan alasan anda.

Hijrah bermaksud berpindah atau berubah ke arah kebaikan. Bagi diri saya, hijrah pasti akan sentiasa berlaku demi masa depan saya. Saya mesti berubah menjadi rajin dan bertanggungjawab untuk menjadi insan yang lebih baik. Selepas sekolah menengah, saya pasti berhijrah sama ada ke universiti atau ke bandar besar untuk bekerja. Berhijrah untuk menuntut ilmu adalah satu kewajipan untuk diri saya demi kejayaan dan masa depan yang cemerlang.

[Jawapan yang munasabah diterima]

3. Perlembagaan Malaysia telah mengambil iktibar daripada Piagam Madinah dalan usaha membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Pada pandangan anda, apakah persamaan ciri-ciri tersebut?

Kebebasan beragama merupakan persamaan yang penting dalam membentuk masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. Setiap individu mesti menghormati agama kaum lain supaya perselisihan faham dapat dielakkan. Selain itu, keadilan ekonomi juga merupakan ciri persamaan yang penting. Peluang ekonomi dibuka kepada setiap individu tanpa mengira agama. Di samping itu, persamaan hak untuk bersuara membolehkan kita lebih memahami antara satu dengan yang lain. Amalan IMalaysia yang tidak membezakan masyarakat melalui kaum dan agama pasti mengeratkan hubungan antara kaum.

[Jawapan yang munasabah diterima]

Page 2: Suntikan Kbat Bab 5

4. Dalam Wawasan 2020, Malaysia menghadapi cabaran untuk menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Bagaimanakah kita dapat mencontohi masyarakat Madinah untuk mengatasi cabaran tersebut?

Bagi mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dalam ekonomi, kerajaan mesti memberi bantuan kepada golongan miskin untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka Bantuan pinjaman modal tanpa riba akan memberikan peluang kepada golongan kurang berupaya yang minat berniaga untuk membina kehidupan yang lebih baik. Selain itu, golongan kaya diwajibkan membayar zakat. Zakat yang dikumpul untuk pembangunan infrastruktur akan memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

[Jawapan yang munasabah diterima]

5. Pada pandangan anda, bagaimanakah kita dapat menyatupadukan rakyat berbilang kaum dengan konsep '1 Malaysia'?

Konsep 1 Malaysia merupakan usaha kerajaan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Konsep ini menekankan kerajaan menjalankan dasar yang tidak membezakan kaum dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Kerajaan memberi bantuan perubatan kepada rakyat melalui Klinik 1 Malaysia. Klinik 1 Malaysia memberikan perkhidmatan perubatan dengan bayaran minimum kepada semua kaum di kawasan perumahan atau kampung yang berdekatan. Selain itu, Kedai Runcit 1 Malaysia yang disediakan di kawasan berdekatan stesen bas atau stesen LRT menawarkan barangan keperluan harian dengan harga yang murah tetapi berkualiti supaya dapat membantu rakyat tanpa membezakan kaum. Konsep 1 Malaysia yang mensasarkan bantuan kepada semua rakyat pasti dapat menyatukan rakyat Malaysia.

[Jawapan yang munasabah diterima]

6. Walaupun berlaku peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW, tetapi kita dapati kemusnahan dan kematian adalah minimum. Pada pendapat anda, apakah perbezaan konsep peperangan pada zaman Nabi Muhammad SAW dengan peperangan moden hari ini?

Prinsip peperangan zaman Nabi Muhammad SAW yang tidak membunuh golongan yang lemah, iaitu wanita, kanak-kanak, orang tua, dan orang yang menyerah diri tidak lagi diamalkan pada zaman ini. Kezaliman tentera menembak kanak-kanak dan wanita terus-menerus berlaku dalam peperangan pada hari ini. Nabi Muhammad SAW dan tentera tidak akan memusnahkan tanaman dan ternakan. Sebaliknya, tindakan gerila hari ini akan mensasarkan sumber ekonomi negara untuk dimusnahkan agar ekonomi negara musuh lumpuh. Tindakan tidak merobohkan rumah ibadat juga tidak diamalkan. Kemusnahan menyeluruh merupakan tanda kemenangan perang moden hari ini.

[Jawapan yang munasabah diterima]

Page 3: Suntikan Kbat Bab 5

7. Kebijaksanaan dan kesabaran Nabi Muhammad SAW sangat jelas semasa Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah, apakah iktibar yang dapat anda peroleh daripada peristiwa ini?

Pengajaran dari peristiwa ini ialah sentiasa berpandangan jauh. Kerugian jangka pendek yang membawa keuntungan masa depan merupakan satu tindakan yang bijak. Dalam usaha menyelesaikan masalah, kita mesti mengkaji kelemahan musuh / punca masalah kita. Dengan cara tersebut, kita akan dapat mencari jalan penyelesaian untuk mengatasinya. Misalnya, Nabi Muhammad SAW memang memahami punca masalah orang Quraisy, iaitu sentiasa berperang / suka menuntut bela. Maka, perjanjian genjata senjata selama 10 tahun memang strategi yang amat bijak untuk menundukkan orang Quraisy.

[Jawapan yang munasabah diterima]