stres di kalangan guru wanita yang mengajar mata pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/pertanika...

7
Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 95 - 101 (2002) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup NORAN FAUZIAH, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE* & RAHIL MAHYUDDIN Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifek Universiti Utara Malaysia 06010 Sintok, Kedah, Malaysia *Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM f Serdang, Selangor Keywords: Stres, Kemahiran Hidup, Sindrom Adaptasi Umum, analisis regresi ABSTRAK Satu kajian telah dijalankan ke atas guru wanita yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup dari daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Objektif kajian ialah (a) untuk menentukan tahap stres di kalangan guru-guru tersebut dan (b) untuk menerangkan stres dari dua pembolehubah bebas, iaitu beban kerja dan faktor pelajar. Data telah diperoleh melalui soal selidik yang telah dibentuk khas untuk mengukur stres, beban kerja dan faktor pelajar. Selain itu, melalui soalan terbuka, kajian ini juga cuba mendapatkan maklumat tentang faktor-faktor lain yang menyebabkan stres. Dapatan kajian menunjukkan 50% daripada responden berada dalam kategori tidak stres dan yang 50% lagi berada dalam keadaan stres. Apabila analisis regresi dibuat ke atas stres, didapati sebanyak 72 peratus daripada varian stres adalah disebabkan oleh kedua-dua faktor iaitu beban kerja dan pelajar. Dapatan kajian mempunyai beberapa implikasi tentang bagaimana hendak mengatasi stres di kalangan guru secara umum. ABSTRACT A study was conducted on women teachers from the Hulu Langat District, Selangor Darul Ehsan, who were teaching the Living Skills subject. The objectives of the study were a) to determine the stress level of the teachers and b) to explain stress in terms of the independent variables, work load and the student factor. Through the open ended questions, other factors that might cause stress were looked into. The findings showed that 50% of the respondents belonged to the non stress category while the other 50% were stressful. By utilizing the regression analysis, it was found that 72% of the variance was due to work load and the student factor. The results of this study had several implications on how to overcome stress in general among teachers. PENGENALAN I a merupakan satu fenomena semula jadi yang Hans Seyle (1976), seorang pengasas dalam tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itu bidang stres mendefinisikan stres sebagai *cara membuat kerja-kerja profesional (Fontana dan tubuh manusia memberi respons kepada Abouserie 1993). tuntutan yang dikenakan kepadanya\ Menurut Stres yang keterlaluan dinamakan Sindrom Dobson (1983) pula, perkataan stres berasal Adaptasi Umum (General Adaptation Syndrome) daripada perkataan Latin 'Stingere' yang yang mempunyai tiga peringkat, iaitu reaksi bermaksud mengikat dengan ketat. Lefton kejutan (alarm reaction), ketahanan (resistance) (1994) pula mendefinisikan stres sebagai tindak dan keletihan (exhaustion). Petanda-petanda balas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan pada peringkat pertama adalah pertambahan sama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. kadar denyutan jantung dan pernafasan,

Upload: others

Post on 01-Sep-2019

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 9(2): 95 - 101 (2002) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Stres di Kalangan Guru Wanita yang MengajarMata Pelajaran Kemahiran Hidup

NORAN FAUZIAH, ZAIDATOL AKMALIAH LOPE PIHIE* &RAHIL MAHYUDDIN

Sekolah Bahasa dan Pemikiran SaintifekUniversiti Utara Malaysia

06010 Sintok, Kedah, Malaysia*Fakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 UPMf Serdang, Selangor

Keywords: Stres, Kemahiran Hidup, Sindrom Adaptasi Umum, analisis regresi

ABSTRAK

Satu kajian telah dijalankan ke atas guru wanita yang mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidupdari daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan. Objektif kajian ialah (a) untuk menentukantahap stres di kalangan guru-guru tersebut dan (b) untuk menerangkan stres dari duapembolehubah bebas, iaitu beban kerja dan faktor pelajar. Data telah diperoleh melalui soalselidik yang telah dibentuk khas untuk mengukur stres, beban kerja dan faktor pelajar. Selainitu, melalui soalan terbuka, kajian ini juga cuba mendapatkan maklumat tentang faktor-faktorlain yang menyebabkan stres. Dapatan kajian menunjukkan 50% daripada responden beradadalam kategori tidak stres dan yang 50% lagi berada dalam keadaan stres. Apabila analisis regresidibuat ke atas stres, didapati sebanyak 72 peratus daripada varian stres adalah disebabkan olehkedua-dua faktor iaitu beban kerja dan pelajar. Dapatan kajian mempunyai beberapa implikasitentang bagaimana hendak mengatasi stres di kalangan guru secara umum.

