sulalatus salatin

21
SULALATUS SALATIN "RELEVANKAH DINILAI SEBAGAI SEJARAH?" by Dr_Hamzani_Salleh “RELEVANKAH SULALATUS SALATIN DINILAI BERDASARKAN CIRI PENSEJARAHAN MODEN. BINCANGKAN.” Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh Orang Kaya Suguh.Mengapa Sengaja Portugis Memulangkan Semula Naskah ini?Adakah Semua fakta Masih asli atau telah diubah? “RELEVANKAH SULALATUS SALATIN DINILAI BERDASARKAN CIRI PENSEJARAHAN MODEN. BINCANGKAN.” 1.0 PENDAHULUAN: Kajian kali ini adalah berkaitan dengan teks Salalatus Salatin atau juga dikenali sebagai Sejarah Melayu. Saya akan mendiskusikan teks ini dalam kadar yang serelevan mungkin. Bagi mencapai maksud itu, saya akan membuat penilaian dan kajian terhadap teks ini berdasarkan pelbagai aspek. Aspek yang akan ditekankan dalam kajian teks ini adalah berkaitan dengan penggunaan pandangan dan kaedah pensejarahan barat terhadap teks Salalatus Salatin ini. Persoalannya kini, layakkah karya pensejarahan tradisional umumnya dan Salalatus Salatin khususnya dinilai dan dikaji dengan mengaplikasikan teori-teori dan kaedah-kaedah yang dikemukakan oleh para sarjana barat. Oleh yang demikian, kajian ini akan mengupas perihal ini dengan lebih lanjut untuk mencapai solusi yang

Upload: azlan-azmi

Post on 29-Jan-2016

52 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

SULALATUS SALATIN

TRANSCRIPT

Page 1: Sulalatus Salatin

SULALATUS SALATIN "RELEVANKAH DINILAI SEBAGAI SEJARAH?"

by Dr_Hamzani_Salleh

“RELEVANKAH SULALATUS SALATIN DINILAI BERDASARKAN CIRI

PENSEJARAHAN MODEN. BINCANGKAN.”

Portugis merampas naskhah Sejarah Melayu pada tahun 1536 semasa

menyerang Johor Lama. Naskhah ini kemudian dibawa balik ke Johor oleh

Orang Kaya Suguh.Mengapa Sengaja Portugis Memulangkan Semula

Naskah ini?Adakah Semua fakta Masih asli atau telah diubah?

“RELEVANKAH SULALATUS SALATIN DINILAI BERDASARKAN CIRI

PENSEJARAHAN MODEN. BINCANGKAN.”

1.0 PENDAHULUAN:

Kajian kali ini adalah berkaitan dengan teks Salalatus Salatin atau juga

dikenali sebagai Sejarah Melayu. Saya akan mendiskusikan teks ini dalam

kadar yang serelevan mungkin. Bagi mencapai maksud itu, saya akan

membuat penilaian dan kajian terhadap teks ini berdasarkan pelbagai

aspek. Aspek yang akan ditekankan dalam kajian teks ini adalah berkaitan

dengan penggunaan pandangan dan kaedah pensejarahan barat terhadap

teks Salalatus Salatin ini. Persoalannya kini, layakkah karya pensejarahan

tradisional umumnya dan Salalatus Salatin khususnya dinilai dan dikaji

dengan mengaplikasikan teori-teori dan kaedah-kaedah yang

dikemukakan oleh para sarjana barat. Oleh yang demikian, kajian ini akan

mengupas perihal ini dengan lebih lanjut untuk mencapai solusi yang

bernas dalam menjawab persaolan ini.

2.0 CIRI-CIRI PENSEJARAHAN MODEN:

Penggunaan konsep pensejarahan yang lebih saintifik dilihat bermula

hasil daripada cetusan idea yang dicanang-canangkan oleh Bapa

Pensejarahan Moden iaitu Leopold von Ranke pada abad ke-19.[1] Konsep

yang agak sinonim dengan diri beliau dalam dunia pensejarahan ialah

Page 2: Sulalatus Salatin

konsep yang berbunyi “Saya hanyalah berhajat semata-mata untuk

memperlihatkan bagaimana keadaannya yang sebenar” (wie es eigentlich

gewesen).[2] Menurut Profesor Leonard Krieger, Ranke merupakan

seorang yang memulakan sains tentang sejarah yang berdasarkan kajian

yang lebih kritikal terhadap sumber-sumber. Beliau juga telah

memperkenalkan beberapa lagi konsep pengkajian sejarah. Antaranya

ialah konsep “Historicism” dan “Quellinkritik”.[3]

Selain itu, sejarah yang dikatakan sebagai suatu displin ilmu yang ilmiah

menurut pandangan R.G.Collingwood haruslah mempunyai empat ciri.

