yb tuan cheo yee how (perling) soalan 1 (a140) … · soalan-soalan lisan di persidangan dewan...

50
SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018 UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina) 1 YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 1 (A140) Apakah rancangan kerajaan dalam mempromosi dan memperbudayakan sains dan teknologi Johor JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai program pembudayaan sains dan teknologi, antaranya: Festival Sains dan Teknologi Program pertandingan, pameran dan aktiviti dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan pelajar sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan. Minggu Sains, Teknologi dan Inovasi (MISTI) dan Inovasi-Digital (I-D) Johor Program pameran dan aktiviti dwi-tahunan dengan melibatkan jabatan dan agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kesedaran terhadap STI di kalangan masyarakat. Kem Eksplorasi STEM-J Latihan kepada lebih 1,000 guru-guru Sains dan Matematik di seluruh negeri Johor menggunakan modul Komuniti Pintar Sains yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia Modul mengandungi aktiviti amali yang mendidik pelajar mengaplikasikan STEM dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan global berkaitan isu tenaga, pengangkutan, infrastruktur bandar, dan komunikasi tanpa wayar. Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor Inisiatif kementerian yang dianjurkan sempena World Science Day dengan kerjasama kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan sains yang menarik dan interaktif. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Barisan Nasional 5 tahun lalu tiada EXCO tertentu untuk menjaga portfolio Sains dan Teknologi. Oleh itu, walaupun telah menrancang beberapa projek, tetapi tiada agensi khusus untuk memantau dan merancang program inovasi lebih mendalam. Bagi memperkasakan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI), kerajaan negeri bakal menubuhkan Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor (JOSTIC) yang merupakan satu pusat sehenti (one-stop center) bagi pembudayaansains, teknologi dan inovasi (STI) dan

Upload: others

Post on 24-Dec-2019

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

1

YB TUAN CHEO YEE HOW (PERLING) SOALAN 1 (A140) Apakah rancangan kerajaan dalam mempromosi dan memperbudayakan sains dan teknologi Johor JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Kerajaan negeri telah menjalankan pelbagai program pembudayaan sains dan teknologi, antaranya:

• Festival Sains dan Teknologi • Program pertandingan, pameran dan aktiviti dalam bidang Sains, Teknologi,

Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melibatkan pelajar sekolah di peringkat zon, daerah, negeri dan kebangsaan.

• Minggu Sains, Teknologi dan Inovasi (MISTI) dan Inovasi-Digital (I-D) Johor • Program pameran dan aktiviti dwi-tahunan dengan melibatkan jabatan dan

agensi kerajaan dan swasta untuk meningkatkan kesedaran terhadap STI di kalangan masyarakat.

• Kem Eksplorasi STEM-J • Latihan kepada lebih 1,000 guru-guru Sains dan Matematik di seluruh negeri

Johor menggunakan modul Komuniti Pintar Sains yang dibangunkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia

• Modul mengandungi aktiviti amali yang mendidik pelajar mengaplikasikan STEM dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan global berkaitan isu tenaga, pengangkutan, infrastruktur bandar, dan komunikasi tanpa wayar.

• Minggu Sains Negara Peringkat Negeri Johor • Inisiatif kementerian yang dianjurkan sempena World Science Day dengan

kerjasama kerajaan negeri untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan sains dan merapatkan jurang antara sains dan masyarakat dengan menampilkan pelbagai program berasaskan sains yang menarik dan interaktif.

Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Barisan Nasional 5 tahun lalu tiada EXCO tertentu untuk menjaga portfolio Sains dan Teknologi. Oleh itu, walaupun telah menrancang beberapa projek, tetapi tiada agensi khusus untuk memantau dan merancang program inovasi lebih mendalam. Bagi memperkasakan pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI), kerajaan negeri bakal menubuhkan Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor (JOSTIC) yang merupakan satu pusat sehenti (one-stop center) bagi pembudayaansains, teknologi dan inovasi (STI) dan

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

2

pendigitalan di Johor melalui penglibatan kerajaan, institusi pendidikan, industri, usahawan dan komuniti. Majlis Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Johor antara lainnya akan menasihati kerajaan negeri dalam keutamaan, halatuju, dan dasar berkaitan STI dan digital; merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan inisiatif penggalakan STI dan digital di Johor; melantik kumpulan kerja pakar mengikut keperluan bagi memacu pembudayaan STI dan digital di Johor; menjalin kerjasama dengan agensi dan industri di dalam dan luar negara untuk membudayakan STI dan digital di Johor; menumpukan sumber peruntukan dan modal insan yang ada dari kerajaan dan swasta bagi membangunkan STI di Johor serta mengadakan perbincangan dengan pelbagai peringkat masyarakat, akademik, pendidik, usahawan, industri dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan pandangan dan maklumbalas mengenai pembudayaan STI di Johor. Antara perancangan pembudayaan sains dan teknologi di bawah JOSTIC adalah:

1. Kem dan Bengkel Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) untuk pelajar sekolah dan IPT memfokuskan kepada aktiviti amali seperti kelas coding dan bidang STEM di luar kurikulum dalam darjah.

2. Perbincangan akan diadakan dengan pemain industri bagi melaksanakan program pembudayaan STEM di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan mengkaji insentif pengecualian cukai.

3. Cadangan mewujudkan Pusat Mini STEM yang terbuka kepada orang awam. Antara pengisian yang dicadangkan adalah makmal elektronik dan robotik, bengkel pertukangan kreatif, pameran, kelengkapan interaktif dan kafe sains.

4. Selari dengan hasrat YAB Perdana Menteri Malaysia melalui pelancaran Dasar Industri 4.0, yang juga dikenali sebagai Dasar Industri 4WRD pada 31 Oktober 2018, kerajaan negeri akan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang di bawah JOSTIC yang akan berperanan sebagai penggerak inisiatif-inisiatif digital di negeri ini. Jawatankuasa ini akan menyelaraskan bentuk kerjasama antara kerajaan negeri yang diterajui oleh Bahagian Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (BSTICT) bersama Digital Johor Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) dalam menyediakan Pelan Transformasi Digital Negeri Johor.

5. Bekerjasama dengan MyNIC Berhad bagi mendigitalkan masyarakat di Johor daripada kaedah “off-line” kepada “on-line”. Projek ini bertujuan untuk membantu masyarakat di negeri Johor khususnya usahawan PKS untuk memiliki alamat laman web *.johor.my sendiri.

6. Pembangunan aplikasi E-Wallet yang dimiliki negeri Johor. Penggunaan e-wallet tersebut turut akan memastikan keseluruhan proses dan teknologi yang digunakan selari dengan garis panduan e-money sebagaimana yang ditetapkan oleh BNM bagi memastikan keselamatan data pengguna dan

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

3

transaksi. Melalui aplikasi e-wallet tersebut, usaha ini turut dapat dimanfaatkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Johor melalui sistem bayaran digital, bayaran cukai, saman atau fee yang berkaitan. Selain itu, pengguna dan peniaga turut akan mendapat manfaatnya selaras dengan hasrat dan agenda kerajaan dalam cashless society seterusnya mengurangkan kadar jenayah dengan pengurangan membawa tunai.

7. Mengadakan program “Science Fair” pada tahun 2020。 8. Cadangan jangka panjang untuk membangunkan “Pusat Sains Negeri”

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

4

YB DATUK ONN HAFIZ BIN GHAZI (LAYANG-LAYANG) SOALAN 2 (A65) Apakah perancangan dan tindakan kerajaan untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas lebuh raya Ayer Hitam ke Skudai? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Untuk makluman ahli yang berhormat, sebahagian besar jajaran lebuh raya utara selatan adalah dibina oleh pihak plus berhad dengan pembinaan awalan 4 lorong dua hala, manakala pembinaan 6 lorong dua hala dilaksanakan terhad kepada kawasan-kawasan yang telah termaktub di dalam perjanjian konsesi. Berdasarkan tahap level of service (LOS) pada masa tersebut, pihak plus telah melaksanakan obligasi mengikut perjanjian konsesi yang telah dipersetujui di antara kerajaan dan plus berhad. Merujuk kepada isu kesesakan yang dibangkitkan, kerajaan mengambil maklum bahawa perkara ini juga berlaku di keseluruhan jajaran lebuh raya utara selatan antaranya di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Sehubungan dengan itu, sebarang pelebaran lorong yang ingin dilakukan perlu ditanggung oleh kerajaan dan hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kemampuan kewangan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

5

YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN (KAHANG) SOALAN 3 (A7) Apa impak positif kepada rakyat negeri Johor hasil dari pelaburan yang diterima kerana kebanyakan kekosongan jawatan tidak diisi oleh rakyat negeri Johor dan nyatakan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan hari ini untuk menempatkan pencari kerja Johor di industri-industri bernilai tinggi ini? JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Secara amnya, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Johor (JTK) tidak menyediakan bakat kepada Revolusi Industri 4.0, tetapi melalui Pusat JobsMalaysia ia merupakan satu platform bagi membantu pencari-pencari kerja termasuk para graduan untuk mencari kerja sama ada di industri-industri bernilai tinggi, revolusi industry 4.0 dan juga membantu pencari kerja untuk mencari kerja di negeri Johor ini sendiri. Pusat JobsMalaysia juga membantu majikan untuk mencari calon-calon pekerja untuk bekerja di industri-industri tersebut. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh Pusat JobsMalaysia adalah seperti berikut:

i. Sistem Penjodohan Pekerjaan Jabatan menyediakan Sistem penjodohan pekerjaan automatik secara atas talian melalui portal Jobsmalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai. Majikan pula boleh mendapatkan calon untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikat mereka.

ii. Menganjurkan karnival kerjaya dan temuduga terbuka

Bagi tahun 2018 ini, sebanyak 17 Karnival Kerjaya dan 203 temuduga terbuka di seluruh negeri Johor telah dijalankan. Melalui karnival kerjaya ini, seramai 5,403 orang pencari kerja telah berjaya ditempatkan dan melalui temuduga kerjaya pula, seramai 1,919 orang telah berjaya ditempatkan. Bagi menambah penempatan pekerjaan, JTK akan terus mempergiatkan lagi program kerjasama dengan majikan yang memerlukan tenaga kerja dengan lebih aktif;

iii. Program Kembara Kerjaya 5.0

JTK juga turut bekerjasama dengan pihak Unit Swadaya Insan Johor bagi melaksanakan Program Kembara Kerjaya 5.0 di seluruh negeri Johor yang telah diadakan pada 25 hingga 28 Januari 2018.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

