pdf sorotan pencapaian 3 tahun bajet johor (2014-2016)

37
muafakat ke arah #Johor Berkemajuan Sorotan Pencapaian 3 tahun Bajet Johor (2014 - 2016)

Upload: phamliem

Post on 15-Jan-2017

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

muafakat ke arah #Johor BerkemajuanSorotan Pencapaian 3 tahun Bajet Johor (2014 - 2016)

Page 2: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Prakata

Kedudukan Fiskal Negeri Johor Kini Lebih Kukuh

Johor Terus Menjadi Antara Kuasa Ekonomi Utama Di Malaysia

Tempat Berteduh Rakyat Agenda Utama Kerajaan Negeri

Meringankan Beban Rakyat Menangani Kos Sara Hidup

Johor Prihatin Cerminan Dasar yang Inklusif

Kualiti Hidup Rakyat Dipertingkatkan Melalui Pembinaan Infrastruktur, Kemudahan dan Pengangkutan Awam

Mencungkil Potensi dan Menyediakan Modal Insan Johor Yang Terbaik Dipasaran

Menyubur Dan Mengembangkan Keusahawanan Johor Sebagai Penjana Ekonomi Rakyat

Syiar Islam Terus Berkembang Pesat Sejajar Dengan Johor Yang Islami

Bakat Belia dan Aktivis Seni Diketengahkan

Pertumbuhan yang Seiring Antara Wilayah Ekonomi dan Setiap Daerah

Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Sentiasa Ditambah Baik

Johor Ditadbir Dengan Visi yang Jelas, Perancangan dan Perlaksanaan Yang Tersusun

01

02

04

06

09

12

14

17

21

23

25

27

30

32

KANDUNGAN

Gambar muka kulit diambil oleh Lau Wei Yang, 35 tahun peserta Anugerah Lensa Johor dari Pekan Nanas, Pontian

Page 3: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

KANDUNGAN

YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDINMENTERI BESAR JOHOR

PRAKATAAssalamualaikum W.B.T dan Salam Muafakat Johor,

Buku ini diterbitkan sebagai antara pendekatan bagi Kerajaan Negeri melaporkan pencapaian atau kemajuan semasa perlaksanaan titik-titik sentuhan utama Bajet Negeri Johor tahun 2014 hingga 2016. Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa menitik beratkan supaya segala yang dilaksanakan perlulah diketahui dan dimanfaatkan rakyat.

Sepanjang 3 tahun yang lalu, Bajet Johor telah direncanakan secara teratur dan mengikut keutamaan dengan tema-tema iaitu ‘Muafakat Pembangunan Dan Pengagihan’, ‘Membangunkan Johor Secara Inklusif’ dan ‘Inklusif, Lestari Dan Sejahtera Untuk Johor’ yang dengan jelas mencerminkan bahawa kepentingan rakyat dan Suara Hati Johor sentiasa menjadi agenda utama Kerajaan Negeri.

Buku Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor ini disusun dengan konsep yang lebih ringkas bagi membolehkan masyarakat tanpa mengira latar belakang mendapat maklumat mengenai prestasi fiskal dan ekonomi Johor yang sentiasa menjadi antara asas utama petunjuk kecekapan dan kekuatan pentadbiran sesebuah Kerajaan. Intipati utama pula adalah pencapaian bidang atau sektor yang telah menjadi agenda utama dalam Bajet Johor sejak tahun 2014 hingga kini.

Semoga penerbitan ini dapat menjadi salah satu lagi penghubung erat antara Kerajaan Negeri dan Rakyat yang telah sekian lama terjalin dalam kita mengamalkan Muafakat Johor yang menjadi lambang unik kesepakatan kita hidup dan membangunkan Johor secara bersama. Inilah Johor (kita semua) yang sentiasa Muafakat Ke Arah Johor Berkemajuan.

