sumber tamadun islam

8
4.0 ALAM / PENEMUAN BARU Dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada pembaharuan itu tidak berlaku jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendiakawan Muslim untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan Al-Sunnah. Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demi kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggah dengan tuntutan syariat Islam ini kerana penemuan baru banyak dipengaruhi oleh keupayaan insan, akal, hawas, pengalaman, dan juga melalui budaya ilmu asing. 4.1 Sumber Tamadun Islam Sumber Tamadun Islam terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu sumber primer dan sumber sekunder. Sumber Tamadun Islam Sumber Primer 4) Al-Quran 5) Al -Hadith Sumber Sekunder (Alam /Penemuan baru) 1) Al-Ijtihad 2) Al-Qiyas 3) Ijmak

Upload: jangok

Post on 27-Jun-2015

547 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sumber Tamadun Islam

4.0 ALAM / PENEMUAN BARU

Dalam tamadun manusia, banyak perkembangan baru berlaku . Sebahagian daripada

pembaharuan itu tidak berlaku jelas dari segi hukumnya, kerana tidak terdapat secara nyata

dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu menjadi peranan ulama atau cendiakawan Muslim

untuk mengolah hukum terhadap perkara-perkara baru berdasarkan keilmuan yang mereka miliki

dengan merujuk kepada sumber Al-Quran dan Al-Sunnah.

Justeru itu umat Islam digalakkan untuk membuat kajian dan meneroka bidang-bidang demi

kepentingan kemajuan umat Islam khususnya dan dunia amnya selama mana tidak bercanggah

dengan tuntutan syariat Islam ini kerana penemuan baru banyak dipengaruhi oleh keupayaan

insan, akal, hawas, pengalaman, dan juga melalui budaya ilmu asing.

4.1 Sumber Tamadun Islam

Sumber Tamadun Islam terbahagi kepada dua bahagian besar iaitu sumber primer dan sumber

sekunder.

Sumber Tamadun Islam

Sumber Primer

4) Al-Quran5) Al -Hadith

Sumber Sekunder(Alam /Penemuan

baru)

1) Al-Ijtihad2) Al-Qiyas3) Ijmak

Page 2: Sumber Tamadun Islam

4.1.1 Sumber Sekunder

4.1.1.1 Al Ijtihad

Ijtihad bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh dalam kalangan ulama yang digelar

mujtahiid untuk menghasilkan satu penetapan hokum syarak berlandaskan Al-Quran dan Al –

Hadis. Proses ijtihad hanya berlaku pada hukum-hukum yang tidak jelas, yang wujud di dalam

Al-Quran atau As-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu

umum ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Meskipun Al Quran sudah diturunkan secara sempurna dan lengkap, tidak bererti semua hal

dalam kehidupan manusia diatur secara terperinci oleh Al Quran ataupun Al Hadis. Selain itu

terdapat perbezaan keadaan pada saat turunnya Al Quran dengan kehidupan moden. Sehingga

setiap saat masalah baru akan terus berkembang dan diperlukan aturan-aturan baru dalam

melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan beragama sehari-hari.

Jika terjadi persoalan baru bagi kalangan umat Islam di suatu tempat tertentu atau di suatu masa

waktu tertentu maka persoalan tersebut dikaji apakah perkara yang dipersoalkan itu sudah ada

dan jelas ketentuannya dalam Al-Quran atau Al-Hadis. Sekiranya sudah ada maka persoalan

tersebut harus mengikuti ketentuan yang ada sebagaimana disebutkan dalam Al-Quran atau Al-

Hadis itu. Namun jika persoalan tersebut merupakan perkara yang tidak jelas atau tidak ada

ketentuannya dalam Al-Quran dan Al-Hadis, pada saat itulah maka umat Islam memerlukan

ketetapan Ijtihad. Tapi yang berhak membuat Ijtihad adalah mereka yang mengerti dan faham isi

kandungan Al Quran dan Al Hadis.

Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian pada

hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu-satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek-

aspek yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran-kepakaran daripada para sarjana lain.

Konsep ini dipanggil Ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada pakar. Contoh mudah ialah

penentuan hukum dalam euntanasia atau mercy killing. Ketika ini mungkin para sarjana fiqh

dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif.

Page 3: Sumber Tamadun Islam

Ini menunjukkan kajian mendapati terlalu banyak kes-kes hukum fiqh terutama bab-bab

kepenggunaan yang wujud di dalan fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks

semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat terdahulu tersusun di atas penyelidikan yang

terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka.

4.1.1.2 Al-Qiyas

Al- Qiyas bererti menyamakan peristiwa iaitu analogi yang tiada atau belum dihukumkan dengan

peristiwa lain yang ada nas yang sahih hukumnya kerana persamaan illat iaitu sifat yang wujud

dalam sesuatu perbuatan yang menjadi sebab utama terbabitnya hukum tertentu untuk perbuatan

itu. Contohnya, minum arak telah ditentukan nas dan haram hukumnya.. Illat pengharaman arak

adalah memabukkan, maka setiap minuman lain yang didapati di dalamnya illat yang sama,

boleh di samakan dengan arak, maka hukumnya haram.

Pengharaman arak jelas dalam firman Allah S.W.T di dalam surah al-Maidah ayat 90 :

Wahai orang-orang yang beriman ! Bahawa sesungguhnya arak, judi dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor ( keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah ayat 90 )

Contoh lain termasuklah pengharaman dadah.

