stres di kalangan guru

11
stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani 1.0 PENGENALAN Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres. Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes, menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima. Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar, hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan- permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou dan Sutcliffe, 1978). 2.0 DEFINISI STRES

Upload: saifatul-nurul-zaima

Post on 20-Jul-2015

48 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stres di kalangan guru

stres di kalangan guru- faktor dan cara menangani

1.0 PENGENALAN

Peranan guru amat penting dewasa ini, ia adalah domain utama yang perlu

dilaksanakan dengan penuh amanah dalam proses penerapan dan penyampaian

ilmu kepada anak bangsa. Ledakan era globalisasi turut mengheret kemajuan pesat

bidang pendidikan negara. Hal ini menuntut warga pendidik untuk membangunkan

diri, sama ada secara rela atau tidak supaya selari dengan bidang pendidikan yang

sememangnya sentiasa berubah dan mengalami pembaharuan dari masa ke

semasa. Situasi inilah secara umumnya telah mengakibatkan warga pendidik

terpaksa berhadapan dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab yang lebih

mencabar, lebih berat dan semakin terbeban. Situasi inilah menyebabkan guru-guru

dikatakan sangat terdedah kepada risiko tinggi untuk mengalami stres.

Dipetik daripada Utusan Online ruangan Gaya Hidup bahagian pendidikan

oleh Noor Hamizah Abu Bakar di dalam artikelnya yang bertajuk; Guru Lebih Stes,

menyatakan hasil kajian mendapati bahawa guru berada di kedudukan keempat

dalam kerjaya yang paling mencetuskan tekanan atau stres terutama dari segi fizikal

selepas polis, pegawai penjara dan jururawat. Malah, kedudukan itu berada di atas

daripada profesion tentera yang menduduki tempat ke lima.

Stres di kalangan guru merupakan topik popular yang tidak asing lagi

dibincangkan oleh media massa mutakhir kini. Di Malaysia, stres di kalangan guru

dilaporkan meningkat pesat selari dengan kepesatan pembangunan pendidikan di

Malaysia. Laporan berkenaan masalah dan salah laku guru di dada-dada akhbar,

hampir kesemuanya adalah kesan daripada kegagalan guru-guru berkenaan

menguruskan stres dalam diri. Masalah stres dikalangan guru haruslah dikenal pasti

dan diketahui punca sebenar seterusnya ditangani sewajarnya. Sekiranya tidak

ditangani masalah ini akan merebak sehingga mengakibatkan permasalahan-

permasalahan yang serius yang berhubung kait rapat dengan gangguan emosi,

perubahan dalam tingkah laku seterusnya “burn out” yang menghalang mereka

daripada melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan (Kyriacou

dan Sutcliffe, 1978).

2.0 DEFINISI STRES

Page 2: Stres di kalangan guru

Stres merupakan perkataan pinjaman yang bersal daripada perkataan bahasa

Inggeris; “stress” yang membawa maksud tekanan, titik berat, dan ketegangan.

Kamus Oxford pula mendefinisikan stres sebagai satu tekanan atau desakan,

usaha, tuntutan ke atas keupayaan fizikal atau mental.Ini bermaksud stres adalah

suatu keadaan dimana kekuatan fizikal, mental dan emosi seseorang individu teruji

melampaui keupayaan tubuh dan mindanya yang tidak mampu menahan dan

menanggungnya lagi.

Menurut Statt (1981), stres ialah ketegangan fizikal dan psikologi yang

berpanjangan untuk suatu masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang

untuk mengendali suatu situasi.

Hans Selye (1963), telah memberikan maksud yang berbeza mengenai stres

dengan membuktikan di dalam kajiannya terhadap binatang. Beliau menunjukkan

bahawa stres boleh menyebabkan penyakit, seterusnya penyakit yang dihidapi

akibat daripada stres yang berlebihan boleh membawa maut. Daripada kajian beliau

juga mendapati stres juga boleh berlaku ke atas manusia.

