sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan...

62
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018 UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina) 1 YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 1 (A83) Minta penjelasan kerajaan status kewangan Negeri Johor berakhir pada 30.06.2018. Nyatakan jumlah simpanan (reserve) dan kutipan hasil Negeri Johor. Apakah perancangan kerajaan mengukuhkan kewangan dan usaha menambah hasil kerajaan negeri. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Upload: others

Post on 01-Feb-2020

11 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

1

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 1 (A83) Minta penjelasan kerajaan status kewangan Negeri Johor berakhir pada 30.06.2018. Nyatakan jumlah simpanan (reserve) dan kutipan hasil Negeri Johor. Apakah perancangan kerajaan mengukuhkan kewangan dan usaha menambah hasil kerajaan negeri. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR

Page 2: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

2

YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN 2 (A66) Mohon nyatakan pendirian dan perancangan Kerajaan Johor jika ada, ke atas pelaksanaan semua kerja penyelenggaraan Jalan dalam negeri ini yg diserahkan kepada syarikat-syarikat konsesi yang sedia ada. JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Kerajaan Negeri akan mengkaji semula pelaksanaan kerja penyelenggaraan jalan di negeri Johor oleh syarikat-syarikat konsesi yang sedia ada. Ini adalah termasuk semakan semula kadar harga bagi kerja-kerja yang dijalankan, skop kerja yang telah diberikan kepada setiap syarikat konsesi, tempoh bagi setiap kontrak konsesi, dan implikasi perundangan dan kerugian akibat pampasan yang dijangka terhadap Kerajaan Negeri sekiranya kontrak konsesi tidak dipatuhi dan di tamatkan awal.

Page 3: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

3

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 3 (A26) Mohon pencerahan usaha-usaha yang dilakukan bagi menarik pelaburan ke negeri Johor. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pelaburan langsung asing (FDI) menjadi sebahagian pelaburan penting dan tidak ketinggalan pelabur-pelabur tempatan (DDI) dalam memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia dan juga Negeri Johor. Kemasukan modal asing atau pelaburan membolehkan pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan kilang, hartanah, insurans dan sewa beli dan menjana peluang pekerjaan kepada rakyat Johor. Pelbagai usaha telah dijalankan dalam menarik pelaburan ke Negeri Johor. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dimana ianya sebuah agensi kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Sebagai sebuah agensi pusat sehenti (One Stop Centre), JSIC berperanan membantu pelabur yang ingin melabur dan membawa masuk pelaburan luar dan dalam negara ke Negeri Johor dan ianya memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh bakal pelabur dapat dipenuhi dengan kerjasama agensi kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri menyertai Misi Galakan ke luar negara melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dimana Kerajaan Negeri akan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Untuk tahun 2018, beberapa misi galakan pelaburan Kerajaan Negeri Johor akan dianjurkan dan negara-negara yang akan dilawati pada tahun ini adalah Singapura, Jepun , Korea dan juga Negara China. Satu faktor utama yang telah menarik para pelabur ke Malaysia ialah komitmen kerajaan untuk mengekal persekitaran perniagaan yang menyediakan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan. Komitmen ini terlihat daripada usaha-usaha tetap kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti perniagaan melalui saluran-saluran perundingan seperti dialog-dialog yang sering diadakan antara kerajaan dan sektor swasta.

Page 4: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

4

Ini membolehkan pelbagai komuniti perniagaan menyuarakan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan yang melibatkan mereka. Bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor. JIC ditubuhkan bagi menyelaras segala aktiviti pelaburan dan memastikan kesinambungan pelaburan sedia ada serta menambahbaik segala polisi pelaburan sedia ada. Manakala pada Julai 2018, Taskforce Pelaburan, Tanah dan Utiliti (PTU) yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor telah ditubuhkan dan bertindak sebagai unit khas dalam mengenalpasti dan menyelaras sebarang permasalahan serta isu dibangkitkan para pelabur atau pemain industri terutama yang melibatkan isu-isu tanah dan juga utiliti di Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor juga menyokong penuh semua skim galakan kepada para pemodal yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. Skim galakan merupakan antara daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga melonggar peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan. Keistimewaan ini dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong apa jua langkah yang telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan terus komited menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor.

Page 5: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

5

YB DATUK IR. HAJI HASNI BIN HAJI MOHAMMAD (BENUT) SOALAN 4 (A98) Minta dinyatakan jumlah pelaburan luar dan dalam negeri dan pecahan sektornya setakat ini dan apakah sasaran Negeri Johor bagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor bagi tahun 2019 dan bagaimana ianya mampu dicapai. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pelaburan dari sektor pengilangan secara keseluruhan pada tahun 2013 sehingga tahun 2017 adalah berjumlah RM 115.06 billion yang diterima oleh Negeri Johor. Jumlah pelaburan ini telah menempatkan Negeri Johor di tangga pertama keseluruhan pelaburan seluruh Malaysia bagi lima tahun berturut-turut sejak tahun 2013 sehingga tahun 2017 Dari jumlah tersebut, Pelaburan Asing mencatatkan RM38.84 bilion iaitu sebanyak 33.76% dari jumlah keseluruhan pelaburan. Manakala Pelaburan Tempatan bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM76.22 billion (66.24%) Bagi tahun dari tahun 2013 hingga tahun 2017, Industri Petroleum telah mendominasi jumlah pelaburan yang masuk ke Negeri Johor iaitu sebanyak RM 72.68 billion diikuti dengan Industri Elektrik dan Elektronik (E&E) iaitu sebanyak RM 9.33 billion, Industri Produk Mineral Bukan Logam berjumlah RM 6.19 billion, Produk Kimia dan bahan kimia berjumlah RM 5.27 billion dan Industri Pengilangan Makanan sebanyak RM 5.06 billion. Sasaran Negeri Johor bagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor bagi tahun 2019 adalah melalui satu Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030. Ianya merupakan dasar penting dalam usaha Negeri Johor menjadi Koridor Ekonomi Terulung di Malaysia. Pelan ini bertujuan untuk menjadikan Negeri Johor sebuah Negeri berprestasi tinggi dengan memberi tumpuan terhadap projek-projek utama yang memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri demi merealisasikan misi dan visi Johor Darul Ta’zim sebagai Negeri Berprestasi Tinggi dan Bangsa Johor Lestari. Visi Pelan Pembangunan Mampan Johor akan bermula pada tahun 2019 sehingga tahun 2030 dengan justifikasi memberi fokus kepada impak projek-projek utama yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi negeri. Selain itu, pelan ini juga diselaraskan dengan Rancangan Struktur Negeri Johor 2030 (RSN 2030) dan tempoh Rancangan Malaysia ke Dua Belas dan Tiga Belas (RMKe-12&13). Ianya mampu dicapai dengan berteraskan lapan teras di dalam Pelan Pembangunan Mampan Johor 2019-2030 dan teras-teras tersebut adalah seperti berikut:

1. Pendidikan Islam, Modal Insan & Budaya 2. Demokrasi Matang

Page 6: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

6

3. Pembangunan Lestari 4. Pemuliharaan Sumber 5. Kesaksamaan sosial 6. Persona Srikandi 7. Urustadbir Cekap dan Berintegriti 8. Perniagaan Digital

Sasaran pertumbuhan ekonomi Johor tahun 2019 juga boleh dilihat melalui Bajet Negeri Johor 2019 dimana terdapat enam (6) teras utama yang akan ditekankan adalah Kesejahteraan Rakyat, Kemampanan Ekonomi, Infrastruktur, Kesaksamaan Sosial, Modal Insan dan Budaya dan akhir sekali Urustadbir Cekap dan Berintegriti. Di dalam teras Kemampanan Ekonomi terutama dalam bidang pelaburan. Kerajaan Negeri akan menitikberatkan usaha meningkatkan Pelaburan Terus Asing (FDI) dan juga Pelaburan Domestik Terus (DDI). Sehingga bulan Mac 2018, jumlah pelaburan yang diperolehi oleh Negeri Johor adalah sebanyak 31 projek, di mana jumlah Pelaburan Terus Asing (FDI) adalah sebanyak RM 399,384,499 manakala untuk Pelaburan Domestik Terus (DDI), jumlah pelaburan yang diperolehi sehingga Mac 2018 adalah sebanyak RM 468,700,897. Jumlah pelaburan adalah berjumlah RM 868,085,396. Kerajaan Negeri yakin tren peningkatan jumlah pelaburan FDI dan DDI ini akan terus berkembang dalam tahun 2019 sejajar dengan polisi Kerajaan Negeri yang mesra pelabur. Selain itu, Kerajaan Negeri menyertai Misi Galakan ke luar negara melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dimana Kerajaan Negeri akan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Untuk tahun 2018 dan 2019, beberapa misi galakan pelaburan Kerajaan Negeri Johor akan dianjurkan dan negara-negara yang akan dilawati pada tahun ini adalah Singapura, Jepun , Korea dan juga Negara China dan untuk tahun 2019, Kerajaan Negeri akan menghantar rombongan Misi Galakan Pelaburan ke Negara-negara Eropah, Jepun, Korea dan juga China. Kerajaan Negeri Johor juga menyokong penuh semua skim galakan kepada para pemodal yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. Skim galakan merupakan antara daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu.

Page 7: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

7

Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga melonggar peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan. Keistimewaan ini dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong apa jua langkah yang telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan terus komited menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor.

Page 8: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

8

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN 5 (A187) Isu ibu depresi dan keselamatan anak-anak di Taska, apakah langkah yang boleh diambil? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Pihak Jabatan ada menyediakan perkhidmatan kaunseling bagi mengatasi isu ibu depresi berpunca daripada isu keselamatan di TASKA khususnya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Kaunselor JKM akan ke rumah kes bagi memberi sokongan psikologi awal kepada ibu, bapa, adik beradik dan keluarga mangsa. Seterusnya kaunselor akan menawarkan perkhidmatan psikologi dan kaunseling kepada klien sekiranya memerlukan intervensi lanjut. Klien juga boleh hadir ke pejabat untuk menjalani sesi kaunseling dan Pegawai Kaunselor akan membuat penilaian awal tahap depresi klien. Pihak Kaunselor akan membantu melalui sesi kaunseling sehingga klien stabil. Sekiranya serius, klien akan dirujuk kepada Jabatan Psikiatri hospital berhampiran klien untuk rawatan selanjutnya. Bagi memastikan keselamatan kanak-kanak di TASKA, setiap TASKA yang beroperasi perlu mendapat Perakuan Pendaftaran merujuk kepada Seksyen 7 Akta Taman Asuhan Kanak 1984. TASKA tersebut perlu mematuhi semua kehendak yang berhubungan dengan struktur premis, pencegahan kebakaran, kesihatan, kebersihan dan keselamatan kanak-kanak dan Taman Asuhan kanak-kanak itu dilengkapkan dan disenggarakan dengan secukup dan sesuainya. Tanggungjawab Ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak di TASKA yang berdaftar. Ibu bapa perlu memastikan TASKA tersebut mempunyai Perakuan Pendaftaran bagi memastikan TASKA tersebut mematuhi syarat-syarat pengoperasian sebuah TASKA dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam Peraturan-peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012. TASKA yang berdaftar memerlukan Pengusaha dan Pengasuh TASKA yang berkelayakan dan berkemahiran serta lulus Kursus Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA. Ini dapat mengurangkan risiko berlaku kecuaian akibat daripada pengasuh yang tidak berkemahiran dan tiada kelayakan yang diiktiraf dalam penjagaan kanak-kanak . Pegawai DiBeri Kuasa TASKA juga akan menjalankan pemantauan berkala dan lawatan mengejut untuk memastikan pihak pengendali TASKA mematuhi isu-isu keselamatan anak-anak di TASKA. Aduan yang diterima juga diambil tindakan segera. Pengendali TASKA yang cuai dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan juga akan di kompaun dan bagi kes yang lebih serius, TASKA boleh ditutup.

