stalista setiap hari

4
‘Stailista’ Setiap Hari Shuhada Mansor Harian Metro, Ruangan Gen Y (3 Mac 2015) Ubah penampilan tidak semestinya bersolek tebal ataupun mengenakan baju baru setiap hari. Dengan menggunakan koleksi baju sedia ada anda juga boleh mencipta wajah baru yang segar. Padanan aksesori dengan busana dapat merubah gaya berbeza tetapi perlu tahu jenis aksesori yang patut dipakai untuk penampilan seharian. Jangan salah pilih aksesori yang akhirnya membuatkan anda tampak berlebihan dan berlebihan dalam bergaya. Aksesori sesuai digayakan antaranya ialah aksesori yang diperbuat daripada besi tetapi tidak terlalu berat dan keterlaluan serta tampak ceria. Sekiranya fokus gadis adalah kepada aksesori kepala seperti headband, pilih subang yang ringkas dan lebih kecil atau gelang yang disuai padan dengan dua material berbeza tetapi sepadan. TALI PINGGANG Sesuai digayakan ke majlis rasmi atau santai, tali pinggang kini hadir dalam senarai fesyen sebagai pemanis penampilan. Kebiasaannya, tali pinggang lelaki lebih sederhana dari segi reka bentuk, material dan warna. Berbanding tali pinggang wanita, rekaan tali pinggang lelaki cenderung bersifat klasik. Ini dapat dilihat melalui bentuk kepala tali pinggang, warna material serta jenis bahan yang digunakan untuk tali lilitan. Pemilihan tali pinggang untuk digayakan ke pejabat atau acara rasmi harus menepati tema dan kesesuaiannya. Kesala han ketara dari segi pemilihan tali pinggang sering dilihat pada kepala tali pinggang. Bagi majlis rasmi, tali pinggang harus me- nampakkan kedewasaan pemakai melalui reka bentuk kepala yang tidak terlalu menonjol dan besar. Usah ragu ragu memilih reka bentuk kepala tali pinggang besar. Pemilihan tali pinggang untuk ke acara santai harus lebih menyerlah.

Upload: hakimyboboy

Post on 01-Oct-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

akhbar

TRANSCRIPT

Stailista Setiap HariShuhada MansorHarian Metro, Ruangan Gen Y (3 Mac 2015)

Ubah penampilan tidak semestinya bersolek tebal ataupun mengenakan baju baru setiap hari. Dengan menggunakan koleksi baju sedia ada anda juga boleh mencipta wajah baru yang segar. Padanan aksesori dengan busana dapat merubah gaya berbeza tetapi perlu tahu jenis aksesori yang patut dipakai untuk penampilan seharian. Jangan salah pilih aksesori yang akhirnya membuatkan anda tampak berlebihan dan berlebihan dalam bergaya. Aksesori sesuai digayakan antaranya ialah aksesori yang diperbuat daripada besi tetapi tidak terlalu berat dan keterlaluan serta tampak ceria. Sekiranya fokus gadis adalah kepada aksesori kepala seperti headband, pilih subang yang ringkas dan lebih kecil atau gelang yang disuai padan dengan dua material berbeza tetapi sepadan.

TALI PINGGANGSesuai digayakan ke majlis rasmi atau santai, tali pinggang kini hadir dalam senarai fesyen sebagai pemanis penampilan. Kebiasaannya, tali pinggang lelaki lebih sederhana dari segi reka bentuk, material dan warna. Berbanding tali pinggang wanita, rekaan tali pinggang lelaki cenderung bersifat klasik. Ini dapat dilihat melalui bentuk kepala tali pinggang, warna material serta jenis bahan yang digunakan untuk tali lilitan.Pemilihan tali pinggang untuk digayakan ke pejabat atau acara rasmi harus menepati tema dan kesesuaiannya. Kesala han ketara dari segi pemilihan tali pinggang sering dilihat pada kepala tali pinggang. Bagi majlis rasmi, tali pinggang harus me- nampakkan kedewasaan pemakai melalui reka bentuk kepala yang tidak terlalu menonjol dan besar. Usah ragu ragu memilih reka bentuk kepala tali pinggang besar. Pemilihan tali pinggang untuk ke acara santai harus lebih menyerlah.

