pekeliling bendahari bil : 12/2009 pejabat · pdf filekampus induk shah alam, ... mengawal...

21
1 PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 No Rujukan Fail : 100-BBI(PTA.6/6) Tarikh : 1 Disember 2009 Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam Pengarah Cawangan / Penyelaras Kampus UiTM Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam Ketua Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus Yg. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan GARIS PANDUAN PEROLEHAN PELANTIKAN PERKHIDMATAN PERUNDING UiTM 1.0 TUJUAN Pekeliling ini disediakan dengan tujuan untuk memberi garis panduan mengenai proses pelantikan perunding selaras dengan :- 1.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2006 (SPP 8/2006) bertarikh 6 November 2006 ; dan 1.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2007 (SPP 8 / 2007) bertarikh 14 Mei 2007 (Tambahan Pertama SPP Bil. 8 Tahun 2006). PEJABAT BENDAHARI

Upload: doannguyet

Post on 05-Mar-2018

245 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

1

PEKELILING BENDAHARI

BIL : 12/2009

No Rujukan Fail : 100-BBI(PTA.6/6)

Tarikh : 1 Disember 2009

Dekan Fakulti/ Ketua Bahagian/ Pusat/ Akademi UiTM Shah Alam

Pengarah Cawangan / Penyelaras Kampus UiTM

Ketua Bahagian / Unit Kewangan Zon Pejabat Bendahari UiTM Shah

Alam

Ketua Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus

Yg. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. / Tuan / Puan

GARIS PANDUAN PEROLEHAN PELANTIKAN PERKHIDMATAN PERUNDING UiTM

1.0 TUJUAN

Pekeliling ini disediakan dengan tujuan untuk memberi garis panduan

mengenai proses pelantikan perunding selaras dengan :-

1.1 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2006 (SPP

8/2006) bertarikh 6 November 2006 ; dan

1.2 Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2007 (SPP 8 /

2007) bertarikh 14 Mei 2007 (Tambahan Pertama SPP Bil. 8

Tahun 2006).

PEJABAT BENDAHARI

Page 2: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

2

Garis panduan ini telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Kewangan

dan Pembangunan di dalam mesyuarat ke 165 pada 16 November

2009.

2.0 TAKRIF PERUNDING

2.1 “Pusat Tanggungjawab (PTJ)” meliputi semua Bahagian,

Fakulti, Jabatan, Pusat, Akademi dan Cawangan / Kampus

UiTM yang menerima peruntukan perbelanjaan. Bagi maksud

pelaksanaan pekeliling ini, UiTM Shah Alam adalah termasuk

Kampus Induk Shah Alam, Kampus Seksyen 17, Kampus Jalan

Othman dan Kampus Alamanda manakala Kampus Puncak

Alam dan Puncak Perdana adalah dikategorikan sebagai

cawangan UiTM.

2.2 “Ketua Pusat Tanggungjawab” bermaksud ketua yang telah

diberi kuasa dan tanggungjawab untuk mengurus dan

mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang

berkaitan dengan Pusat Tanggungjawab di bawah kawalannya .

Bagi maksud pelaksanaan pekeliling ini, kuasa dan

tanggungjawab Penolong Naib Canselor Kampus Puncak Alam

dan Puncak Perdana adalah setaraf dengan Pengarah UiTM

Cawangan.

2.3 Perolehan perkhidmatan perunding ditafsirkan sebagai khidmat

kepakaran untuk melaksanakan dan menyiapkan sesuatu projek

tertentu. Bidang perkhidmatan perunding adalah meliputi semua

jenis kajian seperti kajian ekonomi, penswastaan, pengurusan,

pembangunan fizikal yang memerlukan input seperti seni binaan

kejuruteraan dan kerja-kerja ukur bangunan, perundingan dan

perkhidmatan kepakaran dalam bidang khusus seperti alam

sekitar, pertanian, pengurusan projek dan sebagainya.