Page 9: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

9

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 6 (A145) Setakat ini apakah status persediaan SUKMA Johor 2020, semenjak penubuhan Sekretariat SUKMA 2020 Johor. JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada 8 Mac 2017 telah menimbangkan Ringkasan Mesyuarat Bil. 531/2017 dan bersetuju penubuhan Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 (SEKRETARIAT) bermula pada 1 Mac 2017 hingga 31 Jun 2021 atau sehingga selesai segala urusan SEKRETARIAT, tidak lebih dari 1 (satu) tahun selepas temasya SUKMA 2020. Penubuhan SEKRETARIAT adalah bertujuan untuk memastikan pengelolaan temasya SUKMA yang berlangsung di Negeri Johor berjalan dengan baik dan memuaskan melibatkan berbagai aspek seperti infrastruktur sukan, pertandingan, pegawai teknikal, kemudahan, penginapan, pengangkutan, sistem keputusan dan sebagainya. Pengisian jawatan di dalam SEKRETARIAT adalah secara lantikan kontrak (Contract Of Services) atau pinjaman bagi pegawai tetap tertakluk kepada skim perkhidmatan, pekeliling, surat dan kelulusan kerajaan negeri yang berkuat kuasa dari masa ke semasa, manakala lantikan tidak sepenuh masa dibayar elaun secara pukal. Setakat ini, terdapat tujuh (7) perjawatan secara sepenuh masa telah diisi di dalam SEKRETARIAT, yang dianggotai oleh seorang Ketua Pegawai Eksekutif, dua (2) orang pegawai kanan daripada Pegawai Tadbir Negeri Johor dan empat (4) orang kakitangan daripada Kumpulan Sokongan. Selain daripada SEKRETARIAT turut dibantu oleh lima (5) pegawai dan kakitangan tidak sepenuh masa daripada Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) yang terdiri daripada seorang Ketua Pegawai Operasi merangkap Pengarah MSNJ, dua (2) orang pegawai MSNJ dan dua (2) orang kakitangan Kumpulan Sokongan. Pihak SEKRETARIAT sedang menyediakan kertas kerja bagi cadangan penstrukturan semula carta organisasi bagi tahun 2019 dengan menambah bilangan perjawatan secara kontrak, tidak sepenuh masa atau pun sambilan berdasarkan kepada keperluan standard dalam penganjuran SUKMA selaku tuan rumah. Dijangkakan antara 80-90 jumlah perjawatan diperlukan bagi melancarkan operasi SEKRETARIAT. Hasil daripada Bengkel Penyelarasan Infrasruktur bagi persiapan SUKMA Johor 2020 dan Hala Tuju Pembangunan Sukan Negeri Johor serta Pelan Pembangunan Sukan Negeri Johor 2030 yang telah diadakan pada bulan Februari 2018, dengan penglibatan jabatan kerajaan yang berkaitan , PIhak Berkuasa Tempatan, Syarikat

Page 10: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

10

Berkaitan Kerajaan dan Persatuan-Persatuan Sukan, pihak SEKRETARIAT telah mengenal pasti venues bagi acara-acara sukan yang dipertandingkan sama ada melalui kaedah menaik taraf kemudahan sukan, membaikpulih dan bina baru. Selain daripada itu, pihak SEKRETARIAT telah menjalankan sesi perkongsian pengalaman seperti mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, program perkongsian ilmu dan teknikal dengan meninjau perlaksanaan Sukan Komanwel Ke-21 di Gold Coast, Australia pada bulan April 2018. SEKRETARIAT juga telah meninjau beberapa infrastruktur bagi perkampungan sukan di kawasan Johor Bahru. Baru-baru ini pihak SEKRETARIAT telah menganjurkan pertandingan mereka cipta logo SUKMA Johor 2020 yang terbuka kepada orang ramai dan tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Julai 2018. SEKRETARIAT telah melantik panel penilai bagi memilih Logo SUKMA Johor 2020 dan pemilihan akan dibuat dalam masa terdekat. Logo SUKMA Johor 2020 tersebut akan dibawa kepada kerajaan negeri untuk kelulusan. Seterusnya, Kerajaan Negeri Johor akan menerima kunjungan hormat daripada Sekretariat SUKMA Perak 2018 pada 19 Ogos 2018 yang akan menyampaikan jemputan rasmi kepada Kerajaan Negeri Johor sempena SUKMA XIX Perak 2018. Kunjungan Hormat dan Penyampaian Jemputan Rasmi merupakan acara tradisi yang diamalkan oleh setiap negeri-negeri penganjur bagi Sukan Malaysia ini.

Page 11: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

11

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 7 (A126) Berapakah jumlah kematian disebabkan demam denggi di negeri Johor sepanjang tahun 2017 dan berapakah jumlah kematian setakat bulan Jun 2018? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Sebanyak 27 kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri Johor sepanjang tahun 2017. Sebanyak 19 kes tersebut adalah dari daerah Johor Bahru, manakala daerah Segamat, Kulai, Batu Pahat dan Kluang masing-masing melaporkan sebanyak dua kematian. Empat(4) dari kes kematian (15%) adalah melibatkan warga asing manakala yang selebihnya adalah penduduk Malaysia. Sebanyak 16 kematian (59%) adalah perempuan manakala 11 lagi adalah lelaki. Dua (2) kematian (7%) melibatkan kanak kanak berusia 8 dan 11 tahun. Pada tahun 2018 pula, sebanyak 7 kematian akibat demam denggi dilaporkan di negeri Johor. Bilangan ini menunjukkan penurunan sebanyak 36 peratus berbanding 11 kes yang dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun 2017. Lima (5) dari kes kematian tahun 2018 dilaporkan di daerah Johor Bahru sementara daerah Kulai dan Batu Pahat masing-masing melaporkan satu kematian denggi. Satu kematian (14%) melibat warganegara asing. Sebanyak 4 kematian (57%) adalah lelaki dan selebihnya adalah perempuan. Tiada kematian dilaporkan di kalangan kanak kanak. Kearah itu, orang ramai dinasihati mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang berhampiran sekiranya mempunyai gejala demam denggi supaya rawatan segera dapat di beri dan komplikasi akibat demam denggi akan dapat dikurangkan. Tanda-tanda demam denggi adalah demam yang akut dengan salah satu dari tanda-tanda berikut: sakit kepala, sakit mata, sakit otot, sakit sendi, sakit belakang atau terdapat ruam-ruam perdarahan di kulit.

Page 12: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

12

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 8 (A118) Dasar Pandang ke Timur Dr Mahathir perlu diambil perhatian kerajaan negeri . Apakah langkah yang kerajaan negeri perlu ambil berhubung etika kerja, pelaburan dan perpindahan teknologi Jepun ke Johor serta pendekatan untuk membangunkan usahawan Johor terutama yang berkait kegiatan halal? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Dasar Pandang Timur (DPT) telah diumumkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982 sempena Persidangan 5th Joint Annual Conference of Malaysia Japan Economic Cooperation Association (MAJECA) – Japan-Malaysia Economic Cooperation (JAMECA) di Kuala Lumpur. Dasar tersebut melibatkan penyelidikan, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik dari negara Jepun dan Republik Korea dengan mengubahsuaikannya kepada keadaan di Malaysia. Pelaksanaan DPT yang bermula pada tahun 1982 adalah berlandaskan objektif berikut:

(i) menerap dan meneladani etika, amalan kerja dan nilai-nilai positif orang Jepun/Republik Korea;

(ii) mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi; dan (iii) mempelajari sistem pengurusan dan organisasi yang boleh meningkatkan

produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara. Dasar Pandang ke Timur adalah satu dasar yang sangat penting bagi Malaysia dan diperkukuhkan lagi dengan lawatan ke Jepun oleh YAB Perdana Menteri Tun Mahathir pada bulan Jun yang lepas. Dasar ini menumpukan terutamanya etika kerja Jepun, pelaburan, perpindahan teknologi, pelajaran dan juga kewangan. Sehingga kini terdapat 2600 syarikat Jepun di Malaysia, dengan pelaburan sebanyak 110 billion dan menyediakan peluang pekerjaan seramai 400 ribu pekerjaan. Nilai kerja dan inovasi yang diamalkan oleh Jepun perlu menjadi ikutan dan teladan rakyat Malaysia. Mengikut statistik, dari tahun 1980 hingga 2017 sebanyak 505 projek yang mempunyai pegangan ekuti dari Negara Jepun telah dilaksanakan (realised) di Negeri Johor. Nilai pelaburan untuk projek-projek yang telah dilaksanakan projek-projek tersebut adalah sebanyak RM10.417 billion dan telah mewujudkan sebanyak 73,000 peluang pekerjaan kepada rakyat Johor khasnya dan Malaysia amnya. Bagi projek berkaitan dengan industri makanan terdapat sebanyak 22 projek dengan pegangan ekuiti dari Negara Jepun telah dilaksanakan (realised) di Johor; nilai pelaburannya sebanyak RM453 juta. Projek-projek ini berjaya menyediakan sebanyak 898 peluang pekerjaan kepada rakyat negara ini.

Page 13: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

13

Kehadiran syarikat-syarikat ini telah berjaya menerapkan nilai-nilai etika kerja yang baik dan positif serta mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara Jepun. Justeru, telah berjaya meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara. ETIKA KERJA JEPUN - Sebagaimana disebut oleh YAB Perdana Menteri, pekerja Jepun mempunyai ciri pekerja yang produktif dan inovatif, kurang mengambil cuti, tidak rasuah dan mempunyai perasaan MALU sekiranya gagal atau menyusahkan orang lain. Langkah yang perlu kita lakukan ialah memberi pengetahuan, kesedaran dan latihan terhadap etika kerja ini, dan memberikan kemahiran untuk melakukannya. Usaha ini adalah usaha yang berterusan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dan kita akan mulakannya dalam kalangan usahawan di negeri Johor. PELABURAN JEPUN – Di negeri Johor, pelaburan dari Jepun telah lama bermula, Pioneer di Muar, Fujitsu di Batu Pahat, Panasonic di Senai, Hitachi Chemical di Pasir Gudang dan banyak lagi pelaburan dari Jepun berterusan berlaku. Pelaburan ini telah membawa peluang pekerjaan, dan pendapatan kepada kawasan sekitarnya. PERPINDAHAN TEKNOLOGI JEPUN – Dari segi teknologi Jepun memang sudah mendepani industri 1.0, 2.0, 3.0, dan sekarang industri 4.0. Usahawan Johor yang inginkan teknologi Jepun melalui proses yang sukar. Bermula dengan mengenal pasti teknologi, tuan punya teknologi tersebut dan seterusnya bagaimana perpindahan itu boleh berlaku mungkin melalui perjanjian- perjanjian yang dipersetujui bersama. Langkah yang paling penting ialah membina kepercayaan antara pemberi dan penerima terutamanya yang melibatkan usahawan-usahawan di negeri Johor. INDUSTRI HALAL JEPUN – Makanan halal di Jepun semakin mendapat sambutan terutamanya ramai penduduk Jepun yang pernah makanan makanan halal semasa melancong ke negara Islam. Pelancong Islam ke Jepun juga semakin ramai. Menjawab persoalan berkaitan membangunkan usahawan Johor dalam bidang halal adalah amat menarik untuk diperjelaskan yang mana Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan logo Halal Malaysia merupakan satu identiti bagi Malaysia yang dikagumi diseluruh dunia termasuk Jepun. Antara peranan JAKIM ialah membuat auditan halal di peringkat antarabangsa dan memberi pengiktirafan kepada badan pensijilan halal luar negara termasuk badan di negara Jepun seperti Halal Muslim Japan Association. Tidak dinafikan Jepun terlalu kehadapan dari segi teknologi tetapi dari segi Standard Halal, negara Malaysia lebih kehadapan dan lebih bersistematik. Manakala peranan Jabatan Agama Johor adalah sebagai auditor di dalam Negeri Johor sahaja dan Sebagai makluman pada

Page 14: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

14

tahun 2017 Jabatan Agama Johor Telah meluluskan 994 permohonan untuk industri halal yang beroperasi Di Negeri Johor. Justeru, Kerajaan Negeri amat komited untuk memperluaskan Dasar Pandang Ke Timur ke Johor, dengan izin, serta pendekatan untuk membangunkan usahawan Johor terutama yang berkait kegiatan halal menerusi perkara berikut:-

1. Pengukuhan inisiatif bidang pendidikan, latihan dan pelaburan akan memperluas pembangunan sumber manusia dan menggalakkan pemindahan dalam sains dan teknologi terutama yang melibatkan usahawan – usahawan negeri Johor yang dipercayai.

2. Program sedia ada kerjasama Malaysia-Jepun perlu dikenal pasti dan

menambah baik, di samping memperkenalkan yang baharu dengan pendekatan yang lebih berkesan.