Page 4: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

1Kedudukan fiskal Negeri Johor

kini lebih kukuh

Page 5: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

kewangan negeri diurus denganbertanggungjawab & berhemah

peningkatan 146%

KINI KINIRM 1,133.06 JUTA1 RM 3.56 BILION 1

PADA 31 DISEMBER 2012

AKAUN HASIL DISATUKAN RIZAB

DEFISIT RM 132.53 JUTA RM 1.45 BILION

1) sehingga 15 Oktober 2016

PADA 31 DISEMBER 2012

+

3

Page 6: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

2 johor terus menjadi antara kuasa ekonomi

utama di malaysia

Page 7: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

RM66.6 bilion pelaburan diluluskan dalam hanya 3 tahun (2013-2016) berbanding RM66.3 bilion dalam sepuluh tahun sebelumnya (2003-2012)

Johor adalah penyumbang keempat terbesar KDNK Malaysia

5 Penyumbang KDNK Terbesar Malaysia

Pertumbuhan KDNK

Pelaburan Diluluskan - Sektor Pembuatan (RM)Johor Kekal Negeri Yang Menerima Pelaburan Terbesar (Sektor Pembuatan)

2) sehingga bulan Jun

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Sumber: MIDA

2014

2015

21.1B

9.6 B

7.0 B

8.1 B

5.2 B

31.1 B

11.8 B

7.6 B

6.8 B6.7 B

5.4 B3.0 B 2.7 B

2.2 B1.8 B

2014 2015 20162

JOH

OR

SA

RA

WA

K

P.P

INA

NG

SE

LAN

GO

R

KE

DA

H

JOH

OR

SA

RA

WA

K

ME

LAK

A

SE

LAN

GO

R

P.P

INA

NG

JOH

OR

SE

LAN

GO

R

PE

RA

K

P.P

INA

NG

SARA

WA

K

MALAYSIA

MALAYSIA

JOHOR

JOHOR

Pertumbuhan KDNK Johor melebihi pertumbuhan Nasional

20.5%

20.7%

9.2%

9.2%

13.8%

13.9%

8.5%

8.5%

6.0%

6.1%

6.0%

5.0%

6.5%

5.6%

5

Page 8: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

3TEMPAT BERTEDUH RAKYAT AgENDA UTAMA

KERAJAAN NEGERI

Page 9: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

MENGEKALKAN HARGA RUMAH MAMPU MILIKmelalui

Seorang penyelia tapak disebuah syarikat swasta adalah antara penerima RMMJ di Taman Nusabayu, Iskandar Puteri. Beliau tidak menjangkakan untuk mampu memiliki rumah sendiri dan merasakan akan hanya menyewa rumah seumur hidup sebelum mendapat tawaran pemilikan.

Encik Shamsuri bin Mohamed Yusof, 33 tahun

8,766 RMMJ3

telah siap dibina menjelang tahun 2020SASARAN 60,000 UNIT

1 2 3PKJ-A (720 KPS)RM42,000

PKJ-B (850 KPS)RM80,000

RMMJ (1,000 KPS)RM150,000

RUMAH MAMPU MILIK JOHOR (RMMJ)

Bilangan RMMJ Baharu3

2014 2015 2016 2017 2018 2019-2020 JUMLAHJOHOR BAHRU 692 1233 3773 4945 5054 10955 9579 32,458

KULAI 0 6 0 0 215 791 2812 3,824

MUAR 3 0 0 60 79 670 2535 3,347

BATU PAHAT 122 295 640 696 356 1064 5068 7,601

KLUANG 237 264 176 563 214 380 4615 6,283

SEGAMAT 100 238 124 237 80 783 2648 4,086

TANGKAK 0 53 209 209 49 34 1187 1,532

KOTA TINGGI 156 31 0 0 280 2747 1279 4,493

MERSING 0 0 0 61 0 589 8 658

PONTIAN 227 0 187 187 0 443 334 1,191

JUMLAH 1,537 2,120 5,109 6,968 6,327 18,456 30,065 65,473

3) Data sehingga September 2016 Sebenar Sasaran 7

Page 10: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

410 SKIM PERUMAHAN DIWUJUDKAN DI NEGERI JOHOR SELARI DENGAN KEPELBAGAI KEMAMPUAN DAN KEPERLUAN RAKYAT

3 INISIATIF TAMBAHAN RMMJ

1RUMAH MESRA RAKYAT JOHOR (RMRJ)

