spm moral example question 2014

3
SPM moral example question 2014 Uproar over SPM Moral paper (The Malay Mail: 21 November 2013) - MOE Format kertas soalan Pendidikan Moral (1225/1) SPM 2013adalah sama seperti yang terdapat dalam buku format pentaksiran seperti berikut: Bahagian A: Soalan struktur Bahagian ini mengandungi lapan (8) soalan struktur yang perlu dijawab kesemuanya. Setiap soalan diperuntukkan 10 markah penuh yang memberikan jumlah markah bagi bahagian ini ialah 80 markah. Pendekatan tugasan soalan dan aras kesukaran dalam bahagian ini adalah sama seperti soalan tahun-tahun lepas. Bahagian B: Esei Bahagian ini mengandungi tiga (3) soalan esei. Calon wajib menjawab mana-mana dua (2) soalan. Setiap soalan diperuntukkan 10 markah penuh yang memberikan jumlah markah bagi bahagian ini ialah 20 markah. Konstruk yang diukur dan aras kesukaran dalam bahagian ini adalah sama seperti soalan tahun-tahun lepas. Soalan esei mempunyai ciri respons terbuka bagi membolehkan murid memberi respons yang luas berdasarkan keupayaan mereka menggunakan pengetahuan moral secara kritis untuk menilai dan membuat keputusan seperti yang dihasratkan oleh objektif mata pelajaran (OM) yang ke-4 dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral. Markah keseluruhan bagi kertas soalan ini ialah 100 markah Perubahan format seperti yang didakwa adalah tidak benar. OM mata pelajaran ini melibatkan penerapan dan pengamalan nilai serta kematangan pemikiran dalam aspek nilai moral. Maka objektif pentaksiran (OP) adalah selari dengan hasrat OM. Tiga soalan esei disampaikan dalam bentuk yang lebih terbuka bagi membolehkan calon memberi respons yang luas berdasarkan keupayaan mereka menggunakan pengetahuan moral secara kritis untuk menganalisis, menilai, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah suatu isu moral yang relevan dengan kehidupan harian. Pendekatan ini memberi ruang kepada calon mengeluarkan idea yang bernas dan tidak hanya bertumpu kepada penghafalan dan keupayaan pengingat fakta bagi 36 nilai yang dipelajari. Pemarkahan bagi soalan ini memberikan lebih ruang kepada calon mendapat lebih markah daripada kematangan dan keupayaan mereka berfikir dalam memberi ulasan dalam jawapan mereka. Soalan Bahagian B Soalan 9 (1225/1 SPM 2013) Apakah perkara utama yang diperlukan bagi menyatupadukan rakyat di Malaysia. Terangkan lima cara anda memelihara dan mengekalkan perkara tersebut. Ulasan

Upload: chaiteikshen

Post on 23-Nov-2015

1.191 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

soalan peperiksaaan 2014 moraltentang nilai dan cara menjawab esei dan teknik menjawab moral spm 2014 format baru moral 2014 murid terkejut dengan format moral ini dipetikan daripada surat khabar malay mail dan dieditkan oleh super education group