3. Bekerjasama dengan Persatuan Alumni Dasar Pandang Ketimur (ALEPS)

dan kumpulan penyelidik Malaysia-Jepun yang berjaya perlu diketengahkan bagi membantu pengaktifan semula Dasar Pandang ke Timur. Sejarah kerjasama teknikal Malaysia-Jepun sudah menunjukkan kejayaan dan perlu diteruskan.

4. Bekerjasama dengan Dewan Perniagaan Dan Perindustrian Iskandar

Malaysia Negeri Johor (DPPIMNJ) untuk menganjurkan program iaitu Padanan Perniagaan Jepun – Johor, mewujudkan Hub Produk Halal Jepun Di Johor dan bekerjasama dalam latihan dan kursus.

Page 15: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

15

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 9 (A88) Minta penjelasan adakah kerajaan PH Negeri Johor mempunyai dasar dan pendekatan baru mengenai perumahan untuk rakyat dan Rumah Mampu Milik Johor. Jika ada sila nyatakan dasar dan pendekatan baru tersebut. Bilakah dasar dan pendekatan baru ini akan dilaksanakan. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah terkini pembinaan Perumahan Rakyat Johor yang berstatus telah siap sehingga Disember 2017 adalah sebanyak 16,010 unit. Kerajaan akan sentiasa menambah baik dasar sedia ada agar ianya terus releven di masa akan datang. Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini ialah dengan memansuhkan Kuota Menegak Kerajaan atau KMK. Kuota ini dihapuskan berkuatkuasa selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di dalam sidangnya bertarikh 12 Jun 2018. Ini melibatkan sejumlah 1,623 unit rumah dari 16,010 unit yang telah siap semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Kuota ini dimansuhkan bagi memastikan agihan Perumahan Rakyat Johor ini sampai kepada kumpulan sasaran. Kuota ini juga dilihat tidak telus dan memberi ruang kepada salah guna kuasa serta ada unsur rasuah. Selaras dengan penghapusan Kuota Menegak Kerajaan itu, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem agihan baru iaitu SP2MJ pada 27 Julai 2018, berkuatkuasa 1 Ogos 2018. SP2MJ ini adalah satu sistem agihan Perumahan Rakyat Johor secara terbuka. Sistem ini tidak lagi berdasarkan permohonan mengikut mukim tetapi ianya berdasarkan projek yang dibuka dalam tempoh tertentu. Projek perintis bagi Sistem SP2MJ ini adalah di Taman Daiman, Kota tinggi dan Taman Bandar Putra, Segamat. Orang ramai boleh memohon secara atas talian di erumah.johor.gov.my. Senarai nama pemohon akan ditapis dari segi kelayakan dan akan dipanggil bagi menghadiri untuk undian secara terbuka. Kaedah ini akan lebih telus dimana orang ramai melihat sendiri bagaimana proses penawaran dilakukan. Selain itu juga, Kerajaan Pakatan Harapan menawarkan untuk membina 100,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023. Gerak kerja pertama adalah dengan mengadakan Mesyuarat Taskforce Perumahan Negeri Johor pada 31 Julai 2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar dan ahli mesyuarat terdiri daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor, Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Pengarah Plan Malaysia Johor, Setiausaha Bahagian (Perumahan), Pegawai Daerah, Pentadbir Tanah Daerah dan Yang Dipertua.

Page 16: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

16

Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenal pasti status terkini pembangunan Perumahan Rakyat Johor dan perancangan yang akan datang. Melalui perbincangan yang telah diadakan, telah dipersetujui bahawa satu Jawatankuasa Khas Taskforce Kajian Semula Dasar Perumahan Rakyat Johor akan ditubuhkan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia juga, tiada lagi semakan atau kajian berkenaan Dasar Perumahan Rakyat Johor selepas tahun 2014. Di sini tiada “Check and Balance” dengan izin untuk memastikan dasar perumahan ini agar kekal releven pada masa akan datang.

Page 17: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

17

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 10 (A105) Apakah perancangan kerajaan negeri untuk membina 100,000 Rumah Mampu Milik dalam masa 5 tahun sepertimana dalam manifesto kerajaan Pakatan Harapan? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah terkini pembinaan Perumahan Rakyat Johor yang berstatus telah siap sehingga Disember 2017 adalah sebanyak 16,010 unit. Kerajaan akan sentiasa menambah baik dasar sedia ada agar ianya terus releven di masa akan datang. Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini ialah dengan memansuhkan Kuota Menegak Kerajaan atau KMK. Kuota ini dihapuskan berkuatkuasa selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di dalam sidangnya bertarikh 12 Jun 2018. Ini melibatkan sejumlah 1,623 unit rumah dari 16,010 unit yang telah siap semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Kuota ini dimansuhkan bagi memastikan agihan Perumahan Rakyat Johor ini sampai kepada kumpulan sasaran. Kuota ini juga dilihat tidak telus dan memberi ruang kepada salah guna kuasa serta ada unsur rasuah. Selaras dengan penghapusan Kuota Menegak Kerajaan itu, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem agihan baru iaitu SP2MJ pada 27 Julai 2018, berkuatkuasa 1 Ogos 2018. SP2MJ ini adalah satu sistem agihan Perumahan Rakyat Johor secara terbuka. Sistem ini tidak lagi berdasarkan permohonan mengikut mukim tetapi ianya berdasarkan projek yang dibuka dalam tempoh tertentu. Projek perintis bagi Sistem SP2MJ ini adalah di Taman Daiman, Kota tinggi dan Taman Bandar Putra, Segamat. Orang ramai boleh memohon secara atas talian di erumah.johor.gov.my. Senarai nama pemohon akan ditapis dari segi kelayakan dan akan dipanggil bagi menghadiri untuk undian secara terbuka. Kaedah ini akan lebih telus dimana orang ramai melihat sendiri bagaimana proses penawaran dilakukan. Selain itu juga, Kerajaan Pakatan Harapan menawarkan untuk membina 100,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023. Gerak kerja pertama adalah dengan mengadakan Mesyuarat Taskforce Perumahan Negeri Johor pada 31 Julai 2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar dan ahli mesyuarat terdiri daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor, Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Pengarah Plan Malaysia Johor, Setiausaha Bahagian (Perumahan), Pegawai Daerah, Pentadbir Tanah Daerah dan Yang Dipertua. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenal pasti status terkini pembangunan Perumahan Rakyat Johor dan perancangan yang akan datang. Melalui

Page 18: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

18

perbincangan yang telah diadakan, telah dipersetujui bahawa satu Jawatankuasa Khas Taskforce Kajian Semula Dasar Perumahan Rakyat Johor akan ditubuhkan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia juga, tiada lagi semakan atau kajian berkenaan Dasar Perumahan Rakyat Johor selepas tahun 2014. Di sini tiada “Check and Balance” dengan izin untuk memastikan dasar perumahan ini agar kekal releven pada masa akan datang.

Page 19: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

19

YB DATO' ZAHARI BIN SARIP (BULUH KASAP) SOALAN 11 (A155) Minta dinyatakan status terkini pembinaan Rumah Mampu Milik Johor sebelum kerajaan hari ini memulakan program yang sama dalam menunaikan janji manifesto PRU14 lalu. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Dewan yang mulia, jumlah terkini pembinaan Perumahan Rakyat Johor yang berstatus telah siap sehingga Disember 2017 adalah sebanyak 16,010 unit. Kerajaan akan sentiasa menambah baik dasar sedia ada agar ianya terus releven di masa akan datang. Langkah pertama yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan hari ini ialah dengan memansuhkan Kuota Menegak Kerajaan atau KMK. Kuota ini dihapuskan berkuat kuasa selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor di dalam sidangnya bertarikh 12 Jun 2018. Ini melibatkan sejumlah 1,623 unit rumah dari 16,010 unit yang telah siap semasa pentadbiran kerajaan terdahulu. Kuota ini dimansuhkan bagi memastikan agihan Perumahan Rakyat Johor ini sampai kepada kumpulan sasaran. Kuota ini juga dilihat tidak telus dan memberi ruang kepada salah guna kuasa serta ada unsur rasuah. Selaras dengan penghapusan Kuota Menegak Kerajaan itu, kerajaan telah memperkenalkan satu sistem agihan baru iaitu SP2MJ pada 27 Julai 2018, berkuat kuasa 1 Ogos 2018. SP2MJ ini adalah satu sistem agihan Perumahan Rakyat Johor secara terbuka. Sistem ini tidak lagi berdasarkan permohonan mengikut mukim tetapi ianya berdasarkan projek yang dibuka dalam tempoh tertentu. Projek perintis bagi Sistem SP2MJ ini adalah di Taman Daiman, Kota tinggi dan Taman Bandar Putra, Segamat. Orang ramai boleh memohon secara atas talian di erumah.johor.gov.my. Senarai nama pemohon akan ditapis dari segi kelayakan dan akan dipanggil bagi menghadiri untuk undian secara terbuka. Kaedah ini akan lebih telus di mana orang ramai melihat sendiri bagaimana proses penawaran dilakukan. Selain itu juga, Kerajaan Pakatan Harapan menawarkan untuk membina 100,000 unit rumah mampu milik menjelang tahun 2023. Gerak kerja pertama adalah dengan mengadakan Mesyuarat Taskforce Perumahan Negeri Johor pada 31 Julai 2018. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar dan ahli mesyuarat terdiri daripada Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor, Datuk Bandar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), Pengarah Plan Malaysia Johor, Setiausaha Bahagian (Perumahan), Pegawai Daerah, Pentadbir Tanah Daerah dan Yang Dipertua. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengenal pasti status terkini pembangunan Perumahan Rakyat Johor dan perancangan yang akan datang. Melalui

Page 20: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

20

perbincangan yang telah diadakan, telah dipersetujui bahawa satu Jawatankuasa Khas Taskforce Kajian Semula Dasar Perumahan Rakyat Johor akan ditubuhkan. Untuk makluman Dewan Yang Mulia juga, tiada lagi semakan atau kajian berkenaan Dasar Perumahan Rakyat Johor selepas tahun 2014. Di sini tiada “Check and Balance” dengan izin untuk memastikan dasar perumahan ini agar kekal releven pada masa akan datang.

Page 21: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

21

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN 12 (A186) Apakah kuota rumah mampu milik yang diberikan kepada Parti Politik Barisan Nasional ditarik balik? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Adalah dimaklumkan bagi makluman Yang Berhormat, pemansuhan 20% Kuota Menegak Kerajaan (KMK) atau kuota politik telah dibawa kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan dan dipersetujui oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor bertarikh 12.06.2018 dan telah menimbangkan pada Ringkasan Mesyuarat Bilangan 785/2018.

Page 22: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

22

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 13 (A141) Langkah pengawalan perniagaan tanpa lesen PBT milik warga asing perlu dibuat, namun untuk mengekalkan keharmonian dan meningkatkan kadar peluang pekerjaan penduduk tempatan bolehkah syarat kuota 80% pekerja tempatan diwajibkan ketika proses permohonan lesen? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) merupakan pentadbir di peringkat Kerajaan Tempatan yang bertanggungjawab dalam mengeluar atau meluluskan Lesen Perniagaan kepada pemohon. Permohonan tersebut dibuat berdasarkan kepada Undang-undang Kecil PBT antaranya seperti berikut:

• Undang-undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian

Perkara 9, Seksyen 1 (A) – menyatakan bahawa PBT mempunyai kuasa untuk menentukan apa-apa syarat bagi pengeluaran sesuatu lesen perniagaan.

Walaupun tidak dinyatakan secara jelas dalam terma peruntukan berkaitan perniagaan atau permohonan daripada warga asing, namun pihak PBT boleh mewujudkan garis panduan atau dasar yang jelas bagi melindungi kepentingan peniaga tempatan dan mengawal lambakan perniagaan oleh warga asing. Langkah pengawalan tersebut turut diterjemah melalui amalan oleh PBT pada ketika ini seperti berikut:

• Tidak menerima atau menolak sebarang permohonan lesen persendirian perniagaan daripada pemohon yang bukan warganegara atau penduduk tetap (PR);

• Permohonan warga asing akan ditapis secara ketat yang memerlukan mereka mengemukakan dokumen lengkap seperti penyata pendaftaran syarikat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menunjukkan tentang pemilikan syer-syer dalam syarikat;

• Mensyaratkan pekerja terdiri daripada kalangan warganegara atau bukan warganegara yang berpermit pekerjaan disahkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia SAHAJA.