3RUMAH TRANSIT ASNAF JOHOR 4PROGRAM

BANTUAN RUMAH (BINA BAHARU & BAIK PULIH)

2SKIM SEWA BELI

6PERUMAHAN RAKYAT ISKANDAR MALAYSIA (PRISMA)

7PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

9PERUMAHAN RAKYAT 1MALAYSIA (PR1MA)

5TAMAN PERBADANAN ISLAM

10PERUMAHAN PENJAWAT AWAM 1MALAYSIA (PPA1M)

8SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK SWASTA (MYHOME)

Permohonan RMMJ boleh dilakukan secara atas talian tanpa perlu mengemukakan sebarang dokumen sehingga ditawarkan

Skim Pembiayaan RMMJ dengan dana berjumlah RM300 juta telah dilancarkan dan dijangka dapat memanfaatkan 4,000 orang yang ditawarkan RMMJ

1,055 penerima RMMJ telah menerima manfaat Baucar RM1,000 yang diberikan bagi tujuan meringankan kos yang perlu ditampung

www.erumah.johor.gov.my

Proses Pemohonan Yang Lebih Mudah Kemudahan Pinjaman Disediakan Bantuan Memasuki Rumah

SELAIN RMMJ

8

Page 11: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

4meringankan beban rakyat

menangani kos sara hidup

Page 12: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Menetap di Kangkar Pulai telah memanfaatkan program Bas Muafakat Johor yang diperkenalkan dalam Bajet Johor 2016. Beliau menggunakan perkhidmatan bas percuma ini sebagai pengangkutan utama untuk ke rumah adiknya di Taman Universiti.

Puan Laila BtAbdul Kadir,60 tahun

• 2,873 keluarga miskin, miskin tegar dan Orang Asli telah menerima Program Rebat Air setiap bulan

Utiliti asas• 3,281 nelayan yang terjejas daripada penambakan di Selat Johor telah diberikan Bantuan Nelayan bernilai RM1,000 (2015) / RM2,000 (2016)

Nelayan

• 3,561 ibu tunggal dan wanita berpendapatan rendah telah mengikuti kursus kemahiran dan 77 orang menerima bantuan peralatan melalui Program Menjana Pendapatan

Pendapatan

• Rebat 20% - 25% Penyelesaian Pinjaman Pendidikan YPJ membolehkan 1,038 peminjam menyelesaikan bayaran balik pinjaman

Bayar Balik Pinjaman Pendidikan

• 12,411 orang asnaf telah menerima Bantuan Sara Hidup Bulanan dengan perbelanjaan berjumlah RM22 juta 4

Asnaf

• Bas Muafakat Johor menawarkan perkhidmatan bas henti-henti secara percuma dimulakan dengan 15 laluan utama dalam kawasan Johor Bahru dan Kulai.

Pengangkutan Awam

• 4 buah Klinik 1Malaysia telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi di Johor kini adalah sebanyak 22 buah• 12,421 orang pelajar miskin di Sekolah Rendah Agama Johor telah menerima makanan tambahan dibawah Program Bantuan Makanan Sihat• 3,245 pesakit menerima bantuan rawatan dialisis daripada MAINJ berjumlah RM26.9 juta

Kesihatan

4) Agihan tahun 2016 sehingga september10

Page 13: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Pendidikan Tinggi• 1,869 mahasiswa telah menerima manfaat Skim Bantuan Pendaftaran ke IPTA dengan kadar bantuan antara RM500 hingga RM750• 345 mahasiswa baharu telah diberikan pinjaman pendidikan di bawah Tabung Pendidikan YPJ• 50 mahasiswa daripada keluarga miskin telah menerima sumbangan RM10,000 seorang melalui Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim bagi pengajian peringkat sarjana