TRANSCRIPT

SPM moral example question 2014Uproar over SPM Moral paper (The Malay Mail: 21 November 2013)-MOEFormat kertas soalan Pendidikan Moral (1225/1) SPM 2013adalahsamaseperti yang terdapat dalam buku format pentaksiran seperti berikut:Bahagian A: Soalan strukturBahagian ini mengandungi lapan (8) soalan struktur yang perlu dijawab kesemuanya. Setiap soalan diperuntukkan 10 markah penuh yang memberikan jumlah markah bagi bahagian ini ialah 80 markah. Pendekatan tugasan soalan dan aras kesukaran dalam bahagian ini adalah sama seperti soalan tahun-tahun lepas.Bahagian B: EseiBahagian ini mengandungi tiga (3) soalan esei. Calon wajib menjawab mana-mana dua (2) soalan. Setiap soalan diperuntukkan 10 markah penuh yang memberikan jumlah markah bagi bahagian ini ialah 20 markah. Konstruk yang diukur dan aras kesukaran dalam bahagian ini adalah sama seperti soalan tahun-tahun lepas. Soalan esei mempunyai ciri respons terbuka bagi membolehkan murid memberi respons yang luas berdasarkan keupayaan mereka menggunakan pengetahuan moral secara kritis untuk menilai dan membuat keputusan seperti yang dihasratkan oleh objektif mata pelajaran (OM) yang ke-4 dalam sukatan pelajaran Pendidikan Moral.Markah keseluruhan bagi kertas soalan ini ialah 100 markahPerubahan format seperti yang didakwa adalah tidak benar.OM mata pelajaran ini melibatkan penerapan dan pengamalan nilai serta kematangan pemikiran dalam aspek nilai moral. Maka objektif pentaksiran (OP) adalah selari dengan hasrat OM.Tiga soalan esei disampaikan dalam bentuk yang lebih terbuka bagi membolehkan calon memberi respons yang luas berdasarkan keupayaan mereka menggunakan pengetahuan moral secara kritis untuk menganalisis, menilai, membuat keputusan serta menyelesaikan masalah suatu isu moral yang relevan dengan kehidupan harian. Pendekatan ini memberi ruang kepada calon mengeluarkan idea yang bernas dan tidak hanya bertumpu kepada penghafalan dan keupayaan pengingat fakta bagi 36 nilai yang dipelajari.Pemarkahan bagi soalan ini memberikan lebih ruang kepada calon mendapat lebih markah daripada kematangan dan keupayaan mereka berfikir dalam memberi ulasan dalam jawapan mereka.Soalan Bahagian BSoalan 9 (1225/1 SPM 2013)Apakah perkara utama yang diperlukan bagi menyatupadukan rakyat di Malaysia. Terangkan lima cara anda memelihara dan mengekalkan perkara tersebut.UlasanPada tahun-tahun lepas, bentuk soalan adalah seperti berikut:Terangkanlima nilaiyang sepatutnya diamalkan untuk menyatupadukan rakyat di MalaysiaBerdasarkan respons calon pada tahun-tahun lepas, calon akan hanya menulis nilai dan definisinya. Maka calon hanya mendapat markah minimum kerana tiada penerangan lanjut.Soalan 10 (1225/1 SPM 2013)Wajarkahtindakananak warga emas tersebut? Huraikan tiga alasan anda.Berdasarkan stimulus, tindakan yang dimaksudkan dalam petikan akhbar ialahanak membunuh ibunya.Maka dengan persembahan item sedemikian, memberi ruang kepada calon mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dikemukakan, selaras dengan hasrat OM mata pelajaran ini.Soalan 11 (1225/1 SPM 2013)Terangkan 5 pengajaran yang boleh anda contohi daripada kejayaan mereka.Berdasarkan stimulus, mereka adalah merujuk kepada golongan kurang upaya.PemarkahanSkop jawapan calon adalah lebih banyak dan meluas bagi melihat kematangan berfikir dan berhujah dalam domain moral. Jika calon tidak menyatakan secara eksplisit tentang nilai sebaliknya dalam bentuk huraian/alasan pun masih diterima dan masih mampu memperoleh markah penuh.Kaedah persembahan item ini adalah untuk menggalakkan calon menggunakan pemikiran yang matang untuk berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berasaskan nilai moral.OBJEKTIFMATA PELAJARAN (OM)PENDIDIKAN MORALObjektif mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membolehkan murid:OM1 Memahami dan menghayati nilai-nilai yang diperlukan untuk berakhlak mulia;OM2Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia dengan alam sekitar serta berusaha ke arah mengekalkannya;OM3Meningkatkan persefahaman dan kerjasama bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup dalam negara Malaysia yang demokratik;OM4Mengembangkan pemikiran dan perasaan moral dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; danOM5 Mempunyai iltizam untuk mengamalkan tingkah laku yang bermoral secara adil dan altruistik selaras dengan nilai murni masyarakat MalaysiaOBJEKTIFPENTAKSIRAN PUSAT (OP) PENDIDIKAN MORALOP1 Pengetahuan dan kefahaman tentang nilai-nilai berakhlak mulia;OP2 Menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral;OP3 Berkomunikasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral;OP4 Menghayati keharmonian antara manusia dengan alam sekitar; danOP5 Menghayati dan beriltizam untuk mengamalkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia