1.10 daya tampung sumber alam

26
Page15 TEMA 1 PENDUDUK Daya Tampung Sumber Alam Keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan tempoh tertentu. Daya tampung sumber alam bergantung kepada kuantiti dan kualiti stok sumber yang ada, keupayaan/tahap teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam, pengurusan sumber yang cekap dan berterusan serta jumlah atau saiz penduduk pada satu-satu masa. Contohnya: Daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat 20 tahun akan datang. Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan masa kini. Bagaimanakah faktor kependudukan mempengaruhi kemerosotan dan kemusnahan daya tampung sumber alam. 1. Pertumbuhan penduduk yang pesat. Eksploitasi sumber alam terpaksa dilakukan dengan giat bagi menampung keperluan penduduk yang ramai. Sumber pertanian – amalan pertanian intensif menyebabkan tanih tidak subur. Sumber penternakan – ragutan berlebihan, cenderung berlakunya hakisan tanih. Sumber perikanan – tangkapan berlebihan menyebabkan kepupusan spesies. Sumber air – terjejas apabila permintaan melebihi penawaran. Juga kemusnahan kawasan tadahan air. Sumber hutan – pupus akibat aktiviti penyahutanan bagi menampung sektor perumahan penduduk. Lain-lain sumber alam – musnah, rosak da tercemar 2. Tumpuan dan kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Tekanan kepada sumber tanah – saiz tanah menjadi sempit akibat saingan guna tanah untuk petempatan, pertanian, kemudahan asas dll. Daya tampung tanah merosot seperti di Pulau Jawa, Indonesia. Aktiviti peneresan, perataan Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Upload: jackyable

Post on 27-Oct-2015

294 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Daya Tampung Sumber Alam

Keupayaan sesuatu sumber alam untuk menampung keperluan penduduk pada aras dan tempoh tertentu. Daya tampung sumber alam bergantung kepada kuantiti dan kualiti stok sumber yang ada, keupayaan/tahap teknologi untuk menjana dan membangunkan sumber alam, pengurusan sumber yang cekap dan berterusan serta jumlah atau saiz penduduk pada satu-satu masa. Contohnya: Daya tampung sumber petroleum di Malaysia dijangka tamat 20 tahun akan datang. Daya tampung sumber hutan di Malaysia tidak lagi berupaya memenuhi permintaan sektor pembinaan masa kini.

Bagaimanakah faktor kependudukan mempengaruhi kemerosotan dan kemusnahan daya tampung sumber alam.

1. Pertumbuhan penduduk yang pesat. Eksploitasi sumber alam terpaksa dilakukan dengan giat bagi menampung keperluan penduduk yang ramai. Sumber pertanian – amalan pertanian intensif menyebabkan tanih tidak subur. Sumber penternakan – ragutan berlebihan, cenderung berlakunya hakisan tanih. Sumber perikanan – tangkapan berlebihan menyebabkan kepupusan spesies. Sumber air – terjejas apabila permintaan melebihi penawaran. Juga kemusnahan kawasan tadahan air. Sumber hutan – pupus akibat aktiviti penyahutanan bagi menampung sektor perumahan penduduk. Lain-lain sumber alam – musnah, rosak da tercemar

2. Tumpuan dan kepadatan penduduk di sesebuah kawasan. Tekanan kepada sumber tanah – saiz tanah menjadi sempit akibat saingan guna tanah untuk petempatan, pertanian, kemudahan asas dll. Daya tampung tanah merosot seperti di Pulau Jawa, Indonesia. Aktiviti peneresan, perataan dan pemotongan cerun bukit untuk dibina petempatan – menyebabkan kemusnahan sumber tanah – mengalami hakisan dan tanah runtuh. Kemusnahan ekosistem kawasan tanah lembab – seperti paya, lembah sungai, dan tasik yang ditebus guna bagi membina petempatan di kawasan yang padat penduduk seperti di bandar - bandar besar.

3. Aras teknologi yang dimiliki oleh penduduk. Teknologi yang rendah untuk memelihara dan memulihara sumber alam selepas digunakan. Sumber alam dibiarkan rosak /pupus atau diguna secara membazir. Teknologi pembiakbakaan dan sivilkultur hutan masih ketinggalan untuk projek perladangan hutan. Teknologi hijau masih terhad – Misalnya, Teknologi perawatan sumber air dan tanih yang tercemar masih terhad. Teknologi sumber tenaga alternatif seperti biomass, solar, angin dan ombak masih tidak dibangunkan/masih rendah. Penduduk terlalu bergantung kepada sumber tenaga konvensional – menyebabkan mineral habis

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 2: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

4. Sikap penduduk yang tidak bertanggungjawab. Sumber air, marin (lautan) udara dan tanih berpunca daripada sikap penduduk yang tidak menghargai alam sekitar. Pembuangan sisa toksid, kumbahan, sisa pepejal ke dalam sumber air seperti sungai, tasik, paya dan laut. Pembuangan sisa pepejal, kimia dan radioaktif secara haram. Kerakusan penduduk meneroka sumber – untuk mengejar keuntungan semata-mata seperti aktiviti perlombongan pasir di Selangor. Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan dan penjagaan alam sekitar masih lemah.

5. Kurangnya kawalan dan penguatkuasaan undang-undang yang longgar. Penjagaan alam sekitar yang lemah oleh agensi kerajaan seperti JAS, PBT – kekurangan kakitangan, Pengawasan dan pemantauan yang kurang dan kelemahan pengurusan. Kuatkuasa undang - undang yang longgar – hukuman tidak setimpal dengan jenayah yang dilakukan terhadap alam sekitar. Pertindihan fungsi antara agensi kerajaan – misalnya antara kuasa negeri dengan persekutuan. Masalah birokrasi dan salah guna kuasa agensi pelaksana – rasuah. Langkah pengurusan dan pemuliharaan yang lemah. Lambat bertindak terhadap masalah dan isu alam sekitar.

