stres di kalangan guru-guru di sekolah-sekolah rendah daerah simunjan : kajian terhadap tahap dan...

12
Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan) Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah Osman bin Zaini 1.1 Pengenalan Profesion sebagai sorang pendidik adalah sangat mulia dalam masyarakat Malaysia khususnya dan global amnya. Seorang guru dipandang tinggi dan sentiasa menjadi rujukan masyarakat sekeliling. Namun demikian, sesetengah masyarakat memberi anggapan bahawa mengajar ini mudah dan tidak membebankan. Ekoran pelbagai cabaran masa kini, tenaga pengajar dan pengurusan sekolah haruslah peka dan sentiasa mengambil berat cabaran pendidikan. Maka dengan perkembangan yang pesat dalam dunia pendidikan ini, tidak mustahil para pendidik akan menghadapi tekanan kerja (Raja Maria Diana Bt Raja Ali, 2011). Maka, munculnya tekanan kerja akan menyebabkan stress berlaku dikalangan tenaga pengajar. Dalam erti kata lain stress merupakan bagaimana tubuh badan kita memberi tindak balas terhadap sesuatu seperti kegelisahan, ketegangan, 1

Upload: cikgu-osman-bin-zaini

Post on 28-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KERTAS CADANGAN

TRANSCRIPT

Page 1: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini

1.1 Pengenalan

Profesion sebagai sorang pendidik adalah sangat mulia dalam masyarakat Malaysia

khususnya dan global amnya. Seorang guru dipandang tinggi dan sentiasa menjadi

rujukan masyarakat sekeliling. Namun demikian, sesetengah masyarakat memberi

anggapan bahawa mengajar ini mudah dan tidak membebankan. Ekoran pelbagai cabaran

masa kini, tenaga pengajar dan pengurusan sekolah haruslah peka dan sentiasa

mengambil berat cabaran pendidikan. Maka dengan perkembangan yang pesat dalam

dunia pendidikan ini, tidak mustahil para pendidik akan menghadapi tekanan kerja (Raja

Maria Diana Bt Raja Ali, 2011).

Maka, munculnya tekanan kerja akan menyebabkan stress berlaku dikalangan tenaga

pengajar. Dalam erti kata lain stress merupakan bagaimana tubuh badan kita memberi

tindak balas terhadap sesuatu seperti kegelisahan, ketegangan, konfilik dan beban kerja

yang dihadapi pada setiap hari. Perkara ini jika kerap dan selalu dihadapi akan memberi

kesan yang sangat tidak sihat seperti jatuh sakit, menjadi marah dan hilang pertimbangan.

Dalam masa yang sama, stress boleh menganggu psikologi dan perhubungan dalam diri

tenaga pengajar sendiri. Apabila datangnya stress, secara tidak langsung tubuh akan

menerima rangsangan yang berlebihan dan cuba untuk mencegah berlakunya keletihan.

Perkara ini turut disokong dengan definisi yang diberikan oleh Kamus Oxford.

Menurut Kamus Oxford, stress merupakan tekanan, desakan, usaha,tuntutan ke atas

1

Page 2: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

keupayaan fizikal atau mental. Boleh disimpulkan bahawa stress ini adalah suatu keadaan

dimana tubuh badan kita diuji dengan pelbagai elemen yang mengarahkan kita berfikir

dan bertindak mengikut batas masa tertentu. Ini turut disokong dalam Kamus Pelajar

Edisi Kedua menyatakan bahawa stres adalah dimana individu berada dalam keadaan

resah,cemas dan tegang akibat tekanan mental dan fizikal.

Bidang pendidikan juga tidak lari dari stres ini. Stres ini melibatkan ruang

lingkup yang besar dalam dunia pendidikan. Ia melibatkan pengurus sekolah, tenaga

pengajar, staf sokongan dan pelajar sendiri. Masalah ini jika berlarutan boleh membawa

kesan negatif kepada diri sendiri dan sekolah. Tekanan dalam bidang pendidikan

bukanlah perkara yang baharu. Tekanan dalam bidang pendidikan ini berlaku mulanya

dari atas ke bawah. Secara umumnya, kita mengetahui bahawa bidang pendidikan Negara

kita bersifat dinamik. Sering berlaku perubahan dalam sistem pendidikan dan harus kita

fahami bahawa setiap perubahan adalah berobjektifkan ke arah kebaikan dan

kecemerlangan. Perubahan ini telah melibatkan tiga sistem yang berbeza. Wujudnya

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang mula dilaksanakan selepas kemerdekaan.

Sistem pendidikan pada tahap ini dirancang supaya memberi

sumbangan penting bagi mencapai objektif utama iaitu menggalakkan

perpaduan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Setelah dinilai semula,

KLSR ini mempunyai kelemahan dan perlu ditambahbaik. Maka

muncullah era Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Matlamat KBSR

adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara

menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi

aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan

yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Setelah dilaksanakan

2

Page 3: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

KBSR juga dilihat masih mempunyai kelemahan (Nik Azis Nik Pa &

Noraini Idris, 2008).