6

YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 4 (A89) Sejauh mana keberkesanan PIBG sebagai pemudah cara antara pihak sekolah dan PIBG itu sendiri. YB TUAN HAJI ABD. TAIB BIN ABU BAKAR (MACHAP) SOALAN 5 (A91) Sejauh mana peranan yang dapat dimainkan oleh Briged Komuniti dalam membantu pihak sekolah menangani masalah disiplin pelajar. YB TUAN CHEW CHONG SIN (MENGKIBOL) SOALAN 6 (A203) Sumbangan PIBG yang sepatutnya secara sukarela telah menjadi paksaan secara tidak bertulis dan berleluasa. Sila nyatakan langkah-langkah pengawalan untuk mencegah sumbangan paksaan PIBG. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN (Jawapan bersekali untuk soalan A89, A91 & A203) Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) di sekolah ditubuhkan adalah berdasarkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Di antara tujuan penubuhan PIBG adalah sebagai satu forum dan perkhidmatan untuk ibu bapa membantu memenuhi kehendak dan keperluan sekolah bagi tujuan kebajikan dan kemajuan murid. Peranan PIBG amatlah penting dalam membantu pihak sekolah dalam pelbagai aspek seperti akademik, jalinan dana, prasarana dan insfrastruktur, proses pendidikan dan kemajuan sesebuah sekolah.. Untuk makluman Yang Berhormat, PIBG berperanan sebagai satu persatuan yang beroperasi dengan sumber kewangan yang diperolehi hasil sumbangan daripada semua ahli atau pihak-pihak yang berhajat memberi sumbangan kepada sekolah demi kemajuan pendidikan anak-anak mereka. Dengan sumbangan yang diterima dari ahli-ahli PIBG sekolah, ianya digunakan untuk membantu sekolah dalan pelbagai aktiviti yang dijalankan di sekolah. Sebagai makluman juga, sehingga kini tiada sebarang bentuk peruntukan atau cadangan daripada pihak kerajaan bagi menyalurkan bantuan kewangan kepada PIBG. Pengoperasian dan program-program PIBG di sekolah adalah berdasarkan dana kewangan yang diterima daripada ahli-ahli ataupun pihak-pihak luar yang secara ikhlas memberi sumbangan bagi tujuan kemajuan sekolah. Perkara ini adalah bertepatan dengan matlamat penubuhan PIBG di sekolah iaitu sebagai organisasi yang sentiasa menyumbang dan menyokong setiap program dan aktiviti sekolah.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

7

Dengan Pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, melalui Anjakan ke-9, maka peranan PIBG dalam usaha membantu pelaksanaan aktiviti sekolah telah diperluaskan dengan satu inisiatif iaitu Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti (PIBK). PIBK diwujudkan bukan hanya sekadar satu inisiatif malah turut berperanan bersama PIBG dalam usaha membantu dan meningkatkan pencapaian pendidikan di sekolah dengan pelbagai aktiviti seperti jalinan kerjasama, bantuan kepakaran dalam pendidikan, kursus dan motivasi dan tidak terkecuali juga sumbangan yang berbentuk kewangan kepada sekolah. Keberkesanan PIBG dalam sesebuah sekolah amat ketara kerana ianya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah. Contohnya dengan wujudnya Briged Komuniti bagi membantu mencegah dan menyelesai masalah disiplin murid di SMK Seri Lalang, Kluang dan SMK Kangkar Pulai, Kulai telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran dan mengurangkan kadar ponteng sekolah dalam kalangan murid-muridnya. Begitu juga dengan SK Kota Kulai 2, yang telah dianugerahkan sekolah terbaik di peringkat kebangsaan kerana PIBG dan PIBK yang aktif. Selain itu, SK Kudung, Segamat juga telah menerima anugerah Pelibatan PIBK terbaik di peringkat Kebangsaan kerana telah wujud satu budaya dan iklim sekolah yang baik atas kehadiran dan peranan yang dimainkan oleh PIBGnya. Untuk makluman YB, berhubung aktiviti dan pelibatan PIBG dalam program sekolah telah pun didokumentasikan dalam portal Flipbook yang telah diwujudkan di semua sekolah. Portal Flipbook PIBG ini merakamkan semua aktiviti yang dijalankan di sekolah sebagai satu dokumen dan maklumat berhubung pelibatan PIBG di sekolah. Portal ini boleh dilayari melalui alamat berikut : https://www.synergyinaction.my/pibkbaru/flippibk/ Jelas sekali, dengan adanya pelibatan ibu bapa dan aktifnya PIBG terutamanya dalan 6 aktiviti utama sekolah seperti Hari Pendaftaran Tahun 1 dan Tingkatan 1, Mesyuarat Agung , Hari Temu Mesra, Hari pelaporan, Sukan Tahunan, dan Hari Anugerah Kecemerlangan telah menjadikan negeri Johor antara negeri terbaik dan melepasi KPI KPM dalm data E –Sarana kebangsaan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

8

YB DATUK ZAHARI BIN SARIP (BULUH KASAP) SOALAN 7 (A223) Minta kerajaan menyatakan jumlah rumah PPRT yang telah dibina kerajaan negeri sejak 2014 hingga 2018 Dan adakah ia akan diteruskan untuk tahun-tahun akan ke hadapan. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah salah satu program Kerajaan untuk penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan yang berpendapatan rendah. PPR di Negeri Johor dibangunkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan diserahkan pengurusannya kepada SUKJ Bahagian Perumahan untuk diuruskan dan dibuat pengisian kepada penyewa yang layak. Selain itu, Kerajaan Negeri Johor juga telah mengesyorkan beberapa lokasi tanah di Negeri Johor kepada pihak KPKT bagi pertimbangan pembinaan PPR pada masa yang akan datang. Ianya melibatkan beberapa daerah iaitu daerah Johor Bahru, Kulai, Pontian, Kota Tinggi, Batu Pahat dan Muar. Untuk makluman juga, sebanyak 9,537 unit PPR telah berjaya disiapkan bermula 2006 hingga 2018 manakala terdapat 2,272 unit PPR bakal disiapkan menjelang tahun 2019, 730 unit pada tahun 2020 dan 1,600 unit menjelang tahun 2021. Senarai PPR adalah sebagaimana berikut: PPR yang telah berjaya disiapkan bermula tahun 2006 sehingga tahun 2018: BIL NAMA PROJEK BIL UNIT DIBINA (UNIT) 1 PPR Desa Mutiara 2,000 2 PPR Seri Alam 241 3 PPR Sri Stulang 1,500 4 PPR Sri Iskandar 960 5 PPR Yong Peng 54 6 PPR Batu Anam 102 7 PPR Kempas Permai 2,252 8 PPR Melana Indah Fasa I 780

9 PPR Melana Indah Fasa I (Rumah Transit Belia Johor) 390

10 PPR Setia Indah 316 11 PPR Uda Utama 500 12 PPR Pelangi Indah 442 Jumlah Keseluruhan 9,537

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

9

PPR yang bakal siap menjelang tahun 2019: BIL NAMA PROJEK BIL UNIT DIBINA (UNIT) 1 PPR Melana Indah Fasa II 1,450 2 PPR Taman Perling 522 3 PPR Pengerang 300 Jumlah Keseluruhan 2,272

PPR yang bakal siap menjelang tahun 2020: BIL NAMA PROJEK BIL UNIT DIBINA (UNIT) 1 PPR Bandar Tenggara 400 2 PPR Masai 330 Jumlah Keseluruhan 730

PPR yang bakal siap menjelang tahun 2021: BIL NAMA PROJEK BIL UNIT DIBINA (UNIT) 1 PPR Permas Jaya 400 2 PPR Ulu Tiram 700 3 PPR Sembrong 500 Jumlah Keseluruhan 1,600

Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula merujuk kepada satu program yang membantu untuk membaiki rumah penduduk Malaysia yang tinggal di pedalaman bagi golongan miskin dan miskin tegar. Konsep program ini adalah dengan menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa sebagai asas pertumbuhan sesebuah keluarga. Senarai bagi golongan tersebut boleh didapatkan di Pejabat Daerah bagi setiap daerah.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

10

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 8 (A187) Apakah teknologi pertanian baharu yang digunapakai dalam memajukan sektor industri nenas bagi meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha tempatan menampung masa kini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Dalam usaha meningkatkan pendapatan pengusaha-pengusaha nenas tempatan, kerajaan melalui Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia telah memperkenalkan variasi baru nenas iaitu Nanas MD2 di mana ia boleh mendatangkan hasil lebih dua kali ganda berbanding dengan nenas Moris. Nenas MD2 mempunyai daya kebolehpasaran yang lebih baik di mana ia boleh di eksport ke luar negara kerana mempunyai ketahanan yang tinggi dan 'shelf life' yang lebih panjang berbanding nenas lain. Nenas MD2 juga menguasai lebih 70% pasaran nenas segar dunia. Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan China untuk mengekspot sejumlah 100 kontena sebulan nenas MD2. Walau bagaimanapun buat masa ini Malaysia hanya mampu mengekspot 10-20 kontena sebulan. Oleh itu pengusaha tanaman nenas adalah digalakkan untuk bertukar tanaman nenas kepada jenis MD2 bagi memenuhi permintaan ini dan pasarannya adalah terjamin. Pengusaha juga digalakkan untuk menanam nenas secara integrasi (selingan) dengan tanaman lain seperti kelapa sawit dan getah. Sementara menunggu tanaman utama tersebut mengeluarkan hasil, tanaman nanas dapat memberi dan menambah pendapatan pengusaha. Untuk tanaman kelapa sawit, nenas boleh ditanam sebanyak 2 pusingan sebelum kelapa sawit tersebut boleh dituai. Satu pusingan tanaman nenas mengambil masa 15 bulan iaitu dari mula ditanam sehingga boleh dituai.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

11

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 9 (A53) Mengikut laporan lebih ramai pelancong menggunakan Jeti Tanjung Gemuk, Rompin daripada Jeti Mersing untuk melancong ke pulau berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. Ini menjejaskan perniagaan makanan dan hotel di Mersing. Apakah rancangan kerajaan negeri Johor untuk meningkatkan balik penggunaan jeti Mersing? JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Keindahan pulau-pulau di perairan Mersing iaitu Pulau Rawa, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Tengah, Pulau Sibu, Pulau Pemanggil dan Pulau Aur sememangnya telah menjadi salah satu daya tarikan utama pelancong domestik serta antarabangsa untuk datang ke negeri Johor amnya dan daerah Mersing khususnya. Terdapat 2 kemudahan jeti terminal utama atau jeti penumpang di daerah Mersing yang menjadi pintu masuk menerusi jalan air ke pulau-pulau diperairan Mersing termasuklah ke Pulau Tioman, Pahang iaitu jeti Mersing dan jeti Tg. Leman. Berdasarkan statistik dari Jabatan Laut Negeri Johor yang diperolehi dari Majlis Daerah Mersing membuktikan bahawa jeti Mersing masih lagi menjadi pilihan utama para pelancong untuk ke pulau-pulau diperairan Mersing dan Pulau Tioman. Untuk makluman jumlah pelancong yang menggunakan jeti Mersing bagi tempoh Januari hingga Oktober 2018 adalah seramai 185,284 orang berbanding 150,288 orang bagi tempoh yang sama pada tahun 2017. Iaitu peningkatan sebanyak 23.28%. Sungguhpun demikian, kerajaan negeri melalui pelbagai agensi secara berterusan sentiasa mempertingkatkan usaha untuk terus memastikan daerah Mersing khususnya pulau-pulau diperairan Mersing mampu untuk menarik lebih ramai pelancong datang ke negeri Johor Antara usaha kerajaan negeri melalui kempen promosi dan pemasaran adalah sepertimana berikut :-

1) Mengenalpasti dan menyertai pameran pelancongan dalam dan luar negara.

2) Memperbanyakkan penerbitan bahan-bahan maklumat pelancongan

pulau-pulau perairan Mersing.

3) Menganjurkan acara-acara dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian yang dapat mengetengahkan pulau-pulau diperairan Mersing.

4) Memperbanyakan lawatan pengenalan kepada media, penulis blog,

penulis pelancongan dan agensi pelancongan dalam serta luar negara.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

12

5) Menggalakkan syarikat-syarikat produksi dari dalam dan luar negara untuk membuat penggambaran di pulau-pulau perairan Mersing.