6. Tidak berpelajaran/berpendidikan - Kurangnya kesedaran dan kelalaian manusia. tidak faham kepentingan penjagaan alam sekitar. Seperti penduduk yang tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pembakaran terbuka, pembuangan sampah sarap dll. Penduduk lalai dan cuai untuk memulihara alam sekitar seperti pemuliharaan cerun, sungai, pantai dll. Kesedaran meningkat apabila berlaku bencana.

7. Kemahiran ( teknik, teknologi ) penduduk rendah – sebabkan kemusnahan

Bagaimanakah pertumbuhan penduduk yang pesat mempengaruhi kemerosotan daya tampung pelbagai jenis sumber alam di sesebuah kawasan

1. Kemerosotan sumber - sumber makanan – kuantiti dan kualiti sumber makanan seperti sumber pertanian dan perikanan terjejas. Eksploitasi terpaksa dibuat bagi menampung pertambahan penduduk yang ramai.

2. Kemerosotan sumber tanah - Tanah diteroka secara berlebihan untuk petempatan dan pertanian. Kesuburan tanih terjejas akibat kekerapan penanaman. Struktur tanih menjadi rosak seperti terhakis, cerunnya tidak stabil dan mudah runtuh. Misalnya, banyak tanah pertanian di negeri Perak dan Selangor diambil alih untuk kegunaan sektor lain seperti pembinaan petempatan, kawasan perindustrian, pusat membeli belah dsb.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 3: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

3. Kemerosotan sumber hutan – Hutan dinyahkan secara berleluasa bagi memenuhi permintaan penduduk yang semakin pesat untuk petempatan, tapak bina bandar, pelbagai kemudahan asas, kawasan pertanian dll. Kesannya seperti kemusnahan kepelbagaian biologi, habitat dan ekosistem. Misalnya, pengurangan kayu balak keras yang berharga seperti belian, meranti akibat pertambahan permintaan terhadap perabot dan hiasan dalaman.

4. Kemerosotan sumber - sumber mineral – Sumber - sumber seperti petroleum dan gas asli, sumber logam boleh pupus kerana ia terpaksa dikeluarkan secara berlebihan untuk menampung keperluan penduduk. Pengeluaran dan penggunaan yang berlebihan membolehkan sesetengah sumber mineral habis di luar jangkaan.

5. Kemerosotan sumber udara dan air bersih – Kadar pencemaran meningkat akibat pertambahan kenderaan, industri, sisa domestik, kumbahan yang biasanya sejajar dengan pertumbuhan penduduk yang pesat. Misalnya, pencemaran Sungai Pinang akibat pembuangan sisa domestik, sisa efluen dari kilang dsb

6. Kemerosotan sumber marin – akibat eksploitasi sumber perikanan secara berlebihan, kawalselia yang longgar, tumpahan minyak, pencemaran enfluen industri, sisa domestik dan kumbahan dll yang dialirkan ke laut.

Berdasarkan kepada satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui, cadangkan langkah yang perlu diambil untuk menjamin keberterusan daya tampung sumber alam tersebut

Memilih mana-mana satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui : (Hutan, Tanih, Air, Udara, Marin, Ombak, dll) - 1 Markah

1. Langkah perundangan:

- Akta dan ordinan - Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, ordinan dan peraturan penggunaan pelbagai jenis sumber alam. Seksyen 20 – pencemaran udara, Sekysen 23 – pencemaran bunyi bising, Sekysen 24 – pencemaran tanah, Sekysen 25 – pencemaran perairan daratan, Seksyen 29 – pencemaran minyak dan bahan yang bercampur minyak ke dalam perairan Malaysia.

Penguatkuasaan oleh agensi pelaksana. Contohnya Jabatan Alam Sekitar, JPS, Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis pembandaran/Majlis Daerah), Jabatan Laut dll. Melakukan rondaan, pemantauan, penyeliaan, tangkapan dsb.

Hukuman - mengenakan hukuman denda/kompaun, menyita premis dan penjara ke atas mana-mana individu atau syarikat yang merosak dan mencemarkan sumber-sumber alam.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 4: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Penyediaan EIA - penyelidikan yang dijalankan untuk mengenalpasti, meramal, menilai dan menyampaikan maklumat tentang impak terhadap alam sekitar bagi setiap projek yang akan dijalankan dan penjelasan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan bagi memastikan kesan terhadap alam sekitar diminimumkan setelah sesuatu projek diluluskan. dan SIA sebelum penerokaan terhadap sesuatu sumber alam.

2. Amalan pengurusan yang cekap.

Langkah kestrukturan - seperti membina benteng, tetambak, groin, gabion, sistem saliran, sungkupan dll untuk mengelakkan kemusnahan tanah

Amalan pemeliharaan– menjaga alam sekitar fizikal seperti mewartakan rizab sungai, rizab hutan, kawasan tadahan air, rizab sumber dll yang dijaga rapi dari sebarang bentuk penerokaan.