Pertama, sejarah yang bersifat ilmiah ialah sejarah yang bersifat saintifik

iaitu bermula dengan mengemukakan pelbagai persoalan. Persoalan-

persoalan yang dikemukakan oleh ahli sejarah adalah bertujuan mencari

jawapan terhadap setiap perkara yang dikaji oleh mereka. Kedua, sejarah

juga perlulah merupakan suatu bidang tentang kemanusiaan iaitu

mengemukakan perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada

waktu-waktu tertentu pada masa lalu. Ketiga, sejarah perlulah merupakan

suatu bidang kajian yang rasional dan memerlukan bukti-bukti tertentu

dalam penyelidikannya. Akhirnya, sejarah juga perlulah bersifat

menjelaskan diri iaitu dapat memberi pengetauhan dan penerangan

tentang sesuatu perkara yang telah berlaku dan mungkin berlaku.

Selanjutnya, sejarah sebagai sains juga memperlu mempunyai empat ciri

yang tertentu iaitu berdasarkan penyelidikan, menunjukkan kebenaran,

membantu dalam membuat ramalan dan perlu bersifat objektif.[4]Selain

itu juga, isu pengadilan moral juga ditekankan dalam bidang

pensejarahan moden. Menurut Kasim Ahmad, pengadilan moral ialah

perlakuan menjatuhkan hukuman, ataupun mengenakan penilaian

tertentu kepada peristiwa sejarah atau kepada seorang pelaku dalam

sejarah.[5] Semua teori dan kaedah ini diaplikasikan dalam bidang

pensejarahan bertujuan memastikan sejarah yang ditulis itu benar-benar

objektif dan berdasarkan konsep saintifik. Perkara inilah yang

mencetuskan sedikit permasalahan dalam mengkaji karya pensejarahan

tradisional di negara ini. Hal ini kerana, kebanyakan isi kandungan yang

tersurat dalam teks-teks ini sememangnya mempunyai percanggahan

Page 3: Sulalatus Salatin

yang agak lebar umpama “langit dan bumi”. Justeru itu, timbullah

persoalan iaitu adakah layak karya-karya pensejarahan tradisional Melayu

dinilai dan dikaji berdasarkan teori-teori dan kaedah-kaedah ini.

3.0 CIRI-CIRI PENSEJARAHAN TRADISIONAL:

Terdapat beberapa ciri khusus dalam karya pensejarahan tradisional.

Kebanyakan ciri yang terkandung dalam karya pensejarahan tradisional

kelihatannya begitu bertentangan dengan ciri-ciri pensejarahan moden.

Menurut Ismail Hussein, pensejarahan tradisional ialah sejarah atau

historiografi yang berdasarkan dakyah politik untuk diperturunkan kepada

generasi akan datang dan mengandungi unsur-unsur kesusasteraan.

Unsur-unsur sasteranya dilihat dalam bentuk puisi, syair, mitos, lagenda

dan sebagainya.[6] Selain itu, pensejarahan tradisonal juga dipengaruhi

oleh unsur penaungan iaitu kebanyakan penulisnya menulis dalam

keadaan yang tidak bebas kerana dikongkong oleh kuasa pemerintah. Ciri

lain pula ialah terdapatnya unsur anakronistik iaitu kesilapan atau

percanggahan untuk menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh dan tempat

pada zaman yang sebenarnya.[7] Seterusnya, unsur mitos, lagenda,

dongeng merupakan unsur yang kerapkali mewarnai karya-karya

pensejarahan tradisional yang akhirnya menyebabkan karya-karya ini

dihurungi pelbagai konterversi jika dilihat berdasarkan konsep

pensejarahan moden.

4.0 KELEMAHAN SULALATUS SALATIN UNTUK BERDIRI SEBAGAI

SUMBER SEJARAH:

Antara faktor yang menyukarkan karya Salalatus Salatin untuk berdiri

sebagai sumber sejarah ialah kerana karya ini tidak mempunyai ciri-ciri

sebuah hasil penulisan yang bercorak sejarah. Menurut R.G. Collingwood,

sebuah hasil penulisan sejarah perlu merangkumi empat ciri iaitu bersifat

saintifik, bersifat kemanusiaan atau mengemukakan perkara-perkara

yang tertentu pada masa yang lalu, bersifat rasional dengan berdasarkan

Page 4: Sulalatus Salatin

kepada bukti yang sahih dan perlu bersifat menjelaskan diri.[8]

