stpm percubaan 2008 sabah bahasa melayu kertas 1

Upload: chinwynncom

Post on 30-May-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    1/18

    SULIT*

    JABATAN PELAJARAN NEGERI SABAH

    EXCEL 2

    SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

    Arahan kepada calon:

    JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA

    DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN.

    Ada enam puluh soalan dalam ujian ini. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat

    pilihan jawapan: anda dikehendaki memilih jawapan yang tepat sekali dan

    menandakan jawapan itu pada Borang Jawapan Aneka Pilihan yang berasingan.

    Baca arahan pada Borang Jawapan Aneka Pilihan itu dengan teliti.

    Jawab semua soalan. Markah tidak akan ditolak bagi jawapan yang salah:

    jumlah markah anda dalam ujian ini ialah bilangan soalan yang dijawab denganbetul.

    Kertas soalan ini terdiri daripada 17 halaman bercetak.

    JPN SABAH 2008

    1

    STPM 2008910/1

    BAHASA MALAYSIA

    KERTAS 1

    (Dua jam)

    NAMA : _________________________

    KELAS: _________________________

    NO. KP:__________________________

    ANGKA GILIRAN:________________

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    2/18

    SULIT*

    Soalan-soalan 1 hingga 3 berdasarkan petikan di bawah ini.

    Tentu ramai yang bersetuju apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan

    Pelancongan menyatakan bahawa orang ramai semakin melupai permainan-

    permainan tradisional. Benarkah kanak-kanak era IT tidak tahu lagi bermain congkak,gasing, guli, teng-teng, layang-layang, dan banyak lagi permainan kesukaan ayah dan

    datuk mereka ketika kecil dahulu?

    Dalam hal ini, usaha untuk mempopularkan dan menghidupkan permainan-

    permainan tradisional berkenaan perlu digiatkan semula. Kita bimbang sekiranya

    tidak ada pihak yang mengambil berat fenomena ini, tidak lama lagi permainan-

    permainan tradisional tersebut akan pupus di muka bumi. Hal ini tentu menyedihkan.

    Membudayakan permainan tradisional seumpama congkak, gasing dan yang

    lainnya bukanlah satu kerja mudah. Zaman sudah berubah dan masa telah berlalu.

    Permainan-permainan tradisional tersebut seolah-olah sudah tidak relevan dengan

    keadaan sekarang. Kekurangan ruang di rumah pangsa atau pangsapuri tidak

    memungkinkan permainan gasing, guli dan lebih-lebih lagi layang-layangdilaksanakan.

    Congkak, teng-teng, dan batu seremban mungkin boleh dilakukan di dalam

    rumah kerana permainan ini tidak memerlukan ruang yang luas. Masalahnya sekarang

    ialah bagaimana alat permainan ini dapat diperoleh dengan mudah. Alat ini kini hanya

    mudah diperoleh di kedai-kedai antik atau di tempat-tempat pelancongan dan

    harganya di luar kemampuan orang biasa. Mereka yang mampu membeli peralatan

    permainan congkak lebih suka menjadikannya sebagai perhiasan dan bukannya

    permainan.

    Perkara yang lebih penting difikirkan ialah permainan-permainan tradisional

    ini tidak mempunyai nilai komersil. Ketika orang ramai berebut mementingkan nilai-

    nilai kebendaan, perkara yang tidak mendatangkan nilai wang ringgit tentunya akan

    diketepikan. Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan wajar mengatur

    program untuk mengkomersilkan permainan-permainan tradisional tersebut.

    Tanpa menyuntik nilai komersil pada gasing, congkak, dan sebagainya,

    masyarakat akan lebih tertarik untuk bermain komputer dan pelbagai permainan

    moden lain yang lebih menarik dan mencabar minda. Ketika negara mencanangkan

    arus kemajuan IT, sentimental terhadap permainan tradisional ini dengan sendirinya

    boleh mati. Oleh itu,usaha yang lebih serius diperlukan untuk mempopularkan

    permainan ini.

