pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

15
No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009 Muka Surat : 1 daripada 12 KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR PROSEDUR KUALITI PK. NRE (D) - 01 MENGGUBAL / MEMINDA DASAR NO. KELUARAN : 04 TARIKH : 14 OGOS 2012 PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01 1

Upload: trinhdung

Post on 03-Feb-2017

232 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 1 daripada 12

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR

PROSEDUR KUALITI

PK. NRE (D) - 01

MENGGUBAL / MEMINDA DASAR

NO. KELUARAN : 04 TARIKH : 14 OGOS 2012

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

1

Page 2: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009 Muka Surat : Lampiran I

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

BIL.

KELUARAN/

PINDAAN

TARIKH

KETERANGAN PINDAAN

BAHAGIAN/

MUKA SURAT

1 01 24 Mei 2010

Perubahan Nama dan

Jawatan di Bahagian

Perkara 5 - Singkatan

SUB (PK) kepada SUB (PKN)

- Perubahan Waran

Penjawatan Kementerian

Perkara 7 - Rekod Kualiti

BPK kepada BPKN

- Perubahan Waran

Penjawatan Kementerian

01/02

07

10

2 02 15 Julai

2010

Penambahan

Perkara 6 – Tanggungjawab

dan Tindakan

Perenggan 16 – Simpan

keputusan Mesyuarat Jemaah

Menteri ke dalam fail dan

seterusnya di masukkan ke

dalam bilik fail.

10

REKOD PINDAAN PROSEDUR KUALITI

I

Page 3: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

II

Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009 Muka Surat : Lampiran II

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

BIL.

KELUARAN/

PINDAAN

TARIKH

KETERANGAN PINDAAN

BAHAGIAN/

MUKA SURAT

3 03 1 Jun 2011 i. Perubahan Dalam Item

Definisi

Perkara 4.2 – Tajuk dan

keterangan One Stop Centre

digugurkan dan digantikan

dengan tajuk dan keterangan

Mesyuarat Jawatankuasa.

Perkara 4.5 – Penambahan

tajuk dan keterangan Majlis

Biodiversiti Negara

Perkara 4.6 - Penambahan

tajuk dan keterangan Majlis

Sumber Air Negara

Perkara 4.7 - Penambahan

tajuk dan keterangan Majlis

Teknologi Hijau dan

Perubahan Iklim

Perubahan pada muka surat

borang pindaan

8/9

11

11

12

Lampiran

Page 4: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009 Muka Surat : Lampiran III

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

BIL.

KELUARAN/

PINDAAN

TARIKH

KETERANGAN PINDAAN

BAHAGIAN/

MUKA SURAT

ii. Perubahan Dalam Item

Singkatan

Pengguguran Item Ketua

Pengarah (KP) dan

penambahan item Majlis

Biodiversiti Negara (MBN),

Majlis Sumber Air Negara

(MSAN) dan Majlis Teknologi

Hijau dan Perubahan Iklim

(MTHI).

iii. Perubahan dan

penambahbaikan pada

Perkara 6 –

Tanggungjawab Dan

Tindakan

iv. Perubahan dan

penambahbaikan pada

Perkara 8 – Carta Aliran

Kerja

v. Pengguguran Lampiran I

12/13

14/15/16

17/18

19

III

Page 5: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

1. OBJEKTIF

Prosedur ini bertujuan untuk menetapkan tatacara dan kaedah

penggubalan/pindaan dasar untuk memastikan pelaksanaan yang seragam dan

sistematik serta memenuhi piawaian yang ditetapkan.

2. SKOP

Prosedur ini digunapakai untuk semua Bahagian di Kementerian Sumber Asli dan

Alam Sekitar (NRE) dalam menggubal/meminda dasar-dasar berhubung

pengurusan sumber asli dan alam sekitar.

