sungguh gemilang negeriku

3
Sungguh gemilang negeriku Yang kupuja oh tanah airku Di merata dunia Harum semerbak namamu Malaysia ‘Tanah Pusaka’ Demikianlah lirik lagu yang merdu yang dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza, terpapar betapa cemerlang tanah air kitamenggapai kemegahan di persada arena antarabangsa. Menjelang kemerdekaan Malaysia yang ke-54, tidak dapat disangkal bahawanegara kita telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, khususnya bidang sains dan teknologi. Namun begitu, rakyat Malaysiaamat rakus mengejar kemewahan dunia sehingga alpa dalam hal memelihara alam semula jadi kurniaan Tuhan. Menurut kajian, kadar pencemaran sungai di Malaysia telah meningkat sebanyak 27% dari tahun 2001 ke tahun 2010. Peningkatan ini sudah pastimengejutkan kita semua. Perangkaan ini suatu pertanda tentang kealpaan masyarakat dan kerajaan menjaga kebersihan sungai. Sungaimerupakan sumber air yang penting untuk kegunaan seharian seperti memasak, minum, dan menjana kuasa elektrik. Adakah kitasanggup membiarkan khazanah negara ini terus bergelumang dalam kekotoran dan berbau busuk menusuk hidung? Tepuk dadatanyalah selera! Persoalannya, apakah peranan masyarakat dalam memulihara sungai-sungai di negara kita? Usaha ini ibarat menarik rambut di dalam tepung. Oleh itu, marilah kita meneliti sehingga ke akar umbi pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh segenaplapisan masyarakat Menurut Profesor Hamdan Bin Mohamad ,’ institusi kekeluargaan merupakan universiti pertama kepada anak dan ibu bapalah professor terawal kepada mereka.’ Hal ini bermakna bahawa anak-anak yang darah baru setampuk pinang perlu dididik oleh ibu bapadalam keluarga agar memulihara sungai-sungai yang tercemar. Mereka perlulah diajar supaya tidak membuang sampah sarap ke dalamsungai sewenang-wenangnya ; sebaliknya patut memelihara kebersihan dan keceriaan sungai dan kawasan sekitar sungai sejak kecillagi kerana melentur aur biar dari rebungnya.Dengan kata

