sport soalan

60
DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014 SOALAN SPORT SEJARAH PENGGAL DAN SKEMA JAWAPAN STPM PENGGAL 3 Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British sebenarnya terletak di bawah seseorang raja. Nilaikan penyataan di atas.

Upload: orchid3

Post on 29-Dec-2015

139 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sains Sukan STPM

TRANSCRIPT

Page 1: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

SOALAN SPORT

SEJARAH PENGGAL

DAN SKEMA

JAWAPAN STPM

PENGGAL 3

Page 2: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Peranan dalam pemerintahan di Negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British

sebenarnya terletak di bawah seseorang raja.  Nilaikan penyataan di atas.

Pengenalan

            Sebelum campur tangan British di Negeri-negeri Melayu pada tahun 1874, Negeri-

negeri Melayu diperintah oleh Raja-raja Melayu. Sultan dan raja menduduki heirarki tertinggi

dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negeri masing-masing.  Mengikut sistem

pemerintahan dan pentadbiran tradisional seseorang raja  berkongsi kuasa dan peranan dengan

golongan pembesar dalam menjalan dan melicinkan jentera pentadbiran Namun demikian,

semua Raja-raja Melayu ini sebenarnya mempunyai peranan luas dalam politik, ekonomi dan

sosial sehingga campur tangan Inggeris pada tahun 1874.

Isi

1.         Politik

a.         Ketua Kerajaan

Sultan berada pada kedudukan yang tertinggi dalam struktur pemerintahan dan pentadbiran

negeri. Sultan bertindak sebagai ketua kerajaan. Sultan mempunyai kuasa mutlak dan hak

sultan tidak boleh dipersoal. Rakyat termasuk pembesarr tidak boleh membantah perintah

sultan kerana dianggap mengengkari perintah Tuhan. Perintah sultan menjadi undang-undang.

Oleh itu, perintah sultan wajib dipatuhi walaupun bertentangan dengan hukum manusia dan

hukum agama. Sultan juga berkuasa menggubal undang-undang, menjatuhkan hukuman

termasuk hukuman bunuh serta berhak mengampunkan pesalah yang tidak ada pada golongan

pembesar.

b.         Melantik Pembesar

Sultan berkuasa melantik sesiapa sahaja untuk memegang sebarang jawatan pembesar negeri.

Baginda berhak melantik sesiapa sahaja untuk memegang jawatan Bendahara dan pembesar-

pembesar yang lain. Baginda juga berhak melantik penggantinya sendiri, iaitu dalam kalangan

putera-putera baginda.  Contohnya di Perak, sehingga tahun 1874, jawatan Bendahara

dipegang oleh keluarga diraja. Jawatan Temenggong dijawat oleh pembesar daerah Kota

Lama, Kuala Kangsar.

Dalam hal ini, Sultan yang melantik pembesar-pembesar daerah sahaja akan menerima

sepucuk surat dan hadiah sebilah pedang sebagai lambang jawatannya. Di dalam surat tauliah

itu dinyatakan nama daerah yang dikurniakan tetapi tidak ditentukan butir-butir sempadannya.

Biasanya pembesar dipilih secara turun temurun dalam kalangan keluarga pembesar

Page 3: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

berkenaan. Sultan hanya akan campur tangan memilih pembesar yang baru dari keturunan lain

sekiranya keturunan pembesar tadi ketiadaan waris.  Ini menunjukkan pembesar hanya

menjalankan peranannya di bawah kuasa raja.  Apabila raja berkuasa melantik pembesar,

baginda juga mempunyai hak untuk melucutkan jawatan mana-mana pembesar.

c.         Menentukan Hubungan Diplomatik

Sultan lebih aktif dalam menjalin hubungan hal ehwal luar berbanding bertindak sebagai

ketua perang. Perjanjian dengan kuasa-kuasa asing tidak sah jika tidak ditandatangani oleh

sultan. Selain itu, ia juga memerlukan tanda tangan 12 orang pembesar. Kebimbangan campur

tangan Inggeris di Tanah Melayu menjadikan hubungan sultan dengan para pembesar kian

rapat. Kehadiran British di Perak pada tahun 1875 membawa kepada perjumpaan-perjumpaan

antara sultan dengan pada pembesar.

Namun demikian, ada juga pembesar yang menentang sultan secara halus tidak hadir dalam

pertemuan seumpama ini. Misalnya pada tahun 1875 pentadbir British telah bersusah payah

untuk mendapatkan tanda tangan pembesar-pembesar Perak yang tidak hadir di Pangkor

dalam tahun 1874 untuk menandatangani persetiaan Melayu-Inggeris itu.

d.         Ketua Pertahanan

Sultan menjadi ketua tentera bagi negeri masing-masing. Sekiranya berlaku peperangan,

sultan akan mengetuai angkatan tentera dan membuat keputusan bagi mempertahankan negara

daripada serangan musuh atau menakluk negara lain. Baginda bertanggungjawab menjaga

keamanan negara daripada ancaman luar. Pada tahun 1830 an-1870an di Negeri-negeri

Melayu tidak terdapat peperangan luar yang serius atau ancaman perang. Kedatangan British

juga tidak menggunakan tentera yang besar, hanya menggunakan tentera Negeri-Negeri Selat

sahaja.

Oleh yang demikian, peranan sultan sebagai ketua tentera tidak menonjol pada masa ini.

Malah perang saudara yang berlaku antara tahun 1865-1875 banyak melibatkan perang

saudara antara pembesar-pembesar. Hanya di Pahang berlaku pemberontakan seorang

pembesar tetapi sultan telah mengarahkan pembesar lain untuk menamatkan pemberontakan

tersebut.

2.         Ekonomi

Sultan berkuasa mutlak ke atas sumber ekonomi. Sultan mengambil bahagian dalam

perniagaan dan mendapat keuntungan yang lumayan. Baginda berkuasa dalam soal

perburuhan, hasil pertanian, perdagangan dan pemungut cukai. Sultan berperanan menyelaras

sistem cukai dalam jajahan takluknya serta mempunyai hak mendapat hasil pungutan cukai

negerinya. Contohnya, Sultan Abdul Samad menerima hasil cukai (bijih timah) daerah Kelang

Page 4: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

daripada Raja Mahadi. Sultan Pahang memperoleh cukai import yang dikenakan di muara

Sungai Pahang berjumlah $50,000 setahun. Dari segi pertanian sultan berhak mengerahkan

rakyat bertani. Baginda mewakilkan urusan itu kepada para pembesar negeri.

Sultan juga berkuasa melaksanakan sistem kerah. Melalui sistem ini rakyat dikerah

melaksanakan sesuatu pekerjaan untuk sultan tanpa dibayar upah dalam tempoh masa yang

tertentu. Antara pekerjaan yang terlibat ialah membina istana, menjadi tentera,membina jalan,

membina jambatan, membina benteng pertahanan, membersih sungai dan sebagainya.

Golongan bangsawan dikecualikan daripada sistem ini. Orang biasa yang berstatus tinggi juga

dikecualikan dari sistem ini. Contohnya di Kedah mereka yang dikecualikan dari sistem ini

ialah golongan syed (keturunan nabi), golongan baik-baik seperti haji, lebai, penghulu,

kakitangan masjid dan orang suruhan istana. Sistem ini menunjukkan perbezaan status sosial

dalam kalangan rakyat.

3.         Sosial

a.         Lambang dan memelihara perpaduan negeri

Di Negeri-negeri Melayu pada abad ke-19 terdapat beberapa faktor yang membawa kepada

perselisihan dan perpecahan. Di dalam sesebuah negeri, selain Negeri Sembilan terdapat

pelbagai kebudayaan yang diamalkan oleh rakyatnya. Pembesar-pembesar daerah merupakan

pusat-pusat kuasa tempatan. Tentangan sering berlaku dalam kalangan mereka dan

mengganggu pentadbiran pusat. Malah mereka sering juga menentang sultan dan ada kalanya

menentang pelaksanaan perintah raja di daerah mereka.

Namun demikian, untuk menjaga kepentingan perdagangan, pertahanan negeri dan

ketenteraman dalam satu kawasan yang lebih luas dari sebuah daerah memaksa mereka

tunduk kepada sultan. Mereka tidak bersedia untuk memusnahkan kesultanan itu sendiri,

walaupun pertentangan dan perebutan takhta sering berlaku dalam kalangan pembesar.

Mereka melihat tidak ada satu sistem lain sebaik sistem beraja yang diamalkan.

Kedudukan sultan sebagai lambang perpaduan diperkukuhkan dengan baginda diberi

kekeramatan dan kuasa-kuasa sakti. Antaranya, baginda dikatakan berdarah putih,

menggunakan lambang-lambang kebesaran seperti pakaian dan peralatan berwarna kuning,

memiliki alat-alat muzik sendiri seperti nobat, nafiri, seruling dan terumpet. Alatan lain

seperti kayu gamit, puan naga, taru, kemala, surat chiri, cop halilintar, ubor-ubor dan lain-lain.

Selain itu, terdapat juga senjata-senjata seperti pedang, tombak dan keris panjang serta

penggunaan bahasa dalam atau bahasa istana yang dikhaskan untuk sultan dan kerabatnya.

Semua hak-hak keistimewaan ini bertujuan untuk mengagung-agungkan seseorang sultan

Page 5: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

supaya rakyat taat setia kepada baginda. Sesiapa yang melanggar perintah sultan pula

dikatakan akan mendapat tulah, seperti kemalangan dan kesengsaraan.

           

b.         Ketua agama Islam dan Adat istiadat Melayu

Sultan juga bertindak sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu. Sultan dianggap

sebagai khalifah Allah di bumi dan menjadi penaung kepada masyarakat Melayu. Sultan juga

memainkan peranan penting untuk menyebarkan agama Islam di dalam negeri dan seluruh

tanah jajahannya. Lantaran itulah istana memainkan peranan penting sebagai tempat

penyebaran agama Islam di Tanah Melayu.

Hanya sedikit sahaja istiadat yang dihadiri oleh sultan sebagai pemimpin rakyat. Peranannya

tidak begitu aktif. Upacara-upacara besar dalam masa pemerintahan baginda ialah hari

pertabalan dan pemakaman. Pada masa ini pembesar dan rakyat jelata akan berhimpun. Pada

masa perayaan besar tahun Islam seperti Hari Raya Puasa, sultan akan mengadakan majlis

jamuan.

Kesimpulan

            Kesimpulannya, sultan memainkan peranan yang cukup besar sama ada dalam bidang

politik, ekonomi mahupun sosial. Kedaulatan dan kedudukan seseorang raja menjadikan

seseorang raja/sultan mempunyai hak yang mutlak untuk membuat semua keputusan. 

Pengenalan sistem Residen pada tahun 1874 di Perak, seterusnya Selangor, Negeri Sembilan

dan Pahang telah menjejaskan kedudukan kuasa sultan dari sudut politik, ekonomi dan sosial.

Sultan kini hanya berkuasa dalam bidang agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja, semua

kuasanya yang lain dikuasai oleh Residen Inggeris.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL ]

Soalan 2

Di dalam struktur masyarakat Melayu tradisional, golongan yang diperintah berperanan  

mengukuhkan kedudukan golongan pemerintah. Bincangkan.

Pengenalan

            Sebelum tahun 1874, struktur masyarakat Melayu adalah bercorak feudal.  Masyarakat

Melayu dibahagikan kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan yang

diperintah. Golongan pemerintah merupakan kumpulan yang kecil tetapi mempunyai kuasa

dan  pengaruh dalam masyarakat Melayu tradisional. Golongan pemerintah terdiri daripada

Page 6: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

golongan sultan atau raja, kerabat diraja, pembesar dan  ulama. Golongan yang diperintah

terdiri daripada rakyat biasa yang merdeka, rakyat asing dan golongan hamba.

Isi

 Golongan Yang Diperintah

            Golongan  ini berperanan sebagai pengikut atau pengiring pembesar peringkat pusat

atau menjadi penyokong pentadbir peringkat jajahan takluk.

1. Golongan merdeheka/bebas

Golongan ini terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing.

            Rakyat biasa merupakan penduduk peribumi yang bermastautin tetap di negeri-negeri

tertentu . Rakyat biasa hidup bebas menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing seperti

berniaga, menangkap ikan, melombong , tukang mahir dan sebagainya.  Rakyat biasa

merupakan pengikut setia terhadap pembesar yang mentadbir daerah. Mereka akan sentiasa

mengikut arahan golongan pembesar. Mereka akan menjalankan semua suruhan

pembesar,misalnya dalam sistem kerah dan serah. Rakyat biasa juga akan mengerjakan kerja-

kerja raja dan para pembesar.  Mereka dikerah untuk membina serta membaiki jalan,

membina tambak, masjid, parit, dan benteng pertahanan.  Rakyat akan dikerah membersihkan

sungai, membersihkan hutan belantara dan sebagainya.  Mereka tidak tahu tempoh masa yang

diperlukan untuk melakukan kerja-kerja tersebut.  Kadang-kadang mereka akan berkhidmat

jauh daripada kampung untuk tugas-tugas seperti menarik bot untuk perjalanan dan

mengangkut barang-barang.  Mereka dikerah untuk membuat persediaan berperang dan

menyediakan kelengkapan berperang. Ketika peperangan atau untuk pertahankan daerah dari

serangan luar, rakyat biasa akan menyumbangkan tenaga kepada para pembesar. Apabila

Sultan memerlukan tentera, rakyat akan dikerah dan mereka wajib menyertainya.

            Rakyat Asing. Golongan ini hanya tinggal sementara di Tanah Melayu dan akan

kembali

ke negara asal mereka. Golongan ini terdiri daripada pedagang, perantau, mubaligh dan

santeri serta orang asing, yang datang ke Tanah Melayu sebagai tentera upahan.  Orang asing

yang berkahwin dengan orang tempatan biasanya akan terus menetap di Tanah Melayu.

Masyarakat Tamil-Islam merupakan kumpulan orang asing yang paling ramai di Tanah

Page 7: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Melayu.  Golongan orang asing tidak wajib mematuhi tradisi dan kebudayaan tempatan

Melayu.  Mereka tidak terkecuali daripada hukum-hukum adat dan undang-undang negeri

seperti yang dikenakan kepada rakyat biasa.

2. Hamba

            Golongan hamba menduduki lapisan paling bawah dalam struktur masyarakat Melayu.

Hamba dalam masyarakat Melayu dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan, iaitu hamba

biasa, hamba berhutang dan hamba raja.  Hamba menjadi lambang ketinggian martabat bagi

orang yang memilikinya.  Lebih ramai hamba, maka lebih tinggilah taraf sosial seseorang

sebagai anggota masyarakat dan semakin kukuhlah ekonomi tuannya.

