6 berita harian setempat ‘ubat sapu, urut gout juga bukan ... · pdf filegumpulkan lima...

Download 6 Berita Harian SETEMPAT ‘Ubat sapu, urut Gout juga bukan ... · PDF filegumpulkan lima kupon penyertaan yang bakal disiarkan setiap hari mulai hari ini hingga 26 September ini

If you can't read please download the document

Upload: vudien

Post on 06-Feb-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • APABILA badan terasa sakitdan sengal, ramai di kalanganmasyarakat Melayu yang cen-derung menggunakan ubat sapuyang terdapat di pasaran lalu mera-watnya sendiri di bahagian yang ter-jejas. Malah, ada pula yang memilihberurut bagi melegakannya.

    Apa yang mereka alami mung-kin bukan penyakit sengal-sengalbiasa tetapi artritis.

    Demikian dinyatakan oleh Pe-ngarah Eksekutif, Yayasan ArtritisKebangsaan, Encik Zulkifli Moham-med.

    Ketika ditemui di pejabat ya-yasan itu yang terle-tak di Peninsula Pla-za, North BridgeRoad, Encik Zulkifliberkata:

    Ramai orang Me-layu terjejas denganpenyakit artritis ini.Tetapi mereka tidaksedar. Sangka mere-ka sekadar sengal-sengal biasa. Merekamungkin cuba pergiberurut walhal apayang mereka alamiadalah artritis.

    Menurut EncikZulkifli, yang meru-pakan mantan Ang-gota Parlimen (AP)dan presiden MajlisPusat Pertubuhan-Pertubuhan Budaya Melayu Sin-gapura, penggunaan ubat sapu atausesi urut dapat meredakan keadaanbuat seketika tetapi masalah ituakan kembali semula.

    Ini kerana artritis adalah penya-kit dalaman.

    Artritis bermakna keradangan didalam sendi. Keradangan sendi ituboleh menyebabkan kemerahan,kehangatan, bengkak dan sakit dibahagian yang terjejas. Terdapat120 jenis artritis, ujar Encik Zulkif-li, tetapi antara yang paling biasa di-lihat adalah gout, osteoartritis danreumatoid artritis.

    Berdasarkan pengamatan, sayarasa ramai masyarakat Melayu kitamengalami artritis tetapi merekatidak mendapat rawatan yang sewa-jarnya. Tanpa rawatan awal, ia

    boleh mengakibatkan keadaanmemburuk, sendi menjadi kaku, pe-sakit sukar berjalan, malah menjadicacat.

    Urut bukanlah huraiannya,tambah Encik Zulkifli mengenaipenyakit yang boleh membuat kakiatau tangan seseorang menjadibengkok dan tubuh pula mem-bongkok.

    Pesakit artritis tahap serius mu-ngkin akan diberikan ubat terkiniyang disebut sebagai biologicagents. Ubat itu disalurkan melaluisuntikan dan telah terbukti berke-san. Namun, harganya agak tinggi

    iaitu antara $1,500dengan $2,000 bagisetiap suntikan.

    Disebabkan itu-lah maka Yayasan Ar-tritis Kebangsaan iniwujud. Tugas utamakami adalah mengum-pul dana agar kamidapat membantu me-reka yang tidak mam-pu membayar kos ra-watan dengan mem-berikan mereka subsi-di. Tetapi ia bukanlah100 peratus, jelas-nya.

    Yayasan yang ditu-buhkan pada 1984dan merupakan ba-dan amal berdaftardengan taraf institusi

    bersifat awam (IPC) itu bekerja ra-pat dengan hospital. Pesakit artritisyang kurang berkemampuan akandirujuk kepada pihaknya.

    Mereka akan menggunakan pel-bagai skim bantuan kewangan pe-merintah terlebih dahulu dan Ya-yasan Artritis Kebangsaan akanmenokok jika masih kekurangan.Kelayakan menerima subsidi ituakan ditentukan oleh panel doktordari yayasan.

    Di samping bantuan berbentuksubsidi, yayasan yang juga perlumengumpul dana sendiri setiaptahun itu juga berdedikasi mendi-dik pesakit dan orang ramai me-ngenai artritis selain menyokongpenyelidikan berhubung penyakittersebut.