RANTAIPelbagai jenis kategori rantai leher ada di pasaran. Dibuat daripada kayu, besi, manik hinggalah cengkerang, semuanya mempunyai motif dan padanan tersendiri. Pun begitu, rantai leher emas dan perak tidak harus dilupakan. Padanan aksesori seperti ini bersama baju tradisional seperti baju kurung dan ke- baya dilihat cukup sinonim. Walaupun kelihatan ringkas, na mun ia dapat menonjolkan jiwa klasik si pemakai.Berlainan pula dengan pemakaian aksesori rantai leher 'choker'. 'Choker' adalah rantai yang seakan akan menutup leher si pemakai. Aksesori ini memberi impak seksi dan elegan kepada wanita yang memakainya. 'Choker' amat sesuai disa tukan bersama gaun labuh mahupun singkat.Aksesori ini mampu memberi impak besar kepada penam pilan seseorang. Lambakan pelbagai fesyen rantai leher di pasaran menjadikan ia sebagai aksesori utama yang harus dimiliki. Jika dulu, fesyen rantai leher lebih banyak diperbuat daripada emas dan perak. Namun kini, material yang digunakan bagi aksesori ini terus dipelbagaikan dengan besi bahkan kepingan kayu.

GELANG TANGANPemilihan gelang juga ada caranya agar kelihatan menarik. Jika memiliki tangan yang agak berisi, cuba hindari daripada memakai gelang jenis lebardan tebal. Memilih gelang yang ring kas dan sesuai dengan fesyen baju yang dipakai dapat menonjol kan gaya yang lebih cantik dan anggun.Bagi yang mempunyai lengan kurus, mereka tidak sesuai memakai gelang tipis dan jika ingin memakainya, ia harus di pakai secara berlapis bagi menampilkan lengan yang lebih be risi. Tidak terhad kepada si gadis yang berimej 'sweet' saja teta pi gelang juga boleh dipadankan dengan imej tomboy. Elakkan warna terlalu terang jika keluar di siang hari tetapi jika inginkan kelainan, apa salahnya mencuba.

CINCINSelain kalung atau gelang, cincin adalah aksesori yang mam pu mencantikkan penampilan anda. Walaupun cincin hanya berbentuk lingkaran dan dihiasi batu permata kecil, namun kita setuju mengenai falsafahnya iaitu 'semakin ringkas semakin ia kelihatan klasik dan elegan'. Cincin dapat menggambarkan ke peribadian atau mewakili apa yang ada di dalam hati seseorang, secara kasar dapat diertikan sebagai gambaran diri anda. Beratus tema cincin ada untuk dipilih dan disesuaiftan dengan pakaian anda. Berbentuk daun, bintang, diukir bunga dan warna warni mungkin menjadi kegilaan beberapa tahun lalu Remaja kini lebih menyukai cincin ala vintaj untuk disesualkan dengan cara berpakaian mereka ala campuran urban dan 'Old skool'.

JAMAda pelbagai kategori jam tangan yang boleh anda padukan dengan penampilan sehari-hari. Sama ada jam jenis sukan, elegan, kasual, santai antara senarai pilihan yang ada. Untuk penampilan kasual, anda boleh memilih jam bertatahkan batuan atau berlian digabungkan dengan tali berasaskan kulit. Jika inginkan lebih santai, tali jenis logam juga antara gaya pilihan ramai. Namun kenal pasti terlebih dulu gaya anda seharian sebelum menyarungkan jam sebagai pelengkap gaya.

SKAFSkaf bukan lagi tertumpu kepada mereka yang bertudung te tapi sesiapa saja boleh menggayakannya termasuk jejaka. Sama ada dililit di leher dengan gaya santai ataupun skaf kecil untuk diselit di tas tangan, ikut kreativiti anda. Bagi lelaki, jika anda gemarkan skaf pastikan pemilihan corak bersesuaian dengan sifat lelaki. (jangan pula anda terlalu yakin menggayakan skaf sarat dengan corak hati untuk digayakan di kenduri kahwin teman. Skaf ini dapat memberikan kesan lebih feminin terutama apabila anda malas berdandan untuk pejabat.