bustanul salatin

31
BUSTANUS SALATIN Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu ‘Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi (Syeikh Nuruddin ar-Raniri ) RAJESWARY KUMAR SUBASHINI A/P PONNUTHURAI PUNITHAMALAR A/P KUPPUSAMY (KUMPULAN : 3)

Upload: jeshwary-kumar

Post on 28-Oct-2015

391 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Bustanul Salatin

TRANSCRIPT

Page 1: Bustanul Salatin

BUSTANUS SALATIN

Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu ‘Ali ibnu Hasanji ibnu Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi

(Syeikh Nuruddin ar-Raniri )

RAJESWARY KUMARSUBASHINI A/P PONNUTHURAI

PUNITHAMALAR A/P KUPPUSAMY

(KUMPULAN : 3)

Page 2: Bustanul Salatin

Syeikh Nuruddin al RaniriNuruddin al-Raniri merupakan seorang ulama, pengarang, ahli Sufi dan ahli sejarah yang berasal dari Rander, Gujarat, India dari sebuah keluarga keturunan Quraish. Beliau tiba di Aceh sekitar tahun 1637 dan seterusnya berkhidmat di bawah naungan Sultan Iskandar Thani

(1636-1641).

Page 3: Bustanul Salatin

Mempelajari bahasa Melayu semasa di Gujerat.

Mengikut Voorhoeve (1951), Syeikh Nuruddin al Raniri pernah menetap di Pahang dan mendalami beberapa karya bahasa Melayu seperti Hikayat Iskandar Zulkarnian, Taj al Salatin, Hikayat Aceh dan Sejarah Melayu- yang mempengaruhi kepengarangan beliau dalam menghasilkan Bustanus Salatin.

Akrab dengan Sultan Iskandar Thani sehingga dilantik menjadi ulama’ dan penasihat baginda.

Page 4: Bustanul Salatin

Antara Kitab – Kitab ialah:

kitab yang utama ialah Sirat al-Mustaqim (1634-1644)

Durrat al-Fara'id bi Sharh al-`Aqa'id (1635)

Hidayat al-Habib fi al-Targhib wa al-Tarhib (1635)

Bustanus al-Salatin(1638)

Page 5: Bustanul Salatin

Asrar al-Insan fi Ma'rifat al-Ruh wa al-Rahman (1640-1644)

Tibyan fi Ma'rifat al-Adyan (1642-1644)

Jawahir al-`Ulum ft Kasyf al-Ma'lum (1642-1644)

Hujjat al-Shiddiq li Daf'i al-Zindiq (1638-1641) dan Al-Fath al-Mubin `ala al- Mulhidin (1657)

Page 6: Bustanul Salatin

Syeikh Nuruddin al Raniri

Keilmuan Nuruddin al-Raniri dapat dikesan melalui sejumlah kira-kira 30 buah kitab yang telah dihasilkannya meliputi bidang fekah, sejarah dan perbincangan tentang persoalan tasawuf, sama ada ditulis dalam bahasa Arab ataupun bahasa Melayu.

Page 7: Bustanul Salatin

Nuruddin al-Raniri merupakan ulama yang pertama kali menekankan peri pentingnya masyarakat Aceh/Melayu bersikap dan berfikiran kritis terhadap amalan kerohanian,suatu bentuk pemikiran yang baru dalam masyarakat Melayu masa itu. Kritikan Nuruddin al-Raniri terhadap Wujudiyyah sudah disuarakan dalam karyanya yang pertama, Sirat al-Mustakim. Sebuah kitab khusus yang membicarakan persoalan ilmu fikah. Nuruddin al-Raniri dipercayai telah pulang ke India pada tahun 1644 sewaktu perbahasan tentang Wujudiyyah semakin memuncak di Aceh ketika itu .

Page 8: Bustanul Salatin

Menurut Syed Muhammad Naguib al-Attas (1986: 12), Apabila Sultan Tajul Alam memerintah, Syeikh Nuruddin al Raniri dipecat dan dihantar pulang ke Ranir dan meninggal dunia di India pada 22 Zulhijjah 1068 / 21 September 1658Penulisan teks tersebut adalah atas titah perintah Sultan Iskandar Thani dan merupakan hasil kompilasi Nuruddin al-Raniri daripada beberapa sumber rujukan kitab-kitab Arab dan beberapa buah teks Melayu.6 Isi kandungan teks, khususnya berdasarkan manuskrip Raffles Malay 8, terdiri daripada tujuh bab dan terbahagi kepada enam puluh fasal .

Page 9: Bustanul Salatin

Keistimewaan Bustanus Salatin

• Digolong sebagai buku ketatanegaraan dan juga sebagai karya histografi.

• Mempunyai nilai keagamaan yang tinggi dan nilai moral yang baik

Page 10: Bustanul Salatin

Pendapat Hooykaas 1977

• Kitab ini lebih bersifat pengetahuan jika dibandingkan dengan karya-karya lain dalam bidang kesusasteraan Melayu tradisional.