3. RUJUKAN

3.1 Manual Kualiti

Seksyen 7.1 : Perancangan Bagi Proses Penyediaan dan

Penyampaian Perkhidmatan

Seksyen 7.2.1 : Menentukan Keperluan-keperluan Produk

atau Perkhidmatan

Seksyen 7.2.2 : Semakan Semula Keperluan-Keperluan

Produk atau Perkhidmatan

Seksyen 7.3 : Rekabentuk dan Pembangunan

Seksyen 7.3.1 : Perancangan Rekabentuk dan Pembangunan

Seksyen 7.3.2 : Input Kepada Rekabentuk dan Pembangunan

Seksyen 7.3.3 : Output Kepada Aktiviti Rekabentuk dan

Pembangunan

Seksyen 7.3.4 : Semakan Semula Rekabentuk dan

Pembangunan

Seksyen 7.3.5 : Verifikasi Ke Atas Rekabentuk

dan Pembangunan

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 2 daripada 12

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

2

Page 6: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 3 daripada 12

Seksyen 7.3.6 : Validasi Ke Atas Rekabentuk dan

Pembangunan

Seksyen 7.3.7 : Kawalan Ke Atas Pindaan Rekabentuk dan

Pembangunan

Seksyen 7.5.3 : Identifikasi dan Kemudahkesanan

Seksyen 7.5.5 : Pemuliharaan

Seksyen 8.2.3 : Pemantauan dan Pengukuran Produk atau

Perkhidmatan

Seksyen 8.2.4 : Pemantauan dan Pengukuran Produk atau

Perkhidmatan

Seksyen 8.3 : Kawalan ke atas Produk atau Perkhidmatan

Yang Tidak Memenuhi Keperluan Yang

Ditetapkan

4. DEFINISI

4.1 Kumpulan Kerja

Kumpulan Kerja yang dianggotai oleh Setiausaha Bahagian (SUB),

Jabatan/agensi dan pihak-pihak berkaitan yang dikenalpasti dari semasa ke

semasa.

4.2 Mesyuarat Jawatankuasa

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh KSU/ TKSU I/ TKSU II dan dianggotai

oleh Bahagian/ Jabatan/ Agensi yang berkaitan bertujuan untuk

membincangkan kertas-kertas Jemaah Menteri dan perkara-perkara lain

berkaitan dasar yang disediakan oleh NRE ataupun ulasan-ulasan daripada

Kementerian/ Jabatan/ Agensi lain sebelum dikemukakan kepada Bahagian

Kabinet. Mesyuarat Jawatankuasa ini merangkumi One Stop Centre bagi

Majlis Tanah Negara; Mesyuarat Kumpulan Dedikasi bagi Majlis Sumber Air

Negara; Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal bagi Majlis Biodiversiti Negara;

dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Adaptasi bagi Majlis Teknologi Hijau

dan Perubahan Iklim.

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

3

Page 7: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 4 daripada 12

4.3 Akta

Senarai Perundangan Persekutuan (Federal Laws) di bawah Kawalan

KementerianSumber Asli dan Alam Sekitar :

4.3.1 Kanun Tanah Negara 1965

4.3.2 Akta Hak Milik Strata 1985

4.3.3 Akta Tanah (Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960

4.3.4 Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955

4.3.5 Akta Pengambilan Tanah 1960

4.3.6 Akta Penanam Padi (Mengawal Sewa dan Menjamin

Pemegangan)1967

4.3.7 Akta Pelantar Benua 1966

4.3.8 Akta Pemuliharaan Tanah 1960

4.3.9 Akta Biokeselamatan 2007

4.3.10 Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies

Terancam 2008

4.3.11 Bahagian IV Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984

4.3.12 Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993)

4.3.13 Akta Industri Berasas Kayu (Kekuasaan Badan

Perundangan Negeri) 1984

4.3.14 Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992)

4.3.15 Akta Taman Negara 1980

4.3.16 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

4.3.17 Enakmen Taman Negara (Pahang) 1939

4.3.18 Enakmen Taman Negara (Terengganu) 1939

4.3.19 Enakmen Taman Negara (Kelantan) 1938

4.3.20 Akta Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan

Malaysia 1985

4.3.21 Bahagian IX Akta Perikanan

4.3.22 Perintah Fi (Taman Laut Malaysia) 2003

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

4

Page 8: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 5 daripada 12

4.3.23 Akta Kumpulan Wang Industri Timah

(Penyelidikan dan Pembangunan) 1953

4.3.24 Akta Ahli Geologi 2008

4.3.25 Akta Juruukur Tanah Berlesen 1958

4.3.26 Akta Penyiasatan Kajibumi 1974

4.3.27 Akta Pembangunan Mineral 1994

4.3.28 Akta Kawalan Timah 1954

4.3.29 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974

4.4 Majlis Tanah Negara

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri dan yang dianggotai oleh wakil Kerajaan-Kerajaan Negeri dan 10 wakil

Kerajaan Persekutuan untuk membincangkan sesuatu dasar negara untuk

memajukan dan mengawal penggunaan tanah di seluruh Persekutuan bagi

perlombongan, pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain dan untuk

mentadbirkan mana-mana undang-undang yang berhubungan dengannya.

