struktur maklumat
TRANSCRIPT
BML 3092ANALISIS WACANA
STRUKTUR MAKLUMAT
SUWANNY BUNSIRIKH A/P NET D20131063352
ATO5 : ISMP BAHASA MELAYUKUMPULAN D
PROF. MADYA DR. HJ. MOHD RASHID MD. IDRIS
KONSEP WACANA Wacana adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan berada
hierarki paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan bahasa yang memperlihatkan kesinambungan fikiran sama ada dari aspek komunikasi dan konteks.
Menurut Asmah Haji Omar (1980) wacana adalah sebagai unit bahasan yang melebihi batasa ayat.
wacana adalah aspek tertinggi dalam struktur tatabahasa Melayu dan mempunyai awalan serta akhiran nyata yang disampaikan secara lisan aatau bertulis.
Wacana adalah kesatuan bahasa yang lengkap dan berada hierarki paling tinggi dalam pertuturan dan penulisan bahasa yang memperlihatkan kesinambungan fikiran sama ada dari aspek komunikasi dan konteks.
KONSEP STRUKTUR MAKLUMAT Brown dan Yule (1983) dalam buku Tatabahasa Wacana
menyatakan struktur maklumat dilihat sebagai unit terkecil dalam struktur wacana dan unit lokal yang kecil pada peringkat frasa atau klausa
Menurut Sanat Md. Nasir dalam buku Tatabahasa Wacana (2012) mendefinisikan struktur maklumat adalah suatu struktur yang membina unit maklumat.
Unit Maklumat(UM) (Maklumat Lama) + Maklumat Baru
Menurut Halliday dalam buku Tatabahasa Wacana struktur maklumat merupakan salah satu aspek yang termasuk dalam fungsi makna kompenan tekstual selain menjadi sebahagian daripada organisasi tema wacana.
FUNGSI STRUKTUR Struktur maklumat mempunyai fungsinya yang
tersendiri.
Struktur maklumat berfungsi sebagai sumber kepada penutur atau pendengar.
Maklumat yang sedia ada atau yang diperolehi adalah bertujuan untuk memberitahu kepada pendengar atau pembaca mengenai status maklumat tersebut.
Struktur maklumat juga berfungsi dalam membina unit maklumat.
unit maklumat ialah unit struktural yang terdiri daripada maklumat lama dan maklumat baru.
PEMBAHAGIAN STRUKTUR MAKLUMAT Menurut Halliday (1985) struktur maklumat terbahagi kepada
dua, iaitu maklumat lama dan maklumat baru.
Maklumat lama tidak ditandai dengan nada tinggi manakala maklumat baru ditandai dengan nada tinggi.
Menurut Prince (1981) dalam buku Tatabahasa Wacana, struktur maklumat dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu entiti lama (EL), entiti baru (EB), dan entiti takbiran (ET).
Entiti lama boleh diketahui secara tekstual.
Entiti baru merupakan maklumat yang belum diketahui atau yang diketahui tetapi belum digunakan.
Entiti takbiran pula merupakan maklumat yang telah diketahu tetapi belum dinyatakan
KESIMPULAN Sesebuah wacana adalah bermakna kerana
wacana merupakan kesatuan bahasa yang lengkap.
Wacana dianggap penggunaan bahasa dalam konteks yang membawa makna kerana setiap bahasa melibatkan wacana.
Hubungan antara kognitif dan bahasa semasa memperlihatkan aspek struktur maklumat.
Sesuatu maklumat atau status pengetahuan antara penutur dengan penerima dapat ditentukan melalui struktur maklumat.