peperiksaan sijil tinggi persekolahan …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/stpm modular-...

86
STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu. MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Upload: dinhcong

Post on 04-Feb-2018

349 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

1

STPM/S930

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

SYARIAH

Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh

Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

Page 2: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang

seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi,

dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan

mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara.”

Page 3: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

3

PRAKATA

Sukatan Pelajaran Syariah yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Syariah

sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun

2003. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil

Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang

menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini mengambil

kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini,

pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki

peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan

sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran

di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej

dan universiti.

Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Syariah ini merupakan proses pengemaskinian tajuk,

kandungan, dan kemahiran supaya selaras dengan perkembangan semasa. Sukatan pelajaran ini akan

memberikan pendedahan kepada calon di peringkat prauniversiti tentang pengajian fiqh, usul fiqh dan

kaedah fiqh, ayat ahkam dan hadis ahkam untuk memahami hukum syarak di samping menyelesaikan

masalah yang berbangkit. Selain itu, sukatan pelajaran ini juga mewajibkan calon menjalankan kerja

kursus. Pentaksirannya dibuat melalui penghasilan kerja projek. Aspek ini difikirkan penting kerana

melalui kerja kursus, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat

menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka melalui pengalaman yang ditempuhi semasa

menyiapkan kerja kursus tersebut. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kerja

kursus pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.

Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut

penggal, di samping skim pentaksiran, pemerihalan prestasi, glosari, senarai rujukan dan soalan

contoh.

Usaha menggubal sukatan pelajaran ini telah dilaksanakan oleh jawatankuasa yang dipengerusikan

oleh Y. Bhg. Profesor Madya Mohd Ridzuan bin Awang dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anggota jawatankuasa yang lain terdiri daripada beberapa orang pensyarah universiti tempatan, pakar

bidang Syariah, wakil dari Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (Bahagian Kurikulum), dan guru-guru

yang berpengalaman mengajar mata pelajaran Syariah. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya

merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas

khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan

Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran

dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai

matlamatnya.

Ketua Eksekutif

Majlis Peperiksaan Malaysia

Page 4: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

4

KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran 930 Syariah

Halaman

Matlamat 1

Objektif 1 – 3

Kandungan

Penggal 1 4 – 16

Penggal 2 17 – 28

Penggal 3 29 – 54

Kerja Kursus (Kerja Projek) 55

Skim Pentaksiran 56 – 57

Pemerihalan Prestasi 58

Glosari 59 – 64

Senarai Rujukan 65 – 68

Kertas Soalan Contoh:

Kertas 1 69 – 72

Kertas 2 73 – 76

Kertas 3 77 – 80

Kertas 4 81 – 82

Page 5: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

1

SUKATAN PELAJARAN 930 SYARIAH

Matlamat

Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, kefahaman, dan penghayatan

pelajar dalam bidang Syariah bagi membolehkan pelajar meneruskan pengajian dalam bidang

berkenaan ke peringkat yang lebih tinggi serta melahirkan pelajar yang beriman, beramal soleh,

berperibadi mulia, dan berkeupayaan mengistinbat hukum secara ilmiah yang berkaitan dengan

amalan harian.

Objektif

Objektif sukatan pelajaran ini adalah untuk membolehkan pelajar:

(a) menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah

Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak;

(b) mengistinbatkan hukum-hukum syarak daripada sumber-sumbernya yang disepakati atau yang

tidak disepakati bagi menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit;

(c) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(d) membuat rumusan dan penilaian tentang isu-isu dalam bidang Syariah;

(e) menganalisis isu-isu yang berkaitan dengan sesuatu Ayat Ahkam atau Hadis Ahkam.

Kandungan

Sukatan pelajaran Syariah dibahagikan kepada empat kertas, iaitu Kertas 1 (930/1) Pengajian Fiqh,

Kertas 2 (930/2) Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh, Kertas 3 (930/3) Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam, dan

Kertas 4 (930/4) Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah.

Pembahagian adalah seperti yang berikut:

Kertas Kod Pelajaran

1

2

3

4

930/1

930/2

930/3

930/4

Pengajian Fiqh

Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam

Kerja Kursus (Kerja Projek) Syariah

Page 6: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

2

Kertas 1: 930/1 – Pengajian Fiqh (120 waktu)

Fiqh Bilangan Tajuk Utama Waktu

Muamalat 8 50

Munakahat 4 26

Mirath 3 16

Jenayah 4 28

Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh (120 waktu)

Usul Fiqh (84 waktu) Kaedah Fiqh (36 waktu)

Tajuk Waktu Tajuk Waktu

Pengenalan

Pengenalan sumber hukum

Al-Quran

Al-Sunnah

Ijmak

Qiyas

Istihsan

Maslahah

Sadd al-Dharai’

Istishab

Ijtihad

Taqlid dan Talfiq

4

1

8

12

7

12

6

6

8

6

8

6

Pengenalan

Kaedah 1

Kaedah 2

Kaedah 3

Kaedah 4

Kaedah 5

4

8

6

6

6

6

Kertas 3: 930/3 – Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam (120 waktu)

Ayat Ahkam (60 waktu) Hadis Ahkam (60 waktu)

Tajuk Waktu Tajuk Waktu

Pendidikan dan Sahsiah 10 Pendidikan dan Sahsiah 10

Keluarga 10 Keluarga 10

Kemasyarakatan 10 Kemasyarakatan 10

Kesihatan 10 Kesihatan 10

Pembangunan dan Ekonomi 10 Pembangunan dan Ekonomi 10

Siasah/Kepimpinan 10 Siasah/Kepimpinan 10

Page 7: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

3

Kertas 4: 930/4 – Kerja Kurus (Kerja Projek) Syariah

Bil Aspek Pemarkahan Markah Markah Penuh

Penulisan

1 Pengenalan 2

48 (80%)

2 Penghargaan 2

3 Objektif Kajian 2

4 Kaedah Kajian 3

5 Hasil Kajian dan Ulasan 25

6 Rumusan dan Cadangan 4

7 Senarai Rujukan 3

8 Kemahiran Manipulatif 2

9 Kemahiran Insaniah 5

Pembentangan

1 Pembentangan Kerja Projek 5

12 (20%) 2 Soal Jawab 3

3 Kreativiti 2

4 Keterampilan 2

Page 8: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

4

Penggal 1

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

Pengajian Fiqh

A Muamalat

1 Jual beli 10 Calon seharusnya dapat:

1.1 Konsep jual beli 1 (a) menjelaskan konsep jual beli

dari segi pengertian, dalil,

hukum, rukun, syarat, dan

hikmat;

1.2 Jenis jual beli

(i) jual beli sah

(ii) jual beli yang tidak

sah

2 (b) membezakan jenis jual beli yang

sah dan tidak sah;

1.3 Konsep khiyar 1 (c) menggunakan pengetahuan

tentang khiyar dari segi

pengertian, dalil, hukum, jenis,

dan hikmat untuk menentukan

hak dalam pelaksanaan jual beli;

1.4 Jenis khiyar

(i) khiyar majlis

(ii) khiyar syarat

(iii) khiyar aib

2 (d) membezakan jenis khiyar, iaitu

khiyar majlis, khiyar syarat, dan

khiyar aib;

1.5 Persoalan semasa tentang jual

beli

(i) bay’ fuduli

(ii) bay’ mu’atah

(iii) bay’ urbun

(iv) bay’ bithaman ajil

(v) bay’ murabahah

(vi) bay’ inah

(vii) bay’ salam

(viii) bay’ istisna’

4 (e) menganalisis persoalan semasa

untuk:

(i) menentukan ciri perbezaan

antara jual beli biasa

dengan bay’ fuduli, bay’

mu’atah, bay’ urbun, bay’

bithaman ajil, bay’

murabahah, bay’ inah,

bay’ salam, dan bay’

istisna’;

(ii) menilai pelbagai pendapat

fuqaha‟ tentang hukum

bay’ mu’atah, bay’

bithaman ajil, dan bay’

inah.

Page 9: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

5

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2 Riba 6 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep riba 1 (a) menjelaskan konsep riba dari

segi pengertian, dalil, hukum,

dan hikmat pengharamannya:

2.2 Jenis riba

(i) riba hutang

(ii) riba jual beli

3 (b) mengenal pasti dan

menjelaskan jenis riba hutang

dan riba jual beli;

(c) membezakan jenis riba hutang

dan riba jual beli;

2.3 Perkara yang berkaitan

dengan persoalan semasa

(i) pinjaman yang

dikenakan faedah

(ii) simpanan wang yang

dibayar faedah

(iii) perbezaan antara

insurans dan takaful

2 (d) menganalisis beberapa

persoalan semasa untuk

menentukan jenis riba:

(i) pinjaman yang dikenakan

faedah;

(ii) simpanan wang yang

dibayar faedah;

(iii) konsep riba yang berlaku

dalam insurans

konvensional berbanding

dengan takaful.

3 Ijarah 4 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep ijarah 1 (a) menjelaskan konsep ijarah dari

segi pengertian, dalil, hukum,

rukun, syarat, dan hikmat;

3.2 Jenis ijarah

(i) sewa

(ii) upah

1 (b) mengenal pasti dan

menghuraikan jenis ijarah iaitu

sewa dan upah;

3.3 Pembatalan ijarah 1 (c) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan akad ijarah;

3.4 Persoalan semasa tentang

ijarah

(i) upah mengerjakan

ibadah

(ii) sewa atas sewa

(iii) sewa menerusi agen

(iv) sewa beli

1 (d) menganalisis persoalan semasa

tentang ijarah untuk

menentukan hukum:

(i) upah mengerjakan

ibadah;

(ii) sewa atas sewa;

(iii) sewa menerusi agen;

(iv) sewa beli seperti al-

ijarah thumma al-bay’.

Page 10: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

6

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

4 Al-Rahn 6 Calon seharusnya dapat:

4.1 Konsep al-rahn 1 (a) menjelaskan konsep al-rahn

dari segi pengertian, dalil,

hukum, rukun, syarat, dan

hikmat;

4.2 Hukum berkaitan barang

al-rahn

2 (b) menjelaskan hukum dari segi

pemilikan barang al-rahn,

penggunaan barang al-rahn,

kehilangan, kerosakan, dan

penyelesaian hutang;

4.3 Pembatalan al-rahn 1 (c) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan akad al-rahn;

4.4 Persoalan semasa berkaitan

al-rahn

(i) gadaian secara

konvensional

(ii) pelelongan barang

gadaian

2 (d) menganalisis beberapa

persoalan semasa berkaitan

al-rahn:

(i) gadaian secara

konvensional;

(ii) pelelongan barang

gadaian.