             Golongan hamba biasa merupakan golongan orang suruhan atau keturunan

hamba.Golongan ini biasanya akan dijual beli dan menjadi hamba seumur hidup. Seluruh

keluarganya akan menjadi hamba kepada tuannya.  Manakala hamba berhutangmerupakan

orang biasa yang menjadi hamba kerana gagal membayar hutang. Hamba berhutang akan

bebas apabila  nilai hutang tersebut habis  setelah bekerja dengan tuannya. Antara kerja yang

biasa dilakukan ialah bertani dan melombong.

            Selain itu ,hamba raja merupakan golongan merdeheka yang telah melakukan

kesalahan jenayah dan diampunkan oleh sultan. Hamba raja juga terdiri daripada tawanan

perang.  Hamba raja mempunyai kedudukan paling tinggi dalam kalangan semua hamba.

Mereka akan menjadi hamba secara turun temurun.  Hamba abdi dan hamba berhutang

berkhidmat untuk tuan mereka sebagai pengikut dan sebahagiannya membuat kerja-kerja

rumah.  Hamba lelaki akan melakukan tugas-tugas pertanian seperti membajak, menanam,

menuai, dan memugar tanah baharu. . Ada juga hamba lelaki yang mengikut tuannya

berdagang/berniaga. . Hamba perempuan membuat kerja-kerja di rumah atau menjadi dayang

kepada pemerintah. Mereka akan memasak, mencuci, mengasuh anak, mengambil air,

membelah kayu dan menganyam untuk tuannya. Kadangkala mereka akan menuai padi.  Ada

di kalangan hamba perempuan yang ditugaskan memperoleh pendapatan bagi tuan mereka

dengan cara

menjadi pelacur.

Page 8: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Kesimpulan

            Masyarakat Melayu tradisional mempunyai sistem sosial yang lengkap dan tersusun.

Setiap golongan mempunyai tugas dan peranan masing-masing.   Kedudukan susunan

masyarakat Melayu tradisional yang berlapis-lapis telah meletakkan lapisan atasan (golongan

pemerintah) sebagai satu golongan yang menguasai dan mempunyai kepentingan politik dan

ekonomi.  Sementara lapisan bawahan (golongan yang diperintah) berfungsi sebagai golongan

yang memainkan peranan daripada segi fizikal, moral dan tradisi kemasyarakatan dan menjadi

penyokong utama institusi raja dan pembesar.   Kelancaran sistem sosial  ini telah

menyumbang kepada kestabilan politik kerajaan yang memerintah.   Setelah campur tangan

British dalam sistem politik negeri-negeri Melayu, struktur

masyarakat Melayu telah mengalami perubahan yang ketara kerana peranan golongan

pembesar dan hamba telah mula dihapuskan oleh penjajah British.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM EKONOMI ]

Soalan 3

Sejauhmanakah kegiatan ekonomi tradisional dikatakan lebih  berpusatkan kepada aktiviti

pertanian dan menangkap ikan semata-mata?  Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan

            Ekonomi tradisional bermaksud kegiatan ekonomi yang dilakukan secara kecil-kecilan

bagi menampung keperluan diri dan keluarga sahaja. Kegiatan ini dikenali sebagai ekonomi

sara diri. Ia merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas dan utama melibatkan masyarakat

Melayu tradisional.

Ciri-ciri utama kegiatan ekonomi tradisional ialah:

Tiada pengkhususan kerja – kebiasaannya masyarakat Melayu melakukan pelbagai jenis

pekerjaan pada masa yang sama.  Selain menjadi petani dan nelayan, mereka juga melakukan

kegiatan ekonomi sampingan yang lain seperti menternak binatang, bertukang dan lain-lain.

Penggunaan peralatan tradisional – Tiada penggunaan alatan moden  dalam kegiatan

pertanian,     Penduduk hanya menggunakan alatan tradisi seperti tajak, cangkul, jala, pukat

dan lain-lain.

Berskala kecil – kegiatan ekonomi dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dan tidak melibatkan

penggunaan modal yang besar.  Mereka hanya menghasilkan keperluan untuk diri dan

Page 9: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

keluarga sahaja.  Sebaliknya, mereka tidak menghasilkan keperluan untuk orang lain.  Jika

terdapat lebihan, barulah dijual.

Tenaga kerja hanya melibatkan ahli keluarga – kaum lelaki melakukan kerja yang lebih berat. 

Sementara kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak membantu melakukan kerja-kerja yang

lebih mudah dan ringan.

Amalan bergotong-royong atau berderau – menjadi amalan kebiasaan masyarakat tempatan

terutamanya melibatkan kerja-kerja menanam dan menuai padi  yang dilakukan secara

bersama dan berkumpulan bagi memudah dan mempercepatkan pekerjaan.  Hubungan antara

anggota masyarakat semakin erat.

Isi

            Kegiatan ekonomi  tradisional mempunyai hubungan rapat dengan kawasan

petempatan sama ada terletak di kawasan pedalaman, pinggir sungai dan laut.Penduduk yang

tinggal di kawasan pedalaman menjalankan kegiatan pertanian. Manakala penduduk yang

tinggal di pinggir sungai dan laut pula terlibat dengan kegiatan menangkap ikan.Kedua-dua

aktiviti ekonomi ini merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas atau utama  melibatkan

masyarakat Melayu tradisional.Walau bagaimanapun,  selain menjalankan kegaiatan pertanian

dan menangkap ikan, masyarakat tempatan juga banyak melakukan aktiviti sampingan  yang

lain untuk menyara kehidupan  seperti  menternak binatang,  melombong, mengutip hasil

hutan, pertukangan dan kraf tangan.

Pertanian

            Bercucuk tanam atau pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama masyarakat

tradisional.Tanaman utama tertumpu kepada tanaman padi sawah dan padi huma.          Padi

sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang merupakan kawasan tanah lanar yang subur.

Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan dataran tinggi atau di lereng bukit.Selain

padi,  tanaman lain turut ditanam seperti pelbagai jenis  ubi, sayur-sayuran, buah-buahan dan

bijirin. Kegiatan pertanian dilakukan secara kecil-kecilan sahaja dengan menggunakan

peralatan tradisional seperti tajak, cangkul, kuku kambing untuk menanam pokok padi , sabit

dan ketam padi untuk menuai padi.

Menangkap ikan

            Menangkap ikan  juga merupakan  kegiatan ekonomi  yang penting bagi masyarakat

Melayu tradisional  selain pertanian.          Kegiatan menangkap ikan dijalankan oleh

penduduk yang tinggal berhampiran laut dan sungai. Aktiviti ini diusahakan oleh penduduk

secara kecil-kecilan dengan menggunakan peralatan tradisional seperti jaring atau pukat,

bubu, kelong, jala, lukah, tangguk dan sebagainya. Mereka hanya mampu melakukan kegiatan

Page 10: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

menangkap ikan di tepi pantai sahaja. Selain laut, penduduk juga menangkap ikan air tawar di

kawasan sawah padi,  kolam dan sungai.

Menternak binatang

            Selain pertanian dan menangkap ikan, penduduk turut melakukan aktiviti ekonomi lain

sebagai aktiviti sampingan seperti menternak binatang. Ayam dan itik merupakan binatang

ternakan utama. Selain untuk dimakan dagingnya, bahan buangan ternakan turut digunakan

sebagai baja bagi menyuburkan tanaman. Lembu dan kerbau turut diternak bagi membantu

kerja-kerja pembajakan tanah. Penternakan binatang hanya  dilakukan di kawasan petempatan

penduduk.

Melombong

            Perlombongan secara mendulang dilakukan secara kecil-kecilan oleh masyarakat yang

tinggal berhampiran dengan sungai. Bijih timah, bijih besi dan emas merupakan galian utama

yang dilombong. Aktiviti ini melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak. Hasil lombong dijual

di kawasan berhampiran untuk mendapatkan barang keperluan harian yang lain.

Mengutip hasil hutan

            Mengutip hasil hutan dilakukan di kawasan pedalaman. Hasil hutan yang dipungut

adalah seperti rotan, damar, kapur barus, getah perca, daun mengkuang dan akar-akar kayu

sebagai ubat-ubatan. Selain untuk kegunaan sendiri, hasil hutan yang berlebihan dijual kepada

kawasan berhampiran.

Pertukangan

            Masyarakat tradisional juga sering menghabiskan masa lapang dengan melakukan

kerja-kerja pertukangan seperti membuat rumah, perahu dan perabot. Aktiviti pertukangan

melibatkan golongan lelaki. Sementara kaum wanita terlibat dengan aktiviti kraf tangan

seperti menganyam tikar, membuat bakul dan lain-lain.

Kesimpulan

            Kesimpulannya, adalah jelas bahawa kegiatan ekonomi tradisional  bukanlah tertumpu

kepada pertanian dan menangkap ikan semata-mata. Walaupun pertanian dan menangkap ikan

merupakan kegiatan ekonomi yang paling asas, namun kegiatan ekonomi lain turut dilakukan

sebagai kegiatan sampingan seperti menternak binatang, melombong, mengutip hasil hutan,

petukangan dan kraf tangan. Umumnya, kedatangan British pada akhir abad ke-19 telah

mengubah corak tradisi orang-orang Melayu dalam bidang ekonomi.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM

Page 11: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

PENTADBIRAN ]

Soalan 4

Sejauhmanakah Sistem Residen mempengaruhi perubahan pentadbiran di negeri-negeri

Melayu selepas 1874.

Pengenalan

            Sebelum kedatangan British pentadbiran di Negeri-negeri Melayu diketuai oleh

raja/sultan. Sultan/raja menjadi pemerintah mutlak dengan dibantu oleh pembesar.

Campurtangan British dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu telah merubah struktur

pentadbiran Negeri-negeri Melayu secara tidak langsung. Pengenalan system residen telah

menyebabkan pentadbirandi setiap NNM tidak seragam. Masalah ini cuba diatasi melalui

pelbagai perubahan dan pengubahsuaian dalam bidang pentadbiran, ekonomi dan social.

Isi

i)  Sistem Residen

            Diperkenalkan di Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.Residen ialah seorang

pegawai British yang ditugaskan sebagai penasihat sultan dan nasihatnya mesti dipatuhi.

Menasihati sultan dalam semua perkara kecuali agama Islam dan adat-istiadat

Melayu.Walaupun British menjamin kedudukan dan kedaulatan raja tetapi kuasa

pemerintahan sebenarnya berada di tangan residen.Residen British berkuasa dalam semua

urusan pentadbiran termasuk kutipan cukai dan kawalan ke atas semua hasil negeri.

Pengaruh lain

ii)  Penubuhan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN)

            Dianggotai oleh sultan, residen British, 12 orang pembesar melayu dan seorang wakil

masyarakat Cina. Ditubuhkan untuk membincangkan perkara-perkara yang melibatkan

pentadbiran negeri. Berperanan sebagai badan penasihat dalam menggubal undang-undang

dan menjadi mahkamah rayuan tertinggi. MMN juga menguruskan perubahan struktur cukai,

pencen orang melayu dan perlantikan ketua-ketua tempatan. MMN tidak mempunyai kuasa

perundangan yang luas. MMN hanya berperanan untuk mengesahkan segala keputusan yang

telah dibuat. Kuasa sultan juga terbatas kerana hanya berkuasa dalam agama islam dan adat-

istiadat Melayu. Setiap negeri menubuhkan perkhidmatan awam sendiri dengan jawatan

penting dikuasai oleh British. Jawatan di peringkat bawahan diberi kepada orang Serani,

India, Ceylon dan Melayu.

iii)  Sistem pentadbiran tanah

Page 12: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            British menyusun semula system pentadbiran tanah. Undang-undang hak milik

persendirian, tanah perlu didaftar dan boleh disewa atau dipindahmilik melalui system jual

beli. Tanah menjadi sumber pendapatan kerajaan. Menimbulkan bantahan dan penentangan

pembesar Melayu.

 iv)  Sistem pentadbiran negeri

            Pembahagian negeri kepada beberapa daerah. Perlantikan pegawai daerah

menggantikan jawatan pembesar melayu. Pegawai daerah bertugas mengendalikan urusan

cukai, sewa tanah, menjaga keamanan, menguatkuasakan undang-undang dan

bertanggungjawab terhadap kawasan. Wujud sempadan geografi antara negeri yang jelas.

Setiap daerah dibahagikan kepada mukim dengan diketuai oleh seorang penghulu. Di

peringkat kampung diketuai oleh ketua kampung yang berperanan sebagai penghubung antara

penduduk kampung dengan pentadbiran yang lebih tinggi.

v)  Pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

            Menggabungkan persekutuan yang terdiri daripada Perak, Selangor, Pahang dan

Negeri Sembilan di bawah satu unit pentadbiran. Mewujudkan pemusatan kuasa antara

keempat negeri yang diselaraskan. Residen Jeneral mengetuai pentadbiran persekutuan

NNMB dalam semua perkara kecuali agama islam dan adat-istiadat Melayu. Gabenor Negeri-

negeri Selat bertindak sebagai Pesuruhjaya Tinggi NNMB. Penubuhan Majlis Raja-Raja

(Durbar) yang memberi peluang kepada raja-raja Melayu untuk menyuarakan pandangan.

Kewujudan jawatan-jawatan baru seperti penasihat undang-undang, pesuruhjaya kehakiman,

pesuruhjaya polis dan pengarah jabatan kerja raya serta penubuhan jabatan-jabatan lain

membantu melicinkan pentadbiran.

Kesimpulan

            Sistem Residen telah mengubah pentadbiran di negeri-negeri Melayu yang memberi

kekuasaan kepada British. Kuasa pentadbiran negeri-negeri Melayu beralih kepada kerajaan

British manakala sultan/raja hanya berkuasa dalam agama Islam dan adat-istiadat Melayu

sahaja. Penguasaan British ke atas pentadbiran tanah membolehkan mereka mengeksploitasi

kekayaan ekonomi di negeri-negeri Melayu. Perubahan pentadbiran ini juga menyebabkan

kuasa raja dan pembesar terhakis.

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ MASYARAKAT PELBAGAI KAUM ]

Soalan 5

Sejauh manakah perkembangan ekonomi menyebabkan pembentukan  masyarakat majmuk di

Tanah Melayu.