    (Dipetik dan diubah suai daripada Minda, September 2001)

    1 Apakah kesan sekiranya tidak ada pihak yang mengambil berat untuk

    menghidupkan permainan tradisional?

    A Khazanah tradisi Melayu akan pupus.

    B Industri membuat congkak akan mengalami kerugian.

    C Orang-orang tua kehilangan nostalgia masa lampau mereka.

    D Permainan ini tidak dapat diperkenalkan di peringkat antarabangsa.

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    2

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    3/18

    SULIT*

    2 Berikut merupakan faktor-faktor yang menyukarkan usaha membudayakan

    permainan tradisional kecuali

    A zaman telah berubah.

    B kekurangan tempat bermain.

    C harganya di luar kemampuan orang biasa.D alat permainan itu tidak dapat diperolehN dengan mudah.

    3 Langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh Kementerian Kebudayaan,

    Kesenian dan Pelancongan untuk mengelakkan kepupusan permainan-

    permainan tradisional ini adalah dengan

    A menggalakkan permainan-permainan itu dipertandingkan.

    B mewajibkan permainan-permainan tersebut di sekolah-sekolah.

    C mengatur program untuk mengkomersilkan permainan-permainan

    tersebut.

    D membuka kedai-kedai menjual barangan tersebut di tempat-tempatpelancongan.

    Soalan-soalan 4 hingga 6 berdasarkan carta di bawah ini.

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    PERNIAGAAN

    SRI IMPIAN

    Plastik Kertas Alat-alat CetakRoti Susu Biskut Gula

    3

    Syarikat Cendana

    Pekerja

    Keluaran

    Eksport

    Bunei Thailand Indonesia Hong Kong

    Keluaran

    Syarikat Ceria

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    4/18

    SULIT*

    4 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Syarikat Ceria?

    A Anak Syarikat Cendana.

    B Hasil eksportnya ialah kertas.

    C Tenaga buruhnya adalah daripada Syarikat Cendana.

    D Hasil pengeluarannya dieksport ke semua negara Asia Tenggara.

    5 Perniagaan Sri Impian ialah syarikat perniagaan yang menghasilkan barang-

    barang

    A industri berat.

    B barangan elektrik.

    C barang-barang keperluan harian.

    D barang makanan dan keperluan syarikat.

    6 Persamaan antara Syarikat Ceria dengan Syarikat Cendana ialah

    I menghasilkan barangan yang sama.

    II anak syarikat Perniagaan Sri Impian.

    III mempunyai kakitangan yang berbeza mengikut kemahirannya.

    IV hasil keluarannya dieksport ke beberapa buah negara di Asia Tenggara.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    Soalan-soalan 7 hingga 10 berdasarkan petikan di bawah ini.

    Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah banyak diperkatakan oleh

    masyarakat Malaysia. Walaupun pelbagai langkah dan strategi telah diambil oleh

    pihak yang bertanggungjawab tetapi masalah tersebut semakin berleluasa dan

    membimbangkan pelbagai pihak terutama kerajaan.

    Kementerian Pendidikan Malaysia pada hujung tahun 2003 mengenal pasti

    76,300 pelajar atau 1.09 peratus daripada tujuh juta pelajar di negara ini terbabit

    dengan masalah disiplin. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa setiap negeri

    mempunyai pelajar sekolah yang bermasalah dan memerlukan perhatian semua pihak.

    Kegiatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kongsi gelap, lumba

    motosikal haram, peras ugut, rogol, mencuri, dan membunuh telah banyak dilaporkan

    oleh pihak polis melalui media massa. Pendek kata, bukan sahaja pelajar sekolah

    sudah berani melanggar peraturan sekolah malah undang-undang negara.

    Dalam setahun, banyak pelajar sekolah menengah dibuang sekolah kerana

    melibatkan diri dalam kegiatan salah laku dan samseng. Kumpulan samseng yang

    membabitkan pelajar sekolah dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kongsi gelap,

    kumpulan samseng dan kumpulan pelajar nakal di sekolah.