5 Syarikat 8 Calon seharusnya dapat:

5.1 Konsep syarikat 1 (a) menjelaskan konsep syarikat

dari segi pengertian, dalil,

hukum, rukun, syarat, dan

hikmat;

5.2 Jenis syarikat dan hukumnya

(i) inan

(ii) wujuh

(iii) abdan

(iv) mufawadah

(v) mudarabah

4 (b) mengenal pasti dan

menghuraikan jenis syarikat;

(c) membandingkan pandangan

fuqaha‟ terhadap keharusan

jenis syarikat dan alasan

masing-masing;

5.3 Pembatalan syarikat 1 (d) menerangkan keadaan yang

membatalkan syarikat;

Page 11: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

7

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

5.4 Persoalan semasa tentang

syarikat:

(i) amalan mudarabah

dalam Perbankan

Islam, takaful, dan

saham

(ii) amalan pelaburan

Islam dan

konvensional

2 (e) menganalisis beberapa

persoalan semasa tentang

syarikat dari sudut:

(i) amalan mudarabah dalam

perbankan Islam, takaful,

dan saham;

(ii) amalan pelaburan Islam

dan konvensional.

6 Wakalah 4 Calon seharusnya dapat:

6.1 Konsep wakalah 1 (a) menjelaskan konsep wakalah

dari segi pengertian, dalil,

hukum, rukun, syarat, dan

hikmat;

6.2 Pembatalan wakalah 1 (b) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan wakalah;

6.3 Persoalan semasa tentang

wakalah:

(i) amalan guaman

(ii) pelantikan wasi

(pemegang amanah

atau penama)

(iii) perniagaan melalui

agen

2 (c) membuat penilaian terhadap

pelaksanaan wakalah dalam

amalan berikut:

(i) wakalah dalam amalan

guaman;

(ii) pelantikan wasi

(pemegang amanah atau

penama) dalam Tabung

Haji, Kumpulan Wang

Simpanan Pekerja, dan

Amanah Raya Berhad;

(iii) perniagaan melalui agen

amanah sebagai wakil.

7 Wadi’ah 4 Calon seharusnya dapat:

7.1 Konsep wadi’ah 1 (a) menjelaskan konsep wadi’ah

dari segi pengertian, dalil,

hukum, rukun, syarat, dan

hikmat;

7.2 Pembatalan wadi’ah 1 (b) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan wadi’ah;

Page 12: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

8

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

7.3 Persoalan semasa tentang

wadi’ah dalam institusi

Perbankan Islam dan

simpanan konvensional

(i) akaun simpanan

(ii) akaun semasa

2 (c) membuat perbandingan tentang

wadi’ah dalam institusi

Perbankan Islam dan simpanan

dalam perbankan konvensional:

(i) akaun simpanan;

(ii) akaun semasa.

8 Hibah dan wasiat 8 Calon seharusnya dapat:

8.1 Konsep hibah 1 (a) menjelaskan konsep hibah dari

segi pengertian, dalil, hukum,

rukun, jenis, syarat, dan hikmat;

8.2 Persoalan semasa tentang

hibah

(i) hibah dalam akaun

simpanan

(ii) hibah dalam takaful

(iii) hibah semasa marad

al-maut

(iv) penarikan balik hibah

2 (b) membuat penilaian terhadap

beberapa soalan semasa tentang

hibah:

(i) hibah dalam akaun

simpanan;

(ii) hibah dalam takaful;

(iii) hibah semasa marad al-

maut;

(iv) penarikan balik hibah;

8.3 Konsep wasiat 1 (c) menjelaskan konsep wasiat dari

segi pengertian, dalil, hukum,

rukun, syarat, dan hikmat;

8.4 Jenis wasiat

(i) am

(ii) khas

(iii) mutlak

(iv) bersyarat

1

(d) membuat klasifikasi terhadap

jenis wasiat:

(i) am;

(ii) khas;

(iii) mutlak;

(iv) bersyarat;

8.5 Pembatalan wasiat 1 (e) menentukan keadaan yang boleh

membatalkan wasiat;

8.6 Persoalan semasa tentang

wasiat

(i) wasiat kepada waris

(ii) wasiat wajibah

(iii) penulisan wasiat

2 (f) menganalisis persoalan semasa

tentang wasiat untuk

menentukan hukum:

(i) wasiat kepada waris;

(ii) wasiat wajibah;

(iii) penulisan wasiat.

Page 13: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

9

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

B Munakahat

1 Praperkahwinan 2 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pemilihan jodoh dan

peminangan

1 (a) menjelaskan hukum dan kaedah

pemilihan jodoh dan

peminangan;

1.2 Persoalan semasa tentang

praperkahwinan

(i) putus tunang

(ii) batas pergaulan

(iii) hak kafa’ah

1 (b) membuat ulasan terhadap

persoalan semasa berdasarkan

hukum dan implikasinya yang

berkaitan:

(i) putus tunang;

(ii) batas pergaulan semasa

bertunang;

(iii) hak kafa’ah bagi bakal

pengantin.

2 Perkahwinan 8 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep perkahwinan 1 (a) menjelaskan konsep

perkahwinan dari segi

pengertian, dalil, hukum, rukun,

syarat, dan hikmat;

2.2 Perwalian 2 (b) menjelaskan pengertian wali,

mengenal pasti jenis wali,

kelayakan wali, kuasa wali, dan

wali hakim;

2.3 Perempuan yang haram

dikahwini

1 (c) mengenal pasti perempuan yang

haram dikahwini sama ada

kerana nasab, rada’ah atau

musaharah;

2.4 Persoalan semasa tentang

perkahwinan

(i) kahwin lari atau

tanpa kebenaran

pendaftar nikah

(ii) prosedur poligami

4 (d) menganalisis persoalan semasa

tentang perkahwinan seperti:

(i) hukum kahwin lari atau

tanpa kebenaran

pendaftar nikah dan

kesannya di sisi undang-

undang;

(ii) prosedur poligami

menurut undang-undang

keluarga Islam di

Malaysia;

Page 14: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

10

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(iii) kahwin mut’ah (iii) hukum kahwin mut’ah

dan perbahasan ulama

mengenainya;

(iv) hak dan

tanggungjawab suami

isteri menurut undang-

undang keluarga Islam

(iv) hak dan tanggungjawab

suami isteri menurut

undang-undang keluarga

Islam di Malaysia.

3 Talak 8 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep talak 1 (a) menjelaskan konsep talak dari

segi pengertian, dalil, hukum,

rukun, syarat, dan hikmat;

3.2 Jenis talak dan hukumnya

1 (b) mengenal pasti jenis talak, iaitu

talak sunni, talak bid’i, talak

ba’in, dan talak raj’i dari segi

hukum dan implikasinya;

3.3 Pembubaran perkahwinan 2 (c) membuat perbandingan antara

keempat-empat jenis

pembubaran perkahwinan dari

segi alasan dan implikasinya,

iaitu fasakh, khulu’, ta’liq, dan

faraq;

3.4 Persoalan semasa tentang

talak

(i) perceraian di luar

Mahkamah Syariah

(ii) kaunseling sebelum

perceraian

(iii) tuntutan selepas

perceraian

(iv) hak hadanah

(v) talak melalui alat

komunikasi elektronik

4 (d) menganalisis persoalan semasa

tentang talak berdasarkan

hukum dan prosedur:

(i) perceraian di luar

Mahkamah Syariah;

(ii) kaunseling sebelum

perceraian;

(iii) tuntutan nafkah,

pemberian mut’ah, dan

harta sepencarian selepas

perceraian;

(iv) hak hadanah;

(v) talak melalui alat

komunikasi elektronik

seperti SMS, e-mel, dan

sebagainya.

4 ‘Iddah dan rujuk 8 Calon seharusnya dapat:

4.1 Konsep „iddah 1 (a) menjelaskan konsep ‘iddah dari

segi pengertian, dalil, hukum,

dan hikmat;

Page 15: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

11

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

4.2 Jenis ‘iddah dan tempohnya

(i) „iddah isteri yang

dicerai sebelum

persetubuhan

(ii) „iddah isteri yang hamil

(iii) „iddah isteri yang

kematian suami

(iv) „iddah isteri yang putus

haid dan tidak pernah

didatangi haid

(v) ‘iddah isteri yang masih

didatangi haid

2 (b) mengenal pasti jenis ‘iddah dan

tempohnya:

(i) ‘iddah isteri yang dicerai

sebelum persetubuhan;

(ii) ‘iddah isteri yang hamil;

(iii) ‘iddah isteri yang

kematian suami;

(iv) ‘iddah isteri yang putus

haid dan tidak pernah

didatangi haid;

(v) ‘iddah isteri yang masih

didatangi haid;

4.3 Persoalan semasa tentang

‘iddah

(i) konsep ihdad dalam

Islam

(ii) pergaulan suami isteri

sewaktu ‘iddah

(iii) hak isteri semasa

‘iddah

2 (c) membuat ulasan terhadap

implikasi persoalan semasa

tentang ‘iddah:

(i) konsep ihdad dalam

Islam;

(ii) pergaulan suami isteri

sewaktu ‘iddah;

(iii) hak isteri semasa ‘iddah;

4.4 Konsep rujuk 1 (d) menjelaskan konsep rujuk dari

segi pengertian, dalil, hukum,

cara, dan hikmat;

4.5 Persoalan semasa tentang

rujuk

(i) rujuk melalui alat

komunikasi elektronik

(ii) rujuk tanpa persetujuan

isteri

(iii) prosedur rujuk dalam

undang-undang

keluarga Islam di

Malaysia

2 (e) menentukan hukum bagi

persoalan semasa tentang rujuk;

(i) rujuk melalui alat

komunikasi elektronik

seperti SMS, e-mel, dan

sebagainya;

(ii) rujuk tanpa persetujuan

isteri;

(iii) prosedur rujuk dalam

undang-undang keluarga

Islam di Malaysia.

Page 16: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

12

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

C Mirath

1 Konsep mirath 1 Calon seharusnya dapat:

(a) menjelaskan konsep mirath dari

segi pengertian, dalil, rukun,

sebab, syarat, dan halangan

pewarisan;

2 Liabiliti dalam harta pusaka 2 Calon seharusnya dapat:

(a) menerangkan liabiliti dalam

harta pusaka, iaitu perbelanjaan

pengurusan jenazah,

pembayaran hutang, harta

sepencarian, pelaksanaan

wasiat, dan hak waris;

3 Waris 9 Calon seharusnya dapat:

3.1 Jenis waris dan cara

pewarisan

2 (a) mengenal pasti waris yang

berhak mendapat harta pusaka;

3.2 Konsep al-hajb 1 (b) membuat perbandingan jenis

waris dan cara pewarisan

mereka;

3.3 Penyelesaian kes

pembahagian pusaka

6 (c) menjelaskan konsep al-hajb dan

mengenal pasti jenis dan waris

yang terlibat;

(d) membuat penyelesaian

pembahagian harta pusaka.