Pengenalan

Page 13: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Masyarakat majmuk  terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya

tersendiri dan hidup dalam satu unit politik secara terasing antara satu sama lain. Mereka

hanya berhubung untuk tujuan ekonomi dan berpotensi berlaku konflik bagi mempertahankan

kepentingan kaum mereka. Di Tanah Melayu masyarakat majmuk terbentuk akibat daripada

dasar penjajah  memajukan ekonomi komersil yang membawa kepada penghijrahan masuk

beramai-ramai kaum Cina dan India.

Isi

Faktor-faktor pembentukan masyarakat majmuk.:

1. Perkembangan ekonomi

    i)  Perkembangan pesat perusahaan bijih timah.

            Perkembangan pesat bijih timah memerlukan buruh yang ramai dan British

berhadapan dengan masalah tenaga buruh kerana orang Melayu hanya tertumpu pada kegiatan

pertanian. Kawasan pengeluar bijih timah : Lembah Kinta ,Lukut,  Klang, Sg Ujong. Bagi

menarik kemasukan orang Cina, kerajaan British telah melakukan beberapa perkara :

melonggarkan syarat kemasukan orang Cina ke Tanah Melayu, memberi jaminan keselamatan

nyawa dan harta benda dan diberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing

di bawah kawalan ketua  masing-masing.

   ii)  Perkembangan pesat perusahaan getah

            Perusahaan getah berkembang menjelang abad ke 20 akibat perkembangan perusahaan

automobil di Amerika Syarikat. Pembukaan ladang-ladang getah  menyebabkan British

memerlukan lebih banyak buruh India. British lebih berminat mengambil buruh India bekerja

di ladang getah mereka disebabkan  buruh India sanggup bekerja lebih lama, menerima gaji

rendah dan mudah dikawal. Bermula 1857 hingga 1938 , buruh India datang ke Tanah Melayu

melalui tiga cara iaitu : buruh kontrak, sistem kangani, buruh bebas. Masyarakat India telah

membawa masuk budaya kehidupan mereka ke Tanah Melayu.

iii) Kegiatan ekonomi tersendiri.

            Masyarakat Melayu menjalankan kegiatan ekonomi sara diri dan pertanian tradisional

seperti menanam padi , manangkap ikan dan mengutip hasil hutan. Masyarakat Cina

menjalankan menjalankan kegiatan ekonomi komersial seperti perlombongan, perdagangan

dan perniagaan. Masyarakat India menjalankan kegiatan perladangan getah sebagai buruh

Page 14: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan kemunculan masyarakat majmuk

1. Dasar kerajaan British

            Matlamat British adalah menguasai ekonomi Tanah Melayu melalui dasar pecah dan

perintah. British tidak mahu orang Melayu diberi peluang luas dalam ekonomi moden kerana

takut disingkirkan Kerajaan British membawa masuk orang Cina dan India bagi mencapai

matlamat untuk mengimbangi kaum Melayu Masyarakat berbeza akan menyukarkan

penduduk untuk bersatu dan bangkit menentang mereka

2. Lokasi pertempatan yang berasingan

            Masyarakat pelbagai kaum mempunyai lokasi pertempatan berbeza dan terasing.Orang

Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan kampung. Orang Cina di kawasan perindustrian

dan perlombongan bijih timah. Orang India tinggal di kawasan perladangan getah. Mereka

hidup berasingan dan amat jarang berlaku perhubungan antara kaum.

3. Pengamalan budaya hidup tersendiri

            Masyarakat Cina dan India mengamalkan budaya hidup mereka dari China dan India.

Mereka telah menubuhkan pergerakan, persatuan bagi mempertahan dan melindungi amalan

budaya mereka. Masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu jelas dengan pengamalan dan

anutan agama yang berbeza dan dipertahankan iaitu orang Melayu beragama Islam, Cina

beragama Buddha dan Kristian, India beragama Hindu.

4.Sistem pendidikan berbeza

            Pendidikan Melayu berasaskan kepada budaya Melayu dan Islam dengan bahan

pengajaran dan pembelajaran dan sukatan pelajaran berasaskan budaya Melayu, Bahasa

Melayu, Arab, dan agama Islam diutamakan. Ini membawa lahirnya sekolah Melayu dan

sekolah pondok.Masyarakat Cina telah mendirikan sekolah Cina dengan menggunakan bahasa

Cina, guru, sukatan pelajaran serta  buku rujukan dari negara China. Masyarakat India pula

menggunakan bahasa Tamil, guru, sukatan pelajaran dan buku dari India

Kesimpulan

            Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu telah membawa kesan yang besar

ke atas struktur kependudukan di Tanah Melayu. Kesan ketara ialah masalah

ketidakseimbangan antara kaum berlaku dalam bidang ekonomi, sosial, budaya dan politik.

Page 15: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ PENDUDUKAN JEPUN 1941 – 1945 ]

Soalan 6

Nilaikan/Analisa dasar-dasar dan kesan-kesan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dari tahun

1941-1945.

Pengenalan.

Jepun menyerang Tanah Melayu pada 8hb. Disember 1941. Pada 15hb. Februari 1942, Tanah

Melayu dan Singapura jatuh kepada pemerintahan Jepun. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

selama kira-kira 3 1/2 tahun telah meninggalkan kesan-kesan politik, ekonomi dan sosial.

 Isi.

a)      Dasar Pemerintahan Jepun

Pemerintahan bercorak tentera yang berpusat di Singapura untuk menjayakan dasarnya. Tanah

Melayu dan Sumatera disatukan dalam satu wilayah tetapi kemudiannya diasingkan pada

April 1943.Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada  Siam pada Ogos 1943 untuk

membalas bantuan Siam kerana membantu Jepun menawan Tanah Melayu.Setiap negeri dikir

a sebagai daerah. Kuasa tertinggi bagi setiap daerah adalah gabenor. Di bawah gabenor

terdapat biro-biro.

b)     Dasar Pentadbiran Jepun

           Jepun amalkan dasar yang memberi keuntungan kepada mereka. Jawatan Sultan masih

dikekalkan tetapi  hanya terbatas kepada adat istiadat Melayu dan  agama Islam. Jepun

membahagikan daerah kepada unit yang lebih kecil  iaitu kampung, jiran tetangga dan

keluarga. “Sijil Kehidupan dan Keamanan” dikeluarkan untuk memantau kelahiran,

Page 16: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

perkahwinan dan kematian. Pasukan polis tentera dinamakan “kempetai”  untuk mengawasi

pergerakan penduduk tempatan.

1.      Dasar Sosial Jepun

Layanan berbeza mengikut kaum. Orang Melayu dan India  dilayan baik,manakala orang Cina

dilayan buruk.Penindasan dan kezaliman terhadap orang Cina kerana Jepun berperang dengan

negara China.Dasar diskriminasi kaum memberi kesan buruk kepada hubungan kaum di

Tanah Melayu.Orang Cina benci kepada orang Melayu kerana terlibat dengan “kempetai”

c)      Dasar penjajahan budaya

Dengan memaksa penduduk tempatan mempelajari bahasa Jepun, Penyebaran  propaganda

Jepun dilakukan melalui radio, akhbar dan wayang gambar.Lagu kebangsaan dinyanyikan

setiap pagi.Sekolah Cina dan Inggeris ditutup manakala sekolah Melayu dan sekolah Tamil

dibuka. Sekolah Inggeris ditukar menjadi sekolah rendah dan bahasa Jepun dijadikan bahasa

pengantar utama.Bahasa Jepuun diajar dalam akhbar bahasa Melayu..

d)     Dasar Ekonomi

Jepun mengamakan dasar ekonomi kawalan untuk mengawal kegiatan rakyat.Akhirnya,

bekalan makanan tidak cukup,harga barangan meningkat dan berlakunya inflasi. Jepun

galakkan tanama makanan sendiri untuk menampung bekalan makanan dalam negara. Jepun

mencetak “wang pokok pisang” untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi akhirnya

berlaku inflasi.

Kesan-Kesan Politik

            Pendudukan Jepun mengakibatkan kesedaran politik yang lebih mendalam dalam

kalangan penduduk di Tanah Melayu, khususnya kepada orang Melayu. Penderitaan yang

dialami dan propaganda Jepun seperti “Asia untuk orang-orang Asia” menambahkan

keazaman orang-orang Melayu mencapai kebebasan politik dan kemerdekaan.  Orang Melayu

mendapat pengalaman pentadbiran semasa pendudukan Jepun. Pengalaman memegang

jawatan-jawatan kanan seperti Pegawai Daerah telah memberi keyakinan diri yang lebih

tegas. Orang-orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai keupayaan memerintah Tanah

Melayu sendiri.  Pendudukan Jepun juga memberi kesedaran bahawa orang Melayu tidak

boleh berharap sepenuhnya kepada British. Mereka harus menentukan nasib sendiri.

Pendudukan Jepun telah menamatkan kepercayaan bahawa British tidak boleh dikalahkan.

Page 17: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sikap anti-penjajahan dalam kalangan orang Melayu telah berkembang. Pendudukan Jepun

membolehkan Parti Komunis Malaya (PKM) di Tanah Melayu muncul sebagai golongan

politik yang teratur dan sangat kuat di antara tahun-tahun 1945 - 1948. Kezaliman Jepun

membolehkan Parti Komunis Malaya mendapat sokongan terutamanya dari orang Cina. PKM

telah menubuhkan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA). Hampir kesemua ahli-ahli

MPAJA terdiri daripada orang-orang Cina.

Kesan-Kesan Ekonomi

            Ekonomi dan taraf kehidupan pendudukan Tanah Melayu merosot.  Perusahaan bijih

timah dan getah terbantut. Masalah ini timbul kerana pihak British telah memusnahkan

peralatan perlombongan bijih timah dan loji-loji memproses getah seberlum berundur ke

Singapura untuk mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun. Malahan Tanah Melayu juga

terputus daripada pasaran-pasaran eksport yang biasa akibat peperangan.  Pihak Jepun teleh

menitikberatkan eksploitasi bahan-bahan yang berkurangan di negeri Jepun seperti besi dan

bauksit.  Tanah Melayu mengalami kekurangan segala jenis barang pengguna terutamanya

tekstil. Makanan seperti beras juga berkurangan kerana sukar diimport. Penduduk Tanah

Melayu terpaksa bergantung kepada makanan lain seperti ubi kayu dan keledek. Pengedaran

wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan makanan dan barang pengguna

menyebabkan inflasi di Tanah Melayu.  Pihak Jepun tidak mengendalikan infrastruktur

dengan baik.  Penduduk Tanah Melayu memulakan beberapa perusahaan tempatan

memandangkan banyak barang tidak dapat diimport.

Kesan-Kesan Sosial

            Penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Cina menderita akibat kezaliman dan

seksaan Jepun. Tentera polis Jepun iaitu Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai

orang-orang yang anti-Jepun.  Tanah Melayu mengalami masalah kekurangan makanan

terutamanya beras kerana ianya sukar diimport dari negeri-negeri lain akibat peperangan.

Taraf kesihatan penduduk Tanah Melayu merosot. Penyakit-penyakit seperti beri- beri dan

malaria berleluasa. Ini kerana ubat-ubatan telah dirampas oleh Jepun bagi merawat askar-

askarnya.  Pendudukan Jepun telah mengakibatkan permusuhan antara orang-orang Melayu

dan Cina. Layanan Jepun yang lebih baik terhadap orang Melayu mengakibatkan kemarahan

dalam kalangan orang-orang Cina. Malahan pemerintahan Jepun telah mengambil orang-

orang Melayu untuk menjadi askar dan polis. Sebahagian daripada pasukan Jepun yang

Page 18: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

menyerang tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (Pertubuhan Komunis yang dikuasai oleh orang

Cina) terdiri daripada orang Melayu. Ini mengukuhkan lagi permusuhan perkauman Melayu-

Cina.  Beberapa pertempuran perkauman yang kecil antara Melayu dengan Cina berlaku

selepas Jepun menyerah kalah pada 15hb. Ogos 1945.  Sistem pendidikan Jepun yang lebih

menekankan latihan akhlak/watak daripada akademik telah mengukuhkan tatatertib dan

menanam sifat kerajinan dalam kalangan pemuda-pemuda terutamanya Melayu.

Kesimpulan

            Pendudukan Jepun merupakan satu zaman penting dalam sejarah Tanah Melayu.

Pendudukan Jepun bukan sahaja membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan penduduk

Tanah Melayu tetapi juga mengukuhkan perasaan perkauman.Pada keseluruhannya,

pendudukan Jepun telah mengubah keadaan politik, ekonomi dan sosial Tanah Melayu

sebelum perang dengan begitu radikal sehingga British terpaksa merombak dasarnya selepas

perang. Suasana ini telah mempercepatkan proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

 [ PERJUANGAN SECARA BERPERLEMBAGAAN 1946 – 1960 ]

Soalan 7

 “Perlembagaan Malayan Union yang diperkenalkan Kerajaan British pada tahun 1946

merupakan satu bentuk tindakbalas terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah

Melayu  sebelum perang. Namun demikian, pengenalan Perlembagaan Malayan Union  ini

sebenarnya telah menimbulkan banyak reaksi negatif  dan penentangan  daripada kalangan

masyarakat Melayu di Tanah Melayu”. Bincangkan.

Pengenalan

            Malayan Union (MU) telah diisytiharkan secara rasmi pada 1 April 1946 di King's

House (Carcosa Seri Negara) merupakan sebuah gabungan negeri-negeri

Melayudengan Negeri-Negeri Selat (tanpa Singapura) untuk menjadi pengganti British

Page 19: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Malaya.yang bertujuan untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu di bawah satu

sistem pemerintahan berpusat yang diketuai oleh Gabenor.

            Menurut kerajaan British, Malayan Union adalah persediaan kepada orang Melayu

untuk berkerajaan sendiri.   Tetapi Penubuhan Malayan Union telah mendapat penentangan

yang kuat daripada kaum Melayu. Hal ini adalah disebabkan bahasa cadangan yang

dikemukakan dalam “kertas putih” pelaksanaan MU telah mengancam kedudukan orang

Melayu sebagai penduduk Bumiputera. Sebagai contoh, hak istimewa orang Melayu telah

dihapuskan dan syarat kerakyatan yang lebih longgar telah diberi kepada bangsa asing. Untuk

menunjukkan ketidakpuasan, kaum Melayu telah bergabung untuk menentang Malayan Union

pada tahun tersebut juga. Terdapat beberapa faktor  yang membawa kepada penentangan

masyarakat Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Malayan Union.

Isi

Faktor-Faktor Penentangan Masyarakat Melayu

1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan sultan-sultan

            Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan

tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani

persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan

perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan

keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau

Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan

Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana

Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap

pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah (Kedah)

yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari

takhta.