Pendidikan Menengah & Rendah• Seramai 3,708 pelajar sekolah menengah telah menerima Biasiswa Kenangan Dato’ Onn dengan nilai RM600 seorang bagi tingkatan 1-5 dan RM1000 bagi tingkatan 6 bagi pendapatan keluarga RM1500 dan ke bawah seorang• 11,046 pelajar telah menerima tuisyen percuma mata pelajaran Sains dan Matematik Tambahan dibawah Program Tuisyen SPM YPJ • 163 pelajar orang asli telah menerima manfaat Program Tuisyen Percuma

Barang Runcit• 8 buah Kedai Harga Patut Muafakat Johor (imCoop) telah dibuka www.imcoop.myYayasan PBT15 yayasan PBT telah ditubuhkan bagi mengurangkan tekanan kemiskinan• Bantuan perayaan • Bantuan bencana • Bantuan sekolah/ kelas tuisyen• Tambang bas percuma • Bantuan kesihatan seperti pemberian kerusi roda

merupakan seorang Pengurus Stor Kedai imCoop di Larkin menyatakan bahawa kedai imCoop sentiasa memastikan harga barangan yang dijual adalah lebih murah berbanding kedai-kedai disekitarnya. Selain itu, imCoop turut mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di Johor.

Puteri Norhalwa bt Abdullah, 25 tahun

11

Page 14: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

5Johor Prihatin CERMINAN DASAR

YANG INKLUSIF

Page 15: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

5• Bagi memperkasa dan mempertingkatkan kemahiran wanita dan ibu tunggal sebanyak 20 kursus telah dilaksanakan dengan penyertaan seramai 597 orang wanita dan ibu tunggal. 5

• 3,105 wanita yang menerima perkhidmatan dan program kesihatan reproduktif di Klinik LPPKN seluruh Negeri Johor. 5

• Bagi memberi kefahaman, pengetahuan dan menyebar luas mengenai hak-hak wanita dalam pelbagai sudut , seramai 4,175 wanita hadir program advokasi, pengupayaan dan kepimpinan. 5

WANITA

• 84 OKU telah berjaya mendapat penempatan pekerjaan melalui Program Job Coach yang dilaksanakan oleh YPKDT dan JKM.

ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

• Dalam meningkatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan warga emas, seramai 332 orang warga emas telah terlibat dengan program Home Help Service melalui 13,812 aktiviti. 5

• Bagi memastikan warga emas terus aktif dan produktif, Kerajaan Negeri Johor telah membina 6 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di Kluang, Muar, Kota Tinggi, Johor Bahru, Pasir Gudang dan Batu Pahat.

WARGA EMAS

• Pemberian peruntukan kepada usahawan masyarakat India telah disalurkan: 6

PROGRAM INKLUSIF MASYARAKAT INDIA

A PendidikanRM 1.5 JUTA B Kebajikan

RM 1.5 JUTA C KeusahawananRM 1.0 JUTA

5) tahun 2015-2016 6) tahun 201513

Page 16: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

6kualiti hidup rakyat dipertingkatkan

melalui pembinaan infrastruktur, kemudahan dan pengangkutan awam

Page 17: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Ketua Kampung di Peserai Kecil, Batu Pahat menyifatkan pelebaran jalan kampung disitu adalah manfaat langsung yang diterima penduduk setempat. Pergerakan lalu lintas kini lebih menyenangkan dan menjadi pilihan utama penduduk Batu Pahat untuk menuju ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS).

Hj Mohd Yunus Bin Awang, 65 tahun

Dilebarkan dari 4 lorong kepada 6 lorong yang mana fasa 1 sepanjang 8km telah disiapkan pada Mac 2016

Lebuhraya Pasir Gudang

Fasa 1 Pakej 1B dan Pakej 2 pembinaan & menaiktaraf jalan utama Segamat-Tangkak telah disiapkan pada tahun 2015

Jalan utama Segamat - Tangkak

• Telah dipanjangkan dengan jumlah keseluruhan sepanjang 96.39 km• Sepanjang 642.9km jalan kampung telah dilebarkan daripada 3.5m kepada 4.5m

Rangkaian jalan kampung

16,480 unit lampu jalan kampung dan 8,600 unit lampu awam telah siap dipasang (Fasa 5-7)

