sumbangan tamadun india kepada pembangunan tamadun malaysia

6
TITAS ISL M10 Sumbangan tamadun India kepada pembangunan tamadun Malaysia KEPERCAYAAN & NILAI Perkembangan Kepercayaan & Nilai dalam tamadun India Tamadun India merupakan tamadun tertua dan mengalami proses peradaban yang sangat lama, proses ketamadunan itu sendiri memakan masa yang panjang darisudut pembentukan wilayah, jajahan kuasa dan pentadbiran. Permulaan ketamadunan dengan kedatangan orang-orang Aryan di lembah Indus. Orang-Orang Aryan telah membawa satu budaya baru dan meningkatkan tahap baru kepada masyarakat lembah Indus ,pada saat inilah awal mula Zaman Vedik yang merupakan zaman kepercayaan kepada tuhan dan kehidupan masyarakat berasaskan cara hidup yang lebih baik.di saat inilah lahirnya agama Hindu sebagai jalan kepadahidup yang sempurna. Sistem kerajaan kecil & besar mula diperkenalkan yakni Janapada danmahajanapada. Kerajaan-kerajaan kecil disatukan menjadi sebuah kerajaan besar dibawah pemerintahan Chandragupta Maurya, lalu terbentuklah satu Empayar sebagaikuasa Politik besar dan berpengaruh. Umat manusia percaya pada kredibiliti Gupta, Nilai kesatuan menjadikan India Utara sebuah Empayar yang sangat Kuat pegangan dan prinsipnya. Empayar juga melangkaui peredaran masa dengan kegemilangan yangdibawa Asoka. Tertulis di kitab sejarah peralihan kuasa golongan pemerintah, Dinasti Maurya kini di bawah pemerintahan Asoka. Asoka mengubah perluasan jajahan kuasa darisistem ketenteraan kepada sistem yang lebih lembut dan menekankan kesejahteraan rakyat dan berdiri di atas prinsip keadilan umat manusia. Asoka memberi penekanan kepada Agama Buddha sebagai asas dalam sistem perluasan kuasa & pengaruh. Asoka percaya pada jalan-jalan kebaikan dalam agama Buddha yang dianutinya mampu mengangkat empayar ke hieraki yang lebih tinggi, rakyat diajar bagaimana mengamalkan cara hidup berlandaskan ajaran Buddha. Asoka menentang keras sistemKasta yang diamalkan mengkastakan golongan-golongan tertentu,ajaran Buddha yang dianutinya juga adalah berasaskan penentangan golongan kesatria dan golonganBrahmin. Sistem kasta yang dianggap terlalu rigid untuk sistem sosial masyarakat.

Upload: shawhwa

Post on 11-Nov-2015

103 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

。。。

TRANSCRIPT

TITAS ISL M10Sumbangan tamadun India kepada pembangunan tamadun Malaysia

KEPERCAYAAN & NILAI

Perkembangan Kepercayaan & Nilai dalam tamadun India

Tamadun India merupakan tamadun tertua dan mengalami proses peradaban yang sangat lama, proses ketamadunan itu sendiri memakan masa yang panjang darisudut pembentukan wilayah, jajahan kuasa dan pentadbiran. Permulaan ketamadunan dengan kedatangan orang-orang Aryan di lembah Indus.

Orang-Orang Aryan telah membawa satu budaya baru dan meningkatkan tahap baru kepada masyarakat lembah Indus ,pada saat inilah awal mula Zaman Vedik yang merupakan zaman kepercayaan kepada tuhan dan kehidupan masyarakat berasaskan cara hidup yang lebih baik.di saat inilah lahirnya agama Hindu sebagai jalan kepadahidup yang sempurna.

Sistem kerajaan kecil & besar mula diperkenalkan yakni Janapada danmahajanapada. Kerajaan-kerajaan kecil disatukan menjadi sebuah kerajaan besar dibawah pemerintahan Chandragupta Maurya, lalu terbentuklah satu Empayar sebagaikuasa Politik besar dan berpengaruh. Umat manusia percaya pada kredibiliti Gupta, Nilai kesatuan menjadikan India Utara sebuah Empayar yang sangat Kuat pegangan dan prinsipnya. Empayar juga melangkaui peredaran masa dengan kegemilangan yangdibawa Asoka.

Tertulis di kitab sejarah peralihan kuasa golongan pemerintah, Dinasti Maurya kini di bawah pemerintahan Asoka. Asoka mengubah perluasan jajahan kuasa darisistem ketenteraan kepada sistem yang lebih lembut dan menekankan kesejahteraan rakyat dan berdiri di atas prinsip keadilan umat manusia. Asoka memberi penekanan kepada Agama Buddha sebagai asas dalam sistem perluasan kuasa & pengaruh.