4 Persoalan semasa tentang mirath

(i) undang-undang dan

pentadbiran harta pusaka di

Malaysia

(ii) peranan Mahkamah Syariah

(iii) penyelesaian secara muafakat

3 Calon seharusnya dapat:

(a) membuat ulasan tentang:

(i) undang-undang dan

pentadbiran harta pusaka

orang Islam di Malaysia,

iaitu harta pusaka kecil,

harta pusaka besar, dan

harta pusaka ringkas;

(ii) peranan Mahkamah

Syariah dalam

pentadbiran harta pusaka;

(iii) penyelesaian secara

muafakat.

Page 17: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

13

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

D Jenayah

1 Pengenalan 2 Calon seharusnya dapat:

1.1 Konsep jenayah

1 (a) menjelaskan konsep jenayah

dari segi pengertian, unsur, dan

sumber penentuan hukum;

(b) memerihalkan falsafah

pensyariatan hukum jenayah

dari segi matlamat dan

keistimewaannya;

1.2 Jenis kesalahan jenayah 1 (c) mengklasifikasikan jenis

kesalahan jenayah dan ciri

perbezaannya.

2 Qisas, Diyat, dan Kaffarah 10 Calon seharusnya dapat:

2.1 Konsep qisas, diyat, dan

kaffarah

2 (a) menjelaskan konsep qisas,

diyat, dan kaffarah dari segi

pengertian, dalil, hukum, dan

syarat wajib qisas, diyat, dan

kaffarah;

2.2 Kesalahan yang

mewajibkan qisas, diyat,

dan kaffarah

(i) Kesalahan yang

mewajibkan qisas

3 (b) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman qisas,

iaitu pembunuhan secara

sengaja dan kecederaan secara

sengaja berserta dalil;

(c) menjelaskan kesalahan

membunuh secara sengaja dan

syaratnya berserta dalil;

(d) menjelaskan kesalahan

mencederakan anggota secara

sengaja dan syaratnya berserta

dalil;

(e) membuat perbandingan antara

halangan pelaksanaan qisas

dengan pengguguran hukuman

qisas;

Page 18: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

14

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(ii) Kesalahan yang

mewajibkan diyat dan

kaffarah

3

(f) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman diyat

sahaja;

(g) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman

kaffarah sahaja;

(h) mengenal pasti jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman diyat

berserta kaffarah;

(i) menjelaskan keadaan yang

mewajibkan hukuman diyat

sahaja;

(j) menjelaskan keadaan yang

mewajibkan hukuman kaffarah

sahaja;

(k) menjelaskan keadaan yang

mewajibkan hukuman diyat

berserta kaffarah;

(iii) Jenis diyat 2 (l) mengklasifikasikan jenis diyat,

iaitu diyat mughallazah dan

diyat mukhaffafah.

3 Hudud 8 Calon seharusnya dapat:

3.1 Konsep hudud 1 (a) menjelaskan konsep hudud

dari segi pengertian, dalil, dan

ciri keistimewaannya;

3.2 Jenis jenayah yang

dikenakan hudud

(i) zina 1 (b) menjelaskan pengertian

jenayah zina, dalil, rukun, dan

syarat;

(c) mengenal pasti hukuman

jenayah zina;

(ii) qazaf 1 (d) menjelaskan pengertian

jenayah qazaf, dalil, rukun,

dan syarat;

(e) mengenal pasti hukuman

jenayah qazaf;

Page 19: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

15

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(iii) minum arak 1 (f) menjelaskan pengertian

jenayah minum arak, dalil,

rukun, dan syarat;

(g) mengenal pasti hukuman

jenayah minum arak;

(iv) mencuri 1 (h) menjelaskan pengertian

jenayah mencuri, dalil, rukun,

dan syarat;

(i) mengenal pasti hukuman

jenayah mencuri;

(v) hirabah 1 (j) menjelaskan pengertian

jenayah hirabah, dalil, rukun,

dan syarat;

(k) mengenal pasti hukuman

jenayah hirabah;

(vi) riddah 1 (l) menjelaskan pengertian

jenayah riddah, dalil, rukun,

dan syarat;

(m) mengenal pasti hukuman

jenayah riddah;

(vii) bughah 1 (n) menjelaskan pengertian

jenayah bughah, dalil, rukun,

dan syarat;

(o) mengenal pasti hukuman

jenayah bughah;

4 Persoalan semasa tentang

jenayah

(i) rogol

(ii) liwat

(iii) penyalahgunaan dadah

(iv) ragut

(v) mengambil wang orang lain

melalui transaksi elektronik

2 Calon seharusnya dapat:

(a) mengenal pasti jenis hukuman

dan alasan:

(i) rogol;

(ii) liwat;

(iii) penyalahgunaan

dadah;

(iv) ragut;

(v) mengambil wang

orang lain melalui

transaksi elektronik.

Page 20: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

16

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

5 Ta’zir 6 Calon seharusnya dapat:

5.1 Konsep ta’zir 1 (a) menjelaskan konsep ta’zir dari

segi pengertian, dalil, dan

hikmat;

5.2 Jenis kesalahan ta’zir 1 (b) menjelaskan jenis kesalahan

yang dikenakan hukuman

ta’zir;

5.3 Bentuk hukuman kesalahan

ta’zir

1 (c) mengenal pasti bentuk

hukuman kesalahan ta’zir;

5.4 Persoalan semasa tentang

hukuman ta’zir

3 (d) menganalisis persoalan semasa

dari segi ciri, dan hukuman

yang akan dikenakan terhadap

kesalahan ta’zir berdasarkan

Akta Kesalahan Jenayah

Syariah (Wilayah-Wilayah

Persekutuan) 1997 [Akta 559]:

(i) tidak menghormati

Ramadan

(i) tidak menghormati

Ramadan;

(ii) tidak menunaikan

sembahyang Jumaat

(ii) tidak menunaikan

sembahyang Jumaat;

(iii) mengembangkan

doktrin agama

(iii) mengembangkan

doktrin agama seperti

ajaran sesat;

(iv) khalwat (iv) khalwat;

(v) perbuatan tidak sopan

di tempat awam

(v) perbuatan tidak sopan

di tempat awam.

Page 21: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

17

Penggal 2

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

A. Usul Fiqh

1 Pengenalan usul fiqh 4 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pengertian usul fiqh dan

perbezaannya dengan ilmu

fiqh

1 (a) menjelaskan pengertian usul fiqh;

(b) menjelaskan perbezaan antara fiqh

dan usul fiqh;

1.2 Pertumbuhan,

perkembangan, dan

penyusunan

2 (c) menyusur galurkan perkembangan

ilmu usul fiqh dari zaman sahabat

hingga zaman Imam Syafie;

(d) mengkategorikan tiga pendekatan

penyusunan usul fiqh, iaitu aliran

Mutakallimin, aliran Hanafiah, dan

aliran Muta’akhirin;

1.3 Faedah dan skop

perbincangan

1 (e) menjelaskan faedah mempelajari

usul fiqh;

(f) mengenal pasti skop perbincangan

usul fiqh.

2 Sumber hukum 88 Calon seharusnya dapat:

2.1 Pengenalan sumber hukum 1 (a) mengenal pasti sumber hukum yang

disepakati dan sumber hukum yang

tidak disepakati.

2.2 Al-Quran 8 Calon seharusnya dapat:

2.2.1 Pengertian al-Quran 1 (a) menjelaskan pengertian al-Quran;

(b) menjelaskan maksud ungkapan:

(i) wahyu yang bermukjizat;

(ii) diturunkan kepada

Rasulullah;

(iii) diturunkan dalam bahasa

Arab;

(iv) dinukilkan secara mutawatir;

(v) menjadi ibadah dengan

membacanya.

Page 22: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

18

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.2.2 Kehujahan al-Quran 1 (c) mengemukakan dalil dan hujah

tentang kedudukan al-Quran sebagai

sumber hukum utama;

2.2.3 Uslub al-Quran

dalam menerangkan

hukum

3 (d) menjelaskan tiga uslub al-Quran

dalam menentukan hukum, iaitu

amr, nahy, dan takhyir;

(e) mengenal pasti contoh daripada nas

al-Quran untuk menjelaskan ketiga-

tiga kategori uslub tersebut;

2.2.4 Dalalah al-Quran

dalam menerangkan

hukum

3 (f) menjelaskan maksud kedua-dua jenis

dalalah al-Quran, iaitu qat’iyyah dan

zanniyyah;

(g) mengemukakan contoh daripada nas

al-Quran yang menjelaskan hukum

bagi kedua-dua jenis dalalah

tersebut.

2.3 Al-Sunnah Calon seharusnya dapat:

2.3.1 Pengertian al-Sunnah 1 (a) menjelaskan pengertian al-Sunnah;

2.3.2 Bahagian al-Sunnah 5 (b) mengkategorikan al-Sunnah

berasaskan kekuatannya sebagai

sumber hukum yang dilihat dari dua

aspek, iaitu bilangan perawi dan

kesahihannya;

(c) menjelaskan ciri hadis mutawatir

dan ahad berserta contoh;

(d) menjelaskan ciri hadis sahih, hasan,

dan da’if berserta contoh;

2.3.3 Kehujahan dan

kedudukan al-

Sunnah dalam

perundangan Islam

2 (e) mengemukakan dalil dan hujah

tentang kedudukan al-Sunnah

sebagai sumber hukum selepas

al-Quran;

2.3.4 Peranan al-Sunnah

dalam penentuan

hukum

4 (f) menjelaskan tiga peranan al-Sunnah

dalam penentuan hukum, iaitu

sebagai pengukuh, penjelas, dan

penentu hukum baru berserta contoh.

Page 23: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

19

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.4 Ijmak Calon seharusnya dapat:

2.4.1 Konsep ijmak 1 (a) menjelaskan konsep ijmak dari

segi pengertian, dalil, dan hukum;

2.4.2 Bahagian ijmak 2 (b) mengkategorikan dua jenis ijmak

berasaskan penyataan persetujuan,

iaitu ijmak sarih dan sukuti;

(c) mengkategorikan dua jenis ijmak

berasaskan lokasi mujtahid, iaitu

ijmak mujtami’ dan ijmak

muftariq;

2.4.3 Kehujahan ijmak 2 (d) mengemukakan dalil dan hujah

tentang kedudukan ijmak sebagai

sumber hukum selepas al-Quran

dan al-Sunnah;

2.4.4 Sandaran ijmak 2 (e) menjelaskan sandaran ijmak dan

kesannya terhadap hukum.

