metode pengajaran dan pembelajaran (p&p) kelas · pdf filejabatan agama johor (jaj) ......

24
METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS PENGAJIAN AL-QUR’AN DI KALANGAN SAUDARA BARU DI BAWAH KELOLAAN JAJ NOR HIDAYAH BINTI HAMSUR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: doantruc

Post on 03-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS PENGAJIAN AL-QUR’AN DI KALANGAN SAUDARA BARU DI BAWAH KELOLAAN JAJ

NOR HIDAYAH BINTI HAMSUR

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS

PENGAJIAN AL-QUR’AN DI KALANGAN SAUDARA BARU DI BAWAH

KELOLAAN JAJ

SESI PENGAJIAN : 2007/2008 SAYA : NOR HIDAYAH BINTI HAMSUR

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh:

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

ALAMAT TETAP : NO. 5 JALAN SIDANG SALLEH, ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH PARIT 11 BARAT, Nama Penyelia 45300 SUNGAI BESAR, SELANGOR.

Tarikh : 22 APRIL 2008 Tarikh : 22APRIL 2008 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : ABDUL HAFIZ BIN HAJI ABDULLAH

Tarikh : 22 APRIL 2008

Page 4: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS PENGAJIAN

AL-QUR’AN DI KALANGAN SAUDARA BARU DI BAWAH KELOLAAN JAJ

NOR HIDAYAH BINTI HAMSUR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 5: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

ii

PENGAKUAN PENYELIDIK

“ Saya akui karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

Nama Penulis : NOR HIDAYAH BINTI HAMSUR

Tarikh : 22 APRIL 2008

Page 6: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

iii

DEDIKASI

Buat Bonda tercinta dan Ayahanda tersayang

Maimunah binti Sapian dan Hamsur bin Sulaiman

Terima kasih yang tidak terhingga dari anakandamu ini.

Segala jasa dan pengorbananmu tidak akan anakanda

lupakan hingga ke akhir hayat.

Kekanda dan Adinda

Nor Hayat dan Nor Azmi, Huzairi dan Anaritai, Nor Haidah dan Hamdan,

Nor Hafizah dan Shahril Anuar, Nor Hasyimah dan Mohd Hanifuddin,

Terima kasih atas bantuan yang kalian berikan.

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati

Terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberikan.

Sepanjang perjuangan di UTM

Semoga ilmu yang diperolehi mendapat keberkatan

Sahabat-sahabat yang dikasihi

Jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang hingga ke akhir hayat

Semoga ukhuwah terbina kekal selamanya

Terima Kasih Segalanya...

Page 7: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

iv

PENGHARGAAN

ÉΟ ó¡Î0 «!$# Ç⎯≈ uΗ ÷q §9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $#

Alhamdulillah, berkat inayah-Nya dapatlah saya menyiapkan dengan jayanya

penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Ustaz Abdul Hafiz bin Abdullah selaku

penyelia PSM ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah

payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Semoga

segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah beliau curahkan akan mendapat

balasan keberkatan daripada Allah S.W.T.

Ucapan terima kasih ini turut ditujukan kepada pihak Darul Ukhuwah dan

Jabatan Agama Johor (JAJ) yang telah sudi memberi kerjasama semasa kajian ini

dijalankan. Terima kasih juga ditujukan kepada Perpustakaan Sultanah Zanariah,

Perpustakaan Peringatan Za’aba Universiti Malaya (UM) dan lain-lain kerana

menyediakan bahan-bahan ilmiah yang berguna kepada pengkaji.