Sementara itu, PBT turut menjamin peluang perniagaan kepada warga tempatan sahaja melalui pengawalan lesen penjaja sebagaimana yang diperuntukan seperti berikut:

• Undang-undang Kecil Penjaja

Page 23: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

23

Permohonan lesen diberikan kawalan kelulusan di peringkat PBT yang memfokuskan kepada peniaga tempatan sahaja. Kerajaan Negeri Johor cakna akan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh warga asing semakin berkembang di negeri ini. Justeru itu, antara langkah-langkah yang disyorkan kepada pihak PBT bagi mengawal aktiviti perniagaan oleh warga asing adalah seperti berikut:

• Setiap pemohon lesen perlu menyatakan bilangan pekerja mengikut status warganegara atau bukan warganegara selain berdasarkan komposisi kaum;

• Pemohon disyaratkan untuk memperuntukkan kuota 80% pekerja tempatan. Namun begitu, premis yang menjalankan operasi perniagaan jenis perusahaan, sekatan awal perlu dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi mengekalkan had kuota tersebut.

• Pengawalan ke atas syarat-syarat tersebut perlu dititikberatkan bagi memastikan penetapan kuota tersebut terus dipatuhi.

Dalam pada itu, PBT juga boleh mengawal pertumbuhan aktiviti perniagaan dalam kalangan warga asing melalui langkah seperti berikut:

• Permohonan lesen premis yang diterima daripada warga asing dihadkan kepada pemohon yang memiliki pendaftaran syarikat sahaja (Sendirian Berhad).

• Permohonan lesen premis diterima daripada warga asing dihadkan kepada mereka yang memegang status penduduk tetap berserta pendaftaran perniagaan.

• Tidak menerima sebarang permohonan kategori lesen penjaja dan peniaga kecil daripada warga asing.

• Tidak menerima sebarang permohonan daripada warga asing bagi tujuan sewaan gerai, kedai dan pasar awam milik PBT.

Dalam pada itu, Kerajaan Negeri turut akan mengikut rapat dasar pengawalan warga asing daripada Kerajaan Persekutuan khususnya yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam perniagaan di kawasan pentadbiran PBT bagi memastikan peluang yang diwujudkan tidak diambil, dimanipulasi atau dikuasai oleh mereka kelak. Peluang perniagaan yang disediakan di peringkat Kerajaan Tempatan di negeri Johor kekal bersifat merakyat dengan dasar-dasar yang mencambahkan hasil pendapatan para peniaga bakal diperhalusi oleh pihak Kerajaan Negeri kelak.

Page 24: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

24

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 14 (A56) Apakah rancangan kerajaan untuk menambah bilangan penjawat awam Kerajaan Johor yang berbangsa India dan Cina? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Adalah dimaklumkan bahawa kekosongan jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor adalah terbuka kepada semua penduduk Negeri Johor khususnya dan penduduk Malaysia amnya. Iklan kekosongan jawatan akan dimaklumkan dalam laman sesawang Pihak Berkuasa Melantik. Selain daripada itu juga iklan kekosongan jawatan disiarkan dalam akhbar (sekiranya perlu) dan laman sesawang Job Malaysia. Oleh yang demikian, semua penduduk tanpa mengira kaum boleh memohon bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Walau bagaimanapun, pelantikan adalah berdasarkan Skim Perkhidmatan dan kesesuaian calon bagi sesuatu jawatan. Beberapa siri promosi telah pun dilaksanakan bagi memberi ruang kepada semua kaum memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Selain daripada Pegawai Masyarakat Cina, Kerajaan Johor juga telah melantik Penolong Pegawai Tadbir N29 yang terdiri daripada kaum India sebagai Pegawai Perhubungan Masyarakat india di Pejabat Daerah bagi menyebarkan pelbagai maklumat termasuk kekosongan jawatan kepada masyarakat India di daerah berkenaan. Penyertaan penjawat awam Kerajaan Johor daripada bangsa India dan Cina amat digalakkan. Terutamanya bagi mereka yang mempunyai kelayakan dan pengalaman sewajarnya. Kemajmukan kaum di dalam penjawat awam Kerajaan Johor akan menjadi contoh kepada Negeri lain sekiranya ia berjaya dilaksanakan.

Page 25: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

25

YB DATO' ZAHARI BIN SARIP (BULUH KASAP) SOALAN 15 (A154) Minta dinyatakan berapa seriusnya kekurangan guru di Johor terutama di bandar-bandar utama seperti yang dinyatakan oleh Menteri Pendidikan baru-baru ini. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Berdasarkan data pada 30 Julai 2018, jumlah perjawatan bagi Sekolah Rendah Harian (SRH) Negeri Johor adalah sebanyak 28177 orang dan Sekolah Menengah Harian (SMH) Negeri Johor adalah sebanyak 19395 orang. Pengisian semasa SRH adalah sebanyak 27799. Oleh yang demikian wujad kekurangan keseluruhan guru bagi SRH Negeri Johor seramai 378 orang. Manakala pengisian semasa SMH adalah berjumlah 18862 orang. Bagi perjawatan di sekolah menengah masih berlaku kekurangan di SMH Negeri Johor iaitu seramai 533 orang. Bagi daerah Johor Bahru sijil perjawatan SRH adalah sebanyak 4910 orang dan pengisiannya 4817 orang. Kekurangan guru adalah seramai 93 orang. Manakala sijil perjawatan SMH adalah sebanyak 3593 orang dan pengisiannya 3479 orang. Kekurangan guru adalah seramai 114 orang. Bagi daerah Pasir Gudang pula, sijil perjawatannya SRH adalah sebanyak 4556 orang dan pengisiannya 4465 orang. Kekurangan seramai 91 orang guru. Manakala sijil perjawatannya SMH adalah sebanyak 3490 orang dan pengisiannya 3381 orang. Kekurangan seramai 109 orang guru. Dilampirkan kedudukan guru Sekolah Rendah Harian dan Sekolah Menengah Harian Negeri Johor pada 30 Julai 2018.

Page 26: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

26

Page 27: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

27

YB TUAN MOHD. IZHAR BIN AHMAD (LARKIN) SOALAN 16 (A107) Apakah status projek pelebaran Jalan Datin Halimah yang sering berlaku kesesakan semasa waktu puncak? Adakah projek ini telah diluluskan atau sebaliknya? Jika benar telah mendapat kelulusan, bila ianya akan dilaksanakan? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Status projek pelebaran Jalan Datin Halimah didapati ada dalam perancangan projek JKR.Ini kerana projek ini adalah di laksanakan oleh pihak IRDA.

Page 28: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

28

YB TUAN NG YAK HOWE (BENTAYAN) SOALAN 17 (A171) Berapa lamakah hayat sistem paip air bersih yang sedia ada di seluruh daerah Muar dan apakah perancangan kerajaan dalam menaik taraf sistem paip air seluruh daerah Muar? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Daerah Muar mempunyai rangkaian paip sepanjang 1,958 km di mana 35% daripadanya terdiri daripada paip jenis Asbestos Cement (AC) yang telah berusia lebih daripada 25 tahun dan sehingga kini sebahagiannya masih dalam keadaan baik. Pihak SAJ sedang membuat program penggantian paip secara berperingkat dan seterusnya program ini dijangka selesai keseluruhannya menjelang tahun 2025 dengan paip-paip jenis uPVC, Multilayer uPVC dan juga paip HDPE. Berikut adalah kerja-kerja yang telah dan sedang dilaksanakan di daerah Muar daripada tahun 2014 hingga tahun 2017:

Tahun Jumlah Lokasi

Panjang Penggantian

Paip (km) Anggaran Kos

(RM) 2014 9 11.80 1,377,000.00 2015 27 37.03 6,983,000.00 2016 15 19.95 9,045,000.00 2017 28 41.27 8,260,000.00

Jumlah 79 110.05 25,665,000.00 Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sistem bekalan air bagi daerah Muar dan juga daerah-daerah lain direkabentuk untuk menampung permintaan bekalan air semasa dan juga permintaan bekalan pada masa-masa yang mendatang. Komponen-komponen dalam sistem bekalan air tersebut adalah terdiri dari loji rawatan air, rumah pam, tangki-tangki imbangan dan perkhidmatan dan juga 28rangkaian paip air. SAJ mempunyai program penyelengaraan pada komponen-komponen tersebut agar bekalan air dapat disalurkan secara berterusan dengan tekanan yang mencukupi serta kualiti yang tinggi. Di samping itu juga SAJ mempunyai unjuran permintaan bekalan air bagi membolehkan penyediaan perancangan untuk mengenalpasti projek-projek yang perlu dilaksanakan supaya setiap komponen dalam sistem bekalan air tersebut terus mampu untuk memenuhi permintaan air yang sentiasa meningkat.

Page 29: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

29

Untuk makluman, pada masa ini projek-projek yang sedang dilaksanakan di daerah Muar adalah seperti berikut: a. Pembinaan Loji Rawatan Air Pagoh Baru berkapasiti 40 MLD yang bermula

Februari 2018 serta pembinaan Tangki Imbangan Pengkalan Bukit C yang dijangka siap pada bulan September 2019 bertujuan bagi meningkatkan bekalan air di bandar Muar dan juga kawasan-kawasan di sepanjang Jalan Muar-Batu Pahat hingga Semerah, sepanjang Jalan Muar-Yong Peng hingga Bt.20 Air Hitam dan juga kawasan Pagoh.

b. Projek menaiktaraf Loji Rawatan Air Bukit Serampang daripada 4.5 MLD

kepada 8 MLD yang dijangka siap pada Februari 2019 bertujuan bagi meningkatkan bekalan air di keseluruhan kawasan Bukit Serampang dan Bukit Kepong.

Page 30: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

30

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 18 (A112) Saya dapati beberapa taman rekreasi di kawasan saya mengalami masalah seperti longkang sumbat, rumput terlalu panjang dan ada sebahagian kemudahan permainan yang rosak. Adakah terdapat pasukan yang bertanggungjawab untuk memantau dan menerima sebarang permasalahan di taman rekreasi? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Pengurusan taman rekreasi secara kontekstual dilihat dalam dua bahagian dengan pertamanya menjurus kepada aspek kebersihan dan kedua pula merujuk kepada aspek komponen taman rekreasi. Oleh yang demikian, aspek kebersihan taman rekreasi adalah di bawah tanggungjawab pihak Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) melalui syarikat konsesi, SWM Environment Sdn. Bhd., sekiranya bidang kuasa tersebut diserah milik daripada pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada pihak SWCorp. Daripada konteks tanggungjawab SWCorp, skop perkhidmatan yang disediakan secara pakej berbentuk kerja pemotongan rumput dengan kekerapan sebanyak dua (2) kali sebulan bersama kerja pembersihan longkang sebanyak satu (1) kali sebulan mengikut jadual perkhidmatan yang ditetapkan. Manakala, aspek komponen taman rekreasi yang terdiri daripada kelengkapan senaman dan permainan pula adalah tertakluk di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) selaku penyedia kemudahan asas seumpamanya. Untuk makluman, tiada pasukan khusus yang bertanggungjawab memantau dan menerima beban permasalahan di taman rekreasi sebaliknya peranan tersebut dipikul secara berasingan dan terpisah mengikut aspek seperti yang dinyatakan.

