sultan mahmud mangkat dijulang

14
1 1.0 .PENGENALAN Tumbangnya Kerajaan Melaka di tanganPortugis pada tanggal 24 Ogos 1511 tidak menandakan berakhirnya pemerintahan agung Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolaknya, Johor dikatakan memainkan peranan penting sebagai penyambung warisan Kesultanan Melayu Melaka kerana Sulltan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 1 dikatakan telah melarikan diri ke Johor dan membina kerajaannya yang berpusat di Pagoh setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis. 1 Sultan Alauddin Riayat Shah II pula merupakan raja pertama yang membuka Johor Lama pada tahun 1530. Raja-raja yang berketurunan Kesultanan Melayu Melaka dilihat begitu gah menerajui tampuk pemerintahan Johor walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada negara luar seperti Portugis di Melaka dan juga Kerajaan Acheh. Persaingan dari aspek perdagangan, perluasan kuasa terhadap negeri- negeri vassal dan penyebaran agama dilihat menjadi faktor utama yang membawa kepada persaingan antara Kerajaan Johor, Melaka dan Acheh. Realitinya,walaupun Kerajaan Johor dilihat telah menerima tekanan yang hebat daripada Kerajaan Acheh dan Portugis di Melaka namun kedaulatan Kerajaan johor dibawah pentadbiran Raja-raja berketurunan Kesultanan Melayu Melaka masih mampu dipertahankan . Kedaulatan ini dapat dipertahankan sehinggalah pemerintahan Raja terakhir daripada Keturunan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 2 pada tahun 1699 yang telah mangkat dijulang. Peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud 2 ini dilihat telah membawa satu lembaran baru terhadap pensejarahan Negeri Johor yang dicatatkan kronologi peristiwanya secara lengkap oleh Raja Ali Haji melalui penghasilan karya beliau yang agung iaitu Tuhfat An-Nafis. 2 1 Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5. 2 Raja Ahmad . 1982. Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 44.

Upload: eika-sempoi

Post on 03-Jul-2015

624 views

Category:

Education


31 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

1

1.0 .PENGENALAN

Tumbangnya Kerajaan Melaka di tanganPortugis pada tanggal 24 Ogos 1511 tidak

menandakan berakhirnya pemerintahan agung Kesultanan Melayu Melaka. Titik tolaknya,

Johor dikatakan memainkan peranan penting sebagai penyambung warisan Kesultanan

Melayu Melaka kerana Sulltan Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 1 dikatakan telah

melarikan diri ke Johor dan membina kerajaannya yang berpusat di Pagoh setelah Melaka

jatuh ke tangan Portugis.1Sultan Alauddin Riayat Shah II pula merupakan raja pertama yang

membuka Johor Lama pada tahun 1530. Raja-raja yang berketurunan Kesultanan Melayu

Melaka dilihat begitu gah menerajui tampuk pemerintahan Johor walaupun terpaksa

berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada negara luar seperti Portugis di Melaka dan

juga Kerajaan Acheh. Persaingan dari aspek perdagangan, perluasan kuasa terhadap negeri-

negeri vassal dan penyebaran agama dilihat menjadi faktor utama yang membawa kepada

persaingan antara Kerajaan Johor, Melaka dan Acheh.

Realitinya,walaupun Kerajaan Johor dilihat telah menerima tekanan yang hebat

daripada Kerajaan Acheh dan Portugis di Melaka namun kedaulatan Kerajaan johor dibawah

pentadbiran Raja-raja berketurunan Kesultanan Melayu Melaka masih mampu dipertahankan .

Kedaulatan ini dapat dipertahankan sehinggalah pemerintahan Raja terakhir daripada

Keturunan Kesultanan Melayu Melaka iaitu Sultan Mahmud Syah 2 pada tahun 1699 yang

telah mangkat dijulang. Peristiwa kemangkatan Sultan Mahmud 2 ini dilihat telah membawa

satu lembaran baru terhadap pensejarahan Negeri Johor yang dicatatkan kronologi

peristiwanya secara lengkap oleh Raja Ali Haji melalui penghasilan karya beliau yang agung

iaitu Tuhfat An-Nafis.2

1 Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor , Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 5.

