tamadun (al khawarizmi)

24
TAJUK MUKA SURAT 1. PENGENALAN DAN RIWAYAT HIDUP 2 2. SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK 4 3. SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI 9 4. SUMBANGAN DALAM BIDANG FALAK (ASTRONOMI) 11 5. SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOMETRI 13 6.PENUTUP 14 7.RUJUKAN 15 1

Upload: nurulfazli

Post on 13-Sep-2015

105 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Tamadun

TRANSCRIPT

Tajuk

TAJUK

MUKA SURAT1. PENGENALAN DAN RIWAYAT HIDUP

22. SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK

43. SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI

94. SUMBANGAN DALAM BIDANG FALAK (ASTRONOMI)115. SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOMETRI

136. PENUTUP

147. RUJUKAN

15PENGENALAN & RIWAYAT HIDUP

Al-Khawarizmi dilahirkan di Bukhara. Nama sebenarnya ialah Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi. Tarikh lahir dan kematiannya yang tepat tidak diketahui tetapi beliau dikatakan hidup di antara tahun 790 sehingga 840 Masihi. Ada juga yang menyatakan beliau lahir pada tahun 780 Masihi dan meninggal dunia pada tahun 850 Masihi. Terdapat sumber lain menegaskan al-Khawarizmi hidup sekitar awal pertengahan abad ke 9M dan beliau lahir di Khawarizm, Uzbekistan pada tahun 194H / 780M dan meninggal dunia pada tahun 266H / 850M di Baghdad. Selain itu, beliau juga dikenali sebagai Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Yusoff Al-Khawarizmi. Gelaran yang dikenali di Barat ialah al-Khawarizmi, al-Cowarizmi, al-karismi, al-Goritmi atau al-Gorism. Nama al-Gorism terkenal pada abad pertengahan. Di negara Perancis pula al-Gorism muncul sebagai Augryam atau Angrism. Di negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Beliau merupakan salah satu ilmuan Islam yang memberi sumbangan besar dalam perkembangan ilmu matematik. Gelaran Al-Khawarizmi diberi kepada beliau sempena tempat kelahirannya di Khawarizm yang terletak di selatan laut Aral. Khawarizmi adalah sebuah kota kecil sederhana di pinggiran sungai Oxus. Sungai Oxus merupakan satu sungai yang mengalir panjang dan membelah negara Uzbekistan. Beliau dikatakan lahir di sebuah tempat bernama Kath iaitu sebahagian daripada daerah Khawarizmi. Kini, Kath telah lenyap akibat ditenggelami pasir. Panggilan al-Khawarizmi itu menunjukkan tempat awal kelahiran beliau. Kehidupan kanak-kanaknya kurang diketahui tetapi ibu bapanya telah membawanya berhijrah dari Uzbekistan ke Baghdad, Iraq ketika beliau masih kecil. Ketika itu Iraq di bawah pemerintahan Khalifah Al Ma'mun yang memerintah sepanjang tahun 813 hingga 833. Dalam bidang pendidikan beliau ialah seorang tokoh Islam yang berpengetahuan luas meliputi bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, geografi, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Namun demikian, beliau lebih banyak mencipta teori matematik. Istilah algoritme dalam matematik moden diambil dari namanya. Ini adalah kerana beliau orang pertama mengembangkan kaedah ini. Al-Khawarizmi menjadi salah seorang ahli matematik yang teragung dan jasanya akan dikenang sampai bila-bila oleh seluruh masyarakat dunia. Beliau sebenarnya merupakan pengasas kepada beberapa cabang dan konsep asas matematik. Hasil kerjanya dalam algebra begitu cemerlang dan beliau tidak hanya mempunyai inisiatif terhadap subjek dalam pembentukan sistematik tetapi juga bertanggungjawab membangunkan penyelesaian analitikal dalam pengembangan garis lurus serta persamaan kuadratik.Semasa pemerintahan Khalifah al-Mamun, Al-Khawarizmi bekerja di Bayt al-Hikmah yang merupakan rumah kearifan di Baghdad. Di sana beliau bekerja dalam sebuah observatory atau balai cerap di mana beliau belajar matematik dan astronomi. Beliau juga dipercayai pemimpin perpustakaan Khalifah. Hampir seluruh karya-karya beliau disusun selama masa pemerintahan al-Mamun (813-833 M), Khalifah III setelah Umayyah membangun kekhalifahan Islam di Damaskus pada tahun 661.SUMBANGAN DALAM BIDANG MATEMATIK