- Amalan pemuliharaan – membaik pulih sumber alam sekitar yang sudah rosak/diteroka seperti penebangan terpilih, penghutanan semula, tanaman tutup bumi, pertanian berkontur, pelupusan sumber toksid/asap secara berjadual, rawatan sisa dsb. Kitar Semula - Green Dot di Jerman ialah sistem kitar semula bahan-bahan pembungkus. Bahan-bahan pembungkus yang mempunyai green dot ini akan dikutip, diasingkan dan dikitar semula Penggunaan semula beg plastik dan pengurangan penggunaan beg plastik dengan menggunakan beg yang boleh diguna pakai semula contohnya beg kanvas. Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. atau IWK membangunkan dan menyelenggarakan sistem pembetungan yang moden dan efisien agar rakyat Malaysia dapat menikmati persekitaran yang bersih. IWK mengambil alih perkhidmatan pembetungan daripada semua pihak berkuasa tempatan kecuali Kelantan, Sabah, Sarawak dan Majlis Perbandaran Johor Bahru. Proses merawat air sungai - Penyediaan bebola lumpur yang akan digunakan sebagai bahan pembersih sungai. Bebola tersebut dibuat daripada tanah liat yang dicampur dengan cecair effective microorganism (EM) dan bahan buangan dapur seperti kulit buah-buahan dan sayur-sayuran - pembersihan kawasan hilir Sungai Kelian di Pulau Pinang

Penggunaan teknologi mesra alam (teknologi hijau) – seperti penjanaan sumber tenaga alternatif – tenaga solar, tenaga biomass, tenaga hidroelektrik, tenaga pasang surut, tenaga ombak, teknologi insinerator - , bioteknologi, teknologi nano, penggunaan kereta hibrid dll usaha R & D ke arah teknologi yang tidak mencemar /merosakkan sumber alam.

3. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar.

Kempen - Memperhebatkan kempen kesedaran oleh pelbagai agensi kerajaan, melalui pelbagai saluran. Misalnya media elektronik, media cetak,

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 5: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

kempen/risalah “Cintailah Hutan Kita”, “Penghijauan Bumi”, “Hutan Warisan Kita”, “Cintailah Sungai Kita”, Kempen 3R dll. Contohnya, Penduduk Pulau Pinang boleh mengambil bahagian dalam Kempen Berbasikal anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dengan menggunakan basikal biasa, basikal lumba, dan basikal bukit dalam membantu mengurangkan masalah pencemaran dan melindungi alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar - Memupuk kefahaman yang meluas kepada masyarakat umum tentang peri pentingnya usaha-usaha menjaga dan memulihara sumber alam khususnya kepada generasi akan datang secara formal dan tidak formal – seperti melalui mata pelajaran geografi, pendidikan moral. Majalah Era Hijau diberi secara percuma kepada mana-mana sekolah yang memohon untuk mendapatkannya.

Peranan NGO – SAM (Sahabat Alam Malaysia), WWF (World Wide Fund for Nature), Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia (EPSM), Persatuan Pengurusan dan Penyelidikan Alam Sekitar Malaysia (ENSEARCH) dll yang bergandingan dengan agensi kerajaan dan masyarakat seperti mengadakan gotong royong, menjalankan seminar, forum, risalah, penerbitan dan sebagainya.

Jelaskan bagaimanakah sumber air memberikan manfaat kepada manusia

1. Sebagai bahan mentah/industri. Sebagai bahan mentah/industri memproses getah, kertas dan pulpa serta tekstil, industri air mineral. Cthnya, Kilang air mineral jenama Spritzer, ( Taiping )

2. Sebagai punca pendapatan negara. Malaysia eksport air Empangan Linggiu, Johor ke Singapura

3. Mewujudkan sumber kuasa untuk kegunaan manusia. Aliran sungai yang deras di peringkat hulu sungai membolehkan pembinaan empangan dan loji hidro elektrik – menjana kuasa hidro elektrik bekalan elektrik, Sg Rajang - Empangan Bakun, Sg Perak - Empangan Chenderoh & Empangan Temenggor dan Sg. Terengganu - Empangan Kenyir.

4. Menghasilkan sumber protein. Sumber protein marin seperti ikan, udang, ketam dll. rumpair laut (Membekalkan iodin), gamat (Perubatan) dll. Pentas Sunda dan Pentas Sahul di Asia Tenggara, Selat Melaka, Selat Tebrau, Laut China Selatan, Tasik Kenyir, Tasik Bera, Tasik Chini

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 6: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

5. Sebagai jalan pengangkutan air. Menghantar barangan pukal dan berat, kos pengangkutannya lebih murah – contohnya urusan eksport import barangan di Malaysia melalui Pelabuhan Klang, Pelabuhan Pasir Gudang. Sungai Rajang di Sarawak digunakan untuk menghubungi kawasan pedalaman seperti pekan Song, Belaga dll

6. Keperluan domestik. Untuk diminum, memasak, membasuh dan lain-lain. Jabatan bekalan air menyediakan saluran paip air ke kawasan kediaman. JBA Sibu – air dari Sg Rajang.

7. Sistem pengairan. Rancangan Pengairan Kemubu di Sg. Kelantan membolehkan padi ditanam 4 hingga 5 kali dalam 2 tahun. Rancangan Pengairan Muda di Sg Muda, kedah mengaliri kawasan tanaman padi di Dataran Kedah Perlis

8. Keperluaan biologi. Mengawal penyakit, mengelakkan dihidrasi. Air suling adalah air yang telah diwapkan hasil daripada proses pemanasan ke tahap mendidih. Ia adalah air (H20) yang paling asli, bebas dari semua jenis kekotoran, pencemaran dan pepejal yang telah larut. Tubuh badan manusia terdiri daripada 75 peratus air dan 25 peratus bahan pepejal. Begitu juga dengan otak kita, mengandungi sebanyak 75 peratus air yang mana penghidratan sederhana boleh menyebabkan sakit kepala dan pening. Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dihidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan.