4.5 Majlis Biodiversiti Negara

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana

Menteri dan yang dianggotai oleh wakil Kerajaan-Kerajaan Negeri dan wakil

Kerajaan Persekutuan untuk membincangkan sesuatu dasar negara untuk

membincangkan isu-isu biodiversiti di seluruh Persekutuan bagi perlombongan,

pertanian, perhutanan atau apa-apa maksud lain dan

untuk mentadbirkan mana-mana undang-undang

yang berhubungan dengannya.

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

5

Page 9: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 6 daripada 12

4.6 Majlis Sumber Air Negara

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Timbalan

Perdana Menteri dan yang dianggotai oleh semua Menteri Besar/Ketua

Menteri dan 8 Menteri-Menteri Persekutuan. Majlis Sumber Air Negara telah

ditubuhkan dengan tujuan untuk merumus Dasar Air Negara, menyediakan

Pelan Induk Sumber Air di peringkat nasional dan di peringkat wilayah/

kawasan, menentukan pengagihan sumber air untuk pelbagai pengguna

termasuk mengikut keutamaan khususnya semasa kecemasan seperti

kemarau, memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri ke atas pemuliharaan,

kawalan dan pewartaan kawasan tadahan air, menyelaras pelaksanaan dan

pengurusan projek pemindahan air antara negeri untuk projek bekalan air,

menyelaras pelaksanaan projek pembangunan sumber air dan Pusat

Maklumat Sumber Air Kebangsaan. Majlis ini diurusetiakan bersama dengan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

4.7 Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana

Menteri dan dianggotai oleh wakil Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan

Negeri bagi menentukan hala tuju dan mengenalpasti isu-isu strategik dalam

pembangunan teknologi hijau negara dan perubahan iklim serta

menyelaras, memantau dan menilai keberkesanan dasar

teknologi hijau negara dan dasar perubahan iklim

negara serta program-program berkaitan teknologi

hijau dan perubahan iklim di peringkat nasional.

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

6

Page 10: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 7 daripada 12

5. SINGKATAN

NRE - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

SPBYDP Agong - Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong

YBM - Yang Berhormat Menteri NRE

YBTM - Yang Berhormat Timbalan Menteri NRE

KSU - Ketua Setiausaha

TKSU - Timbalan Ketua Setiausaha

SUB - Setiausaha Bahagian

SUB (PKN) - Setiausaha Bahagian Pentadbiran dan Kewangan

KPSU - Ketua Penolong Setiausaha

PSU - Penolong Setiausaha

PUU - Penasihat Undang-Undang

RUU - Rang Undang-Undang

MJM - Memorandum Jemaah Menteri

OSC - One Stop Centre

MTN - Majlis Tanah Negara

MBN - Majlis Biodiversiti Negara

MSAN - Majlis Sumber Air Negara

MTHPI - Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

7

Page 11: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 8 daripada 12

6. TANGGUNGJAWAB DAN TINDAKAN

TANGGUNGJAWAB TINDAKAN

SUB/KPSU/PSU

SUB/TSUB/KPSU/PSU

SUB

SUB/KPSU/PSU

SUB/KPSU/PSU

SUB/TSUB/KPSU

SUB/KPSU

SUB/KPSU/PSU

1) Menerima arahan untuk menyediakan draf dasar

daripada YB Menteri/KSU.

2) Mengadakan mesyuarat/ perbincangan Kumpulan Kerja

dengan stakeholder/ Kementerian/ jabatan/agensi yang

berkaitan dan menyediakan draf dasar.

3) Melantik perunding untuk menyediakan draf dasar (jika

perlu).

4) Memantau kerja-kerja penyediaan draf dasar oleh

perunding melalui mesyuarat berkala (jika perlu).

5) Menerima draf dasar daripada perunding (jika perlu).

6) Bentangkan draf dasar untuk tujuan ulasan dan

pandangan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa berkaitan.

7) Membuat penambahbaikan atau meminda draf dasar

berdasarkan pandangan Ahli Mesyuarat Jawatankuasa.

8) Mengemukakan draf dasar untuk pertimbangan dan

persetujuan KSU/TKSU.

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

8

Page 12: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

YB Menteri/KSU/SUB

SUB/KPSU/PSU

SUB /Urus Setia Mesyuarat

Jawatankuasa

Urus Setia Mesyuarat

Jawatankuasa

SUB/KPSU/PSU

Urus Setia Mesyuarat

Jawatankuasa

SUB/KPSU

Urus Setia OSC

9) Membentangkan draf dasar dalam mesyuarat Majlis

yang berkenaan mengikut tatacara semasa yang

ditetapkan oleh pengurusan atasan (hanya untuk Dasar

Sumber Air Negara).

