sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik

2
Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita. Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai. Keaslian ‘pereka bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga. Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar- pelajar yang sedang mendalami selok-belok seni ini. Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional melalui hasil kraf tradisional ini. Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun

Upload: saleh-al-as

Post on 17-Jan-2016

18 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Page 1: Sudah Menjadi Lumrah Setiap Insan Sukakan Sesuatu Yang Indah Dan Cantik

Sudah menjadi lumrah setiap insan sukakan sesuatu yang indah dan cantik. Setiap insan juga secara tidak disedari mempunyai deria untuk memilih dan tidak pernah pula sesuatu yang dipilih itu tidak cantik. Sesuatu yang indah itu mempunyai ‘seni’ yang tersendiri dan seni yang paling indah ialah ‘hanya’ yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. dan kita, tanpa disedari memang diselubungi oleh seni yang indah itu dalam kehidupan seharian kita.Memang tidak pernah terfikir oleh kita bahawa nenek moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan oleh mereka ternukil dari deria kreativiti serta bakat semula jadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa. Kehalusan dan keunikan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dari alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif yang akan menjadi khazanah ‘seni’ yang tidak ternilai.

Keaslian ‘pereka bentuk’ istimewa ini tidak dapat dinilai harganya secara khusus. Cetusan ide yang diluahkan terus menjadi satu visual yang sungguh ekspresif dan unik hinggakan ianya menjadi satu bahan komoditi ‘seni’ yang berharga.

Kehalusan reka bentuk dan buatan kain songket bukan sahaja melambangkan kekayaan khazanah seni tekstil Melayu tradisional, malah ianya adalah sebagai satu penggerak ide dan pemangkin kepada pereka-pereka tekstil generasi kini, khususnya pelajar-pelajar yang sedang mendalami selok-belok seni ini.

Masyarakat Malaysia begitu kaya dengan warisan seni halus yang diwarisi sejak zaman berzaman. Tenunan, sulaman, tekat dan ukiran umpamanya adalah antara seni halus yang begitu sinonim dengan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kebudayaan. Kreativiti dan kehalusan seni begitu jelas terpancar dalam setiap hasil kerja tangan tradisional melalui hasil kraf tradisional ini.

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan

kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-

temurun Seni kraf Melayu adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu

dengan kepercayaannya iaitu Islam.Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan

dan pegangan orang-orang Melayu sebelum ini.Mereka telah mengetahui den menyedari tentang

keesaan tuhan yang sebenar.Mereka menggangap alam ini sebagai suatu hiasan yang berfungsi

untuk menyerikan kehidupan sementera di dunia dan kehidupan kekal di akhirat.Kesedaran

inilah lahirnya ciptaan yang berfungsi dan memenuhi keprluan hidup di dunia dan akhirat.

 Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam dalam

penghasilanya.Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.Ianya juga

mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang menunjukkan cirri-

ciri Islam.

Page 2: Sudah Menjadi Lumrah Setiap Insan Sukakan Sesuatu Yang Indah Dan Cantik

            Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias,  membuktikan kraf tradisional

Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur-unsur ini adalah diharamkan dalam Islam. Ciri-

ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti  penggunaan arabes, motif yang

berulang dan unsur geomatri.Subjek daripada flora paling banyak diilhamkan sebagai motif dan

ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun,bunga dan sebagainya selain itu penggunaan ayat-ayat

Al-Quran turut diilham bersama.