Page 3: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

3

Perkhidmatan perunding adalah disediakan oleh firma

perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan

dikategorikan seperti berikut:

a. Perunding Fizikal

(i) Arkitek, kejuruteraan awam dan struktur, kejuruteraan

mekanikal dan elektrikal, ukur bahan, perancang

bandar dan desa, landskap, hiasan dalaman, akustik,

pengurusan projek, alam sekitar dan perkhidmatan

teknikal lain yang berkaitan dengan kejuruteraan

dan/atau pembinaan;

(ii) Kerja-kerja ukur tanah dan kerja khusus seperti

hydrography, aerial photogrammetry, remote sensing

dan lain-lain;

(iii) Perkhidmatan penilaian fizikal seperti penilaian harta,

audit and assessment dan lain-lain; dan

(iv) Kajian fizikal yang berkaitan dengan kerja-kerja

kejuruteraan dan/atau pembinaan.

b. Perunding Bukan Fizikal

(i) Kajian kemungkinan, kajian ekonomi, kajian

penswastaan dan kajian-kajian lain;

(ii) Perkhidmatan pengurusan sumber manusia,

kewangan dan perakaunan, percukaian, pengurusan

kualiti, kerja-kerja audit kewangan, kerja-kerja audit

pengurusan, teknologi maklumat dan komunikasi

serta bidang-bidang pengurusan lain; dan

Page 4: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

4

c. Perkhidmatan perunding lain mengikut kategori yang

diperlukan oleh Agensi dan ditentukan oleh Perbendaharaan

dari semasa ke semasa

3.0 KAEDAH PELANTIKAN PERUNDING

Pelantikan perunding boleh dilaksanakan dengan dua kaedah iaitu:

3.1 Lantikan Terus

Kaedah pelantikan secara terus hanya boleh digunakan untuk

skop kerja pembangunan fizikal, ukur tanah dan alam sekitar .

3.2 Lantikan Secara Cadangan Teknikal Dan Kewangan (CTK)

Kaedah pelantikan secara Cadangan Teknikal dan Kewangan

(CTK) digunakan untuk skop kerja yang berbentuk kajian fizikal

dan bukan fizikal.

4.0 HAD KUASA MELANTIK DAN MELULUSKAN KOS

PERKHIDMATAN PERUNDING

Lembaga Perolehan A UiTM adalah diberi kuasa untuk melantik dan

meluluskan kos perkhidmatan perunding bagi :-

4.1 Projek Pembangunan Fizikal dengan Kos Projek sehingga RM

50 juta dan Kos Perunding sehingga RM 5 juta.

4.2 Kajian Fizikal / Bukan Fizikal dengan Kos Perunding tidak

melebihi RM 1 juta.

4.3 Kerja-kerja Ukur Tanah dan Alam Sekitar dengan Kos

Perunding tidak melebihi RM 300 ribu.

Bagi pelantikan perunding yang melebihi nilai di atas, permohonan

hendaklah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan Malaysia

untuk mendapatkan kelulusan. Pemohon perlu menghantar dokumen

seperti di perenggan 5.0 dan 6.0 pekeliling ini kepada Kementerian

Kewangan Malaysia serta mematuhi semua peraturan terkini kerajaan

mengenai pelantikan perunding.

Page 5: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

5

5.0 PROSES PELANTIKAN PERUNDING SECARA LANTIKAN TERUS

Proses pelantikan perunding Secara Lantikan Terus bagi item di dalam

perenggan 4.1 dan 4.3 adalah seperti berikut:

5.1 Pemohon perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Perolehan A

bagi pelantikan perunding.

Dokumen berikut perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan

Perolehan, Pejabat Bendahari

5.1.1 Surat permohonan / iringan kepada Ketua Timbalan

Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan yang

ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

berserta kertas kerja khas (jika ada) dengan pengesyoran

perunding mengikut susunan keutamaan.

5.1.2 Borang Permohonan Pelantikan Perunding.(Lampiran A).

5.1.3 Terms Of Reference (Lampiran B).

5.1.4 Ringkasan profil dan beban kerja setiap perunding

mengikut bidang. (Lampiran D)

5.1.5 Salinan cetakan daripada laman web Kementerian

kewangan untuk sekurang-kurangnya 3 profil dan beban

kerja perunding Bumiputera Tempatan yang hendak

dicadangkan mengikut bidang perunding. (Contoh

adalah di Lampiran C)

5.1.6 Salinan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah

dikemaskini oleh Unit Kewangan Zon UiTM Shah Alam /

Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus yang

berkenaan.

