star.pptx

13
Bintang Di dalam al-Quran terdapat 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang- bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya."

Upload: chelin

Post on 20-Nov-2015

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BURUJ

BintangDi dalam al-Quran terdapat 13 tempat yang menceritakan mengenai bintang-bintang. Perkataan yang digunakan oleh Quran adalah najmu (satu bintang) dan nujuum (banyak bintang). Surah al-A'raaf ayat 54, Allah menyatakan, "Dan (Allah mencipta) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintahNya." Jumlah Bintang Di galaksi Bimaksakti sahaja jumlahnya adalah antara 200 - 400 bilion.

CNN.com (Julai 2003) melaporkan jumlah bintang di langit melebihi 70 sextilion (7 diikuti dengan 22 kosong).

Jumlah ini bermaksud, sekiranya dihitung pasir-pasir di semua pantai dan gurun di dunia, jumlah bintang di langit adalah 10 kali ganda daripada jumlah itu.Asal Bintang Surah Fussilat ayat 11 yang bermaksud, "Kemudian Dia menuju ke langit dan langit pada masa itu berbentuk asap lalu dia berkata kepadanya dan bumi, 'Datanglah kamu berdua dengan tunduk atau terpaksa'. Kedua-duanya menjawab, 'Kami datang dengan tunduk'.

Sains membuktikan gumpalan asap ini mengandungi gas-gas hidrogen dan helium. Selepas berlalu masa jutaan tahun (selepas Big Bang), gas-gas ini menjadi semakin padat sehingga akhirnya melahirkan bintang-bintang dan galaksi. Hal ini disebutkan di dalamThe Vindication of the Big Bang: Breakthroughs and Bariers (Parker Barry R.,Plennum Press, New York,1993).Bintang vs MatahariBintang ialah jasad berbentuk sfera yang mengandungi debu, hidrogen dan helium serta menghasilkan tenaga haba dan cahaya semasa pelakuran nuklear. Ia kelihatan kecil di langit.Matahari berbentuk sfera, mengandungi gas hidrogen dan helium serta menghasilkan tenaga haba dan cahaya semasa pelakuran nuklear. Ia kelihatan besar di langit.

Bintang vs MatahariMatahari adalah Bintang

Matahari BergerakSeorang pakar astronomi Poland, Nicolaus Copernicus mengutarakan teorihelio sentrik. Beliau mengatakan matahari berada dalam keadaan pegun di tengah-tengah angkasa manakala objek-objek lain di kosmos berpusing mengelilinginya.

Sebaliknya Quran menyatakan bumi dan matahari berputar dan tidak pegun. Surah Al-Anbiyak ayat 33 Allah berkata, Maksudnya: "Dan Dialah yang menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Kesemuanya beredar (yasbahuun) dalam falaknya."

Matahari BersinarDialah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang benderang) dan bulan bercahaya. (Surah Yunus: 5)

Tidakkah kamu mengetahui dan memikirkan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh petala langit bertingkat-tingkat. Dan Dia menjadikan padanya bulan sebagai cahaya serta menjadikan matahari sebagai lampu (yang terang benderang). (Surah Nuh: 15-16)FUNGSI BINTANGMerejam SyaitanPerhiasan LangitPetunjuk Jalan

Surah Al-Mulk [67] : 5 5. Sesungguhnya Kami telah menghiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu alat-alat pelempar syaitan, dan Kami sediakan bagi mereka siksa neraka yang menyala-nyala.)

Maksudnya : Bintang itu sebagai alat merejam syaitan atau satu siksaan kepada syaitan yang berupa meteor (bebola api). Terdapat dalam sebuah hadis dalam sahih Bukhari mengenainya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a bahawa para jin atau syaitan yang mencuri berita di langit (ketika Allah menetapkan sesuatu urusan di langit) akan terkena semburan api (meteor) sebelum syaitan itu sempat memberi maklumat kepada penduduk bumi. (Sahih Bukhari hadis bernombor 4701).Merejam Syaitan

Perhiasan LangitSurah Al-Hijr [15] : 16. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang (di langit) dan Kami telah menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandang (nya).... Maksudnya : Ia adalah antara bukti bahawa betapa besar dan hebatnya ciptaan Allah.

Surah Al-Mu'min [40] : 57. Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi lebih besar daripada penciptaan manusia akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuiDiterangkan kepada kita bahawa penciptaan langit itu lebih hebat dan besar dari penciptaan manusia, iaitu betapa mudahnya Allah mengatur bintang yang tidak terkira jumlah dan besarnya; inikan pula mengatur manusia yang hanya beberapa billion.

Petunjuk Jalan "Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu, agar kamu menjadikannya petunjuk dalam kegelapan di darat dan di laut. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) kepada orang-orang yang mengetahui." (Al-An'am: 97)

Dan (Dia ciptakan) tanda-tanda (penunjuk jalan). Dan dengan bintang-bintang itulah mereka mendapat petunjuk." (An-Nahl: 16)

https://www.youtube.com/watch?v=X6XJGQ9BKms