Kaedah penulisannya yang dikatakan tidak rasional adalah disebabkan

pengarangnya mengaplikasikan pelbagai unsur magis yang bercorak

mitos, dongeng dan lagenda dalam karyanya. Hal ini berlaku kerana

pengarangnya menulis bukan atas maksud untuk menghasilkan karya

yang bersifat ilmiah bahkan hanya untuk menyukakan kuasa sang

pemerintah. Hal ini dapat difahami berdasarkan petikan ini:

“Setelah fakir allazi murakabun ‘ala jahili (mendengar titah yang Maha

Mulia itu), maka fakir perkejutlah diri fakir pada mengusahakan dia,

syahdan memohonkan taufik ke hadrat Allah, Tuhan sani’il alam, dan

minta huruf kepada Nabi sayyidil-anam, dan minta ampun kepada

sahabat yang akram; maka fakir karanglah hikayat ini, kama sami’tuhu

min jaadi wa abi, supaya akan menyukakan duli hadrat baginda. Maka

fakir namai hikayat ini “Sulalatus Salatin”, yakni pertuturan segala raja-

raja, hazihi durratul-akhbar wal-amsal, inilah mutiara segala ceritera dan

cahaya segala peri umpamanya. Maka barang siapa membaca dia, jangan

dibicarakan dengan sempurna bicara….”[9]

Berdasarkan wacana ini, “sudah terang lagi bersuluh” bahawa motif

utama penulisan Tun Seri Lanang adalah semata-mata untuk menyukakan

hati pemerintah Johor yang pada ketika itu di bawah pimpinan Sultan

Alauddin Riayat Syah. Memang bangsa Melayu pada ketika itu sangat

berpegang kuat pada konsep taat, setia dan patuh kepada segenap

suruhan pemerintah. Hal ini diwarnai lagi dengan pengamalan konsep

daulat dan tulah dalam suasana persekitaran masyarakat Melayu lama.

Selain itu, antara isu yang mencetuskan konterversi terhadap karya ini

adalah disebabkan penggunaan kaedah pensejarahan yang dipraktikkan

oleh penulisnya. Persoalannya kini, adakah Tun Seri Lanang

mengaplikasikan lunas-lunas kaedah pensejarahan seperti yang

kebanyakan sejarahwan fahami masa kini?. Ternyata Tun Seri Lanang

hanya menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan dalam skop

penulisannya. Antara sumber bertulis paling pokok yang digunakan ialah

Page 5: Sulalatus Salatin

teks Sejarah Melayu induk sendiri yang dibawa dari Goa. Hikayat ini

kemudiannya diperbaiki dan disunting semula sehingga akhirnya teks ini

dinamakan dengan istilah ‘Sulalatus Salatin”.[10] Sumber lain yang

digunkan ialah Hikayat Iskandar Dzulkarnain yang berkaitan tentang

tradisi dan naratif Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amir Hmazah yang

mengisahkan Raja Suran yang mendirikan negeri di benua Keling dan

Hikayat Raja-Raja Pasai tentang kerajaan tua Pasai. Selain sumber ini,

pengarang juga menggunakan kaedah sumber lisan. Penggunaan kaedah

ini sememangnya popular pada abad ke-16 dan abad ke-17.

[11] Penggunaan sumber lisan ini ternyata mempunyai pelbagai

kelemahan kerana kaedah ini secara lazimnya mudah dicemari dengan

unsur-unsur tokok-tambah yang akhirnya mencemarkan sifat sejarahnya.

Hal inilah yang menyukarkan karya ini untuk layak berdiri sebagai sumber

sejarah. Sedangkan “Bapa Sejarah Dunia” iaitu Herodotus juga seringkali

dikecam oleh beberapa sarjana tentang gelarannya sebagai pelopor

sejarah dunia walaupun beliau telah menjalankan beberapa kaedah

penyelidikan iaitu kaedah temuduga dan pemerhatian dalam penghasilan

karya beliau yang berjudul “Sejarah Perang Parsi”.[12] Selanjutnya,

persoalan mungkin boleh ditimbulkan dalam nada yang berbunyi adakah

Tun Seri Lanang membuat kaedah kritikan luaran dan kritikan dalaman

sewaktu penghasilan penulisan beliau. Jika beliau dikatakan ada

mengaplikasikan kaedah tersebut, sudah sepastinya unsur-unsur yang

berbentuk magis dan anankronistik tidak akan wujud dalam karya

tersebut. Disamping itu, untuk sesuatu sumber itu diiktiraf sebagai

sumber sejarah perlulah dijalankan aktiviti penafsiran sumber

berdasarkan logik akal bagi menentukan kewarasan sumber tersebut.