2. Kekuasaan Dan Kewibawaan Sultan

            Orang Melayu bangkit menentang Malayan Union kerana Malayan Union telah

mengancam kedaulatan raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja Melayu dikurangkan dan

pentadbiran di ambil alih oleh Gabenor yang mempunyai kuasa veto. Akibat raja-raja

kehilangan kuasa, orang Melayu bimbang tentang masa hadapan untuk menghadapi

persaingan daripada kaum bukan Melayu.

Page 20: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

             Gabenor Malayan Union akan menjadi Pengerusi Majlis Islam dan ini menjatuhkan

maruah dan kesucian agama Islam kerana orang bukan Islam menjadi Pengerusi Majlis

Agama Islam. Orang Melayu bimbang sultan akan kehilangan kuasa politik and hak

keistimewaan. Orang Melayu tidak rela melihat Sultan mereka dilucutkan kuasa politik.

Kehilangan kuasa sultan akan menyebabkan status Tanah Melayu menjadi Tanah Jajahan

British. Hal ini, telah menimbulkan semangat nasionalisme yang membara dikalangan orang

Melayu.

3. Hak Istimewa

             Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang

Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan

peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang

Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap

pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan

orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini

akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.

4. Hak Kerakyatan

            Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut

prinsip Jus Soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan

yang longgar kerana mereka masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India

terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai

orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang

Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka

melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah

Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.

5. Balas Dendam

            Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU

merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V.

Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan

Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang

Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang

Page 21: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan

Sultan.

6. Masa Cemas

            MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina

akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini

dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu

dan menguntungkan orang Cina.

7. Orang Melayu Tidak Terlibat Dalam Merangka Perlembagaan MU

             Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu

dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung

tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Reaksi Bukan Melayu

            Walaupun MU ditentang oleh masyarakat Melayu, Perlembagaan MU ini  sebenarnya

telah diterima baik oleh orang bukan Melayu kerana pemberian hak yang sama rata kepada

semua kaum. Syarat-syarat kewarganegaran yang longgar juga amat dipersetujui kerana

memberi peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara Tanah Melayu.

            Tetapi dengan pengenalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang

menggantikan Malayan Union, hak-hak tersebut diketepikan dengan syarat-syarat

kewarganegaraan yang lebih ketat. Bantahan telah dibuat oleh kaum bukan Melayu, parti

politik Melayu berhaluan kiri dan golongan revolusioner. Ketiga-tiga pihak tidak bersetuju

dengan perlembagaan Persekutuan kerana mereka tidak diajak sama berbincang dan tidak

mewakili semua kaum yang ada di Tanah Melayu.

Penilaian Pelaksanaan MU

            Penentangan terhadap Malayan Union berjaya mencapai matlamatnya apabila MU

diganti dengan Persekutuan 1948. Gagasan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British

di Tanah Melayu bukan sahaja mendapat tentangan yang hebat daripada orang Melayu,

malahan sultan-sultan Melayu turut memulaukan gagasan tersebut. Gagasan tersebut

menemui kegagalan disebabkan syarat-syarat yang terkandung dalam perlembagaan tersebut

Page 22: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

amat tidak memuaskan hati kaum Melayu, terutama berkaitan hak istimewa dan taraf

kewarganegaraan yang akan menggugat kepentingan kaum peribumi.

            Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm

MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang

diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu.

Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan

Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi

lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang

Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan

telah diperketatkan.

Kesimpulan

            Syarat di dalam Perlembagaan Malayan Union yang membelakangkan kepentingan

hak orang Melayu, kehilangan kuasa Sultan, taraf kewarganegaraan yang longgar telah

memaksa perlembagaan ini diganti dengan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

lebih bersifat tolak ansur. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa

orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat

kerakyatan telah diperketatkan. Ini menunjukkan muncul sifat toleransi antara kaum dan ianya

dapat dilihat berdasarkan kepada isi kandungan syarat yang terdapat di dalam kedua-dua

perlembagaan yang telah dibincangkan. Hasrat ke arah berkerajaan sendiri menjadi lebih jelas

apabila kepentingan orang Melayu telah diberi perhatian oleh British. Beberapa perubahan

pentadbiran yang dibuat memberi peluang kepada orang Melayu mentadbir dan hasilnya pada

31 Ogos 1957 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA

[ KEMERDEKAAN]

Soalan 8

Sejauhmanakah faktor ancaman komunis telah mempengaruhi pembentukan Malaysia pada

tahun 1963? Bincangkan.

                                                              

Pengenalan

            Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord Brassey,

iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang merangkumi penyatuan

Page 23: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947 Sir Malcom Mac Donald,

Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara mencadangkan idea yang sama. Konsep negara

berbentuk Persekutuan semakin menarik perhatian apabila Tunku Abdul Rahman

mencadangkan penubuhan Malaysia dalam Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku Abdul Rahman

sekali lagi mencadangkan penubuhan Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961.Tunku Abdul

Rahman mencadangkan Tanah Melayu,Singapura,Sabah,Sarawak dan Brunei dicantumkan

menjadi Persekutauan yang dinamai “Malaysia”. Cadangan ini telah disambut baik oleh

kerajaan British kerana salah satu tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk

mengekang ancaman pengaruh komunis. Namun begitu terdapat juga sebab-sebab lain yang

membawa kepada pembentukan gagasan ini.

Isi

Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia

1.      Mengekang pengaruh komunis

A.        Perkembangan politik di Singapura.

            Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang sama

turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada tahun-tahun 1950-an.

Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja.

Fahaman komunis telah menyerap masuk ke dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang

memerintah pada masa itu. Keadaan ini memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan

Yew. Tunku bimbang sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung 

kemungkinan besar fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan

komunis menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti Sosialis 

yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami perpecahan sehingga

Page 24: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan raya 1961 di kawasan Hong Lim

dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.

            Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan menyingkirkan

golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri semakin berkembang. Keadaan

ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke

Tanah Melayu. Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis  bukan

sahaja membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika Syarikat.

Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku.

           

Perkembangan politik di Sarawak.

            Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan Jepun lagi.

Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut pada tahun

1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun kemudian apabila darurat diisytiharkan.

Bagi menggantikannya sebuah pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju

Sarawak (SAYA). Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam

kalangan pelajar dan petani.  Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar telah

digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan oleh pihak komunis

ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam pendidikan Cina.

Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti Bersatu Rakyat

Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan “operasi pisang” bagi membanteras

komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah mendorong kepada pengabungan dalam

Malaysia. Selain itu, pihak British bimbang dengan ancaman komunis dari Indonesia. Parti

Komunis Indonesia (PKI) telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam

kepentingan dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila

pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.

2.         Mempercepatkan proses kemerdekaan

Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan Sabah, Sarawak

dan Singapura. Hal ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada dalam satu sistem

pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini mempunyai hubungan politik

Page 25: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu,

Singapura dan negeri-negeri Borneo akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa

pemerintahan British. Jika Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan

secara berasingan sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum

bersedia dari segi politik dan pentadbiran.

Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan Legislatif yang semuanya

dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang Sultan. Walau bagaimanapun, tiada

perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu dengan negeri yang wujud di tanah jajahan

British yang berjiran dengannya. Di Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan

pada tahun 1959 dan 1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga

Bandaran dan Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya

Majlis Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.

 

                  Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayah-wilayah

Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat melalui percantuman

dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat digagalkan dan kemerdekaan negeri-

negeri Borneo dapat dipercepatkan. Kerajaan British telah berjanji untuk memberi

kemerdekaan dalam tempoh yang terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura

bersedia menyertai Persekutuan Malaysia.

3.         Keseimbangan Kaum

Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan keseimbangan

komposisi kaum. Tunku Abdul Rahman sedar bahawa kemasukan Singapura akan

menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia. Hal ini

disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di Tanah Melayu,

orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India. Keadaan ini akan menggugat

kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang. Orang Melayu berkemungkinan akan hilang

kedudukan istimewa dan hak mereka akan dicabar oleh kaum lain. Tunku Abdul Rahman

berpendapat adalah perlu Sabah, Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan

Malaysia.

Page 26: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

4.         Kerjasama Ekonomi antara wilayah

            Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi  antara Tanah Melayu, Sabah,

Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu, Singapura dan Brunei

lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah melabur di negeri-negeri berkenaan

sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah

dan getah telah menyumbang sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah

berkembang pesat dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh

itu, penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan kesimbangan

ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.

Kesimpulan:

     Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat perkembangan

pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan Sarawak. Selain itu,

pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di

samping itu, penubuhan Malaysia dapat membantu perkembangan ekonomi di Sabah dan

Sarawak.  Namun begitu pembentukan Malaysia turut memberi kesan kepada hubungan

serantau di Asia Tenggara terutamanya daripada Indonesia dan Filipina. Singapura

kemudiannya telah menarik diri dan keluar daripada Gagasan pada tahun 1965.      

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [SISTEM PEMERINTAHAN]

Soalan 9

Huraikan peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan

dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.

Pengenalan

             Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua negara dalam sistem raja berperlembagaan

di Malaysia dan bidang kuasa baginda ditentukan oleh perlembagaan. Baginda berada di

kemuncak di antara ketiga-tiga bidang kuasa perundangan, eksekutif, dan kehakiman. Jawatan

Yang di-Pertuan Agong mula diwujudkan pada tahun 1957. Jawatan ini adalah unik dan satu-

satunya jawatan seumpama itu di dunia dengan seorang raja berperlembagaan memegang

Page 27: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

jawatan secara dipilih dan bukannya dilantik seperti di negara lain yang mengamalkan sistem

beraja.

Isi

               Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan bertindak atas nasihat

Perdana Menteri dan Kabinet. Baginda juga berhak memperoleh maklumat tentang

pemerintahan daripada Kabinet. Tambahan pula, Baginda akan menghadiri persidangan

Majlis Raja-Raja dengan diiringi oleh Perdana Menteri untuk membincangkan dasar-dasar

negara.

                Tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dengan Parlimen adalah seperti

memanggil, menangguh, dan membubarkan parlimen. Sebenarnya, Yang di-pertuan Agong

berperanan sebagai satu daripada tiga komponen parlimen. Baginda akan memberi titah

ucapan dalam persidangan parlimen. Di samping itu, Baginda perlu memberi persetujuan ke

atas semua rang undang-undang yang diluluskan oleh parlimen.

                Selanjutnya, tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong dalam bidang kehakiman

negara. Baginda akan melantik Ketua Hakim Negara, Hakim Mahkamah Tinggi, dan hakim-

hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi mengikut nasihat Perdana Menteri

setelah berunding dengan Majllis Raja-Raja. Baginda juga akan memberi pengampunan

kepada segala kesalahan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putarjaya), dan

segala hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah di Melaka, Pulau Pinang, Sabah,

Sarawak, dan Wilayah Persekutuan.

              Seiring kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja Berperlembagaan, maka

baginda bertindak atas nasihat Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, baginda diperuntukkan

kuasa budi bicara dalam perkara-perkara berikut, iaitu kuasa melantik Perdana Menteri.

Perdana Menteri yang dilantik hendaklah mendapat sokongan majoriti daripada ahli Dewan

Rakyat. Kuasa budi bicara yang seterusnya seperti tidak bersetuju dengan permintaan

membubarkan parlimen. Baginda juga berhak meminta diadakan satu persidangan Majlis

Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-

raja.

            Peranan dan tanggunjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja berperlembagaan

dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia adalah menjadi

Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga merupakan Ketua Agama Islam bagi

negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur,

Page 28: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Labuan, dan Putrajaya). Tambahan pula, seperti diperuntukkan di bawah Perkara 153,

Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara

kedudukan isitimewa orang Melayu dan kaum bumiputera lain di Sabah dan Sarawak.

Kesimpulan

            Sebagai kesimpulan, peranan dan tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong sebagai raja

berperlembagaan dalam sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia

adalah sangat mustahak. Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara berada di kemuncak

ketiga-tiga bidang kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan. Akhirnya, Baginda

merupakan lambang kedaulatan dan simbol perpaduan negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ MENILAI SUMBANGAN TOKOH ]

Soalan 10

Nilaikan sumbangan Tun Abdul Razak Bin Dato’Hussien dalam pembangunan negara.

Pengenalan

            Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein dilahirkan di Pulau Keladi, Pekan, Pahang pada

tanggal 11 Mac 1922. Tun Abdul Razak merupakan anak sulung kepada Dato’ Hussein bin

Mohd Taib dan Hajah Teh Fatimah bt Daud. Beliau berkhidmat menggantikan Tunku Abdul

Rahman Putra Al-Haj untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Tun Abdul

Razak Dato’ Hussein meninggal dunia sewaktu masih berkhidmat sebagai Perdana Menteri

pada 14 Januari 1976.

            Tun Abdul Razak memperoleh pendidikan di MCKK. Setelah menyelesaikan

pengajiannya di MCKK, beliau memperoleh biasiswa untuk meneruskan pengajian di Raffles

College di Singapura pada 1939 dalam bidang undang-undang, ekonomi dan sejarah selama

tiga tahun untuk mendapatkan diploma. Tun Abdul Razak memulakan kariernya dengan

kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1952 apabila beliau dilantik sebagai

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang. Pada Februari 1955, beliau dilantik sebagai Menteri

Besar Pahang. Pada ketika itu beliau baru sahaja berusia 33 tahun. Pada Jun 1955, Tun Abdul

Razak meletakkan jawatannya dalam kerajaan dan bertanding dalam Pilihan Raya Umum

pertama sebagai calon Perikatan. Dengan sokongan masyarakat, Tun Abdul Razak

memenangi kerusi Majlis Undangan Persekutuan Kawasan Semantan.

Isi

Page 29: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Kemenangan Perikatan dengan meraih 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan,

membolehkan Perikatan mentadbir negara. Sekali gus Tun Abdul Razak menjadi orang

penting dalam kabinet Tunku Abdul Rahman. Tun Abdul Razak telah dilantik sebagai

Menteri Pelajaran, Persekutuan Tanah Melayu pada 9 Ogos 1955. Sumbangannya yang

terpenting sebagai Menteri Pelajaran ialah memper-kenalkan ‘Penyata Razak’ yang

intipatinya ialah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam usaha

mewujudkan sebuah bangsa yang bersatu padu.

            Langkah pertama Tun Abdul Razak sebagai Menteri Pelajaran adalah merombak

sistem pelajaran penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Beliau mendapati

sekolah-sekolah Melayu serta sekolah-sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diberi

sebarang kelebihan. Hasil usaha Tun Abdul Razak, melalui Penyata Razak 1956, beliau

berjaya mensepadukan sistem pelajaran untuk membina bangsa yang bersatu padu, Bahasa

Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yang menjadi bahasa pengantar utama.