2.5 Qiyas Calon seharusnya dapat:

2.5.1 Pengertian qiyas 1 (a) menjelaskan pengertian qiyas;

2.5.2 Rukun dan syarat

qiyas

4 (b) mengenal pasti empat rukun qiyas;

(c) menjelaskan syarat bagi setiap

rukun berserta contoh;

2.5.3 Bahagian qiyas 1 (d) mengkategorikan dua jenis qiyas

berdasarkan kekuatan illah, iaitu

qiyas al-jali (al-awla, qiyas

al-musawi) dan qiyas al-khafi

(qiyas al-adna);

2.5.4 Kehujahan qiyas 2 (e) membahaskan perbezaan pendapat

ulama tentang qiyas sebagai

sumber hukum;

Page 24: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

20

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.5.5 Aplikasi qiyas dalam

menentukan hukum

terhadap masalah

semasa

(i) penyalahgunaan

dadah

(ii) air tapai yang

memabukkan

(iii) pertukaran wang

dengan wang

(iv) air berkarbonat

4 (f) menentukan hukum dengan

menggunakan teori qiyas bagi kes

berikut:

(i) penyalahgunaan dadah;

(ii) air tapai yang

memabukkan;

(iii) pertukaran wang dengan

wang;

(iv) air berkarbonat.

2.6 Istihsan Calon seharusnya dapat:

2.6.1 Pengertian istihsan 1 (a) menjelaskan pengertian istihsan;

2.6.2 Bahagian istihsan 3 (b) mengkategorikan bahagian

istihsan berasaskan sandarannya;

2.6.3 Kehujahan istihsan 2 (c) membahaskan perbezaan

pandangan ulama tentang istihsan

sebagai sumber hukum.

2.7 Maslahah Calon seharusnya dapat:

2.7.1 Pengertian maslahah 1 (a) menjelaskan pengertian maslahah;

2.7.2 Bahagian maslahah 3 (b) mengkategorikan maslahah

berasaskan pengiktirafan syarak,

iaitu maslahah mu’tabarah,

maslahah mulghah, dan maslahah

mursalah;

2.7.3 Kehujahan maslahah

mursalah

2 (c) membahaskan perbezaan

pandangan ulama terhadap

kehujahannya.

2.8 Sadd al-Dhari’ah Calon seharusnya dapat:

2.8.1 Pengertian sadd

al-dhari’ah dan

perbezaannya dengan

muqaddimah

1 (a) menjelaskan maksud al-dhari’ah;

(b) membezakan antara al-dhari’ah

dan muqaddimah serta

mengemukakan contoh masing-

masing;

Page 25: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

21

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.8.2 Perbezaan antara

maqasid dan wasa’il

1 (c) membezakan perbuatan mukallaf

yang disyariatkan hukum

terhadapnya dari sudut maqasid

(tujuan) dan wasa’il (jalan);

2.8.3 Bahagian sadd

al-dhari’ah

2 (d) mengenal pasti bahagian

al-dhari’ah dari sudut kesan buruk

sesuatu perkara atau perbuatan;

2.8.4 Kehujahan sadd

al-dhari’ah

1 (e) membincangkan perbezaan

pandangan ulama tentang

kehujahan sadd al-dhari’ah;

2.8.5 Aplikasi sadd

al-dhari’ah terhadap

persoalan semasa

(i) tuntutan supaya

balu berkabung

semasa „iddah

(ii) larangan

menzahirkan

sembahyang

Zohor berjemaah

bagi orang-orang

yang mengalami

keuzuran untuk

mengerjakan

sembahyang

Jumaat

(iii) larangan

pembelian buah

yang sedang

berputik di atas

pokok

(iv) larangan berbuka

puasa kerana

uzur di khalayak

ramai

(v) larangan

menjatuhkan

hukuman

berasaskan

pengetahuan

hakim

3 (f) membincangkan pengaplikasian

sadd al-dhari’ah terhadap

persoalan semasa, iaitu

(i) tuntutan supaya balu

berkabung semasa „iddah;

(ii) larangan menzahirkan

sembahyang Zohor

berjemaah bagi orang-orang

yang mengalami keuzuran

untuk mengerjakan

sembahyang Jumaat;

(iii) larangan pembelian buah

yang sedang berputik di atas

pokok;

(iv) larangan berbuka puasa

kerana uzur di khalayak

ramai;

(v) larangan menjatuhkan

hukuman berasaskan

pengetahuan hakim.

Page 26: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

22

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.9 Istishab Calon seharusnya dapat:

2.9.1 Konsep istishab 1 (a) menjelaskan konsep istishab dari

segi pengertian, dalil, dan contoh;

2.9.2 Bahagian istishab 2 (b) mengenal pasti lima bahagian

istishab;

(c) menjelaskan maksud lima

bahagian istishab, serta

mengemukakan dalil dan contoh

bagi tiap-tiap bahagian;

2.9.3 Kehujahan istishab 1 (d) membincangkan pendapat ulama

mengenai kehujahan istishab dan

memilih pendapat yang lebih kuat;

2.9.4 Aplikasi istishab

terhadap persoalan

semasa

(i) pewarisan harta

orang yang

hilang tanpa

sebarang berita

(ii) kedudukan

wuduk jika

keluar benda

yang najis tidak

melalui qubul

dan dubur

(iii) dakwaan

keuntungan oleh

pemodal dalam

kontrak

mudarabah

2 (e) membincangkan beberapa masalah

fiqh yang sering dihadapi dalam

kehidupan seharian, iaitu

(i) pewarisan harta orang

yang hilang tanpa sebarang

berita;

(ii) kedudukan wuduk jika

keluar benda yang najis

tidak melalui qubul dan

dubur;

(iii) dakwaan keuntungan oleh

pemodal dalam kontrak

mudarabah.

2.10 Ijtihad Calon seharusnya dapat:

2.10.1 Konsep ijtihad 1 (a) menjelaskan konsep ijtihad dari

segi pengertian dan dalil;

2.10.2 Syarat ijtihad dan

mujtahid

1 (b) menjelaskan syarat ijtihad dan

mujtahid;

Page 27: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

23

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.10.3 Perkara yang boleh

dan tidak boleh

diijtihadkan

1 (c) mengenal pasti perkara yang boleh

dan tidak boleh diijtihadkan;

2.10.4 Kehujahan ijtihad 1 (d) mengemukakan dalil dan alasan

tentang kehujahan ijtihad sebagai

sumber hukum;

(e) menilai pelbagai pendapat ulama

mengenai kehujahan ijtihad;

2.10.5 Pembatalan ijtihad 1 (f) menjelaskan dan menentukan

keadaan yang boleh membatalkan

ijtihad;

2.10.6 Aplikasi ijtihad

terhadap persoalan

semasa

(i) penentuan

awal bulan

Ramadan dan

Syawal

(ii) pemindahan

organ manusia

(iii) bayi tabung uji

(iv) pengklonan

manusia

3 (g) menentukan hukum dengan

menggunakan ijtihad bagi perkara

berikut:

(i) penentuan awal bulan

Ramadan dan Syawal;

(ii) pemindahan organ manusia;

(iii) bayi tabung uji;

(iv) pengklonan manusia.

2.11 Taqlid dan Talfiq Calon seharusnya dapat:

2.11.1 Pengertian taqlid

dan hukumnya

2 (a) menjelaskan pengertian taqlid;

(b) menjelaskan hukum bertaqlid

dalam perkara akidah dan masalah

fiqh;

2.11.2 Pengertian talfiq dan

hukumnya

2 (c) menjelaskan pengertian talfiq;

(d) menjelaskan pendapat ulama

mengenai hukum bertalfiq;

2.11.3 Persoalan semasa

tentang taqlid dan

talfiq

(i) bayaran zakat

fitrah dengan

wang

2 (e) membincangkan persoalan semasa

mengenai:

(i) bayaran zakat fitrah dengan

wang;

Page 28: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

24

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(ii) bersentuh

antara lelaki

dengan

perempuan

semasa tawaf

(ii) bersentuh antara lelaki

dengan perempuan semasa

tawaf.

B. Kaedah fiqh

1 Pengenalan 4 Calon seharusnya dapat:

1.1 Pengertian kaedah fiqh 1 (a) menjelaskan pengertian kaedah

fiqh;

1.2 Sandaran kaedah fiqh 1 (b) membincangkan sandaran kaedah

fiqh;

1.3 Perbezaan antara kaedah fiqh

dengan usul fiqh

2 (c) mengenal pasti perbezaan antara

kaedah fiqh dengan usul fiqh.

2 Kaedah fiqh dan pemakaiannya 32

2.1 Al-Umur bi maqasidiha Calon seharusnya dapat:

2.1.1 Pengertian kaedah dan

huraian

1 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh;

2.1.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-umur

bi maqasidiha;

2.1.3 Tujuan dan masa

berniat

1 (c) menjelaskan tujuan dan masa

berniat;

2.1.4 Amalan yang tidak

memerlukan niat

1 (d) mengenal pasti amalan yang tidak

memerlukan niat;

2.1.5 Syarat niat 1 (e) menjelaskan syarat niat;

2.1.6 Kaedah terbitan

(i) Al-niyyah fi al-

yamin tukhassis

al-lafz al-‘am

wala ta’umm

al-khas

3 (f) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

(g) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam

masalah semasa berdasarkan

kaedah terbitan berikut:

(i) Al-niyyah fi al-yamin

tukhassis al-lafz al-‘am

wala ta’umm al-khas;

Page 29: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

25

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(ii) Maqasid al-lafz

‘ala niyyat

al-lafiz

(ii) Maqasid al-lafz ‘ala niyyat

al-lafiz;

(iii) Al-fard la

yata’adda bi

niyyat al-nafl

(iv) Ma yusytarat fihi

al-ta’arrud fa

al-khata’ fihi

mubtil

(v) Al-‘Ibrah fi

al-‘uqud li

al-maqasid wa

al-ma’ani la li

al-alfaz wa

al-mabani

(iii) Al-fard la yata’adda bi

niyyat al-nafl;

(iv) Ma yusytarat fihi

al-ta’arrud fa al-khata’

fihi mubtil;

(v) Al-‘Ibrah fi al-‘uqud li

al-maqasid wa al-ma’ani

la li al-alfaz wa al-mabani.

2.2 Al-Yaqin la yuzal bi al-syakk Calon seharusnya dapat:

2.2.1 Pengertian kaedah dan

huraian

2 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh;

2.2.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-yaqin

la yuzal bi al-syakk;

2.2.3 Kaedah terbitan

(i) Al-asl baqa’ ma

kana ‘ala ma

kana

(ii) Al-asl bara’at

al-dhimmah

(iii) Al-asl al-‘adam

(iv) Al-asl fi kull

hadith taqdiruhu

bi aqrab zaman

(v) Al-asl fi al-kalam

al-haqiqah

3 (c) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

(d) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam

masalah semasa berdasarkan

kaedah terbitan berikut:

(i) Al-asl baqa’ ma kana ‘ala

ma kana;

(ii) Al-asl bara’at

al-dhimmah;

(iii) Al-asl al-‘adam;

(iv) Al-asl fi kull hadith

taqdiruhu bi aqrab zaman;

(v) Al-asl fi al-kalam

al-haqiqah.