• Usaha menerbitkan Bustanus Salatin ini dianggap penting dari sudut sejarah, kesusasteraan dan bahasa.

Page 11: Bustanul Salatin

• Tidak dapat dinafikan bahawa kitab ini mempunyai pengaruh besar terhadap masyarakat Melayu dan banyak salinan kitab ini tersebar di seluruh Nusantara.

Page 12: Bustanul Salatin

Maksud Bustanus Salatin

• Bustanus Salatin, atau dalam bahasa Melayunya yang membawa maksud “Taman Raja-Raja” merupakan suatu teks sejarah penting kepada alam Melayu.

• Walaupun sebahagian daripada kitab Bustanus Salatin ini berkait dengan soal kesufian dan hal ehwal Islam, karya Syeikh Nuruddin ini turut memuatkan soal ilmu ketatanegaraan raja-raja Melayu yang memberi panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja Acheh berdasarkan kerangka keislaman.

Page 13: Bustanul Salatin

teks nukilan Nuruddin al-Raniri memancarkan cahaya mutiara kesufian kepada raja-raja, suatu dimensi pemikiran yang selaras dengan kebangunan Aceh sebagai Darussalam pada abad ke-17. Pengarang Bustanus Salatin dengan itu berkecenderungan untuk memberi panduan dan nasihat kepada para pemerintah tentang aspek-aspek kerohanian dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, bukan melalui doktrin, falsafah atau susun-atur ajaran Sufi, sebaliknya tercerna dalam nada amalan kerohanian yang praktikal sifatnya.

Page 14: Bustanul Salatin

Struktur Pemerintahan1. Sultan Ali Mughayat Syah H 913 – H 928 (14 Tahun 7 bulan)

2. Sultan Salahuddin ibn Sultan Ali Mughayat Syah (H 946 – H 955) (17 Tahun 11 bulan)

3. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Ali Mughayat Syah

4. Sultan Hussain ibn Sultan Alauddin bergelar Sultan Ali Riayat Syah

5. Sultan Muda ibn Sultan Ali Riayat Syah (masih berusia 4 bulan) 15 J. Akhir , H 984 (dalam kerajaan 7 bulan).

Page 15: Bustanul Salatin

6. Abang Raja Pariaman bergelar Raja Seri Alam (Ahad 10 Muharam – dalam kerajaan selama 2 bulan

5 hari/ 5 bulan)

7. Sultan Zainal Abidin ibn Sultan Abdullah ibni Sultan Alauddin Riayat Syah – naik takhta pada 5 Rabiulawal (selama 10 bulan 10 hari). Terbunuh pada tahun H 985.

8. Sultan Alauddin Perak ibn Sultan Ahmad – naik

takhta pada hari Jumaat 10 Muharam. Memerintah selama 8 tahun 11 hari. Terbunuh pada hari Isnin 10 Muharam, waktu duha H 993.

9. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Munawar Syah, naik takhta pada hari Selasa 11 Muharam. Memerintah selama 2 tahun 11 bulan. Terbunuh pada H 996.

Page 16: Bustanul Salatin

10. Sultan Alauddin Riayat Syah ibn Sultan Firman Syah, naik takhta pada hari Isnin 15 Zulkaedah. Memerintah selama 15 hari ( H 1012 diganti oleh anaknya)

11. Sultan Ali Riayat Syah ibn Sultan Alauddin Riayat Syah –naik takhta pada hari Isnin 15 Zulkaedah, memerintah selama 2 tahun 11 bulan. Hilang pada H 1015.

12. Sultan Raja Iskandar Muda Johan Berdaulat. Naik takhta pada 6 Zulhijjah. Mangkat pada hari Sabtu, waktu dohor H 1046. Memerintah selama 37 tahun 7 bulan 24 hari. Bergelar Marhum Mahkota Alam.

13. Paduka Seri Sultan Iskandar Thani Alauddin Mughayat Syah Johan Berdaulat zil Allah sil- alam ibn Sultan Ahmad Syah. Naik takhta pada hari Sabtu 29 Rejab pada waktu dohor.

Page 17: Bustanul Salatin

• Kitab Bustanus Salatin karangan Syeikh Nuruddin ar-Raniri ini juga dilihat berada dalam kelas yang sama dengan sastera-sastera agama yang lainnya di alam Melayu pada ketika itu termasuklah Taj’us Salatin (Mahkota Segala Raja) karangan Bukhari al-Jauhari dan Thamarat al Muhimmah karangan Raja Ali Haji.

Page 18: Bustanul Salatin

Berikut adalah isi kandungan Bustanus

Salatin

Page 19: Bustanul Salatin

BAB PERTAMA:

• Menyatakan tentang kejadian tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Bab pertama terdiri daripada 30 Fasal.

Page 20: Bustanul Salatin

BAB KEDUA:

• Menyatakan tentang segala nabi-nabi dan raja-raja. Di dalamnya ada 13 Fasal.