            Tun Abdul Razak juga merupakan seorang daripada ahli Parti Perikatan yang telah ke

London bersama rombongan kemerdekaan. Beliau telah menjadi perunding dalam rundingan

tersebut pada 1956 yang pulang membawa kejayaan apabila British menjanjikan kemerdekaan

Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

            Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak dilantik sebagai

Timbalan Perdana Menteri. Selepas pilihan raya umum 1959, Tun Abdul Razak menjadi

Menteri Pembangunan Luar Bandar di samping memegang portfolio Timbalan Perdana

Menteri dan Menteri Pertahanan. Selama 10 tahun beliau memegang jawatan Menteri

Pembangunan Luar Bandar, beliau telah berjaya membasmi buta huruf dalam kalangan tiga

juta rakyat.

            Sebagai Menteri Pertahanan, Tun Abdul Razak membawa perubahan kepada

Angkatan Tentera dengan melengkapkannya dengan senjata yang moden dan cekap. Selain

itu, beliau yang mempunyai pengalaman dalam perang gerila dan mengenali taktik pengganas

komunis telah melancarkan gerakan anti-komunis dengan jayanya sehingga zaman darurat.

Beliau juga melancarkan Relawan Rakyat (RELA) dan skim Rukun Tentera untuk menjamin

keselamatan rakyat.

            Pada 13 Mei 1969, negara dikejutkan dengan rusuhan kaum tiga hari selepas pilihan

raya umum. Perlembagaan negara digantung, Parlimen dibubarkan, dan darurat diisytiharkan

seluruh negara. Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan dan mengambil alih

Page 30: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

pentadbiran kerajaan. Tun Abdul Razak dilantik oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Pengarah

MAGERAN. Di bawah MAGERAN ketenteraman awam berjaya dipulihkan.

            Sumbangan Tun Abdul Razak yang paling penting adalah berusaha membangunkan

Malaysia. Tujuan Tun Abdul Razak adalah untuk menghapuskan kemiskinan, kejahilan dan

penyakit. Oleh itu, beliau telah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang merangka

pembangunan negara secara berperingkat melalui Rancangan-rancangan Malaysia dari 1970

hingga 1990.

            Oleh itu beliau berusaha meningkatkan taraf hidup golongan luar bandar melalui

Rancangan Buku Hijau (1974) serta pembukaan tanah melalui FELDA dan FELCRA.

Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau Federal Land Development

Authority (FELDA) merupakan idea cetusan Tun Abdul Razak yang bertujuan untuk

meningkatkan penggunaan tanah dengan lebih cekap dan berkesan. Antara projek terawal

yang dilaksanakan oleh FELDA ialah pembukaan rancangan tanah Lembah Bilut (1957) yang

meliputi kawasan seluas 22 batu persegi melibatkan perbelanjaan sebanyak $2.5 juta. Melalui

rancangan ini setiap peserta diberi tanah seluas tujuh ekar bagi tanaman getah dan tiga ekar

tanah dusun. Hari ini FELDA telah menjadi sebuah organisasi raksasa dengan pembukaan

lebih setengah juta hektar tanah dan lebih daripada setengah juta orang mendapat manfaat dari

FELDA.

            Tun Abdul Razak juga telah merangka Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip

pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan yang mengandungi hasrat

murni ke arah membentuk sebuah masyarakat dan negara Malaysia yang demokratik, adil,

saksama, liberal dan progresif.

            Di arena antarabangsa, Tun Abdul Razak juga adalah orang yang bertanggungjawab

berunding dengan Indonesia untuk menamatkan ‘konfrantasi’ yang dilancarkan oleh negara

itu ke atas Malaysia yang didalangi oleh Parti Komunis Indonesia (PKI). Beliau juga

mewakili Malaysia ke Rundingan Bangkok 1966 dan Rundingan Manila 1963. Beliau banyak

menjadi wakil untuk sebarang rundingan, mesyuarat dan hubungan diplomatik dengan negara-

negara luar. Tun Abdul Razak juga telah mengadakan beberapa lawatan keamanan ke negara-

negara Asia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Kesimpulan

            Beliau telah dianugerahkan gelaran sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Beliau

merupakan seorang negarawan yang telah mengabadikan kehidupannya untuk kemakmuran

Page 31: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

dan kemajuan rakyat serta negara Malaysia. Beliau juga adalah seorang pemimpin ulung yang

berjiwa besar dan setia.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ WAWASAN 2020 ]

Soalan 11

Sejauhmanakah cabaran mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang perlu dihadapi oleh

negara Malaysia dalam usaha merealisasikan wawasan 2020.

Pengenalan

            Wawasan 2020 merupakan gagasan negara untuk menjadikan Malaysia sebuah negara

maju menjelang tahun 2020. Idea wawasan ini telah dicetuskan oleh Perdana Menteri

keempat, iaitu Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Matlamat Wawasan 2020 adalah untuk

menjadikan negara ini sebagai sesebuah negara industri yang maju dan setanding dengan

negara-negara maju yang lain. Terdapat beberapa perkara asas yang perlu dititik beratkan

untuk mencapai kemajuan bersepadu seperti perpaduan rakyat, kestabilan politik, ketinggian

taraf hidup, kekukuhan nilai moral dan etika, kekukuhan sistem kerajaan, ketinggian maruah

bangsa serta semangat yakin diri bangsanya. Terdapat Sembilan cabaran yang perlu dihadapi

oleh negara Malaysia bagi merealisasikan Wawasan 2020.

Isi

a)      Mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang

            Merujuk kepada sistem sosial yang meletakkan kepentingan masyarakat melebihi

kepentingan individu dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu, tetapi di

sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh.

            Masyarakat penyayang akan hidup muafakat, saling memahami, hormat menghormati

dan saling membantu antara satu sama lain. Masyarakat berbudaya penyayang mengutamakan

kepentingan masyarakat melebihi kepentingan diri sendiri.

Page 32: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Asas pembentukan masyarakat penyayang ialah kepatuhan kepada agama, kasih

sayang dalam kekeluargaan dan amalan nilai-nilai murni. Hubungan sesama manusia dalam

masyarakat juga ditekankan dalam agama.

            Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang yang terjalin dalam

keluarga. Hubungan baik sesama manusia amat ditekankan dalam agama. Budaya tradisi yang

penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan dan dihayati semula untuk memupuk

masyarakat yang bersifat penyayang.

b)      Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu

            Malaysia menjadi negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum

dengan rakyat hidup dalam harmoni, bekerjasama sepenuhnya secara adil serta didokong oleh

satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

            Asas kekuatan penting untuk kejayaan sesebuah negara ialah perpaduan yang menjadi

cabaran pertama Wawasan 2020.

            Semua ini telah dilakukan melalui pelbagai dasar kerajaan sepanjang tiga dekad lalu

seperti Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar

Kebudayaan Kebangsaan, dan Dasar Pembangunan Nasional sebagai usaha mewujudkan

perpaduan kaum dan rakyat yang beridentitikan Malaysia.

c)      Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram, dan keyakinan

      Masyarakat Malaysia mesti dapat dikenali melalui usaha untuk mencapai kecemerlangan,

sedar terhadap semua kemampuan yang ada, tidak mudah mengalah kepada sesiapa dan

dihormati oleh rakyat negara lain.

Masyarakat Malaysia perlu berbangga dengan pencapaian dan berani menghadapi pelbagai

masalah.

Rakyat Malaysia yang memiliki dan menghayati ciri-ciri tersebut akan menjadi sebuah bangsa

gagah yang sentiasa berusaha untuk memajukan negara sehingga dapat mengangkat martabat

bangsa dan negara di persada antarabangsa serta mampu mematahkan serangan musuh dengan

mudah.

d)     Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang

Page 33: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

      Malaysia perlu mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang dan prinsip

demokrasi yang menjadi amalan boleh dijadikan contoh oleh kebanyakan negara membangun

yang lain.Sebuah masyarakat yang matang dapat dilahirkan sekiranya dipupuk dan dibina.

Masyarakat demokratik memiliki kebebasan untuk memilih kerajaan.Rakyat yang rasianol

akan menggunakan hak-hak demokrasi dengan bijak . Perasaan tidak puas hati dan teguran

disalurkan melalui saluran tertentu secara berhemah dan bersifat membina.

e)      Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

      Etika melibatkan tingkah laku atau perangai yang berkait rapat dengan tabiat dan kelakuan

manusia. Tabiat dibina di atas tiga unsur, iaitu ilmu, kemahiran, dan keinginan. Bagi

membentuk etika yang baik, seseorang perlu mempunyai ilmu pengetahuan, kemahiran, dan

keinginan yang tinggi.Ketiga-tiga unsur penting itu perlu  diasah dan dipupuk sekaligus

dihayati bagi melahirkan rakyat Malaysia yang dinamik dan berusaha untuk meningkatkan

hasil kerja yang cemerlang.Kepatuhan kepada agama, pengamalan budaya dan tradisi yang

cemerlang, keberkesanan sistem pendidikan, dan keunggulan sistem kekeluargaan juga

menjadi sumber untuk membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika.Falsafah

Pendidikan Negara contohnya, bertujuan untuk melahirkan masyarakat berilmu, berakhlak,

seimbang dan harmonis.

f)       Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal, dan bertolenrasi

            Masyarakat yang matang mampu berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara

melulu.Mereka akan membebaskan diri daripada fahaman sempit dan berfikiran terbuka 

menerima perubahan dan pandangan orang lain.Masyarakat yang bertolenrasi dapat

digambarkan melalui kebebasan yang dianuti oleh setiap rakyat untuk mengamalkan adat

resam, kepercayaan, dan kebudayaan masing-masing tanpa menjejaskan kesetiaan kepada

negara.Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan  dan Akta Bahasa

Kebangsaan merupakan langkah ke  arah mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan

bertolenrasi.

g)      Mewujudkan masyarakat yang maju dan saintifik

            Masyarakat maju ialah masyarakat progresif yang dapat menyerap segala perubahan

persekitaran agar dapat mencapai kecemerlangan. Masyarakat yang maju tidak boleh terpisah

daripada masyarakat saintifik. Penguasaan ilmu pengetahuan berunsurkan sains dan teknologi

merupakan ukuran kemajuan sesuatu bangsa.Masyarakat yang maju dan saintifik mempunyai

Page 34: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

budaya ilmu yang menjana produktiviti, kreativiti dan inovatif.Malaysia seharusnya

mempunyai daya perubahan tinggi dan memandang ke hadapan dan turut sama menyumbang

kepada tamadun saintik dan teknologi masa depan.

h)      Menjamin masyarakat yang adil dan saksama dalam bidang ekonomi

     Pengagihan kekayaan negara dilaksanakan secara adil dan saksama dengan mewujudkan

perkongsian secara bersama dalam segenap masyarakat. Masyarakat yang dibentuk itu akan

menghapuskan pengenalan kaum yang berdasarkan fungsi ekonomi yang diwarisi dari zaman

penjajah serta kemunduran kaum dari sudut ekonomi.Kerajaan telah melaksanakan pelbagai

rancangan pembangunan ekonomi untuk menjamin keadilan ekonomi dan meningkatkan taraf

hidup rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Rancangan

Pembangunan Lima Tahun.

i)        Memupuk dan membina masyarakat yang makmur

      Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan

mempunyai taraf hidup yang tinggi.Masyarakat makmur juga bermaksud tidak ada anggota

masyarakat yang hidup dalam kemiskinan. Pendapatan isi rumah dan pendapatan negara juga

berada pada tahap yang tinggi. Malaysia perlu mempunyai kekuatan ekonomi untuk bersaing,

dinamik, giat, dan kental dalam menghadapi pelbagai cabaran yang mendatang untuk menjadi

masyarakat yang makmur.

Kesimpulan

            Kesimpulannya, Wawasan 2020 akan terus memacu kemajuan negara. Dasar-dasar

kerajaan adalah bertujuan merealisasikan Wawasan 2020. Kesejahteraan rakyat yang menjadi

agenda utama pembangunan negara dapat dicapai dengan keadilan ekonomi dan perpaduan

negara.

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PERHUBUNGAN LUAR ]

Soalan 12

“Malaysia telah banyak memainkan peranan dan sumbangan dalam ASEAN sejak

penubuhannya hingga tahun 1990-an”.Bincangkan pernyataan ini.

Pengenalan

Page 35: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Dasar luar negara Malaysia untuk berbaik-baik dan mengadakan kerjasama dengan

negara jiran tetap diteruskan walaupun dua buah pertubuhan yang dibentuk sebelum ini, iaitu

ASA dan MAPHILINDO gagal. Usaha ini akhirnya berhasil setelah Deklarasi Bangkok

dimeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Association of South East

Asian Nations (ASEAN).

Isi

a ) Peranan dan sumbangan Malaysia dalam  ASEAN

            Malaysia merupakan negara terawal menyedari kerjasama serantau demi keselamatan

negara-negara serantau di Asia Tenggara dan mencatuskan idea penubuhan

ASEAN.Kesedaran Malaysia adalah berdasarkan scenario politik,ekonomi dan sosial rantau

Asia Tenggara  rata-rata negaranya  baru merdeka, mengalami ketidakstabilan politik, warisan

ekonomi penjajah yang tidak seimbang, perpecahan penduduk dan keadaan sosial yang tidak

kukuh.

            Dalam Mesyuarat Menteri –Menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November

1971, Deklarasi Kuala Lumpur telah ditandatangani bagi mewujudkan zon aman , bebas, dan

berkecuali (ZOPFAN).Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah untuk mengekalkan keamanan dan

kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dengan tidak bersekongkol dengan mana –mana

kuasa besar sama ada dari blok Barat atau blok Timur.

            Konsep ZOPFAN teruji apabila Veitnam menceroboh Kampuchea pada tahun 1978

dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge. ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan

mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di

bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.Melaysia telah memainkan peranan sebagai orang

tengah dalam isu Kemboja ini. Veitnam telah bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan 

dan mesyuarat ini telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.

            Dalam mesyuarat pada tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan

bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear melalui Perjanjian SEANWFZ.Ini

bermakna rantau ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan serta

kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.

            Walaupun agenda utama ASEAN adalah ke arah integrasi ekonomi,namun

perkembangan ke arah kerjasama ekonomi agak perlahan.Negara-negara ASEAN telah

membentuk kerjasama dalam projek perindustrian,contohnya Projek Baja Urea di Bintulu

(Sarawak) dan Acheh (Indonesia).