Tidak lupa juga buat keluarga yang memberi dorongan dan semangat untuk saya

menyiapkan projek ini. Kepada rakan-rakan yang banyak membantu dalam dan kepada

semua pihak yang terlibat, ribuan terima kasih diucapkan. Sesungguhnya kudrat yang

diberikan hanya Allah S.W.T sahaja dapat membalasnya. Amin

Page 8: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui teknik yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara

Baru. Selain itu, untuk mengetahui faktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari

al-Qur’an serta mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam

mempelajari al-Qur’an. Sampel kajian adalah Saudara Baru yang menghadiri kelas

pengajian al-Qur’an. Populasi kajian adalah seramai 82 orang. Pemilihan sample adalah

dilakukan berdasarkan seluruh populasi. Kajian yang dibuat berdasarkan pemerhatian,

temu bual dan instrument soal selidik. Set soal selidik mengandungi 36 item soalan telah

diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai

kekerapan, peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for Social

Science (SPSS) versi 12.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α=

0.933. Analisis data dinyatakan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhan, dapatan kajian

menunjukkan teknik yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru adalah berada pada tahap tinggi

dengan nilai min 4.12. Faktor-kaktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al-

Qur’an berada pada tahap tinggi juga iaitu nilai min sebanyak 4.25. Manakala masalah-

masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur’an berada pada

tahap min sederhana iaitu 2.59. Di akhir kajian ini penyelidik telah mengemukakan

beberapa cadangan sebagai panduan dan rujukan kepada pihak yang terlibat seperti

kepada Saudara Baru, guru-guru dan pihak Jabatan Agama Johor (JAJ).

Page 9: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

vi

ABSTRACT

This research was conducted to find out the techiques used in the learning and

teaching (L&T) of al-Qur’an study among the Newly Converteds. Besides that, this also

aimed to find out what are the factors that prompts the Newly Converteds to learn al-

Qur’an and to identify the problems faced by them in learning al-Qur’an. Sample of

research were Newly Converteds who attended the al-Qur’an classes. All of the 82 were

selected as the research population. Sample selection was done based on the population.

This research utilized observation, interview and questionaire as the research

instruments. Questionaire which contains 36 question items were distributed to the

respondents and analyzed descriptively in order to find out the mod, percentage and the

mean by using the Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 12.0 for Windows.

Validity value of the questionaire was α= 0.933. The analysis was illustrated in the table

form. Overall, the findings of the study showed that the techniques used by the Newly

Converteds in the learning and teaching (L&T) of al-Qur’an were at the highest level

with mean value at 4.12. Factors that encourage the Newly Converteds to look up for the

al-Qur’an classes were also at the highest level with mean value at 4.25. On the other

hand, problems faced by the Newly Converteds in learning al-Qur’an were at the

average level with mean value at 2.59. At the end of study, the researcher suggested few

suggestions for the Newly Converteds, teachers and the Jabatan Agama Johor (JAJ).

Page 10: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENYELIDIK ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

Page 11: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

viii

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Metode 8

1.8.2 Pengajaran 9

1.8.3 Pembelajaran 9

1.8.4 Al-Qur’an 10

1.8.5 Saudara Baru 10

1.8.6 Kelolaan 11

1.9 Kesimpulan 12

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan

Darul Ukhuwah 13

2.3 Kelas Pengajian Al-Qur’an 15

2.4 Al-Qur’an dan pendidikan 16

2.5 Definisi Saudara Baru 22

2.6 Metode Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) 23

2.7 Faktor pendorong Saudara Baru mempelajari

al-Qur’an 31

2.8 Masalah-masalah yang dihadapi oleh

Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur’an 33

2.9 Kajian Lepas 37

2.10 Kesimpulan 39

Page 12: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

ix

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 40

3.2 Reka Bentuk Kajian 40

3.3 Tempat Kajian 41

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 42

3.5 Instrumen Kajian 42

3.6 Prosedur Kajian 45

3.7 Analisis Data 46

3.8 Jangka Masa Kajian 47

3.9 Kesimpulan 48

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 49

4.2 Bahagian A: Latar Belakang 50

4.3 Analisis Bahagian B:

Teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P)