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    4

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    5/18

    SULIT*

    Kongsi gelap ialah organisasi yang dianggotai oleh ahli yang mempunyai

    kecenderungan melakukan pelbagai salah laku yang terikat oleh peraturan dan

    undang-undang tersendiri serta mengamalkan upacara angkat sumpah. Kumpulan

    samseng pula terdiri daripada individu yang bergabung untuk tujuan jenayah.

    Kumpulan pelajar nakal di sekolah ialah mereka yang bermasalah dan sering

    melakukan modus operandi pelbagai salah laku berunsur kongsi gelap atau meniruperbuatan sedemikian.

    (Dipetik dan diubahsuaikan daripadaDewan Masyarakat, Januari 2004)

    7 Mesej yang hendak disampaikan oleh penulis dalam petikan di atas ialah

    A kumpulan pelajar nakal di sekolah.

    B peraturan dan undang-undang di sekolah.

    C masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah.

    D kegiatan lumba haram dalam kalangan pelajar.

    8 Kegiatan salah laku pelajar berdasarkan petikan di atas dapat dikategorikan

    sebagai

    A kes juvana.

    B kes samseng.

    C kes jenayah sivil.

    D kes kongsi gelap.

    9 Masalah disiplin dan gejala negatif di sekolah, boleh dirumuskan sebagai

    A masalah kongsi gelap di sekolah tidak membimbangkan.

    B masalah pelajar di sekolah memerlukan perhatian semua pihak.

    C sekolah perlu dipersalahkan berhubung dengan masalah disiplin

    sekolah.

    D pelajar sekolah melanggar peraturan kerana undang-undang sekolah

    terlalu longgar.

    10 Keterangan yang tidak benar tentang kongsi gelap ialah

    A mengamalkan upacara sumpah.

    B kongsi gelap merupakan aktiviti kenakalan pelajar di sekolah.C melibatkan aktiviti-aktiviti jenayah di dalam dan luar sekolah.

    D organisasi yang mempunyai peraturan dan undang-undang tersendiri.

    11 Berikut merupakan bahasa-bahasa di Kepulauan Austronesia Bahagian Timur

    yang disebut sebagai bahasa-bahasa Pasifik, kecuali

    A Bahasa-bahasa Farmosa

    B Bahasa-bahasa Polinesia

    C Bahasa-bahasa Melanesia

    D Bahasa-bahasa Mikronesia

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    5

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    6/18

    SULIT*

    12 Antara batu bersurat yang berikut, yang manakah tidak menggambarkan

    penggunaan bahasa Melayu pada abad ke-7?

    A Minye Tujuh

    B Karang Brahi

    C Talang TuwoD Kota Kapur

    13 Antara yang berikut, yang manakah ciri bahasa Melayu Klasik?

    I Menggunakan tulisan kawi

    II Sering menggunakan bahasa dalam

    III Sering menggunakan ayat songsang

    IV Banyak menggunakan ayat aktif berbanding ayat pasif

    A I dan II

    B I dan IVC II dan III

    D III dan IV

    14 Antara yang berikut, yang manakah bukti yang menunjukkan bahawa

    kedudukan bahasa Melayu bertambah kukuh dan penting pada zaman kerajaan

    Acheh?

    I Catatan pedagang Eropah tentang bahasa Melayu.

    II Surat-surat Sultan Acheh kepada pemerintah Inggeris.

    III Karya-karya sastera Islam ditulis dalam bahasa Melayu.

    IV Penggunaan kata pinjaman bahasa Jawa dalam bahasa Melayu.

    A I , II, dan III

    B I, II, dan IV

    C I, III ,dan IV

    D II, II,I dan IV

    15 Penggunaan kata-kata seperti bicara, sutera, dahaga, seroja, asmara dan

    purnama dalam bahasa Melayu menunjukkan bahawa bahasa itu dipengaruhi

    oleh

    A bahasa Arab

    B bahasa Belanda

    C bahasa Portugis

    D bahasa Sanskrit

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    6

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    7/18

    SULIT*

    16 Usaha-usaha kodifikasi dalam perancangan bahasa melibatkan

    I penyeragaman tatabahasa

    II penciptaan istilah teknikal

    III pemilihan variasi yang standard

    IV penyeragaman semula perancangan

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    17 Penyataan yang benar tentang bahasa Melayu moden ialah ......