Upload: jameschong16

Post on 30-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Sungguh gemilang negerikuYang kupuja oh tanah airkuDi merata duniaHarum semerbak namamu MalaysiaTanah PusakaDemikianlah lirik lagu yang merdu yang dinyanyikan oleh Dato Siti Nurhaliza, terpapar betapa cemerlang tanah air kitamenggapai kemegahan di persada arena antarabangsa. Menjelang kemerdekaan Malaysia yang ke-54, tidak dapat disangkal bahawanegara kita telah mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang, khususnya bidang sains dan teknologi. Namun begitu, rakyat Malaysiaamat rakus mengejar kemewahan dunia sehingga alpa dalam hal memelihara alam semula jadi kurniaan Tuhan. Menurut kajian, kadar pencemaran sungai di Malaysia telah meningkat sebanyak 27% dari tahun 2001 ke tahun 2010. Peningkatan ini sudah pastimengejutkan kita semua. Perangkaan ini suatu pertanda tentang kealpaan masyarakat dan kerajaan menjaga kebersihan sungai. Sungaimerupakan sumber air yang penting untuk kegunaan seharian seperti memasak, minum, dan menjana kuasa elektrik. Adakah kitasanggup membiarkan khazanah negara ini terus bergelumang dalam kekotoran dan berbau busuk menusuk hidung? Tepuk dadatanyalah selera! Persoalannya, apakah peranan masyarakat dalam memulihara sungai-sungai di negara kita? Usaha ini ibarat menarik rambut di dalam tepung. Oleh itu, marilah kita meneliti sehingga ke akar umbi pendekatan yang perlu dilaksanakan oleh segenaplapisan masyarakatMenurut Profesor Hamdan Bin Mohamad , institusi kekeluargaan merupakan universiti pertama kepada anak dan ibu bapalah professor terawal kepada mereka. Hal ini bermakna bahawa anak-anak yang darah baru setampuk pinang perlu dididik oleh ibu bapadalam keluarga agar memulihara sungai-sungai yang tercemar. Mereka perlulah diajar supaya tidak membuang sampah sarap ke dalamsungai sewenang-wenangnya ; sebaliknya patut memelihara kebersihan dan keceriaan sungai dan kawasan sekitar sungai sejak kecillagi kerana melentur aur biar dari rebungnya.Dengan kata lain, anak-anak sayugia digalakkan untuk melibatkan diri dalam usaha danaktiviti membersihkan sungai, seperti aktiviti bergotong royong membersihkan pantai agar memupuk semangat mencintai sungai dalamsanubari mereka sejak di bangku sekolah lagi bagi memupuk semangat memulihara sungai-sungai dalam jiwa mereka.. Selanjutnya,amalan bekerjasama menjaga kebersihan sungai dengan tidak mencemari pantai patut dijadikan sebagai suatu amalan. Pendek kata,anggota keluarga yang lebih arif patut memikul tanggungjawab dengan mendidik anak-anak memulihara sungai di negara kita agar sungai yang mati dapat diberikan nafas baru.Sementelahan itu, ibu bapa patut memainkan peranan yang maha penting dalam memulihara sungai-sungai yang telah tercemar di negara. Kata-kata pujangga, remaja ibarat kain putih yang bergantung kepada ibu bapa yang mencorakkannya. Ungkapan ini bermakna bahawa ibu bapa haruslah arif mendorong anak mereka melakukan perkara betul selaras dengan norma masyarakat. Mereka perlulah menjadi suri teladan kepada anak kerana segala tindak tanduk mereka secara tidak langsung akan diteladani anak mereka bak kata pepatah guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari. Tamsilnya ibu bapa wajar giat menyertai program-programmemulihara sungai dan membebaskan. Sungai daripada belenggu pencemaran. Jikalau anak-anak Nampak ibu bapa mengutip sisasampah sarap yang terperangkap di pantai atau muara sungai, sudah pastilah mereka akan mengikut jejak orang dewasa ini danmembantu memelihara kebersihan sungai. Bukan itu sahaja, ibu bapa wajar menanamkan benih tentang kepentingan memulihara sungaike dalam kalbu anak supaya anak mereka menyedari betapa penting untuk mereka memulihara, kemudian memelihara sungai-sungai diibu pertiwi ini kerana ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi?Jikalau ditinjau dari perspektif yang lain, memang tidak dapat disangkal bahawa jiran tetangga turut menggalas kewajipandalam usaha memulihara sungai-sungai di Malaysia. Kata pepatah Melayu berbunyi, Muafakat itu membawa berkat. Dalam soal ini, jiran tetangga sayugia menjadi mata dan telinga untuk meni jau sama ada kes pencemaran sungai berlaku di persekitaran tempatkediaman, khusnya kalau terdapat kilang-kilang di kawasan berhampiran. Seandainya kes pelupusan sisa toksik ke dalam sungaidibiarkan terus berlaku, mereka harus menghubungi pihak berkuasa dengan secepat mungkin kerana masyarakat korporat jugamempunyai tanggungjawab sosial untuk memulihara sungai; bukan menerukkan kadar pencemaran sungai. Oleh hal yang demikian, jiran tetangga perlulah bertaut tangan dalam usaha memulihara sungai, janganlah bertindak ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Selain itu, masyarakat turut wajar menunjukkan suri teladan yang baik seperti tidak menumpahkan sisa-sisamakanan ke dalam sungai yang berdekatan. Jika jiran nampak tindakan yang tidak bertanggungjawab ini, mereka bolehlah menasiha pihak yang melakukannya kerana kata pujangga , nasihat yang sopan dapat melembutkan hati insan yang keras. Tuntasnya, peranan jiran tetangga dalam usaha memulihara sungai tidak boleh dipandang enteng. Jika perlu, malah jiran boleh menegur pihak yang tidak bertanggungjawab itu.Sekiranya disingkap secara menyeluruh, anggota masyarakat secara umum turut memainkan peranan yang mustahak dalam memulihara sungai kurniaan Tuhan yang sudah dicemari.Pada hakikatnya, masyarakat perlulah menyahut seruan kerajaan untuk memelihara dan memulihara sungai tercinta, misalnya, kita patut menyertai kempen-kempen yang dianjurkan untuk membersihkansungai yang tercemar seperti Kempen Cintailah Sungai Kita agar mempertingkatkan kesedaran tentang faedah-faedah melindungisungai demi generasi masa depan. Ditinjau dari sikap yang lebih holistik, masyarakat haruslah menjadikan agama sebagai peganganhidup. Nabi Muhammad s.a.w. bertitah . agama itu mencegah seseorang daripada segala keji dan mungkar. Maka, dengan erti katayang lain, perbuatan yang terus mencemarkan sungai yang merupakan kegiatan yang bercanggahan dengan hukum syarak dan norma