kelas pengajian al-Qur’an 54

4.4 Analisis Data Bahagian C:

Faktor yang mendorong Saudara Baru

mempelajari al-Qur’an 62

4.5 Analisis Data Bahagian D:

Masalah-masalah yang dihadapi oleh

Saudara Baru dalam mempelajari al-Qur’an 68

4.6 Rumusan Dapatan Kajian:

4.6.1 Teknik pengajaran dan pembelajaran

(P&P) kelas pengajian al-Qur’an 74

4.6.2 Faktor yang mendorong Saudara Baru

mempelajari al-Qur’an 76

Page 13: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

x

4.6.3 Masalah-masalah yang dihadapi oleh

Saudara Baru dalam mempelajari

al-Qur’an 78

4.6 Analisis Temu bual 80

4.7 Kesimpulan 82

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan

5.2.1 Latar Belakang Responden 84

5.2.2 Teknik pengajaran dan pembelajaran

(P&P) kelas pengajian al-Qur’an 86

5.2.3 Faktor yang mendorong Saudara Baru

mempelajari al-Qur’an 88

5.2.4 Masalah-masalah yang dihadapi oleh

Saudara Baru dalam mempelajari

al-Qur’an 89

5.3 Rumusan 90

5.4 Cadangan 91

5.5 Kajian Lanjutan 93

5.6 Kesimpulan 93

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 14: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pengkelasan Dalam Skala Likert 44

3.2 Penentuan Item Soal Selidik 44

3.3 Skala Pemeringkatan Min 47

3.4 Nilai Skor Min 47

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 50

4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 51

4.3 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan 51

4.4 Taburan Responden Mengikut Status 52

4.5 Taburan Responden Mengikut Bangsa 52

4.6 Taburan Responden Mengikut Cara Memeluk Islam 53

4.7 Taburan Responden Mengikut Agama Asal 53

4.8 Taburan Skor Item 1 54

4.9 Taburan Skor Item 2 55

4.10 Taburan Skor Item 3 55

4.11 Taburan Skor Item 4 56

4.12 Taburan Skor Item 5 56

4.13 Taburan Skor Item 6 57

4.14 Taburan Skor Item 7 57

4.15 Taburan Skor Item 8 58

4.16 Taburan Skor Item 9 58

4.17 Taburan Skor Item 10 59

4.18 Taburan Skor Item 11 59

Page 15: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

xii

4.19 Taburan Skor Item 12 60

4.20 Taburan Skor Item 13 60

4.21 Taburan Skor Item 14 61

4.22 Taburan Skor Item 15 61

4.23 Taburan Skor Item 16 62

4.24 Taburan Skor Item 17 63

4.25 Taburan Skor Item 18 63

4.26 Taburan Skor Item 19 64

4.27 Taburan Skor Item 20 64

4.28 Taburan Skor Item 21 65

4.29 Taburan Skor Item 22 65

4.30 Taburan Skor Item 23 66

4.31 Taburan Skor Item 24 66

4.32 Taburan Skor Item 25 67

4.33 Taburan Skor Item 26 67

4.34 Taburan Skor Item 27 68

4.35 Taburan Skor Item 28 69

4.36 Taburan Skor Item 29 69

4.37 Taburan Skor Item 30 70

4.38 Taburan Skor Item 31 70

4.39 Taburan Skor Item 32 71

4.40 Taburan Skor Item 33 72

4.41 Taburan Skor Item 34 72

4.42 Taburan Skor Item 35 73

4.43 Taburan Skor Item 36 73

4.44 Dapatan Kajian Teknik pengajaran dan pembelajaran kelas

pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru 74

4.45 Dapatan kajian faktor yang mendorong Saudara Baru

mempelajari al-Qur’an 76

4.46 Masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam

mempelajari al-Qur’an 78

Page 16: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

xiii

SENARAI SINGKATAN

BBM - Bahan Bantu mengajar

BKSB - Bahagian Kebajikan Saudara Baru

CD - Compact Disc

JAJ - Jabatan Agama Johor

LCD - Liquid Crystal Display

L&T - Learning and Teaching

MACMA - Persatuan Cina Muslim Malaysia

PERKIM - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia

PSM - Projek Sarjana Muda

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

STS - Sangat Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

SPSS - Statistical Package for Social Science

SAW - Sallallahu 'Alaihi Wasallam

SWT - Subhanahu Wa Ta’ala

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

USM - Universiti Sains Malaysia

Page 17: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA Lampiran A Soal Selidik