Page 6: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

6

5.2 Setelah mendapat kelulusan Lembaga Perolehan A bagi

pelantikan perunding:

5.2.1 Urusetia Lembaga Perolehan A melantik Jawatankuasa

Teknikal Kewangan Perunding (JTKP) di atas cadangan

pemohon atau menggunakan JTKP yang sedia ada.

5.2.2 Urusetia Lembaga Perolehan A akan mengeluarkan surat

makluman keputusan Lembaga Perolehan A kepada

pemohon.

5.2.3 JTKP/Pemohon mengeluarkan Surat Niat kepada firma

perunding yang telah diluluskan.

5.2.4 JTKP mengadakan rundingan harga dengan firma

perunding yang telah menerima Surat Niat.

5.2.5 JTKP bermesyuarat untuk mengesyorkan skop kerja dan

anggaran kos perunding untuk kelulusan Lembaga

Perolehan A.

5.3 Pemohon mendapatkan kelulusan Lembaga Perolehan A bagi

skop kerja dan anggaran kos pelantikan perunding

Dokumen berikut perlu dihantar kepada Bahagian Pengurusan

Perolehan:

5.3.1 Salinan minit mesyuarat JTKP yang berkenaan.

5.3.2 Anggaran kos terperinci dan skop kerja yang

dicadangkan serta menyatakan jika terdapat

pertambahan / pengurangan skop kerja serta implikasi

kewangan, berbanding dengan permohonan asal dalam

perenggan 5.1.1, 5.1.2 dan 5.1.3.

Page 7: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

7

5.3.3 Salinan minit Mesyuarat Lembaga Perolehan A yang

terdahulu berkaitan dengan kelulusan pelantikan

perunding.

5.4 Bagi pelantikan perunding secara secara lantikan terus dengan

kaedah pengiraan yuran perunding ditetapkan secara skala

piawaian dan kos projek telah ditetapkan, Lembaga Perolehan

A boleh meluluskan pelantikan perunding, skop kerja dan

anggaran kos secara serentak tanpa mendapatkan kelulusan

proses di perenggan 5.1, 5.2 dan 5.3 secara berasingan,

dengan syarat pengesyoran JTKP adalah diperlukan terlebih

dahulu.

Berikut adalah dokumen yang perlu dikemukakan kepada JTKP:

a. Borang Permohonan Pelantikan Perunding.(Lampiran

A).

b. Terms Of Reference (Lampiran B).

c. Ringkasan profil dan beban kerja setiap perunding

mengikut bidang. (Lampiran D)

d. Salinan cetakan daripada laman web Kementerian

kewangan untuk sekurang-kurangnya 3 profil dan

beban kerja perunding Bumiputera Tempatan yang

hendak dicadangkan mengikut bidang perunding.

(Contoh adalah di Lampiran C).

e. Anggaran kos terperinci bagi setiap skop kerja.

f. Salinan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah

dikemaskini oleh Unit Kewangan Zon UiTM Shah

Alam / Pejabat Bendahari UiTM Cawangan /

Kampus yang berkenaan.

Setelah JTKP mengesyorkan cadangan pelantikan perunding,

beserta kos dan skop kerja, dokumen berikut perlu dihantar ke

Bahagian Pengurusan Perolehan, Pejabat Bendahari:

Page 8: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

8

5.4.1 Surat permohonan / iringan kepada Ketua Timbalan

Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan yang

ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

berserta kertas kerja khas (jika ada) dengan

pengesyoran perunding mengikut susunan keutamaan.