ABSTRACT

A study was conducted on women teachers from the Hulu Langat District, Selangor Darul Ehsan,who were teaching the Living Skills subject. The objectives of the study were a) to determinethe stress level of the teachers and b) to explain stress in terms of the independent variables, workload and the student factor. Through the open ended questions, other factors that might causestress were looked into. The findings showed that 50% of the respondents belonged to the nonstress category while the other 50% were stressful. By utilizing the regression analysis, it wasfound that 72% of the variance was due to work load and the student factor. The results of thisstudy had several implications on how to overcome stress in general among teachers.

PENGENALAN Ia merupakan satu fenomena semula jadi yangHans Seyle (1976), seorang pengasas dalam tidak boleh dielakkan sekiranya seseorang itubidang stres mendefinisikan stres sebagai *cara membuat kerja-kerja profesional (Fontana dantubuh manusia memberi respons kepada Abouserie 1993).tuntutan yang dikenakan kepadanya\ Menurut Stres yang keterlaluan dinamakan SindromDobson (1983) pula, perkataan stres berasal Adaptasi Umum (General Adaptation Syndrome)daripada perkataan Latin 'Stingere' yang yang mempunyai tiga peringkat, iaitu reaksibermaksud mengikat dengan ketat. Lefton kejutan (alarm reaction), ketahanan (resistance)(1994) pula mendefinisikan stres sebagai tindak dan keletihan (exhaustion). Petanda-petandabalas emosi yang tidak spesifik terhadap desakan pada peringkat pertama adalah pertambahansama ada yang sebenar atau yang diimaginasikan. kadar denyutan jantung dan pernafasan,

Page 2: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Noran Fauziah, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie 8c Rahil Mahyuddin

ketegangan otot dan Iain-lain perubahan fisiologi.Petanda yang dapat dilihat adalah seperti peningkepala, keletihan, susah bernafas dan cirit birit.Pada tahap ini, individu berkenaan menyedariten tang situasi stres yang dihadapinya.Seterusnya, pada tahap kedua, stres berterusantetapi individu tidak mempunyai strategibagaimana hendak menangani stres berkenaan.Pada tahap akhir, apabila berlaku keletihan,individu akan tumbang dan mengalami'burnout.

Konsep stres telah digunakan dalam pelbagaibidang termasuklah sosiologi, psikologi,perubatan dan pendidikan. Jika dilihat kepadapenggunaan konsep stres yang meluas ini, makatidak hairanlah sekiranya ia telah menghasilkanpelbagai definisi, teori dan model

Secara umum, terdapat dua jenis stres, iaituyang positif, dinamakan "eustress" dan yangnegatif "distress". Seseorang memerlukan'eustres' dalam kehidupannya untuk mendorongdirinya melakukan sesuatu dan seterusnya untukmeningkatkan prestasinya. Ia merupakan stresyang positif (Seyle 1976). Stres jenis kedua,iaitu 'distress' merupakan rangsangan yangmenyebabkan seseorang merasa sakit ataukecewa. "Distress" merupakan peneguhan negatifyang menyebabkan rasa kecewa atau putusharapan. Moorhead et al (1995) merumuskan"eustress" ialah stres yang menyeronokkandisebabkan oleh peristiwa yang positif dan"distress" ialah stres yang mengecewakandisebabkan oleh peristiwa yang negatif.