9. Penyejukan. Jentera, kilang, kilang, tekstil. Bahan penyejuk di kilang peleburan besi dan keluli

10. Penternakan /akuakultur. Akuakultur ikan Arowarna di Bukit Merah, Perak. Jenis ternakan seperti ikan Siakap, ketam nipah, dan tiram di Pulau Aman (Pulau Pinang), Sebak Bernam (Selangor) dan Beluran (Sabah,).Terdapat 13,000 buah kolam ikan tawar di Tanjung Tualang, Puchong dan Semeling. Kolam dibuat untuk penternakan udang harimau, dan ikan seperti Siakap, patin, dan karp diusahakan di Merchang (Terengganu), Temerloh (Pahang), dan Mersing (Johor)

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 7: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Mengapakah Hutan Masih Dianggap Sumber Ekonomi Yang Penting Bagi Negara-Negara Di Asia Tenggara.

1. Penting kepada sistem ekonomi tradisional – Masyarakat orang asli menjalankan aktiviti pertanian pindah, mengutip hasil hutan dan memburu, Ekosistem hutan dianggap sebagai tempat tinggal mereka di smping menggunakan sumber-sumber hutan sebagai sumber makanan, menjual hasil-hasil hutan seperti damar, rotan dan akar kayu untuk perubatan tradisional.

2. Penting untuk sektor pembalakan – Menghasilkan sumber kayu dalam pelbagai bentuk untuk kegunaan tempatan dan juga dieksport. Ini akan menghasilkan pendapatan negara khususnya melalui pendapatan eksport. Sebagai contoh negara Thailand dan Burma amat bergantung kepada pengeksportan kayu jati mereka ke negara Jepun, USA, negara-negara Eropah dan sebagainya yang mempunyai nilai matawang yang lebih tinggi daripada mereka bagi memperolehi keuntungan dari tukaran mata wang. Contohnya Malaysia mengeksport kayu cengal, merbau dan papan lapis ke negara Jepun, negara Eropah dll.

3. Penting untuk sektor pelancongan (eko-pelancongan) seperti hutan Lipur, air terjun, kepelbagaian spesies flora dan fauna menjadi daya tarikan pelancong dan menambahkan pendapatan penduduk. Contohnya Hutan Simpan Endau Rompin, Hutan Simpan Royal Belum, Taman Negara di Pahang, Hutan Simpan Sepilok, dan Gua Mulu amat terkenal sebagai destinasi pelancongan utama di Malaysia.

4. Membantu memajukan industri yang berkaitan dengan sumber hutan (industri hiliran) seperti industri membuat perabot, industri pembinaan (perumahan) serta industri pengangkutan dapat berkembang pesat. Dengan ada industri-industri yang berkaitan juga akan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk dalam pelbagai sektor sektor seperti pekerja kilang pemprosesan kayu balak, pekerja kilang perabot, pemandu di sektor pengangkutan dan sebagainya. Ini akan menambahkan lagi pendapatan perkapita penduduk dan taraf hidup mereka sekaligus pengganguran dan kemiskinan dapat dikurangkan.

5. Sumber perubatan tradisional – kawasan hutan kaya dengan pelbagai tumbuhan herba yang digunakan untuk perubatan tradisional seperti tongkat Ali, Mas Cotek, Misai Kucing yang turut menyumbang kepada pendapatan negara/ akar, daun, kulit kayu terpilih seperti pokok tongkat Ali, kacip fatimah, misai kucing (menyingkirkan air dan toksin berlebihan), lidah buaya (merawat kulit luka, melegakan sakit), hempedu bumi (merawat kencing manis, menurunkan tekanan darah tinggi)

6. Menjadi kawasan tadahan air yang membekalkan air kepada empangan yang diproses untuk dijual kepada penduduk atau dieksport ke negara lain yang kelak

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 8: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

menghasilkan pendapatan negara. Dalam kes ini Malaysia dan Singapura boleh dijadikan contoh. Dalam kes ini sumber-sumber air di Johor telah diproses untuk dijual ke Singapura dan hasil jualan diperolehi sebagai sumber pendapatan eksport Negara.

Kepentingan Hutan Kepada Alam Sekitar Fizikal

1. Habitat flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai habitat pelbagai hidupan liar dan tumbuhan. Hutan juga menjadi habitat utama untuk haiwan meneruskan generasinya. Menggalakkan pembaikbakaan dan pembesaran berjuta-juta spesies haiwan dan tumbuhan seperti harimau, gajah, burung dll. Meranti, Cengal, Rotan, bunga-bungaan seperti Raflesia, orkid dll.

2. Menghalang hakisan. Pokok-pokok penting dalam melindungi tanih daripada hakisan dan mengurangkan larian air permukaan. Akar banir yang timbul di permukaan tanah akan menyekat halaju larian air permukaan. Kadar hakisan dikurangkan oleh lapisan kanopi atau silara pokok. Hutan memainkan peranan melakukan proses transpirasi yang berkesan – wap air ke udara. Malaysia - Hutan hujan Tropika.

3. Kitar hidrologi/kawasan tadahan air. Kawasan hutan tebal berfungsi sebagai kawasan tadahan air – melarutresapkan air ke lapisan akuifer. Hutan juga berlaku proses transpirasi yang berkesan untuk membebaskan wap - wap air ke udara.Wap -wap air akan membentuk hujan – menjamin bekalan berterusan ke sungai, tasik dsb

4. Mengekalkan/mengawal perubahan iklim mikro/menyederhanakan suhu. Hutan berperanan untuk mengawal perubahan iklim mikro. Hutan juga mengurangkan kadar kelajuan angin. Kelembapan udara yang tinggi di hutan dapat menyederhanakan suhu. Hutan tropika kanopi tebal.