Page 30: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

26

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.3 Al-Darar yuzal Calon seharusnya dapat:

2.3.1 Pengertian kaedah dan

huraian

2 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh;

2.3.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-darar

yuzal;

2.3.3 Kaedah terbitan

(i) Al-Darurat

tubih

al-mahzurat

(ii) Ma ubih li

al-darurah

yuqaddar bi

qadariha

(iii) Al-Darar la

yuzal bi al-darar

(iv) Dar’ al-mafasid

muqaddam ‘ala

jalb al-masalih

(v) Al-Hajah tanzil

manzilat

al-darurah

3 (c) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

(d) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam

masalah semasa berdasarkan

kaedah terbitan berikut:

(i) Al-Darurat tubih

al-mahzurat;

(ii) Ma ubih li al-darurah

yuqaddar bi qadariha;

(iii) Al-Darar la yuzal bi

al-darar;

(iv) Dar’ al-mafasid

muqaddam ‘ala jalb

al-masalih;

(v) Al-Hajah tanzil manzilat

al-darurah.

2.4 Al-Masyaqqah tajlibu

al-taysir

Calon seharusnya dapat:

2.4.1 Pengertian kaedah dan

huraian

1 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh;

2.4.2 Dalil kaedah 1

(b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah

al-masyaqqah tajlib al-taysir;

2.4.3 Sebab takhfif 1 (c) mengenal pasti sebab takhfif yang

diharuskan oleh syarak;

2.4.4 Bahagian takhfif dan

rukhsah

1

(d) mengenal pasti dan menghuraikan

bahagian takhfif dan rukhsah

berserta contoh;

Page 31: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

27

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

2.4.5 Kaedah terbitan

(i) Idha daqa

al-amr ittasa’a

(ii) Idha ittasa’a

al-amr daqa

2 (e) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

(f) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam

masalah semasa berdasarkan

kaedah terbitan berikut:

(i) Idha daqa al-amr ittasa’a;

(ii) Idha ittasa’a al-amr daqa.

2.5 Al-‘Adah muhakkamah Calon seharusnya dapat:

2.5.1 Pengertian kaedah dan

huraian

1 (a) menjelaskan pengertian kaedah,

huraian, dan contoh;

2.5.2 Dalil kaedah 1 (b) mengemukakan dalil yang

berkaitan dengan kaedah al-‘adah

muhakkamah;

2.5.3 Bahagian al-‘adah 1 (c) mengenal pasti dan menghuraikan

bahagian al-‘adah dan contoh;

2.5.4 Syarat al-‘adah 1 (d) menjelaskan syarat al-‘adah yang

boleh menentukan hukum

2.5.5 Kaedah terbitan

(i) Isti’mal al-nas

hujjah yajib

al-‘amal biha

(ii) Al-Ma’ruf ‘urfan

ka al-masyrut

syartan

(iii) Al-Ta’yin bi

al-‘urf ka

al-ta’yin bi

al-nas

2 (e) menjelaskan pengertian kaedah

terbitan, huraian, dan contoh;

(f) mengemukakan kaedah terbitan

dan mengaplikasikan dalam

masalah semasa berdasarkan

kaedah terbitan berikut:

(i) Isti’mal al-nas hujjah yajib

al-‘amal biha;

(ii) Al-Ma’ruf ‘urfan ka

al-masyrut syartan;

(iii) Al-Ta’yin bi al-‘urf ka

al-ta’yin bi al-nas;

Page 32: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

28

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

(iv) La yunkar

taghayyur

al-ahkam bi

taghayyur

al-azman

(v) Kullu ma warada

bihi al-syar’u

mutlaqan wa la

dabita lahu fihi

wa la fi al-

lughah, yurja’

fihi ila al-‘urf

(iv) La yunkar taghayyur

al-ahkam bi taghayyur

al-azman;

(v) Kullu ma warada bihi

al-syar’u mutlaqan wa la

dabita lahu fihi wa la fi

al-lughah, yurja’ fihi ila

al-‘urf.

Page 33: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

29

Penggal 3

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam

A. Ayat Ahkam

1. Dalam bahagian ini, aspek kajian Ayat

Ahkam adalah seperti berikut:

(a) Asbab al-nuzul

(b) Munasabah al-ayat

(c) Syarh al-ayat secara ijmali dan

tafsili

(d) Maksud ungkapan ayat

(e) Istinbat hukum, dan

(f) Taujihat

2. Setiap ayat yang dikaji hendaklah

dikaitkan dengan aspek berikut:

(a) nas lain yang berkaitan

(b) realiti masyarakat masa kini

Page 34: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

30

Page 35: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

31

Page 36: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

32

Page 37: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

33

Page 38: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

34

Page 39: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

35

Page 40: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

36

Page 41: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

37

Page 42: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

38

Page 43: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

39

Page 44: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

40

Page 45: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

41

Page 46: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

42

Tajuk Waktu

Pengajaran Hasil Pembelajaran

B. Hadis Ahkam

1. Dalam bahagian ini, aspek kajian

Hadis Ahkam adalah seperti berikut:

(a) Asbab al-wurud (di mana yang

berkaitan)

(b) Syarh al-hadis secara ijmali dan

tafsili

(c) Maksud ungkapan hadis

(d) Istinbat hukum, dan

(e) Taujihat

2. Setiap hadis yang dikaji hendaklah

dikaitkan dengan aspek berikut:

(a) nas lain yang berkaitan

(b) realiti masyarakat masa kini

Page 47: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

43

Page 48: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

44

Page 49: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

45

Page 50: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

46

Page 51: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

47

Page 52: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

48

Page 53: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

49

Page 54: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

50

Page 55: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

51

Page 56: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

52

Page 57: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

53

Page 58: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

54

Page 59: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

55

Kerja Kursus (Kerja Projek)

1 Pengenalan

Semua calon STPM sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta, dan calon

persendirian individu yang mengambil mata pelajaran Syariah wajib melaksanakan kerja projek

Syariah sebagai satu daripada komponen pentaksiran. Wajaran markah bagi kerja projek adalah

sebanyak 20%. Markah pentaksiran kerja projek diambil kira bersama-sama dengan markah

peperiksaan bagi tujuan penentuan markah keseluruhan dan penggredan. Panduan dan arahan

tugasan kerja projek akan diberikan melalui portal MPM http://www.mpm.edu.my. Kerja projek

adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Syariah. Tema kerja projek

disediakan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

2 Kerja projek dilaksanakan untuk menilai keupayaan calon dalam:

(a) Kemahiran kognitif, iaitu

(i) menggunakan pengetahuan dan kefahaman dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul

Fiqh dan Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum

syarak;

(ii) mengistinbatkan hukum syarak daripada sumber yang disepakati atau yang tidak

disepakati bagi menyelesaikan masalah yang berbangkit;

(iii) mengaplikasikan Kaedah Fiqh dalam penentuan hukum;

(iv) membuat rumusan dan penilaian tentang isu dalam bidang Syariah;

(v) menganalisis isu yang berkaitan dengan Pengajian Fiqh, Usul Fiqh dan Kaedah

Fiqh;

(vi) mentafsir, mensintesis, dan merumus data dan maklumat tentang isu dan persoalan

semasa dalam bidang Syariah.

(b) Kemahiran manipulatif, iaitu

(i) mencerap, mengukur, dan mengumpul pelbagai jenis data dan maklumat sama ada

daripada sumber primer atau sumber sekunder;

(ii) menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan kajian lapangan bagi menyiapkan

hasil kajian;

(iii) memproses dan menganalisis data.

(c) Kemahiran insaniah (soft skills), iaitu

(i) mahir berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

(ii) berupaya mengurus masa mengikut jadual kerja yang ditetapkan;

(iii) berupaya menyelesaikan masalah;

(iv) berupaya menghasilkan tugasan secara kreatif dan inovatif;

(v) mampu menjalankan kajian kuantitatif dan kualitatif secara saintifik;

(vi) boleh menjalankan kajian secara jujur, amanah, dan beretika;

(vii) berupaya meningkatkan keyakinan diri dan bermotivasi.

Page 60: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

56

Skim Pentaksiran

Penggal

Pengajian

Kod dan

Nama Kertas Jenis Ujian

Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran

Penggal 1 930/1

Syariah 1

Ujian Bertulis

Bahagian A: Muamalat

dan Munakahat

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

Bahagian B: Mirath dan

Jenayah

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

80

(26.67%)

40

40

2 jam Pentaksiran

berpusat

Penggal 2 930/2

Syariah 2

Ujian Bertulis

Bahagian A: Usul Fiqh

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

Bahagian B: Kaedah Fiqh

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

80

(26.67%)

40

40

2 jam

Pentaksiran

berpusat

930/4

Syariah 4 Kerja Kursus

(Kerja Projek)

Pilih satu tema daripada dua

tema yang diberikan dan

hasilkan satu tugasan

daripada tema yang dipilih.

Tugasan daripada mana-

mana tajuk sama ada

daripada penggal 1 atau

penggal 2.

60

(20%)

Sepanjang

penggal 2

Pentaksiran

oleh guru

sekolah bagi

calon sekolah

kerajaan dan

calon sekolah

bantuan

kerajaan.

Pentaksiran

oleh pemeriksa

yang dilantik

bagi calon

sekolah swasta

dan calon

persendirian

individu.

Page 61: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

57

Penggal

Pengajian

Kod dan

Nama Kertas Jenis Ujian

Markah

(Wajaran) Masa Pentadbiran

Penggal 3 930/3

Syariah 3 Ujian Bertulis

Bahagian A: Ayat Ahkam

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

Bahagian B: Hadis Ahkam

Soalan esei

3 soalan diberikan

Jawab 2 soalan daripada

3 soalan

80

(26.67%)

40

40

2 jam Pentaksiran

berpusat

Page 62: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

58

Pemerihalan Prestasi

Gred A

Calon menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang menyeluruh dan mendalam dalam bidang

Pengajian Fiqh, Usul Fiqh, Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam, dan Hadis Ahkam untuk memahami

hukum syarak.

Calon mengemukakan hujah dan dalil dengan sempurna dan tepat secara naqli dan aqli.

Calon mengistinbatkan hukum syarak daripada sumbernya bagi menyelesaikan masalah yang asas

dan kompleks.

Calon mengaplikasikan semua prinsip, konsep, dan kaedah yang diperoleh dalam bidang Syariah

bagi menentukan hukum syarak.

Calon membuat rumusan dan penilaian yang tepat tentang sesuatu isu dalam bidang Syariah.

Calon menghubungkaitkan sesuatu isu hukum dengan nas al-Quran dan al-Hadis secara tepat.

Calon mentafsir dan menganalisis secara komprehensif Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam dengan

sesuatu yang berlaku dalam masyarakat.

Gred C

Calon menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang asas dalam bidang Pengajian Fiqh, Usul

Fiqh, Kaedah Fiqh, Ayat Ahkam, dan Hadis Ahkam untuk memahami hukum syarak.

Calon mengemukakan sebahagian hujah dan dalil secara naqli dan aqli.

