sumber pembuangan bayi elm kkbi.docx

2
Sumber : http://www.harian-metro-online.com/tag/pembuangan-bayi Posts Tagged ‘Pembuangan Bayi’ Bayi perempuan ditemui di hadapan kedai surat khabar Posted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat khabar di Jalan Sultan Omar di sini, hari ini. Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan. Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian. Read More 7 Comments Mayat bayi kepala pecah dalam longkang Posted on the March 31st, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

Upload: phoebe-fung

Post on 28-Dec-2015

28 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Sumber pembuangan bayi elm kkbi.docx

TRANSCRIPT

Page 1: Sumber pembuangan bayi elm kkbi.docx

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/tag/pembuangan-bayiPosts Tagged ‘Pembuangan Bayi’

Bayi perempuan ditemui di hadapan kedai surat khabarPosted on the August 29th, 2012 under Tempatan by admin

KUALA TERENGGANU: Seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifat ditemui di hadapan sebuah kedai menjual surat

khabar di Jalan Sultan Omar di sini, hari ini.

Bayi yang dibalut dengan tuala berwarna biru dan hanya memakai lampin itu diletakkan dalam sebuah beg pakaian dan

ditinggalkan di hadapan pintu kedai berkenaan.

Rozlan Shahril Hamzani, 31, yang menemui bayi itu ketika ingin memulakan perniagaan pada pukul 6 pagi, berkata beliau

mendengar suara bayi menangis tetapi tidak menghiraukannya apabila bunyi tangisan itu hilang tidak lama kemudian. Read More

7 Comments

Mayat bayi kepala pecah dalam longkangPosted on the March 31st, 2012 under Jenayah,Tempatan by admin

Page 2: Sumber pembuangan bayi elm kkbi.docx

KUALA LUMPUR: Hanya sehari selepas penemuan janin berusia empat bulan tanpa kepala di loji kumbahan berhampiran

Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang, seorang lagi bayi lelaki ditemui mati dalam keadaan menyedihkan

selepas kepalanya pecah dipercayai terhantuk pada dinding longkang ketika dihanyutkan arus di longkang PPR Intan

Baiduri, Jinjang, di sini, semalam.

Kejadian menyayat hati itu disedari seorang pekerja kontrak membersih sampah yang terlihat mayat bayi terbabit

terapung dalam longkang berhampiran tasik taman rekreasi di PPR Intan Baiduri, jam 10.30 pagi.

Pekerja terbabit, Rafu’si Ahmad, 40 tahun, berkata individu yang melakukan perbuatan terbabit kejam dan tidak

berperikemanusiaan kerana membuang bayi itu. Read More

9 Comments

Mayat bayi perempuan dijumpai di bilik air kolejPosted on the February 15th, 2012 under Tempatan by admin

KOTA BHARU – Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di

Kampung Kandis, Telong, Bachok hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu, dijumpai oleh dua orang pembersih tandas sebelum melaporkan

kepada penyelia kolej berkenaan kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu

daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di Kota Bharu, untuk dibedah siasat dan setakat ini polis

belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.