Stres dalam konteks kerja ditakrifkan sebagairespons penyesuaian kepada persekitaran yangdisebabkan oleh perbezaan individu. Carapenyesuaian kepada persekitaran, situasi ataukejadian mungkin menimbulkan kesan psikologiatau fizikal secara berlebihan. Apabila wujudgejala stres tempat kerja, maka timbullah beberapareaksi negatif seperti perasaan marah, tidak puashati, rungsing dan mengalami gangguan tidur.Stres kerja juga boleh disifatkan sebagai prosesatau situasi yang mengancam kesejahteraanorganisma dan organisasi. Situasi yang terbit dariperistiwa secara fizikal, persekitaran dan fisiologiboleh mempercepatkan tindak balas organismake arah positif atau sebaliknya.

Banyak kajian telah dijalankan di luar negaraseperti England, Wales, Australia, Hong Kong,Malta dan West Indies tentang stres di kalanganguru (Borg dan Riding 1993; Farber 1984;Fontana dan Abouserie 1993; Kyriacou 1989;Payne dan Fumham 1987; Hui dan Chan 1996).

Antara faktor yang didapati berkaitan denganstres di kalangan guru ialah tingkah laku pelajar,motivasi rendah di kalangan pelajar, beban kerja,konflik peranan, keadaan tempat kerja yang tidakselesa, perhubungan staf yang kurang baik,pengurusan pentadbiran sekolah, kritikandaripada pihak luar dan perhubungan denganibu bapa.

Beberapa penyelidik telah mengatakanbahawa profesion perguruan merupakan satupekerjaan yang mudah mendatangkan stres(Farber 1984). Kajian yang telah dijalankan keatas guru menunjukkan pengalaman stres tidaksama di kalangan mereka. Pengalaman tersebutberbeza antara seorang guru dengan guru lain(Albertson dan Kagan 1987; Dworkin, Haney,Dworkin dan Telschow 1990; Worrall dan May19&9), Satu kajian awal tentang stres di kalanganguru di England telah dijalankan oleh Kyriacou(1989) ke atas 700 orang guru sekolah. Merekamendapati 25 % daripada responden merasadiri mereka sebagai "stres" dan "sangat stres".Satu kajian lain yang dijalankan oleh Feitler danTokar (1981) di Amerika Syarikat ke atas 3,789orang guru dari 60 daerah di Ohio danPennsylvania menunjukkan guru yang mengalamibanyak stres adalah guru sekolah menengah danberumur antara 31 tahun hingga 44 tahun.Sumber stres kebanyakannya disebabkan olehtingkah laku pelajar dan beban kerja.

Petanda stres dapat dilihat secara psikologiseperti mudah marah, risau, mudah kecewa dantidak boleh rnemberi tumpuan. Ia juga dapatdilihat secara fizikal seperti sakit kepala, sakitbelakang, susah tidur dan darah tinggi.

Sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengahdilaksanakan di Malaysia pada tahun 1988, beberapamata pelajaran baru turut diperkenalkan. Salah satudaripada mata pelajaran tersebut ialah KemahiranHidup (KH). Mata pelajaran KH adalah satu matapelajaran pravokasional yang digubal bagimengambil alih mata pelajaran elektif SeniPerusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, SainsRumah Tangga dan Sains Pertanian di peringkatsekolah menengah.

Mata pelajaran KH mempunyai duabahagian, iaitu teras dan pilihan. Bahagianteras mengandungi tiga komponen utama, iaituKemahiran Manipulatif, Perdagangan danKeusahawanan, Kekeluargaan. Tetapi sejaktahun 1996, komponen Reka Cipta telahdiperkenalkan dalam KH, menjadikannya empatkomponen.

96 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Page 3: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Bidang pilihan pula terdapat tigakomponen, iaitu Kemahiran ManipulatifTambahan, Ekonomi Rumah Tangga dan SainsPertanian. Bahagian teras wajib dipelajari olehsemua murid, manakala bahagian pilihan muridhanya dikehendaki memilih satu daripada tigapilihan.