2 Raja Ahmad . 1982. Tuhfat Al-Nafis, Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 44.

Page 2: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

2

“Sumpah!Anak Bentan jika menjejak Kota Tinggi kelak muntah darah”, kata-kata

tersebut merupakansumpahan terakhir Sultan Mahmud Syah 2 terhadap Laksamana Bentan

sebelum baginda mangkat dijulang.3Perihal tragedi ini telah diceritakan secara berterusan,

dari satu generasi ke satu generasi berikutnyasehinggalah ke hari ini. Realitinya, peristiwa ini

bukanlah sekadar sebuah cerita rakyat yang digarap bertujuaan sekadar hiburan kosong

semata-mata namun kisah ini adalah sebuah peristiwa hakiki yang sememangnya telah diakui

kesahihannya oleh para sejarawan luar dan tempatan.

Hakikatnya, peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 bukanlah sekadar suatu

peristiwa biasa kerana melalui penganalisaan rapi yang telah dilakukan, saya mendapati

bahawa peristiwa ini telah membawa suatu perubahan besar tehadap pensejarahan Tanah

Melayu amnya,dan pensejarahan Negeri Johor khasnya.Bertunjangkan daripada peristiwa

inilah, dikatakan pentadbiran Kerajaan Negeri Johor telah bertukar tangan daripada

pemerintahan raja yang berdarah Kesultanan Melayu Melaka kepada raja yang berketurunan

bendahara.4 Saya akan merungkaikan peristiwa ini dengan lebih mendalam melalui esei ini

dengan memperincikan aspek kajian saya terhadap asal usul Sultan Mahmud 2, faktor-faktor

pembunuhan Sultan Mahmud 2, respon penduduk sekitar dan orang luar berkaitan peristiwa

pembunuhan ini, impak pembunuhan Sultan Mahmud 2, pengambilalihan tampuk

pemerintahan Negeri Johor oleh golongan Bendahara Johor dan penulisan ini juga akan

memperlihatkan adakah golongan bendahara ini mampu mengekalkan kestabilan politik di

Negeri Johor sewaktu pemerintahannya yang bermula pada tahun 1699.

3 Sembilan Nafas Cottage Production .2011.Sultan Mahmud Mangkat Dijulang.(Dokumentari) ,Retrieved From :

http://www.youtube.com/watch?v=ZySGwlTWqA8. 4 Leonard Y Andaya .1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj), hlm.250.

Page 3: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

3

2.0 ISI PERBINCANGAN

2.1Asal usul Sultan Mahmud Syah 2

Sultan Mahmud Syah 2 atau lebih dikenali sebagai Almarhum Mangkat Dijulang

merupakanmerupakan Sultan Johor yang ke-10.Baginda merupakan keturunan terakhir Raja

Fatimah cucu kepada Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu raja pertama yang membuka Johor

Lama pada tahun 1530.5Baginda telah diangkat menjadi sultanseawal usia 10 tahun bagi

mengantikan ayahandanya Sultan Ibrahim Syahpada bulan Febuari tahun 1685 setelah

kemangkatan ayahandanya akibat diracun oleh bonda Sultan Mahmud 2 sendiri yang

merupakan anak kepada Paduka Raja Abdul Jamil. Walaupun pada dasarnya Sultan Mahmud

Syah 2 dilantik menjadi Sultan Johor yang sah tetapi disebabkan usianya yang terlalu mentah

untuk menerajui kerajaan maka bonda bagindalah yang memangku kerajaan, namun individu

yang sebenarnya menguasai tampuk pentadbiran Kerajaan Johor tatkala itu Paduka Raja

Abdul Jamil.Disebabkan sikap Paduka Raja Abdul Jamil yang dikatakan lebih sudu daripada

kuah mengakibatkan beliau dimusuhi oleh para pembesar Johor terutamanya Bendahara Seri

Maharaja Tun Habib Abdul Majid. Rentetan daripada permusuhan itu, akhirnya pada tahun

1688 Sultan Mahmud Syah 2 telah diangkat untuk menerajui pentadbiran negeri secara

mutlak setelah Bendahara Seri Maharaja berjaya mengusirPaduka Raja Abdul Jamil dari

Negeri Johor. Sultan Mahmud 2 menjalankan urusan pemerintahan negeri dengan bantuan

daripada Bendahara Seri Maharajayang mahir tentang selok belok pentadbiran Negeri Johor

dan hal ehwal luar kerajaan.

