sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

9
SUMBANGAN AL- KHAWARIZMI OLEH: NUR AIMI ATHIRAH BTE RAZALI

Upload: malacca-girls-high-school

Post on 10-Jun-2015

1.768 views

Category:

Education


6 download

DESCRIPTION

al-khawarizmi seorang tokoh islam yang menguasai bidang matematik,geografi dan astronomi.

TRANSCRIPT

Page 1: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

SUMBANGAN AL-KHAWARIZMI

OLEH: NUR AIMI ATHIRAH BTE RAZALI

Page 2: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

GAMBARAN ILUSTRASI TOKOH AL-KHAWARIZMI

PATUNG AL-KHAWARIZMI DI KHIVA,QORAQALPOGHISTAN

,UZ

Page 3: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

PENGENALANAl-Khawarizmi, atau nama sebenarnya Muhammad ibn Musa al-Khawarizmi yang berketurunan Parsi berasal dari kawasan Khawarizm, di kawasan Aral Sea yang hari ini sebahagian daripada Uzbekistan dan Turkmenistan. Al-Khawarizmi adalah salah seorang ilmuan matematik di Bait al-Hikmah (House of Wisdom) yang diasaskan oleh Khalifah al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abbasiyyah. Dilahirkan disekitar tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun sekitar 850 Masihi. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi dan juga ahli geografi di Bait al-Hikmah.

Page 4: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

SUMBANGAN

• Al-Khawarizmi merupakan tokoh yang mula-mula memperkenalkan algebra dan matematik.

• Beliau berusaha memperkenalkan:• -sistem angka Arab• -Beberapa proses pengiraan termasuk operasi dan pecahan.

• Sistem ini telah diterangkan penggunaannya dalam sebuah bukunya yang berkaitan dengan aritmetrik.

CABANG MATEMATIK

Page 5: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

• Kemajuan aritmetik membawa kepada kemajuan alajbar( algebra),iaitu satu bidang matematik yang menggunakan tanda-tanda dan huruf-huruf untuk mewakili nombor,nilai atau pemboleh ubah (ilmu persamaan).

• Beliau memberikan analisis terperinci dalam kaedah-kaedah penyelesaian linear dan ungkapan kuadratik sehingga beliau digelar “ Bapa Ilmu Algebra” kerana kepakaran beliau.

• Beliau juga telah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri, iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segi tiga yang mengandungi fungsi sin.

Page 6: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

• Al-Khawarizmi juga menyempurnakan teori geometri yang mewakili muka keratan kon dan membangunkan kalkulus yang membantunya menguasai kondep perbezaan.

• Beliau banyak menulis buku sebagai bahan bacaan dan rujukan pada masyarakat umum. Antaranya ialah “Kitab al-Jam’a bil Hisab al-Hindi”,iaitu buku yang berkenaan dengan konsep aritmetik.

Page 7: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

• Al-Khawarizmi tidak hanya menyemak pandangan Ptomely mengenai geografi tetapi juga membetulkannya termasuk dalam melakar peta dunia.

• Beliau merupakan saintis pertama yang melakar peta dunia pada tahun 830 Masihi,iaitu 10 tahun sebelum beliau meninggal dunia.

• Pembangunan ilmu kaji bintang dan ilmu falak oleh Al-Khawarizmi mempunyai makna yang cukup besar terhadap kemajuan dalam bidang sains astronomi.

• Hasil kerjaya yang lain turut meliputi kerja-kerja yang berkaitan dengan jam,alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta kaji bintang.

GEOGRAFI &ASTRONOMI

Page 8: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

KESIMPULAN

• Al-Khwarizmi adalah seorang ahli matematik muslim yang terkenal dan wajar kita jadikan contoh. Sumbangan besar beliau kepada perkembangan ilmu perlu kita jadikan sebagai muhasabah kepada diri kita kerana  satu ketika dahulu umat islam adalah pendominasi ilmu pengetahuan.

Page 9: Sumbangan al khawarizmi stpm penggal 2

SEKIAN,TERIMA KASIH!