5.4.2 Borang Permohonan Pelantikan Perunding.(Lampiran A).

5.4.3 Terms Of Reference (Lampiran B).

5.4.4 Ringkasan profil dan beban kerja setiap perunding

mengikut bidang (Lampiran D)

5.4.5 Salinan cetakan daripada laman web Kementerian

kewangan untuk sekurang-kurangnya 3 profil dan beban

kerja perunding Bumiputera Tempatan yang hendak

dicadangkan mengikut bidang perunding. (Contoh

adalah di Lampiran C)

5.4.6 Salinan minit mesyuarat JTKP yang berkenaan.

5.4.7 Anggaran kos terperinci dan skop kerja yang

dicadangkan.

5.4.8 Salinan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah

dikemaskini oleh Pejabat Bendahari/Unit Kewangan Zon

yang berkenaan.

5.5 Setelah mendapat kelulusan Lembaga Perolehan A, urusetia

Lembaga Perolehan A akan mengeluarkan surat makluman

kepada pemohon.

5.6 Urusan Surat Tawaran dan Tandatangan Kontrak Pelantikan

Perunding

Page 9: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

9

5.6.1 Bagi projek yang tidak melibatkan Pembangunan Fizikal /

Kajian Fizikal / Kerja-Kerja Ukur Tanah dan Alam Sekitar,

pengeluaran surat tawaran dan tandatangan kontrak

pelantikan perunding diuruskan oleh Bahagian

Pengurusan Perolehan.

Pemohon akan memantau projek mengikut skop kerja

serta mengesah bayaran yuran perunding mengikut

kemajuan kerja.

5.6.2 Bagi projek yang melibatkan Pembangunan Fizikal /

Kajian Fizikal / Kerja-Kerja Ukur Tanah dan Alam Sekitar,

Pejabat Pengurusan Fasiliti / Bahagian Pengurusan

Fasiliti / Bahagian Pembangunan akan:

a. Mengeluarkan surat tawaran.

b. Mengurus penyediaan dan menandatangan

kontrak.

c. Memantau projek mengikut skop kerja.

d. Mengesah bayaran yuran perunding mengikut

kemajuan kerja.

6 PROSES PELANTIKAN PERUNDING SECARA CADANGAN TEKNIKAL

DAN KEWANGAN (CTK)

Proses pelantikan perunding Secara Cadangan Teknikal dan

Kewangan bagi item di dalam perengan 4.2 adalah seperti berikut:

6.1 Pemohon perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Perolehan A

untuk mempelawa sekurang-kurangnya 5 firma perunding

yang telah dikenalpasti.

Page 10: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

10

Dokumen berikut perlu dihantar ke Bahagian Pengurusan

Perolehan:

a. Surat permohonan / iringan kepada Ketua Timbalan

Bendahari Bahagian Pengurusan Perolehan yang

ditandatangani oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)

berserta kertas kerja khas (jika ada) dengan pengesyoran

sekurang-kurangnya 5 firma perunding untuk tujuan

pelawaan.

b. Borang Permohonan Pelantikan Perunding.(Lampiran A)

c. Terms Of Reference (Lampiran B ).

d. Ringkasan profil dan beban kerja setiap perunding mengikut

bidang.(Lampiran D)

e. Salinan cetakan daripada laman web Kementerian

Kewangan untuk sekurang-kurangnya 5 profil dan beban

kerja perunding Bumiputera Tempatan mengikut bidang

perunding. (Contoh adalah di Lampiran C).

f. Salinan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah

dikemaskini oleh Unit Kewangan Zon UiTM Shah Alam /

Pejabat Bendahari UiTM Cawangan / Kampus yang

berkenaan.

6.2 Setelah mendapat kelulusan Lembaga Perolehan A untuk

mempelawa sekurang-kurangnya 5 firma perunding:

a. Urusetia Lembaga Perolehan A akan melantik Jawatankuasa

Teknikal Kewangan Perunding (JTKP) di atas cadangan

pemohon pemohon atau menggunakan JTKP yang sedia

ada.

Page 11: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

11

b. JTKP menyedia dan mengesahkan dokumen spesifikasi

untuk tujuan pelawaan teknikal dan harga secara

berasingan.

c. Dokumen tersebut diserahkan kepada Bahagian Perolehan

untuk tujuan pelawaan, penutupan dan penyerahan kepada

JTKP untuk tujuan analisa.

d. JTKP bermesyuarat untuk mengesyorkan perunding, skop

kerja dan anggaran kos perunding untuk kelulusan Lembaga

Perolehan A.