Sejak dari usia remaja hinggalah menginjak dewasa Sultan Mahmud Syah 2 digambarkan

sebagai seorang raja yang mempunyai perilaku ganjil dan sangatlah bengis sikapnya.

Alexander Hamilton, seorang pedagang British yang berkunjung ke Johor Lama pada tahun

5 Leonard Y Andaya . 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.

Page 4: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

4

1695 dalam karyanya,A New Account Of The East Indies-Eddinburgh 1727 telah

mengambarkan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 sebagai seorang pemerintah yang bengis,

cepat marah, membuat keputusan secara terburu-buru, zalim, mudah murka kepada sesiapa

yang cuba menentangnya.Kekejaman baginda digambarkan oleh Alexander Hamilton melalui

peristiwa pembunuhan seorang hamba yang tidak berdosa oleh baginda Sultan Mahmud 2.

Diriwayatkan bahawa baginda telah dihadiahkan sepucuk pistol oleh Kapten Hamilton dan

untuk melihat sejauh mana peluru pistol tersebut mampu menembusi daging manusia baginda

tanpa sifat keperikemanusiaan terus menembak mati hambanya .6Selain itu, kapten ini juga

ada menyatakan bahawa Sultan Mahmud Syah 2 juga tertarik melihat lelaki-lelaki

cantik.Dalam suatu peristiwa, baginda mengarahkan kapten tersebut untuk persembahkan

kepada baginda anak-anak kapal yang kacak untuk dijadikan hamba pemuas nafsu

songsangnya.

Setelah memerintah Kerajaan Johor selama empat belas tahun, akhirnya pada hari Jumaat

Bulan Ogos tahun 1699 telah terjadinya suatu peristiwa bersejarah di Negeri Johor iaitu

berlakunya pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 di kota Tinggi. Kemangkatan Sultan

Mahmud 2 dikaitkan dengan kekejaman dan kebengisan baginda yang akhirnya memakan

diri baginda sendiri.Titik tolaknya, dengan kemangkatan Sultan Mahmud Syah 2, maka

terputuslah salsilah Raja Johor dari Keturunan Kesultanan Melayu Melaka yang menerajui

tahta Kerajaan Johor. Dalam Hikayat Tuhfat An-Nafis, Raja Ali Haji ada memperihalkan

bahawa Sultan Mahmud Syah 2 tidak mempunyai zuriat kerana baginda sultan telah

beristerikan seorang peri yang berketurunan jin sehinggakan baginda tidak bersendudukan

dengan isteri-isterinya yang lain.7

6Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya . 1984. Sejarah Malaysia , Kuala Lumpur:

Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd, Hlm. 63. 7 Kamarudin Ab. Razak . (1998). Peninggalan Sejarah di Pesisiran Sungai Johor. Selangor: Percetakan Asni Sdn.

Bhd, hlm. 55.

Page 5: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

5

2.2 Kronologi pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2

“Kerana seulas nangka, nyawa rakyatnya jadi taruhan”, cerita berkaitan dengan

peristiwa seulas nangka seringkali menjadibuah mulut dan bualan masyarakat setempat

sekitar tahun 1700-an yang menceritakan tentang kekejaman tindakan Sultan Mahmud Syah

2 yang akhirnya membawa kepada peristiwa pembunuhan baginda yang penuh tragik.

Berdasarkan „Hikayat Siak‟, pengarang menyatakan bahawa punca utama pembunuhan

Sultan Mahmud Syah 2 adalah disebabkan oleh peristiwa seulas nangka. Serangan lanun di

hulu sungai Johor menyebabkan berlakunya gangguan terhadap ekonomi Johor disebabkan

para pedagang takut untuk datang dan singgah di Johor.Rentetan daripada peristiwa itu,

Sultan Mahmud Syah 2 telah mengarahkan Megat Seri Rama atau lebih dikenali sebagai

Laksamana Bentan yangmerupakan Laksamana Johor tatkala itu untuk menggalas tugasan

dan tanggungjawabnya bagi menghapuskan serangan lanun-lanun tersebut.