Lampiran B Soalan Temu bual

Lampiran C Surat Kebenaran Memasuki Perpustakaan

Lampiran D Surat Pengesahan Fakulti

Lampiran E Surat Kebenaran Jabatan (PPIPS)

Lampiran F Surat Lawatan Penyelidikan ke Kompleks Islam Johor

Page 18: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Al-Qur’an adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

untuk disampaikan kepada umat manusia, sebagai pedoman dan panduan hidup dalam

mencapai kebahagiaan dan keredhaan Allah SWT di dunia dan akhirat. Sesiapa yang

mengikuti petunjuknya, maka dia akan mendapat kesejahteraan dan kebahagiaan. Tetapi

sesiapa yang enggan menjadikannya panduan hidup akan mendapat kebinasaan.

Sebagaimana firman Allah SWT (Surah Yunus,10: 108) :

ö≅ è% $pκ š‰ r'≈ tƒ â¨$Ζ9 $# ô‰s% ãΝ à2u™!% y` ‘, ysø9 $# ⎯ ÏΒ öΝ ä3 În/ §‘ ( Ç⎯ yϑsù 3“y‰tF÷δ$# $yϑΡÎ* sù “ωtGöκ u‰

⎯ Ïμ Å¡ø uΖ Ï9 ( ⎯ tΒuρ ¨≅ |Ê $yϑΡÎ* sù ‘≅ ÅÒtƒ $pκ ö n=tæ ( !$tΒuρ O$tΡ r& Ν ä3 ø‹ n=tæ 9≅‹ Å2uθÎ/ ∩⊇⊃∇∪

Terjemahannya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "wahai sekalian manusia! TeIah datang kepada kamu kebenaran (Al-Qur’an) dari Tuhan kamu. Oleh itu sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk (beriman kepadanya), maka faedah hidayah petunjuk itu terpulang kepada dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat (mengingkarinya), maka bahaya kesesatannya itu

Page 19: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

2

tertimpa ke atas dirinya sendiri; dan Aku pula bukanlah menjadi wakil yang menguruskan soal (iman atau keingkaran) kamu”.

Dalam ayat al-Qur’an, Allah SWT telah menerangkan tentang perihal manusia

yang mana jika mereka melakukan sesuatu perbuatan sama ada kebaikan atau

keburukan, sesungguhnya balasan adalah ke atas diri mereka sendiri bukannya ke atas

diri orang lain begitu juga sebaliknya.

Al-Qur’an ialah qara’a yang mempunyai erti mengumpulkan dan menghimpun.

Selain itu, disebut juga sebagai qira’ah beerti menghimpun huruf-huruf dan kata-kata

antara satu dengan yang lain dalam satu ucapan yang tersusun rapi. Al-Qur’an pada

mulanya seperti qira’ah iaitu masdar (infinatif) dari kata qara’a, qira’atan dan

qur’anan (Manna’ Khalil al-Qattan, 2006: 15-16). Sabda Rasulullah SAW, ('Isa Surah,

1999: 19):

الذي : قال رسول اهللا صلى اهللا عليه وسلم: قالت، عن عائشة

والذي ، يقرأ القرآن وهو ماهر به مع السفرة الكرام البررة

. يقرؤه وهو شاق فله أجران

Maksudnya:

Daripada Aisyah beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca al-Qur’an dan ia mahir dengannya akan tergolong dalam golongan orang-orang yang baik dan mulia. Dan orang yang membaca al-Qur’an tetapi susah lidahnya untuk menyebut (sukar), ia mendapat dua pahala (satu pahala kerana kemahuannya dan satu pahala membacanya).