5. Mengekalkan kelembapan udara. Transpirasi berlaku dengan baik di hutan tebal. Wap-wap air dibebaskan ke udara di kawasan hutan - mengekalkan kelembapan udara sepanjang tahun. Sejatpeluhan di Malaysia 4mm sehari bermakna 1 hektar hutan boleh membekalkan sebanyak 40,000 liter air sehari-cukup kegunaan 160 orang.

6. Menyerap karbon dioksida dan mengeluarkan oksigen semasa fotosintesis, banyak karbon dioksida, pancaran matahari dan air diserap oleh tumbuh - tumbuhan semula jadi untuk membuat makanan dan dibebaskan untuk organisma lain.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 9: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Langkah-Langkah Untuk Memelihara Dan Memulihara Sumber Kepelbagaian Biologi Hutan Di Malaysia

1. Langkah Perundangan (Pemeliharaan)

Dasar Perhutanan Negara, 1978 - memastikan pengekalan sumber-sumber hutan dan keberterusannya supaya dapat memberikan sumbangan kepada pembangunan sosio-ekonomi.

Pematuhan Akta Perhutanan Negara 1984. dan Akta Perhilitan untuk menjaga pencerobohan hutan. Mengikut Akta Perhutanan Negara 1984 ( Pindaan 1993) Denda maksima RM 500,000 dan dipenjarakan tidak kurang dari 1 tahun dan tidak melebihi 20 tahun jika Mengambil Hasil Hutan daripada Hutan Simpanan Kekal atau Tanah Kerajaan tanpa lesen yang sah.

Mewartakan hutan rezab/hutan simpan kekal dan contoh Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Belum, Perak dan Taman Negara Bako, Sarawak. Hutan Lipur perlindungan bagi mengekalkan alam semula jadi, air bersih dan kestabilan iklim. Hutan lipur - hutan untuk kawasan rekreasi, penyelidikan dan pendidikan

Pemantauan dan rondaan yang kerap oleh Agensi pelaksana iaitu Jabatan Hutan dan Perhilitan. Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Hutan, PERHILITAN, Pihak Berkuasa Tempatan.

Penguatkuasaan dan hukuman oleh pihak berkuasa: Mengenakan tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram - seperti denda/kompaun, penjara, membatalkan konsesi pembalakan dll

Mengharamkan eksport kayu balak terutamanya dari jenis yang hampir pupus seperti kayu ramin dan cengal.

Melaksanakan peraturan EIA sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek pembangunan dijalankan yang melibatkan kawasan hutan.

2. Langkah Pengurusan (Pemuliharaan)

Melaksanakan sistem penebangan hutan terpilih bukan tebang -bersih. Pokok-pokok yang cukup matang dan cukup ukur lilitnya sahaja yang ditebang. Pokok yang muda dibiarkan terus membesar dan matang. Sistem Penebangan Sebaya (MUS) – 60-80 tahun sekali, Sistem Penebangan Terpilih (SMS). Pusingan tebangan yang diamalkan dalam kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah dan Sarawak. – diameter minimum 45-50cm sahaja yang ditebang, Menitikberatkan penebangan hutan secara sistematik dan

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 10: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

berjadual. Sistem Sebaya Malaya menetapkan bilangan pokok dirian sebanyak 32 pokok sehektar

Melaksanakan program penghutanan semula/penanaman semula hutan yang diuruskan secara sistematik, saintifik dan terkawal - projek perladangan hutan kompensatori. Menanam pokok kayu balak yang cepat matang dan boleh ditebang antara 7-15 tahun seperti Acacia mangium, Batai, Yamane, Sentang dan lain-lain. Projek ladang hutan telah dilaksanakan di tujuh buah negeri seperti Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kelantan, dan Terengganu. SAFODA di Sabah telah banyak menjalankan penanaman semula dalam estet hutan kekal di negeri Sabah.

Menggalakkan penggunaan sumber-sumber gantian/alternatif agar tidak terlalu bergantung kepada sumber hutan khususnya kayu. Seperti penggunaan simen, besi, keluli, aluminium dan batu-bata dalam industri pembinaan, penggunaan kayu getah dalam industri perabot termasuk mengitar semula bahan terbuang.

Rawatan sivilkultur – merawat penyakit & perosak hutan, pengawalan tumbuhan parasit tumpang, kawalan tumbuhan lain yang tumbuh berhampiran pokok balak yang dipelihara dan kawalan serangga dan binatang perosak supaya pokok balak cepat matang dan cepat matang.

R&D - pengurusan, pembiakbakaan, kawalan serangga dan penyakit, bekalan stok, kajian ekonomik spesies ladang, Pemulihan dan rawatan hutan. Agensi yang terlibat seperti FRIM dan UPM dan JPSM (Jabatan Perhutanan Semananjung Malaysia)

Menentukan zon pembalakan/zon penampan supaya tidak melebihi kawasan rezab. Pengekalan kawasan rezab sungai di kawasan hutan.