Sepeninggalan Laksamana Bentan, isterinya iaitu Dang Anum yang mengandungkan

anak sulung tatkala itu dikatakan mengidam dan menginginkan seulas nangka , puas orang

suruhannya Awangmencari nangka yang diinginkan di sekitar pelusuk kampung, namun tiada

langsung ditemuinya.8Secara kebetulan pada ketika itu seorang hulubalang dalam perjalanan

ke istana untuk mempersembahkan nangka sulung milik Sultan Mahmud 2 kepada baginda

melalui hadapan rumah Dang anum, Dang Anum yang sememangnya mengindamkan nangka

telah merayu agar hulubalang istana sudi memberikan kepadanya seulas nangka. Hulubalang

istana yang kasihankan Dang Anum memberikannya seulas nangka dan meminta agar Dang

Anum merahsiakan perkara ini kerana bimbang akan mendatangkan kemurkaan

baginda.Setibanya hulubalang tersebut di istana beliau telah mempersembahkan nangka

tersebut kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan baginda sultan menjadi murka apabila mendapati

buah nangka tersebut telah ditebuk. Walaupun hulubalang istana telah menceritakan segala-

8Muhammad Yusof Hashim (peny) .1992 .Hikayat Siak, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm.107.

Page 6: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

6

galanya kepada baginda sultan untuk menagih simpati baginda dan para pembesar turut

menasihati baginda agar mengampunkan Dang Anum namun Sultan Mahmud tetap bertekad

untuk menghukum Dang Anum kerana menganggap bahawa Dang Anum telah merendahkan

martabat baginda dengan memberi sisa buah tersebut kepada baginda.9 Akhirnya tanpa

sebarang rasa bersalah dan perikemanusiaan baginda telah menitahkan Tun Seri Bija Wangsa

agar membelah perut Dang Anum bagi melihat adakah benar dakwaan Dang Anum bahawa

anak di dalam perutnya yang mengidamkan buah nangka. Alangkah terkejutnya baginda

sultan apabila melihat bayi di dalam perutDang Anum yang sedang menjamah nangka

tersebut. Disebabkan bimbang reaksi Laksama Bentan kelak, baginda sultan telah

mengarahkan agar peristiwa pembunuhan Dang Anum dirahsiakan daripada pengetahuan

Laksamana Megat Seri Rama.

Konflik diantara Laksamana Bentan dan Sultan Mahmud Syah 2 bermula apabila

sekembalinya Laksamana Bentan daripada medan perang beliau telah dikhabarkan dengan

berita tentang kematian isterinya yang dibunuh dengan kejam oleh Sultan Mahmud Syah 2.

Tindakan Sultan Mahmud telah mengundang kemarahan Laksamana Bentan lalu beliau

merencanakankan suatu komplot pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2.10

Beliau telah

menemui Bendahara Abdul Jalil dan menyatakan hasratnya untuk membunuh Sultan kepada

bendahara,beliau turut mengajak bendahara untuk menggulingkan sultan yang zalim tersebut

dan menyatakan bahawa pada ketika itulah masa yang sesuai untuk generasi bendahara

mengambil alih tampuk pemerintahan Johor.Akhirnya setelah berunding dengan kaum

kerabat beliau Bendahara Abdul Jalil bersetuju untuk berkomplot memjatuhkan Sultan

Mahmud Syah 2.Rancangan pertama yang dibuat adalah dengan membunuh Tun Seri Bija

9 R.O Winstedt 1979. A History Of Johore , Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd, hlm. 45.

10 Tun Suzana Tun Hj. Othman . 2002. Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang: Dinasti Bendahara

Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise, hlm. 32.

Page 7: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

7

Wangsa kerana beliau merupakan orang kuat sultan.11

Pada tanggal 24 Ogos 1699 pada hari

Jumaat sewaktu Sultan Mahmud Syah 2 dijulang untuk solat jumaat akhirnya tamatlah

riwayat baginda akibat ditikam oleh Laksamana Bentan. Walaubagaimanapun, pada masa

yang sama sultan yang berada dalam kesakitan sempat melemparkan semula keris mengenai

ibu jari kaki Laksamana Bentan dan beliau telah meninggal dunia pada ketika itu juga kerana

muntah darah akibat terkena tulah sultan. Sultan Mahmud Syah 2 dimakamkan di Kampung

Makam di Kota Tinggi manakala Laksamana Bentan dan isterinya dimakamkan di Kampung

Kelantan di atas tanah yang dikurniakan oleh Sultan atas jasa dan budinya.