    I menunjukkan kesinambungan daripada bahasa Melayu Klasik.

    II menjadikan bahasa Inggeris sebagai asas pemodenan.III mengalami perancangan dari segi fungsi.

    IV lebih bertumpu pada peminjaman daripada bahasa serumpun.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    18 Tujuan penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1956 ialah

    I menyelaraskan ejaanII menerbitkan risalah swasta

    III menyusun dan menerbitkan kamus

    IV memaju dan memperkaya bahasa kebangsaan

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    19 Pilih ayat-ayat di bawah ini yang menepati penggunaan bahasa halus.

    I Orang rumah Encik Salim bekerja sebagai pengurus di Syarikat Maju.

    II Mak Som telah menghembuskan nafas yang terakhir petang semalam.

    III Patik memohon limpah perkenan Tuanku bagi merasmikan majlis ini.

    IV Pak Samad selalu membuta pada waktu tengah hari selepas penat

    bekerja di ladang.

    .

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    7

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    8/18

    SULIT*

    20

    Mempunyai istilah khusus

    Disampaikan secara objektif

    Memperlihatkan kematangan dan keintelektualan

    Ciri-ciri di atas memperlihatkan laras bahasa

    A akademik

    B perundangan

    C media massa

    D kesusasteraan

    21

    Pelajar-pelajar seharusnya menunjukkan sikap rajin berusaha dan

    bertanggungjawab untuk mencapai kejayaan yang cemerlang. Kejayaan yangdicapai oleh anak-anak merupakan hadiah yang tidak ternilai kepada ibu

    bapa.

    Petikan di atas memperlihatkan retorik

    A pemerian

    B pemujukan

    C pendedahan

    D penghujahan

    22 Pilih laras iklan daripada contoh-contoh ayat seperti yang berikut.

    A Internet, sumber maklumat yang tiada batas sempadan.

    B ASTRO mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

    C Mesin pengira ini dapat menyelesaikan kerumitan kira anda.

    D Tidak merugikan, teknologi terkini yang menemukan anda dengan

    dunia luar.

    23 Pilih padanan yang betul tentang rujukan hormat seperti yang berikut.

    Orang yang disapa Rujukan hormat

    A KetuaJabatan Yang Mulia

    B MuftiYang Berusaha

    C Toh PuanYang Berhormat

    DKetua Hakim

    Negara

    Yang Amat Arif

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    8

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    9/18

    SULIT*

    24 Pilih penyataan yang betul tentang kajian fonetik .

    I Menumpukan kajian terhadap bunyi daripada sudut akustik.

    II Bertujuan untuk menentukan lambang sesuatu bunyi.

    III Mengenal pasti fon-fon bagi sesuatu bunyi dalam sesuatu bahasa.

    IV Bermatlamat untuk menentukan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.

    A I dan II

    B II dan III

    C III dan IV

    D I dan IV

    25 Di manakah kedudukan konsonan [w] dalam cara sebutan dan daerah sebutan

    yang berikut?

    Cara sebutan Daerah sebutan

    Bibir Gusi Lelangitkeras

    Lelangitlembut

    Letupan

    Getaran B

    Separuh vokal A C D

    26 Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai konsonan pinjaman.

    A fasih, pantas

    B zuriat, takbir

    C tarikh, isyarat

    D azimat, mengaji

    27 Bunyi yang terhasil dengan menyebut vokal depan luas dan digeluncurkan

    ke arah vokal belakang sempit terdapat dalam perkataan

    A kaloi

    B amboi

    C taulan

    D permai

    28 Antara yang berikut, yang manakah prinsip yang digunakan dalam

    menentukan keselarasan vokal ?

    I Kata dasar berakhir dengan suku kata terbuka.

    II Kata dasar berakhir dengan suku kata tertutup.

    III Keselarasan hanya melibatkan dua huruf vokal pada kata dasar.