Asoka percaya pada jalan-jalan kebaikan dalam agama Buddha yang dianutinya mampu mengangkat empayar ke hieraki yang lebih tinggi, rakyat diajar bagaimana mengamalkan cara hidup berlandaskan ajaran Buddha. Asoka menentang keras sistemKasta yang diamalkan mengkastakan golongan-golongan tertentu,ajaran Buddha yang dianutinya juga adalah berasaskan penentangan golongan kesatria dan golonganBrahmin. Sistem kasta yang dianggap terlalu rigid untuk sistem sosial masyarakat.

Dari sudut aspek kepercayaan, tamadun india melalui 5 aliran agama Agama,bermula dari ajaran agama Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan akhir sekali Islam yang datang 8 atau 7 tahun sebelum Masihi. Dan merupakan ajaran agama yang terakhir didalam tamadun India.

Relevansi kepada Pembentukan budaya Negara bertamadun

Sebuah Negara bertamadun adalah Negara yang mencapai tahap pencapaian fizikal dan sosial masyarakat, dari sudut fizikal nya kita dapat melihat kepada perkembangan ilmu pengetahuan & pendidikan ,kemajuan dan kecanggihan teknologi, industri reka cipta dan sebagainya.

Sudah menjadi lumrah pandangan manusia kepada ketamadunan melihat kepada struktur bangunan yang unik, yang satu-satunya dan tiada persamaan denganyang lain. Sebagai contoh Piramid yang dibina tidak menyerupai mana-mana bangunan megah yang berada pada zaman itu. Atau penciptaan teknologi, teori dan penemuan yang baru. Dari sudut akalnya manusia mendaki dari satu tangga ke satu tangga. Proses pendakian itu juga menunjukkan seseorang atau sekumpulan orang itu sedang membina tamadun.

Namun perkembangan secara fizikal ini tidak cukup untuk menjadikan bahawasebuah Negara bertamadun, perlu ada gabungan dari sudut masyarakat di bawah naungan Negara tersebut. Sistem sosialisasi masyarakat yang mengamalkan budaya toleransi, kesatuan bangsa walau berlainan bahasa dan warna kulit, bekerjasamakerana cintakan kepada Negara.

Ajaran Agama sebagai sistem kepercayaan masyarakat sebenarnya membentuktamadun yang lebih besar yakni pencapaian dari sudut rohaniah. Dari sudut dalaman dirimanusia itu sendiri. Teori barat menemukan kecerdasan manusia dan membahagikan kepada 3 bahagian yakni kecerdasan intelektual, kecerdasan emosional dan kecerdasan spiritual.

Pencapaian teknologi, penemuan teori sains yang baru, pembinaan struktur bangunan yang unik adalah hasil dari kecerdasan intelektual. Kecerdasan Emotional melihat kepada hubungan di antara manusia & persekitaran, bagaimana seseorang itu memimpin organisasi. Bermasyarakat, berpersatuan, menghormati orang yang lebih tua, menyayangi orang yang lebih muda, mengamalkan sikap tolong menolong, bekerjasama dan bertolak ansur.

Kecerdasan ini juga menjadikan masyarakat menyayangi alamsekitar, kehidupan flora & fauna. Serta melahirkan kemahunan ingin menjaganya. Kecerdasan yang terakhir adalah kecerdasan Spiritual, yang diajarkan olehagama. Kepercayaan kepada tuhan. Tamadun india melihatkan perkembangan kerana menerima tamadun lain sebagai modul ketamadunan. ajaran agama pasti menunjukkan perbezaan yang ketara, Agama Hindu, Buddha, Jaina, Sikh dan Islam menunjukkan cara hidup, pengamalan, manifestasi ,dan kepercayaan yang jauh berbeza.

Walaupun kesemuanya berbeza namun tiada satu tempoh masa tertentu mereka mengamalkan komunisme (tidak percaya kepada tuhan). Prinsip kepercayaan kepadatuhan lah yang meneguhkan nilai-nilai hidup yang murni dikalangan masyarakat. Dan inilah yang dinamakan kecerdasan spiritual. Secara Amnya kerana kepercayaan kepadatuhan, masyarakat perlu melakukan sesuatu perkara yang baik termasuk perbuatannya, percakapannya, tidak berzina, membunuh, melakukan dosa dan sebagainya. Natijahnya, masyarakat hidup di dalam suasana harmoni dan berhasil tamadun.

Mehnah & tribulasi kepada pembangunan tamadun Malaysia

Malaysia sebuah Negara membangun sesuai dengan model-model pembangunan tamadun yang dicanangkan, kesan Sejarah menjadikan Malaysia sebuah Negara ynag mempunyai variasi etinisiti, bahasa dan dialek mengikut kawasan tertentu.kepelbagaian menjadikan Negara Malaysia sebuah Negara yang unik.

Telah tertulis di kitab sejarah kemanisan kemerdekaan belum sempat dirasa nikmat sepenuhnya, jurang perbezaan kawasan, sektor pekerjaan bahasa dan budaya mencetuskan ketegangan antara kaum dan berlakunya rusuhan kaum pada 13 Mei1969. Pelbagai usaha kerajaan dari sudut Top Down diperkenalkan, penubuhan MAGERAN, Jabatan perpaduan, Jabatan Sosial Negara. Dan segala usaha-usaha murni yang dijalankan agar perpaduan etnik mencapai kata tuntas dan menyerikan Malaysia sebagai Negara satu bangsa.