Selain itu, kerajaan negeri dan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) telah menetapkan matlamat untuk menjadikan daerah Mersing sebagai sebuah destinasi pelancongan unggul dan mampan di negeri Johor berkonsepkan dari Hutan Hujan Ke Terumbu Karang atau From Rainforest To Reef atau ringkasnya R2R dengan izin. Konsep R2R ini merangkumi semua produk, aset dan pembangunan dari Taman Negara Endau Rompin hinggalah ke kawasan pantai, pulau dan terumbu karang diperairan Mersing. Antara inisiatif yang akan dilaksanakan adalah sepertimana berikut :-

1. Pembangunan Pelancongan Kampungstay Kampung Air Papan & Pantai Teluk Buih dimana antara komponen pembangunan termasuk pembinaan chalet serta menaik taraf rumah pengusaha homestay dan kemudahan pelancongan serta latihan kemahiran usahawan kepada peserta di bawah Program Pembangunan Modal Insan ECER.

2. Pembangunan Pelancongan Tanjung Penyabong yang merangkumi pembinaan kompleks gerai makanan laut, pusat kraftangan dan naiktaraf jeti pelancong dan nelayan.

3. Menaitaraf Jeti Sungai Jemaluang.

4. Pembangunan Pelancongan Kepulauan Mersing dimana pihak ECERDC

sedang melaksanakan pembinaan Pusat Informasi dan Perkhidmatan Taman Laut Sultan Iskandar (PIPTLSI) di Pulau Besar yang akan berfungsi sebagai Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi masyarakat setempat di Kepulauan Mersing dan akan menjadi salah satu tarikan utama pelancongan ke Kepulauan Mersing.

Manakala di Pulau Pemanggil pula pihak ECERDC akan membina jeti dan tembok penahan ombak. Saya amat yakin dengan adanya inisiatif ini bukan sahaja akan mentransformasikan dan mengukuhkan lagi daerah Mersing sebagai sebuah lagi destinasi pelancongan unggul di negeri ini tetapi juga menyumbang kepada sosio-ekonomi kepada penduduk Mersing termasuklah para peniaga dan pengusaha hotel.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

13

YB PUAN NOR HAYATI BINTI BACHOK (MAHARANI) SOALAN 10 (A117) Sila nyatakan keberkesanan peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuat kuasa pada 1 September 2015 dalam mengurangkan sisa pepejal yang dihantar ke pusat pelupusan sampah dan usaha-usaha kerajaan untuk meningkatkan amalan 3R di kalangan masyarakat bagi mengatasi lambakan sisa pepejal domestik. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Bermulanya peraturan pengasingan sisa pepejal yang berkuatkuasa pada 1 September 2015 jumlah peningkatan kadar kitar semula telah mula meningkat. Hal ini dicatatkan dari peningkatan kadar kitar semula negara pada tahun 2017 adalah sebanyak 21%, peningkatan bagi tahun 2018 adalah kepada 24.6% dan bagi tahun 2019 kepada 27%. Antara usaha yang dilaksanakan bagi meningkatkan amalan kitar semula adalah seperti berikut;

1. Memberi kesedaran melalui ceramah berterusan, pengedaran risalah 3r, risalan SAS, mengadakan pameran.

2. Kolaborasi dengan tadika dan sekolah untuk pembelajaran kepentingan jaga kebersihan dan 3R.

3. Kolaborasi dengan pusat pengajian tinggi dan sentiasa membudayakan kitar semula di pusat pembelajaran.

4. Mempromosikan kitar semula di semua tempat terutama bangunan kerajaan, pasar raya, tempat awam termasuk komuniti.

5. Telah mewujudkan modul pembelajaran kitar semula di peringkat tadika dan sekolah.

6. Menjalankan pemeriksaan dari rumah ke rumah oleh pasukan penguatkuasa bagi memastikan pengasingan dilaksanakan.

7. Kawalan dan imtipan di lakukan secara berterusan. 8. Tindakan dikenakan kepada pesalah yang melanggar peraturan.

Selain itu, Kerajaan Negeri sedang membuat kajian dengan menubuhkan Majlis Karbon Rendah Negeri Johor dan antaranya satu fungsi ialah menjalankan program seperti Iskandar Malaysia Eco-life Challenge (IMELC). IMELC merupakan aktiviti pembelajaran murid sekolah yang berkaitan agenda rendah karbon dan telah berjaya implementasikan secara berterusan di Wilayah Pembangunan Iskandar dan sebahagian sekolah di luar Wilayah Pembangunan Iskandar. Selain itu, Majlis Karbon Rendah Negeri juga bertanggungjawab untuk meningkatkan kesedaran orang awam terhadap program 3R supaya pembangunan Negeri Johor dapat dijalankan secara mampan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

14

YB TUAN YEO TUNG SIONG (PEKAN NENAS) SOALAN 11 (A163) Sila nyatakan bilangan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan bilangan KRT yang telah melaksanakan Skim Rondaan Sukarelawan di negeri Johor mengikut daerah. JAWAPAN YB TUAN DR. RAMAKRISHNAN A/L SUPIAH Bersama-sama ini dilampirkan jadual Jumlah KRT dan SRS mengikut Daerah Tahun 2018 seperti berikut:

Negeri / Daerah Jumlah KRT sebenar sehingga Tahun 2018

Jumlah SRS sebenar sehingga Tahun 2018

Johor Batu Pahat 73 39

Johor Bharu 237 126

Kluang 73 51

Kota Tinggi 50 86

Mersing 36 58

Muar 112 126

Pontian 41 29

Segamat 63 17

Ledang 35 36

Kulaijaya 81 52

Jumlah 801 620

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

15

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 12 (A36) Apakah hasil lawatan YB Exco Pelaburan ke luar negara untuk menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di Johor setakat kini ? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dalam usaha untuk menarik pelaburan asing. Antaranya adalah menganjurkan siri Misi Perdagangan dan Pelaburan setiap tahun ke beberapa buah negara dan rantau yang disasarkan. Pada tahun 2018, beberapa siri Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan telah berjaya dilaksanakan. Antaranya ialah :-

1. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke China (Beijing dan Tianjin) pada 25-31 Mac 2018

2. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Singapura (27 Ogos 2018)

3. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke China (Xiamen) Sempena

China International Fair For Investment and Trade (8-11 September 2018)

4. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Jepun dan Korea Selatan (Tokyo, Osaka dan Seoul) 14-20 Oktober 2018

5. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Indonesia Sempena Trade

Indonesia Expo, 23-26 Oktober 2018

6. Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan ke Perancis (Lyon, Toulouse, Paris dan Lille) bersekali dengan Program Seminar Peluang Pelaburan yang dianjurkan oleh pihak MIDA, 3 hingga 9 November 2018.

Pendekatan yang lebih selektif telah diterima pakai dengan menyasarkan industri-industri bernilai tinggi dan berteknologi tinggi seperti peranti perubatan, farmaseutikal, elektronik termaju, mesin dan peralatan, dan tenaga boleh diperbaharui. Dari perspektif Kerajaan kini, Johor dilihat sudah bersedia untuk memasuki fasa pembangunan yang baharu. Kerajaan melalui JSIC senantiasa memperhalusi dan menambah baik proses operasinya bagi mencapai tahap efisiensi dan efektif yang lebih tinggi serta lebih mesra pelabur untuk menarik pelaburan yang berkualiti. Pelbagai langkah telah diambil bagi mempertingkat hubungan sesama pelabur di samping membantu pelabur sewaktu fasa pelaksanaan dan operasi perniagaan

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

16

mereka. Dengan segala langkah dan dasar yang telah dilaksanakan, JSIC akan meneruskan usahanya untuk membangunkan serta mengekalkan suasana ekosistem perniagaan yang sihat bagi menjadikan Johor sebagai kuasa ekonomi di negara ini. Bagi tahun 2018, sehingga bulan Jun, berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh pihak MIDA, Negeri Johor telah menerima sebanyak 52 buah projek pelaburan yang telah diluluskan dengan nilai pelaburan keseluruhan berjumlah RM1.7 bilion yang mana DDI menyumbang sebanyak RM600 juta dan FDI pula sebanyak RM1.1 bilion. Dari jumlah ini, sebanyak 6,138 peluang pekerjaan telah dapat di hasilkan. Dari segi jumlah pelaburan keseluruhan, memang terdapat penurunan berbanding pada tahun 2017. Namun Kerajaan yakin jumlah ini mampu meningkat lagi menjelang akhir tahun ini. Begitu juga untuk tahun 2019. Kerajaan Negeri juga menyasarkan terdapat lagi prospek bagi kemasukan pelaburan baharu dan juga pengembangan pelaburan sedia ada (expansion) yang masih di dalam perbincangan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

17

YB TUAN MD. YSAHRUDIN BIN HJ. KUSNI (BUKIT NANING) SOALAN 13 (A184) Selepas 6 bulan tertubuh kerajaan, apakah inisiatif kerajaan negeri dalam usaha untuk menarik pelabur asing bagi menambah pendapatan negeri ke negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Inisiatif pertama Kerajaan Negeri adalah memberi tumpuan kepada mempromosikan Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang terbaik di Malaysia. Kerajaan Negeri melalui Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) telah menyertai Misi Galakan ke luar negara dimana Kerajaan Negeri yang diketuai Exco Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti telah menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Sehingga November 2018, beberapa siri Misi Galakan Perdagangan dan Pelaburan telah berjaya dijalankan seperti berikut :

1. Misi Pelaburan ke Beijing dan Tianjin, China (25-31 Mac 2018) 2. Misi Pelaburan ke Singapura (27 Ogos 2018) 3. Misi Pelaburan ke Xiamen, China (8-11 September 2018) 4. Misi Pelaburan ke Tokyo dan Osaka, Jepun dan Seoul, Korea Selatan

(14-20 Oktober 2018) 5. Misi Pelaburan ke Jakarta, Indonesia(23-26 Oktober 2018) 6. Misi Pelaburan ke Perancis (Lyon, Toulouse, Paris dan Lille) (3-9

November 2018) Melalui misi-misi perdagangan dan pelaburan yang disertai, Kerajaan Negeri telah menerima maklumbalas yang postif dari bakal-bakal pelabur tersebut dan akan membuat tindakan songsongan bagi setiap perbincangan yang telah diadakan sepanjang misi-misi ini diadakan. Untuk inisiatif kedua adalah, Kerajaan Negeri melalui JSIC dan agensi galakan pelaburan juga telah mengadakan beberapa kerjasama dan networking bersama komuniti perniagaan seperti Johor Chinese Chambers of Commerce, Johor Indian Business Association(JIBA), Malaysian International Chambers of Commerce & Industry (MICCI) dan Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) di dalam membentuk hubungan yang rapat bersama pelabur sediada yang melabur di Negeri Johor. Hubungan ini penting di dalam memperkasa kemajuan dan perkembangan industri sediada bagi memastikan mereka mampu terus berdaya saing dan mampu menjadi pembekal komponen / peralatan serta rakan perniagaan kepada bakal pelabur yang