Pengkhususan guru KH yang berbeza dankemudian diminta mengajar empat bidang yangberlainan secara serentak mungkin menyumbangkepada stres kerja mereka. Persoalan yang wujud,adakah guru KH di peringkat sekolah menengahdi Kawasan Hulu Langat merasa stres dengankerja mereka? Kepastian jawapan terhadappersoalan ini sangat diperlukan bagimembolehkan usaha memperbaiki keadaan dankualiti pekerjaan dan seterusnya membantumengurangkan stres guru KH dalam usahamencapai kesejahteraan diri mereka.

Objektif kajian ini ialah untuk menentukantahap stres di kalangan guru Kemahiran Hidupyang mengajar di sekolah-sekolah menengahdaerah Hulu Langat, Selangor. Selain itu, kajianini juga cuba menerangkan stres dari segi bebankerja mengajar Kemahiran Hidup dan faktorpelajar.

KAEDAH

Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif yangbertujuan menerangkan stres dan kerisauan dikalangan guru wanita yang mengajar matapelajaran KH, Subjek kajian terdiri daripada 47guru wanita yang terlibat mengajar KH di sekolahmenengah daerah Hulu Langat. Empat puluhtujuh guru wanita ini merupakan seluruhpopulasi guru wanita yang mengajar KH yangterlibat dengan pengajaran komponen"Kemahiran Manipulatif". Komponen inimerupakan aspek baru bagi guru-guru wanitayang menjadi subjek kajian. Pengalaman inimenjadi asas pemilihan untuk memberipandangan mereka berkaitan dengan pengajaranKH, Daerah Hulu Langat dipilih berdasarkankekangan masa dan kewangan. Daripada 47jumlah guru yang dikaji, seramai 33 gurumerupakan guru siswazah dan 14 guru bukansiswazah.

INSTRUMENTASI

Kajian ini menggunakan soal selidik untukmengumpul data daripada responden. Untuktujuan ini, data yang diperoleh terdiri daripada

tiga bahagian. Pertama, berkaitan denganmaklumat peribadi guru. Bahagian kedua terdiridaripada 14 item yang mengukur stres dengannilai kebolehpercayaan 0.88. Bahagian ketigaberkaitan dengan pengukuran dua faktor yangmempengaruhi stres iaitu beban kerja dan faktorpelajar. Satu soalan umum juga dikemukakansama ada responden merasa stres atau tidak danmereka diminta memberikan sebabnya.

DAPATAN

Profit Responden

Subjek kajian terdiri daripada 47 orang guruwanita yang mengajar KH di lapan buah sekolahdi sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Darisegi usia, mereka berada dalam lingkungan umur23 hingga 46 tahun, dengan min umur 32.74tahun. Majoriti (59.6% atau 27 orang) beradadalam kategori umur antara 30 hingga 39 tahun,29.8% atau 14 orang berumur kurang daripada30 tahun dan lima orang berumur lebih daripada40 tahun. Majoriti (70%) daripada merekaadalah guru siswazah dan daripada jumlahtersebut enam orang adalah lepasan luar negeri,iaitu dari USA, Kanada, Australia dan NewZealand. Majoriti responden (75%) mengajarTingkatan Satu, Dua dan Tiga. Sembilan orangdaripada mereka didapati mengkhusus di luarbidang KH seperti matematik, bahasa Melayu,bahasa Inggeris, sejarah, geografi, sains danpembangunan manusia.

Beban Kerja

Seperti yang telah dinyatakan, beberapa itemtelah digubal untuk mengukur beban kerja guruKH. Nilai kebolehpercayaan bagi item-item yangmengukur beban kerja adalah 0.81, Taburankekerapan bagi pemboleh ubah ini adalah antara5 hingga 20, dengan skor min sebanyak 10.29,yang berada dalam kategori beban sederhanadan sisihan piawai sebanyak 3.59. Berdasarkankriteria pemberian skor, 44.7% daripadaresponden berada dalam kategori beban kerjaringan dan 34.7% dalam kategori bebansederhana. Lima orang responden (10.6%)tergolong dalam kategori beban yang berat.