Sementelahan itu, Salalatus Salatin juga dilihat hanya mampu berdiri

sebagai sebuah karya sastera. Salalatus Salatin adalah sebuah hasil

sastera sejarah iaitu sebuah karya ciptaan berjasadkan sejarah. “Sejarah”

yang dipaparkan dibentuk oleh matlamat-matlamat di luar sejarah dan

dibungai dengan pelbagai gejala yang mencairkan sifat kesejarahannya.

[13] Menurut Ahmad Mahmood Musanif, Salalatus Salatin hanya layak

dilihat sebagai hasil sastera sejarah. Hal ini dapat difahami berdasarkan

Page 6: Sulalatus Salatin

petikan ini.

“Sejarah Melayu hanya lebih sesuai diklafikasikan dalam kategori hasil

sastera sejarah kerana karya ini hanya mengambil bahan-bahannya dari

peristiwa-peristiwa sejarah, baik sejarah mengenai sebuah negeri maupun

sejarah mengenai seseorang pahlawan atau raja serta kandungannya pula

dipenuhi oleh unsur dongeng dan puisi yang indah.”[14]

Kelihatannya, faktor utama yang menyebabkan sesetengah sarjana agak

sukar untuk mengiktiraf Sulalatus Salatin sebagai sumber penulisan

sejarah adalah disebabkan isi kandungannya yang lebih kerap

menampilkan elemen-elemen kesuasasteraan seperti puisi yang bercorak

pantun, gurindam dan syair. Kandungan Sulalatus Salatin mempunyai

pengaruh sastera dan budaya asing iaitu Hindu dan Islam. Pengarang

Sulalatus Salatin telah memperpadukan kedua-dua unsur seperti unsur

emas dan unsur perak yang merupakan unsur Hindu dengan unsur

tempatan iaitu padi.[15] Keadaan sama juga muncul pada nama-nama

tempat dan watak yang digunakan seperti Malini dalam bahasa Sanskrit

yang berertti mengulungkan bunga.[16] Selain itu, Bat dalam tradisi

agama Hindu merujuk kepada suatu upacara mensucian seseorang

Brahmin.[17] Namun terdapat perubahan yang ditonjolkan dalam teks

Salalatus Salatin iaitu Bat digamnbarkan sebagai seorang manusia suci

yang lahir daripada muntah lembu putih untuk memahkotakan kelahiran

Parameswara. Walaupun terdapat perubahan yang ditonjolkan, namun

konsep yang digunapakai masih lagi sama. Selain itu, contoh lain yang

adalah seperti penggunaan konsep devaraja. Penggunaan konsep

devaraja telah diubahsuai dan digantikan dengan penggunaan konsep

khalifah.[18] Dengan cara ini, Tun Seri Lanang telah mengambarkan

unsur-unsur keislaman dalam karya beliau. Bukan itu sahaja, pemaparan

upacara waadat sememangnya mempunyai serba sedikit persamaan

dengan konsep baiah dalam ajaran Islam. Baiah dalam Islam diaplikasikan

sewaktu perlantikan seseorang khalifah. Maka mungkin kerana ini

terdapat sesetengah sarjana yang lebih berpendapat bahawa Sulalatus

Salatin yang bermaksud Salasilah Raja-Raja atau Jurai Keturunan Raja-

Page 7: Sulalatus Salatin

Raja lebih layak untuk dilabelkan sebagai Kisah Raja-Raja Melayu seperti

Kisah Raja-Raja Pasai. [19]

Seterusnya, sebab utama yang menyebabkan karya ini kurang layak

untuk berdiri sebagai sumber sejarah adalah kerana isi kandungannya

yang lebih banyak mengandungi percampuran unsur-unsur mitos,

lagenda, khayalan dan hiburan. Menurut R.O.Winstedt, Wilkinson, John

Crowfort mengatakan: “Sejarah Melayu adalah karya dimana

pengarangnya telah mengkahwinkan keadaan semasa dengan dongeng-

dongeng dan legenda-legenda yang terdapat dalam cerita dewa-dewi”.

[20] Manakala J.C.Bottom pula mengatakan, “…history as the Malay has

seen it – a mixture of truth and legend, fantasy and fact, entertainment

and instruction.”[21] J.C.Bottom menyatakan bahawa sejarah bagi orang

Melayu bukanlah sains atau kesenian tetapi adalah hiburan oleh penulis

sastera yang berbentuk sejarah yang tidak mengutamakan penyusunan

fakta dan konkrit.[22] Ternyata, pandangan ini mempunyai

kerelevanannya yang tersendiri. Perkara ini dapat dibuktikan berdasarkan

petikan ini: “… a demon with eyes as red as flame, with creel- like matted

hair and a beard down to his waist”.[23] Petikan memaparkan bahawa

Badang telah berdepan dengan sejenis makhluk yang mempunyai paras

rupa yang menakutkan. Persoalannya, adakah benar-benar wujud

makhluk yang sedemikian rupa atau hanya sekadar tokok-tambah

daripada sang penulis.