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

18

akan melabur di negeri ini. Selain itu, networking bersama Persatuan Perniagaan di luar negara seperti Singapore Business Federation, Department for International Trade, UK, Bayern International adalah di antara beberapa langkah proaktif yang diambil oleh Kerajaan Negeri dan beberapa agensi-agensi pelaburan negeri dalam menjalinkan hubungan yang erat dengan persatuan perniagaan dari luar negara dalam mempromosikan Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang terbaik di rantau ini. Bagi inisiatif ketiga, Jawatamkuasa Taskforce Pelaburan, Tanah dan Utiliti (PTU) yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor telah ditubuhkan dan ianya bertindak sebagai unit khas dalam mengenalpasti dan menyelaras sebarang permasalahan serta isu dibangkitkan para pelabur atau pemain industri terutama yang melibatkan isu-isu tanah dan juga utiliti di Negeri Johor. Ini bagi memberi kepentingan kepada pelabur-pelabur yang sedia ada dan juga memberi impak yang positif kepada pelabur-pelabur baru yang akan melabur ke Negeri Johor kelak. Selain itu, lawatan dan mesyuarat berkala dengan Pihak Berkuasa Tempatan berkaitan kemajuan kawasan-kawasan perindustrian di setiap daerah juga merupakan satu inisiatif Kerajaan Negeri dalam mendapatkan maklumbalas secara terus dari pihak berkuasa tempatan yang melibatkan kawasan industri serta melawat kawasan-kawasan industri yang ada di setiap daerah terutama melibatkan infrastruktur, utiliti dan isu-isu berkaitan dengan industri.. Sehingga November 2018, dua mesyuarat dan perbincangan di kawasan-kawasan industri telah diadakan iaitu di Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Segamat. Untuk tahun 2019, beberapa daerah akan dilawati bagi mendapatkan rangkuman secara terperinci keseluruhan kawasan industri di semua daerah Negeri Johor.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

19

YB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN (GAMBIR) SOALAN 14 (A35) Mohon nyatakan statistik pelaburan di negeri Johor dari tahun 2016 - 2018 dan langkah-langkah yang diambil untuk melonjakkan jumlah pelaburan di negeri ini. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Pada tahun 2016, jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Johor adalah sebanyak RM26.4 bilion di mana pelaburan tempatan mendominasi pelaburan iaitu sebanyak RM15.21 bilion berbanding pelaburan asing iaitu sebanyak RM11.19 bilion. Bagi pelaburan untuk tahun 2017, pelaburan tempatan yang diterima adalah sebanyak RM16.83 bilion berbanding pelaburan asing iaitu sebanyak RM5.10 bilion. Jumlah pelaburan yang diterima oleh Negeri Johor adalah sebanyak RM21.93 bilion. Manakala sehingga Jun 2018, Negeri Johor telah menerima pelaburan sebanyak RM1.69 bilion di mana pelaburan asing lebih tinggi jumlah nilai pelaburan iaitu sebanyak RM1.11 bilion berbanding dengan pelaburan tempatan iaitu sebanyak RM580.7 juta. Berikut adalah statistik pelaburan di Negeri Johor dari tahun 2016 sehingga Jun 2018 dan pecahan pelaburan adalah seperti berikut : Tahun Pelaburan

Tempatan (RM) Pelaburan Asing

(RM) Jumlah Pelaburan

(RM) 2016

15.21 bilion 11.19 bilion 26.4 bilion

2017

16.83 bilion 5.10 bilion 21.93 bilion

2018 (Jun 2018)

580.7 juta 1.11 bilion 1.69 bilion

Pelbagai usaha telah dijalankan dalam menarik pelaburan ke Negeri Johor. Kerajaan Negeri telah menubuhkan Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) dimana ianya sebuah agensi kerajaan di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) dan telah ditubuhkan sejak tahun 2004. Sebagai sebuah agensi pusat sehenti (One Stop Centre), JSIC berperanan membantu pelabur yang ingin melabur dan membawa masuk pelaburan luar dan dalam negara ke Negeri Johor dan ianya memastikan segala keperluan yang diperlukan oleh bakal pelabur dapat dipenuhi dengan kerjasama agensi kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan. Selain itu, Kerajaan Negeri telah menyertai Misi Galakan ke luar negara dengan menghantar delegasi perdagangan bagi menarik pelaburan dari luar negara dan mempromosikan Negeri Johor sebagai destinasi pelaburan yang utama di Malaysia

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

20

samada dengan cara bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui agensinya iaitu MIDA (Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia) mahupun Misi Galakan Pelaburan Kerajaan Negeri sendiri. Delegasi ini bertujuan untuk menyalur serta menyampaikan maklumat kepada pelabur asing mengenai potensi pelaburan di Negeri Johor sama ada melalui seminar pelaburan, mesyuarat dan juga business matching. JSIC juga memainkan peranan untuk membina jaringan hubungan (networking) menerusi pejabat MIDA di luar negara. Untuk tahun 2018, beberapa misi galakan pelaburan Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan misi pelaburan ke negara-negara seperti Singapura, Jepun,Korea Selatan, China, Indonesia dan juga Perancis. Kerajaan Negeri juga akan terus meningkatkan kemudahan – kemudahan sokongan yang penting bagi menyediakan suasana pelaburan yang kondusif kepada pelabur iaitu penyediaan kawasan industri yang moden, tersusun dan dilengkapi dengan kawalan keselamatan tertinggi, penyediaan infrastruktur terkini seperti high speed broadband, bekalan elektrik tanpa gangguan, gas asli dan bekalan air pada kadar harga yang kompetitif. Tambahan kepada perkara di atas adalah penyediaan kawasan kediaman yang kondusif dan selamat kepada keluarga ekspatriat yang akan menetap di sini, kemudahan pendidikan bertaraf antarabangsa kepada anak-anak ekspatriat yang akan menuntut di Johor, penyediaan kawasan rekreasi, kesihatan dan pusat membeli belah yang bertaraf antarabangsa sebagai kemudahan tambahan kepada mereka. Penyediaan kemudahan-kemudahan ini akan menggalakkan ekspatriat untuk menetap di negeri Johor dan memberikan maklumbalas yang baik kepada bakal pelabur yang akan melabur di sini. Kerajaan Negeri akan terus menambahbaik dasar mesra pelabur dengan menyediakan insentif tambahan yang bersesuaian di peringkat negeri sebagai menyokong pelbagai insentif yang telah diberikan oleh Kerajaan Pusat khususnya dengan menyediakan sokongan perkhidmatan yang terbaik, efisien dan kelulusan yang cepat tanpa kerenah birokrasi bagi membolehkan pelabur mendapatkan segala kelulusan yang diperlukan dalam tempoh yang singkat. Kerajaan Tempatan di Negeri Johor sentiasa bertindak lebih proaktif di dalam menyelesaikan aduan pelabur. Kerajaan Tempatan dan JSIC juga telah menyediakan maklumat database yang lengkap berkaitan kawasan perindustrian dan kawasan yang telah digazet sebagai kawasan industri bagi membolehkan JSIC menyelaras dan mempromosikan kawasan perindustrian di semua daerah secara lebih berkesan. Agensi-agensi Kerajaan Pusat yang berkaitan seperti Jabatan Kastam, Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan lain-lain turut diharapkan dapat membantu pelabur mendapatkan kelulusan yang diperlukan dalam masa yang pantas bagi mendokong aspirasi Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri di dalam menyediakan kemudahan mesra perniagaan yang bertaraf antarabangsa. Segala ekosistem yang berkaitan ini akan mampu menjadikan negeri Johor sebagai pilihan pertama kepada pelabur untuk melabur di negeri Johor. Kerajaan Negeri sentiasa memberi komitmen tinggi untuk mengekal persekitaran perniagaan yang menyediakan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

21

dan meraih keuntungan. Kerajaan juga sentiasa mendapatkan maklum balas daripada komuniti perniagaan melalui saluran-saluran perundingan seperti dialog-dialog yang sering diadakan antara kerajaan dan sektor swasta bagi membolehkan pelbagai komuniti perniagaan menyuarakan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan yang melibatkan mereka. Bagi memastikan usaha tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih lancar, penubuhan Jawatankuasa Pelaburan Johor (JIC) yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Johor bertujuan menyelaras segala aktiviti pelaburan dan memastikan kesinambungan pelaburan sedia ada serta menambahbaik segala polisi pelaburan sedia ada. Manakala pada Julai 2018, Jawatankuasa Taskforce Pelaburan, Tanah dan Utiliti (PTU) yang dipengerusikan oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti Negeri Johor telah ditubuhkan dan bertindak sebagai unit khas dalam mengenalpasti dan menyelaras sebarang permasalahan serta isu dibangkitkan para pelabur atau pemain industri terutama yang melibatkan isu-isu tanah dan juga utiliti di Negeri Johor. Kerajaan Negeri Johor juga menyokong penuh semua skim galakan kepada para pemodal yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan. Skim galakan merupakan antara daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Dalam usaha ini, Kerajaan Persekutuan telah memberi beberapa kelebihan kepada pemodal yang bertaraf perintis seperti pengecualian cukai untuk tempoh tertentu. Dalam usaha membolehkan pemodal asing melabur di sini, kerajaan juga melonggar peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek atau perniagaan. Keistimewaan ini dapat menarik para pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing. Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri Johor sentiasa menyokong apa jua langkah yang telah dilaksanakan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan terus komited menggalakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negeri Johor.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

22

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A.RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 15 (A193) DUN Senggarang terdapat 2 pantai yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar daerah. Adakah kerajaan Negeri Johor bercadang untuk membangunkan kedua-kedua tempat pelancongan ini dengan menyediakan kemudahan asas untuk pengunjung seperti tempat letak kereta, tandas dan menaik taraf tempat perniagaan. JAWAPAN YB CIK LIOW CAI TUNG Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat (penggantian) 2030, Pantai Sungai Lurus dan Pantai Minyak Beku termasuk dalam senarai produk pelancongan berasaskan eko. Sememangnya terdapat cadangan untuk membangunkan dan menaiktaraf kemudahan asas di kedua-dua lokasi berkenaan. Antara cadangan tersebut adalah dengan meningkatkan tahap kebersihan kawasan tersebut serta mewujudkan aktiviti yang dapat menarik kedatangan pengunjung seperti permainan layang-layang dan perkelahan. Terdapat juga cadangan penyediaan tempat letak kenderaan yang mencukupi yang lengkap dengan garisan dan papan tanda serta kemudahan tandas dan surau yang bersih. Selain itu juga terdapat cadangan untuk menyediakan kemudahan sokongan seperti gerai yang menarik bagi menyokong aktiviti dikawasan tersebut. Untuk makluman, Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat (penggantian) 2030 kini diperingkat draf akhir dan pembangunan dikedua-dua lokasi ini akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Pejabat Daerah Batu Pahat dengan pemantauan dari Jabatan Pengaliran dan Saliran Negeri Johor memandangkan kedua-dua lokasi ini berada di dalam rizab pantai.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