Page 31: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

31

YB TUAN MUHAMAD SAID BIN JONIT (MAHKOTA) SOALAN 19 (A144) Pusat PDK (Pemulihan Dalam Komuniti) merupakan satu program yang dapat memberi khidmat kepada rakyat. Apakah status pengurusan PDK setelah Pakatan Harapan memenangi negeri Johor dan adakah sebarang usaha memperkasakan PDK demi rakyat? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Status pengurusan PDK sehingga dikaji semula masih kekal sebagaimana sebelumnya. Untuk makluman, di negeri Johor di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu, PDK dipengerusikan oleh Isteri Wakil-Wakil Rakyat di kawasan DUN atau wakil rakyat di kawasan itu sendiri untuk meneraju dan mengurus tadbir PDK mengikut Garis Panduan Pengurusan PDK yang ditetapkan. Berbeza dengan negeri-negeri lain di mana pelantikan Pengerusi PDK adalah dari kalangan komuniti setempat dan dibuat secara undian melalui Mesyuarat Pemillihan Jawatankuasa PDK setiap 2 tahun sekali. Dasar Program Pemulihan Dalam Komuniti ini ditubuhkan dimana ianya merupakan satu strategi di dalam pembangunan komuniti untuk rehabilitasi, penyamaan peluang dan integrasi sosial OKU. Program PDK dilaksanakan melalui penglibatan aktif OKU, keluarga dan masyarakat setempat, pendidikan, vokasional dan sosial serta menggunakan sumber tempatan. Dalam Buku Garis Panduan Pengurusan Program Pemulihan Dalam Komuniti yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat berkenaan dengan Perkara 5 iaitu Pelantikan dan Tanggungjawab Jawatankuasa PDK ada menerangkan bahawa, Pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa PDK adalah dibuat secara undian dengan cara pelantikan melalui undian majoriti di kalangan ahli komuniti setempat yang berminat dengan kerja-kerja kebajikan dan sedia berkhidmat secara sukarela, dengan syarat keanggotaan bagi 3 jawatan utama iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari perlu mematuhi kriteria berikut :-

i) Mestilah warganegara Malaysia ii) TIDAK BOLEH mempunyai hubungan kekeluargaan iii) Tidak diisytihar MUFLIS atau DISENARAI HITAM iv) TIDAK BOLEH memegang jawatan utama di mana-mana PDK yang lain.

Pada bulan Januari 2018, kesemua PDK di negeri Johor telah berdaftar dengan Jabatan Pendaftar Pertubuhan sebagai Pertubuhan Kebajikan. Ini merupakan usaha jabatan mewujudkan PDK sebagai satu entiti yang sah (Legal Entity) di sisi undang-undang. Dengan itu, ia dapat menambahbaik pengurusan pentadbiran, kewangan dan operasi PDK. Nama PDK juga turut ditukar kepada Pertubuhan Kebajikan Pemulihan Dalam Komuniti (PKPDK) yang mana sebelum ini ialah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).

Page 32: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

32

Jika sesebuah PDK tersebut ingin menukar Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa yang lain secara serentak maka satu Mesyuarat Agong Khas perlu dijalankan sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Pertubuhan Fasal 7, Mesyuarat Agong Khas boleh di adakan:

i) bila di fikirkan mustahak oleh Jawatankuasa ii) atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari

satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan ini hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.

Jabatan sentiasa berusaha memperkasakan PDK demi kepentingan rakyat khususnya golongan sasar OKU. Program Pemerkasaan Ekonomi (Economy Empowerment Programme (EEP)) di PDK merupakan suatu program yang bertujuan menjana pendapatan pelatih OKU di PDK. Sasaran program adalah OKU dewasa yang berada di PDK. Program ini selaras dengan langkah strategik jabatan iaitu untuk menjana pendapatan OKU dengan menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi ke arah kehidupan yang berdikari. Projek yang di jalankan di PDK adalah pelbagai antaranya jahitan, kraftangan, perusahaan makanan, perkhidmatan penginapan “homestay”, perkhidmatan urutan, katering dan barangan perhiasan. Pelaksanaan program EEP di PDK dibimbing oleh Petugas PDK yang telah menghadiri Bengkel Kemahiran yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan OKU, Ibu Pejabat JKM. Para Petugas PDK akan mengajar dan membimbing pelatih OKU dewasa yang berada di PDK sehingga pelatih mahir dan mampu menghasilkan produk. PDK di negeri Johor setakat ini telah berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 1 produk setiap PDK bagi mencapai matlamat Program 1 PDK 1 Produk. Ada juga PDK di negeri Johor ini telah berjaya membangunkan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) bagi membantu golongan OKU contohnya di PDK Aura Firdausi, Bukit Besar Kota Tinggi.

Page 33: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

33

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 20 (A149) Senaraikan jumlah bilangan peluang pekerjaan mengikut kelayakan pendidikan dan sektor untuk jangka masa terkini. JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Senarai peluang pekerjaan yang ditawarkan di negeri Johor mengikut pecahan kelayakan pendidikan sehingga 31 Julai 2018 adalah seperti berikut: Jadual 1: Senarai peluang pekerjaan mengikut pecahan kelayakan pendidikan di negeri Johor sehingga 31 Julai 2018

TAHAP AKADEMIK BIL. KEKOSONGAN

DOKTOR FALSAFAH (PHD) 0 IJAZAH SARJANA (MASTERS) 4 IJAZAH SARJANA MUDA (DEGREE) 63 DIPLOMA/DIPLOMA LANJUTAN 207 STPM/STAM/HSC/A-LEVEL 1,026 SIJIL KEMAHIRAN/KELULUSAN BIDANG KEMAHIRAN 385 SIJIL 501 SPM/SPMV/MCE/O-LEVEL 12,170 PMR/LCE/SRP 14,175 PENDIDIKAN RENDAH 96 TIADA PENDIDIKAN FORMAL 1,252 JUMLAH 29,879

(Sumber: Jabatan Tenaga Kerja) Manakala, peluang pekerjaan yang ditawarkan mengikut pecahan sektor pula adalah seperti berikut:

Page 34: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

34

Jadual 2: Senarai peluang pekerjaan mengikut pecahan sektor di negeri Johor sehingga 31 Julai 2018 JENIS INDUSTRI BILANGAN

Pertanian, perhutanan dan perikanan 3,730 Perlombongan dan Pengkuarian 0 Pembuatan 18,808 Bekalan Elektrik,gas wap dan pendingin udara 3

Bekalan air;pembentungan,pengurusan sisa dan aktiviti pemulihan 40

Pembinaan 3,788 Perdagangan borong & runcit, pembaikan kenderaan bermotor & motosikal 74

Pengangkutan & Penyimpanan 263 Penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman 922 Maklumat & komunikasi 0 Aktiviti kewangan dan insurans/takaful 54 Aktiviti hartanah 15 Aktiviti profesional,saintifik dan teknikal 15 Aktiviti pentadbiran dan khidmat sokongan 988 Pentadbiran awam dan pertahanan; aktiviti keselamatan sosial wajib 0

Pendidikan 16 Aktiviti kesihatan kemanusiaan dan kerja sosial 0 Kesenian, hiburan dan rekreasi 0 Aktiviti perkhidmatan lain 1,140 Aktiviti isi rumah sebagai majikan; Aktiviti mengeluarkan barangan & perkhidmatan yang tidak dapat dibezakan oleh isi rumah untuk kegunaan sendiri 2

Aktiviti badan dan pertubuhan luar wilayah 0 Tidak dinyatakan 21

JUMLAH 29,879 (Sumber: Jabatan Tenaga Kerja)

Page 35: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

35

YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 21 (A191) Nyatakan langkah-langkah mengawal sumbangan paksaan PIBG dan program seperti sumbangan paksaan bahan kitar semula. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Kadar bayaran sumbangan PIBG adalah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG. Tiada sebarang bentuk paksaan dalam sumbangan PIBG berhubung jumlah bayaran kerana kewangan PIBG adalah sebagai sumber untuk aktiviti sokongan kepada pihak sekolah. Sebarang aktiviti bagi tujuan menambahkan dana adalah dibawah anjuran PIBG sendiri dan tiada sebarang bentuk paksaan kepada ibu bapa bagi perlaksanaan atau menyertai aktiviti tersebut.

Page 36: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

36

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN A160 Apakah perkembangan pencapaian PKS di seluruh negeri di bawah matlamat Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor 2015-2020 sehingga Mei 2018 dan sekiranya kerajaan bercadang menjadikan ekonomi kreatif sebagai teras utama bagi mencapai matlamat Pelan Tindakan Strategik ini menjelang 2020. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Terdapat sebanyak 98,190 PKS terdapat Di Johor dari jumlah keseluruhan PKS Malaysia iaitu 907,065 PKS. Johor merupakan negeri ke-3 paling banyak PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur berdasarkan sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Secara amnya,kadar pertumbuhan tahunan PKS Malaysia 2015 berbanding 2010 adalah sebanyak 7.3%. Untuk makluman, sejak Pelan tersebut dilancarkan pada 31 Mei 2015, PUJB telah memantau secara keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh agensi pembangunan usahawan sebagaimana termaktub di dalam Buku Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor 2015-2020. Bagi jumlah keseluruhan program yang dijayakan bersama agensi pada tahun 2015 adalah sebanyak 189 program. Manakala tahun 2016 sebanyak 313 program dan tahun 2017 sebanyak 183 program dilaksanakan. Bagi 2018 sehingga 30 Julai 2018 sebanyak 85 program dilaksanakan. Setiap program dan aktiviti menyokong kepada lima akses permasalah usahawan iaitu pembiayaan, pemasaran, kemahiran, ICT & Pensijilan dan prasarana. Terdapat Quick Wins telah dikenalpasti dalam pelan tersebut. Pada awal Mac 2016 telah diadakan bengkel susulan bagi semua agensi yang terlibat. Sehingga kini pihak PUJB telah mengumpulkan status pelaksanaan program susulan oleh agensi sebagaimana yang dilapor di dalam buku pelan PKS. Pelaporan pelan PKS Negeri Johor turut menyokong laporan SMEIPA (Sme Integrated Plan Of Action) melalui Pelan Induk PKS Kebangsaan. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula Pelan Tindakan Strategik PKS bagi tahun 2015-2020 untuk diselaraskan dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan. Merujuk kepada soalan Ekonomi Kreatif sebagai teras Pelan Tindakan Strategik PKS, Kerajaan tidak berhasrat menjadikan ekonomi kreatif sebagai teras Pelan Tindakan Strategik PKS. Ekonomi kreatif ini adalah tambahan baru kepada portfolio sebelum

Page 37: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

37

ini, maka sudah tentu fokus baharu ini bertujuan untuk memberi tumpuan-tumpuan baru. Kita tidak mahu menjejaskan Pelan Tindakan Strategik PKS dengan mewujudkan teras baru. Namun sebagaimana sifat ekonomi yang saling berhubung dan berkaitan (cross cutting), sudah pasti pembangunan ekonomi kreatif akan memberi kesan limpahan ekonomi kepada sektor-sektor lain, termasuk pelancongan, pembangunan komuniti dan pastinya PKS.

Page 38: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

38

YB PUAN NORHAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 22 (A160) Apakah perkembangan pencapaian PKS di seluruh negeri di bawah matlamat Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor 2015-2020 sehingga Mei 2018 dan sekiranya kerajaan bercadang menjadikan ekonomi kreatif sebagai teras utama bagi mencapai matlamat Pelan Tindakan Strategik ini menjelang 2020. JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI Terdapat sebanyak 98,190 PKS terdapat Di Johor dari jumlah keseluruhan PKS Malaysia iaitu 907,065 PKS. Johor merupakan negeri ke-3 paling banyak PKS di Malaysia selepas Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur berdasarkan sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia dalam Banci Ekonomi, Economic Census 2016. Secara amnya,kadar pertumbuhan tahunan PKS Malaysia 2015 berbanding 2010 adalah sebanyak 7.3%. Untuk makluman, sejak Pelan tersebut dilancarkan pada 31 Mei 2015, PUJB telah memantau secara keseluruhan program dan aktiviti yang dijalankan oleh agensi pembangunan usahawan sebagaimana termaktub di dalam Buku Pelan Tindakan Strategik PKS Negeri Johor 2015-2020. Bagi jumlah keseluruhan program yang dijayakan bersama agensi pada tahun 2015 adalah sebanyak 189 program. Manakala tahun 2016 sebanyak 313 program dan tahun 2017 sebanyak 183 program dilaksanakan. Bagi 2018 sehingga 30 Julai 2018 sebanyak 85 program dilaksanakan. Setiap program dan aktiviti menyokong kepada lima akses permasalah usahawan iaitu pembiayaan, pemasaran, kemahiran, ICT & Pensijilan dan prasarana. Terdapat Quick Wins telah dikenalpasti dalam pelan tersebut. Pada awal Mac 2016 telah diadakan bengkel susulan bagi semua agensi yang terlibat. Sehingga kini pihak PUJB telah mengumpulkan status pelaksanaan program susulan oleh agensi sebagaimana yang dilapor di dalam buku pelan PKS. Pelaporan pelan PKS Negeri Johor turut menyokong laporan SMEIPA (Sme Integrated Plan Of Action) melalui Pelan Induk PKS Kebangsaan. Kerajaan Negeri akan mengkaji semula Pelan Tindakan Strategik PKS bagi tahun 2015-2020 untuk diselaraskan dengan hasrat kerajaan Pakatan Harapan. Merujuk kepada soalan Ekonomi Kreatif sebagai teras Pelan Tindakan Strategik PKS, Kerajaan tidak berhasrat menjadikan ekonomi kreatif sebagai teras Pelan Tindakan Strategik PKS. Ekonomi kreatif ini adalah tambahan baru kepada portfolio sebelum

Page 39: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

39

ini, maka sudah tentu fokus baharu ini bertujuan untuk memberi tumpuan-tumpuan baru. Kita tidak mahu menjejaskan Pelan Tindakan Strategik PKS dengan mewujudkan teras baru. Namun sebagaimana sifat ekonomi yang saling berhubung dan berkaitan (cross cutting), sudah pasti pembangunan ekonomi kreatif akan memberi kesan limpahan ekonomi kepada sektor-sektor lain, termasuk pelancongan, pembangunan komuniti dan pastinya PKS.