Selain itu, tiada konsep pentarikhan yang tepat dalam teks Salalatus

Salatin. Ada yang berpendapat bahawa Salalatus Salatin dikarang pada

hari Khamis iaitu yang terdapat dalam pendahuluan hikayat yang

berbunyi “…seribu dua puluh satu tahun kepada tahun Dal, pada dua

belas haribulan Rabi’ul Awal kepada hari Khamis…” iaitu bersamaan 13hb

Mei 1612.[24] Tetapi ada juga tokoh yang mengatakan Salalatus Salatin

dikarang pada hari Ahad. Selain itu juga, sesuatu peristiwa yang berlaku

mestilah mengikut kronologi. Namun begitu, dalam teks ini, perkara yang

mengikut kronologinya adalah sesuatu peristiwa yang berlaku tetapi masa

dan juga tahun sesuatu peristiwa yang berlaku tidak dapat diperoleh.

Kronologi sejarah juga dikaitkan dengan rentetan peristiwa yang teratur

Page 8: Sulalatus Salatin

mengikut urutan masa dari awal hingga yang terakhir.[25] Misalnya

seperti kisah pelayaran Sri Tri Buana dari Bentan ke Temasik yang

tarikhnya tidak dicatatkan. Maka tanpa kewujudan tarikh dalam peristiwa,

sesuatu peristiwa itu sukar untuk dianggap sebagai sumber sejarah. Teks

Salalatus Salatin juga mengandungi unsur anankronistik iaitu kesilapan

atau percanggahan untuk menempatkan sesuatu peristiwa, tokoh dan

tempat pada zaman yang sebenarnya.[26]

5.0 KEBENARAN DAN KEUNIKAN YANG TERSELINDUNG DISEBALIK

SULALATUS SALATIN:

Sulalatus Salatin walaubagaimanapun menyemat 1001 macam kebenaran

dan keunikannya yang tersendiri. Kebenaran dan keunikannya perlu dikaji

dan diselidiki dalam pelbagai aspek yang meluas dan universal. Hal ini

kerana, keunikan dan kebenarannya terselindung disebalik isinya yang

tersurat. Antara peranan penting yang dimainkan oleh karya ini adalah

bertindak sebagai salah satu rujukan penting dalam mengkaji perihal

suasana kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu terutamanya pada

abad ke-14 dan ke-15. Hal ini kerana, jika menulis berkaitan dengan

kehidupan masyarakat Melayu zaman dahulu berdasarkan sumber barat

terutamanya sumber yang dihasilkan oleh sarjana kolonial seperti

R.O.Winstedt, Frank Swettenhem dan lain-lain lagi sepastinya akan

menimbulkan masalah. Hal ini kerana, kebanyakan tafsiran ataupun

interpretasi yang dikemukakan oleh sarjana ini lazimnya berdasarkan

kaca mata barat. Kebanyakan mereka dilihat memanipulasikan soal

entosentrisme. Entnosentrisme secara mudahnya ialah kepercayaan

bahawa kebudayaan sendiri lebih unggul, tinggi nilainya dari kebudayaan

lain.[27] Konsep ini juga mendorong kepada menilai kebudayaan lain

berdasarkan kepada standard kebudayaan sendiri. Contohnya, seperti

orang Eropah yang melihat masyarakat Asia dengan persepsi yang ganjil

apabila masyarakat Asia makan dengan menggunakan tangan dan

memasuki rumah mereka tanpa alas kaki sedangkan kebanyakan

Page 9: Sulalatus Salatin

masyarakat Eropah makan dengan menggunakan sudu dan garpu serta

memasuki rumah mereka dengan menggunakan alas kaki. Oleh sebab

itulah, terdapat sarjana seperti Zainal Abidin Wahid yang menekankan

pensejarahan peribumi ditulis oleh penulis peribuminya kerana hanya

masyarakat peribumi itu sahaja yang dapat memahami suasana

kehidupan masyarakatnya. Hal inilah yang membawa kepada kemunculan

konsep Malaysia-sentrik iaitu karya sejarah atau apa-apa karya yang

mempunyai nilai sejarah tentang negara ini atau satu bahagian yang

dahulunya terangkum dalam entiti Melayu. Berdasarkan konsep ini, hanya

sarjana tempatan sahaja dilihat lebih layak menulis tentang sejarah

Malaysia. Menurut Zainal Abidin Wahid lagi :