6.3 Pemohon perlu mendapatkan kelulusan Lembaga Perolehan A

bagi pelantikan perunding, skop kerja dan anggaran kos

pelantikan perunding

Dokumentasi berikut perlu dihantar kepada Bahagian

Pengurusan Perolehan

a. Surat permohonan / iringan kepada Ketua Timbalan

Bendahari Bahagian Perolehan yang ditandatangani oleh

Ketua Jabatan berserta kertas kerja khas (jika ada)

dengan pengesyoran perunding mengikut susunan

keutamaan.

b. Borang Permohonan Pelantikan Perunding.(Lampiran A)

c. Terms Of Reference (Lampiran B ).

d. Ringkasan profil dan beban kerja setiap perunding

mengikut bidang.(Lampiran D)

Page 12: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

12

e. Salinan cetakan daripada laman web Kementerian

Kewangan untuk profil dan beban kerja perunding yang

dianalisa mengikut bidang perunding. (Contoh adalah di

Lampiran C)

f. Salinan minit mesyuarat JTKP yang berkenaan.

g. Anggaran kos dan skop kerja yang dicadangkan serta

menyatakan jika terdapat pertambahan / pengurangan

skop kerja serta implikasi kewangan, berbanding dengan

permohonan asal dalam perenggan 6.1.a, 6.1.b dan

6.1.c.

h. Salinan minit Mesyuarat Lembaga Perolehan A yang

terdahulu yang meluluskan cadang perunding untuk

dipelawa.

i. Salinan Borang PB 3/80 (Pindaan 1/2002) yang telah

dikemaskini oleh Pejabat Bendahari /Unit Kewangan Zon

yang berkenaan.

j. Salinan minit Mesyuarat Lembaga Perolehan A yang

terdahulu yang meluluskan cadang perunding untuk

dipelawa.

6.4 Surat Tawaran dan Tandatangan Kontrak Pelantikan Perunding

Setelah mendapat kelulusan Lembaga Perolehan A bagi

anggaran kos dan skop kerja bagi:

Page 13: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

13

6.4.1 Projek Kajian Bukan Fizikal

6.4.1.1 Urusetia Lembaga Perolehan A akan :-

i. Mengeluarkan surat makluman kepada

pemohon.

ii. Mengeluarkan Surat Tawaran.

iii. Menguruskan penyediaan dan

tandatangan dokumen kontrak.

6.4.1.2 Pemohon akan

i. Memantau projek mengikut skop kerja.

ii. Mengesahkan bayaran yuran perunding

mengikut kemajuan kerja.

6.4.2 Projek Pembangunan Fizikal / Kajian Fizikal / Kerja-

Kerja Ukur Tanah dan Alam Sekitar

6.4.2.1 Urusetia Lembaga Perolehan A akan

mengeluarkan surat makluman kepada Pejabat

Pengurusan Fasiliti / Bahagian Pengurusan

Fasiliti / Bahagian Pembangunan.

6.4.2.2 Pejabat Pengurusan Fasiliti / Bahagian

Pengurusan Fasiliti / Bahagian Pembangunan

akan:

a. Mengeluarkan Surat Tawaran.

b. Menguruskan penyediaan dan

menandatangan kontrak.

Page 14: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

14

c. Memantau projek mengikut skop kerja.

d. Mengesahkan bayaran yuran perunding

mengikut progres kerja.