2.3 Reaksi pelbagai pihak terhadap peristiwapembunuhan Sultan Mahmud Syah 2

dan impaknya kepada kedaulatan Negeri Johor

Ironinya, berita tentang pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 begitu cepat tersebar ke

sekitar buana sehinggakan mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat tempatan dan

juga masyarakat luar.Reaksi yang berbeza ini jelas menunjukkan perbezaan pernilaian dalam

kalangan masyarakat terhadap peristiwa berdarah ini.

Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 telah memperlihatkan kepada kita

bagaimana berlakunnya perpecahan nyata dalam kalangan para pembesar dan juga rakyat

Negeri Johor sendiri. Perpecahan Ini berlaku kerana perbezaan ideologi antara mereka

apabila para pembesar dan rakyat negeri ini melihat bahawa pengambilalihan tahta kerajaan

Negeri Johor oleh Dinasti bendahara dari dua sudut pandangan yang tidak sama. Perbalahan

timbul kerana adanya golongan yang menyokong dan menentang pengambilalihan tahta

tersebut.Bagi golongan yang menyokong mereka menganggapbahawa Sultan Mahmud

merupakan seorang sultan yang zalim dan selayaknya baginda digulingkan daripada

tahta.Selain daripada itu, mereka juga menganggap bahawa pentadbiran Johor akan lebih

11

Buyong Bin adil .1980. Sejarah Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.

Page 8: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

8

maju di bawah pentadbiran bendahara kerana bendahara merupakan individu yang paling

mengetahui hal urusan pentadbiran kerajaan.12

Sekelompok yang lain pula tidak bersetuju

dengan perlantikan bendahara sebagai sultan kerana bagi mereka bendahara bukanlah

berketurunan darah diraja dan sebuah negeri tidak boleh dipimpin oleh seseorang yang tidak

berdarah raja. Kelompok penduduk ini sangat mementingkan konsep daulat, derhaka dan

tulah. Secara tidak langsung, pergolakan demi pergolakan telah berlaku dalam pentadbiran

Johor menyebabkan institusi kerajaan Johor menjadi goyah dan lemah.Keadaan di Negeri

Johor yang kucar kacir pada ketika itu telah membuka peluang kepada pihak luar yang

memandang hal ini sebagai suatu peluang keemasan dan telah merangka strategi politik untuk

turut campur tangan dalam hal ehwal Negeri Johor.

Keadaan ini ternyata berbeza dengan penerimaan orang laut yang menghuni sekitar

persisiran laut Negeri Johor dimana hampir keseluruhan daripada mereka telah menentang

keras penabalan Bendahara Abdul Jalil sebagai Sultan Johor. Umum mengetahui bahawa

orang laut merupakan golongan yang sangat mengagungkan sultan dan berpegang teguh pada

konsep daulat dan derhaka, maka tidak hairanlah mereka menentang penabalan bendahara

sebagai Sultan Johor yang ke-11 kerana bendahara tidak berdarah diraja. Selain itu, golongan

ini turut menolak penabalan bendahara kerana menganggap bahawa bendaharalah yang

menjadi dalang utama dalam merencanakan pembunuhan Sultan Mahmud 2 dan Tun Seri

Bija Wangsa iaitu seorang pembesar dari kalangan orang laut. Kematian Tun Seri Bija

Wangsa sedikit sebanyak menggugat kedudukan orang laut di perairan Johor.Impaknya,

rentetan daripada hal ini, orang laut telah berpindah dari Perairan Johor dan berpaling arah

ketaatannya.Orang laut dikatakan telah berpindah ke negeri-negeri lain di sekitar Johor

seperti Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan sebagainya.Perpindahan ini telah memberi impak

negatif terhadap sistem pertahanan Kerajaan Johor.Hal ini berlaku berikutan hilangnya

12

Leonard Y Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik (terj) . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 186.

