sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

14
SOROTAN PENUBUHAN KELAS KEMAHIRAN AL- QURAN

Upload: thariq-ziyad

Post on 30-Jul-2015

604 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

SOROTAN PENUBUHAN

KELAS KEMAHIRAN AL-

QURAN

Page 2: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) sejak tahun 1986 hingga sekarang.

 

Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pelajaran (JPP) pada tahun 1985.

 

Kelas Khas Kemahiran Membaca Dan Menghafaz Al-Quran (KKQ) adalah merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum. Berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah yang telah dinyatakan di atas.

 

Jawatan guru KKQ telah diperuntukkan di dalam senarai perjawatan (B26) tahun 2002 berdasarkan MEMO daripada Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia KP(PP)0050/Jld.43(9) bertarikh 8 Mac 2002.

 

Page 3: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

PER

LAK

SA

NA

AN

(MU

RID

) Adalah dicadangkan supaya bilangan murid dalam sebuah

kelas tidak melebihi 20 orang. Ini bagi membolehkan guru memberi tumpuan kepada tiap-tiap murid secara individu dan latih tubi .

Murid hendaklah dipilih dari kalangan meraka yang benar-benar memenuhi ciri-ciri kelayakan

memasuki kelas tersebut kerana kandungan sukatan pelajaran dalam mata pelajaran ini adalah tinggi antaranya adalah :

 

Baik dan lancar membaca al-Quran

Pernah mewakili sekolah di dalam Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ)

Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang Al-Quran.

Lulus ujian tapisan atau temuduga yang dianjurkan oleh pihak sekolah

Page 4: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

PER

LAK

SA

NA

AN

(G

UR

U)

Guru al-Quran adalah jawatan diberi kepada SMKA, SABK

dan sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA.

Di antara tugas dan tanggungjawab guru al-Quran ialah :

Guru al-Quran yang dilantik diminta melaksanakan

kelas KKQ.

 

Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas

yang berkaitan dengan al-Quran seperti kelas

pemulihan, program budaya al-Quran, Majlis Tilawah Al-

Quran (MTQ) dan sebagainya.

 

Mereka boleh (dengan budi bicara) diminta mengajar

mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan

Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan

dalam jadual mereka (kurang 28 hingga 30 masa

seminggu)

 

Membimbing murid - murid membaca al-Quran.

Page 5: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

PER

LAK

SA

NA

AN

(G

UR

U)

Menanam minat murid dan

warga sekolah kepada al-

Quran sehingga terbentuk

masyarakat celik al-Quran.

 

Bertanggungjawab membasmi buta al-Quran

dikalangan murid.

 

Menjadi tempat rujukan

warga sekolah berkaitan al-

Quran dan aspek kemahiran

al-Quran.

 

Mematuhi arahan pengetua sekolah dan

menjalankan tugas yang

diarahkan dari semasa ke

semasa.

Page 6: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

KU

RIK

ULU

M

TINGKATAN 1-3 -tajwid -hafazan -ulum quran -qiraat sab’ie -tarannum

Page 7: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

KU

RIK

ULU

M -tajwid -hafazan -qiraat sab’ie -tarannum

Page 8: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

PEPERIKSAAN DAN PERSIJILAN

Page 9: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Setiap murid yang mengikuti kelas ini adalah layak untuk mendaftar sebagai calon bagi peperiksaan khas yang akan dilaksanakan semasa di tingkatan tiga dan juga tingkatan lima.

 

Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab’ie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Peperiksaan lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

 

Page 10: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Murid yang lulus dalam peperiksaan

tersebut akan dianugerahkan sijil

yang ditandatangani oleh Pengarah

Bahagian Pendidikan Islam yang

merupakan Pengerusi Jawatankuasa

Khas Kelas Khas Kemahiran

Membaca Dan Menghafaz Al-Quran.

Kejayaan mereka ini diiktiraf sebagai

menyertai aktiviti kokurikulum

Peringkat Kebangsaan dengan

memperolehi 17 markah.

Peperiksaan objektif dilaksanakan

serentak seluruh negara. Skrip

jawapan calon akan dihantar kepada

Bahagian Pendidikan Islam,

Kementerian Pendidikan Malaysia

untuk diperiksa dan diberi markah.

Page 11: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

JADUAL WAKTU

Page 12: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Bagi guru KKQ yang mengajar di SMKA

dan sekolah-sekolah yang mewujudkan

kelas KAA sehingga tingkatan 5,

wajib mengajar kelas ini selama 15 jam

atau 900 minit seminggu iaitu

menyamai 22.5 masa mengajar

seminggu. Baki dari jumlah masa

tersebut (6 hingga 8 masa) hendaklah

diwujudkan juga kelas-kelas

pemulihan al-Quran.

Pihak sekolah hendaklah menetapkan

semua waktu kelas termasuklah kelas

pemulihan tersebut diluar jadual

waktu rasmi sama ada pada waktu

pagi bagi pelajar sesi petang dan waktu

petang bagi pelajar sesi pagi. Namun ia

menjadi tugas rasmi bagi guru

berkenaan, Begitu juga jadual mereka

adalah rasmi dan termasuk dalam

jadual induk sekolah

Page 13: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Guru KKQ yang mengajar di sekolah

yang hanya mempunyai pelajar KAA

tingkatan 1 sehingga tingkatan 3,

wajib mengajar kelas ini selama 9 jam

atau 540 minit seminggu iaitu

menyamai 13.5 masa mengajar

seminggu. Baki dari jumlah masa

mengajar tersebut hendaklah guru KKQ

mewujudkan kelas-kelas/program

pemulihan al-Quran bagi semua

tingkatan di pelbagai aliran dan

dimasukkan dalam jadual rasmi guru

mengajar. Jika sekiranya terdapat lagi

lebihan masa, bolehlah diarah guru

tersebut membantu mengajar

subjek Pendidikan Islam dan

Bahasa Arab

Page 14: Sorotan penubuhan kelas kemahiran al quran

Jadual untuk kelas KKQ

hendaklah disusun dengan baik dan bersifat

fleksibel. Jadual yang

diperuntukkan untuk

kelas ini adalah tiga jam

seminggu iaitu 180

minit bagi setiap tingkatan seperti yang

telah diputuskan oleh

Jawatankuasa Perancangan Pelajaran

(JPP).