Berdasarkan hadis di atas, menjelaskan kelebihan membaca al-Qur’an iaitu

sekiranya seseorang itu membaca, mempelajari dan mendalami al-Qur’an, seterusnya dia

mahir dan dia mengamalkan ajarannya serta mengikut petunjuk-Nya maka dia tergolong

dalam golongan orang-orang yang baik dan mulia. Sekalipun jika dia tidak tahu untuk

membacanya, namun dengan kesungguhan dan kemahuannya untuk membaca al-Qur’an

Page 20: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

3

dia akan mendapat dua pahala dari Allah SWT. Kitab suci al-Qur’an bukan sekadar

kitab ibadah seperti yang difahami oleh musuh-musuh Islam, sebaliknya al-Qur’an

mengandungi peraturan-peraturan dan petunjuk yang lengkap merangkumi seluruh

aspek kehidupan manusia. Allah SWT berfirman (Surah al-Ma’idah, 5: 67):

* $pκ š‰ r'≈ tƒ ãΑθß™ §9 $# õ Ïk=t/ !$tΒ tΑ Ì“Ρé& šø‹ s9 Î) ⎯ ÏΒ y7 Îi/ ¢‘ ( βÎ) uρ óΟ ©9 ö≅ yèø s? $yϑsù |M øó=t/

… çμ tGs9$y™ Í‘ 4 ª!$# uρ šßϑÅÁ÷ètƒ z⎯ ÏΒ Ä¨$Ζ9 $# 3 ¨βÎ) ©!$# Ÿω “ωöκ u‰ tΠ öθs) ø9 $# t⎦⎪ Í Ï≈ s3 ø9 $# ∩∉∠∪

Terjemahannya:

“Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang kafir”. Ayat di atas menjelaskan al-Qur’an dan sunnah mengandungi segala bentuk

peraturan. Ia hendaklah perlu disampaikan kepada manusia dengan tujuan berdakwah.

Dakwah merupakan sesuatu yang dituntut untuk dilaksanakan lebih-lebih lagi kepada

Saudara Baru yang baru memeluk Islam.

Dalam kajian ini penyelidik ingin menyelidik metode yang digunakan dalam

pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an Saudara Baru di bawah

kelolaan JAJ di Darul Ukhuwah di Bangunan Wakaf Tampoi, Johor Bahru, Johor. Di

samping itu kajian ini adalah untuk mengetahui faktor yang mendorong Saudara Baru

mempelajari al-Qur’an serta untuk mengenal pasti masalah-masalah yang mereka hadapi

dalam mempelajarinya.

Page 21: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

4

1.2 Latar Belakang Kajian

Pengajian al-Quran merupakan pengajian yang berasakan kepada pembacaan al-

Qur’an. Seseorang individu itu akan diajar daripada tahap rendah sehinggalah tahap

tinggi iaitu daripada peringkat mengenal huruf hinggalah peringkat membaca al-Qur’an.

Pada 28 dan 29 Julai 2007, telah diadakan Majlis Tilawah Al-Qur’an saudara

baru di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Majlis ini telah

menghimpunkan ramai di kalangan Saudara Baru Islam yang hadir dari merata tempat.

Sambutan majlis ini amat menggalakkan kerana ketika pertama kalinya diadakan iaitu

pada tahun 2005, seramai 86 peserta menyertainya dan angka itu melonjak lebih tinggi

kepada 126 peserta pada tahun 2006. Angka tersebut dijangka akan meningkat lagi pada

tahun 2007 apabila ia bakal dilangsungkan (Adham Shadan, 2007, Julai 26: 24).

Berdasarkan petikan keratan akhbar tersebut menunjukkan ramai di kalangan

Saudara Baru yang sudah dapat menguasai pembacaan al-Qur’an sehingga dapat

melayakkan mereka untuk menyertai Majlis Tilawah al-Qur’an yang telah dianjurkan.

Hal ini membuktikan bahawa pengajian tilawah al-Qur’an mempunyai metode

pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang tersendiri sehingga berjaya melahirkan

generasi Saudara Baru yang mantap dari segi pembacaan al-Qur’an.