Calon mengistinbatkan hukum syarak daripada sumbernya bagi menyelesaikan masalah yang

asas.

Calon mengaplikasikan sesetengah prinsip, konsep, dan kaedah yang diperoleh dalam bidang

Syariah bagi menentukan hukum syarak.

Calon membuat rumusan dan penilaian kurang tepat tentang sesuatu isu dalam bidang Syariah.

Calon menghubungkaitkan sebahagian isu hukum dengan nas al-Quran dan al-Hadis.

Calon mentafsir dan menganalisis secara terhad Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam dengan sesuatu

yang berlaku dalam masyarakat.

Page 63: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

59

GLOSARI

Bil. Istilah Huraian Istilah

1. Al-Ijarah thumma al-bay’ Sewa kemudian beli, iaitu akad ijarah yang disusuli

dengan akad jual beli apabila tamat tempoh sewaan.

2. Asbab al-nuzul Sebab penurunan ayat al-Quran, iaitu sesuatu peristiwa

atau persoalan yang menyebabkan turunnya sesuatu

ayat. Namun begitu, tidak semua ayat mempunyai

sebab nuzul.

3. Asbab al-wurud Sebab lahirnya ungkapan sabda Nabi SAW, iaitu

perkara yang berkait secara langsung atau tidak

langsung yang membawa kepada ungkapan sabda Nabi

SAW tentang sesuatu perkara.

4. Bay’ bithaman ajil Jual beli dengan harga tangguh atau dengan harga

ansuran, iaitu menjual sesuatu dengan disegerakan

penyerahan barang yang dijual kepada pembeli dan

ditangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu masa

yang ditetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.

5. Bay’ fuduli Jual beli hak kepunyaan orang lain tanpa mendapat

keizinan pemiliknya terlebih dahulu.

6. Bay’ inah Jual beli antara penjual dengan pembeli, di mana

penjual menjual hartanya kepada pembeli pada harga

tunai dan disusuli dengan pembelian semula oleh

penjual dengan harga tangguh yang lebih tinggi atau

sebaliknya.

7. Bay’ istisna’ Jual beli secara tempahan bagi sesuatu barang mengikut

spesifikasi harga, barang, kaedah pembayaran dan

penyerahan barang yang dipersetujui oleh kedua-dua

pihak semasa majlis akad.

8. Bay’ mu’atah Jual beli secara serah-menyerah/unjuk-mengunjuk

tanpa lafaz akad.

9. Bay’ murabahah Jual beli dengan menjelaskan harga modal berserta

keuntungan yang dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

10. Bay’ salam Jual beli secara pesanan bagi sesuatu barang yang

dijelaskan sifat, kadar, dan jenisnya, sementara harga

barang dibayar secara tunai semasa akad dan

penyerahan barang dibuat pada suatu masa yang

ditetapkan.

11. Bay’ urbun Jual beli yang didahulukan dengan cengkeram/deposit

yang diberikan kepada penjual.

12. Dalalah qat’iyyah Pendalilan secara muktamad/pasti

Page 64: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

60

Bil. Istilah Huraian Istilah

13. Dalalah zanniyyah Pendalilan secara andaian/tidak pasti

14. Faraq Pemisahan berasaskan perintah Mahkamah Syariah

terhadap pasangan suami isteri yang berkahwin secara

bertentangan dengan hukum syarak.

15. Fasakh Perceraian antara suami isteri yang diputuskan oleh

Mahkamah Syariah berasaskan permohonan yang

dibuat oleh suami atau isteri berdasarkan sebab-sebab

tertentu yang ditetapkan oleh syarak.

16. Hadanah Hak penjagaan kanak-kanak kepada pihak-pihak

tertentu setelah berlaku perceraian atau kematian

penjaga.

17. Hadis ahad Hadis yang diriwayatkan oleh bilangan perawi yang

tidak sampai kepada had bilangan perawi hadis

mutawatir.

18. Hadis daif Hadis yang tidak memenuhi syarat hadis hasan atau

hadis sahih.

19. Hadis hasan Hadis yang sanadnya berhubung sehingga akhirnya

oleh perawi yang adil dan dabit tetapi nilai dabitnya

kurang daripada perawi hadis sahih, tanpa wujud

sebarang syadh dan illah.

20. Hadis sahih Hadis yang sanadnya berhubung sehingga akhirnya

oleh perawi yang adil dan dabit tanpa wujud sebarang

syadh dan illah.

21.

Hakam Seseorang yang dilantik bagi mewakili pihak suami

atau isteri dalam menyelesaikan kes pertikaian antara

mereka.

22. Ihdad Perkabungan seseorang isteri yang kematian suami

dalam tempoh tertentu menurut syarak.

23. Ijmak muftariq Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang

terhasil daripada semua mujtahid yang berada di tempat

yang berjauhan antara satu sama lain.

24. Ijmak mujtami’ Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang

terhasil daripada semua mujtahid yang berada di satu

tempat yang sama.

25. Ijmak sukuti Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang

dilakukan oleh sebahagian mujtahid secara jelas dan

sebahagian lagi mendiamkan diri dalam batas waktu

yang mencukupi untuk mereka membuat keputusan.

Page 65: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

61

Bil. Istilah Huraian Istilah

26. Ijmak sarih Kesepakatan pendapat dalam hukum syarak yang

dilahirkan secara berterus-terang oleh para mujtahid.

27. Ijmali Keterangan secara ringkas

28. Illah Suatu sifat yang nyata dan tidak berubah yang dibina

hukum berasaskan kewujudannya.

29. Istinbat Penetapan hukum melalui kaedah yang digariskan oleh

syarak.

30. Kafa’ah Persamaan taraf menurut ‘uruf yang diperlukan dalam

perkahwinan.

31. Kaffarah Denda yang dikenakan kerana perlanggaran terhadap

sesuatu larangan tertentu oleh syarak.

32. Kahwin muta’ah Perkahwinan yang ditetapkan tempoh tertentu.

33. Khalwat Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan

mahram di tempat yang boleh mendatangkan syak.

34. Khiyar aib Kuasa pihak pembeli untuk memilih sama ada

meneruskan atau membatalkan sesuatu akad dengan

sebab ada kecacatan pada barang yang dibeli.

35. Khiyar majlis Kuasa yang diberikan kepada pihak pembeli atau

penjual bagi memilih untuk meneruskan atau

membatalkan sesuatu akad selama mana mereka masih

berada dalam majlis akad yang berkenaan.

36. Khiyar syarat Kuasa yang ditetapkan oleh pihak pembeli atau penjual

untuk meneruskan atau membatalkan akad berasaskan

tempoh tertentu.

37. Khulu’ Tebus talak, iaitu perceraian suami isteri yang

dilakukan berasaskan bayaran tertentu oleh pihak isteri

kepada suami.

38. Marad al-maut Sakit yang lazimnya membawa kepada kematian.

39. Maslahah mu’tabarah Kepentingan yang diambil kira oleh syarak.

40. Maslahah mulghah Kepentingan yang tidak diambil kira oleh syarak.

41. Maslahah mursalah Kepentingan yang tidak terdapat dalil syarak sama ada

menerima atau menolaknya.

42. Mudarabah Perkongsian modal daripada satu pihak dan kerja

daripada pihak yang lain untuk menjalankan sesuatu

perniagaan dan pembahagian keuntungan berasaskan

kepada persetujuan bersama semasa akad.

Page 66: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

62

Bil. Istilah Huraian Istilah

43. Mujtahid Orang yang berkelayakan melakukan ijtihad.

44. Munasabah al-ayat Perkaitan antara sesuatu ayat dengan ayat-ayat sebelum

atau selepasnya.

45. Musaharah Persemendaan iaitu hubungan kekeluargaan yang

wujud antara isteri dengan keluarga suami dan

sebaliknya akibat daripada ikatan perkahwinan yang

memberi kesan hukum.

46. Mutakallimin Golongan ulama yang menggunakan pendekatan ilmu

al-kalam dalam karya Usul Fiqh mereka.

47. Nahy Perintah wajib untuk meninggalkan sesuatu.

48. Nusyuz Kederhakaan isteri terhadap suami yang baik.

49. Pemberian Mut’ah Pemberian sagu hati kepada seorang isteri yang telah

diceraikan.

50. Pusaka besar Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati melebihi

RM600,000 harta tak alih sahaja, atau harta alih sahaja,

atau campuran kedua-duanya atau harta yang kurang

daripada nilaian RM600,000, tetapi si mati ada

meninggalkan wasiat.

51. Pusaka kecil Harta pusaka yang ditinggalkan oleh si mati kurang

daripada RM600,000 yang terdiri daripada harta tak

alih sahaja, atau campuran antara harta tak alih dan

harta alih.

52. Pusaka ringkas Harta pusaka tanpa wasiat yang ditinggalkan oleh si

mati kurang daripada RM600,000 yang terdiri daripada

harta alih sahaja.

53. Qiyas al-adna Qiyas yang illah pada hukum far’ lebih rendah dari

illah hukum asal.

54. Qiyas al-aula Qiyas yang illah pada hukum far’ lebih kuat dari illah

hukum asal.

55. Qiyas al-khafi Qiyas yang tidak diyakini illahnya memberi kesan

kepada hukum atau sebaliknya.

56. Qiyas al-musawi Qiyas yang kekuatan illahnya pada hukum far’

menyamai illah pada hukum asal.

57. Qiyas jali Qiyas yang mempunyai illah yang jelas dan boleh

dikenal pasti pada hukum asal dan far’.

Page 67: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

63

Bil. Istilah Huraian Istilah

58. Rada’ah Persusuan, iaitu ikatan hubungan yang lahir antara

seseorang dengan ibu susuan dan keluarganya yang

memberi kesan hukum.

59. Rukhsah Pengecualian daripada hukum asal/azimah disebabkan

sesuatu keuzuran syar‟i.

60. Syarikat Abdan Perkongsian pekerjaan/kepakaran antara dua pihak atau

lebih untuk menjalankan sesuatu perniagaan dan

keuntungan dibahagi sama rata antara mereka.

61. Syarikat Inan Perkongsian modal antara dua pihak atau lebih untuk

menjalankan sesuatu perniagaan dan pembahagian

keuntungan dan kerugian berasaskan kepada nisbah

sumbangan modal masing-masing.

62. Syarikat Mufawadah Perkongsian antara dua pihak atau lebih yang sama

agama untuk menjalankan sesuatu perniagaan dengan

syarat setiap pihak menyumbang modal dan kerja yang

sama banyak, serta keuntungan dibahagi sama rata.

63. Syarikat Wujuh (a) Perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk

menjalankan perniagaan, di mana satu pihak yang

mempunyai reputasi untuk mendapatkan modal

secara hutang dan satu pihak lagi menjalankan

perniagaan menggunakan modal tersebut dan

keuntungan dibahagi sama rata.