Konsep matematik dalam Islam merupakan ilmu yang berhubung dengan kepercayaan mengesakan Allah S.W.T. Perkataan Ahda atau ahad dalam firman Allah merupakan suatu simbol Ilmu Hisab. Sarjana-sarjana Islam telah memberi sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru yang menjadi ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Dalam Islam, angka pertama ialah satu (1), bukannya angka kosong atau sifar seperti yang dianuti oleh ahli fikir Barat. Wujudnya satu sebagai angka awal dikaitkan dengan kewujudan Allah. Manakala pendapat angka kosong sebagai terawal adalah pendapat sekular Barat yang menafikan kewujudan Tuhan sebelum wujudnya alam. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh sarjana India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang begitu besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau yang diperlukan untuk penjumlahan. Al-Khawarizmi mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka-bentuk dan memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar.

Al-Khawarizmi telah memperkenalkan angka-angka India dan cara-cara perhitungan India pada dunia Islam. Beliau banyak belajar dari sumber-sumber literatur Hindu. Karya-karyanya mengenai ilmu hitung India dan tabel-tabel astronomi tertua telah diterjemahkan oleh Adelard dari Bath pada abad ke-12M. Karya-karya aljabarnya disebut al-Mukhtasar fi Hisab al-Jabrwa al-Muqahala telah diterjemahkan ke bahasa Inggeris. Karya tersebut juga telah diterjemahkan sebahagian oleh Robert dari Chester dengan judul Liber Algebras et Almucabola.

Ketika algebra sedang diterjemahkan, John dari Seville membuat sebuah versi bahasa Latin yang terkenal. Ia merupakan penyesuaian dari karyanya sendiri atau karya beberapa penulis muslim Arithmetic-nya al-Khawarizmi yang telah hilang dalam versi Arab kecuali Kitab Hisab al-Adab al-Hindi atau Kitab al-Jam wa at-Tafrik bi Hisab al-Hind. Karya John dari Seville itu berjudul Liber Alghoarisme de Practica Arismetrice. Berkaitan angka-angka ini, sarjana-sarjana abad pertengahan menemukan berbagai etimologi dan lagenda-lagenda. Gasper Tejada menegaskan bahawa no 1 bukan sebuah tanda tetapi suatu angka kosong. Ini merupakan sebuah idea yang diperolehi lebih awal dalam Mafatih al-Ulum atau Keys of the Sciences. Angka no 1 atau kosong dalam bahasa Arab disebut sifr. Dengan adanya angka ini, maka dapat dihitung puluhan, ratusan, ribuan dan seterusnya. Sebelum angka no 1 ditemukan atau diciptakan oleh orang Islam, abacus sempoa digunakan. Kemudian orang menggunakan raqam al-Binji ciptaan al-Khawarizmi. Selain itu, beliau membangunkan sistem perpuluhan dan dengan itu, keseluruhan sistem angka, algorithm atau algorizm memperoleh nama selepas dibangunkan oleh orang Arab. Sistem angka itu kemudiannya diperkenalkan kali pertama oleh orang Arab kepada Barat yang mana hasil kerjanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah Beliau juga membangunkan beberapa prosedur kira-kira termasuk operasi dan pecahan. Di samping itu juga, jasa beliau yang lain ialah membangunkan secara terperinci bidang trigonometri iaitu ilmu matematik mengenai sudut dan sempadan segitiga yang mengandungi fungsi sin. Sebuah buku al-Khawarizmi yang dianggap penting telah disalin ke dalam bahasa Latin oleh Prince Boncompagni, di bawah judul Trattati dArithmetica. Buku tersebut membincangkan beberapa persoalan perhitungan dan asal usul angka.Nama Algebra diperoleh daripada buku al-Khawarizmi yang terkenal iaitu Al Jabrwa-al-Muqabilah. Beliau yang mula-mula menggunakan istilah algebra atau al-jabr dalam bahasa Arab. . Istilah matematik, logaritma telah dicipta oleh orang Barat bagi mengenang jasa-jasa beliau. Beliau telah diiktiraf sebagai pengasas Algebra.Orang-orang pada zaman lampau tidak mengenali angka atau lambang algebra. Walau bagaimanapun, mereka dikatakan mengetahui berapa cara menyelesaikan masalah yang belum terbentuk sebagai kaedah yang jelas. Antaranya termasuklah :