Faktor Pelajar

Beberapa item telah digubal untuk mengukurfaktor pelajar. Nilai kebolehpercayaan item-item tersebut dengan menggunakan Cronbachalpha adalah 0.72. Taburan kekerapan bagi

Pertanika J. Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 9 No. 2 2001 97

Page 4: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Noran Fauziah, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Rahil Mahyuddin

pemboleh ubah ini adalah antara 3 hingga 9,dengan skor min sebanyak 5.04 dan sisihan piawai1.81. Berdasarkan kriteria pemberian skor,63.8% daripada responden merasakan faktorpelajar tidak mendatangkan stres manakala36.2% lagi merasakan sebaliknya.

Stats

Beberapa item telah digubal untuk mengukurstres. Setiap item mempunyai lima pilihanjawapan, iaitu 'Tidak Pernah", parang", "Kadang-kadang", "Selalu" dan "Amat Kerap". Ujiankebolehpercayaan dengan menggunakanCronbach alpha memberi nilai 0.88, menandakanskala stres mempunyai nilai kebolehpercayaanyang tinggi. Berdasarkan kriteria pemberianskor, skor yang rendah menandakan kurangstres, manakala skor yang tinggi mencadangkansebaliknya.

Taburan kekerapan kepada 14 item stresadalah antara 15 hingga 43, skor min sebanyak24.36 dan sisihan piawai sebanyak 7.05.Berdasarkan kriteria pemberian skor, skor minberada dalam kategori stres sederhana. Selainitu, dapatan kajian menunjukkan 51.1% guruberada dalam kategori stres rendah, 29.6% dalam

kategori stres sederhana dan 19.3% (9 orang)dalam kategori stres tinggi. Jadual 1menunjukkan taburan respons bagi item-itemstres dan Jadual 2 menunjukkan statistikdeskriptif bagi tiga pemboleh ubah utama dalamkajian ini, iaitu stres, beban kerja dan faktorpelajar.

Apabila dilihat kepada respons terhadapsetiap item bagi mengukur stres, terdapat polatentang keadaan guru KH dalam kajian ini.Pertama, sebilangan besar (72.3%) daripadamereka tidak merasa terasing mengajar KH;kedua, hampir dua-pertiga daripada merekamasih berminat mengajar KH dan peratusanyang sama juga menunjukkan guru KH tidakmerasa kekosongan emosi selepas mengajar KH.Dapatan seperti ini menggambarkan keadaanyang positif. Akan tetapi, lebih daripada satuperempat responden (29.8%) kadang-kadangmerasa penat secara emosi bila mengajar KH.Peratusan yang sama juga (25%) menunjukkanguru kadang-kadang merasa tercabar mendapatpelajar pintar dalam kelas mereka dan kira-kira23% pula kadang-kadang merasa stres keranamengajar KH dan merasakan mengajar KHmenghabiskan tenaga emosi mereka.

JADUAL 1Taburan peratusan item-item stres

No Item Tidak Jarang Kadang Selalu SangatPernah -kadang Kerap

1. Saya berasa kecewa mengajar KH2. Saya sudah tidak berminat mengajar KH3. Saya rasa tercabar jika saya dapati pelajar saya

seorang yang pintar4. Saya rasa terasing apabila mengajar KH5. Hidup saya amat stres kerana mengajar KH6. Saya tidak dapat tangani tekanan emosi

mengajar KH7. Saya merasa kekosongan emosi selepas

mengajar KH8. Ingat tentang mengajar KH, saya merasa letih9. Saya berasa kerja saya amat memenatkan

secara emosi10. Saya sukar menerima teguran kerana saya

seorang yang sensitif11. Jika saya tidak asingkan diri saya dari mengajar

KH, saya akan meletup12. Saya tidak kisah lagi tentang kualiti kerja

mengajar KH13. Secara umum saya rasa penat mengajar KH14. Mengajar KH menghabiskan tenaga emosi saya.