(b) Perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk

menjalankan perniagaan, di mana masing-masing

membeli barang dengan bayaran harga tangguh

untuk dijadikan modal, kemudian menjual barang

tersebut dan keuntungan dibahagi sama rata.

64. Talak Ta’liq Talak yang dikaitkan dengan sesuatu perkara yang

berlaku atau perbuatan yang dilakukan oleh suami atau

isteri.

65. Ta’zir Hukuman yang tidak ditetapkan kadar/bentuknya oleh

syarak tetapi ditentukan oleh pemerintah bagi

menunaikan hak Allah dan hak manusia .

66. Tafsili Keterangan secara terperinci

67. Takhfif Keringanan hukum yang diberikan oleh syarak kerana

sesuatu sebab atau kesukaran.

68. Takhyir Perintah yang diberi pilihan kepada mukallaf sama ada

untuk melakukan atau meninggalkannya.

Page 68: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

64

Bil. Istilah Huraian Istilah

69. Talak ba’in (a) Talak ba’in kubra, iaitu perceraian dengan talak

tiga.

(b) Talak ba’in sughra iaitu perceraian dengan talak

satu atau talak dua tanpa rujuk dalam iddah,

perceraian sebelum persetubuhan, atau perceraian

melalui fasakh atau khulu’.

70. Talak bid’i Perceraian yang dilakukan dengan cara yang tidak

menepati sunnah.

71. Talak raj’i Perceraian talak satu atau talak dua yang boleh dirujuk

dalam tempoh iddah tanpa sebarang akad dan mas

kahwin yang baharu.

72. Talak sunni Perceraian yang dilakukan dengan cara yang menepati

sunnah.

73. Uli al-amr Golongan yang mempunyai kuasa pemerintahan.

74. Wali hakim Wali yang ditauliahkan oleh pihak berkuasa agama.

75. Wasi Orang yang dilantik oleh si mati melalui wasiat untuk

mentadbir hartanya selepas kematian.

76. Wasiat Wajibah Wasiat yang diperuntukkan di bawah undang-undang

bertulis kepada pihak yang tidak mendapat harta

pusaka.

Page 69: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

65

Senarai Rujukan

Kertas 1: 930/1 – Pengajian Fiqh

Rujukan Asas Fiqh Muamalat

1. „

Abd al-Rahman al-Jaziri, t.th. Kitab al-Fiqh ‘ala al-Madhahib al-

‘Arba

’ah. Beirut: Ihya‟ al-

Turath al-„Arabi.

2. Ab. Mumin Ab. Ghani, 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala

Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

3. Paizah Ismail, 2002. Asas-asas Muamalat dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

4. Sudin Haron, 1996. Prinsip dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

5. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Rujukan Asas Fiqh Munakahat

6. „Abd al-Rahman al-Jaziri, t.th. Kitab al-Fiqh „ala al-Madhahib al-„Arba„ah. Beirut: Ihya‟

al-Turath al-„Arabi.

7. Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri-negeri).

8. Mustafa al-Khin, et al., 2002. al-Fiqh al-Manhaji Kitab Fikah Mazhab Syafie. Terjemahan Jil. 4.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.

9. Hassan Salleh, 1993. Asas Kekeluargaan Islam Bahasan Empat Mazhab: Syafi’i, Hanafi, Maliki

dan Hanbali. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

10. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Rujukan Asas Fiqh Mirath

11. Mohd Zamro Muda dan Mohd Ridzuan Awang, 2006. Undang-undang Pusaka Islam:

Pelaksanaan di Malaysia. Bangi: Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM.

12. Muhammad al-Zuhayli, 2001. al-Faraid wa al-Mawarith wa al-Wasaya. Damsyiq: Dar al-Kalam

al-Tayyib.

13. Said bin Hj. Ibrahim, 2008. Sistem Pusaka Islam. Kuala Lumpur: Pejabat Mufti Wilayah

Persekutuan.

14. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.

15. Wan Abdul Halim Wan Harun, 2006. Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 70: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

66

Rujukan Asas Fiqh Jenayah

16. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] dan Kanun

Keseksaan (N.M.B Bab 45).

17. Muhammad Abu Zahrah, 1968. al-Jarimah wa al-„Uqubah fi al-Fiqh al-Islami. Kaherah: Dar

al-Fikr al-„Arabi.

18. Said bin Hj. Ibrahim, 1996. Qanun Jinayah Syar’iyyah dan Sistem Kehakiman dalam

Perundangan Islam Berdasarkan Quran dan Hadis. Kuala Lumpur: Dar al-Ma‟rifah.

19. Paizah Haji Ismail, 2003. Undang-undang Jenayah Islam. Cetakan ke-4. Petaling Jaya: Tradisi

Ilmu.

20. Wahbah al-Zuhayli, 1989. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Damsyiq: Dar al-Fikr.

Rujukan Umum Pengajian Fiqh

21. Al-Sayyid Sabiq, 1985. Fiqh al-Sunnah. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi.

22. Wahbah al-Zuhayli, 2002. al-Muamalat al-Maliyyah al-Mu’asarah. Damsyiq: Dar al-Fikr.

23. Abdul Halim el-Muhammady, 2001. Undang-undang Muamalat dan Aplikasinya kepada

Produk-produk Perbankan Islam. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.

24. Abdullah Alwi Hassan et al., 2005. Teori dan Aplikasi Sistem Ekonomi Islam di Malaysia. Kuala

Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

25. Nor Mohamed Yakcob, 1996. Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia.

Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

26. Mohamad Som Sujimon dan Abdul Basir bin Muhamad, 2006. Fikah Kekeluargaan. Kuala

Lumpur: Pusat Penyelidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

27. Abdullah Nasih „Ulwan, 2001. Syariah Islam dan Ciri-ciri Keunggulan. Diterjemahkan oleh

Ab. Karim Ali & Samsudin Selamat. Kuala Lumpur: MAP.

28. Abdul Razak Haji Muhamad, 1997. Sukatan Pelajaran Baru Syariah 1 Fiqh STPM. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

29. Mahmood Zuhdi Abd. Majid, 1992. Undang-undang Jenayah Islam: Konsep dan Asas

Pelaksanaannya. Kuala Lumpur: JAKIM.

30. Abdul Kadir Haji Ismail, 1983. Sistem Pusaka Islam. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia.

31. BIMB, 1998. Konsep Syariah dalam Sistem Perbankan Islam. Kuala Lumpur: BIMB Institute of

Research and Training (BIRT).

32. Muhammad Nur al-Din Marbaw Banjar al-Makki, 2002. Al-Durar al-Bahiyyah fi Idah

al-Qawa’id al-Fiqhiyyah. Alor Setar: Pustaka Darussalam Sdn. Bhd.

Page 71: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

67

Kertas 2: 930/2 – Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh

Rujukan Asas Usul Fiqh

33. Abd al-Karim Zaydan, t.th. al-Wajiz fi Usul al-Fiqh. Baghdad: Maktabah al-Qudsi.

34. Hasan bin Ahmad dan Salleh bin Ahmad, 1998. Usul al-Fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

35. Mahmood Zuhdi dan Paizah Hj Ismail, 2004. Pengantar Syariah. Kuala Lumpur: al-Bayan

Corpration Sdn. Bhd.

36. Wahbah al-Zuhayli, 1986. Usul al-Fiqh al-Islami. Damsyiq: Dar al-Fikr.

37. Zaki al-Din Sya‟ban, t.th. Usul al-Fiqh al-Islami, Mesir: Matba‟ah wa al-Ta‟lif.

Rujukan Asas Kaedah Fiqh

38. Abd Latif Muda dan Rosmawati Md Zain, 2000. Perbahasan Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala

Lumpur: Pustaka Salam.

39. Hasan bin Ahmad dan Salleh bin Ahmad, 1998. Usul al-Fiqh dan Qawa’id Fiqhiyyah. Kuala

Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid.

40. Ibrahim ibn Muhammad ibn al-Qasim al-Ahdal, t.th. al-Aqmar al-Mudi’ah Syarh al-Qawa’id

al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Fajar Ulung Sdn. Bhd.

41. „Izz al-Din bin „Abd al-Salam, t.th. Qawa’id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Kaherah: Matba‟ah

al-Istiqamah.

42. Jalal al-Din „Abd al-Rahman ibn Abi Bakr al-Suyuti, 1998. al-Asybah wa al-Naza’ir. Cetakan.

ke-4. Beirut: Dar al-Kitab al-„Arabi.

Kertas 3: 930/3 – Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam

Rujukan Asas Ayat Ahkam

43. Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 1996. al Jami’ li Ahkam al-Qur’an. Cetakan ke-2.

Kaherah: Dar al-Hadith.

44. Syahab al-Din al-Sayyid Mahmud, 1999. Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Quran al-‘Azim wa al-Sab’

al-Mathani. Beirut: Dar Ihya‟ al-Turath al-„Arabi.

45. Wahbah al-Zuhayli, 1991. al-Tafsir al-Munir fi al-‘Aqidah wa al-Syari’ah wa al-Manhaj. Beirut:

Dar al Fikr al-Mu‟asir.

46. Abdul Malik bin abdul Karim Amrullah, 1982. Tafsir al-Azhar. Jakarta: Pustaka Panjimas.

47. Syaikh Ahmad Zaki al-Barudi. Terjemahan Samson Rahman MA, 2004. Tafsir Wanita. Jakarta:

Pustaka al Kauthar.

Page 72: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

68

Rujukan Asas Hadis Ahkam

48. „Abdul „Azim bin Badawi al-Khalafi, 1995. al-Wajiz fi Fiqh al-Sunnah wa al-Kitab al- „Aziz.

Dumyat: Dar Ibn Rajab.

49. Muhy al-Din al-Nawawi, 2001. al-Minhaj Syarh Sahih Muslim bin al-Hajjaj. Cetakan ke-8.

Beirut: Dar al-Ma‟rifah.

50. Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamani al-San‟ani, t.th. Subul al-Salam Syarh Bulugh

al-Maram. Mesir: Dar al-Hadith.

51. Muhammad bin „Ali al-Syaukani, t.th. Nayl al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar min Ahadith

al-Akhyar. Mesir: Maktabah al-Da‟wah al-Islamiyyah.

52. Muhammad Idris Abd al-Rauf al-Marbawi, 1955. Bahr al-Mazi Mukhtasar Syarh Sahih

al- Turmudhi. Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba‟ah Mustafa al-Babi al-Halabi.

Rujukan Umum Ayat Ahkam dan Hadis Ahkam

53. Ahmad bin Ali ibn Hajar „Asqalani, 1986. Fath al Bari Syarh al-Bukhari. Kaherah: Dar

al-Rayyan li al-Turath.

54. Muhammad Ali al-Sabuni, 1399H. Safwat al-Tafasir. Makkah Saudi Arabia: Dar al Sabuni.

55. Yusuf al-Qardawi, 1993. Malamih al-Mujtama’ al-Muslim alladhi Nunsyiduh. Al-Qahirah:

Maktabah Wahbah.