7. 0 KRITERIA PEMILIHAN PERUNDING

7.1 Berdaftar dengan Kementerian Kewangan dalam bidang yang

berkaitan;

7.2 Keutamaan kepada perunding tempatan di lokasi projek/kajian

berkenaan;

7.3 Keutamaan kepada perunding Bumiputera;

7.4 Pelantikan secara giliran (rotation basis);

7.5 Beban kerja semasa perunding.

7.6 Saiz dan keupayaan perunding bersesuaian dengan

projek/kajian;

7.7 Kepakaran khusus;

7.8 Pengalaman dan prestasi firma perunding;

7.9 Lulus penilaian teknikal dan kewangan;

7.10 Kedudukan kewangan firma perunding; dan

7.11 Kriteria lain yang bersesuaian.

Page 15: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

15

8.0 MAKLUMAT PERUNDING

Bagi tujuan untuk mendapatkan nama firma perunding, membuat

semakan permohonan, membuat semakan firma perunding atau

mendapatkan salinan dokumen lampiran profil dan beban kerja

perunding dari laman web Kementerian Kewangan (untuk dilampirkan

bersama dokumen yang dikemukakan kepada Lembaga Perolehan A),

pemohon boleh menghubungi setiausaha Jawatankuasa Teknikal

Kewangan Perunding (JTKP) Pejabat Pengurusan Fasiliti / Pejabat

Pembangunan atau urusetia Lembaga Perolehan A di Bahagian

Perolehan, Pejabat Bendahari UiTM Shah Alam.

Syarat-syarat khusus dan terperinci mengenai pelantikan

perunding adalah di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 8

Tahun 2006 bertarikh 6 November 2006 dan Surat Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 8 Tahun 2007 (Tambahan Pertama SPP Bil. 8

Tahun 2006) dan boleh diperolehi melalui www.treasury.gov.my.

Pemohon diminta membaca Pekeliling Bendahari ini bersama-

sama dengan peraturan terkini kerajaan mengenai pelantikan

perunding supaya urusan pelantikan perunding dapat

dilaksanakan dengan teratur dan segera.

9.0 MESYUARAT LEMBAGA PEROLEHAN A

Bagi memastikan fail Mesyuarat Lembaga Perolehan A dapat

dikeluarkan 7 hari sebelum tarikh mesyuarat, semua dokumentasi

berkenaan mestilah diterima dengan lengkap oleh Bahagian

Pengurusan Perolehan, Pejabat Bendahari UiTM Malaysia tidak lewat

dari 14 hari sebelum tarikh mesyuarat berkenaan.

Tarikh Mesyuarat Lembaga Perolehan A UiTM akan dimaklumkan dari

masa ke semasa.

Page 16: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

16

10. PEMAKAIAN DAN TARIKH KUAT KUASA

Pekeliling ini hendaklah digunapakai oleh Universiti Teknologi MARA

Malaysia dan Negeri, bagi semua Kumpulanwang, berkuatkuasa

mulai 1 Disember 2009 dan hendaklah dibaca bersekali dengan

Arahan Perbendaharaan dan pekeliling lain yang berkaitan, yang

masih berkuatkuasa.

Pekeliling ini membatalkan Pekeliling Bendahari Bil: 12/2008 - Garis

Panduan Perolehan Pelantikan Perkhidmatan Perunding UiTM.

Yang benar,

SANIP WAHID Bendahari Universiti Teknologi MARA

s.k 1. Naib Canselor

2. Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa)

3. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

4. Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan dan Inovasi) 5. Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat)

Page 17: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

17

LAMPIRAN A BORANG PERMOHONAN PELANTIKAN PERUNDING

1. Maklumat Agensi

1.1. Agensi :

1.2 Alamat :

1.3 No. Rujukan Fail :

2. Maklumat Projek/Kajian

2.1 Tajuk Projek/Kajian :

2.2 Lokasi Projek/Kajian :

2.3 Anggaran Kos Projek/Kajian

: RM

2.4 Tempoh Projek/Kajian :

2.5 Status Projek/Kajian (Baru/Sambungan)

:

2.6 Tempoh Perkhidmatan Perunding

:

3. Peruntukan

3.1 Sumber Pembiayaan : Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri/Bank Dunia/Bank Pembangunan Asia/Lain-lain*

3.2 Jika Sumber Lain, Nyatakan :

3.3 Peruntukan Diluluskan Dalam Rancangan Malaysia …. : RM

3.4 Peruntukan Diluluskan Tahun Semasa

: RM

3.5 Pecahan Kepala Peruntukan :

3.6 No PB FAIS:

* Potong Yang Tidak Berkenaan

4. Rujukan Kepada Jabatan Teknik (Untuk Projek Fizikal Sahaja)

(Tanda () yang berkenaan)