    IV Bagi kata dasar yang lebih daripada dua suku kata, keselarasan hanya

    melibatkan dua suku kata akhir.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    29

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    9

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    10/18

    SULIT*

    Berfungsi menampan aliran udara.

    Tidak bergerak sewaktu penghasilan

    bunyi bahasa

    Organ pertuturan yang dikaitkan dengan maklumat di atas ialah

    A gusi

    B gigi

    C bibir

    D lelangit keras

    30

    Bunyi ini terhasil apabila tengah lidah

    dirapatkan pada lelangit keras.

    Lelangit lembut yang diturunkan

    membenarkan udara keluar melalui

    rongga hidung.

    Bunyi yang terhasil dengan cara di atas ialah

    A angsa

    B kenal

    C garam

    D tanya

    31 Pilih pasangan perkataan yang kesemuanya mempunyai vokal depan separuh

    sempit.

    A ikan - pahit

    B emas - perut

    C ukur - dusun

    D tauge - petak

    32 Pilih kata majmuk yang dieja dengan betul.

    I aku-janji

    II semulajadi

    III pesuruhjayaIV mata pelajaran

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    10

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    11/18

    SULIT*

    33 Pilih ayat-ayat yang mempunyai ejaan yang salah?

    I Dia mendapat tempat ke tiga dalam pertandingan itu.

    II Kita perlu mengkaji latar belakangnya sebelum bertindak.

    III Pihak yang antikerajaan harus disedarkan secara berkesan.

    IV Campurtangan politik menyulitkan penyelesaian masalah itu.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    34 Pada ayat yang manakah yang terdapat penggunaan kata hubung pancangan

    komplemen?

    A Rahmat amat rajin tetapi adiknya pemalas.

    B Adiknya yang bongsu datang ke rumah saya.C Dia memberitahu saya bahawa perkara itu adalah fitnah.

    D Najihah membaca buku sementara menanti kedatangan ayahnya.

    35 Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi kata berapitan meN-

    -kan yang membawa makna kausatif?

    I Salmah memasakkan tetamunya makanan yang istimewa.

    II Datuk menceritakan pengalaman hidupnya semasa pemerintahan

    Jepun.

    III Penduduk kampung membersihkan kawasan kediaman mereka secara

    bergotong-royong.

    IV Ketua pengawas menaikkan bendera kebangsaan apabila Lagu

    Negaraku dinyanyikan.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    36 Pilih ayat yang mengandungi imbuhan memper--kan yang betul?

    A Ibu memperisterikan anak terunanya yang baru pulang dari luar negara.

    B Pekerja itu mempercepatkan kerjanya supaya dia dibenarkan pulang

    awal.

    C Usaha memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu di rantau Asia

    Tenggara perlu digiatusahakan.

    D Majlis Bandaran Alor Gajah telah memperindahkan kawasan itu

    sempena lawatan Ketua Menteri Melaka.

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    11

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    12/18

    SULIT*

    37 Yang manakah antara ayat yang berikut menggunakan kata sendi nama dengan

    betul?

    I Lokman menerima surat dari Sabah.

    II Wai Leng menerima hadiah daripada ibunya.

    III Kumathi menghempaskan bukunya pada meja.IV Ajay Singh menyerahkan wang itu pada ayahnya.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    38 Antara yang berikut, ayat yang manakah mengandungi penggunaan kata

    sendi daripada yang betul?

    I Syarifah lebih tinggi daripada kakaknya.II Serangan itu datang daripada dalam dan luar kota

    III Rumah barunya itu diperbuat daripada batu yang diimport.

    IV Hamdan belajar daripada pukul sembilan hingga pukul dua belas.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D II dan IV

    39 Yang manakah antara ayat yang berikut mengandungi unsur partikel?

    I Adakah pemberian ini ikhlas?

    II Pasangan kekasih itu berlari-larian di tepi pantai.

    III Mengada-ada sungguh dia, apatah lagi kalau emaknya ada.

    IV Kami akan tetap berjuang biarpun nyawa menjadi taruhannya.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    40

    Kebanyakan siswazah yang telah menamatkan pengajian mereka

    mahu bekerja sendiri.