23

YB TUAN ROSELILI BIN JAHARI (JOHOR LAMA) SOALAN 16 (A201) Pembinaan Pusat Pembuangan Sampah KEJORA di tapak berhampiran Perkampungan Gugusan Lokheng. Memandangkan Gugusan ini terdapat isu kekurangan air bersih, dan akan ada isu baru lalat dan penyakit, Apakah tindakan kerajaan untuk atasi masalah ini. JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Cadangan membina dan menyiapkan kerja-kerja pembinaan, menguji serta mentauliah Projek Pembinaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Baru untuk Lembaga Bandaran Johor Tenggara (LBJT) di atas PTD 1699 seluas 180 ekar, di Mukim Sedili Kecil, Daerah Kota Tinggi, Johor ini merupakan projek KEJORA yang menggunakan Peruntukan Pembangunan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (EPU, MEA) berjumlah RM25,000,000.00 yang mana peruntukan diterima dari tahun 2015 hingga 2017. Untuk makluman, tapak pelupusan sedia ada sudah hampir ke tahap maksimum pengunaannya dan memerlukan tapak baru bagi menampung keperluan yang akan datang. Tempoh penggunaan tapak pelupusan sedia ada di PTB 1438 Zon Penawar dan PTB 118 Zon Tenggara telah tamat pada tahun 2015. Tapak ini merupakan tapak pelupusan terbuka (open dumping) yang menimbulkan pelbagai masalah sampingan seperti pencemaran bau dan mengundang kehadiran lalat. Kedudukan tapak pelupusan sedaia ada juga kurang strategik memandangkan ianya berhampiran dengan Kawasan perumahan dan pelancongan terutama Kawasan pelancongan Desaru yang dibangunkan oleh Khazanah Nasional Berhad. Berikutan tapak pelupusan sedia ada yang telah hampir penuh penggunaannya, pihak LBJT melalui KEJORA telah memohon tapak yang baru iaitu di PTD 1699 Mukim Sedili Kecil yang merupakan tanah kerajaan yang bersempadanan antara FELDA Lok Heng Timur, Ladang Ulu Papan dan FELDA Papan Timur bagi menggantikan tapak pelupusan sedia ada. Status tanah yang dipohon untuk dirizabkan ini telah dipersetujui oleh Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Johor melalui surat Bil.(2) dlm PTG.04/09/02/1601/0002/2010/0388/2010 bertarikh 20 September 2010. Tapak pelupusan sisa pepejal yang dicadangkan ini adalah sejauh 2.5km (air distance) jauhnya dari tapak penempatan terdekat di FELDA Lok Heng. Jarak ini adalah melebihi jarak zon penampan bagi pembangunan yang ditetapkan. Reka bentuk tapak pelupusan sisa pepejal beserta kemudahan-kemudahan berkaitan dengannya adalah sebagaimana akta, peraturan dan garis panduan semasa jabatan-jabatan berkenaan seperti:-

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

24

a) Jabatan Alam sekitar (JAS) b) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) c) Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

Ia adalah merupakan tapak pelupusan jenis Sanitari yang bermaksud sampah akan dilupuskan secara selamat, bersih, tertutup serta tidak mencemarkan alam sekeliling. Hanya sampah dari jenis sampah domestik sahaja yang akan dilupuskan di sini. Tiada sisa berjadual (schedule waste) atau sisa perindustrian boleh dilupuskan di tapak ini. Sampah yang dilupuskan akan segera ditutup pada setiap hari operasi bagi mengelakkan masalah vector dan pencemaran bau. Tapak pelupusan ini secara keseluruhannya dilengkapi dengan lapisan HDPE Lining bagi mengelakkan larut lesap leachate ke air bawah tanah dan air sungai. Leachate akan dirawat mengikut piawaian sebagaimana keperluan akta ‘Environmental Quality (Control of Pollution from Solid Waste Transfer Station dan Landfill) Regulations 2009 (PU(A)433) – Second Schedule (Regulation 13) Acceptable Conditions for Discharge of Leachate’. Bagi mengatasi masalah pencemaran sungi dan sumber bekalan air, sistem perparitan air permukaan dan air dari aktiviti sampah iaitu Leachate akan diasingkan. Leachate akan dirawat dengan kemudahan loji rawatan Leachate sebagaimana kehendak perundangan semasa. Oleh itu, pencemaran sumber air sedia ada akan dapat dielakkan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

25

YB PUAN CHEW PECK CHOO (YONG PENG) SOALAN 17 (A213) Apa langkah akan atau bakal diambil oleh kerajaan negeri demi mengelakkan pencerobohan di Empangan Bekok dan Empangan Sembrong yang khuatiri akan mencemarkan bekalan air. JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Banyak alternatif yang Jabatan telah dan akan laksanakan dalam usaha membanteras kegiatan pencerobohan di Empangan Bekok dan Empangan Sembrong. Antaranya adalah; 1. Memasang pagar di perimeter empangan. 2. Mempamerkan papan tanda amaran di beberapa lokasi sekitar empangan. 3. Bekerjasama dengan pihak Pejabat Tanah Daerah bagi isu yang melibatkan

penguatkuasaan terhadap pencerobohan. 4. Membuat laporan polis apabila berlakunya pencerobohan. 5. Bekerjasama dgn pihak BAKAJ bagi mengawal aktiviti di kawasan tadahan

empangan. 6. Bekerjasama dgn KATS dalam menyediakan pelan ukuran kawasan bagi

tujuan proses perizaban. Beberapa perbincangan yang dipengerusikan Timbalan Ketua Setiausaha KATS telah diadakan. Setelah kawasan ini dirizab nanti, tindakan yang lebih efektif boleh diambil khasnya melibatkan penguatkuasaan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

26

YB DATO' HAJI ZULKURNAIN BIN HAJI KAMISAN (SRI MEDAN) SOALAN 18 (A219) Berapakah peruntukan yang dikhususkan untuk projek-projek pembersihan atau penyelenggaraan parit di Negeri Johor bagi mengatasi masalah banjir di Negeri Johor? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Peruntukan bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan oleh JPS Negeri Johor bagi tahun 2018 adalah sebanyak RM38.76juta. Jumlah ini merangkumi pelbagai kerja penyelenggaraan termasuk penyelenggaraan sungai, parit, sistem saliran, pengairan, bangunan, kenderaan dan lain-lain. Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak RM25.0juta diperuntukkan bagi kerja-kerja penyelenggaraan parit di Negeri Johor.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

27

YB TUAN CHEN KAH ENG (STULANG) SOALAN 19 (A111) Adakah Kerajaan boleh mempertimbangkan untuk membina rumah pangsa dengan unit satu bilik atau studio bagi menampung keperluan permintaan penyewa yang belum berkahwin atau mereka yang sudah tua dan tidak berkahwin? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah keseluruhan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di Negeri Johor adalah sebanyak 3,025 unit. Rumah Pangsa Awam Larkin merupakan Rumah Sewa Kerajaan (RSK) di bawah seliaan SUKJ Bahagian Perumahan yang berjumlah 1,118 unit dan diklasifikasikan kepada 3 jenis, sebagaimana berikut:

Jenis Bilik Jumlah Unit Kadar Sewaan (RM) 1 Bilik 192 RM 70 2 Bilik 567 RM 130 3 Bilik 359 RM 150

Rumah Sewa Kerajaan (RSK) ini disewakan kepada pemohon yang layak dalam tempoh sewaan 2 tahun dan boleh diperbaharui sekiranya penyewa tersebut masih menepati syarat am kelayakan Rumah Sewa Kerajaan. Untuk makluman dewan yang mulia jua, syarat-syarat bagi permohonan Rumah Sewa Kerajaan antaranya ialah pemohon mestilah telah berkahwin. Namun, bagi pemohon berstatus bujang dan umur melebihi 50 tahun serta mempunyai tanggungan orang tuanya, pemohon bolehlah membuat rayuan dalam bentuk surat rasmi ke SUKJ Bahagian Perumahan sekiranya berminat untuk menyewa di kediaman tersebut.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

28

YB DATO' IR. SYED SIS BIN SYED A. RAHMAN (TG. SURAT) SOALAN 20 (A1) Berapakah harga satu meter padu air mentah dari sumber Sistem PAMER Petronas ke Empangan Sg. Lebam, Pengerang dan siapakah akan menanggung kos bekalan air mentah ini? JAWAPAN YB TUAN JIMMY PUAH WEE TSE Sistem PAMER merupakan suatu sistem agihan air yang dibangunkan sendiri oleh pihak Petronas dalam usaha mereka memastikan bekalan air ke kawasan RAPID tidak terjejas.Sistem ini melibatkan pemindahan air dari satu lembangan sungai ke lembangan sungai yang lain,’ inter basin transfer’, dengan izin. Iaitu melibatkan pemindahan air mentah dari Sungai Sedili ke Empangan Seluyut sebelum dipam agar dapat diagihkan ke kawasan RAPID sejauh lebih kurang 33km. Bagi kawasan Pengerang pula, bekalan air minum dibekalkan oleh pihak Ranhill SAJ melalui bekalan air mentah yang diperolehi dari Empangan Lebam dan bukannya Empangan Seluyut (Petronas).Air mentah dari Empangan Lebam merupakan sumber air mentah utama bagi kawasan Pengerang sebelum diproses menjadi air minum oleh Ranhill SAJ seterusnya dibekalkan ke kawasan Pengerang.Selagi Empangan Lebam masih berkemampuan membekalkan air mentah maka tidak akan timbul apa jua kos yang ditanggung bagi membekalkan air mentah ke Pengerang melalui sistem agihan PAMER. Namun, pada ketika negeri Johor mengalami episod kemarau pada sekitar tahun 2014-2016, paras simpanan air mentah Empangan Lebam telah menurun sehingga paras yang amat membimbangkan. Keadaan ini telah memaksa kerajaan negeri pada ketika itu supaya mengaktifkan pengepaman air dari Empangan Seluyut ke Empangan Lebam melalui sistem paip PAMER agar bekalan air penduduk Pengerang tidak terjejas.Pengepaman air mentah tersebut telah dihentikan setelah paras Empangan Lebam berada pada paras stabil dan sehingga kini operasi pengepaman tersebut masih belum diaktifkan berdasarkan prestasi keupayaan Empangan Lebam menyimpan air mentah sediada. Kerajaan negeri pada ketika itu telahpun memulakan perbincangan bersama pihak pemilik PAMER dan sehingga kini perbincangan tersebut masih diteruskan agar mekanisma harga yang dapat dipersetujui oleh semua pihak dicapai.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

29

YB TUAN TEE BOON TSONG (SENAI) SOALAN 21 (A26) Berapakah sistem cctv di kawasan Kulai yang masih berfungsi? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Sebanyak 33 unit Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang masih berfungsi di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16 unit CCTV yang dipasang adalah di bawah peruntukan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Manakala sebanyak 17 unit CCTV adalah di bawah peruntukan MPKu. Lokasi pemasangan CCTV di kawasan pentadbiran MPKu seperti berikut : 1. CCTV DI BAWAH PERUNTUKAN KPKT – 16 Unit