59.663.840.4

72.359.642.6

63.8

46.827.7

27,7

59.6

51.1

27.725.5

17.019.127.7

19.114.948.9

29.8

36.242.6

48.9

23.4

36.2

46.844.7

19.114.925.5

6.423.48.5

6.4

14.929.8

19.1

10.6

12.8

21.323.4

4.32.14.3

2.12.1

0.00

0.00

2.10.00

4.3

2.1

0.00

4.36.4

0.000.002,1

0.000.000.00

0.00

0.000.00

0.00

0.00

0.00

0.000.00

98 Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Page 5: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

Pembolehubah

StresBeban kerjaFaktor Pelajar

Statistik bagi

N

474747

JADUAL 2tiga pembolehubah utama

Minimum Maksimum

15.005.003.00

43.0020.009.00

Min

24.3610.295.04

Sisihan Piawai

7.053.591.80

Analisis korelasi telah dilakukan ke atas skorstres secara keseluruhan dengan skor beban kerjadan faktor pelajar. Keputusan analisismenunjukkan terdapat korelasi yang positif dansignifikan bagi kedua-dua pemboleh ubah bebasuntuk menerangkan stres, r = 0.70 bagi bebankerja dan r = 0.57 bagi faktor pelajar. Seterusnya,analisis regresi telah dijalankan untukmenerangkan stres dari segi beban kerja danfaktor pelajar secara serentak. Keputusan regresilinear memberi nilai R Ganda Terselarassebanyak 0.72, mencadangkan bahawa 72 %daripada varian dalam skor stres adalahdisebabkan oleh beban kerja dan faktor pelajar.Apabila regresi 'stepwise' digunakan, didapati63% daripada varian skor stres adalah disebabkanoleh faktor pelajar dan yang baki 9 % disebabkanoleh beban kerja (Jadual 3).

JADUAL 3Keputusan regresi 'stepwise' bagi stres kerja

Model

12

Peramal:Peramal:

R

.795a

.853b

(Konstan),(Konstan),

R-Ganda

.633

.727

R-Gandaterselaras

.625

.715

BebanBeban, Pelajar

Anggaranralat

piawai

4.3223.78

Komponen yang Menyebabkan StresMemandangkan KH merangkumi limakomponen yang berbeza-beza, iaitu ekonomirumah tangga, sains pertanian, kemahiranmanipulatif, kekeluargaan, serta perdagangandan keusahawanan, maka adalah dijangkakanguru akan menghadapi kesukaran tentang mana-mana satu daripada komponen tersebut.Keputusan kajian menunjukkan separuhdaripada responden menghadapi masalah dalamkomponen kemahiran manipulatif, diikuti olehperdagangan dan keusahawanan.

Cadangan Bagaimana Mengurangkan StresResponden yang menyatakan mereka stres jugamemberi cadangan bagaimana mengurangkanstres. Cadangan positif lagi profesional adalahmengadakan kursus tentang bagaimana hendakmengguna alat elektrik dan elektronik. Selainitu, terdapat juga cadangan supaya diadakanjawatan Pembantu Makmal yang sudah tentunyadapat membantu guru dari segi persediaanpengajaran. Guru juga merasakan perlunyamengikuti kursus dalam perkhidmatan dari segikemahiran mengajar supaya mereka lebih yakinberhadapan dengan kelas. Bagi mereka yangmengatakan mempunyai beban kerja yang berat,cadangannya ialah supaya waktu mengajardikurangkan, ataupun dikurangkan beban tugasyang lain. Terdapat juga cadangan supayakomponen yang sedia ada dalam KHdikurangkan. Ini memberi implikasi sama adaguru kurang mampu untuk mengajar semuakomponen dalam mata pelajaran KH ataupunterlalu banyak isi kandungan yang perlu diajardalam masa yang ditetapkan. Akhir sekali ialahcadangan supaya pelajar lelaki diajar oleh gurulelaki. Cadangan yang terakhir ini membayang-kan kegagalan guru wanita untuk mengawalpelajar lelaki dalam kelas KH.