Page 9: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

9

kekuatan orang laut yang selama ini berperanan menjaga perairan Johor daripada kemasukan

kuasa luar dan ancaman lanun-lanun.

Kerajaan Johor sewaktu dibawah pemerintahan Sultan dari keturunan Kesultanan

Melayu Melaka merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat dan disegani oleh kerajaan-

kerajaan lain di sekitar Tanah Melayu tatkala itu. Pada ketika itu juga, kerajaan Johor

dikatakan mempunyai beberapa negeri vassal atau dalam erti kata lain negeri-negeri jajahan

seperti Terengganu, Kelantan, Pahang dan lain-lain. Seusai kes pembunuhan Sultan Mahmud

Syah 2, telah berlakunya konflik dalam memilih pengganti sultan dan menyebabkan negeri-

negeri Vassal ini menarik diri daripada menjadi wilayah naungan Johor.Hal ini demikian

kerana, mereka berpandangan bahawa ufti tidak perlu dihantar lagi kerana sultan yang ditabal

sekarang bukanlah berketurunan raja dan Kerajaan Johor dilihat bagaikan telah hilang

daulatnya.13

Tindakan negeri-negeri vassal yang membebaskan diri daripada cengkaman

Kerajaan Johor telah mengakibatkan sumber pendapatan luarKerajaan Johor telah

berkurangan kerana tiada lagi ufti-ufti daripada negeri-negeri vassal.Disebabkan terlalu

menumpukan perhatian terhadap perebutan tahta kerajaan maka pihak pemerintah Kerajaan

Johor hanya membiarkan sahaja negeri-negeri vassal ini bebas.14

Peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud Syah 2 juga dilihat telah memberi impak

terhadap Institusi Kesultanan Melayu Melaka. Umum mengetahui, bahawa Johor telah

meneruskan warisan Kesultanan Melayu Melaka melalui perlantikan para pemerintahnya,

namun kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 telah menamatkan keturunan Kesultanan

Melayu Melaka. Hal ini secara tindak langsung telah memalapkan lagi harapan Kerajaan

Melaka untuk kembali sama seperti zaman kegemilangannya dahulu. Kejatuhan institusi

beraja di Negeri Johor turut sama menarik kejatuhan kuasa politik Orang Melayu di Melaka.

13

Raja Ahmad .1982. Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 94.

14 Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman . 1895. Hikayat Johor. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm. 72.

Page 10: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

10

2.4 Kemunculan Dinasti Bendahara

Setelah kemangkataan Sultan Mahmud Syah 2 di tangan Laksamana Bentan, Kerajaan

Johor berada dalam keadaan ketiadaan Sultan untuk mengepalai pentadbiran negeri kerana

almarhum baginda Sultan Mahmud 2 tidak meninggalkan seorangpun waris untuk

menggantikan baginda.15

Setelah mengadakan perbincangan sesama sendiri dalam kalangan

para pembesar Kerajaan Negeri Johor akhirnya tanggal 4 September tahun 1699 para

pembesar sebulat suara berlandaskan suara majoriti berkenan untuk melantik Bendahara

Paduka Raja Abdul Jalil sebagai Sultan Johor yang ke-11dengan gelaran Sultan Abd Jalil

Riayat Syah 4. Kemunculan Dinasti Bendahara di Negeri Johor ini pada tahun 1699

menandakan bahawa telah berlakunya perubahan penting terhadap pensejarahan Negeri Johor

pada ketika itu.Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi Sultan dalam kalangan pembesar-

pembesar lain kerana beliau mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang tinggi dalam soal

pentadbiran negeri Johor.16

Hal ini demikian kerana, pentadbiran dan urusan diplomatik

dalaman dan luaran Johor dikendalikan oleh bendahara mengikut persetujuan sultan dan

sultan hanya menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan sesebuah jajahannya sahaja tatkala

pemerintahan sultan-sultan yang berdarah raja sebelum ini.

Tatkala menaiki tahta, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4telah mengambil suatu

pendekatan yang bijak untuk mengukuhkan kedudukan baginda denganmelantik

kebanyakkan ahli keluarganya untuk menjawat beberapa jawatan penting dalam pentadbiran

Kerajaan Johor bagi melancarkan lagi urusan pentadbiran seperti jawatan laksamana,

temenggung, penghulu bendahari dan lain-lain jawatan lagi . Seperkara lagi, kemunculan

dinasti Bendahara di Johor juga telah membawa penambahan jawatan dalam Institusi

15

Prof. Muhammad Yamin. 1975. Tata Negara Majapahit,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,hlm. 112.