 • Fasal-fasal itu termasuklah:

- Fasal Pertama - menceritakan segala nabi, dari Nabi Allah Adam sampailah kepada Nabi Muhammad SAW;

 

Page 21: Bustanul Salatin

Salah seorang raja yang masyhur dalam cerita - cerita kerohanian Islam ialah Ibrahim ibn Adham, iaitu seorang legenda Sufi yang dikaitkan sebagai pemerintah kerajaan di Balkh(m.d. 778 M) yang turun takhta dan mengembara secara fakir.

Kisah Ibrahim ibn Adham tersebar luas dalam kesusasteraan Islam melalui sebuah cerita berjudul Hikayat Sultan Ibrahim ibn Adham.

Ibrahim ibn Adham tidur lalu bermimpi datang seorang lelakipada sisi kepalanya dan apa yang sepatutnya perlu buat ia menunjukkan dalam mimpi. Ibrahim ibn Adham terus bangun dari tidur dan meninggalkan kerajaan lalu berjalan pada segala bukit berbuat ibadat akan Allah taala.

Page 22: Bustanul Salatin

- Fasal Kedua hingga Kesepuluh - menceritakan tentang raja-raja Farsi, Byzantium, Mesir dan Arab;

 

- Fasal Kedua Belas - menceritakan tentang raja-raja Melaka dan Pahang yang bahannya diambil dari Sejarah Melayu;

 

- Fasal Ketiga Belas - menceritakan kebesaran Sultan Iskandar Thani serta ulama-ulama Acheh yang terkenal;

Page 23: Bustanul Salatin

BAB KETIGA:

• Menyebut tentang segala raja-raja yang adil dan wazir yang berakal, di dalamnya ada enam fasal.

Page 24: Bustanul Salatin

Raja-raja agar turun takhta dan meninggalkan tanggungjawab pemerintahan demi mencari kemuliaan hidup kerohanian.

Nuruddin al-Raniri terhadap institusi raja-raja yang wujud di Aceh ketika itu.

Sebahagian besar daripada Bustanus Salatin adalah membicarakan peraturan,panduan dan nasihat tentang adab pemerintahan kepada raja-raja.

Perbandingan kepada raja-raja tentang kuasa dan takhta pemerintahan yang sebenarnya tidak sebesar mana berbanding dengan kepentingan bagi manusia mengamalkan ajaran agama dengan sebenar-benarnya.

Kuasa dan kedudukan sebagai raja tidaklah begitu utama seandainya dibandingkan dengan tuntutan bagi manusia mencari kebenaran dan keredaan Allah SWT.

Nuruddin al-Raniri lebih bermatlamat menasihati raja-raja supaya menjadi

pemerintah yang salih agar mendapat kerahmatan Allah semasa hidup di dunia dan di alam akhirat kelak.

Page 25: Bustanul Salatin

BAB KEEMPAT:

• Menyebut tentang segala raja-raja yang bertapa dan wali-wali yang salih. Di dalamnya ada dua fasal

Page 26: Bustanul Salatin

BAB KELIMA:

• Menyebut tentang segala raja-raja yang zalim dan segala wazir yang aniaya. Di dalamnya ada dua fasal.

Page 27: Bustanul Salatin

BAB KEENAM:

• Menyebut tentang segala orang yang murah hati lagi mulia dan segala orang yang berani lagi besar. Di dalamnya ada dua fasal. Isinya tentang perang sabil yang dilancarkan terhadap raja-raja kafir yang derhaka.

Page 28: Bustanul Salatin

BAB KETUJUH:

• Membicarakan tentang akal, ilmu firasat, ilmu ketabiban, dan segala sifat perempuan serta hikayat yang ajaib dan ghaib.5 fasal.

Page 29: Bustanul Salatin

• Dalam penceritaan terhadap sejarah Acheh, naratif tertumpu kepada dua pokok cerita yang utama iaitu pertamanya cerita yang berkait dengan asal usul Raja-raja Acheh dan keduanya pula iaitu hal ehwal yang berlaku di kalangan kerabat diraja Acheh termasuklah kelahiran, kemangkatan, sambutan perayaan, membina istana dan taman, perarakan, dan berbagai lagi.

Page 30: Bustanul Salatin

• Penulisan Bustanus Salatin dilihat cuba untuk mengagung-agungkan Sultan Iskandar Thani, oleh itu, sastera ini masih dianggap bersentrikkan istana.

• Syeikh Nuruddin turut menceritakan tentang ulama-ulama yang datang ke Acheh dan pengajaran mereka dalam pelbagai cabang ilmu Islam serta sikap raja-raja yang memerintah Acheh pada sesuatu zaman.

Page 31: Bustanul Salatin

Kesimpulan

• Kajian aspek kandungan teks Bustanus Salatin menceritakan;

• Aspek kebudayaan Melayu• Hubungan politik• Terjemahan kitab-kitab Arab dan Parsi• Pengaruh Arab dan Parsi dalam

Bahasa Melayu