PERBINCANGANDapatan kajian menunjukkan hampir separuh(49.9%) daripada guru mengalami stres.Dapatan ini mempunyai implikasi kepadaperlunya guru mempelajari cara-cara bagaimanahendak menangani stres seperti belajarbagaimana hendak relaks, bersenam selalu danmencari sokongan sosial. Mungkin sudah sampaimasanya diadakan satu usaha untuk mengadakanbengkel pengurusan stres bagi guru darisemasa ke semasa di sekolah. Usaha ini adalahbaik bagi memastikan guru memperolehkesejahteraan hidup dan mengelakkan supayajangan sampai ke tahap 'burnout'.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum, Vol. 9 No. 2 2001 99

Page 6: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Noran Fauziah, Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Rahil Mahyuddin

Implikasi seterusnya daripada dapatan kajianini ialah perlunya dimasukkan ke dalamkurikulum pendidikan perguruan ten tangbagaimana cara mengatasi stres. Dengan caraini, bakal guru akan dapat mengenal pastipetanda-petanda yang menimbulkan stres danjuga boleh menangani stres melalui beberapateknik seperti senaman, mendengar muzik klasikataupun belajar bagaimana hendak mengurusmasa dengan efektif.

Pelajar lelaki pada peringkat awal remajalebih memerlukan guru lelaki untuk mengajarmereka kerana guru lelaki akan menjadi modelyang baik bagi perkembangan psikologi mereka,Terdapat beberapa guru perempuan yangmengakui kegagalan mereka mendisiplin pelajarlelaki, terutama di kalangan guru muda. Merekaberpendapat pelajar lelaki patut diajar oleh gurulelaki. Dapatan ini mempunyai implikasi tentangperlunya guru untuk memperoleh danmempertingkat kemahiran dalam mendisiplindan memotivasi pelajar.

Dapatan kajian juga menunjukkan ada guruyang mengajar KH tidak mengkhusus dalammana-mana komponen KH semasa dalam latihanperguruan mereka. Perkara ini tidaklahmemeranjatkan kerana guru-guru ini sudah pastimerasa kurang yakin atau kurang keberkesanankendiri disebabkan terpaksa mengajar KH.Gejala guru yang mengkhusus dalam satu matapelajaran sekolah tetapi diminta mengajar matapelajaran lain bukanlah perkara baru.Kadangkala pengetua terpaksa mengambilkeputusannya sendiri meminta guru mengajarmata pelajaran lain yang bukan pengkhususanmereka. Akan tetapi, sekiranya terdapatfenomena seperti itu, maka pihak sekolah patutmengambil langkah untuk mengadakan kursus-kursus pendek bagi guru dalam kategori inisupaya lebih bersedia berhadapan denganpelajar. Apatah lagi bagi mata pelajaran yangada komponen amali.

Terdapat majoriti guru (66%) yangmengatakan mereka merasa stres bagi mengajarkomponen Kemahiran Manipulatif. Dapatan iniberguna kepada pihak pentadbiran sekolahsupaya mereka mengadakan kursus dalamperkhidmatan bagi komponen ini.

Guru juga ada menyatakan mereka tidakmempunyai masa yang mencukupi untukmembuat persediaan mengajar KH. Inidisebabkan mereka juga mempunyai beban tugasyang lain. Memandangkan guru terpaksa

membuat banyak persediaan untuk kelas amali,implikasinya di sini ialah mereka perlukanseorang pembantu untuk menolong merekamenyediakan peralatan di makmal. Kajian yangdibuat oleh Noran Fauziah, Habibah Elias danSoong Ling Ling (1997) tentang kepuasan kerjaguru KH di negeri Selangor juga mendapatcadangan yang sama daripada mereka.

Kajian ini telah mengguna duapembolehubah bebas untuk menerangkan stresdi kalangan guru KH, iaitu faktor pelajar danbeban kerja. Dapatan kajian menunjukkankedua-dua faktor tersebut adalah positif dansignifikan. Jawapan terbuka daripada respondenjuga menyokong persoalan kajian di manarespons guru tersebut menunjukkan mereka stresdisebabkan pelajar dan beban kerja. Kedua-duapemboleh ubah ini adalah berkaitan denganperhubungan di tempat kerja dan sifat kerja, iaitudua pemboleh ubah yang telah dikenal pastioleh Cooper dan Payne (1988) sebagaipenyumbang kepada stres.