16 Shahrom Bin Hussain .1943. Tawarikh Johor, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 67.

Page 11: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

11

Kerajaan Johor iaitu Jawatan Yamtuan Muda.17

Hakikatnya, pentadbiran yang dijalankan oleh

Sultan Abdul Jalil 4 mampu bertahan selama 19 tahun iaitu bermula pada tahun 1699

sehinggalah tahun 1718. Melalui penelitian yang mendalam dapatlah dirumuskan bahawa

bukanlah mudah, tugas yang digalas oleh baginda sepanjang tempoh 19 tahun

pentadbirannya kerana pada ketika ini Kerajaan Johor dilihat berada dalam keadaan yang

sangat meruncing akibat masalah dalaman kerajaan iaitu persengketaan dalam perebutan

tahta disamping tekanan-tekanan yang terpaksa dihadapi dari luar seperti ancaman dari Siak

dan juga Acheh.

2.4 Sejauhmanakah Sultan daripada Keturunan Bendahara dapat Mengekalkan

Kestabilan Politik Negeri Johor

Pokok pangkalnya, sepanjang tempoh 188 tahun Kerajaan Johor berada di bawah

pemerintahan sultan yang berdarah keturunan Raja Melaka dapatlah dikatakan bahawa

Kerajaan Johor merupakan sebuah kerajaan yang berdaulat. Selain itu, kita juga tidak dapat

menyangkal mengenai kewibawaan sultan-sultan ini dalam membangunkan sebuah kawasan

perairan yang biasa sehinggalah munculnya Kerajaan Johor yang akhirnya menjadi sebuah

kerajaan perdagangan yang hebat pada abad ke-17. Meskipun sepanjang tempoh 1511-1641

kerajaan Johor tepaksa menghadapi dan berhadapan dengan pelbagai ancaman daripada

Portugis di Melaka, namun Kerajaan Johor dilihat begitu teguh dalam mempertahankan

kedaulatannya.Realitinya, adakah Kerajaan Johor dibawah pemerintahan sultan dari dinasti

bendahara juga mampu mengekalkan kestabilan politik di Negeri Johor sepertimana yang

telah dilaksanakan oleh raja-raja yang terdahulu.

Ironinya, walaupun Sultan Abdul Jalil Riayat Syah 4 dilihat mampu mentadbir

Kerajaan Johor dalam tempoh yang agak lama iaitu selama 19 tahun namun sebenarnya

17

Raja Haji Ahmad & Raja Ali Haji.1982. Tuhfat Al-Nafis, Fajar Bakti Sdn Bhd, hlm.134.

Page 12: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

12

disebalik semua ini terselit seribu satu cerita yang perlu dirungkaikan. Walaupun Sultan

Abdul Jalil Riayat Syah 4 telah melakukan pelbagai usaha bagi mengekalkan kedudukannya

sebagai pemerintah tertinggi di Johor namun akhirnya pada tanggal 21 mac tahun 1718

baginda sultan terpaksa akur dengan kekalahannya dan menyerahkan tahta kepada Raja

Kechil.18

Kronologi peristiwa ini bermula apabila Raja Kechilmendakwa dirinya sebagai anak

kepada Sultan Mahmud Syah 2 dan datang menuntut Tahta Kerajaan Negeri Johor daripada

bendahara.Raja Kechil dari Siak secara tiba-tiba juga telah menambah kerumitan dalam

Institusi Kerajaan Johor pada ketika itu.Raja Kechil telah membuat beberapa siri serangan

dan telah melakukan komplot dengan orang laut dan orang Belanda untuk menguasai

Johor.Secara tidak langsung perbalahan antara kedua-dua pihak ini telah menyebabkan

terganggunya urusan pentadbiran Kerajaan Johor yang boleh mengakibatkan ketidakstabilan

politik, serta gangguan terhadap ekonomi Kerajaan Johor juga.