Lampu Jalan

Johor negeri pertama mempunyai Sistem Pemetaan Digital Jalan Kampung meliputi 4,000km jalan kampung

Sistem Pemetaan digital jalan kampung

15

Page 18: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

7KEMUDAHAN AWAM

seorang suri rumah yang menetap di kawasan Lima Kedai membawa anak-anak beriadah di Hutan Bandar Mutiara Rini atas faktor kedudukan yang strategik, suasana yang menyenangkan serta penambahan kemudahan baharu seperti peralatan senaman dan Johor Wifi

Puan Noraziah Amir, 30 tahun

Pusat riadah yang telah siap:• 45 unit Gelanggang Futsal• 52 unit Gelanggang Serbaguna• 24 unit Gimnasium Muafakat Johor

Pengwujudan dan penambahbaikan:• Hutan Bandar, Jalan Tasek utara• Hutan Bandar Mutiara Rini• Hutan Bandar Bandar Putra• Taman Bandar Bukit Layang-layang• Taman Rekamas 3, Simpang Renggam• Hutan Bandar Mersing• Hutan Bandar Bandar Penawar

Perkhidmatan bas percuma dibawah jenama Bas Muafakat Johor meliputi 15 laluan utama di daerah Johor Bahru dan Kulai telah mula beroperasi pada 1 April 2016www.basmuafakatjohor.com

10 laluan (meliputi 7 daerah) perkhidmatan bas antara bandar-bandar utama di bawah jenama TransJohor telah mula beroperasi

133 hotspot Johor WiFi telah diaktifkan di seluruh Johor

Kemudahan WiFi percuma di dalam bas-bas Muafakat Johor dan TransJohor

PENGANGKUTAN AWAM

KEMUDAHAN WIFI PERCUMA

16

Page 19: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

7mencungkil potensi dan menyediakan

modal insan johor yang terbaik dipasaran

Page 20: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

antara 50 penerima pertama Bantuan Tabung Pendidikan Permodalan Darul Ta’zim7 yang dikhususkan kepada mahasiswa peringkat sarjana dari isi rumah berpendapatan tidak melibihi RM4,000. Beliau yang kini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai dalam jurusan Keselamatan Maklumat menyatakan bahawa bantuan berjumlah RM10,000 seorang ini telah dapat mengurangkan tanggungan kos pelajaran dan sara hidup yang ditanggung ayahnya iaitu seorang tukang kayu.

menganggap Program Kembara Kerjaya yang menjelajah ke daerah-daerah merupakan titik tolak beliau mendapat kerjaya yang diminati iaitu sebagai Juruteknik. Beliau telah 2 tahun bekerja di syarikat Flextronics Shah Alam Sdn Bhd di Tanjung Pelepas setelah menerima padanan pekerjaan semasa program tersebut yang diadakan pada tahun 2014 di Tenggaroh.

Koo Nyuk Lin, 27 tahun

Nasharuddin Bin Zainal, 23 tahun

Unit Khusus• Unit Swadaya Insan Negeri Johor ditubuhkan pada Mei 2016 sebagai Pusat Sehenti (OSC) Modal Insan Negeri Johor bagi merancang dan menyelaras sumber manusia dalam negeri Johor

Padanan Pekerjaan• 4,008 orang berjaya mendapat padanan pekerjaan melalui Program Kembara Kerjaya yang dilaksanakan sejak 2014

• 98 Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mendapat pekerjaan dengan kadar gaji minimum yang sama dengan pasaran melalui padanan pekerjaan yang diusahakan oleh Unit Penempatan OKU, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim

Menjana Pendapatan Melalui Kemahiran • 704 orang 8 mendapat manfaat daripada Program Azam Kerja Muafakat Johor yang memberi fokus kepada meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah melalui program penjanaan pendapatan, penempatan kemahiran dan employability • Kampus Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Bandar Akademi YPJ, Kota Tinggi telah mula beroperasi dengan dan kini menempatkan 3,020 orang pelajar

7) Bermula Tahun 2016 8) Data tahun 2015 sahaja18

Page 21: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Pendidikan Rendah/Menengah