1.1. C01 : Hadapan Maybank Kulai

1.2. C02 : UOB Bank, Kulai Besar

1.3. C03 : Public Bank, Kulai Besar

1.4. C04 : Bank Rakyat & Hong Leong

1.5. C05 : Persiaran Utama Indahpura

1.6. C06 : Terminal Bas & Pasar Awam

1.7. C07 : Kawasan AM Bank Jalan Pasar

1.8. C08 : Tempat Letak Kereta Hadapan Balai Bomba

1.9. C09 : Dataran Cahaya Bukit Liki

1.10. C010 : Persimpangan Lampu Isyarat Tol Kulai

1.11. C011 : Kawasan TJ Mart Kulai

1.12. C012 : Hutan Bandar Putra

1.13. C013 : Shell Batu 21 (Jalan Susur Kulai 5)

1.14. C014 : Tempat Letak Kereta Flat Temenggung

1.15. C015 : Petronas Bandar Putra

1.16. C016 : Persimpangan Persiaran Indahpura 4

2. CCTV DI BAWAH PERUNTUKAN MPKu – 17 Unit

2.1. Ku01 : Persimpangan Lampu Isyarat kota Tinggi

2.2. Ku02 : Persimpangan Lampu Isyarat jalan Ismail / KCP

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

30

2.3. Ku03 : Bulatan Taman Gunung Pulai/Taman Putri

2.4. Ku04 : Jalan Sri Putra 1 (Bank Muamalat)

2.5. Ku05 : CIMB Indahpura

2.6. Ku06 : Persimpangan Lampu Isyarat Jalan Siantan

2.7. Ku07 : Persimpangan Lampu Isyarat BT 19

2.8. Ku08 : Jalan Pejabat Kerajaan

2.9. Ku09 : Hadapan Pejabat MPKu

2.10. Ku10 : Berhampiran Bulatan IRIS

2.11. Persimpangan Hadapan Pejabat Genting

2.12. Hadapan Caltex IOI

2.13. Berdekatan Jejanatas Bandar Senai

2.14. Jalan Belimbing senai RHB Bank

2.15. Jalan Senai Utama (BSN)

2.16. Ku16 : Hadapan Produa BT 21

2.17. Persimpangan Sport City / Jusco

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

31

YB TUAN EE CHIN LI (TANGKAK) SOALAN 22 (A147) Bilakah perjanjian syarikat pengurusan Air Terjun Gunung Ledang Resort akan tamat dan apakah rancangan Kerajaan supaya keselamatan, kebersihan dan keindahan di situ dapat dikekalkan dan ditambahbaikkan. JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Perjanjian Kerajaan Johor bersama syarikat pengurusan Air Terjun Gunung Ledang Resort telah bermula pada 14 Mac 1992 selama tempoh 30 tahun dan akan tamat pada tahun 2022. Keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah PTNJ Bil. 1/2017 telah memutuskan bahawa proses pengambil alihan dan penyerahan kepada PTNJ hanya akan dijalankan setelah proses penamatan perjanjian dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh pihak UPENJ.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

32

YB TUAN IR. HAJI KHAIRUDDIN BIN A.RAHIM (SENGGARANG) SOALAN 23 (A190) Adakah kerajaan bercadang untuk membina pelabuhan baru yang lebih moden mengantikan perlabuhan “barter trade” yang daif dan tidak terurus di Minyak Beku? JAWAPAN YB TUAN HAJI MAZLAN BIN BUJANG Secara dasarnya, pada 30 Mac 2005, Kerajaan Negeri Johor telah bersetuju menerima cadangan pembangunan tanah kerajaan secara penswastaan di atas tanah berkeluasan 191 ekar bagi tujuan penyediaan infra dalam bentuk pelabuhan baru dengan mengekalkan konsep lintas batas barangan dagangan (LBBD) atau “barter trade”, dengan izin. Pada 29 November 2006 pula, tiga (3) jenis perjanjian telah pun ditandatangani Bersama syarikat Second Port Logistic Sdn. Bhd. (SPLSB) merangkumi Perjanjian Penswastaan, Perjanjian Pembangunan dan Perjanjian Pajakan. Pihak SPLSB dikehendaki melaksanakan pembangunan Jeti Pelabuhan secara LBBD dengan tujuan utama untuk memperkasakan system kawalan keluar masuk barang dagangan dan dalam masa sama akan menggantikan jeti-jeti daif di Minyak Beku, khususnys di sepanjang persisiran Sungai Batu Pahat. Turut dirancang adalah komponen-komponen sokongan utama dalam melaksanakan operasi jeti yang melibatkan kargo cecair tidak berbungkus (liquid bulk), Kawasan laut (marine yard), Kawasan kontena (container yard), terminal kargo am (general cargo terminal), kompleks terminal penumpang, kemudahan kastam, imigresen, pusat kuarantin, plot-plot industry, gudang, kawasan terbatas (bounded area) dan infra serta utility asas yang perlu. Disamping pulangan bentuk tunai yang dikenakan, pihak SPLSB turut dikehendaki melunaskan pulangan bukan tunai (in kind) dalam bentuk: a) Kerja melebar dan menaiktaraf Jalan Kg. Sg. Kajang sejauh 3.8 km. b) Membina sebuah sekolah agama yang akan ditentukan lokasi. c) Melaksanakan Kajian Koridor Sg. Batu Pahat (River Corridor Study) dengan

terma rujukan akan ditentukan oleh kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor pada April 2018, telah mengambil keputusan supaya cadangan pembangunan marin dan berkaitan adalah dibatalkan. Justeru itu, satu kertas perakuan baharu akan dibawa kepada kerajaan negeri bagi memperincikan keputusan tersebut dengan mengambil kira pandangan SPLSB, panel peguam dan YB. Penasihat Undang-Undang Negeri Johor.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

33

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN 24 (A103) Apakah perancangan perbandaran Ulu Tiram sedangkan ada rancangan menempatkan bangunan-bangunan lama seperti terminal bas, teksi dan sebagainya. Sila jelaskan status dan jadual perlaksanaannya. JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Bagi makluman, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan kajian Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi kawasan Ulu Tiram yang dijadualkan akan bermula pada Mac 2019. Melalui kajian tersebut kawasan-kawasan yang dahulunya terpinggir dari arus pembangunan akan diberi perhatian yang lebih khusus dan halatuju pembangunan kawasan akan dirangka dengan lebih terperinci. Walau bagaimanapun, berkaitan dengan kenyataan untuk menempatkan bangunan-bangunan lama seperti terminal bas, teksi dan sebagainya, pihak MBJB masih belum mempunyai sebarang cadangan untuk memindahkan lokasi kemudahan-kemudahan tersebut. Namun begitu, kesesuaian ke atas lokasi berkenaan akan diambilkira dalam kajian RKK yang akan dilaksanakan tersebut.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

34

YB DATO' SH. AZIZAH BINTI DATO' SYED ZAIN (PENAWAR) SOALAN 25 (A125) Harga kelapa sawit yang merudum jatuh ke sekitar RM350 satu tan telah menjejaskan pendapatan peneroka Felda dan apakah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan untuk membantu peneroka meneruskan kelangsungan hidup mereka? JAWAPAN YB TUAN SR. DZULKEFLY BIN AHMAD Dasar Pendapatan Minima Peneroka FELDA telah diperkenalkan sejak Mei 1988 iaitu sebanyak RM350 pada ketika itu dan dinaikkan kepada RM600 pada tahun 2000 seterusnya kepada RM1,000 pada tahun 2009. Di bawah dasar ini peneroka tidak dikenakan apa-apa potongan yang berkaitan dengan kos pembangunan kebun sekiranya pendapatan pada sesuatu bulan tidak mencapai pendapatan minimum tersebut setelah ditolak kos operasi kebun dan hutang persendirian. Kos operasi kebun meliputi urusan pengangkutan hasil Buah Tandan Segar (BTS), kos baja (bahan dan upah) serta jalan pertanian. Manakala hutang persendirian terdiri dari hutang kedai, hutang sosio-ekonomi seperti Pinjaman Pembesaran Rumah Peneroka (PPP) dan saham FGV serta caruman hari raya dan caruman tanam semula.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

35

YB TUAN VIDYANANTHAN A/L RAMANADHAN (KAHANG) SOALAN 26 (A11) Berapa banyak peruntukkan yang telah diluluskan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Negeri Johor sejak bulan jun 2018 hingga 15hb November 2018 bagi tujuan infrastruktur dan program serta sila kemukakan senarainya. JAWAPAN YB TUAN HAJI AMINOLHUDA BIN HAJI HASSAN Dalam rekod Jabatan Pendidikan Negeri Johor, tiada peruntukan infrastruktur dan program yang diluluskan kepada SJK(T) sejak bulan Jun 2018 hingga 15 November 2018. Walau bagaimanapun dalam tempoh tersebut sebanyak RM840,000.00 bagi perolehan kerja-kerja sedang dilaksanakan dan siap menggunakan peruntukan yang diluluskan pada tahun 2017. Berikut adalah senarai sekolah terlibat : SJK(T) Masai – RM300,000.00 SJK(T) Desa Cemerlang – RM200,000.00 SJK(T) Ladang Pamol – RM60,000.00 SJK(T) Jalan Setesyen Paloh – RM116,000.00 SJK(T) Jalan Bukit Rengam – RM114,000.00 SJK(T) Cep. Niyor Kluang – RM50,000.00

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

36

YB PUAN GAN PECK CHENG (PENGGARAM) SOALAN 27 (A172) Mengapa bangunan Starbuck Batu Pahat di Jln Tan Swee Hoe dapat diluluskan, walaupun pembinaan bangunan tersebut tidak mengikut peraturan yang sedia ada ditetapkan, misalan ketiadaan “set back”? JAWAPAN YB TUAN TAN HONG PIN Plot pembangunan Starbuck telah diluluskan sebagai plot komersial di dalam pelan susunatur keseluruhan Taman Flora Utama yang telah mendapat kelulusan Serahan Balik Kurnia Semula (SBKS) pada tahun 2000 . Pelan bangunan dan pelan Kebenaran Merancang Pembinaan (KMP) yang telah diluluskan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah tercatat wujudnya ruang bagi kegunaan ‘drive thru’ kepada pemajuan ini. Selaras dengan itu, juga berdasarkan kepada surat Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Johor bertarikh 8 Jun 2016 memaklumkan telah menerima rayuan bagi membuat bukaan baru selebar 4.2 meter bagi tujuan susur keluar ke Jalan Tan Swee Hoe dengan syarat hanya untuk tujuan susur keluar sahaja dan perlu menyediakan ‘decelaration lanes’ di persimpangan susur keluar tersebut serta khas bagi kenderaan ringan sahaja. Bangunan Starbuck di plot seluas 0.349 ekar yang mendapat ulasan teknikal sekitar tahun 2000 dan kelulusan pindaan keseluruhan susunatur Taman Flora pada tahun 2006 telah mendapat kelulusan untuk sebuah plot komersial dengan syarat serahan 17 kaki bagi yang menghadap Jalan Tan Swee Hoe. Ketika itu tiada luas minima dihadkan untuk pembangunan plot komersial. Lot ini telah dicadangkan untuk pembangunan hotel 2-4 tingkat dan 1 tingkat restoran makanan segera pada tahun 2015 berdasar kepada kelulusan terdahulu pada tahun 2010 yang pernah diperolehi untuk pembangunan 4 tingkat hotel pada plot yang sama dan ia telah mendapat kelulusan dengan telah mematuhi syarat anjakan sisi 20 kaki tersebut. Mengambil kira kedudukan plot yang terhad untuk pembangunan komersial dan mengambilkira hadapan bangunan adalah tidak menghadap jalan utama Jalan Tan Swee Hoe, anjakan yang menghadap Jalan Tan Swee Hoe di anggap sebagai anjakan sisi dengan mengikut garis panduan 20 kaki dari sempadan lot kepada dinding bangunan. Manakala bahagian yang menghadap Jalan Flora Utama 8 dianggap sebagai anjakan hadapan yang disyaratkan bersaiz 50 kaki sehingga ke sempadan lot. Anjakan ke talian rentis TNB juga telah melebihi 20 kaki berdasar kepada penyediaan ruang tempat letak kereta kepada pembangunan ini. Anjakan sisi tersebut yang menghadap Jalan Tan See Hoe bukan jalan perkhidmatan dan ianya tidak diserah kepada Kerajaan Negeri.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