Satu hakikat yang perlu dihadapi ialahperasaan stres yang tinggi di kalangan guru akanmenyebabkan mereka merasa * cynical1 dan tidakakan memberi tumpuan yang sepenuhnya kepadapelajar dan pengajaran mereka. Pada tahapyang lebih serius lagi ialah mereka akanmengambil keputusan untuk meninggalkanprofesion perguruan. Dari perspektif kesanstres kepada kesihatan fisiologikal, ia memberibanyak kesan negatif seperti tekanan darah tinggiatau lupa daya ingatan. Sebagai kesimpulan,bolehlah dikatakan bahawa stres adalah isu yangsangat relevan di kalangan para pendidik,pendidik guru dan pihak pengurusan daiamorganisasi pendidikan.

RUJUKANALBERTSON, L.M. dan D.M. KACAN. 1987.

Occupational stres among teachers. Journal ofResearch and Development in Education 21: 69-75.

BORG, M.G. dan RJ. RIDING. 1993. Occupationalstres and job satisfaction among schooladministrators. Journal of EducationalAdministration Vol. 31.

COOPER, C.L. dan R. PAYNE. 1988. Causes, Coping

and Consequences of Stress at Work. Chichesterand New York: Wiley.

DOBSON, C.B. 1983. Stress: The Hidden AdversoryLancaster: MTP Press Ltd.

100 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001

Page 7: Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran ...pertanika2.upm.edu.my/Pertanika PAPERS/JSSH Vol. 9 (2) Sep. 2001/03... · Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan,

Stres di Kalangan Guru Wanita yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup

DWORKIN, A.G., C.A, HANEY, RJ. DWORKIN dan R.L.

TELSCHOW. 1990. Stress and illness behaviouramong urban public school teachers .Educational Administration Quarterly 26: 60-72.

FARBER, R.A. 1984. Stress and burnout in suburbanteachers. Journal of Educational Research 1\ 325-331.

FIETLER, F.C. dan E.B. TOKAR. 1981. Teacher Stress:Sources, Symptoms and Job Satisfaction. Kertasyang dibentangkan di Annual Meeting of theAmerican Education Research Association, LosAngeles, CA, 13-17 April, 1981.

FONTANA, D. dan R. ABOUSERIE. 1993. Stress levels,gender and personality factors in teachers.British Journal of Educational Psychology 63: 261-270.

Hui, EADAOIN K.P dan DAVID W. CHAN. 1996. Teacher

stress and guidance work in Hong Kongsecondary school teachers. British Journal ofGuidance and Counselling 24(2): 199-211.

KYRIACOU, C. 1989. The Nature and Prevalence ofTeacher Stress. Dalam Teaching and Stressdisunting oleh M. Cole dan S. Walker. MiltonKeynes: Open University Press.

LEFTON L.A. 1994. Psychology. USA: Allyn and Bacon.

MOORHEAD, G. dan R.W, GRIFFIN. 1995. Organizational

Behaviour: Managing People and Organizations,New York: Houghton Mifflin Company.

NORAN FAUZIAH YAAKUB, HABIBAH ELIAS dan SOONG

LING LING. 1997. Kepuasan Kerja GuruKemahiran Hidup di Daerah Petaling, SelangorDarul Ehsan. Kertas kerja yang dibentangkandi Seminar Kebangsaan Pendidikan Vokasional,Mei 1997, Universiti Putra Malaysia.

PAYNE, M.A dan A. FUMHAM. 1987. Dimensions of

occupational stress in West Indian secondaryschool teachers. British Journal of Psychology 57:141-150.

SEYLE, H. 1974. Stress Without Distress. PhiladelphiaJ.J: Lippincoff.

SEYLE, H. 1976. The Stress of Life. New York: MeGraw Hill.

WORRAL, N. dan D. MAY. 1989. Toward a person insituation model of teacher stress. British Journalof Educational Psychology 59: 174-86.

Diterima: 14 Februari 2000

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 9 No. 2 2001 101