Nas (Kes asal) Kes baru illat Hukum

Minum arak dadah memabukkan haram

Rajah 1

Illat yang hendak diguna pakai dalam penentuan Qiyas hendaklah berkenaan atau berpatutan

mengikut pandangan mujtahid, sentiasa membawa kesan tersebut dan mempunyai bukti yang

sahih. Hukum yang dilaksanakan, mudah difahami dan diterima majority manusia, dan realistik

untuk semua keadaan bukan keadaan tertentu sahaja.

Page 4: Sumber Tamadun Islam

4.1.1.3 Ijmak

Dari segi bahasa Ijmak bermaksud azam atau tekad. Manakala dari segi istilah syara’ pula,

ijmak adalah kesepakatan iaitu kesepakatan para ulama dalam menetapkan sesuatu hukum dalam

agama Islam berasaskan Al-Quran dan Hadis tentang sesuatu perkara yang terjadi pada suatu

masa setelah zaman Rasulullah S.A.W.

Ijmak tidak akan berlaku melainkan setelah adanya kesepakatan ulama yang berijtihad pada

sesuatu zaman tanpa kecuali seorang pun dari kalangan mereka. Ini bermakna, jika seorang

sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijmak. Para mujtahidin biasanya berselisih

pendapat dalam sesuatu hukum, tetapi dalam sesuatu hukum tertentu, tidak seorang pun di

kalangan mereka yang berbeza pendapat, maka terjadilah ijmak.

Dalam kitab Mirah al-Usul disebut “mestilah mendapat persetujuan seluruh para mujtahidin”.

Ertinya jika seorang sahaja yang membangkang maka tidak dianggap ijma’. Bayangkan, para

mujtahidin biasanya berkhilaf dalam sesuatu hukum syarie tetapi dalam hukum berkenaan tidak

seorang pun di kalangan mereka yang berkhilaf mengenainya.

“ “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada

Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka

hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah)

RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Yang demikian adalah

lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya. ” (Surah an-Nisa ayat 59)

Salah satu dalil daripada Al-Quran mengenai ijmak sebagai sumber hukum yang bermaksud:

Sumber: http://quran.alislam.com/Targama/DispTargam.asp?nType=1&nSeg=0&l=mal&nSora=4&nAya=59&t=mal

Page 5: Sumber Tamadun Islam

4.2 Rukun-Rukun Ijmak

1. Harus ada beberapa orang mujtahid dikala terjadinya peristiwa dan para mujtahid itulah

yang melakukan kesepakatan (menetapkan hukum peristiwa itu) Seandainya tidak ada

beberapa orang mujtahid di waktu terjadinya suatu peristiwa tentulah tidak akan terjadi

ijmak, kerana ijmak itu harus dilakukan oleh beberapa orang.

2. Yang melakukan kesepakatan itu hendaklah seluruh mujtahid yang ada dalam dunia

Islam. Jika kesepakatan itu hanya dilakukan oleh para mujtahid yang ada pada suatu

tempat sahaja, maka kesepakatan yang demikian belum dapat dikatakan suatu ijmak.

3. Kesepakatan itu harus dinyatakan secara tegas oleh setiap mujtahid bahawa ia sependapat

dengan mujtahid-mujtahid yang lain tentang hukum (syara') dari suatu peristiwa yang

terjadi pada masa itu. Jangan sekali-kali tersirat dalam kesepakatan itu unsur-unsur

paksaan, atau para mujtahid yang diharapkan kepada suatu keadaan, sehingga ia harus

menerima suatu keputusan.

4. Kesepakatan itu dapat dilakukan dengan berbagai cara, seperti dengan pernyataan lisan,

dengan perbuatan atau dengan suatu sikap yang menyatakan bahawa ia setuju atas suatu

keputusan hukum yang telah disetujui oleh para mujtahid yang lain. Tentu saja keputusan

yang terbaik ialah keputusan sebagai hasil suatu musyawarah yang dilakukan para

mujtahid.

5. Kesepakatan itu hendaklah merupakan kesepakatan yang bulat dari seluruh mujtahid.

Seandainya terjadi suatu kesepakatan oleh sebahagian besar mujtahid yang ada, maka

keputusan yang demikian belum pasti ke taraf ijmak. Ijmak yang demikian belum dapat

dijadikan sebagai hujjah syariah.

Page 6: Sumber Tamadun Islam

Ijmak ini berlaku atas ijtihad-ijtihad yang sepakat atas semua peristiwa atau kejadian yang tidak

ada dasarnya secara jelas dalam Al-Quran dan Hadis, peristiwa atau kejadian yang berhubungan

dengan ibadat yang tidak langsung ditujukan kepada Allah S.W.T seperti sistem pendidikan,

pemerintahan, politik, ekonomi, ketenteraan, kemasyarakatan atau semua hal-hal yang

berhubungan dengan urusan duniawi tetapi tidak ada hukumnya dengan jelas dalam Al-Quran

dan Hadis. Contohnya, Ijmak Sahabat tentang pemerintahan. Wajib hukumnya mengangkat

seorang imam atau khalifah untuk menggantikan Rasulullah dalam mengurusi urusan Daulah

Islamiyah yang menyangkut urusan agama dan dunia yang disepakati oleh para sahabat di

Saqifah Bani Sa’idah.

Sumber: http://id.wikipedia.org/wiki/Ijmak