“Sejarah Melayu benar-benar merupakan satu sumber terpenting bagi

pengkajian Sejarah Alam Melayu umumnya dan Melaka khususnya pada

zaman sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis. Tidak ada buku

atau manuskrip lain yang boleh menggambarkan masyarakat Melaka

dengan cara yang lebih baik dan jelas dari Sejarah Melayu”.[28]

Selain itu, keunikan teks ini juga boleh dilihat berdasarkan penggunaan

bahasa dalam penghasilannya. Kita dapat melihat bagaimana bangsa

Melayu dahulukala dapat berfikir secara kreatif, bijaksana dan mendalam

dalam bahasanya sendiri.[29]Mereka mampu berfikir melalui bahasa

figuratif, bahasa metafora, tidak hanya melalui bahasa literal dan melalui

fikiran yang linear tetapi juga secara lateral dan kreatif. Jikalau kita belajar

daripada sejarah budaya dan tamadun bangsa Melayu itu, kita akan

dapati bahawa tiga akar tunjang iaitu bahasa Melayu, budaya Melayu dan

agama Islam itulah “model” yang membentuk pandangan dan jati diri

atau identiti Melayu sebagai suatu bangsa yang bebas, berdaulat,

bermaruah, berakal budi, bijaksana dan bermoral tinggi sepanjang zaman.

Selama lebih 430 tahun dunia Melayu-Indonesia berada dalam zaman

globalisasi penjajahan yang dibawa oleh tiga kuasa Barat, Portugis,

Belanda dan Inggeris. Hal yang sangat menakjubkan ialah bangsa Melayu

itu masih mengekalkan kedaulatan bangsanya kekal hingga hari ini. Kita

tidak menjadi suku kaum yang lemah seperti suku kaum peribumi di

Page 10: Sulalatus Salatin

Amerika yang tamadun mereka, budaya mereka dan bahasa mereka

dimusnahkan oleh kuasa penjajah dari Eropah. Orang Melayu terus dapat

berkembang menjadi bangsa atau nation yang mempunyai kerajaan,

agama, budaya dan kesusasteraan yang tinggi.

Sementelahan itu, kajian terhadap karya pensejarahan tradisional perlu

dilihat berdasarkan kajian yang tersirat. Kajiannya tidak boleh dilihat

secara mata kasar sahaja kerana kebenarannya tersirat disebalik yang

tersurat. Contohnya seperti membincangkan tentang faktor yang

memudahkan masyarakat Tanah Melayu memeluk Islam walaupun

kepercayaan Hindu-Buddha telah lama menapak dalam hati dan sanubari

mereka. Dalam isu ini, kita dapat melihat bahawa betapa terbukanya

minda Melayu.[30] Kita melihat apabila budaya Hinduisme dan Islam yang

datang secara aman, tidak melalui paksaan, tidak melalui pedang dan

peperangan, maka budaya dan kepercayaan ini mudah berkembang di

rantau ini. Keterbukaan orang Melayu dapat dilihat apabila orang Melayu

sanggup melakukan suatu proses tranformasi budaya, tamadun dan

pemikiran yang cukup revolusioner. Namun, apabila budaya atau

tamadun dari luar itu cuba dipaksakan kepada orang Melayu melalui

keganasan, peperangan dan penjajahan, maka mereka akan menolaknya.

Orang Melayu menolak budaya Portugis kerana bangsa Eropah datang

secara agresif; mereka memerangi orang Melayu dan merampas kerajaan

Melayu Melaka pada tahun 1511. Itulah sebabnya mengapa orang Melayu

“tidak masuk Kristian” dan tidak menerima bahasa Portugis dan budaya

mereka, padahal Portugis memerintah di Melaka selama lebih seratus

tahun (hingga tahun 1641).