Pendidikan Tinggi

Lepasan Universiti

• Biasiswa Kenangan Dato’ Onn• Program Tuisyen YPJ

• Program Bistari

• Bantuan Yuran Persekolahan• Bantuan Makanan Sihat• Bantuan pakaian Sekolah

• Skim Bantuan Pendaftaran• Karisma Darul Ta’zim• Duta Jauhar• Tabung Latihan kemahiran Johor

• JCorp Education Sponsorship Programme

• Tabung Pendidikan Sarjana PDT

• Johor Talent

• Pendaftaran IPT• Dermasiswa Luar Negara

• Johor Bio-Talent

• JCorp Chartered Accountancy Programme

• Program Pembangunan Kapasiti Kakitangan Awam Negeri Johor

Muhammad Mustaqim Bin Hassan

Duta Jauhar Siri 3

Amirul Rusydan bin Malik, 20 tahun

Johor Bio Talent

S a i d at i n a A f i fa h B i n t i M e n a n , 2 5 ta h u n

J o h o r Ta l e n t S i r i 1

Kathivaran A/l Suppian, 25 tahun

Penerima Bantuan Tabung Pendidikan Sarjana PDT

19

Page 22: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

8JESP adalah program tajaan yang diberikan kepada pelajar-pelajar pra-siswazah dalam empat bidang keutamaan iaitu ekonomi, kejuruteraan, undang-undang dan perakaunan berdasarkan keperluan dan sinergi bisnes Kumpulan JCorp. 58 calon telah terpilih ke peringkat Asasi, Matrikulasi, A-Level dan Ijazah Sarjana Muda, manakala enam mendapat tajaan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Disasarkan seramai 100 pelajar akan menerima manfaat ini dalam tempoh 5 tahun.

JCAP menempatkan pelajar-pelajar terbaik di firma-firma perakaunan utama tempatan seperti EY, PwC, KPMG, Deloitte dan BDO. Selain Firma perakaunan tempatan, JCorp juga menempatkan beberapa calon terbaik di firma Flemmings Chartered Accountants, UK. Calon-calon

yang dipilih akan dilatih untuk memperolehi salah satu kelulusan iaitu ICAEW, ACCA, CIMA atau MICPA/ICANZ. Program mensasarkan penyertaan sehingga 100 orang pelajar dalam tempoh 5 tahun dan kini seramai 34 orang telah terpilih.

Johor Talent merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri Johor untuk membangunkan modal insan berkualiti terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang anak jati Johor yang menuntut di tahun akhir atau graduan yang akan melalui pengalaman latihan praktikal (Internship). Peserta ditempatkan di Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor bagi tempoh enam (6) bulan. Sebanyak 3 siri telah dilaksanakan sejak tahun 2014 dan seramai 69 orang mahasiswa telah menerima manfaat program ini.

Tabung Pendidikan Sarjana Pendidikan PDT membantu dan meringankan beban mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan yang mengikuti pengajian peringkat Sarjana.Program ini juga adalah sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri dalam mengalakkan lebih

ramai rakyat memiliki kelulusan akademik peringkat Sarjana. Seramai 50 orang mahasiswa telah menerima bantuan sebanyak RM10 ribu seorang bagi tahun pertama perlaksanaan (2016).

Program Bio-Talent Johor diperkenalkan pada tahun 2014 bagi meningkatkan kebolehpasaran dalam industri bioteknologi dengan sasaran melatih 2,000 orang pelajar, graduan, belia dan lepasan sekolah di 20 buah syarikat. Program ini memfokuskan kepada industri AgroBiotech, Bioindustrial, BioMedical dan Biobased. Selain itu, program ini adalah strategi bagi memudahkan bekalan berterusan tenaga kerja yang kompeten untuk industri ekonomi bio di Johor. Sehingga kini seramai 3,716 orang telah menerima manfaat daripada program ini.