Page 36: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Kerjasama ekonomi ASEAN juga cuba dilaksanakan melalui ASEAN Free Trade

Area (AFTA) yang telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada

tahun 1992.

            Malaysia juga telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk memperluas skop

kerjasama ekonomi dengan melibatkan China ,Jepun, dan Korea Selatan. Idea yang

dikemukakan oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad dikenali sebagai East Asian Economic

Caucus(EAEC).

            Walau bagaimanapun, idea ini telah ditentang oleh negara-negara maju terutamanya

Amerika Syarikat, tetapi usaha ini tidak dibiarkan begitu sahaja kerana kerjasama secara tidak

rasmi terus diadakan melalui konsep ASEAN +3. Konsep ASEAN +3 ini merujuk pada

kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara Timur,iaitu

China, Jepun, dan Korea.Menteri-Menteri Luar negara tersebut dijemput menghadiri siri

perbincangan  tentang kerjasama yang ingin diwujudkan.

            Dalam bidang sosial, kerjasama dalam bidang pendidikan juga wujud dengan

tubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).Contohnya,pembinaan

Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia.Kerjasama

lain yang dibuat atas semangat kerjasama ASEAN adalah dalam bidang kebudayaan dan

sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung

Kebudayaan ASEAN.Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan hubungan antara negara

melalui semangat kesukanan.Dalam bidang pelancongan, kerjasama dijalinkan dengan

mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.

Kesimpulan

           Peranan dan sumbangan Malaysia dalam ASEAN dapat dilihat sebagai asas yang kuat

dalam menjalin kerjasama serantau .Jika dilihat dari awal penubuhannya hingga kini, banyak

rancangan yang berjaya dilaksanakan demi kebaikan bersama. 

SEJARAH MALAYSIA DAN ASIA TENGGARA

[1800 – 2000]

BAHAGIAN B : SEJARAH ASIA TENGGARA  

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Page 37: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Sejauh manakah peranan raja dan pembesar dalam sistem pemerintahan di Thailand sebelum

kedatangan kuasa Barat 

Pengenalan

             Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19, negara-negara Thailand

telah mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Sistem ini meletakkan raja  sebagai ketua

pemerintahan tertinggi sesebuah negara, pemimpin yang paling berkuasa , dan menjadi

perantara rakyat dengan tuhan serta menguasai seluruh ekonomi negara dan menjadi golongan

yang menduduki lapisan teratas dalam stratifikasi sosial masyarakatnya. Raja merupakan

pemimpin kerajaan dan dianggap devaraja iaitu wakil dewa dan jelmaan tuhan di bumi untuk

memimpin. Raja-raja di Thailand bukan sahaja memainkan peranan  yang sangat penting

dalam aspek politik, ekonomi , sosial, dan agama bahkan raja berperanan sebagai simbol

penyatuan rakyat di samping  menjaga keamanan dan mentadbir negara dengan bantuan

golongan pembesar .

Isi

Peranan Raja dari segi politik:

            Seorang ketua pentadbir yang berkuasa mutlak.Berkuasa melantik pembesar. Raja

dianggap sebagai dewaraja yang dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha. Kedudukan raja

disahkan oleh golongan Brahmin  bertanggungjawab menjalankan pelbagai upacara

keagamaan. Raja melantik golongan Brahmin sebagi penasihat agama. Raja sebagai

penggubal undang-undang .Titah raja menjadi undang-undang yang perlu dipatuhi. Raja

berkuasa menjatuhkan hukuman bunuh tanpa dipersoalkan

Peranan Raja dari segi social

            Raja sebagai sebagai pelindung kepada rakyat. Raja sebagai lambing perpaduan

masyarakat tempatan  sesuai sebagai penaung kepada pengembangan agama Buddha. Raja

dikenali sebagi Tuhan kehidupan  sesuai dengan konsep Dharmaraja dengan pelbagai gelaran 

seperti Dhaoi Chiwit (Raja Nyawa) dan Chao Phaendin (Tuhan Tanah)

Peranan raja dari segi Ekonomi

            Raja berkuasa ke atas semua tanah kerajaan dan menganugerahkan tanah kepada

kerabat diraja untuk ditadbir. Raja menguasai sumber ekonomi – pungutan cukai, hasil

Page 38: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

pertanian , dan kegiatan perdagangan – Raja berkuasa ke atas balak dan beras.  Bagi menjamin

bekalan ekonomi  dan kawasan pedalaman berterusan Raja Thailand mewujudkan hubungan

baik dengan kawasan pengeluran ekonomi. Raja melantik pegawai untuk menguruskan

kegiatan ekonomi bagi pihaknya.Raja bertanggungjawab menentukan dasar  ekonomi negara.

Raja menentukan hubungan diplomatik untuk tujuan perdagangan. Raja berkuasa mutlak ke

atas nyawa, tanah dan harta rakyat 

Peranan pembesar

            Di Thailand pembesar golongan bangsawan  ( Nai ) yang digelar Khunnang dan

kerabat diraja dipanggil Chao. Pembesar pegawai kerajaan  yang dilantik oleh raja dan

melaksnakan tugas-tugas dalam bidang kuasa sebelum kedatangan Barat. Kedudukan

pembesar sangat penting selepas raja dalam hieraki pemerintahan kerana membantu raja

dalam urusan pemerintahan. Raja tidak berupaya untuk melaksanakan urusan pemerintahan

secara bersendirian. Pembesar di Thailand merupakan wakil kepada raja dalam menjalankan

pemerintahan. Peranan pembesar diberi kuasa untuk mentadbir wilayah  bagi pihak raja

seperti Samuha Nayok. Peranan pembesar bertanggungjawab terhadap hal ehwal tanah, hal

ehwal istana dan kewangan bagi melicinkan pentadbiran

Kesimpulan

            Peranan raja amat penting dalam pemerintahan di Thailand. Selain peranan raja ,

peranan pembesar juga penting dalam menguruskan pentadbiran di Thailand.Selepas

kedatangan British di Thailand,  sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan, namun

menerima perubahan  iaitu apabila Rama VII , Raja Prajadhipok menerima sistem

pemerintahan  raja berpelembagaan  dan sistem ini terus kekal sehingga sekarang.

Page 39: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

 

TEMA 1 : MASYARAKAT [ INSTITUSI PEMERINTAHAN ]

Soalan 2

Pihak penjajah telah menguasai pentadbiran di Vietnam, kesannya kuasa pembesar tempatan

telah tergugat. Bincangkan  peranan pembesar di Vietnam sebelum campur tangan Barat.

Pengenalan

                Golongan pembesar memainkan peranan yang penting  dalam tampuk pemerintahan

sesebuah negara. Merupakan tulang belakang dalam sistem politik sesebuah negara kerana

mereka bertanggungjawab dalam membantu pemerintahan yang dijalankan oleh raja atau

maharaja. Golongan pembesar di  Vietnam merupakan pegawai kerajaan yang dilantik  oleh

maharaja untuk melaksanakan tugas-tugas tertentu. Sistem pembesar di Vietnam terbahagi

kepada beberapa kelas atau peringkat dan mempunyai gelaran tertentu.  Pembesar kanan

Page 40: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

merupakan golongan yang paling rapat dengan maharaja dan mendapat kepercayaan.  Diikuti

oleh pembesar wilayah atau daerah dan akhir sekali pembesar peringkat kampung.

Isi

            Terdapat perbezaan yang agak ketara antara pembesar Vietnam berbanding dengan

pembesar tempatan di negara-negara lain di Asia Tenggara.  Vietnam di bawah Maharaja Gia

Long merupakan sebuah kerajaan pusat san segala urusan kerajaan berpusat di Hue. Mereka

tidak berhak memungut cukai, manakala gaji mereka dibayar oleh Maharaja. Kuasa

pemerintahan dan kutipan cukai terletak pada golongan Mandarin atau Quan yang mendapat

pangkat dalam ajaran Confucius.

            Kelayakan penting dalam melantik seorang pembesar. Pendidikan yang diutamakan

adalah sistem pelajaran Confucius yang mementingkan  daya ingatan dan hafalan. Hanya

pemilik ijazah kedoktoran sahaja diberikan jawatan dalam perkhidmatan awam.

            Sistem pembesar  pada zaman Dinasti Nguyen merupakan satu sistem pentadbiran

yang sistematik dan efisien. Maharaja Gia Long dibantu oleh enam Kementerian atau Quan

yang diketuai oleh golongan Mandarin. Kementerian tersebut ialah Kementerian Hal Ehwal

Awam, Kementerian Kerja Raya, Kementerian Upacara,Kehakiman,Kewangan dan

Peperangan. Kesemua Quan mempunyai kedudukan istimewa dalam sistem pentadbiran

kerajaan.

            Terdapat sebuah Noi Cac atau Majlis Tertinggi yang dipengerusikan oleh Maharaja

dan Enam orang Ketua Quan. Bertanggungjawab memberi pandangan kepada Maharaja

dalam semua hal yang berkaitan dengan pemerintahan dan pentadbiran. Majlis ini juga medan

dalam menyelesaikan masalah dan perkara yang tidak dapat diselesaikan di peringkat

kementerian.

            Di peringkat daerah, golongan pembesar menjalankan tugas demi melicinkan

pentadbiran daerah.Tugas utama mereka ialah menjaga keselamatan dan ketenyeraan wilayah

serta mengutip cukai. Tugas utama ialah menjaga keselamatan dan ketenteraan wilayah serta

mengutip cukai. Mereka juga wajib menjalankan upacara keagamaan dan adat istiadat.

Mereka perlu menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan kehakiman. Pembesar wilayah

mengambil dan melatih tentera untuk mempertahankan negara.

Page 41: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Golongan pembesar yang paling rendah kuasa ialah pembesar peringkat kampung atau

Komun.Mereka mendapat kepercayaan daripada kerajaan pusat untuk menjaga keamanan ,

ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang di kampong masing-masing.

Kesimpulan:

            Sistem pembesar di Vietnam sebelum  campur tangan Perancis merupakan  satu sistem

yang tersusun dan sempurna. Dalam corak pentadbiran Perancis , Mandarin yang tidak

berkhidmad dengan penjajah akan dipindahkan ke Annam. Pentadbiran peringkat tertinggi

diambil alih oleh pegawai Perancis. Jawatan rendah diisi penduduk tempatan yang menerima

pendidikan Perancis. Kesannya golongan Mandarin kehilangan kuasa.

TEMA 1 : MASYARAKAT [ SISTEM SOSIAL]

Soalan 3

Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat di Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian lapisan

masyarakat yang jelas. Bandingkan susun lapis masyarakat di kedua-dua buah negara tersebut.

      Pengenalan

                  Masyarakat di Vietnam dan Indonesia mengamalkan sistem sosial yang berasaskan

sistem feudal, berbentuk piramid dan bersusun lapis. Susun lapis masyarakatnya,  terdiri

daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Di Vietnam susun lapis

masyarakatnya banyak dipengaruhi daripada sistem feudal di China dan ajaran Confucius.

Manakala di Indonesia mengikut kerajaan yang memerintah. Susun lapis ini semakin jelas

selepas kemunculan kerajaan Islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

      Isi

1.      Persamaan

     Raja kedua-dua masyarakat berada pada kedudukan paling atas dalam susun lapis

masyarakat dan berkuasa mutlak.Raja mewarisi takhta secara warisan.Raja dianggap suci dan

perlu ditaati. Di Vietnam seorang raja wajib mendapat pendidikan Confucius dan

Page 42: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

bertanggungjawab kepada rakyat . Di Acheh raja merupakan ketua agama Islam dan menjadi

pelindung kepada rakyat.

     Golongan bangsawan merupakan kumpulan yang paling dipercayai oleh raja dan

mempunyai kedudukan yang baik/ istimewa dalam masyarakat. Jawatan penting dalam

kerajaan dikuasai oleh golongan ini.Mereka bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga

kebajikan masyarakat , mengetuai upacara agama dan menjalankan tugas raja. Di

Vietnamgolongan ini lebih dikenali sebagai golongan Quan atau mandarin. Mereka terdiri

daripada golongan cendiakawan yang mesti lulus peperiksaan awam.Di Acheh golonagan ini

lebih dikenali sebagai Uleebalang yang sangat dihormati oleh masyarakat kerana ketinggian

ilmunya dan menjadi tempat rujukan masyarakat setempat, selain daripada ulama.

     Rakyat merupakan golongan paling bawah. Kebanyakan daripada mereka adalah petani

yang mengusahakan tanah golongan bangsawan. Mereka juga menjalankan kegiatan pertanian

secara sara diri khususnya penanaman padi sawah di samping aktiviti kelautan.

2.  Perbezaan

            Susun lapis masyarakat di Vietnam terikat dengan ajaran Confucius dan Buddha.

Manakala di Acheh dan Mataram dipengaruhi oleh ajaran Islam.

            Di Vietnam berlakunya mobiliti masyarakat dalam kalangan rakyat biasa sekiranya

mereka lulus peperiksaan awam China.Mereka berpeluang menjadi pegawai tinggi

kerajaan.Di Indonesia tidak berlakunya mobiliti sosial dalam kalangan rakyat.

            Maharaja Vietnam dianggap sebagai anak syurga atau wakil tuhan yang dapat mandat

dari syurga untuk memerintah di muka bumi. Manakala sultan atau raja di Indonesia( Acheh

dan Jawa ) merupakan khalifah Allah dalam memerintah sesebuah kerajaan Islam.Di Pulau

jawa sultan dianggap istimewa, mempunyai sifat luarbiasa, dianggap berdaulat serta tidak

boleh diderhakai.

            Golongan mandarin/ bangsawan di Vietnam merupakan cendiakawan yang lulus

peperiksaan awam di China dan mampu menguasai ajaran Confucius dengan baik.. Manakala

priyayi di pulau jawa mewarisi daripada keturunan keluarga diraja atau kerabat diraja.

       Kesimpulan

                  Susun lapis kedua-dua masyarakat jelas menunjukkan pembahagian antara

golongan yang memerintah dan diperintah. Susun lapis ini mengalami perubahan apabila

penjajah Barat memperkenalkan sistem pentadbiran/ dasar mereka dikedua-dua negara.

Page 43: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI  MASYARAKAT [PELUASAN KUASA ASING]

Soalan 4

Bincangkan peristiwa yang membawa kepada tercetusnya  Perang Inggeris-Myanmar 1 pada

tahun 1824.

Pengenalan

            Merupakan peristiwa penting, sebagai titik peralihan dlm sejarah negeri Burma. Tamat

Dasar Pemencilan dan mengakui keutuhan kuasa-kuasa Barat.