37

Bangunan ini telah mematuhi syarat anjakan dan telah mendapat kelulusan Pelan Kebenaran Merancang/Pelan Bangunan pada tahun 2016 dengan ulasan dari pelbagai jabatan teknikal berkaitan. Berdasar kepada anjakan sisi 20 kaki menghadap Jalan Tan Swee Hoe, syarat utama pembangunan adalah tidak membenarkan laluan keluar masuk daripada Jalan Tan Swee Hoe sebaliknya menggunakan laluan keluar masuk daripada Jalan Flora Utama 8. Kelulusan Sijil layak Menduduki (CCC) bagi Restoran Starbuck telah dikeluarkan pada 15 November 2017.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

38

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 28 (A55) Berhubung dengan tumpahan minyak di Perairan Taman Laut Sultan Iskandar, terdapat 8 kes pencemaran minyak oleh kapal-kapal berlayar di Perairan Taman Laut Sultan Iskandar. Apakah tindakan atau solusi kerajaan negeri Johor untuk mengatasi masalah ini? JAWAPAN YB TUAN DR. SAHRUDDIN BIN JAMAL Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Alam Sekitar ada merekodkan kesemua aduan ini. Walau bagaimanapun, apa yang menjadi kesukaran ketika menjalankan siasatan adalah mengenal pasti punca kejadian memandangkan kawasan perairan tersebut dikenal pasti sebagai laluan perkapalan utama timur dan barat. Proses mengenal pasti menjadi agak sukar sekiranya kapal-kapal ini dengan sengaja melepaskan minyak sewaktu dalam pelayaran. Kapasiti dan logistik yang amat terhad oleh pihak Jabatan Alam Sekitar memaksa kerjasama erat dengan agensi-agensi lain termasuk APMM dan Jabatan Laut dalam usaha membantu mengesan kapal-kapal yang melakukan aktiviti ini.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

39

YB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN BIN MOHD. YASSIN (GAMBIR) SOALAN 29 (A30) Mohon nyatakan janji-janji manifesto Pakatan Harapan Negeri Johor yang telah berjaya dilaksanakan dalam tempoh 100 hari mentadbir kerajaan negeri. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Johor komited dalam menunaikan janji terutama menyelesaikannya dalam tempoh 100 Hari pentadbiran Kerajaan Baharu. Untuk pengetahuan semua ahli dewan yang mulia ini, janji-janji yang diberikan telah pun berjaya dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 100 hari. Cuma pada hemat saya, hanya satu sahaja lagi yang belum tercapai iaitu hasrat saya untuk memegang jawatan Menteri Besar Maksimum 2 Penggal, harap pihak sebelah sana dapat tabah dan bersabar selama 2 penggal sebelum ianya tercapai sepenuhnya kerana ianya merupakan Janji dalam Manifesto Pakatan Harapan Johor. Tersebut adalah antara Janji-janji yang berjaya diselesaikan dalam tempoh 100 hari: 1. Hapus Kuota Menegak Kerajaan (KMK): telah pun dimuktamdkan dan

dilaksanakan pada tarikh 6 Julai 2018, sekaligus sebuah jawatankuasa khas juga telah ditubuhkan bagi meneliti semula proses permohonan RMMJ.

2. Tender Terbuka Kepada Semua Kontrak Kerajaan Negeri Johor: telah

pun dilaksanakan pada bulan Julai setelah Surat Pekeliling Arahan Pelaksanaan Tender Terbuka di keluarkan dan diaplikasikan kepada semua agar ketelusan dan kecekapan lebih terjamin sekali gus keadilan dapat dilaksanakan secara mampan.

3. Bayaran Tunggakan Sewa PPR – DISKAUN 50%: inisiatif ini telah

dilaksankan pada Julai setelah diluluskan oleh MMK pada 18 Julai 2018. Untuk pengetahuan semua, inisiatif ini akan dilaksankan sehingga 31 Disember 2018 kepada yang ingin melangsaikan tunggakan sewaan kediaman secara One-Off atupun ansuran.

4. Insentif Harapan Siswa RM1,000: inisiatif ini juga berjaya dilaksanakan

dalam tempoh 100 hari bermula Julai dan sebanyak 500 pemohonan lengkap daripada 2,000 pemohonan diperingkat diploma telah diterima dan di dalam proses pertimbangan. Pengagihan ini akan diteruskan kepada semua penerima yang layak dan menepati syarat-syarat yang ditetapkan sekali gus dilaksanakan sepenuhnya oleh Yayasan Pelajaran Johor (YPJ dan Permodalan Darul Ta’zim (PDT).

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

40

5. Skim Takaful Warga Emas – Manfaat RM1,000 Kepada Waris: manifesto ini telah berjaya dilancarkan pada 5 Ogos 2018 dan bakal memanfaatkan seramai 11,200 penerima untuk tahun 2018 dan diperluaskan kepada 28,000 penerima bagi tahun 2019.

6. 10 Meter Padu Air Percuma Kepada Golongan B40: telah berjaya dilaksanakan menepati tempoh 100 hari selepas diluluskan oleh MMK juga pada 18 Julai 2018 yang melibatkan sebanyak 229, 307 penerima seluruh johor dengan kos sebanyak RM7.34 juta.

7. Kad Sihat – RM500 Setahun Kepada Penerima Dalam Senarai E – Kasih:

Dilaksankan dalam tempoh yang ditetapkan selama 100 hari pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan Johor yang melibatkan fasa pertama khusus kepada penerima dari senarai eKasih. Jumlah bantuan kepada seramai 4,000 Penerima bagi tahun 2018 dan diperluaskan kepada 60,000 penerima tahun 2019.

8. Insentif Kahwin Kelompok – Kursus Kahwin Percuma: Insentif telah

berjaya dilaksankan dalam tempoh 100 hari pada bulan Ogos yang memanfaatkan seramai 40,000 peserta dengan kos keseluruhan sebanyak RM3 juta.

9. Pengecualian Bayaran Lesen Penajaj Kecil – Di Kesemua 16 Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) Seluruh Negeri Johor: berjaya dipersetujui dalam Mesyuarat MMK pada 25 Julai 2018 yang bakal melibatkan kesemua 16 buah PBT seluruh negeri Johor serta 21,127 lesen dan telah pun dilancarkan pada 11 Ogos 2018.

Kesemua inisiatif ini telah diperincikan mengikut acuan dan kepakaran sedia ada bagi merancakkan lagi proses pembangunan secara mampan dan holistik, kepada segenap lapisan masyarakat.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

41

YB TUAN GOPALAKRISHNAN A/L SUBRAMANIAM (TIRAM) SOALAN 30 (A100) Cheti haram ataupun Ah long merupakan gejala yang tetap meningkat dan mangsanya pula meningkat dari hari demi hari seluruh negara. Perkara ini tidak asing di Dun Tiram. Apakah tindakan yang akan diambil oleh kerajaan negeri bagi menyelamatkan rakyat? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada tahun 2018, Pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Kontinjen Johor telah mengambil pelbagai langkah pencegahan jenayah bagi membanteras gejala Ah long dengan menjalankan tindakan-tindakan seperti serbuan, operasi, tangkapan, dan menjalankan siasatan.Pelbagai tindakan telah diambil di mana pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membuat penyamaran sebagai peminjam Ah long untuk menjerat konco-konco ah long yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pinjaman wang tanpa lesen. Pihak JSJK juga, telah meningkatkan rondaan dengan anggota Tugas Am untuk tindakan pencegahan ke atas pengedaran risalah-risalah pinjaman wang tanpa lesen yang dilakukan oleh runner-runner Ah long. Kerjasama dengan Majlis Perbandaran Daerah turut diadakan untuk menurunkan banner-banner pinjaman wang tanpa lesen. Bagi tahun 2018 terdapat peningkatan kes sebanyak 14% berbanding pada tahun 2017 yang melibatkan Ah long, dimana sebanyak 187 kertas siasatan telah dibuka pada tahun 2018 berbanding 164 kertas siasatan yang telah dibuka pada tahun 2017. Daripada statistik tersebut, menunjukkan orang ramai masih lagi membuat pinjaman dengan Ah long. Kes- kes yang dibuka adalah berdasarkan pengaduan yang dibuat oleh orang ramai yang gagal membuat bayaran balik kepada Ah long. Usaha pembanterasan ini masih giat dijalankan bagi membendung gejala Ah long dari masa ke semasa termasuk dengan membuat tangkapan terhadap saspek-saspek yang terlibat dengan gejala Ah long Kerjasama daripada individu dan masyarakat amatlah penting dalam penyaluran maklumat berkaitan kegiatan Ah long. Kempen dan pencegahan sentiasa dijalankan oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

42

YB TUAN RAVEN KUMAR A/L KRISHNASAMY (TENGGAROH) SOALAN 31 (A54) Pada pembentangan bajet 2017, sebanyak 8 juta telah diluluskan dalam program inklusif masyarakat India. Adakah duit ini telah diguna pakai untuk masyarakat India pada tahun ini? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Pada Pembentangan Bajet 2018 oleh Kerajaan terdahulu, telah memberi komitmen dalam pembangunan masyarakat india di Negeri Johor dengan memberi peruntukan sebanyak 8 juta. Pecahan adalah sebagaimana berikut: 1 Program Keusahawanan sebanyak RM2.5 juta 2 Program Kebajikan sebanyak RM2.5 juta 3 Program Pendidikan sebanyak RM1.5 juta Selain itu, RM1.5 juta pula diperuntukan untuk baikpulih dan menaiktaraf prasarana Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Walau bagaimanapun, inisiatif ini telah disemak semula bersesuaian dengan harapan dan hala tuju Kerajaan Pakatan Harapan. Kerajaan menyedari kepentingan menjaga kebajikan sosial dan keperluan masyarakat india. Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah mekanisma baru bagi meneruskan pemberian bantuan terus kepada masyarakat India.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

43

YB TUAN HAJI TOSRIN BIN JARVANTHI (BUKIT PERMAI) SOALAN 32 (A47) Johor merupakan sebuah negeri di mana pantai barat dan pantai timurnya sering berlaku pencerobohan pendatang asing. Apakah langkah yang telah diambil bagi mengawal keselamatan negeri serta berapakah jumlah tangkapan PATI bagi tahun 2018? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Kerajaan memandang serius terhadap isu kemasukan pendatang tanpa izin di seluruh negara. Pelbagai tindakan telah dilakukan bagi mengawal keselamatan negeri dalam membendung kemasukan PATI seperti berikut : (i) Operasi bersepadu melibatkan agensi-agensi penguatkuasa seperti Jabatan

Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak-pihak berkuasa tempatan.