Menurut Datuk Raja Rezza Shah (pengasas Program Tilawah), ketika beliau

mengilhamkan pertandingan tersebut pada tahun 2005 yang lepas, dipetik sebagai

berkata, “majlis ini dapat menghimpunkan saudara-saudara kita dari segenap pelosok

negara dalam satu aktiviti berunsurkan keagamaan”. Katanya lagi, “bagi saya, apabila

seseorang itu beralih agama, itu merupakan satu pengorbanan yang amat besar dan kita

sewajarnya meraikan atau memberikan mereka layanan sebaik-baiknya”, (Adham

Shadan, 2007, Julai 26: 24).

Page 22: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

5

Saudara Baru merupakan orang yang baru masuk Islam dan keadaan imannya

masih belum kuat dan teguh (Sulaiman Endut, 2006: 218). Ini bermakna hati mereka

masih kurang mendalami tentang Islam dan mereka ini perlukan banyak bimbingan dari

orang Islam untuk mengajarkan kepada mereka tentang Islam. Maka ketika itulah

mereka mula kenal dengan mendalam akan Rukun Islam, Rukun Iman dan banyak lagi

perkara yang menjadi asas dalam Islam yang wajib diketahui oleh seseorang itu sesudah

Islam.

Apabila disebut perkataan Saudara Baru atau mualaf maka akan tergambar

difikiran kita adalah individu yang baru memeluk agama Islam. Ramai yang

berpandangan apabila orang Cina atau orang bukan Islam baru memeluk Islam, mereka

anggap masuk kepada bangsa Melayu dan segala budaya serta hubungan kekeluargaan

mereka dengan komuniti mereka perlu ditinggalkan (Zulkifli Haji Mohd Yusuf, et. al

2005: 835). Tetapi yang sebenarnya Islam adalah agama yang ‘fleksible’ iaitu sesuai

untuk diamalkan oleh seluruh umat di dunia dan merupakan agama yang ‘syumul’ serta

diredhai oleh Allah SWT.

Dalam kajian ini, penyelidik berminat ingin mengkaji tentang metode pengajaran

dan pembelajaran (P&P) yang digunakan dalam kelas pengajian al-Qur’an di kalangan

Saudara Baru. Selain itu, pengkaji ingin mengetahui faktor-faktor yang mendorong

Saudara Baru untuk mempelajari al-Qur’an dan untuk mengenal pasti masalah-masalah

yang mereka hadapi dalam mempelajari al-Qur’an.

1.3 Pernyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah, penyelidik mendapati bahawa sebelum

pengislaman Saudara Baru, mereka belum lagi terdedah dengan huruf-huruf Arab

berbanding dengan orang Islam yang sejak kecil lagi mereka sudah didedahkan dengan

Page 23: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

6

huruf-huruf Arab dan pembacaan al-Qur’an. Rata-rata Saudara Baru sememangnya

begitu keadaannya.

Saudara Baru sukar mempelajari al-Qur’an pada peringkat awal, hal ini kerana

mereka masih lemah dalam mengenal dan menyebut seterusnya menguasai pembacaan

al-Qur’an. Al-Qur’an sememangnya sukar dipelajari pada awalnya, tetapi lama

kelamaan, ia akan menjadi mudah sekiranya diamalkan selalu. Pembelajaran al-Qur’an

merupakan sesuatu yang baru dalam hidup mereka dan ia harus dikuasai.

Oleh itu kajian ini dilakukan oleh penyelidik kerana penyelidik berminat untuk

mengetahui metode pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di

kalangan Saudara Baru di bawah kelolaan JAJ.

1. 4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ialah:

1.4.1 Mengetahui metode yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara Baru.

1.4.2 Mengetahui faktor-faktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al-

Qur’an

1.4.3 Mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam

mempelajari al-Qur’an

Page 24: METODE PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) KELAS · PDF fileJabatan Agama Johor (JAJ) ... BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Penubuhan Jabatan Agama Johor dan ... xi SENARAI

7

1. 5 Persoalan Kajian

Antara persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik adalah:

1.5.1 Apakah metode yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Qur’an di kalangan Saudara

Baru?

1.5.2 Apakah faktor-faktor yang mendorong Saudara Baru mempelajari al-

Qur’an?

1.5.3 Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara Baru dalam

mempelajari al-Qur’an?