Oleh sebab itu, kementerian telah membuat semakan semula

dan pada hari ini wujudlah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Sistem pendidikan yang berubah-ubah ini telah menyaksikan pelbagai

cabaran disebabkan cara penyampaian dan pentaksiran berubah sama

sekali. Guru-guru perlu mengadaptasi perubahan ini. Jika dilihat dari

sudut positif, tekanan seperti ini telah menghasilkan satu perubahan

yang positif. Penambahbaikan dilakukan untuk mengatasi

kelemahan.Stres positif akan mewujudkan peningkatan dalam

pekerjaan. Stres juga akan menggalakkan sesuatu isu diselesaikan

seperti isu sistem pendidikan diselesaikan melalui penyelesaian yang

positif dan dengan perubahan sistem yang relevan mengikut

perubahan semasa. (FitzMaurice, K. E, 2013).

1.2 Penyataan Masalah

Dalam pengurusan pendidikan terdapat hubungan antara isu dan masalah stres ini.

Isu yang timbul kebanyakkan melibatkan barisan pengurus sekolah dengan tenaga

pengajar. Keadaan boleh menjadi faktor kepada berlaku masalah stres dikalangan guru.

Ini disokong oleh kajian yang dilakukan oleh Syed Kamaruzaman b. Syed Ali (2005)

yang menyatakan bahawa tekanan dan kepuasan kerja merupakan dua faktor yang dapat

menentukan pretasi guru-guru di sekolah. Sekiranya seorang guru mengalami tekanan

yang tinggi maka sudah pasti mereka tidak akan mendapat kepuasan ketika bekerja.

Manakala dapatan kajian yang dibuat oleh Prof. Madya Dr Azizi bin Hj. Yahaya dan

Mazeni binti Ismail (2007)disokong lagi dengan dapatan kajian yang dibuat oleh

3

Page 4: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd Noor & Mohd Burhan Ibrahim, (2013) yang

mendapati bahawa tahap tekanan yang dialami oleh guru adalah pada tahap sederhana.

Selain itu, isu stres ini juga sering tersebar dalam media massa. Menurut tulisan

oleh Noor Hamizah Abu Bakar yang bertajuk “Guru Lebih Stres”, beliau menyatakan

bahawa guru berada pada tempat keempat tertinggi pekerjaan yang mendatangkan stres.

Kedudukan warga pendidik yang menduduki tempat keempat dalam mengalami stres

amat mengejutkan. Ini menunjukkan seorang guru berdiri lama ketika mengajar di dalam

kelas atau melakukan aktiviti sukan dan sebagainya (Noor Hamizah Abu Bakar, 2012).

Ini disokong lagi dalam artikel pada akhbar Berita Harian yang bertajuk Seksa Menjadi

Cikgu mengulas perkara yang sama. Keadaan guru yang stres telah menyebabkan guru

terseksa. Ini jelas menunjukkan bahawa jika masalah ini terus berterusan ia akan

membawa kesan yang negatif kepada perkembangan pendidikan di negara kita.

Berdasarkan beberapa kajian lepas, terdapat banyak faktor yang menyebabkan

timbulnya isu yang menyebabkan stres. Di dalam kajian ini, pengkaji akan mengkaji

faktor stres iaitu tekanan ibu bapa atau penjaga, beban tugas, ketidakadilan penilaian

prestasi, opsyen, infrastruktur atau kemudahan , lokasi sekolah, perubahan sistem

pendidikan dan kepimpinan yang menjadi faktor stres guru.

1.3 Latar Belakang

Masalah stres dikalangan guru bukanlah perkara baharu. Masalah ini telah dikaji oleh

para pengkaji untuk melihat apakah punca masalah dan cara penyelesaiannya. Dalam

kajian-kajian yang lepas, banyak menyentuh berkaitan masalah stres ini. Jadi, pengkaji

ingin membuat kajian penambahbaikan dalam masalah ini.

Pada masa kini, terdapat pelbagai isu yang timbul dalam organisasi pendidikan

berkaitan tentang stres guru misalnya dalam kajian yang dilaksanakan oleh Prof. Madya

4

Page 5: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Dr Azizi bin Hj. Yahaya dan Mazeni binti Ismail (2007) yang mengetengahkan mengenai

faktor-faktor yang mempengaruhi stres di kalangan guru sekolah menengah di Malaysia.

Para guru menyatakan bahawa tahap stress guru secara keseluruhannya berada pada tahap

yang sederhana. Faktor kejayaan diri merupakan faktor yang paling mempengaruhi stres

guru. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara

faktor-faktor stres dengan umur, bilangan anak dan pengalaman seseorang guru, tetapi

didapati faktor kejayaan diri terdapat hubungan dengan pengalaman. Dari kajian ini kita

boleh bahawa tahap stress dikalangan guru masih boleh dikurangkan. Justeru, kajian yang

bakal dilaksanakan ini akan melihat sejauh mana tahap stress dikalangan guru.

1.4 Objektif

1.4.1 Meninjau tahap stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah

Simunjan.