    Kedua-dua kata yang berhuruf condong di atas termasuk dalam golongan ..

    A kata bantu

    B kata pemeri

    C kata penguat

    D kata sendi nama

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    12

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    13/18

    SULIT*

    41 Pilih ayat yang menggunakan kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dengan

    betul.

    I Banjir besar itu beransur surut.

    II Kami tidur berbantalkan lengan.

    III Padi sedang menguning di sawah.IV Pemuda itu sedang tersenyum seorang diri.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    42 Antara yang berikut ayat majmuk pasif yang manakah betul binaannya?

    A Budak kecil itu kena marah.

    B Baju dan seluar itu belum berbasuh.C Barang itu sudah Ali ambil semalam.

    D Baju Maimon gosok sementara lauk dimasak oleh Leha.

    43 Antara ayat berikut, yang manakah merupakan ayat tunggal?

    I Mereka menonton wayang yang mendapat sambutan orang ramai.

    II Jangan dibiarkan anak-anak berseorangan pada waktu malam.

    III Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

    IV Anaknya itu pulang ke kampung berhari raya.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    44 Antara frasa sendi nama dalam ayat berikut yang manakah betul

    penggunaannya?

    I Hamid telah gagal dalam peperiksaan sebab dia tidak berusaha.

    II Rumah saya terletak di antara rumah Zaleha dan rumah Ahmad.

    III Perselisihan di antara kedua-dua negara itu masih belum tamat.IV Tetamu jemputan telah masuk di dalam dewan.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    13

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    14/18

    SULIT*

    45 Antara yang berikut, yang manakah ayat yang mengandungi predikat nama

    terbitan?

    A Cerita pemuda itu rekaan semata-mata.

    B Perlanggaran itu mengorbankan dua nyawa.

    C Pertandingan itu bermula pada pukul lapan pagi.D Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan negara kita.

    46

    Sejak lebih lima puluh tahun lalu, rakyat negara ini telah mengecapi nikmat

    kemerdekaan.

    Unsur keterangan predikat bagi ayat di atas ialah

    A rakyat negara ini

    B nikmat kemerdekaan

    C sejak lebih lima puluh tahun lalu D rakyat negara ini telah mengecapi

    47 Antara yang berikut, ayat manakah yang gramatis?

    I Keputusan sebulat suara telah dibuat di dalam mesyuarat itu.

    II Mereka membincangkan tentang perkara itu dengan teliti.

    III Beliau mempelajari hal itu daripada pengalamannya.

    IV Dia mengalihkan pandangannya ke arah kakak saya.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    48 Antara ayat berikut, ayat manakah yang mengalami pengguguran frasa nama?

    A Bendera Malaysia dan lagu kebangsaan lambang negara.

    B Pusat beli-belah dan taman permainan jauh dari sini.

    C Kesopanan dan budi bahasa sangat mulia.

    D Dia dan isterinya masih di kampung.

    49 Daripada ayat-ayat berikut, pilih ayat tanya tertutup.

    I Adakah awak anak pelakon terkenal itu?

    II Bilakah bapa kamu pulang dari Jepun?

    III Ibu kamu seorang guru?

    IV Di manakah kamu tinggal?

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    14

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    15/18

    SULIT*

    50 Pilih ayat yang menggunakan frasa kerja dengan unsur keterangan cara.

    A Penceramah motivasi itu sedang berbicara tentang cara-cara untuk

    mengurus masa.

    B Saiful sedang melukis gambar pemandangan di tepi sawah.

    C Azman menangkap ikan dengan menggunakan pukat.D Ziela pergi melancong ke Indonesia bersama suaminya

    51 Pilih ayat aktif transitif yang betul.

    I Salmah menghadiahi ibu sepasang baju kebaya.

    II Datuk melarang kami daripada mendekati kawasan bekas lombong itu.

    III Para pengguna digalakkan membeli barang buatan Malaysia oleh

    kerajaan.

    IV Pihak polis berjaya menumpaskan kegiatan lumba haram di kawasan

    tersebut.