Isi

Sebab-sebab berlaku Peperangan :

 (i)   Dasar Perluasan Wilayah oleh Burma :

            Pada tahun 1784, Burma menakluki Arakan menyebabkan orang Arakan melarikan

diri ke Benggala. Mereka menggunakan Chittagong untuk menyerang balas orang-orang

Burma. Tentera Burma sering memasuki wilayah India kerana memburu orang Arakan,

menimbulkan masalah sempadan.

Page 44: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

(ii)   Kegagalan Hubungan Diplomatik :

             Pihak British di India berusaha menyelesaikan pertikaian. British menghantar

perwakilan ke Burma pada tahun 1796, tahun 1798 dan tahun 1803 tetapi gagal.   Burma

enggan mengadakan hubungan yang sama taraf.

(iii) Pemberontakan Chin Byan, 1811  :

            Burma menuduh British memberi bantuan kepada pemberontak, hubungan menjadi

tegang. British menghantar John Canning bagi menyelesaikan pertikaian.

(iv)   Campur Tangan Burma di Assam, Manipur dan Cachar

                      Pada tahun 1817, Burma campur tangan di Assam.   Raja Bagidaw

mengarahkan Jeneral Bandula menakluki Assam.   Seterusnya Burma campur tangan di

Manipur dan Cachar.   Raja Manipur dan Cachar meminta bantuan British.

 (v)   Penaklukan Pulau Shahpuri pada tahun 1823 :

            Pada tahun 1823, Burma menawan Pulau Shahpuri, dibantah oleh British. Burma

membuat persiapan untuk berperang.Pada tahun 1824, British mengisytiharkan perang ke atas

Burma.

(a)      Perjanjian Yandabo, 1826 :

            Burma kehilangan wilayah Assam, Arakan dan Tenasserim.Burma tidak akan campur

tangan di wilayah2 British.Burma bersetuju menerima Residen British dan menghantar

wakilnya ke Culcutta.Burma akan membayar ganti rugi kpd British.

Kesimpulan

            Sikap agresif dan keengganan mengadakan hubungan dengan British merupakan sebab

utama.Malangnya hubungan British-Burma tetap renggang, meletus semula peperangan.

Page 45: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [PENENTANGAN TERHADAP KUASA

ASING]

Soalan 5

Pangeran Diponegoro telah memainkan peranan penting  dalam gerakan penentangan

terhadap pemerintahan Belanda di Pulau Jawa pada awal abad ke -19. Bincangkan

Pengenalan                                                                           

            Penglibatan Belanda di Indonesia telah mencetuskan tindak balas daripada penduduk

tempatan khususnya di Jawa, Sumatera, Acheh dan Maluku. Perang Diponegoro atau Perang

Jawa merupakan penentangan terbesar rakyat Indonesia terhadap pemerintahan Belanda.

Pemimpin utama penentangan ini ialah Diponegoro iaitu seorang putera dari keluarga Diraja

Jogjakarta. Perang ini meletus dari tahun 1825 hingga 1830 dan dilihat sebagai gerakan

nasionalisme peringkat awal di Indonesia. Terdapat beberapa sebab Diponegoro memimpin

gerakan menentang pemerintahan Belanda

Isi                                                                               

i)                    Masalah pewarisan takhta kerajaan

Page 46: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Diponegoro merupakan putera sulung kepada Sultan Amangku Buwono III. Beliau

sepatutnya mewarisi takhta pemerintahan selepas kemangkatan ayahandanya pada tahun

1814. Diketepikan atas alasan ibunya orang kebanyakan. Adik tirinya iaitu Djarot telah

ditabalkan sebagai pemerintah kerajaan dengan gelaran Sultan Amangku Buwono 1V oleh

Stamford Raffles. Raffles berjanji akan melantiknya selepas kemangkatan Djarot. Selepas

kemangkatan Djarot pada tahun 1822, beliau sekali lagi diketepikan sebagai pemerintah.

Belanda melantik waris Djarot iaitu Raden Menol yang berusia dua tahun sebagai pemerintah

Jogjakarta. Diponegoro hanya dilantik sebagai pemangku sultan sehingga Raden Menol

berusia 21 tahun. Diponegoro merasakan Belanda telah mempermainkannya dan cuba

melancarkan pemberontakan ke atas pihak Belanda

ii)                  Pembatalan Kontrak Sewa Tanah

Kontrak Sewa tanah telah diperkenalkan oleh Stamford Raffles di Pulau Jawa pada tahun

1811 – 1816. Kontrak ini membenarkan orang-orang Cina dan Eropah mengikat kontrak

dengan golongan bangsawan tempatan untuk menyewa tanah milik mereka di Pulau Jawa.

Sistem ini memperlihatkan keadaan petani yang mengusahakan tanah-tanah ini menjadi buruh

paksa bagi orang Eropah dan Cina. Belanda melihat system ini sebagai satu penindasan

terhadap golongan petani lalu membatalkannya atas arahan Van der Capellan. Pembatalan

tersebut menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan bangsawan kerana mereka

kehilangan punca pendapatan. Pembatalan ini juga menyebabkan pengusaha Eropah dan Cina

memulangkan semula tanah kepada tuan tanah dan meminta wang pendahuluan mereka

dikembalikan. Golongan bangsawan gagal memulangkan wang pendahuluan tersebut kerana

telah habis dibelanjakan. Keadaan ini juga turut melibatkan Pangeran Diponegoro yang

terpaksa membayar ganti rugi kepada penyewa tanah di kebun kopinya sebanyak 60 ribu rial.

Hal ini menyebabkan Diponegoro tidak berpuas hati kerana beliau terpaksa mengerahkan

petani bekerja lebih kuat untuk beliau membayar kembali tuntutan tersebut.Keadaan ini juga

menyebabkan petani tidak berpuas hati dengan dasar baharu Belanda ini.

iii)                Ratu Adil atau Putera Pembebas

Diponegoro seorang yang alim dan dianggap sebagai pemimpin agama oleh masyarakat

tempatan. Beliau juga menganggap dirinya membawa wahyu Allah untuk berjihad menentang

penjajah iaitu menghalau orang kafir dari tanah airnya. Tujuannya adalah untuk memulihkan

pemerintahan Islam di Pulau Jawa yang dianggap telah tercemar dengan kedatangan Belanda

dan agama Kristian. Beliau juga dianggap sebagai ulama dan digelar ‘Ratu Adil’ yang

Page 47: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

bermaksud ‘Putera Pembebas’ yang akan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan

dan kekejaman penjajah Belanda. Justeru, Diponegoro telah memimpin kumpulan penentang

yang terdiri daripada masyarakat tempatan dalam melancarkan perang jihad ke atas Belanda

iv)                Pembinaan jalan merentasi makam diraja

Pada tahun 1825, Belanda merancang untuk membina sebatang jalan dari Jogjakarta ke

Mangelang melalui tanah Diponegoro dan juga makam raja-raja Jogjakarta, iaitu makam

nenek moyangnya yang dianggap keramat.Beliau berasa terhina malah berpendapat tindakan

Belanda sebagai penghinaan terhadap keluarganya dan juga mencabuli kesucian Islam.

Diponegoro telah mengambil tindakan mencabut papan tanda pembinaan jalan tersebut dan

digantikan dengan mata tombak serta merosakkan peralatan untuk pembinaan jalan tersebut.

Tindakan Diponegoro ini merupakan sebab semerta yang membawa kepada meletusnya

Perang Jawa pada bulan Julai 1825.

v)                  Diponegoro mengetuai penentangan

Belanda menjemput Diponegoro untuk berunding sebaliknya beliau menghantar wakilnya

Pangeran Mangkabumi.Belanda tidak berpuashati dan mengarahkannya ditangkap tetapi

gagal. Diponegoro melarikan diri ke hutan dan menggunakan taktik perang gerila untuk

menentang Belanda. Pasukan Diponegoro kemudiannya menyerang pertahanan Belanda di

Jogjakarta dan mencapai kemenangan. Residen Jogjakarta kemudiannya menawarkan

perdamaian kepada Diponegoro namun tidak diendahkannya. Pada 1830 Diponegoro bersedia

untuk berunding dengan Belanda namun ditangguhkan kerana bulan puasa. Ketika rundingan

pada Hari Raya Aidilfitri 1830 beliau telah ditangkap dan dibuang negeri ke Makasar,

Sulawesi dan mangkat di sana pada 1855

Kesimpulan

Diponegoro telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap pemerintahan

Belanda di Pulau Jawa. Ketokohan peribadinya serta kedudukannya sebagai putera raja

ditambah dengan sentiment antiasing dan penindasan yang dilakukan orang Cina menjadikan

rakyat tempatan menyahut usaha Diponegoro menentang pihak Belanda. Walaupun

penentangan ini gagal menggulingkan pemerintahan Belanda namun ianya telah berjaya

membangkitkan semangat nasionalisme rakyat Indonesia khususnya di Pulau Jawa 

menentang penjajahan asing.

Page 48: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIANDALAM

PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]

Soalan 6

Penguasaan kuasa asing terhadap Indonesia menyebabkan berlaku perubahan dalam

pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua

negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan

             Pada abad ke-17, kepulauan Indonesia telah mengalami perubahan dalam

pentadbirannya dengan kehadiran Belanda yang berpusat di Betawi(Jakarta). Pada tahun

1799, pihak Belanda telah membubarkan Syarikat Hindia Timur Belanda dan melantik

seorang Gabenor Jeneral bagi menyusun semula pentadbiran di Pulau Jawa.

Isi

            Dengan kedatangan Belanda, pemerintah tempatan semakin terhimpit. Pentadbiran

yang diperintah oleh sultan tidak dapat mengawal pepecahn dalam kerajaan Mataram.

Perpecahan ini melibatkan pemerintahan Susuhunan di Surakarta dan sebuah lagi di bawah

Page 49: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

pimpinan Sultan Deyok di Jakarta. Pihak Belanda cuba mengawal institusi ketua daerah

(bupati) di Jawa. Pihak Belanda cuba mengurangkan peranan dan pengaruh golongan Bupati.

            Pada tahun 1819, Baron Van Der Capellan dilantik sebagai Gabenor

Jeneral.Pembaharuan yang dibuat oleh Capellan telah membangkitkan perasaan tidak puas

hati dalam kalangan penduduj tempatan kerana tindakannya yang menamatkan system

kontrak sewa tanah yang dibuat oleh golongan bangsawan Jawa.

            Golongan bangsawan menghadapi kesulitan untuk menyelesaikan hutang akibat

pembalatan kontrak sewa tanah tersebut manakala petani pula hilang pekerjaan.

            Perasaan tidak puas hati ini sampai kemuncaknya apabila berlaku Perang Jawa pada

tahun 1825 hingga 1830 di Jogjakarta dan Surakarta di bawah pimpinan Diponegoro.

            Sistem Tanaman Paksa telah diperkenal selepas tamatnya Perang Jawa pada tahun

1830. Melalui system ini, Belanda menggunakan sepenuhnya keuntungan yang diperoleh

untuk membayar hutang dan memulihkan ekonomi negaranya tanpa melakukan apa-apa

perubahan terhadap rakyat Indonesia yang tertindas.

            Dasar Liberal yang diperkenalkan pada tahun 1870 bertujuan untuk membuka Pulau

Jawa kepada perdagangan bebas dan memperbaik taraf hidup petani.

            Dasar Etika pula diperkenalkan bagi menggantikan Dasar Liberal yang gagal

menyelesaikan masalah petani di Jawa.Melalui Dasar Etika beberapa pembaharuan telah

dibuat. Sebagai contoh,dari segi pentadbiran, Undang-undang Pembahagian Kuasa Pusat,

(1903) telah diwujudkan.Mengikut undang-undang ini, sebuah Majlis Perbandaran dan

Daerah akan ditubuhkan.

            Majlis Perbandaran dan Daerah akan dianggotai oleh pegawai Belanda,orang

Indonesia, dan orang Cina.

            Pengalaman Perang Jawa menyebabkan Gabenor Jeneral cuba berbaik-baik semula

dengan pembesar tempatan.Pada tahun 1874, system pentadbiran tempatan disusun semula.

Proses melatih penduduk tempatan dalam bidang politik dimulakan dengan penubuhan

Volksraad (Dewan Rakyat) dan mempunyai ahli seramai 39 orang yang dilantik oleh raja

Belanda.

Kesimpulan

            Perubahan pentadbiran yang diperkenal oleh Belanda di Indonesia telah menimbulkan

semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Indonesia. Kemunculan pepimpin seperti

Seokarno telah membantu mempercepat proses berkerajan sendiri dan bebas daripada

cengkaman Belanda.

Page 50: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 2 : TRANSFORMASI MASYARAKAT [ PENGUBAHSUAIAN DALAM

PENTADBIRAN, EKONOMI DAN PENDIDIKAN ]

Soalan 7

Penguasaan kuasa asing terhadap Myanmar menyebabkan berlaku perubahan dalam

pentadbiran tempatan dan membawa kesan yang signifikan dalam pentadbiran kedua-dua

negeri tersebut. Jelaskan

Pengenalan

            Di Myanmar, pemerintah Dinasti Konbaung menghadapi cabaran besar pada abad ke-

19.Kekalahan Myanmar kepada British dalam Perang Inggeris-Burma III(1885) telah

menamatkam penguasaan Dinasti Konbaung. -British seterusnya telah membuat beberapa

perubahan dalam system pentadbiran tempatan.

Isi

            Sistem pemerintahan beraja atau monarki dihapuskan. British menjadikan ketiadaan

putera raja yang layak untuk ditabalkan sebagai pewaris takta kerajaan sebagai alasan untuk

menghapuskan system beraja di Myanmar.

            Sistem pentadbiran tradisional yang lain seperti Myothugyi dan Thaithugyi, Hutdaw,

dan Thatnabaing dihapuskan. Desakan daripada penduduk Myanmar agar system Thatnabaing

dikekalkan juga telah ditolak oleh British.

Page 51: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

            Pada tahun 1889, Undang-undang Kampung Myanmar diperkenalkan untuk

membolehkan pelaksanaan Majlis Kampung dikuatkuasakan.Seorang ketua kampong akan

dilantik sebagai pegawai kerajaan. Antara tugas ketua kampong ialah mengekalkan

ketenteraman awam dan mengutip cukai.

            Wilayah Pegu dibahagi kepada lima buah daerah dengan setiap daerah diketuai oleh

Pesuruhjaya Daerah berbabgsa Inggeris.Daerah-daerah pula dibahagi kepada bandar-bandar

kecil di bawah seorang Pegawai Bandar atau Myo-ok.