1.4.2 Meninjau punca stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah

Simunjan

1.4.3 Mengenalpasti perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru

berdasarkan jantina,umur, dan pengalaman mengajar.

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Apakah tahap stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Simunjan?

1.5.2 Apakah punca stres dalam kalangan guru sekolah rendah di Daerah Simunjan?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan tahap dan punca stres dalam kalangan guru di

daerah Simunjan berdasarkan jantina, umur dan pengalaman mengajar?

1.6 Metodologi

5

Page 6: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif dan merupakan kajian tinjauan. Kajian

tinjauan digunakan kerana pengkaji ingin meninjau tahap dan punca stres dalam kalangan

guru sekolah rendah di Daerah Simunjan. Oleh itu, pengkaji akan terlebih dahulu

mengenalpasti tahap stres dan seterusnya punca stres dalam kalangan guru. Pengkaji juga

akan mengenalpasti tahap dan punca stres dalam kalangan guru berdasarkan jantina, umur

dan pengalaman mengajar di sekolah rendah daerah Simunjan.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini pada hemat pengkaji merupakan kajian keseimbungan daripada kajian-kajian

yang lepas. Seperti kita sedia maklum, terdapat banyak kajian berkaitan stres ini telah

dijalankan. Umumnya,kajian sangat penting dan akan memberi faedah kepada para

pengurus sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua, barisan tenaga pengajar, pihak

pentadbiran di Pejabat Pendidikan Daerah sekaligus pihak Jabatan Pendidikan Begeri

Sarawak.

Pihak pengurus sekolah iaitu Guru Besar atau Pengetua akan memerlukan dapat

kajian ini untuk rujukan mereka. Melalui dapatan kajian ini, mereka dapat membuat

perancangan dalam pengurusan sekolah. Mereka dapat menggunakan semasa pengagihan

tugasan guru, membuat keputusan dan sebagainya. Manakala untuk barisan pengajar,

melalui kajian ini mereka dapat merancang masa membuat sesuatu tugasan,

membahagikan tugasan dengan terurus dan bijak membuat keputusan. Hal ini penting

kerana ia dapat menjadi pemangkin untuk mengurangkan stres dalam diri mereka.

Di samping itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pelajaran

Negeri Sarawak (JPNS) juga boleh menggunakan maklumat daripada kajian ini untuk

6

Page 7: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

membantu guru-guru yang mengalami stres seperti merangka program menangani stres

yang memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, program kaunseling dan

sebagainya. Melalui kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan semasa seseorang

guru memohon perpindahan dan penempatan baru oleh pihak PPD/JPNS.

1.8 Bibliografi

Azizi Hj. Yahaya&Nik Diana Hartika Binti Nik Husain, (2007). Tahap Stres Dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Di Guru Sekolah Di Negeri Johor, Melaka, Selangor, dan N.sembilan. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

FitzMaurice, K. E.(2013). Stress For Success, Second Edition. America. FitzMaurice Publishers.

Noor Hamizah Abu Bakar.(24/04/2012). Guru Lebih Stres. Retrieved 24 September 2014, http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20120424/pe_01/Guru-lebih

Raja Maria Diana Bt Raja Ali(2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Puteh. Master Of Education. Open University Malaysia.

Sonia Blandford(2010). Siri Kepimpinan&Pengurusan Sekolah “Panduan Pengurus Peringkat Pertengahan Di Sekolah. Institute Terjemahan Negara Malaysia.

Syed Kamaruzaman b.Syed Ali (2005). Tekanan dan kepuasan kerja di kalangan guru. Pentadbiran dalam Pembangunan Pendidikan. 124-141

7

Page 8: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

1.9 JADUAL RINGKAS PERANCANGAN PENGAJIAN

Peringkat Pertama Penyediaan asas kajian Pembinaan teori dan konsep

Peringkat kedua Penyediaan instrument kajian (boring soal selidik) Kajian perpustakaan Pengumpulan data dan kajian perbandingan

Peringkat ketiga Analisis data Penulisan laporan Penyediaan kertas kajian.

8

Page 9: Stres Di Kalangan Guru-Guru Di Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Simunjan : Kajian Terhadap Tahap dan Punca Masalah

Osman bin Zaini 880315525871 LD_B907 - Pengurusan Pendidikan (Kurikulum / Kokurikulum / Sukan)

1.10 JADUAL INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPILH

BIL. INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPILIH

NAMA KURSUS/PROGRAM

JUMLAH KESELURUHAN JAM KREDIT YANG DITAWARKAN.

1 UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SARJANA PENDIDIKAN

40 (34 UNIT KERJA KURSUS & 6 UNIT DALAM PROJEK PENYELIDIKAN

2 UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

SARJANA PENDIDIKAN

 40 (34 UNIT KERJA KURSUS & 6 UNIT DALAM PROJEK PENYELIDIKAN

3 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

SARJANA PENDIDIKAN

40 (24 UNIT KERJA KURSUS & 16 UNIT DALAM KOMPENAN PENYELIDIKAN)

9