Secara keseluruhannya stres adalah :

Ketidakupayaan memenuhi tuntutan persekitaran.

Gangguan fungsi kehidupan.

Perubahan dinamik yang menyebabkan individu berdepan dengan masalah,

kekangan dan desakan hidup.

Peristiwa atau keadaan persekitaran yang mendatangkan akibat yang negatif.

Tekanan yang mengakibatkan kebimbingan, keletihan dan ketegangan kepada

individu.

Tindak balas luaran yang mengganggu mental dan fizikal atau tindak balas kimia

dalam tubuh.

3.0 FAKTOR-FAKTOR STRES DI KALANGAN GURU

Terdapat banyak punca berlakunya stres dikalangan guru. Faktor-faktor ini

dapat dibahagikan kepada lima faktor utama;

Faktor diri.

Faktor interpersonal.

Page 3: Stres di kalangan guru

Faktor organisasi.

Faktor kekurangan sumber.

3.1 Faktor diri

Pada zaman yang sangat mencabar, pekerjaan yang diimpikan amat sukar

untuk diperolehi. Kebanyakan mahasiswa keluaran universiti-unversiti tempatan

terpaksa mengangur begitu lama untuk mencari pekerjaan yang selesea, mudah,

dan menjanjikan gaji yang lumayan.

Profesion keguruan sering dilihat sebagai pilihan terakhir. Sering kali

profesion ini dianggap sebagai profesion peringkat pertengahan di bawah profesion

professional yang lain seperti doktor, jurutera, peguam dan lain-lain. Ini

menyebabkan ramai dikalangan guru yang tidak ikhlas semasa memilih profesion ini.

Mereka meramalkan profesion ini begitu selesa dan tidak menyusahkan kerana

beranggapan tanpa latihan asas pun mereka masih boleh menjadi guru dan

menerima gaji bulanan yang lumayan disamping cuti yang banyak.

Hal ini menyebabkan golongan guru seperti ini menghadapi tekanan sebaik

sahaja menjalani kehidupan sebagai seorang guru kerana realiti situasi yang

dihadapi tidak seperti apa yang diramalkan. Menjadi seorang guru bukanlah sesuatu

yang mudah. Insan guru mestilah insan yang ikhlas dan sanggup berkorban.

3.2 Faktor Interpersonal

Daripada kajian yang telah dijalankan, Azizi Yahya (2007) mendapati diantara

faktor interpersonal stres dikalangan guru ialah meraka merasakan diri mereka

tersisih daripada rakan sekerja. Selain daripada itu, rakan guru juga mementingkan

diri serta tidak menghormati tindakan, perasaan serta pendapat dari rakan guru yang

lain.

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana setiap insan guru perlulah

meningkatkan motivasi diri, menanam sikap tolong menolong, bekerjasama dalam

menyelesaikan sesuatu tugasan yang ditetapkan. Di samping menghormati

perasaan dan pendapat rakan sekerja dengan hati yang terbuka dan cuba

mempertingkatkan kelemahan yang ada pada diri.

Page 4: Stres di kalangan guru

3.3 Faktor Organisasi

Faktor organisasi merupakan antara faktor yang terbesar menyebabkan stres

dikalangan guru. Faktor ini juga merupakan faktor yang utama dalam sektor awam

selain guru. Antara faktor-faktor stres yang dikategorikan sebagai faktor organisasi

ialah;

Semua kerja perlu segera - kesuntukan masa.

Tugasan kerja berterusan (kronik).

Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas.

Tugasan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif.

Perubahan dasar yang drastik.

Faktor-faktor yang diatas secara umumnya terus menerus berlaku dalam

profesion keguruan dan telah menambah beban guru. Dipetik daripada arkib Utusan

Online bertarikh 18 Mei 2009, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan

Kebangsaan (NUTP), Hashim Anang di dalam laporan yang bertajuk; Beban Tugas

boleh Bawa Tekanan Perasaan Guru, menegaskan bahawa peningkatan beban

tugas dan tekanan kerja menyebabkan semakin ramai kalangan guru terdedah

kepada risiko mengalami tekanan perasaan.