    EHASLEEN [email protected]

    PENYAKIT sendi atau gout ke-rap dikaitkan dengan pemakanan.

    Namun, sebahagian orang tidaksedar gout juga ada kaitan dengankekurangan pengambilan air.

    Menjelaskan tentang penghidra-tan itu, Konsultan Kanan, Klinik Re-umatologi, Alergi dan Imunologi,Hospital Tan Tock Seng (TTSH), DrLaw Wen Giap, berkata: Apabilatubuh kekurangan air, bahan-bahandi dalam tubuh akan menjadi lebihpekat.

    Jika kadar asid urik di dalambadan anda memang sudah agaktinggi dan anda pula bermandi peluh(proses pengeluaran air), asid urikakan menjadi lebih pekat dan andabakal lebih berisiko terkena gout.

    Ini juga termasuk pesakit yang di-serang sakit jantung dan angin ah-mar yang mungkin hilang selera ma-kan dan minum. Tanpa pengambilanair yang mencukupi, serangan goutboleh menyusul.

    Maka itu, di samping memantaupemilihan pemakanan, pesakit goutjuga perlu memberi perhatian padajumlah pengambilan air, ujar DrLaw. Jumlah itu, tambahnya, bergan-tung pada keperluan setiap individudan kegiatan mereka sehari-hari.

    Semalam, satu forum awam,Gout: Ubat-ubatan, Diet, GayaHidup, diadakan secara percumadalam bahasa Melayu di TTSH. An-

    juran bersama hospital tersebut danYayasan Artritis Kebangsaan meru-pakan forum berbahasa Melayu me-ngenai gout di TTSH yang pertamasetelah sedekad.

    Antara topik yang disentuh ialahApakah Itu Gout oleh Dr AninditaSantosa; Ketahui Makanan DemiAtasi Gout oleh pakar diet, EncikNelson Chin; dan Tetap Cergas Wa-lau Hidapi Gout oleh pakar fisiotera-pi, Cik Yong Sue Mei.

    Dalam satu wawancara berbezasebelum forum tersebut, Dr Law,yang merupakan antara pencera-mah dalam sesi berbahasa Melayu diTTSH sedekad lalu, berkata:

    Secara umum, jumlah pesakityang berkunjung ke klinik reuma-tologi khusus menangani artritis se-perti gout memang telah bertambah.Tetapi ini mungkin kerana jumlahpenduduk negara juga telah me-ningkat.

    Dari segi perangkaan, kamitidak mempunyai sebarang jumlahkhusus memandangkan gout bukansatu penyakit rumit. Kebanyakan pe-sakit dirawat di poliklinik, klinikswasta atau sebagai pesakit luar.Hanya apabila keadaan artritis mere-ka agak meruncing barulah merekadirujuk ke hospital, ujarnya.

    Gout adalah sejenis artritis radang sendi yang berpunca daripa-da tahap asid urik yang tinggi. Asidurik merupakan hasil akhir prosesmetabolisme dalam badan iaitu seje-nis sisa buangan hasil degradasi ataupemecahan purina (purine) yang ter-dapat dalam makanan.

    Sisa asid urik biasanya dihantarke ginjal untuk disingkir bersama airkencing. Bagi pesakit gout, asid uriktidak dapat disingkir sepenuhnyadan paras asid urik dalam darahakan meningkat sehingga menyebab-kan serangan gout.

    Pesakit akan berasa sakit pada ba-hagian yang terjejas. Sendi tampakmerah dan bengkak. Apabila sera-ngan berlaku empat kali setahun, DrLaw sifatkan ia sebagai tahap serius.

    Serangan itu disebabkan olehsel darah putih menyerang asid urikatau kristal itu kerana menyifatkania sebagai benda asing. Apabila iaberlaku maka anda mengalamiradang dan bengkak dan ia bolehmenjejas di mana jua sendi dalam tu-buh seseorang, jelas Dr Law.

    Ia termasuk ibu jari kaki, buku la-li, lutut, siku, telinga dan sebagain-ya.