(A+B)=A+2AB+B

Contoh:X+Y : 100

Hasilnya y = 3/4x

-: x=8, y=6

Kiraan inilah kemudiannya menjadi asas sejarah bagi teori Pythagoras, iaitu:

A=B+C

Maklumat-maklumat tentang algebra di kalangan bangsa Mesir boleh didapati daripada tulisan-tulisan ahmasu pada daun bardi. Algebra ini tidak pula muncul sebagai suatu ilmu yang tersusun kecuali selepas ia di terima oleh orang-orang Arab. Pengasas ilmu algebra ini iaitu al-Khawarizmi. Al-Gabr- wa al-Muqabalah telah menghuraikan tentang ilmu tersebut sebagai satu cara menyelesaikan masalah yang di dalamnya terdapat bilangan yang tidak diketahui. Sementara al-Muqabalah pula ialah penyatuan sebutan-sebutan tersebut, misalnya dalam persamaan yang berikut:

X - X = 3X + 5

Oleh itu , algebra ialah : X =3X + X + 5, sementara :

al-Muqabalah pula : X =4X + 5

Aljabr Khawarizmi juga mengandungi pengertian-pengertian geometris. Beliau tidak hanya menyumbangkan teori segitiga (sama kaki) yang tepat, malah juga menghitung luas segitiga, luas bulatan, menghitung tinggi sebuah segitiga, pengiraan sehingga nilai (phi). Nilai (phi) digunakan untuk membandingkan keliling sebuah lingkaran terhadap garis tengah. Sepotong tali yang sama panjangnya dengan garis tengah dapat diukurkan 3 kali pada kitaran sebuah lingkaran, di mana selebihnya masih ada baki yang tinggal. Nilai baki ini sekitar sepertujuh dari garis tengah. Nilai yang lebih tepat dan merupakan pendekatan terbaik hingga 20 tempat perpuluhan adalah :

= = 3.14159265358979323846. Penghampiran yang digunakan oleh al-Khawarizmi ialah 3.1428571.Nama algebra di katakan berasal daripada perkataan Arab. Sebutan ini kemudiannya dipindahkan dalam bahasa Inggeris, Jerman dan Perancis. Keulungan al- Khawarizmi disebabkan beliau mencipta persamaan menyeluruh asas kepada pesamaan kuadratik. Contohnya ialah: X + 21 + 10X. Keulungan beliau ketara kerana selama lebih kurang tiga kurun selepas beliau meninggalkan dunia, algebra tidak banyak berubah daripada apa yang diasaskan oleh beliau. Abu Kamil Syuja ibn Aslam yang hidup sezaman dengan al-Khawarizmi, telah menulis buku Kamal al-jabr wa Tamamuha wa al-Ziyadatul fi Usulihi. Dalam buku tersebut juga, beliau menghuraikan beberapa perkara yang agak rumit dalam buku al-Khawarizmi. Kemudian, muncul pula seorang tokoh bernama Abu al-Wafa al-Buzjani. Beliau telah mengulas buku Diophante tentang ilmu hisab dan buku al-jabr wa al-Waqabalah oleh al-Khawarizmi secara berasingan dan juga telah menyatukan aliran India dengan aliran Yunani. Al-Karkhi pula lebih berminat kepada punca kuasa dua, sementara Umar al-Khayam pula meskipun lebih terkenal sebagai penyair namun beliau juga turut dianggap pakar dalam algebra. Huraian-huraian mereka inilah kemudiannya berpindah dari Eropah dan menjadi asas kepada apa yang ada pada hari ini. Khawarizmi telah menjadikan aljabar ilmu yang penting. Beliau dianggap Bapa Aljabar seperti yang ditegaskan oleh Gandz dalam bukunya The Source of Al-Khwargebra. SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOGRAFI

Tokoh-tokoh ilmuan Islam juga telah banyak memberi sumbangan dalam bidang sains sosial termasuklah bidang geografi. Ilmu geografi merupakan suatu ilmu yang amat penting bagi umat Islam. Ini adalah kerana, dengan ilmu ini masyarakat dunia hari ini dapat mengetahui di mana letaknya Makkah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat menunaikan fardhu haji. Hasil daripada kesungguhan mempelajari ilmu ini sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam berjaya sampai ke hujung selatan Benua Afrika dan Bahagian Utara pula telah sampai ke Russia. Buku pertama dalam bidang ini telah dihasilkan pada tahun 273H/851M. Buku ini memuatkan laporan-laporan perjalanan Sulaiman al-Tajir yang berasal dari Sirafke negeri China dan India. Sulaiman melaporkan bahawa orang China menggunakan cap jari sebagai tandatangan. Al-Khawarizmi (847 T.M) dan Kurdadh-bih (900T.M) merupakan perintis dalam penulisan geografi, aspek-aspek teoritikal dan amalinya. Thabit Ibn Qurrah (289H/901M) telah menterjemahkan karya-karya Ptolemy berhubung dengan tempat-tempat di bumi berdasarkan letaknya Latitud dan Longitud. Berdasarkan buku-buku terjemahan inilah kemudiannya al-Khawarizmi menyusun bukunya bertajuk Surah al-Ardh. Buku ini merupakan sebuah atlas wilayah kekuasaan Islam. Karya inilah yang menjadi panduan dan dorongan sarjana-sarjana terkemudian menghasilkan buku-buku geografi. Salah seorang sarjana terkemudian yang mendapat manfaat daripada buku ini ialah al-Masudi yang hidup pada pertengahan pertama abad ke 4H/10M. Beliau juga membuat koleksi-koleksi berpandukan pada pemikiran falsafah Yunani tentang geografi. Dalam sejarah tercatat tujuh puluh orang ahli dalam bidang geografi yang bekerja bersama al-Khawarizmi. Kumpulan ini kemudiannya melahirkan peta bumi atau peta dunia pertama. Peta dunia pertama ini dikenali sebagai glob pada hari ini. Karya ini dikenali dunia pada tahun 830 Masihi..

SUMBANGAN DALAM BIDANG FALAK (ASTRONOMI)

Ilmu Falak dikenali umum sebagai Ilmu Kaji Bintang atau Ilmu Astronomi. Perkataan falak bererti jalan peredaran iaitu peredaran bintang-bintang. Pada zaman dahulu Ilmu Falak dikenali juga dengan Ilmu Nujum yang digunakan bagi tujuan meneka berlakunya satu-satu peristiwa atau nasib. Di kalangan Sarjana Islam, Ilmu Bintang dibahagi kepada dua bahagian iaitu :1) Ilmu Tabie (sains) yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan menentukan gerhana matahari dan bulan.2) Ilmu yang membincangkan perhubungan pergerakan bintang-bintang dengan kelahiran, kematian, kebahagiaan dan kecelakaan , hujan, kesihatan dan lain-lain.Ilmu yang pertama tadi dinamakan Ilmu Falak (Astronomi) dan ilmu yang kedua dinamakan Ilmu Astrologi (Tanjim). Secara umum ilmu falak atau astronomi ialah ilmu yang mengkaji tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, saiz besar atau kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, daya tarikannya, kedudukan pergerakannya dan lain-lain fenomena yang berkaitan. Ilmu astronomi ini berkait rapat dengan ilmu matematik terutamanya trigonometri. Jarak objek-objek angkasa boleh dihitung dengan kaedah trigonometri.Dalam projek pembinaan Kota Baghdad telah didirikan sebuah observatorium (balai cerapan). Di zaman al-Mamun telah muncul ramai sarjana-sarjana falak. Antaranya ialah Thabit bin Qurrah, al-Battani dan Muhammad bin Musa al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi telah berjasa dalam bidang falak pada zaman pemerintahan Khalifah al-Mamun, Bani Abbasiyah di Baghdad. Di zaman al-Makmun juga, telah didirikan sebuah observatorium yang digunakan untuk mengukur daya cahaya rebang matahari. Di zamannya juga ahli falak berjaya mengukur lingkaran bumi sebuah observatorium yang didirikan di Bukit Gaisun, Damsyek. Tokoh yang berjaya menghitung isipadu dan ukurlilit bumi ini tak lain ialah al-Khawarizmi sendiri. Penterjemahan Alomagest iaitu karangan mengenai Ptolemeus ke bahasa Arab turut dilakukan. Pandangan Ptolemy ini juga turut diperbetulkan di samping memperkemaskan semula ilmu astronomi pada ketika itu. Ahli Falak Islam juga telah mengamati equinox, gerhana bintang berekor (comet) dan lain-lain gejala di langit.Hasil kerja al-Khawarizmi dalam ilmu falak turut diterjemahkan ke dalam bahasaEropah dan kemudian ke dalam bahasa Cina. Selain itu, beliau turut menulis kalendar Yahudi, Istikhraj dan dikenali sebagai Tarikh al-Yahud. Beliau juga menulis buku mengenai alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari dikenali Kitab al-Rukhmat. Malangnya kedua-dua buku itu telah hilang. Pengaruh al-Khawarizmi dalamperkembangan ilmu astronomi kini menjadi lakaran sejarah. Al-Khawarizmi juga telah menghimpunkan fakta-fakta dan ilmu yang berkaitan ilmu perbintangan atau ilmu astronomi ini. Beliau telah dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau. Al-Khawarizmi merupakan salah seorang ahli falak yang agung.SUMBANGAN DALAM BIDANG GEOMETRIGeometri menggolongkan bentuk atas dua kelompok atau objek iaitu datar (dua dimensi) dan padu (tiga dimensi). Contoh bentuk datar ialah segitiga, segiempat dan bulatan. Manakala bentuk padu ialah piramid, kubus dan sfera. Ilmu geometri ini tidak dapat dielakkan dengan ilmu matematik. Kedua-duanya berkait antara satu sama lain. Oleh itu, buku matematik menjadi rujukan dalam perkembangan ilmu geometri. Buku terjemahan dari bahasa Yunani ke bahasa Arab adalah sumber bagi ilmuan muslim dalam pengembangan matematik. Manakala Elements, karya Euclides dan Conics, karya Apollonius adalah pegangan utama mereka dalam pengembangan ilmu geometri. Pada mulanya mereka menerima penjelasan dan pengembangan sistem geometri Euclides. Namun, mereka mula menolak sistem itu kemudiannya.