Perangkap kelodak dan takungan sementara dibina untuk mengelakkan banjir lumpur. Pagar Sedimen : Halangan sementara menggunakan fabrik yang diikat kepada tiang untuk memerangkap dan menahan sedimen dari kawasan binaan dengan mempertingkatkan proses mendapan mengurangkan halaju "Velocity" "Low flow" (sehingga 15 l/s) di ‘swales’ dan parit alih yang kecil. Halangan Beg Pasir : Beg pasir disusun bertingkat di sepanjang kontur akan menahan sedimen dengan mengurangkan halaju air. Struktur jenis ini adalah telap air dan sesuai digunakan di kawasan lembab serta mudah diubah ke kawasan yang lain. ‘Brush’ atau Tapisan Batu : Tapisan batu dibuat dari batu bersaiz antara "Berm" 20 ke 75 mm garispusat yang disusun di sepanjang kontor di mana ‘sheet flow’ berlaku. "Sheet flow" "Sedimentation" Halangan ‘brush’ pula menggunakan belukar yang telah ditebang dan dibalut dengan kain penapis serta dibarrier is composed of

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 11: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

brush (usually obtained during the site clearing "Site clearing" ) wrapped in filter cloth. Kedua-duanya juga boleh digunakan sebagai ‘check dam’. Penjagaan Alur Masuk Parit : Sistem ini menggunakan batu-batu penapis yang disusun di sebelah ulu parit, ‘ "Inlet" "Sediment" drop inlet’, atau ‘kerb inlet’ sebagai penghalang sedimen dari memasuki sistem saliran. Perangkap Sedimen "Sediment" "Sediment trap" : Kolam kecil untuk memerangkap sedimen yang dibina dengan mengorek sesuatu kawasan, di kelilingi dengan ban serta disediakan alur keluar menggunakan batu ‘gravel’. Ianya diposisikan di sebelah hilir ‘check dam’ dengan rekabentuk hayat selama 6 bulan serta perlu diselenggara selalu. Berpotensi untuk menahan sediment bersaiz kasar. Kolam Sedimen : Struktur ini dibina seperti perangkap sedimen tetapi lebih luas dengan membolehkan kelodak dimendapkan. Posisinya di sebelah hilir perangkap seimen dengan rekabentuk hayat selama 12 ke 18 bulan. Di sesetengah kawasan ianya juga akan digunakan sebagai kolam takungan setelah projek disiapkan.

Larangan aktiviti pembakaran terbuka (tebang bakar). Menggunakan kaedah tebang reput. Pereputan bahan organik oleh bakteria dan kulat menghasilkan humus yang menyuburkan tanih.

3. Langkah Kempen Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar.

Kempen menyedarkan masyarakat tentang kepentingan hutan sebagai warisan kita menerusi pelbagai media seperti kempen “cintailah hutan kita” oleh badan NGO dan Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia (SAM). Kempen “cintailah hutan kita”. Kesedaran memelihara hutan untuk menghargai dan mencintai persekitaran hutan. Perayaan Hari Hutan Sedunia - kesedaran tentang pemeliharaan kawasan hutan. Pada 22 April 2010, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melancarkan kempen ‘Menanam 26 Juta Pokok’ yang bertemakan ‘Hijaukan Bumi: Satu Warga, Satu Pokok’. Tanggungjawab diberikan kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Jabatan Perhutanan Sabah dan Sarawak bagi membantu mengenal pasti pokok sesuai ditanam di tempat tertentu. Mac, 22 - Hari Air Sedunia, April, 22 - Hari Bumi

Kempen melalui media elektronik dan media cetak. Pendedahan berterusan dan kesedaran tanggungjawab oleh stesyen TV. Edisi Siasat, 360° Rancangan National Geographic.Termasuk program gotong royong menanam pokok hutan.

Pendidikan alam sekitar - Pendidikan rendah, menengah dan universiti khususnya menerusi kurikulum geografi. Pengajaran Pendidikan Alam Sekitar berkait rapat dengan matlamat negara untuk membina masyarakat yang sensitif danmemiliki pengetahuan yang tepat, kemahiran dan nilai terhadap isu alam sekitar dan berkeupayaan untuk memberi sumbangan kepada penyelesaian

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 12: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

masalah alam sekitar. Elemen Pendidikan Alam Sekitar disepadukan dan diajar secara jelas dalam mata pelajaran seperti Pendidikan Moral, Geografi, Bahasa, Pendidikan Agama Islam dan juga dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang akan diperkenalkan pada tahun 2005 (Ministry of Education Malaysia, 2004). Selain daripada pendidikan formal dalam bilik darjah, Pendidikan Alam Sekitar juga berlaku secara tidak formal melalui aktiviti kokurikulum berbentuk program/projek seperti Kelab Alam Semula Jadi dan projek 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kecantikan), pertandingan kuiz, Kempen - Kitar Semula, ceramah dan lawatan. Sekolah rendah dan menengah boleh mengadakan program atau projek seperti Minggu Alam Sekitar, Projek Kitar Semula, pembinaan dan penyeliaan stesen-stesen alam sekitar, lawatan, dan perkhemahan. Guru-guru bahasa misalnya boleh melibatkan diri dalam aktiviti seperti perbahasan, pameran, forum atau pertandingan menulis esei yang berkaitan dengan alam sekitar.

Kerjasama kerajaan dengan negara serantau ASEAN seperti menyertai Program Alam Sekitar ASEAN dan Program Antarabangsa, WWF

Peranan pihak swasta dan NGO – Persatuan Pencinta Alam Sekitar Malaysia - berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-Rompin serta menerbitkan dua majalah berkala yang berbahasa Inggeris. Dua majalah tersebut adalah Malaysian Naturalist dan Malayan Nature Journal dan Sahabat Alam Malaysia - Mengadakan seminar-seminar dan forum-forum penjagaan alam sekitar demi memastikan kehidupan lebih selamat dan sejahtera, bersedia memberi penerangan dan taklimat serta bersedia bekerjasama dengan badan-badan korporat yang mempunyai projek kemasyarakatan, tanggungjawab sosial korporat atau yang prihatin terhadap alam sekitar, Menggalakkan pengurusan operasi yang mesra alam dalam perkembangan dan pembangunan di semua sektor perindustrian

Sumber Yang Boleh Diperbaharui

Sumber yang berterusan dan tidak akan pupus seperti udara, suria, ombak dll. Sumber yang boleh diganti atau diwujudkan semula setelah digunakan seperti hutan, tanah dan air. Sumber ini tidak mencemarkan alam sekitar, menjimatkan kos dan diperbaharui secara percuma.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 13: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Sumber Yang Tidak Boleh Diperbaharui

Sumber yang akan pupus apabila digunakan secara berterusan serta tidak boleh diganti dan dicipta semula. Proses kejadian dan pembentukan memakan masa yang lama. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bahan api fosil seperti arang batu, petroleum. Sumber yang boleh dikitar semula seperti emas, tembaga dll. Memerlukan berjuta-juta tahun untuk kemenjadian petroleum dan gas asli. Bahan api fosil mencemarkan alam sekitar.