            Pada tahun 1897, pemerintahan British di Myanmar telah melakukan perubahan

terhadap system pentadbiran di peringkat pusat. Di peringkat pusat, pentadbiran diketuai oleh

Leftenan Gabenor.Leftenan Gabenor yang pertama ialah Arthur Phayte.

            Sebuah majlis diwujudkan iaitu Majlis Perundangan yang terdiri daripada pegawai-

pegawai kerajaan dan ahli-ahli yang dipilih untuk membantu Leftenan Gabenor.

            Pada tahun 1937, Myanmar dipisahkan daripada pentadbiran India dan mempunyai

perlembagaannya sendiri. Perlembagaan itu mencadangkan pembentukan dua buah dewan

bagi parlimen iaitu Dewan Senat dan Dewan Perwakilan.

            Separuh daripada ahli Senat dipilih oleh Gabenor dan ahli Dewan Perwakilan dipilih

sepenuhnya oleh penduduk Myanmar.

Kesimpulan

            Perubahan pentadbiran British di Myanmar telah menimbulkan semangat nasionalisme

yang akhirnya telah membawa kepada kemerdekaan Myanmar.

Page 52: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ FAKTOR

KEMUNCULAN ]

Soalan 8

Golongan intelektual memainkan peranan penting dalam kebangkitan dan perkembangan

gerakan kesedaran di Indonesia pada akhir abad ke -19 dan awal abad ke-20. Bincangkan.

Pengenalan

Golongan intelektual yang kebanyakkannya terdedah kepada pendidikan barat memainkan

peranan yang penting dalam kebangkitan dan perkembangan gerakan kesedaran,

menyatukankan rakyat yang berpecah belah , dan berjaya membentuk satu gerakan

kebangsaan menuju ke arah pencapaian kemerdekaan masing-masing. Peranan mereka dalam

perkembangan dan pencapaian kemerdekaan tidak boleh disangsikan. Golongan intelektual

ini  membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran nasionalis di negara masing-masing.

Peranan golongan intelektual dalam kebangkitan dan perkembangan nasionalis di Indonesia.

1.      Golongan intelektual tidak berpuas hati dengan pemerintahan Belanda yang

mengamalkan dasar diskriminasi dalam peluang pendidikan, pekerjaan, dan pentadbiran.

Mereka ingin membela nasib golongan bawahan yang tertindas dan diperas oleh golongan

Belanda dan orang Cina. G. Kahin pernah menyatakan bahawa golongan intelektual ini adalah

golongan yang , “  acutely dissatisfied, cramped and frustrated.”  

Intelektual yang mula-mula membangkitkan kesedaran tentang pentingnya pendidikan ialah

Raden Adjeng Kartini.  Bagi memajukan kaum wanita, beliau telah menubuhkan sebuah

sekolah bagi anak-anak pegawai Indonesia. Beliau diikuti oleh Dr. Mas Wahidin Soediro

Page 53: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Hoesoedo yang mengasaskan Budi Utomo untuk mencapai kemajuan kebudayaan dan

pendidikan orang Jawa.

2.      Gerakan kesedaran seterusnya dipelopori oleh Omar Said Tjokroaminoto yang

memimpin Sarekat Islam. Sarekat Islam ialah sebuah parti massa pertama di Indonesia.

Perjuangannya mendapat sokongan segenap lapisan masyarakat . Ianya bertujuan untuk

memajukan kedudukan sosio-ekonomi dan kepentingan agama islam masyarakat Islam

Indonesia.Selepas tahun 1916 Sarekat Islam menuntut kerajaan sendiri melalui cara

perlembagaan.

3.        Intelektual Indonesia yang berjaya membawa Indonesia ke arah pencapaian

kemerdekaan ialah Sukarno. Sukarno, pemimpin utama Parti Nasionalis Indonesia

mengamalkan cara tidak bekerjasama dengan Belanda untuk mencapai kemerdekaan. Sukarno

sedar bahawa Indonesia tidak akan mencapai kemerdekaan secepat mungkin selagi tiada

perpaduan di kalangan parti-parti yang ada.Usaha beliau ke  arah perpaduan telah berjaya

membawa terbentuknya Pemuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia, terdiri

daripada gabungan beberapa buah parti utama. Perjuangan Sukarno yang radikal

menyebabkan beliau telah ditangkap. Ini tidak sekalipun melemahkan semangat

perjuangannya.Apabila dibebaskan , beliau telah menyertai Partindo dan membawa ke arah

perjuangan radikal.

4.         Peranan Kiyai Haji Ahmad Dahlan dan Kiyai Hashim Ashari yang beraliran agama

memberi motivasi dan pendorong ke arah perjuangan kemerdekaan. Kiyai Haji Ahmad

Dahlan telah menubuhkan Muhammadiyah yang menekan pentingnya  menyebarkan  Islam

berdasarkan al Quran sebagai pegangan hidup. Kiyai Hashim Ashaari pula telah menubuhkan

Nahdatul Ulama iaitu sebuah parti konservatif pada tahun 1926 yang berjuang menyebarkan

ajaran ortodoks islam.

5.         Semasa Jepun di Indonesia, Sukarno berpura-pura menyokong Jepun demi mencapai

kemerdekaan.Selepas Jepun menyerah kalah,  Sukarno dan pemimpin-pemimpin lain seperti

Hatta dan Sjharir meneruskan perjuangan kemerdekaan. Golongan intelektual ini mendesak

Kerajaan Belanda supaya memberi kemerdekaan. Akhirnya Belanda  mengisytiharkan

kemerdekaan Indonesia selepas berlakunya  beberapa pemberontakan dan rusuhan. Sukarno

Page 54: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

dilantik sebagai Presiden yang pertama sementara Mohamad Hatta menjadi Presiden Menteri

yang pertama.

Kesimpulan

           Peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di Indonesia tidak boleh

dipersoalkan. Peranan mereka dalam membangkitkan dan memperjuangkan kemerdekaan

adalah besar dan bermakna. Golongan ini menggunakan beberapa cara dengan harapan

mencapai impian mereka. Ada yang mendedahkan kelemahan dan penindasan melalui bahan

media, ada yang ingin menggunakan cara perlembagaan, dan ada pula yang ingin 

menggunakan cara revolusi dan militan.  Dalam apa jua cara pun, kita boleh membuat

kesimpulan bahawa golongan intelektual ini membekalkan kepimpinan dan bertindak demi

kepentingan Negara dan bangsa.

Page 55: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 3 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA [ PARTI

POLITIK DAN PERSATUAN ]

Soalan 9

Huraikan peranan dan sumbangan Young Men Buddhist Association (YMBA) dalam gerakan

nasionalisme di Myanmar.

Pengenalan

            Pemerintahan dan pembaharuan British di Myanmar. Latar belakang dan pengasas

Persatuan Belia Buddha (YMBA)

Peranan dan sumbangan Persatuan Belia Buddha dalam gerakan nasionalisme di Myanmar

1        Peringkat awal (1909-1916)

         Merupakan pertubuhan reformasi dalam bidang sosial dan budaya

         Kecenderungan kepada kegiatan pembangunan pendidikan dan kesusasteraan

         Konsep perjuangan ialah “Buddha Penyelamat kita dan Raja”

         Menerbitdkan akhbar Thuriya

2        Kegiatan sehingga tahun 1916

         Memberikan tumpuan kepada pengajian agama, kesenian dan kesusasteraan

         Mendirikan sekolah-sekolah mengikut sistem barat tetapi menitikberatkan pengajian

agama Buddha

         Menuntut hak pelajaran yang sama kepada rakyat

3        Peringkat Kedua (1916-1919)

Page 56: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

         Pemimpin lebih radikal dan mengubah haluan perjuangan

         Antara faktor perubahan ialah zaman kemelesetan akibat Perang Dunia Pertama dan

kata-kata Woodrow Wilson tentang hak-hak Negara di dunia untuk menentukan nasib negara

sendiri

4        Kegiatan sehingga tahun 1919

         Menimbulkan isu kasut

         Melancarkan protes kerana orang Barat memakai kasut ketika memasuki kuil dan

pagoda

         Mendapat sokongan kuat daripada golongan pongyi

         British mengeluarkan undang-undang melarang pemakaian kasut di kuil dan pagoda

5        Kegiatan sehingga tahun 1920

         Mula terlibat dalam gerakan politik

         British memperkenalkan Sistem Diarki di India

         British meluluskan laporan Montagu-Chelmford di India tetapi tidak dilaksanakan di

Myanmar

         YMBA menyokong mogok para pelajar di Universiti Rangoon

         YMBA menyertai Majlis am Persatuan-persatuan Myanmar (GCBA)

Kesimpulan

YMBA memainkan peranan penting dalam meningkatkan semangat nasionalisme di

Myanmar

YMBA berjaya menyatupadukan masyarakat dan memelihara tradisi agama Buddha

Page 57: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ PEMBINAAN NEGARA BANGSA]

Soalan 10

Bincangkan bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan yang diamalkan di Thailand

selepas tahun 1932.

Pengenalan

            Thailand merupakan sebuah negara yang mengamalkan  sistem pemerintahan monarki

berperlembagaan. Ia merupakan satu sistem pemerintahan yang diamalkan sejak tahun 1932.

Mulai tahun 1932, rakyat Thai telah berjaya menamatkan sistem pemerintahan monarki

mutlak. Sebagai gantinya, golongan yang merampas kuasa telah menubuhkan bentuk

pemerintahan demokrasi dengan mengekalkan raja sebagai ketua negara.

Isi

            Raja Thailand bertindak ketua bagi tiga komponen utama  kerajaan iaitu badan

Eksekutif, badan Legislatif dan badan Judiasiary.

            Badan Eksekutif adalah badan pembuat dasar kerajaan Thailand yang dipimpin oleh

Perdana Menteri. Beliau juga mengetuai kabinet kerajaan. Perdana Menteri dan ahli-ahli

kabinet yang lain terdiri daripada parti yang memenangi majoriti dalam pilihan raya. Raja

Thailand pula bertindak melantik Perdana Menteri.

            Badan legislative atau perundangan mengandungi dua dewan yang dinamakan Majlis

Nasional ( Rathasapha) yang terdiri daripada Dewan Perwakilan ( Sapha Phuthaen Ratsadon )

yang mengandungi 480 orang anggota dan senat ( Wuthisaph ) seramai 150 orang anggota.

Dua dewan ini berperanan untuk menetapkan undang-undang negara. Ahli-ahlinya dipilih

oleh rakyat menerusi pilihan raya. Sebuah lagi badan ialah kehakiman, yang bebas daripada

badan Legislatif dan badan Eksekutif.

Page 58: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

Kesimpulan

            Walaupun sepanjang tahun 1932 hingga 1963 berlaku banyak rampasan kuasa, namun

bentuk pemerintahan monarki berperlembagaan tetap diamalkan oleh pemerintah Thailand.

Politik Thailand hanya dikejutkan dengan peristiwa pembunuhan misteri Raja Ananda, namun

ia tidak mengubah sistem pemerintahan demokrasi Thailand. Kesinambungan waris

pemerintahan raja Thailand tetap diterukan sehingga sekarang. Di Thailand, raja adalah

dihormati. Ia menjadi institusi penting bagi penyataan negara. Ia juga adalah tonggak

kestabilan negara apabila sistem demokrasi gagal menyelesaikan masalah politik dalaman

Thailand

TEMA 4 : PENGISIAN KEMERDEKAAN [ SUMBANGAN TOKOH]

Soalan 11

Nilaikan sumbangan Phibun Songkhram terhadap Thailand.

Pengenalan

            Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam revolusi Thailan 1932. Beliau

telah membantu kerajaan Pya Bahol mengatasi rampasan kuasa yang dianjurkan oleh Putera

Boworadet. Phibun Songhkram mewakili pihak tentera sering bertelagah dengan Pridi dari

pihak awam. Beliau muncul sebagai pemimpin yang kuat apabila menggunakan tentera untuk

menjalankan rampasan kuasa sehingga berjaya memegang jawatan Perdana Menteri beberapa

kali.

Isi

Sumbangan Phibun Songkhram memainkan peranan penting dalam perjuangan  nasionalisme

di Thailand.

Pada tahun 1933, memainkan peranan menamatkan pemberontakan golongan bangsawan di

bawah pimpinan Putera Bovaradet yang ingin memulihkan kekuasaan raja.

  Pada tahun 1938, beliau telah dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Pya Bahol

yang meletak jawatan.

Pembaharuan-pembaharuan yang dilaksanakan :-

           Semasa Perang Dunia Kedua, beliau telah bekerjasama dengan Jepun  untuk

mengelakkan Thailand diserang dan dijajah dan mendapatkan semula hak kekuasaan ke atas

wilayah yang pernah dikuasai  seperti Indochina,Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Page 59: Sport Soalan

DISEDIAKAN OLEH PELAJAR DEGREE BATCH 2013/2014

           Pada tahun 1947 setelah kembali sebagai Perdana Menteri, beliau menghidupkan

kembali sistem demorakrasi dengan membentuk perlembagaan pada tahun 1949.

           Pada tahun 1951, beliau telah memansuhkan  perlembagaan 1949 kerana berasakan

yang perlembagaan tersebut tidak mengekalkan kekuasaannya dan mengembalikan

Perlembagaan 1932.

           Beliau bertanggungjawab  mengambil langkah-langkah untuk menghapuskan ancaman

pengaruh komunis dan penghapusan aktiviti orang Cina di bawah Akta Thai-Activities,

menutup sekolah dan surat khabar Cina .

           Mementingkan pencapaian ekonomi masyarakat tempatan dengan memperkenalkan

Akta Perkapalan dan Kanun Hasil Negara.

           Dari sudut sosial, beliau melarang rakyat Siam berkahwin dengan orang Kristian tanpa

kebenaran. Penganutan agama Buddha disamakan dengan semangat patriotism terhadap

Negara.      Menukarkan nama Siam kepada Thailand yang bermaksud Tanah Bebas.

Kesimpulan

           Sumbangan terpenting Phibun Songkhram ialah  menggerakkan nasionalisme

melampau bertujuan untuk melindungi kepentingan ekonomi rakyat dan negara. Phibun

Songkrham menjalankan dasar  anti_Cina untuk menggalakkan orang Thai menceburi bidang

perniagaan dan perdagangan. Phibun Songkrham menjadi diktator tentera yang memegang

kuasa mutlak dalam segala-gala hal sehingga beliau hilang sokongan dalam kalangan pegawai

kerajaan dan rakyat.