3.4 Faktor kekurangan Sumber.

Kekurangan sumber terutamanya sumber tenaga manusia merumitkan lagi

masalah stres yang dihadapi dalam bidang keguruan. Kekurangan guru

sememangnya diakui merupakan faktor yang rumit dan sukar diatasi. Hal ini

menabahkan lagi bebanan kerja guru-guru sedia ada secara terus menerus. Tahap

stres guru sememangnya bertambah berikutan keadaan jumlah guru yang kurang

dan tidak seimbang serta peningkatan jumlah murid tahun, guru-guru seringkali

memikul tanggung jawab dan bebanan yang banyak.

Aziz Yahya (2007) menegaskan diantara faktor stres dikalangan guru ialah

mereka terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan bidang, kemahiran

dan kehendak mereka. Hal ini sama sekali tidak akan berlaku sekiranya bilangan

guru di sekolah mencukupi.

4.0 MENGENDALIKAN STRES DI KALANGAN GURU

Page 5: Stres di kalangan guru

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru

seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi

dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara,

guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat

mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan

guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan

fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan

bidang pendidikan negara.

Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

4.1 Kenal pasti reaksi emosional.

Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh

menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru

perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut

telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu.

Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut

sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah

menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang

menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu

menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan

memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.

4.2 Komitmen sosial.

Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada

orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

4.3 Kehidupan fizikal.

Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang

guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya

menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan

pertukaran pentadbiran di sekolah.

Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh

membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada

Page 6: Stres di kalangan guru

penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai

aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan

bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan

suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.

Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan

teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan

pendapat tentang sesuatu isu.

Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan

seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan

yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan

mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di

kelab malam dan sering tidur lewat.

4.4 Intelek

Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang

serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani

stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).

Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu

pengetahuan terutamanya dalam mengetehui cara mengatasi stres. Guru

seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari

pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-

rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi

maka lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.

Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik.

Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress

dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut

dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya

meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada

masa akan datang. Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan

dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca

kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang

tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru

tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Page 7: Stres di kalangan guru

Bagi mengatasi masalah tersebut juga, Goleman (1999) telah menyarankan

lima faktor atribusi terhadap masalah stress atau burnout. Faktor- faktor tersebut

ialah:

a) Kesedaran Kendiri (self-awareness)

b) Pengawalan Kendiri (self-regulation)

c) Motivasi Kendiri (self-motivation)

d) Empati

e) Kemahiran Sosial (social skills)

Faktor atribusi pertama iaitu kesedaran kendiri bermaksud kebolehan

seseorang guru untuk mengetahui perasaan mereka dalam satu-satu situasi dan

keupayaan mereka untuk memilih keutamaan panduan dalam membuat keputusan.

Seseorang guru yang mempunyai kesedaran kendiri juga mempunyai penilaian yang

realistik tentang keupayaan diri dan mereka mempunyai keyakinan diri yang utuh.

Pengawalan kendiri (self-regulation) dimaksudkan sebagai kebolehan

mengurus emosi agar ianya memudahkan dan bukannya mengganggu dalam

menyelesaikan sesuatu tugasan. Guru yang boleh mengawal diri mereka sentiasa

berhemah dan boleh menangguhkan sementara perasaan negatif mereka. Guru

sedemikian juga cepat pulih daripada tekanan emosi.

Guru yang mempunyai motivasi kendiri (self-motivation) berupaya

menggunakan kehendak diri dalam menggerak dan memandu arah mereka untuk

mencapai sesuatu tujuan. Motivasi kendiri boleh membantu seseorang dalam

mengambil inisiatif dan bersungguh-sungguh untuk memperbaiki diri. Individu

dengan motivasi kendiri yang tinggi sentiasa tabah apabila menghadapi masalah

atau dalam keadaan kekecewaan yang tinggi.

Empati merupakan faktor atribusi yang boleh membantu seseorang

mengesan perasaan orang lain. Sifat berempati juga membolehkan seseorang guru

melihat atau memahami sudut pandangan orang lain. Sifat ini juga boleh menjadi

faktor pencetus dan penyubur kemesraan dan keserasian dengan individu dari

pelbagai latar belakang. Individu yang mempunyai sifat empati boleh menyelami

keperitan, kesusahan, kekecewaan atau keraguan seseorang terhadap sesuatu

perkara. Rogers (dalam Corey, Corey & Callahan 1998) menyatakan bahawa

seseorang yang boleh menunjukkan sifat berempati akan lebih mudah berinteraksi

Page 8: Stres di kalangan guru

dengan orang lain terutama dalam proses membantu seseorang. Guru perlu

memiliki sikap ini supaya dengan mudah memahami dan mendekati murid. Murid

akan berasa selesa bersama guru dengan adanya kemahiran tersebut.

Faktor atribusi terakhir yang dicadangkan oleh Goleman (1999) ialah

kemahiran bersosial (social skills). Beliau menyatakan bahawa faktor kemahiran

bersosial ini membolehkan seseorang mengurus pelbagai emosi secara efektif

dalam perhubungan. Mereka juga mampu mentafsir dengan tepat situasi sosial dan

jaringannya selain daripada mahir memujuk dan memimpin. Seseorang guru yang

mempunyai kemahiran bersosial yang berkesan juga mampu menjadi pakar runding

yang baik disamping berkebolehan menyelesaikan konflik bagi mewujudkan

kerjasama dan semangat berpasukan dalam bilik darjah.

Selain itu hubungan interpersonal yang baik juga perlu bagi guru antaranya

berkongsi masalah dengan rakan sekerja, rakan sekerja sentiasa memberi

kerjasama dan sentiasa mendapat galakan daripada pentadbir atau pengetua. Guru

juga telah dibebankan dengan pelbagai tugasan pentadbiran yang telah menjadi

rutin pekerjaan mereka, umpamanya mengisi borang, mengutip yuran, mengemas

kini kedatangan pelajar, menyediakan laporan prestasi, menyediakan soalan ujian

dan peperiksaan, memberi bimbingan dan pelbagai lagi bagi memajukan pelajarnya.

Kyriacou (1987) juga menekankan bahawa stres yang berpanjangan boleh

melemahkan mental dan fizikal serta berupaya melemahkan secara signifikan

kerjaya guru dan prestasi pelajarnya kerana stress menjejaskan kualiti pengajaran

dan komitmen para guru. Keberkesanan sesuatu pendidikan adalah bergantung

kepada pengerak utama sistem ini iaitu guru-guru. Prestasi guru dan komitmen

adalah penting bagi seseorang guru untuk membantu anak bangsa dalam

memperolehi kejayaan.

5.0 KAEDAH ISLAM DALAM MENANGANI STRES

Islam merupakan agama yang sempurna. Cara yang terbaik dalam

menangani stres ialah dengan mendekatkan diri kepada Allah. Hashim Anang

(2009) menyatakan pendidikan dan pengamalan Islam yang sepenuhnya akan

membantu mengatasi masalah stres dikalangan guru.

Page 9: Stres di kalangan guru

Seorang guru yang beragama Islam seharusnya memainkan peranannya

sebagai agen dakwah dengan melakukan segala perintah di dalam agama Islam

terlebih dahulu. Di dalam ajaran Islam misalnya, amalan solat yang khusyuk lima

waktu sehari semalam sebenarnya merupakan kaedah terbaik untuk mencapai

kejayaan dalam kehidupan sekaligus menangani segala masalah. Allah SWT

berfirman dalam surah al-Mukminun, 23: 1&2 yang bermaksud: "Sesungguhnya

berjayalah orang-orang Yang beriman, Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam solatnya".