4.1. Rujukan kepada Jabatan Teknik? Sudah Belum

(Salinan surat kepda Jabatan Teknik/jawapan disertakan)

Page 18: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

18

5. Asas-asas Permohonan

6. Perkhidmatan Yang Diperlukan

(Tanda () yang berkenaan)

Penyediaan Pelan Induk Penyediaan Dokumen tender

Rekabentuk Terperinci Penyeliaan Pembinaan

Kajian Impuk Alam Sekitar Pengurusan Projek

Kajian Kejuruteraan/Teknikal Pengurusan Lain (sila nyatakan)

…………………………………………..

Kajian-kajian Lain (sila nyatakan)

…………………………………………..

Lain-lain (sila nyatakan)

…………………………………………..

7. Lampiran

(Tanda () yang berkenaan)

7.1. Terma Rujukan / Ringkasan Projek disertakan Ya Tidak

8. Perunding yang dicadangkan (tidak kurang dari tiga (3) firma untuk

Lantikan Terus dan lima (5) firma untuk Lantikan CTK bagi setiap bidang)

Bidang Nama & No. Pendaftaran Perunding

(K.Kewangan)

Alamat Anggaran Kos Perunding

(RM)

Sebab-sebab perunding di atas dicadangkan

Page 19: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

19

9. Perunding yang disyor oleh Pemohon

Bidang Nama Perunding

Alamat Anggaran Kos Perunding

(RM)

Sebab-sebab perunding di atas disyorkan

Adalah dengan ini, kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku bahawa kami adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang mana

berkenaan seperti berikut: (i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa- apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

(ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

(iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

(iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Disedia oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Tandatangan : Tandatangan : Tandatangan: : Tandatangan :

Nama : Nama : Nama* : : Nama* :

Jabatan : Jabatan : Jabatan : : Jabatan :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

* Ketua Jabatan/Pegawai yang diberi kuasa (DIISI OLEH PEMOHON)

Page 20: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

20

LAMPIRAN B

TERMA RUJUKAN (TERMS OF REFERENCE) 1. Definisi 1.1 Terma Rujukan adalah merupakan garis panduan serta menjadi

rujukan utama mengenai sesuatu projek/kajian, jadual kerja dan tempoh pelaksanaan serta skop projek/kajian. Ia akan menjadi sebahagian daripada dokumen perjanjian di antara firma perunding dan Kerajaan.

2. Kandungan 2.1 Terma Rujukan hendaklah mengandungi perkara berikut:-

(a) nama projek/kajian;

(b) latar belakang projek/kajian;

(c) objektif

(d) skop kerja projek/kajian;

(e) jadual kerja;

(f) peringkat laporan (cth: laporan awal/interim/laporan akhir)

(g) data, bahan dan maklumat lain yang akan dibekalkan oleh Kerajaan (jika berkenaan);

(h) nama agensi perlaksana/Kerajaan yang bertanggungjawab; dan

(i) perkara-perkara lain yang berkaitan

Adalah dengan ini, kami yang bertandatangan di bawah ini mengaku bahawa kami adalah tertakluk kepada Akta Pencegahan Rasuah 1997, yang mana

berkenaan seperti berikut: (i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau

memberi, meminta atau menerima apa- apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

(ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa

suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Badan Pencegah Rasuah atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Page 21: PEKELILING BENDAHARI BIL : 12/2009 PEJABAT · PDF fileKampus Induk Shah Alam, ... mengawal sumber kewangan dan sumber-sumber lain yang berkaitan dengan Pusat ... 5.3.1 Salinan minit

21

(iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib

terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

(iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran

berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.

Disedia oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh:

Tandatangan : Tandatangan : Tandatangan:

: Tandatangan :

Nama : Nama : Nama* :

: Nama* :

Jabatan : Jabatan : Jabatan :

: Jabatan :

Tarikh : Tarikh : Tarikh :

* Ketua Jabatan/Pegawai yang diberi kuasa (DIISI OLEH PEMOHON)