10) Sediakan Memorandum Jemaah Menteri dan kemukakan

kepada YB Menteri melalui KSU untuk tujuan verifikasi.

11) Minta ulasan daripada Kementerian/Jabatan/Agensi yang

berkaitan dan masukkan ulasan tersebut ke dalam

Memorandum Jemaah Menteri.

12) Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri untuk urusan

tandatangan YB Menteri.

13) Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri kepada

Bahagian Kabinet JPM untuk dibentang dalam

Mesyuarat Jemaah Menteri bagi tujuan validasi.

14) Menerima dan mengedar keputusan Mesyuarat Jemaah

Menteri kepada bahagian/jabatan/agensi berkaitan untuk

pelaksanaan.

15) Membentangkan dasar dalam mesyuarat Majlis yang

berkenaan mengikut tatacara semasa yang ditetapkan

oleh pengurusan atasan (selain daripada Dasar Sumber

Air Negara).

16) Simpan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri ke dalam

fail dan seterusnya dimasukkan ke dalam Bilik Fail.

Rekod Aduan Sistem Pengurusan Aset Alih (SPA)

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 9 daripada 12

9

Page 13: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

7. REKOD KUALITI

BIL. REKOD KUALITI LOKASI TEMPOH

PENYIMPANAN

1.

2.

3.

4.

Memo/Catatan Arahan

Kertas Dasar untuk Pertimbangan

Mesyuarat Jawatankuasa yang

berkaitan.

Memorandum Jemaah Menteri

Cabutan Keputusan Minit Mesyuarat

Jemaah Menteri

Bahagian yang

terlibat

Bahagian yang

terlibat

Bahagian yang

terlibat

Bahagian yang

terlibat

5 tahun

5 tahun

5 tahun

5 tahun

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 10 daripada 12

10

Page 14: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

8. CARTA ALIRAN KERJA

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 11 daripada 12

11

A

Menerima arahan untuk menyediakan

draf dasar daripada YB Menteri/KSU

Mengadakan mesyuarat/ perbincangan

Kumpulan Kerja dengan stakeholder/

Kementerian/ Jabatan/ Agensi yang

berkaitan dan menyediakan draf dasar

Pelantikan

Perunding Melantik perunding

untuk menyediakan

draf dasar (sekiranya

perlu)

Memantau kerja-kerja

penyediaan draf dasar

oleh perunding melalui

mesyuarat berkala

Menerima

draf dasar

daripada

perunding

Bentangkan draf dasar untuk tujuan

ulasan dan pandangan Ahli Mesyuarat

Jawatankuasa berkaitan

Membuat penambahbaikan atau

meminda draf berdasarkan pandangan

Ahli Mesyuarat Jawatankuasa

Mengemukakan draf dasar untuk

pertimbangan dan persetujuan

KSU/TKSU

Membentangkan draf dasar pada mesyuarat Majlis yang berkenaan mengikut tatacara semasa yang ditetapkan oleh pengurusan atasan (hanya untuk Dasar Sumber Air Negara)

Page 15: pk.nre (d) - 01 menggubal meminda dasar

PROSEDUR KUALITI NRE PK.NRE (D) - 01

No. Keluaran : 04 Tarikh berkuatkuasa : 5 Ogos 2009

Muka Surat : 12 daripada 12

12

A

Sediakan Memorandum Jemaah Menteri dan kemukakan

kepada YB Menteri melalui KSU untuk tujuan verifikasi

Minta ulasan daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi

yang berkaitan dan masukkan ulasan tersebut ke dalam

Memorandum Jemaah Menteri

Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri untuk urusan

tandatangan YB Menteri

Kemukakan Memorandum Jemaah Menteri kepada

Bahagian Kabinet JPM untuk dibentang dalam Mesyuarat

Jemaah Menteri bagi tujuan validasi

Menerima dan mengedar keputusan Mesyuarat Jemaah

Menteri kepada bahagian/ jabatan/ agensi berkaitan

untuk pelaksanaan

Membentangkan dasar pada mesyuarat Majlis yang

berkenaan mengikut tatacara senasa yang ditetapkan

oleh pengurusan atasan (selain daripada Dasar Sumber

Air Negara)

Simpan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri ke dalam fail dan seterusnya dimasukkan ke dalam Bilik Fail