Selanjutnya, kita juga akan melihat bahawa lokasi-lokasi yang dinyatakan

dalam teks Sulalatus Salatin seperti Temasik atau Singapura, Palembang,

Pulau Bentan, Tanjung Bemban, Minangkabau, Tanjung Pura, Srivijaya,

Majapahit, Siam dan lain-lain lagi masih wujud sehingga kini. Berdasarkan

hujah ini, ternyata menilai karya pensejarahan tradisional Melayu

berdasarkan kaca mata barat adalah suatu kesilapan. Hal ini didorong

oleh beberapa faktor seperti faktor perbezaan budaya, tujuan penulisan

teks dan kaedah penulisan. Pensejarahan moden yang menggunakan

Page 11: Sulalatus Salatin

rujukan atau sumber barat tidak sesuai untuk menilai karya pensejarahan

tradisional. Hal ini hanya mendorong kepada isu berat sebelah dan

akhirnya pensejarahan baratlah yang akan mendominasi pensejarahan

tradisional. Selain itu, perbezaan tujuan penulisan yang berbeza juga

menyebabkan pensejarahan tradisional tidak relevan dinilai berdasarkan

kaca mata barat. Karya pensejarahan tradisional lazimnya bertujuan

memaparkan sejarah keagungan negara,pemerintah dan bangsanya

sedangkan pensejarahan moden ditulis dengan tujuan untuk memaparkan

penulisan sejarah yang bersifat saintifik. Seterusnya, kaedah dan gaya

penulisan juga berbeza. Kebanyakan karya pensejarahan tradisional

diwarnai dengan unsur-unsur kesusasteraan seperti sajak,puisi,gurindam

dan mitos.[31] Unsur-unsur ini diaplikasikan untuk memenuhi sifat

masyarakat yang menyanjung raja. Unsur-unsur tersebut juga penting

sebagai hiburan atau penarik serta kritikan terhadap pihak tertentu

secara sinis, halus tetapi penuh simbolik. Namun, jika isu ini dilihat

berdasarkan sudut pandangan barat, ternayta ia sungguh bercanggah

sekali. Menurut Leopold von Ranke, sejarah mestilah berlandaskan bukti

sahih dan buannya daya imaginasi semata-mata seperti mana yang

dilakukan oleh penulis-penulis beraliran sastera.[32] Seterusnya,

penulisan sejarah pada hari ini yang dianggap moden dan saintifik

mungkin juga akan dianggap sebagi ketinggalan zaman dan tidak saintifik

pada masa akan datang.

6.0 KESIMPULAN:

Jelasnya, karya pensejarahan tradisional umunya dan karya Sulalatus

Salatin khususnya tidak layak untuk diukur atau dinilai berdasarkan kaca

mata barat. Hal ini kerana, terdapat perbezaan yang amat ketara antara

pensejarahan tradisional dengan pensejarahan moden yang dibentuk

barat. Justeru itu, karya pensejarahan tradisional sememangnya layak

untuk dijadikan sumber dalam penulisan sejarah kerana kandungannya

yang lebih memaparkan dan memahami suasana kehidupan masyarakat

peribumi pada masa silam berbanding dengan sumber asing yang

kebanyakannya ditulis oleh para sarjana kolonial. Hal ini kerana,

Page 12: Sulalatus Salatin

kebanyakan para sarjana kolonial menulis dengan persepsi yang kurang

menyenangkan terhadap suasana kehidupan masyarakat peribumi pada

masa silam dan akhirnya hal ini membawa kepada unsur berat sebelah

kepada sejarah masyarkat peribumi. Jelasnya, untuk mengenepikan karya

pensejarahan tradisional sebagai rujukan sejarah adalah suatu perkara

yang tidak relevan walaupun kebanyakannya isi kandungannya

bercanggah dengan konsep dan teori pensejarahan moden.

BIBLIOGRAFI.

BUKU:

Ahmad Mahmood Musanif. 1992. Pemahaman dan Penghayatan Sejarah

Melayu.

Selangor: Masa Enterprise.

Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arbai'yah Mohd Noor.2002. Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Brown, C.C. 1970. Sejarah Melayu or Malay Annals (terj.). London: Oxford

University Press.

Flaron bin Daud. 1985. Sejarah Melayu: Satu Kajian Dari Aspek

Pensejarahan Budaya. Bangi: Institusi Bahasa, Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhd. Yusoff Hashim. 1988. Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian

Mengenai Sumber, Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah

Terpilih Sejarah Melayu. Singapura: Gaints Prints Sdn. Bhd.

Page 13: Sulalatus Salatin

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya. 1988. Sejarahwan dan

Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Sheikh Othman bin Sheikh Salim (eds.). 1997. Kamus Dewan Edisi Ketiga.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Suntharalingam, R. 1985. Pengenalan kepada Sejarah. Kuala Lumpur:

Marican.

Suntharalingam, R. 1987. Pensejarahan Barat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

The Colombia Encyclopedia, 6th Edition. 2001. Colombia: University Press.

Yusoff Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh. 1978. Sejarah Melayu: Satu

Perbicaraan Kritis Dari Pelbagai Bidang. Kuala Lumpur: Heineman

Educational Book (Asia) Ltd.

ARTIKEL:

Abdul Rahman Haji Ismail. 1985. "Sejarah Melatyu: Antara dan Dakyah".

Kajian Malaysia, Jilid III, NO.2.

Bottom, J.C. 1962. "Malay Historical Works" dalam K.G.Tregonning (ed.).