Pemerintahan Gupta, Maurya & Asoka dalam tamadun india yang sekian lama sebagai contoh turut mengundang variasi etnisiti dan menyebabkan wujudkan kerencaman dan perbezaan budaya, dengan kebijaksanaan pemerintah umat manusia di bawah empayar mencapai kesatuan sosialisasi dan menjadi satu bangsa yg berjayasuatu masa dahulu.

Begitu halnya dengan Malaysia, tujuan mencapai bangsa Malaysia adalahmerupakan salah satu wawasan. Satu dasar, penjenamaan sebuah Negara menuju erake tamadunan dan kecemerlangan Negara. Lantas ketamadunan Malaysia tertulis dalam kamus sejarah dek kerana bangsanya.

Harapan : Malaysia sebuah Negara Bertamadun

Negara Jepun suatu ketika dahulu terkenal dengan prinsip bushido yangdipegang, golongan kesatria samurai mempunyai prinsip hidup bunga sakura sebagai lambang kehidupan. Tun Dr Mahathir dalam ucapan di konvensyen Pelajar Melayumenyebut maju mundur sebuah Negara adalah kerana Budayannya. Begitu halnyadengan pembangunan tamadun Malaysia, Nilai!

Nilai-nilai murni yang diamalkan seharian akan membentuk akhlak (Behavior), Akhlak yang menjadi cerminan kepada ketamadunan rakyat Malaysia, Imam Al-Ghazali mendefiniskan akhlak adalah sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa mendahului akalfikiran, kerana itu nilai-nilai murni seperti jujur,amanah, berintegiriti, berkasih sayang,prihatin perlu diamalkan agar membentuk akhlak.

Bayangkan bagaimana umat manusia di Mekkah Kaum Quraisy yang jahil dengan menanam bayi perempuan hidup-hidup mampu ditamadunkan dan melahirkan akhlak yang sangat indah, itulah halnya kepercayaan kepada Tuhan, Kini termaktub di dalam perlembagaan Malaysia adanya Agama Islam sebagai agama rasmi sedang agama lain boleh dilaksanakan dan perlu dihormati. Inilah titik mula ke arah ketamadunan Malaysia.

Malaysia mampu mendaki puncak tertinggi dalam bidang sains & teknologi,perkembangan sektor ilmu pengetahuan dari pembinaan Universiti dan institusi pendidikan yang lainnya, mampu melahirkan institusi kemahiran yang menampungmasalah sumber tenaga. Mampu membina menara gagah tinggi sebagai lambangketinggian ilmu yang dimilikinya. Namun, Apakah Malaysia mencapai perpaduan darisudut Kecerdasan Emosional (EQ), dan mencapai Akhlak dari sudut KecerdasanSpiritual (SQ).

Malaysia, penuh pengharapan jika rakyatnya yang berbilang kaum, berbeza agama dianuti kembali kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Agama, tiada Agama yang mengajarkan tentang keganasan, perpecahan, rasuah dan penindasan.Kerencaman ini bukan lah perlu digadai Prinsip namun dari perbezaan inilah kitabertembung dengan Nilai-nilai murni yang diterima rakyat semuanya. Nilai Jujur,Berwawasan, bekerjasama, berkasih sayang, Prihatin dan sebagainya.

SUMBANGAN TAMADUN INDIA TERHADAP PERADABAN MANUSIA :Di Asia Tenggara, sumbangan tamadun India dalam interaksinya dengan tamadun-tamadun tempatan dianggap oleh sesetengah cendekiawan sebagai sumbangan hasil daripada Hindunisai dan Indianisasi. Walau bagaimanapun,istilah Indianisasi (Indianisation) lebih tepat bagi merujuk kepada perkembangan keseluruhan bentuk sumbangan yang diterima daripada tamadun India. Penggunaan istilah Hindunisasi (penghinduan) didapati bukan hanya membataskan sumbangan berasakan Hinduisme, tetapi juga sukar menjelaskan pembahagian kesan di antara agama Hindu dan Buddha.Antara pencapaian dan sumbangan yang telah dilakukan oleh tamadun India terbahagi kepada dua iaitu pencapaian dalam bidang seni dan pencapaian dalam bidang sains.

Pencapaian dalam Bidang SeniSeni dan kehidupan masyarakat India tidak pernah dapat dipisahkan. Tamadun India telah mencapai kecemerlangan dalam bidang kesenian yang boleh diringkaskan seperti berikut:1.Seni halus2.Tarian3.Drama4.Seni bina dan seni ukir5.Seni lukis

Pencapaian dalam Bidang Seni1.Matematik2.Astronomi dan Kalendar3.Fizik4.Kimia5.Logam6.Perubatan