Huraikan perbezaan antara sumber alam yang boleh diperbaharui dengan sumber alam yang tidak boleh diperbaharui.

Ulasan Soalan : Jawapan calon mestilah menunjukkan perbezaan serentak antara satu isi dengan isi yang lain. Jawapan yang tidak menunjukkan perbezaan MAX 3 Markah sahaja.

1. Lokasi. Sumber yang boleh diperbaharui - Ada di mana-mana dan mudah diperolehi seperti udara, air, tanih. manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui - Kewujudannya terhad di kawasan tertentu, bukan semua tempat ada seperti petroleum, arang batu, emas, bijih timah dan gas asli di medannya sahaja.

2. Bekalan. Sumber yang boleh diperbaharui - Boleh pupus tetapi boleh dipulihara /diganti semula seperti hutan ; tidak akan pupus /habis walaupun digunakan secara berterusan/berulangkali seperti air dan udara, manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui - Habis, pupus dan tidak boleh diganti semula atau dipulihara seperti bijih timah dan bijih besi

3. Masa Kewujudan Semula. Sumber yang boleh diperbaharui. Boleh dihasilkan/kewujudannya dalam jangka masa yang singkat seperti hutan melalui penanaman semula, ada yang boleh membiak semula seperti haiwan, Manakala sumber yang tidak boleh diperbaharui - Kewujudannya dalam jangka masa yang lama seperti petroleum dan arang batu mengambil masa jutaan tahun.

4. Kos : percuma bagi sumber alam boleh diperbaharui seperti udara.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 14: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Jelaskan bagaimana pertumbuhan penduduk yang pesat di sesebuah kawasan boleh menjelaskan bekalan sumber air bersih di kawasan berkenaan.

1. Kuantiti air Keperluan air yang banyak – bilangan penduduk yang ramai menyebabkan

permintaan/ keperluan tinggi. Kurang bekalan/ kuantiti air kurang sebab penduduk yang ramai menggunakan air yang banyak. Sumber air bersih di kawan bandar terhad. Cth: George Town.

2. Kualiti airPertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan kualiti air bersih terjejas.

Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan aktiviti pertanian meningkat – penggunaan baja/ kimia/ racun – air menjadi keruh yang mengandungi lumpur dan kelodak/ keasidan air meningkat. Misalnya, Pencemaran air tasik Ringlet di Cameron Highland oleh aktiviti pertanian.

Pertumbuhan penduduk yang pesat menyebabkan aktiviti penternakan meningkat – pembuangan najis – Air sungai berbau busuk, kandungan bakteria E.Coli amat tinggi, kadar alir sungai amat perlahan - “sungai mati”. Contoh terbaik ialah Sungai Sepang, Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan najis dan sisa ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.

Perindustrian – pelepasan sisa pepejal sisa mencemarkan air. Penduduk padat memerlukan pekerjaan. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah kilang memproses getah serta kelapa sawit. Sebagai contoh Sungai Skudai, Johor dan Sungai Prai di Pulau Pinang.

Pembangunan/pembinaan/penerokaan. Kualiti bekalan air merosot kerana tanah yang terhakis dam menjadikan air keruh dan berkelodak. Penerokaan kawasan/penyahhutanan - Sisa pokok hanyut ke sungai. Di peringkat awal pembinaan empangan hidro elektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu juga penggunaan air untuk pembersihan dan penyejukan loji janakuasa elektrik yang menggunakan petroleum sebagai bahan bakarnya. Air buangan setelah loji dibersih/disejukkan yang disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar. Contohnya, Empangan Bakun dan Empangan Kenyir

Pelancongan, Aktiviti pelancongan menyebabkan banyak pembuangan sampah sarap dari perniagaan hotel dan pelancong. Pernbuangan sisa kumbahan ke laut. Kemerosotan kualiti air laut ini dikesan melalui kandungan bakteria E.Coli. Jika melebihi paras yang dibenarkan 200 MPN/100 ml maka air laut tersebut sudah tercemar. Punca ini banyak terdapat di kawasan pelancongan

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 15: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

popular seperti Port Dickson di Negeri Sembilan dan Batu Feringgi di Pulau Pinang.

Domestik. Pertumbuhan penduduk pesat, Penggunaan air bersih bertambah, menjejaskan kualiti air bersih, pencemaran melalui pembuangan sisa kumbahan domestik dan komersial. Pembuangan sisa domestik khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca penting mengapa Sungai Gombak dan Sungai Kelang di Kuala Lumpur tercemar teruk.