(ii) Mendakwa majikan yang menggaji PATI dan majikan yang melindungi PATI;

dan (iii) Melaksanakan program-program kesedaran dan hebahan kepada orang awam

supaya dapat melaporkan kehadiran PATI di kawasan mereka. Pada masa yang sama, dari segi penguatkuasaan, pihak jabatan sentiasa melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal kebanjiran pendatang asing antaranya seperti berikut : (i) Membuat tugas-tugas risikan terutama di kawasan yang mempunyai bilangan

pendatang asing yang ramai; (ii) Membuat tugasan naziran di kawasan perladangan, pembinaan , kilang dan

premis-premis perniagaan; (iii) Membuat pemeriksaan rapi terhadap kemasukan warga asing di Pintu Masuk

Imigresen (Darat, Laut Dan Udara); (iv) Membuat operasi bersepadu secara berterusan; (v) Menangkap, mendakwa dan menghantar pulang pendatang asing tanpa izin

(PATI) setelah mereka menjalani hukuman; dan (vi) Menangkap dan mendakwa majikan yang menggaji dan melindungi PATI.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

44

Untuk makluman Ahli Dewan sekalian, Jumlah tangkapan PATI sehingga Oktober 2018 adalah melalui 1,715 jumlah operasi yang dijalankan telah berjaya menangkap sebanyak 4,810 orang bagi tangkapan PATI dan 225 Tangkapan Majikan. Pada masa yang sama, tangkapan bagi warganegara adalah sebanyak 367 orang manakala seramai 18,214 adalah jumlah orang yang diperiksa.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

45

YB KAPT. (B) HAJI NAJIB BIN LEP (BUKIT PASIR) SOALAN 33 (A95) Adakah perancangan kerajaan negeri bagi memastikan kesejahteraan masyarakat bumiputera bagi menghapuskan kegiatan-kegiatan haram seperti judi, pelacuran serta kegiatan-kegiatan pendatang asing? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Bagi memastikan kesejahteraan masyarakat bumiputera malahan dalam melindungi keseluruhan masyarakat di Johor amnya PDRM Kontinjen Johor telah melaksanakan Operasi-operasi bagi membanteras kegiatan judi dan pelacuran. Mengikut statistik sebanyak 3220 ‘OP DADU’ pada tahun 2018 bagi membanteras kegiatan judi berbanding 3,082 pada tahun 2017. Manakala sebanyak 789 ‘OP NODA’ pada 2018 bagi membanteras kegiatan pelacuran. Program ‘Town Hall Discusion’ diadakan di tempat tumpuan daerah-daerah Johor bagi mendepani masyarakat untuk tujuan masyarakat dapat menyalurkan permasalahan jenayah setempat atau apa-apa maklumat secara terus kepada pihak PDRM. Program ‘Mobile Police Community Engagement’ diadakan bagi menunjukkan kehadiran anggota PDRM ke kawasan-kawasan ‘hot spot’ kegiatan jenayah dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat terjamin. STATISTIK BAGI TEMPOH JANUARI HINGGA OKTOBER 2017 / 2018

PERKARA

SERBUAN

TANGKAPAN

RAMPASAN

MESIN

RAMPASAN WANG

PERTUDUHAN

2017

2018

2017

2018

2017

2018

2017

2018

2017

2018

PERJUDIAN

3,082

3,220

7,989

6,800

15,252

8,964

RM 1,065,900

RM 1,109,250

2,034

1,550

PELACURAN

1,003

789

2,781

1,808

-

-

RM 187,681

RM 170,096

720

396

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

46

YB TUAN TAN CHEN CHOON (JEMENTAH) SOALAN 34 (A37) Nyatakan dengan secara terperinci jumlah kesemuanya strata title yang telah dipohon oleh dan yang telah diberikan kepada pembeli-pembeli hartanah di Negeri Johor mengikut setiap daerah ? Nyatakan masalah-masalah yang dihadapi dalam menangani isu strata title dan cadangan jalan penyelesaiannya. JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Adalah dimaklumkan sehingga 15 November 2018, jumlah hakmilik strata yang telah didaftarkan di Pentadbiran Tanah Johor adalah sebanyak 118,816 hakmilik di mana daerah Johor Bahru mempunyai bilangan hakmilik strata tertinggi berjumlah 107,081 hakmilik. Berikut adalah senarai jumlah hakmilik strata yang telah didaftarkan mengikut daerah :

DAERAH HAKMILIK Johor Bahru 107,081 Batu Pahat 2757 Kulai 5044 Pontian 1086 Muar 1010 Kluang 929 Kota Tinggi 843 Segamat 66

Semakan selanjutnya mendapati bahawa terdapat juga pembangunan berstrata yang masih belum mempunyai hakmilik strata. Hal ini disebabkan pemilik asal atau tuan tanah atau pemaju bagi skim tersebut telah digulungkan. Bagi mengatasi masalah ini, PTG Johor melalui Bahagian Hakmilik Strata telah mengadakan perbincangan bersama pihak-pihak pelikuidasi sama ada Pegawai Penerima atau pelikuidasi swasta. Walau bagaimanapun, beberapa isu telah dikenal pasti yang menjadi halangan kepada pihak pelikuidasi untuk memohon hakmilik strata. Halangan utama kepada pelikuidasi ialah kos yang perlu ditanggung oleh mereka. Antara kos-kos yang perlu ditanggung ialah lantikan juruukur tanah berlesen, tunggakan cukai tanah, bayaran permohonan dan pendaftaran serta lain-lain kos. Untuk makluman, satu Tabung Khas Hakmilik Strata telah ditubuhkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah Dan Galian (Persekutuan) bertujuan untuk membantu menyelesaikan isu tersebut dengan memberi penumpuan utama kepada skim-skim kos rendah. Tabung khas ini telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 5 April 2018 dan telah menerima Surat Ikatan Amanah Tabung Khas Hakmilik Strata daripada Perbendaharaan bertarikh 20 Ogos 2018.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

47

Bagi fasa pertama, setiap negeri akan mengemukakan 2 skim terlebih dahulu. Untuk tujuan tersebut, Bahagian Hakmilik Strata, PTG Johor telah mencadangkan 2 skim kos rendah iaitu Rumah Pangsa Taman Laksamana di Kota Tinggi dan Rumah Pangsa Taman Segamat Jaya di Segamat. Dijangkakan fasa pertama ini akan bermula pada tahun 2019.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

48

YB TUAN DR. SULAIMAN BIN MOHD. NOR (KEMELAH) SOALAN 35 (A106) Bagaimanakah mekanisme kerajaan negeri memastikan maklumat inisiatif-inisiatif kerajaan negeri khususnya berkaitan manifesto PH Johor benar-benar sampai ke golongan sasaran? JAWAPAN YAB MENTERI BESAR Yang Berhormat Speaker izinkan saya untuk menjawab soalan YB Kemelah berkenaan mekanisme manifesto kepada golongan sasar. Alhamdulillah. dalam dewan yang mulia ini, saya serta barisan saf kepimpinan baharu hari ini, merafak kesyukuran ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan rahmat-NYA, kerajaan baharu Pakatan Harapan Johor telah berjaya melunaskan 10 janji dalam tempoh 100 hari sepertimana yang ditetapkan dengan sempurna. Barisan kepimpinan PH Negeri Johor berjaya membuktikan yang mandat telah dipertanggungjawabkan kepada kami telah selamat kami sempurnakan. Jelas sekali bukan sampai disini sahaja perjuangan kami, masih ada banyak lagi usaha dan pelan pembangunan yang akan dilaksanakan bagi membangunkan negeri Johor secara mampan dan holistic dalam pelbagai cabang. Contohnya, Manifesto Kerajaan PH Johor untuk tempoh 5 tahun mendatang. Kami akan usahakan sehabis baik untuk membuktikan komitmen ini amanah yang tidak boleh dipersiakan. Untuk makluman YB Speaker dan semua ahli dewan sekalian, setelah Kerajaan Pakatan Harapan membentuk kerajaan, kami (kerajaan) amat komited untuk menterjemahkan segenap janji dalam bentuk pelaksanaan. Terdapat beberapa aku janji yang perlukan masa untuk dinilai dan diteliti secara terperinci sebelum dilaksankan. Setiap janji yang di war - warkan telah pun diberikan perincian yang khusus bagi memenuhi kehendak rakyat. Setiap golongan akan diupayakan mengikut inisiatif yang disediakan. Setiap medium jnji tersebut akan diberikan kepada agensi-agensi Kerajaan Negeri sebagai penggerak dan pelaksana, melalui agensi ini setiap maklumat berkenaan manifesto tersebut dihebahkan melalui lama sesawang rasmi agensi yang berkaitan, contohnya:

• INSENTIF HARAPAN SISWA Maklumat dan permohonan boleh diajukan dilaman web www.ypj.gov.my, insentif ini juga ditawarkan kepada kepada pelajar IPT (anak Johor) daripada golongan B40.

• DISKAUN 50% TUNGGAKAN SEWA PPR Inisiatif ini bakal membantu PPR melangsaikan tunggakan sewaan kediaman mereka secara one-off atau pun ansurans sebelum 31 Disember 2018 dan

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

49

seterusnya layak untuk mendapat diskaun 50% daripada jumlah keseluruhan tunggakan tersebut. Kerajaan Negeri akan membayar secara “One Off” sebanyak RM651, 000 hanya untuk tahun 2018 membabitkan sebahagian penduduk PPR daripada golongan miskin, miskin tegar, asnaf dan fakir serta pesakit kronik. Justeru itu, mekanisme untuk mendapatkan faedah daripada insentif ini melalui borang daripada Pejabat SUK Perumahan atau layari portal erumah.johor.gov.my, semua maklumat yang diperlukan boleh diakses daripada laman tersebut. • PENGECUALIAN BAYARAN LESEN PENJAJA PIHAK BERKUASA

TEMPATAN (PBT)

Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu inisiatif yang dilihat amat dekat dengan masyarakat kerana mampu meringankan beban penjaja di negeri ini. Untuk pengetahuan semua, sejumlah 21,127 penjaja daripada 16 PBT akan menerimanya. Inisiatid ini akan diaplikasi kepada kalangan penjaja dan maklumat boleh didapatkan melalui 16 Pejabat PBT ataupun dilama web rasmi setiap PBT. Untuk proses permohonan perlu dijalankan seperti biasa Cuma mereka dikecualikan daripada membayar lesen tersebut sahaja. Prosedur perlu diajalankan seperti biasa sebelum ini. • INSENTIF PERKAHWINAN KELOMPOK, KURSUS PERKAHWINAN

PERCUMA

Insentif ini akan diberikan kepada pasangan yang akan berkahwin untuk kali pertama sahaja, iai secara tidak langsung akan meringankan beban bakal pasangan yang akan melangsungkan perkahwinan. Mekanisme untuk setiap masyarakat dapatkan makluamt ialah melalui laman web www.jainj.johor.gov.my maklumat dan borang permohoann akan disalurkan melalui medium online secara terperinci. Selaras dengan itu, dari hari ke hari pihak Kerajaan Negeri telahpun menjalankan mekanisme yang terancang dalam melaksanakan setiap Manifesto dengan cara yang lebih efektif. Semua manifesto dilaksanakan dengan cara dan pendirian baharu kerajan PH, oleh itu setiap mekanisme yang dilaksanakan akan diberikan perincian yang khusus kepada setiap jabatan. Kita kini sedang mendepani sebuah cabaran digital yang memuncak, justeru itu, segala maklumat yang diperlukan boleh didapatkan hanya dihujung jari sahaja. Dunia ini tanpa sempadan, luasnya boleh dicapai dengan capaian yang tersendiri dengan menggunakan jalur-jalur jabatan dan agensi yang berkaitan.

SUKJ.(DN).BIL: 311/02/2-1/14/1/3 DEWAN NEGERI JOHOR

SOALAN-SOALAN LISAN DI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR

PADA HARI KHAMIS, 6 DISEMBER 2018

UNIT DEWAN, PEJABAT JURUTULIS DEWAN NEGERI JOHOR 4 DIS 2018 (ina)

50