Page 40: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

40

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 23 (A7) Nyatakan polisi serta program atau perancangan yang ada nilai-nilai ekonomi kreatif, yang akan diusahakan bagi mempertingkatkan daya saing dan nilai tambahan kepada pembangunan ekonomi negeri agar menghasilkan penambahan KDNK dan seterusnya menyumbang kepada kenaikan pendapatan pekerja-pekerja setempat. YB DATO' ZAHARI BIN SARIP (BULUH KASAP) SOALAN 24 (A153) Minta pihak kerajaan menyatakan apakah perancangan Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Keusahawanan, Koperasi dan Ekonomi Kreatif serta inisiatif-inisiatif yang ingin diketengahkan bagi meningkatkan potensi pembangunan ekonomi kreatif? JAWAPAN YB TUAN SHEIKH ‘UMAR BAGHARIB BIN ALI (Jawapan bersekali untuk soalan A7 & A153) Kerajaan dalam proses mengenal pasti pakar bidang dan institusi penyelidikan yang berwibawa dalam membantu merangka Pelan Tindakan Ekonomi Kreatif Negeri Johor. Pelan ini sangat penting atas dua pertimbangan: a. Pertama, mengelakkan pertindihan apatah lagi pertentangan dengan dasar

kerajaan negeri sedia ada. b. Memastikan satu usaha komprehensif yang bukan bersifat program-program

runcitan yang sukar dinilai dan dijejaki impaknya. Pada peringkat ini, adalah penting untuk saya tegaskan bahawa ekonomi kreatif akan menjadi antara teras utama kepada portfolio saya. Fokus kepada ekonomi kreatif ini bukan sahaja kepada permain-permain industri besar dan antarabangsa tetapi lebih penting lagi kepada pembangunan komuniti. Antara fokus ekonomi kreatif yang digariskan oleh UNESCO ialah ‘design’ atau reka bentuk. ‘Reka bentuk’ dalam konteks ini merujuk bukan sahaja kepada penampilan fizikal dan persekitaran binaan bandar, tetapi juga idea bahawa "reka bentuk" boleh menjadi cara berfikir untuk menyelesaikan isu-isu setempat, yang menggunakan potensi dan sumber-sumber tempatan dengan bijak, dan berjaya mewujudkan nilai-nilai dan makna mengikut keperluan dan konteks sebenar. ‘Kreativiti’ secara amnya dilihat sebagai strategi untuk mengurangkan jurang antara masyarakat dan kerajaan, rakyat dan dasar awam, dan antara semua pihak berkepentingan, dan prototaip – sering dalam bentuk inovasi dan eksperimen sosial – yang di laksana dan dinikmati oleh rakyat di semua peringkat.

Page 41: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

41

Ertinya, kreativiti di sini bukan sahaja memiliki nilai ekonomi, malahan pemberdayaan masyarakat serta meningkatkan kualiti hidup. Secara mudah, idea ini boleh dibayangkan melalui pembangunan kawasan bandar, kejiranan yang bukan sahaja cantik dan mampu menarik pelancong, tetapi memiliki nilai fungsional dan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar itu sendiri. Pendekatan ini bukan asing dijalankan di banyak negara, oleh itu di peringkat jawatankuasa saya, kami sedang mengkaji untuk membangunkan program ekonomi kreatif daripada sudut ini yang sudah tentu akan memanfaatkan pekerja-pekerja setempat dan menyumbang kepada KDNK negeri.

Page 42: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

42

YB TUAN HAJI ROSLELI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 25 (A2) Apakah strategi Kerajaan Negeri untuk mengatasi harga komoditi minyak kelapa sawit yang dilihat ketika ini tidak stabil di pasaran antara bangsa dan bantuan jangka panjang dan pendek untuk membantu pekebun kecil yang mula terjejas dengan situasi ini. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kemerosotan harga minyak sawit pada setengah tahun pertama 2018, iaitu sebanyak 17.8% kepada RM2,420.50 se tan berbanding RM2,944.50 se tan untuk tempoh yang sama 2017 adalah disebabkan oleh stok minyak sawit yang tinggi bagi tempoh tersebut iaitu melebihi purata 2 juta tan (2.32 juta tan) ekoran pengeluaran CPO yang tinggi untuk tempoh yang sama. Selain daripada itu, penyusutan harga minyak sawit adalah selari dengan kejatuhan harga minyak sayuran saingan di pasaran dunia, terutamanya minyak kacang soya. Ini adalah kerana minyak kacang soya dan minyak sawit merupakan barang pengganti yang hampir dan kedua-duanya bersaing merebut pasaran minyak sayuran dunia. Kementerian Industri Utama telah pun melaksanakan beberapa langkah jangka pendek dan jangka masa panjang bagi meminimumkan impak kejatuhan harga terutamanya kepada pendapatan para pekebun kecil. Antara langkah jangka pendek yang telah pun dilaksanakan ialah meningkatkan penggunaan minyak sawit dalam negara melalui peningkatan adunan biobahan api sawit dengan diesel petroleum ke Program B7 (adunan 7% biodiesel sawit dan 93% diesel petroleum) mulai November 2014 dari Program B5. Program B7 akan menggunakan 575,000 tan minyak sawit setahun. Kerajaan juga sedang bercadang untuk meningkatkan penggunaan domestik produk sawit melalui perlaksanaan program Biodiesel dari B7 kepada B10 dalam masa terdekat. Selain membantu meningkatkan penggunaan minyak sawit ianya juga menyumbang kepada mengurangkan stok minyak sawit dan seterusnya dapat memberi impak yang positif kepada harga minyak sawit mentah (CPO). Sementara itu, langkah-langkah jangka masa panjang untuk memperkukuhkan harga sawit termasuk:

i. Memperkukuhkan pasaran eksport sedia ada serta menembusi pasaran-pasaran baru bagi produk-produk berasaskan sawit. Industri sawit negara juga digalakkan untuk meneroka atau memperluaskan perniagaan mereka ke pasaran yang disifatkan sebagai ‘niche markets’ untuk mendapatkan nilai pasaran yang lebih tinggi;

Page 43: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

43

ii. Meningkatkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam penghasilan produk-produk baru serta memberi nilai tambah kepada produk hiliran komoditi;

iii. Skim Minyak Sawit Malaysia (MSPO) yang akan dijadikan mandatori pada

Disember 2019 akan dijadikan satu langkah ke arah mewujudkan sistem kemampanan yang diterima secara global dan menjenamakan minyak sawit milik Malaysia yang seterusnya diterima sebagai pilihan utama pelanggan global. Ini akan membuka akses pasaran yang lebih luas untuk pasaran minyak sawit mampan Malaysia di negara-negara pengimport.

iv. Penanaman semula pokok yang tidak lagi produktif ketika harga komoditi

berada di paras yang rendah juga boleh membantu mengurangkan stok bahan mentah komoditi ini. Kerajaan juga telah menyediakan dana bagi pelaksanaan skim tanam semula ini.

Kementerian Industri Utama akan terus meninjau pelaksanaan langkah-langkah jangka pendek dan panjang ke arah memperkukuhkan harga komoditi sawit. Ini adalah untuk memastikan para pengusaha tanaman tersebut terutamanya pekebun kecil meraih faedah daripada usaha mereka. Kunjungan Perdana Menteri ke China pada Ogos depan dijangka akan mengukuhkan lagi hubungan bilateral di antara Malaysia dan China dan akan memberi faedah kepada sektor minyak sawit.

Page 44: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

44

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 26 (A137) Jalan Tan Yok Fong merupakan sebuah kawasan penempatan penduduk di pesisir Sungai Skudai yang tidak teratur, tiada kemudahan jalan yang baik serta prasarana yang amat daif. Adakah kerajaan dan Pihak Berkuasa Tempatan mempunyai perancangan pembangunan di kawasan tersebut. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) belum mempunyai sebarang perancangan terperinci bagi tujuan pembangunan di Pesisir Sungai Skudai dekat Jalan Tan Yok Fong memandangkan status pemilikan tanah dan penetapan rezab kemudahan infrastruktur yang tidak jelas. Walau bagaimanapun, pihak MPku bersama-sama agensi yang lain akan menyemak semula sekiranya terdapat keperluan atau kemudahan asas yang perlu dan rasional untuk disediakan di kawasan tersebut.

Page 45: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

45

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 27 (A22) Adakah cadangan untuk menubuhkan Universiti Johor seperti yang dinyatakan dalam Manifesto PH 5 tahun relevan sedangkan di Johor telah wujudnya sejumlah 109 buah Institut Latihan Awam dan Swasta? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Johor sentiasa terhadapan sebagai peneraju pendidikan. Sebagai contoh Johor negeri pertama yang mewajibkan pendidikan bagi kanak-kanak yang berusia 7 tahun pada tahun 1902, penubuhan sekolah agama Johor sehingga ke Maahad pada tahun 1918 dan mengadakan Biasiswa Johor pada tahun 1885. Justeru, penubuhan Universiti Johor mempunyai Cadangan Nilai Unik (Unique Value Proposition) yang tersendiri berbanding universiti-universiti sedia ada. Perancangan Universiti Johor dibuat dengan teliti bagi memastikan Universiti Johor ini mapan dari segi kewangan dan benar-benar mengisi keperluan yang berbeza dan menjadi pelengkap institusi sedia ada. Penubuhan Universiti Johor akan dilaksanakan mengikut fasa berikut: Fasa 1:Perancangan (1 Oktober 2018 – 31 Mac 2019)

Fasa 2:Persediaan (1 April 2019 – 31 Ogos 2020)

Fasa 3:Operasi (1 September 2020– 31 Okt 2021)

Kertas Kerja Permohonan Penubuhan Untuk Kelulusan: 1.Majlis Mesyuarat Exco 2.Kelulusan KPM

Penyediaan Kampus & Program Untuk Kelulusan: 1.Agensi Kerajaan 2.Majlis Mesyuarat Exco 3.Kelulusan KPM

1.Kelulusan Menjalankan Universiti. 2.Penstrukturan Kampus dan Pengambilan Staf 3.Pengambilan Pertama

Kajian akan dibuat untuk menganalisis keperluan pendidikan tenaga mahir peringkat tinggi, analisa universiti pesaing, membangunkan falsafah dan kursus Universiti Johor serta mengkaji keperluan kewangan, fizikal dan sumber manusia Universiti Johor. Antara faktor yang menjadikan Universiti Johor terbeza ialah Konsep Universiti Johor – Federated and Consolidation. Quad Helix kerjasama Universiti Industri Kerajaan Komuniti akan diperkenalkan. Industri akan menjadi sebahagian daripada universiti bersama mentor dari industri. Industri yang berkaitan akan menjadi industri angkat dari tahun 1 dan penempatan pelajar tahun 3 di industri-industri dan kajian kes cornerstone & capstone akan diperinci. Universiti Johor ini juga dirancang bersama industri untuk melahirkan bentuk graduan yang dikehendaki di akhir pengajian (customised competency based education).