Buku al-Khawarizmi tentang algebra menjadi panduan dan rujukan kepada tokoh dan bidang lain. Terdapat tokoh-tokoh yang membuat ulasan daripada buku beliau. Salah seorangnya ialah Muhammad Ibn Muhammad Ibn Yahya Ibn Ismail Ibn al-Abbas al-Buzanji. Beliau lebih dikenali sebagai al-Buzanji. Beliau merupakan salah seorang tokoh yang menguasai ilmu geometri dan mampu memberi pandangan baru yang menarik. Selain itu beliau telah memberi sumbangan dalam teori-teori geometri. Beliau juga menjadi perintis bidang pengajian geometri analisis. Walaupun al-Khawarizmi kurang memberi sumbangan dalam bidang geometri ini, namun dengan ilmu algebra yang diasaskan oleh beliau membolehkan al-Buzanji menghubungkan algebra dengan geometri. PENUTUP

Sumbangan al-Khawarizmi dalam pelbagai bidang menjadikan beliau tokoh yang disanjung tinggi, dihormati dan dikenang oleh masyarakat dunia. Sumbangannya dalam pelbagai ilmu juga telah memudahkan banyak perkara dalam kehidupan manusia hari ini. Jasa dan sumbangan beliau terutama dalam ilmu matematik tidak dapat dilupakan. Berbincang sahaja tentang ilmu matematik, pasti akan terfikir pengasas dan tokoh ilmuan Islam dalam bidang ini. Profesor, Doktor Falsafah dan para intelektual juga merujuk kepada ilmu yang diasaskan oleh al-Khawarizmi apabila mengkaji tentang bidang matematik. Hasil penulisan beliau turut menjadi rujukan bagi pengembangan matematik moden dan penemuan baru dalam pelbagai bidang. RUJUKANMuhammad Nur Effendi. 1997. Cendekiawan Muslim Pembina Tamadun dan Kecemerlangan Umat. Perniagaan Jahabersa: Indonesia.Ade Armando, Ahmad Gaus & Edi Sudarjat, 2001. Ensiklopedia Islam Untuk Pelajar.

PT Ichtiar Baru Van Hoeve: London.http://www.dakwah.info/index.php/Biografi/Al-Khawarizmi-Sarjana-Matematik-dan-Astronomi.htmlhttp://www.tutor.com.my/tutor/estidotmy/index.asp?y=2003&dt=0128&pub=ESTIDOTMY&sec=Saintis_Islam&pg=si_01.htmhttp://losong.com/mhanim/documents/Microsoft%20Word-AlKhawarizmC.pdfhttp://tamanilmu.com/downloads/RB_Tokoh_Kesarjanaan_Sains_Islam.pdfhttp://www.putera.com/tamadun/Artikel/p2_articleid/184http://id.wikipedia.org/wiki/Abu_Abdullah_Muhammad_bin_Musa_al-Khawarizmihttp://www.kidipm.net/sejarahcemerlang.htmModel glob cakerawala pertama dibina di Balai Cerap Maragha pada 1279 sebelum Masihi dan disimpan di Dresden sejak 1562.

PAGE 15

_1271441217.unknown