    Asid urik yang pekat itu jugaboleh mendak, mengeras, memben-tuk kristal, bintil atau ketulan kerasdi permukaan kulit yang disebuttophi. Jika anda menusuk jarum dibahagian sendi yang bengkak untukmendapatkan cecair, warnanyaputih umpama susu atau kapur.

    Walaupun ia tidak mengancamnyawa, tetapi jika serangan berlakupada sendi yang sama selama ber-tahun-tahun, sendi tersebut akan ro-sak dan terhakis. Ia akan mengehad-kan pergerakan, membuat andasukar berjalan dan boleh menyebab-kan kecacatan, jelasnya.

    MENANGI wang tunai,baucar makan dan mendapatlangganan selama setahunakhbar Berita Harian (BH)secara percuma.

    Semuanya boleh pembacadapat hanya dengan menyer-tai pertandingan makan saladanjuran Restoran SeasonalSalad Bar.

    Pertandingan yang dina-makan Salad Chowdown di-anjurkan bersama restoranitu dengan akhbar ini.

    Pembaca BH yang mam-pu menghabiskan saladdalam waktu yang pantasdan singkat bakal diisytihar-kan pemenang.

    Seramai 10 peserta teratas layak ke pusingan akhir.Pemenang utama akan memenangi wang tunai $500,

    baucar makan di Seasonal Salad Bar bernilai $300 danlangganan percuma selama setahun akhbar BH.

    Finalis yang lain akan memenangi $300 baucar ma-

    kan di Seasonal Salad Bar danlangganan setahun akhbar BH.

    Namun, mereka yang bermi-nat perlu mendaftar terlebihdahulu sebelum menyertai per-aduan tersebut.

    Pendaftaran boleh dibuat me-nerusi laman www.seasonalsal-adbarcompetition.eventzil-la.net

    Facebook: www.facebook.-com/seasonalsaladbar.

    SMS atau WhatsApp dan ser-takan nama, nombor kad penge-nalan dan e-mel anda kepada8146-1442.

    Isi borang pendaftaran direstoran Seasonal Salad Bar di190, Lorong 6 Toa Payoh,

    #02-516 atau 1, Lower Kent Ridge Road,One@KentRidge, #04-18/19/20.

    Selain daripada itu, mereka yang berminat perlu men-gumpulkan lima kupon penyertaan yang bakal disiarkansetiap hari mulai hari ini hingga 26 September ini.

    Walaupun tidak mengancam nyawapenyakit boleh bawa kecacatan

    Ubat sapu, urutbukan huraian

    ASID URIK: Asid urik penyebab gout iniboleh berkumpul di bahagian sendisehingga membentuk bintil putih dipermukaan kulit (atas sekali). Gout yangtidak ditangani boleh mengakibatkankecacatan. Foto-foto TTSH

    Pertandingan makan salad

    Gout jugakerana kurang

    ambil air

    BOLEH SEBABKAN KECACATAN: Konsultan Kanan, Klinik Reumatologi, Alergi dan Imunologi, Hospital Tan Tock Seng (TTSH), Dr Law Wen Giap, menjelaskan tentang radangsendi atau sejenis penyakit artritis. Foto TAUFIK A. KADER

    ENCIK ZULKIFLIMOHAMMED: PengarahEksekutif, Yayasan ArtritisKebangsaan

    Kami bersama andamenerusi pelbagai wadah

    untuk urusan langganan anda!

    63883838

    www.sphsubscription.com.sgatau kunjungi laman

    Hubungi

    Nikmati berita terkini walau di mana sahaja!

    Taip di petak carian:

    Dapatkannya dari

    iPad Telefon BijakAkhbar BMAkhbar BH Komputer

    Belummuat turun aplikasibergerakBH.sg?

    SEBULAN!

    HANYA$18.99

    Langgani pakej Semua-Dalam-Satu

    BH

    Inginnikmati

    Berita Harianmenerusikesemuawadah?

    BHBH.sg.sg

    6 Berita Harian | Isnin, 8 September 2014

    Berita SETEMPAT