Singapore: Malaysian Historical Sources.

Hassan Ahmad. 2007. "Makna Sebuah Kedaulatan: Pandangan Melayu

Terhadap Dirinya", dalam Dewan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Page 14: Sulalatus Salatin

dan Pustaka.

Thilagavathi Gunalan, V. 2005. "Dari Bukit SiGuntang ke Bukit Larangan:

Parameswara dalam teks Sejarah Melayu" dalam Prof.Emeritus Dato’Dr.

Mohd Yusoff Hashim (penyt.), Parameswara Pengasas Empayar Melaka.

Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

GRAHA IKSEP.

Yusoff Iskandar. 1986. "Sejarah Melayu Sastera yang Bercorak Sejarah",

dalam Zahrah Ibrahim (penyt.), Sastera Sejarah: Interpretasi dan

Penilaian. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

[1] (t.p.), The Colombia Encyclopedia, 6th Edition, Colombia: University

Press, 2001, hlm. 2.

[2] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan

Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1988, hlm. 286.

[3] Ibid., hlm. 286.

[4] Ibid., hlm. 287.

[5] R. Sutharalingam, Pengenalan kepada Sejarah, Kuala Lumpur: Marican,

1985, hlm. 90.

[6] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm.17.

[7] Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 10.

[8] Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayudin Haji Yahaya, Sejarahwan dan

Pensejarahwan: Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1988, hlm. 287.

[9] Ibid., hlm. 227.

Page 15: Sulalatus Salatin

[10] Ibid., hlm. 228.

[11] Muhd. Yusoff Hashim, Pensejarahan Melayu Nusantara: Kajian

Mengenai Sumber, Penghayatan Masalah dan Tafsiran Naskah-Naskah

Terpilih Sejarah Melayu, Singapura: Gaints Prints Sdn. Bhd.

[12] R. Suntharalingam, Pensejarahan Barat, Kuala Lumpur: Fajar Bakti,

1987, hlm. 19.

[13] Abdul Rahman Haji Ismail, “Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan

Dakyah”, Kajian Malaysia, Jilid III, No.2, 1985, hlm. 25.

[14] Ahmad Mahmood Musanif, Pemahaman dan Penghayatan Sejarah

Melayu, Selangor: Masa Enterprise, 1992, hlm.1.

[15] Yusoff Iskandar, “Sejarah Melayu Sastera yang Bercorak Sejarah”,

dalam Zahrah Ibrahim (penyt.), Sastera Sejarah: Interprestasi dan

Penilaian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm. 120 dan

123.

[16] Ibid., hlm. 123.

[17] V. Thilagavathi Gunalan, “Dari Bukit SiGuntang ke Bukit Larangan:

Parameswara dalam teks Sejarah Melayu”, Parameswara Pembina

Empayar Melaka: Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP)

GRAHA IKSEP, 2005, hlm. 71.

[18] Ibid., hlm. 71.

[19] Abdul Rahman Haji Ismail, “Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan

Dakyah”, Kajian Malaysia, Jilid III, No.2, 1985, hlm. 31.

[20] Yusoff Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu

Perbicaraan Kritis Dari Pelbagai Bidang, Kuala Lumpur: Heineman

Educational Book (Asia) Ltd, 1978, hlm.18.

[21] J.C. Bottom, “Malay Historical Works”, dalam K.G.Tregonning (ed.),

Singapore: Malaysian Historical Sources, 1962, hlm. 38.

[22] Ibid., hlm. 38.

[23] C.C. Brown, Sejarah Melayu or Malay Annals. (terj.), London: Oxford

University Press, 1970, hlm. 25.

[24] Yusoff Iskandar dan Abdul Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu

Perbicaraan Kritis Dari Pelbagai Bidang, Kuala Lumpur: Heineman

Page 16: Sulalatus Salatin

Educational Book (Asia) Ltd, 1978, hlm.14.

[25] Arba’iyah Mohd Noor, Ilmu Sejarah dan Pensejarahan, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002, hlm. 27.

[26] Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 10.

[27] Sheikh Othman bin Seikh Salim (eds.), Kamus Dewan Edisi Ketiga,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, hlm. 345.

[28] Flaron bin Daun, Sejarah Melayu: Satu Kajian Dari Aspek

Pensejarahan Budaya, Bangi: Institusi Bahasa, Kesusasteraan dan

Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1985, hlm. 5.

[29] Hassan Ahmad, “Makna Sebuah Kedaulatan: Pandangan Melayu

Terhadap Dirinya”, dalam Dewan Budaya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2007, hlm. 14.

[30] Ibid., hlm. 10.

[31] Ali Ahmad, Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, 1987, hlm. 11.