sorotan literatur.docx

5
SOROTAN LITERATUR Menerusi kajian ini, terdapat beberapa pendapat daripada beberapa tokoh dan teori teori yang menguatkan lagi kajian. Pertama, menurut Victor Lowerfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk meransang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif, perkembangan mental dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Beliau juga menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan dengan cara-cara yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.Antaranya ialah menggunakan aksi kanakkanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognitif dan pembelajaran akan berlaku secara semula jadi. Lalu perkembangan mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat dan secara tidak lansung. Selain itu, aktiviti seni dapat memperkembangkan proses kreativiti kanak-kanak menerusi pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina

Upload: suma893181

Post on 05-Jan-2016

13 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOROTAN LITERATUR.docx

SOROTAN LITERATUR

Menerusi kajian ini, terdapat beberapa pendapat daripada beberapa tokoh dan teori teori

yang menguatkan lagi kajian. Pertama, menurut Victor Lowerfeld dan Brittain (1986) telah

meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan

bagaimana bahan, kandungan subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut

peringkat perkembangan untuk meransang pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan

kreatif, perkembangan mental dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Beliau juga menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan dengan cara-

cara yang sesuai mengikut tahap perkembangan kanak-kanak.Antaranya ialah menggunakan aksi

kanakkanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian

diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif diaktifkan, persepsi, kognitif dan pembelajaran akan

berlaku secara semula jadi. Lalu perkembangan mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh

direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak yang sihat. Dengan

demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihat dan secara

tidak lansung.

Selain itu, aktiviti seni dapat memperkembangkan proses kreativiti kanak-kanak

menerusi pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak

meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru

hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila

dapat mencipta sesuatu yang baru. Proses kreativiti kanak-kanak boleh melibatkan perasaan

dalaman kanak-kanak, imiginasi dan kreativiti. Seterusnya adalah pengalaman kanak-kanak

melalui interaksi dan tindakan yang diambil.Akhir sekali ialah kebolehan kanak-kanak itu sendiri

dalam meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Seterusnya, menurut Russel (1968) matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses

pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran

memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Kebolehan

kanak-kanak atau murid adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Oleh itu bagi mencipta

sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung pada pengalaman dan kreativiti dalam

memanipulasikan alat dan bahan yang mereka gunakan.

Page 2: SOROTAN LITERATUR.docx

Selain itu, strategi pembelajaran berasaskan bahan juga merangkumi pelbagai kaedah dan

cara yang mana murid boleh mempelajari cara-cara yang seimbang atau yang mengimbangi apa

sahaja yang disampaikan guru dengan apa yang murid pelajari sendiri. Strategi pembelajaran

berasaskan bahan juga amat berguna dalam membantu guru memenuhi kehendak pelbagai murid.

Menerusi pembelajaran ini, ia dapat menyediakan pelbagai cara bagi murid mempelajari sesuatu

mengikut kehendak mereka. Selain itu juga, guru dapat membantu murid untuk membimbing

murid mempelajari sesuatu berasaskan bahan, mencari penyelesaian apabila menghadapi

masalah dan menggalakkan murid supaya tidak berputus asa untuk mencapai hasil yang mereka

inginkan.

Manakala merujuk kepada teori Jean Piaget (1970) iaitu, teori konstruktivisme kognitif

yang bermaksud pembinaan pengetahuan dan lebih dikenali sebagai teori pembelajaran yang

melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukannya sebagai penerima pengetahuan. Pelajar

membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan

pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima bulat-bulat

pengetahuan yang disampaikan.

Teori pembelajaran konstruktivisme mempunyai asas teori kognitif dengan penekanan

diberikan kepada bagaimana struktur kognitif membina dan mengorganisasi pengetahuan.

Melalui teori ini, pelajar akan sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan premis,

pengetahuan atau pengalaman sedia ada kepada pengetahuan atau pengalaman baru.

Selain itu, ia juga merujuk kepada pendapat bahawa murid akan membina pengetahuan

berasaskan pengalaman mereka. Setiap murid membina makna semasa mereka belajar. Namun,

cara seseorang individu menimba ilmu pengetahuan yang terbaik dan mendalam, adalah dengan

membina makna secara aktif melalui interaksinya dengan persekitaran fizikal dan sosial.

Kesimpulan yang dapat dibuat bagi teori ini, pembelajaran merupakan satu proses yang aktif

dimana murid mengguna input sensori untuk membinanya. Murid belajar cara belajar semasa

mereka belajar. Ia meliputi membina makna dan membina sistem makna. Hal ini kerana,

pembelajaran didefinisikan sebagai aktiviti sosial dimana pembelajaran berkaitan dengan

manusia lain, guru, rakan sebaya dan lain-lain hubungan.

Mengikut kajian Jean Piaget (1896), keupayaan mengurus maklumat dan pengetahuan

berlaku secara berperingkat. Pengetahuan tersebut dibina melalui melalui maklumat baru diserap

masuk atau disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptasi. Proses adaptasi merujuk

Page 3: SOROTAN LITERATUR.docx

kepada proses menyesuaikan dan menerima maklumat baru dalam struktur kognitif untuk

mendapatkan keseimbangan antara skema dengan persekitaran dan ini dinamakan equilibrasi.

Adaptasi dapat dibahagikan kepada dua proses, iaitu asimilasi dan akomodasi. Asimilasi

bermaksud apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaaan dengan maklumat sedia

ada dalam skema, maklumat tersebut akan diserapkan dengan mudah ke dalam struktur kognitif.

Ini menyebabkan keseimbangan atau equilibrasi berlaku. Manakala akomodasi pula bermaksud

apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat dalam skema,

akan berlaku ganggu-gugat atau keseimbangan dalam struktur kognitif. Proses ini dinamakan

disequilibrasi. Apabila skema berubah, melalui pembacaan, perbincangan atau seumpamanya,

maklumat baharu akan diserap masuk. Oleh itu, struktur kognitif akan mencapai equilibrasi.

Kedua-dua proses asimilasi dan akomodasi berlaku sepanjang hayat individu dalam proses

penyesuaian diri dengan persekitaran. Dengan proses adaptasi yang semakin kompleks, skema

juga akan menjadi lebih kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur

kognitif. Struktur kognitif akan melalui proses organisasi secara hierarki dan daripada susunan

umum kepada khusus.

Akhir sekali, merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), matlamat

pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang berkembang secara menyeluruh

dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Pusat Perkembangan Kokurikulum,

1990). Jesteru itu, guru bertanggungjawab untuk memperkembangkan aspek tersebut melalui

mempelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran bagi melihat keberkesanannya sebagaimana

kehendak FPK. Mengikut FPK, Sukatan Pendidikan Seni Visual dalam organisasi kokurikulum

terdapat pelbagai aspek utama iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif

dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah dan menghargai nilai baik dalam

semua aspek kehidupan.

Melalui empat aspek ini, murid diberi peluang untuk membuat pemerhatian, meneroka

dan membuat pelbagai percubaan dengan menggunakan alat dan bahan bagi

memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan

manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah. Di samping itu, murid dilibatkan dengan

kajian perbandingan dengan meminta pendapat tentang apa yang dilihat dari segi aspek seni

melalui hasil kerja atau karya.