    A I dan II

    B I dan III

    C II dan IV

    D III dan IV

    52 Pilih ayat yang mengandung frasa adjektif yang menerima kata penguat bebas.

    A Rumah Nurliza cantik sekali.

    B Air yang dibuatnya agak manis.

    C Kanak-kanak itu sangat berani.

    D Faizal merupakan pelajar yang paling pintar di kelasnya.

    53 Antara yang berikut, yang manakah ayat pasif yang betulbinaannya?

    I Makanan ini belum kumakan.

    II Keputusan ini akan saya umumkan dengan segera.

    III Maklumat yang disampaikan oleh kami adalah benar.

    IV Kenderaan yang mereka tumpangi baru sahaja berlepas.

    A I dan II C II dan III

    B I dan IV D III dan IV

    54

    Frasa yang bergaris dalam ayat di atas ialah

    A Kata kerja transitif aktif

    B Kata kerja tak transitif

    C Kata kerja pasif

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    Burung merpati itu hinggap di dahan pokok bunga raya.

    15

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    16/18

    SULIT*

    D Kata hubung

    55 Antara yang berikut, yang manakah ayat majmuk pancangan keterangan?

    I Sesetengah pihak berpendapat bahawa kawasan itu tidak selamat untuk

    didiami.II Pelajar-pelajar digalakkan untuk beriadah agar dapat menenangkan

    fikiran.

    III Para penonton terpegun ketika melihat persembahan teater itu.

    IV Zali bijak dan berdisiplin orangnya.

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    56 Pilih ayat yang mempunyai objek sipi.

    A Baginda menganugerahkan bintang kehormatan kepada pahlawan itu.

    B Penjaja itu menjual barangan seludup.

    C Dia menganggap saya lawannya.

    D Ibu menghadiahi kakak rantai.

    57 Antara yang berikut, yang manakah contoh kiasan melompat?

    I Kaki botol

    II Kaki seluar

    III Menjahit bajuIV Tubuh membadak

    A I dan II

    B I dan IV

    C II dan III

    D III dan IV

    58

    Pelekat = Kain sarung

    = Gam

    Pedal = Pengayuh= Organ pada burung

    Berdasarkan pernyataan di atas, perkataan pelekatdan pedal ialah contoh

    A antonim

    B sinonim

    C hiponim

    D homograf

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    16

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    17/18

    SULIT*

    59

    Jenis peribahasa Contoh

    I Pepatah P Jangan digenggam bara api, terasahangat dilepaskan

    II Bidalan Q Bak manik putus tali

    III Simpulan bahasa R Buaya darat

    IV Perumpamaan S Zaman beralih, musim bertukar

    Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa di atas dengan contohnya.

    I II III IV

    A Q S R P

    B S P Q R

    C Q S P R D S P R Q

    60 Antara yang berikut, yang manakah penyataan yang betul tentang homonim?

    A Mempunyai makna yang sama.

    B Mempunyai makna yang berbeza.

    C Mempunyai kesamaan ejaan tetapi berbeza makna.

    D Mempunyai kesamaan bunyi dan ejaan tetapi berbeza makna.

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat.

    17

  • 8/14/2019 STPM Percubaan 2008 Sabah Bahasa Melayu Kertas 1

    18/18

    SULIT*

    Jawapan Set 2

    1 A

    2 B

    3 C

    4 C5 D

    6 C

    7 C

    8 D

    9 B

    10 C

    11 B

    12 A

    13 C

    14 C

    15 D16 B

    17 B

    18 B

    19 A

    20 A

    21 B

    22 D

    23 D

    24 B

    25 A

    26 C

    27 C

    28 B

    29 B

    30 A

    31 D

    32 D

    33 B

    34 C

    35 D

    36 A37 A

    38 B

    39 B

    40 A

    41 D

    42 B

    43 C

    44 A

    45 A

    46 C

    47 D48 A

    49 B

    50 C

    51 A

    52 C

    53 A54 B

    55 C

    56 D

    57 C

    58 D

    59 D

    60 D

    STPM 910/1 [LIHAT SEBELAH]

    *K t l i i SULIT hi ik k t i i t t

    18