Page 46: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

46

Kursus-kursus akan dirancang mengikut keperluan bidang individualized competency-based education dan dipilih secara jukebox style offering. Konsep Uberization juga sedang dalam kajian. Rancangan ini mampu menyokong Revolusi Industri 4.0. Selain itu insentif penglibatan industri akan diperkenalkan seperti pemotongan cukai, geran penempatan dan lain-lain. Penubuhan Universiti Johor melalui federated concept adalah relevan untuk memenuhi tuntutan pembangunan pesat tumpuan di daerah-daerah dan mengelakkan aliran keluar belia dari daerah.

Page 47: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

47

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 28 (A120) Bilakah tamat konsesi penyelenggaraan jalan negeri di Johor di bawah syarikat Amona dan Tito? Nyatakan pencapaian mereka di dalam jumlah kontraktor yang sudah mendapat kerja berserta nilainya sekali sepanjang konsesi tersebut. Sekiranya gagal apakah kerajaan akan menarik balik konsesi? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Kerajaan Negeri telah menandatangani Perjanjian Konsesi selama 5 tahun bermula 1hb September 2015.Tertakluk kepada kelulusan oleh Kerajaan Negeri, perjanjian ini boleh dilanjutkan bagi tempoh tambahan selama 2 tahun lagi. Pencapaian dan jumlah kontraktor bagi syarikat konsesi Amona Infra Care Sdn Bhd danTeto Engineering Sdn Bhd adalah seperti di bawah:

BILANGAN KONTRAKTOR & NILAI KERJA BAGI KONTRAK KONSESI PENYELENGGARAAN JALAN RAYA NEGERI

JOHOR

AMONA INFRA CARE SDN BHD

BILANGAN KONTRAKTOR SKOP KERJA 2015 2016 2017 2018 Jumlah

(1) RUTIN 57 57 62 61 237 (2) BERKALA 0 144 145 208 497 JUMLAH KESELURUHAN 57 201 207 269 734

NILAI KERJA SKOP KERJA 2015 2016 2017 2018 Jumlah

PERUNTUKAN RUTIN (RM, JUTA) 11.8 37.7 28.0 15.5 93.0 PERUNTUKAN BERKALA (RM, JUTA) 0.0 40.0 47.0 58.0 145.0 TOTAL (RM, JUTA) 11.8 77.7 75.0 73.5 238.0

Page 48: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

48

TETO ENGINEERING SDN BHD

BILANGAN KONTRAKTOR SKOP KERJA 2015 2016 2017 2018 Jumlah

(1) RUTIN 53 56 48 45 202 (2) BERKALA 0 91 74 88 253 JUMLAH KESELURUHAN 53 147 122 133 455

NILAI KERJA

SKOP KERJA 2015 2016 2017 2018 Jumlah PERUNTUKAN RUTIN (RM, JUTA) 8.2 28.8 28.8 17.6 83.3 PERUNTUKAN BERKALA (RM, JUTA) 0.0 30.9 26.9 38.1 96.0 TOTAL (RM, JUTA) 8.2 59.7 55.7 55.7 179.3

Page 49: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

49

YB TUAN MUHAMMAD TAQIUDDIN BIN CHEMAN (PULAI SEBATANG) SOALAN 29 (A188) Serangan cacing kapang (shipworm) di jeti tambat bot nelayan Pusat Perdagangan Pontian. Apakah langkah penyelesaiannya? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Untuk makluman Yang Berhormat, langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah ulat kapang di jeti tambatan Pusat Perdagangan Pontian telah dibincangkan bersama dan masih dalam status kajian kesesuaian antara Majlis Daerah Pontian, LKIM, Jabatan Perikanan dan Pihak Pemaju (YPJ Holdings) serta dibantu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor yang menjalankan penyelidikan saintifik mengenai ulat kapang. Oleh kerana pembiakan cacing kapang dipengaruhi oleh faktor kemasinan air laut dan material yang digunakan dalam pembinaan badan bot(kayu), kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk memastikan langkah penyelesaian mengambil kira faktor kos, alam sekitar dan persetujuan antara nelayan, kerajaan dan pihak pemaju.

Page 50: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

50

YB KAPT (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN 30 (A77) Apakah keputusan rasmi kerajaan negeri terhadap projek tapak pelupusan sampah di Bukit Payong dan Bakri? YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 31 (A115) Pusat Sampah Bukit Payong terus mendapat bantahan penduduk. Bukit Kelicap yang sudah ditutup pun masih digunakan. Adakah Pusat Sampah Bukit Payong akan dipindahkan ke tapak lain sebagaimana dikhabarkan? Bolehkah pusat pelupusan sampah simpang rengam menjadi pilihan apabila dinaiktaraf menggunakan teknologi terkini? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN (Jawapan bersekali untuk soalan A77 & A115) Pembinaan Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Payong sebagaimana yang direncanakan menjadi penyelesaian jangka panjang bagi menampung keperluan di kawasan utara Johor merangkumi Batu Pahat, Simpang Renggam, Bakri dan Tangkak. Sebagai pencerahan, projek pembinaan tapak pelupusan tersebut adalah kelolaan Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di bawah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Sebarang langkah penangguhan dan penukaran lokasi dikhuatiri mengundang krisis pengurusan sisa pepejal di kawasan tersebut. Meskipun perbincangan bersama YB Menteri KPKT pada 1 Julai yang lalu memberi gambaran agar diteruskan projek tersebut, namun pihak Kerajaan Negeri mengambil ketetapan untuk mempertimbang dan berunding kembali bersama KPKT bagi menemukan penyelesaian menang-menang (win-win situation) bagi semua pihak. Sehubungan dengan itu, pihak Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan Sesi Seranta Awam bersama penduduk setempat pada 27 Julai lalu dan ketetapan diambil untuk memohon penangguhan sekali lagi kepada YB Menteri KPKT agar dapat dipertimbang cadangan lokasi baharu yang difikirkan sesuai dan wajar. Susulan daripada itu, sebuah Jawatankuasa Teknikal dengan korumnya terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) Bahagian Kerajaan Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), SWCorp Negeri Johor dan Jabatan Alam Sekitar bagi meneliti segenap aspek yangp penting terhadap pemilihan lokasi baharu penting untuk dicadangkan kepada Kerajaan Negeri.

Page 51: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

51

Kerajaan Negeri juga melihat potensi yang ada pada tapak-tapak pelupusan yang telah ditutup atau masih beroperasi seperti Tapak Pelupusan CEP Renggam untuk dinaiktaraf menggunakan sebarang teknologi bersesuaian dan mampu memanjangkan tempoh jangka hayat sekaligus memberi manfaat kepada Kerajaan Negeri dan rakyat.

Page 52: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

52

YB PUAN NOR RASHIDAH BINTI RAMLI (PARIT RAJA) SOALAN 32 (A21) Apakah status dan perkembangan semasa berhubung dengan janji PH untuk membina Universiti Johor. Adakah terdapat apa-apa tindakan yang sudah dilakukan setakat ini? JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Beberapa jawatankuasa dan panel penasihat telah diwujudkan sejak awal bulan Jun 2018 bagi membolehkan kajian dalam menubuhkan Universiti Johor dilakukan. Beberapa siri mesyuarat juga telah diadakan bagi membincangkan konsep dan falsafah asas Universiti Johor Pada 19 Jun 2018, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor telah perkenan akan penubuhan Universiti Johor Pada 24 Julai 2018, perjumpaan bersama Menteri Pendidikan YBM Dr Maszlee telah dilakukan bagi membincangkan penubuhan Universiti Johor. Pihak Kementerian Pendidikan sangat komited dalam memberikan garis panduan dan saranan bagi menubuhkan Universiti Johor Kertas asas perancangan Universiti Johor telah pun dibentangkan kepada UPENJ dan MOHE dan wakil Menteri Pendidikan pada 6 Ogos 2018. Maklum balas positif diperoleh dari semua pihak terlibat. Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi sangat komited untuk membantu dalam menubuhkan Universiti Johor Kertas kerja Permohonan Perancangan Penubuhan Universiti Johor telah disediakan dan dalam proses untuk dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor dalam masa terdekat.

Page 53: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

53

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 33 (A62) Minta kaji kemungkinan satu hospital kecil dibina di Yong Peng memandangkan 10 tahun yang akan datang pekan Yong Peng dan pekan sekitarnya akan membangun dan ia akan memanfaatkan penduduk Yong Peng, Lam Lee, Kangkar Baru, Chaah, Bekok, Parit Yaani dan pekan sekitarnya. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Kerajaan sentiasa mengkaji keperluan fasiliti kesihatan di seluruh negara dari semasa ke semasa. Buat masa ini, belum ada keperluan membina hospital di Yong Peng. Walau bagaimanapun, bagi menampung keperluan penduduk untuk mendapatkan rawatan, Klinik Kesihatan (Jenis 3) Yong Peng yang baharu telah siap dibina dan telah memulakan operasi pada 24 Disember 2017.

Page 54: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

54

YB DATO' ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 34 (A184) Berapakah sasaran pingat emas yang disasarkan dalam temasya SUKMA Perak 2018 dan untuk Sukan Paralimpiad 2018 di Perak? JAWAPAN YB TUAN MOHD KHUZZAN BIN ABU BAKAR Persiapan Kontinjen Johor telah dilaksanakan sejak tahun 2016 selepas tamatnya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 18 Sarawak 2016. Satu post mortem telah dijalankan bagi mengkaji prestasi prestasi atlet di SUKMA Sarawak. Hasil daripada post mortem tersebut pihak Majlis Sukan Negeri Johor telah mengwujudkan satu program khusus yang memberi tumpuan kepada pencapaian atlet di SUKMA Perak 2018 seterusnya di SUKMA Johor 2020. Program yang dilaksanakan ini bertujuan mengenalpasti bakat serta memantau prestasi atlet sepanjang latihan yang dilaksanakan sejak tahun 2017. Oleh yang demikian, sasaran pihak Majlis Sukan Negeri Johor di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke 19 Perak ialah sebanyak 23 pingat emas yang mana pencapaian ini mengatasi pencapaian 2016 iaitu sebanyak 19 pingat emas di SUKMA ke 18 Sarawak. Sasaran ini ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Negeri Johor selepas melihat dari segi pencapaian serta saingan dari negeri yang bertanding. JAWAPAN BELIA & SUKAN Bagi Sukan Paralimpiad 2018 di Perak kontinjen Para Johor mensasarkan 30 pingat emas pada Temasya Sukan Para Sukma XIX, Perak 2018 (dahulunya dikenali sebagai Sukan Paralimpiad Malaysia). Pada edisi yang lepas di Sukan Paralimpiad Malaysia, Sarawak 2016 kontinjen para Johor mensasarkan 25 pingat emas dan telah berjaya mencapai 35 pingat emas. Walau bagaimanapun, pada edisi kali ini kesan daripada peraturan baharu yang diperkenalkan antaranya penetapan had umur atlet kepada 14 hingga 45 tahun, dan atlet yang pernah memenangi pingat di peringkat Paralimpik dan Asian Para Games (Incheon Korea 2014) dihadkan untuk menyertai satu acara sahaja. Sasaran hanya 30 pingat emas, melebihi sasaran 2016 tetapi kurang daripada pencapaian sebenar 2016 kerana peraturan yang baharu ini telah menjejaskan peluang Kontinjen Para Johor dalam 5 acara yang disasarkan menyumbang pingat emas sebelum ini.