Selain itu, sewaktu Johor di bawah petadbiran sutlan yang berketurunan bendahara

juga kita kita dapat kaitkan bahawa kegagalan sultan dalam mengwujudkan kestabilan politik

telah menarik minat pihak luar seperti Inggeris dan Belanda untuk turut campur tangan dalam

hal ehwal pentadbiran negeri dengan alasan yang licik iaitu ingin membantu mengembalikan

keamanan negeri Johor. Peristiwa pengambilan Singapura oleh Stamford Rafffles dan

pembahagian kerajaan Johor kepada 3 bahagian utama iaitu Johor, Riau dan Singgapura di

bawah blok pentadbiran yang berbeza yang dikuasai oleh pihak Belanda dan Inggeris

menggambarkan kelemahan sistem dalaman Johor sendiri iaitu sultan yang tidak dapat

memainkan peranannya sebagai tunjang kekuatan Johor yang akhirnya mempengaruhi aspek-

aspek lain seperti kelemahan pertahanan Johor khususnya sehingga kuasa-kuasa luar dapat

menyerang masuk ke dalam wilayah Johor.

18

Buyong Bin adil . 1980. Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 111.

Page 13: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

13

3.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, rentetan perjalanan Sejarah Negeri Johor begitu menarik untuk diperhalusi

kerana sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1841 Kerajaan Johor telah diperintah oleh

sultan-sultan daripada 3 keturunan yang berbeza iaitu Sultan Berketurunan Kesultanan

Melayu Melaka, Sultan daripada keturunan bendahara dan yang terakhir ialah sultan

daripada keluarga temenggong. Sepanjang tempoh pertukaran keturunan raja-raja pemerintah

di Negeri Johor ini, dapatlah kita katakan bahawa Orang Melayu Bugis yang berasal dari

Tanah Bugis turut tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam hal ehwal

pentadbiran politik utama di Negeri Johor. Di samping itu juga, Pihak British dilihat telah

memanipulasikan ketegangan yang berlaku dalam kalangan pemerintah-pemerintah Kerajaan

Johor untuk dijadikan alasan untuk campur tangan dalam urusan pentadbiran Negeri Johor di

mana akhirnya mereka berjaya menguasai Pulau Singapura.

Berdasarkan pernilaian menyeluruh terhadap corak pentadbiran Kerajaan Negeri

Johor di bawah 3 dinasti yang berbeza iaitu dinasti berdarah raja, bendahara dan juga

temenggong dapatlah kita rumuskan bahawa konsep daulat derhaka memainkan peranan yang

sangat penting dalam mengwujudkan suasana politik yang harmoni dan stabil. Hal ini

terbukti apabila pentadbiran Kerajaan Johor di bawah pentadbiran Sultan Berdarah Raja

sepanjang tempoh 1511 sehinggalah 1699 dilihat lebih berkesan dari aspek politik, ekonomi

dan hubungan serantau. Selain itu, kita juga tidak boleh mempertikaikan peranan yang

dimainkan oleh Kerajaan Johor sepanjang tempoh 1511 sehinggalah tahun 1876 kerana

sepanjang tempoh tersebut Johor memainkan peranan penting dalam meneruskan

kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan entrepot, pusat penyebaran agama, pusat

penghasilan karya-karya agung Pensejarahan Melayu dan sebagainya.

Page 14: Sultan Mahmud Mangkat Dijulang

14

4.0 BIBLIOGRAFI

Andaya. Leonard Y. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan

Politik (terj) .Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

Buyong Bin adil .Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dato’ Haji Mohd Sa’id Bin Haji Sulaiman .1895 .Hikayat Johor . Kuala Lumpur :

Fajar Bakti Sdn Bhd.

Muhammad Yusof Hashim (peny). Hikayat Siak . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof. Muhammad Yamin .1975 .Tata Negara Majapahit . Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa dan Pustaka .

Raja Ahmad.Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Tun Suzana Tun Hj. Othman .Institusi Bendahara; Permata Melayu Yang Hilang:

Dinasti Bendahara Johor-Pahang. Kuala Lumpur: Pustaka BSM Enterprise.

Shahrom Bin Hussain .Tawarikh Johor . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

dan Pustaka .

Winstedt. R.O . A History Of Johore. Kuala Lumpur : Printing Words Sdn. Bhd .

.