KOMPONEN BIOSFERA (SISTEM EKOLOGI) Bahagian kerak bumi dan atmosfera – yang dihuni oleh manusia, binatang, tumbuh-

tumbuhan dan mikro organisma , bakteria dll Terdiri daripada beberapa ekosistem- ekosostem hutan, paya bakau, tasik, muara dll Menjadi habitat atau tempat tinggal untuk segala hidupan, membekalkan makanan,

dan kaya dengan sumber biologi/ biodivesiti flora dan fauna kayu balak Kepentingan kepada manusia - makanan, perubatan, tadahan air, ekopelancongan,

kayu dll

KOMPONEN LITOSFERA (SISTEM GEOMERLOGI) Lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan (benua dan

pulau Meliputi 29.3 % permukaan bumi dan selebihnya dasar laut. Ketebalam 50 km di

permukaan bumi dan 5 km di dasar laut. Komponen utama- batuan dan mineral Sumber tanih yang subur untuk aktiviti pertanian - tanih laterit. Tanih gambut, tanih

aluvium

KOMPONEN HIDROSFERA (HIDROLOGI) Meliputi laut, tasik, paya, kolam dan sungai meliputi 70% permukaan bumi. 97.2%

air masin. 2.8% air tawar Lautan komponen terpenting - 5 lautan utama : Hindi, Atlantik, Pasifik, Antartik dan

Artik Lautan – sumber alam yang pentig - untuk membekal air hujan, menyerderhanakan

suhu, protein dan mineral Air tawar – sungai, tasik, kolam –sumber air tawar terpenting

KOMPONEN ATMOSFERA Atmosfera merupakan kompenen udara yang terdapat di sekeliling bumi - ketebalan

1000m Sumber utama ialah gas - 70%, terdiri daripada beberapa jenis gas spt nitrogen

(78%), oksigen (20%), Argon (0.9%), Karbon dioksida (0.03%) lain-lain (Neon, Helium, Kripton dan Xenon)

Terbahagi kepada beberapa lapisan:

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 16: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Troposfera : menampung kehidupan manusia, haiwan dan tumbuhan Troposfera ; penebat bahangan matahari dan bumi. Membolehkan suhu bumi

stabil Stratosfera : 50 km dari permukaan bumi - tidak berawan - gas ozon menyerap

sinaran ungu matahari

Empat komponen alam sekitar.

1. Biosfera ( Flora – tumbuhan (kayu balak, rotan, periuk kera dll) dan Fauna - haiwan (Tapir, harimau, orang utan dll)

2. Litosfera (Mineral – petroleum, gas asli, emas & bijih besi, Tanih – tanih laterit, aluvium & gambut, dan batuan – granit, marmar, kapur )

3. Hidrosfera (Air permukaan dan marin, garam: air laut, air tasik, air sungai, air tanih)

4. Atmosfera ( Udara bersih, Tenaga Angin, dan Suria : pelbagai gas (oksigen, karbon dioksida), wap air dll )

Huraikan bagaimana komponen alam sekitar sebagai sumber.

1. Hutan : sumber ubat-ubatan tradisional atau herba seperti tongkat ali, kacip fatimah, hempedu bumi, jarum mas dll

2. Hutan : sumber kayu balak seperti cengal, meranti, keruing, balau dll

3. Pelbagai jenis batuan : perlombongan dan pembinaan seperti batu granit, batu kapur, batu pasir, marmar.

4. Air : penting untuk kegunaan domestik atau keperluan harian penduduk spt memasak, mambasuh, mandi dll

5. Air : membekalkan tenaga hidroelektrik drp sungai yang diempang di kawasan hulunya spt Stesen janakuasa di Empangan Kenyir di Terengganu, Empangan Cenderoh di Perak, Bakun di Sarawak dan Pergau di Kelantan

6. Sumber Marin : membekalkan keperluan protein kepada manusia seperti ikan, udang, sotong dll

7. Bentuk muka bumi gua batu kapur : sumber pelancongan

8. Sumber kepelbagaian biologi : Hidupan seperti orang utan, badak sumbu, gajah, tumbuhan spt raflessia- kajian dan penyelidikan

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012

Page 17: 1.10 Daya Tampung Sumber Alam

Page

15

TEMA 1 PENDUDUK

Pilih satu jenis sumber alam yang boleh diperbaharui dan jelaskan langkah yang boleh diambil untuk memulihara sumber alam tersebut.

1. Nama jenis sumber yang boleh diperbaharui (1m)

2. Langkah perundangan: akta, pemantauan, denda, kompaun, penguatkuasaan undang-undang

3. Langkah bukan perundangan.Taman negara /hutan simpan, Rawatan silvikultur /kitar semula, Penyelidikan dan pembangunan (R&D)

4. Kempen dan pendidikan alam sekitar. Pendidikan alam sekitar. Gotong-royong. Kempen melalui media massa. cth sayangilah hutan / cintailah sungai kita

Jelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.

1. Pencemaran sudah merentasi sempadan negara contoh pencemaran Selat Melaka, jerebu di negara ASEAN.

2. Lebih banyak dana boleh dikumpul bersama.

3. Kepakaran teknikal di sesebuah negara mungkin terhad dalam menangani masalah pencemaran contoh Singapura membantu dalam usaha pengesanan kebakaran di negara ASEAN dengan teknologi radar dan satelit.

4. Keupayaan sesebuah negara menangani sendiri masalah pencemaran alam sekitar terhad dan memerlukan bantuan negara jiran contoh kerajaan Malaysia memberi bantuan menangani masalah jerebu di Sumatera pada 1997.

5. Mengurangkan risiko alam sekitar seperti perkongsian peralatan, kepakaran dan teknologi dalam menguruskan sisa .

6. Menjamin sumber-sumber alam sekitar agar sentiasa ada dan berterusan.

7. Memperkukuhkan hubungan antara negara.

8. Menjamin keberterusan pembangunan untuk masa depan contohnya generasi akan datang dapat menikmati kualiti hidup yang lebih selesa.

Disediakan Oleh Cikgu Liong Sing Chan, 2012