Page 55: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

55

Jadual 1: Senarai Dan Bilangan Sasaran Pingat Emas Para Johor Di Para SUKMA XIX 2018, Perak

Bil Jenis Sukan

Ketua Jurulatih Bil. Pegawai Pengiring

Bilangan Atlet

Pencapaian 2016

Sasaran 2018

1 Olahraga Noor Hudah Jamal, 8 35 25 20 2 Catur Dr. Nasrul Humaimi

Mahmood 5 15 5 4

3 Tenpin Bowling

Hamzah Osman 4 16 5 4

4 Bowling Padang

Kamarudin Mohd Nordin

2 6 0 0

5 Ping Pong Low Soon Wah 3 5 0 0 6 Renang Low Kar Jun 3 8 0 1 7 Memanah Abdul Rahman

Saayon 2 3 0 0

8 Badminton Baharom Mohamad 2 5 0 0 9 Boccia Hassan 4 4 tidak

dipertandingkan 1

10 Angkat Berat Er Teck Keng 2 5 0 0 JUMLAH 35 102 35 30

Page 56: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

56

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 35 (A138) Dicadangkan agar kerajaan mengadakan satu dana khas bagi menampung kos bil elektrik dan bil air untuk semua Dewan Raya atau Balai Raya yang tidak dibawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Yang Berhormat, sepertimana yang diperuntukkan dalam Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 yang menyatakan bahawa Balai Raya, Dewan Raya, kawasan lapang, tanah perkuburan untuk kegunaan awam adalah diwartakan di dalam Seksyen 62 KTN yang di bawah bidang kuasa Setiausaha Kerajaan Negeri dan dikawal selia oleh Pegawai Daerah, Datuk Bandar/Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan. Dewan Raya dan balai raya adalah untuk kegunaan masyarakat setempat yang dikawal selia oleh Pegawai Daerah ataupun Setiausaha Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa dibawahnya seperti Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung ataupun Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) Sehubungan dengan itu, hasil yang diterima daripada sewaan Dewan Raya atau Balai Raya digunakan untuk membayar perbelanjaan utiliti dan penyelenggaraan bangunan berkenaan. Tiada peruntukan khas yang disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk menampung kos tersebut. Walau bagaimanapun, perbelanjaan Balai Raya di dalam Kompleks Penghulu ditanggung sepenuhnya oleh Pejabat Daerah. Kerajaan negeri juga memberi bantuan pembaikan one-off kepada bangunan kerajaan yang rosak/uzur.

Page 57: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

57

YB TUAN SOLIHAN BIN BADRI (TENANG) SOALAN 36 (A37) Aktiviti penambakan kawasan pantai dan laut di negeri ini amat aktif dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Mohon Dewan diberitahu kawasan-kawasan yang terlibat, keluasan dan kepada siapa ia dianugerahkan? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Negeri Johor ada meluluskan pemberimilikan tanah yang melibatkan Kawasan perairan kepada individu, syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Pastinya apa jua pembangunan yang hendak dilaksanakan di atas Kawasan tersebut memerlukan aktiviti penambakan terlebih dahulu. Berdasarkan rekod di Pentadbiran Tanah, keseluruhan Kawasan yang telah diluluskan adalah seluas 2,718.615 hektar (6,717.84 ekar) melibatkan kawasan-kawasan di Tanjung Kupang, Pantai Lido (Danga Bay), Senibong, Sungai Melayu, Gelang Patah dan Pengerang. Kelulusan tersebut telah diberikan kepada Benalec Sdn Bhd, Country Garden Danga Bay Sdn Bhd, Country Garden Pacific View Sdn Bhd, R & F Development Sdn Bhd, Iskandar Waterftont Holdings, Berjaya VCTY, Front Concept Sdn Bhd, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI), PIJ Holding Sdn Bhd, Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) dan Dialog Group. Namun begitu tidak semua kawasan-kawasan ini telah dijalankan penambakan. Ianya hanya akan bermula sebaik sahaja Pelan Kerja Tanah dikemukakan dan diluluskan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan. Sehingga kini lebih kurang 278.58 hektar (678.51 ekar) sahaja yang telah ditambak iaitu di atas sebahagian kawasan yang telah diluluskan melibatkan pembangunan di Pengerang, Senibong, Tanjung Kupang, Danga Bay, Plentong, Stulang dan Pontian.

Page 58: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

58

YB DATUK HAJI SAMSOLBARI BIN JAMALI (SEMARANG) SOALAN 37 (A69) Mohon nyatakan berapakah keluasan tambahan tanah negeri Johor melalui tambakan laut di seluruh negeri Johor sehingga kini sejak ia dimulakan di negeri ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Hasil daripada kurniaan tanah oleh Kerajaan atas kawasan perairan kepada syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), keluasan tanah dijangka akan bertambah selaras dengan pengurniaan ini adalah seluas 6,717.84 ekar. Namun begitu adalah dimaklumkan bahawa daripada keluasan tersebut hanya seluas 678.51 ekar sahaja yang telah ditambak iaitu sekitar 10% daripada keluasan keseluruhan pengurniaan yang diluluskan. Keluasan 6717.84 ekar ini adalah keluasan mengikut kelulusan tetapi ianya boleh berubah tertakluk kepada pengukuran muktamad oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Negeri Johor.

Page 59: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

59

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A. RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 38 (A116) Isu bauksit di Minyak Beku terus menjadi kontroversi. Mohon perincikan nama syarikat, jumlah lesen dan jumlah tan metrik bauksit dikeluarkan di Johor dalam tempoh 10 tahun lepas. Sejauh mana syarikat mematuhi SOP dan adakah operasi akan dihentikan sekiranya SOP diengkari? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pembangunan sumber mineral di Negeri Johor adalah tertakluk kepada Enakmen Mineral Negeri Johor 2003 yang telah pun diwartakan sebagaimana WKJ 880 bertarikh 22.4.2004 dan berkuat kuasa mulai 1.5.2004. Manakala bagi Peraturan-Peraturan Mineral 2012 telah diwartakan pada 14.2.2013 bagaimana WKJ Bil. 432. Mineral Bauksit merupakan salah satu mineral yang dikategorikan sebagai mineral methalic dimana ia merupakan mineral yang terletak di dalam Jadual 1 Peraturan-peraturan Mineral Negeri Johor (2012). Berdasarkan maklumat daripada Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Negeri Johor, jumlah pengeluaran mineral bauksit di Negeri Johor untuk tempoh 10 tahun mulai 2009 hingga Jun 2018 adalah 2,667,336 metrik tan. Pengeluaran bauksit ini dilaksanakan oleh 5 syarikat pengusaha (operator) iaitu Johor Mining & Stevedoring Company Sdn Bhd (JOMIS), Sokongan Semulajadi Sdn Bhd, Tropikal City Sdn Bhd, AA Sawit Sdn Bhd dan Aras Kuasa Sdn Bhd. Di samping itu juga, sepanjang 2016 hingga Mei 2018 Kerajaan Negeri Johor telah meluluskan 2 Pajakan Melombong (ML) dan 24 Lesen Melombong Tuan Punya (PML) melibatkan tiga (3) daerah iaitu Muar, Kota Tinggi dan Kulai. Namun demikian, daripada jumlah tersebut hanya 7 PML dan 2 ML sahaja yang didaftarkan, manakala baki permohonan yang telah diluluskan tidak didaftarkan apabila bayaran kelulusan tidak disempurnakan oleh Pemohon. Berdasarkan rekod di Pentadbiran Tanah Johor, para Pemegang Lesen/Pajakan telah melantik 6 syarikat operator bagi melaksanakan aktiviti pengeluaran dan pengalihan mineral bauksit iaitu Aras Kuasa Sdn Bhd, Etika Pertiwi Sdn Bhd, Tropical City Sdn Bhd, AA Sawit Sdn Bhd, BK Mineral Sdn Bhd dan Sunbay Ferror Aloy Manganese Sdn Bhd. Kesemua kelulusan yang dikeluarkan adalah tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat yang dikenakan oleh jabatan teknikal dan sekiranya syarikat gagal mematuhi syarat yang dikenakan tindakan pemberhentian serta merta dibuat sehingga jabatan teknikal berpuashati pematuhan syarat – syarat teknikal dipatuhi oleh pihak operator. Pentadbiran Tanah Johor bersama-sama JMG Negeri Johor dan beberapa jabatan/agensi Kerajaan telah mengadakan beberapa siri perbincangan untuk

Page 60: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

60

menyelaras pemantauan bersepadu terhadap aktiviti pengeluaran mineral bauksit di Johor khususnya di Pagoh, Muar. Bagi isu di Minyak beku adalah isu pengumpulan stockpile bauksit di kawasan sekitar Ng Jeti yang dibawa dari Pagoh, Muar bagi tujuan pengeksportan ke luar negara. Hasil semakan Lot 3077A merupakan tanah kerajaan yang telah diberikan kelulusan pajakan rizab seksyen 63 kepada Ng Jeti sebagai tapak pendaratan bagi bahan binaan dan kayu balak. Pentadbir Tanah Batu Pahat telah mengeluarkan notis arahan kepada pemilik jeti untuk membuat penambahan syarat atas kelulusan yang diberikan kerana telah berlakunya pelanggaran syarat yang dibenarkan. Penambahbaikan di Ng Jeti telah dibuat oleh pemohon di mana pemasangan jaring di bawah laluan dari darat ke panton bagi mengelak berlakunya penumpahan bauksit ke dalam air. Jabatan Laut Wilayah Selatan hanya membenarkan jeti beroperasi setelah kelulusan dari pihak PTG, JMG, Kastam dan BAKAJ diperolehi bagi membolehkan lesen ”ship to ship”(STS). Pihak Jabatan Laut dan pihak JMG akan membuat semakan status tanah bagi setiap permohonan dengan pihak pentadbiran tanah sebelum satu-satu permohonan diberikan kelulusan tersebut bagi memastikan tiada pelanggaran syarat yang berlaku.

Page 61: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

61

YB TUAN HAJI AYUB BIN JAMIL (RENGIT) SOALAN 39 (A86) Minta penjelasan apakah pelan perancangan kerajaan negeri memperkukuhkan institusi Ketua Kampung di Negeri Johor. Nyatakan sistem pemilihan dan pelantikan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk memantapkan institusi ini. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri Johor sentiasa komited dalam memastikan segala tadbir urus dan proses pelantikan Ketua Kampung di setiap daerah dilaksanakan berdasarkan tatacara dan peraturan yang berkuatkuasa. Justeru itu, Pekeliling Am Kerajaan Negeri Johor Bilangan 3 Tahun 2018 (Dasar Perjawatan Ketua Kampung Negeri Johor) telah diedarkan kepada semua pentadbiran daerah di Negeri Johor pada 1 Julai 2018. Proses penamatan Ketua Kampung sebelum ini telah dilaksanakan pada 31 Mei 2018 dan setiap pentadbiran daerah mengiklankan kekosongan jawatan Ketua Kampung bermula pada 3 Jun 2018. Jumlah kampung di Negeri Johor adalah sejumlah 674 kampung dan pemohonan telah ditutup pada 18 Julai 2018 (termasuk pelanjutan tempoh iklan). Buat masa ini, semua pentadbiran daerah sedang dalam tindakan melaksanakan proses temu duga yang melibatkan sebanyak 1,624 permohonan jawatan Ketua Kampung di seluruh Negeri Johor. Setelah proses temu duga selesai dijalankan, keputusan akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Ketua Kampung yang dianggotai oleh Pegawai Daerah sebagai Pengerusi dan ahli-ahlinya terdiri daripada Ketua Penolong Pegawai Daerah/ Penolong Pegawai Daerah, Kadi Daerah, Penghulu-penghulu dan Pegawai Kerajaan lain yang difikirkan sesuai oleh Pegawai Daerah. Pegawai Daerah seterusnya akan membuat akuan kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Johor sebelum ianya dibawa kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Johor untuk akuan muktamad.

Page 62: SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR … · sukj.(dn).bil: 311/02/2-1/14/1/2 dewan negeri johor soalan-soalan lisan di persidangan dewan negeri johor pada hari isnin,

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/2 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI ISNIN, 13 OGOS 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR OGOS 2018 (ina)

62

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 40 (A51) Minta menghuraikan sekiranya ada, rancangan pembangunan kerajaan serta rancangan pengambilan tanah di kawasan Taman Perumahan Kim Teng Park, Johor Bahru. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan pada 2014 pernah meluluskan cadangan pengambilan tanah oleh City Centre Transformation Sdn Bhd di kawasan Taman Kim Teng Park seluas 32 ekar (305 plot tanah bermilik) bagi pembangunan semula kawasan ini. Tetapi ianya telah dibatalkan pada tahun 2015 disebabkan telah menerima bantahan oleh penduduk dan tidak disokong oleh wakil rakyat ketika itu. Kerajaan Negeri kemudiannya pada tahun 2017 telah bersetuju cadangan pembangunan melalui proses pengambilan tanah ini diaktifkan semula dengan syarat mendapat sokongan daripada wakil rakyat tempatan. Pihak pemaju telah mengemukakan permohonan pengambilan tanah bagi tujuan pembangunan semula kawasan ini di bawah peruntukan Seksyen 3(1)(b) Akta Pengambilan Balik Tanah 1960. Permohonan ini di dalam proses perakuan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) kepada Jawatankuasa Khas PBT selaras dengan ketetapan Seksyen 3A Akta Pengambilan Tanah 1960.