Perkataan “aflaha” atau berjaya di sini bukan sekadar berjaya di dunia malah

berjaya juga di akhirat. Mereka yang beroleh khusyuk dalam solat, akan juga beroleh

khusyuk dan ketenangan dalam kehidupan dan minda mereka. Malah seruan azan

juga turut mengaitkan solat dengan kejayaan. Marilah bersolat dan marilah menuju

kejayaan.

Abu Darda' di dalam kitab al-Asas fi Tafsir menyatakan bahawa khusyuk itu

ialah pengagungan terhadap Tuhan, keikhlasan dalam perkataan, kesempurnaan

dalam keyakinan, memberikan sepenuh perhatian dan tidak berpaling ke kiri dan

kanan kerana ia adalah dari syaitan. Faedah khusyuk ini akan membina jati diri

seseorang muslim yang taat dan soleh, yang tenang dan aman jiwanya dan yang

ikhlas dalam tindak-tanduk amalnya. Ketenangan jiwa merupakan penawar utama

bagi masalah stres.

Berzikir juga merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa dan

menghilangkan stres. Dalam hal ini, Allah SWT memberi jaminan bahawa mereka

yang senantiasa mengingati-Nya akan beroleh ketenangan hati. Allah SWT

berfirman dalam surah al-Rad, 13: 28 yang bermaksud, "(Iaitu) orangp-orang yang

beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah Dengan

"zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia". Allah SWT juga berfirman dalam

surah al-Baqarah, 2:152 yang bermaksud; "Maka berzikirlah (ingatlah) kepada-Ku,

nescaya Aku akan mengingati kamu sekelian".

Amalan membaca, mendengar dan menghayati al-Quran juga mampu

menjadi penenang kepada jiwa. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda

yang bermaksud: "Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda". (Hadis

riwayat Bukhari). Rasulullah SAW juga pernah bersabda: "Didiklah anak-anak kamu

atas tiga sifat iaitu: Cintakan nabi mereka, cintakan keluarga nabi dan membaca al-

Quran".

Page 10: Stres di kalangan guru

Jelas di sini berdasarkan pencerahan beberapa amalan di atas, Islam

mempunyai kaedah tersendiri dalam menjaga kesihatan jiwa dan menangani stres.

Mereka yang mengalami stres khususnya di kalangan guru seharusnya berusaha

mencapai solat yang khusyuk, sentiasa berzikir dan menghayati isi kandungan al-

Quran. Amalan-amalan ini terbukti mampu menjadikan diri kita sihat zahir dan batin.

6.0 PENUTUP

Profesion perguruan adalah profesion yang tidak mempunyai pembahagian

masa yang jelas antara masa bekerja dan masa tidak bekerja. Keadaan sedemikian

sememangnya mewujudkan stres kepada guru-guru.

Profesion keguruan dan tugas guru merupakan bidang yang kompleks dan

mencabar. Guru bukan sahaja perlu mengajar, malah perlu melakukan kerja-kerja

pengkeranian dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga

melibatkan diri secara aktif dalam Persatuan Ibu-Bapa dan Guru. Disamping kerja-

kerja yang dinyatakan, guru juga perlu memastikan tanggung jawab utama iaitu

berinteraksi dengan pelajar-pelajar secara fizikal, dan emosi semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam keadaan yang kodusif.

Boleh dikatakan stres dapat dikawal dengan baik oleh guru sekiranya mereka

mementingkan kepada cara-cara untuk menguruskan stres tersebut. Pengurusan

stres amat kritikal atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa

bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam profesion keguruan dan dunia

Page 11: Stres di kalangan guru

pendidikan yang mendatang. Hal ini seterusnya akan membantu pemecutan

kemajuan bidang pendidikan negara.