56. Mustafa Kamal Wasfi, 1977. Musannafah al-Nuzum al-Islamiyyah. Al-Qahirah: Maktabah

Wahbah.

57. Abdullah Nasih „Ulwan, 1981. Tarbiyat al Awlad fi al-Islam. Cetakan ke-3. Cairo: Dar al-Salam

li al-Tiba‟ah wa al-Nasyr.

58. Muhammad Ali al-Sabuni, Tafsir Ayat Ahkam. Kaherah: Dar al-Sabuni.

59. Sa‟id Hawa. al-Asas fi al-Tafsir.

60. Ibn Hajar al-cAsqalaniy. Fath al-Bari Sharh al-Bukhari.

61. Abu Abdullah Muhammad bin Yazid Ibn Majah. Sunan Ibn Majah. Diterjemahkan oleh

Abdullah Shanhaji. Kuala Lumpur: Darul Fikri.

62. Abu Husayn Muslim Ibn Hajjaj al-Quraysyi. Sahih Muslim. Diterjemahkan oleh K.H. Adib Bisri

Musthafa. Kuala Lumpur: Darul Fikri.

63. Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. Sahih Bukhari. Diterjemahkan oleh Ahmad. Kuala

Lumpur: Darul Fikri.

64. Muhammad Isa bin Sawrah al-Tirmidhi. Sunan al-Tirmidhi. Diterjemahkan oleh Mohd Zuhi.

Kuala Lumpur: Darul Fikri.

Page 73: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

69

KERTAS SOALAN CONTOH

930/1 STPM

SYARIAH

KERTAS 1

(PENGAJIAN FIQH)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam Bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.

Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/1

Page 74: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

70

Bahagian A: Muamalat dan Munakahat

Jawab dua soalan sahaja.

1 (a) Terangkan konsep riba dari segi pengertian, dalil, dan jenis riba. [6]

(b) Jelaskan empat hikmat pengharaman riba. [8]

(c) Jelaskan hukum dan alasan bagi persoalan-persoalan yang berikut:

(i) Faedah yang dikenakan pada pinjaman sebagaimana yang diamalkan oleh perbankan

konvensional sekarang; [3]

(ii) Faedah atas akaun simpanan yang dibayar secara tetap oleh pihak bank. [3]

2 (a) Terangkan konsep hibah dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga syarat pelaksanaan hibah. [6]

(c) Sebuah bank telah merujuk kepada anda selaku penasihat syariahnya untuk menyediakan

produk akaun simpanan tanpa faedah tetapi mempunyai sumbangan hibah. Sediakan sebuah proposal

yang mengandungi rukun dan syarat yang membolehkan produk tersebut dilaksanakan. [8]

3 (a) Terangkan konsep peminangan dari segi pengertian, dalil, dan hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga hikmat diharuskan peminangan terhadap perempuan yang hendak dikahwini.

[6]

(c) Seksyen 15 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 memperuntukkan:

“Jika seseorang telah mengikat suatu pertunangan mengikut hukum syarak, sama ada secara

lisan atau secara bertulis, dan sama ada secara persendirian atau melalui seorang perantaraan,

dan kemudiannya enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi tanpa apa-apa sebab

manakala pihak yang satu lagi bersetuju berkahwin dengannya, maka pihak yang mungkir

adalah bertanggungan memulangkan pemberian-pemberian pertunangan, jika ada, atau

nilainya dan membayar apa-apa wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh atau

untuk pihak yang satu lagi untuk membuat persediaan bagi perkahwinan itu, dan yang

demikian boleh dituntut melalui tindakan mahkamah.”

Berdasarkan peruntukan di atas, bincangkan pendapat fuqaha mengenai hak yang boleh

dituntut jika berlaku putus tunang. [8]

Bahagian B: Mirath dan Jenayah

Jawab dua soalan sahaja.

4 (a) Terangkan takrif mirath dan ilmu mirath. [4]

(b) Jelaskan empat hak yang berkaitan dengan harta pusaka. [8]

(c) Selesaikan kes pembahagian harta pusaka berikut:

(i) Seorang lelaki meninggal dunia dan meninggalkan ibu, bapa, dan seorang anak

perempuan. [4]

(ii) Seorang perempuan meninggal dunia dan meninggalkan suami, dua orang anak

perempuan, dan seorang saudara perempuan seibu sebapa. [4]

930/1

Page 75: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

71

5 (a) Jelaskan empat tanggungan harta pusaka sebelum pembahagiannya dilakukan. [8]

(b) Selesaikan kes pusaka yang berikut:

(i) dengan memberikan kadar bahagian dan alasan, tentukan waris yang layak dan waris

yang tidak layak untuk menerima pusaka tersebut. [8]

(ii) selesaikan pembahagian pusaka tersebut kepada waris si mati. [4]

6 (a) Takrifkan diyat mughallazah dan diyat mukhaffafah. [4]

(b) Jelaskan perbezaan antara diyat mughallazah dengan diyat mukhaffafah dari segi kesalahan

dan tempoh bayarannya. [8]

(c) Seksyen 304, Kanun Keseksaan (N.M.B. Bab 45) memperuntukkan: “barang siapa

melakukan kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah kepada kesalahan

membunuh orang hendaklah diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua puluh tahun dan bolehlah

juga dikenakan denda, jika perbuatan yang menyebabkan kematian itu dilakukan dengan niat hendak

menyebabkan kematian; atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai sepuluh tahun, atau

dengan denda, atau dengan kedua-duanya, jika perbuatan itu dengan mengetahui bahawa perbuatan

itu mungkin menyebabkan kematian, atau sesuatu bencana tubuh yang mungkin menyebabkan

kematian.”

Bincangkan sejauh mana sistem denda yang diperuntukkan dalam seksyen 304 di atas menepati

sistem diyat dalam undang-undang jenayah Islam. [8]

930/1

Seorang perempuan datang menemui anda untuk menyelesaikan pembahagian pusaka

bekas suaminya yang memiliki 48 hektar tanah ladang. Si mati meninggalkan seorang

isteri, seorang anak lelaki, bapa, dan datuk.

Page 76: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

72

HALAMAN KOSONG

930/1

Page 77: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

73

KERTAS SOALAN CONTOH

930/2 STPM

SYARIAH

KERTAS 2

(USUL FIQH DAN KAEDAH FIQH)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.

Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/2

Page 78: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

74

Bahagian A: Usul Fiqh

Jawab dua soalan sahaja.

1 (a) Terangkan pengertian ijmak dan kedudukannya sebagai sumber hukum. [6]

(b) Jelaskan tiga syarat ijmak. [6]

(c) Bincangkan pandangan fuqaha tentang penghujahan ijmak sukuti. [8]

2 (a) Terangkan istihsan dari segi pengertian dan dalil. [4]

(b) Dengan memberikan contoh, jelaskan tiga bahagian istihsan. [9]

(c) Dengan menggunakan kaedah istihsan, berikan ulasan anda tentang keharusan jual beli

istisna’. [7]

3 (a) Takrifkan taqlid dan talfiq berserta contoh. [8]

(b) Jelaskan bentuk taqlid yang diharamkan dan bentuk taqlid yang diharuskan oleh Islam. [6]

(c) “Masyarakat Islam di Malaysia bertaqlid kepada mazhab Shafie, namun dalam pembayaran

zakat fitrah mereka telah bertalfiq kepada mazhab Hanafi.” Bincangkan. [6]

Bahagian B: Kaedah Fiqh

Jawab dua soalan sahaja.

4 (a) Terangkan kaedah al-darar yuzal dari segi pengertian, huraian, dan dalil. [6]

(b) Jelaskan tiga kaedah terbitannya. [6]

(c) Dengan menggunakan kaedah al-darar yuzal, nyatakan kaedah terbitan bagi masalah berikut:

(i) Seseorang ditegah mengurus harta miliknya jika pengurusan tersebut membahayakan

dan memudaratkan orang lain.

(ii) Ayam ternakan komersial dibunuh bagi tujuan mengawal wabak selesema burung.

(iii) Seorang wanita membuka tudung kepalanya untuk mengelak daripada ancaman musuh.

(iv) Doktor lelaki yang merawat wanita ajnabi diharuskan melihat tempat yang sakit sahaja.

[8]

5 (a) Dengan memberikan contoh, jelaskan kaedah al-masyaqqah tajlibut taysir dan kaedah

la dharara wala dhirar. [12]

(b) Dengan berpandukan kaedah al-umur bimaqasidiha, nyatakan hukum dan kaedah terbitan

pada persoalan yang berikut:

(i) Seorang suami memanggil isterinya yang bernama Taliqah (perempuan yang dicerai)

dengan niat menceraikan isterinya. [2]

(ii) Seorang suami menceraikan isterinya dengan lafaz, “Aku ceraikan engkau Siti dengan

talak satu.” Dia mengulangi lafaz itu sebanyak tiga kali dengan tujuan untuk menguatkan

tindakannya apabila isterinya tidak percaya dengan ucapan tersebut. [2]

(iii) Seorang lelaki telah berniat menunaikan solat jenazah lelaki tetapi ternyata mayat itu

adalah perempuan. [2]

930/2

Page 79: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

75

930/2

Page 80: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

76

HALAMAN KOSONG

930/2

Page 81: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

77

KERTAS SOALAN CONTOH

930/3 STPM

SYARIAH

KERTAS 3

(AYAT AHKAM DAN HADIS AHKAM)

(Dua jam)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT

DEMIKIAN.

Jawab empat soalan sahaja: dua soalan dalam bahagian A dan dua soalan dalam bahagian B.

Anda boleh menjawab sama ada dalam Bahasa Melayu atau bahasa Arab.

Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ].

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.

Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/3

Page 82: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

78

930/3

Page 83: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

79

930/3

Page 84: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

80

930/3

Page 85: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

81

KERTAS SOALAN CONTOH

930/4 STPM

SYARIAH

KERTAS 4

KERJA KURSUS

(KERJA PROJEK)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA (MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

1. Kerja kursus (kerja projek) Syariah wajib dilaksanakan oleh semua calon STPM sebagai

komponen penting pentaksiran penggal 2.

2. Kerja kursus (kerja projek) ini mengandungi tema tugasan berkaitan isu dan persoalan semasa

dalam bidang Syariah. Semua calon yang mengambil kertas ini dikehendaki menyedia dan

menyerahkan tugasan tersebut untuk ditaksir.

Kertas soalan ini terdiri daripada halaman bercetak.

Majlis Peperiksaan Malaysia

STPM 930/4

Page 86: PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN …portal.mpm.edu.my/documents/guest/stpm/STPM MODULAR- Sukata…1 STPM/S930 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) SYARIAH Sukatan

82

Pilih satu daripada tema di bawah ini, dan sediakan kerja kursus (kerja projek) yang panjangnya

antara 2000 hingga 2500 patah perkataan.

Tema 1

Jual beli

Tema 2

Perkahwinan

930/4