Program Duta Jauhar memberi peluang kepada kumpulan mahasiswa yang terpilih bagi melaksanakan projek-projek yang berpotensi memberi impak dan manfaat kepada masyarakat di setiap daerah dalam Negeri Johor. Ia turut menggunapakai pendekatan National Blue Ocean Strategy (NBOS) atau Strategi Lautan Biru Kebangsaan. Setiap projek menetapkan kumpulan sasaran penerima manfaat seperti pelajar,

golongan belia, usahawan IKS, rakyat pendapatan rendah & miskin tegar, masyarakat orang asli, ibu tunggal dan sebagainya. Duta Jauhar Siri 1(2014) telah berjaya melaksanakan 19 projek dengan penglibatan seramai 285 orang mahasiswa Johor daripada 12 IPTA. Manakala Duta

Jauhar Siri 2(2015) pula telah mencatatkan penglibatan seramai 416 orang mahasiswa Johor daripada 15 IPTA dan 4 IPTS dengan jumlah 28 projek.

20

Page 23: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

8 menyubur dan mengembangkan

keusahawanan johor sebagai penjana ekonomi rakyat

Page 24: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

9pengusaha coklat dibawah jenama Cocodamia ini adalah antara usahawan mikro yang mendapat bantuan peralatan melalui Program Galakan Usahawan (PGU). Bantuan tersebut telah berjaya meningkatkan kualiti produk dan produktiviti. Beliau berpandangan bahawa usahawan baharu tidak boleh cepat berputus asa dan perlu memanfaatkan pelbagai jenis bantuan yang disediakan Kerajaan.

puan zamzarina binti zakaria, 35 tahun

• Pembukaan Entreprenuer Development Center (EDC) of Johor sebagai pusat sehenti usahawan bermula 1 September 2014

• Johor negeri pertama mewujudkan Pelan Tindakan Strategik PKS 2015-2020

Agensi & Pelan Khusus

• Agro Johor dan Mini Agro Johor diadakan di daerah-daerah sebagai platform pemasaran dan meningkatkan jualan produk usahawan-usahawan pertanian Johor

• Jelajah Bioekonomi Negeri Johor sebuah program televisyen 10 episod yang berkonsepkan berita dan laporan khas menerusi Astro Awani telah berjaya membantu 10 usahawan Johor berasaskan bio meluaskan jaringan pasaran, penjenamaan produk dan perkhidmatan serta pengkomersialan produk

Pemasaran

• 1,880 usahawan telah menerima geran dibawah Program Galakan Usahawan yang membantu usahawan dan usahawantani mengembangkan perniagaan

• 1,812 usahawan belia Islam mendapat bantuan melalui Program Bantuan Usahawan Belia Islamwww. p i j . gov. my

Geran Bantuan

• 6,720 usahawan 9 berjaya dibangunkan melalui 5-Kitaran Pembangunan PKS

• Program Keusahawanan Wanita telah melahirkan seramai 1,766 usahawan wanita

• 77 asnaf dibantu menjadi usahawan melalui kursus, bazar usahawan dan perniagaan francais

Pembangunan Usahawan

Bio Desaru Sdn Bhd

9) Bagi tempoh 6 bulan pertama 201622

Page 25: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

9 syiar islam terus berkembang pesat

sejajar dengan johor yang islami

Page 26: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

10berpandangan bahawa Program IQFA memberikan pendidikan yang lebih daripada segi agama kepada anak beliau dan berharap agar pendidikan Islam yang diterima seawal umur 5 tahun ini akan menjadi asas kepada pemahaman dan amalan beragama yang sebenar.

(Ibu kepada Nur Aqmar Balqis Humairah)

P u a n A z i ta B t e Jupri

• 98,430 pelajar sekolah agama Johor telah menerima manfaat Skim Pinjaman Kitab. Tambahan 32,000 orang pelajar di bawah fasa 2 (2016-2017). • 42 daripada 77 buah sekolah agama terbengkalai telah disiapkan. 10

• 30 buah Tadika Agama Johor telah diwujudkan.• Program Iqra’ Dan Fardhu Ain (IQFA) yang memberi pendidikan Islam awal kini dilaksanakan di 156 Tabika KEMAS Negeri Johor melibatkan 5,260 orang kanak-kanak.• Imbuhan tahunan dan kenaikan elaun bulanan telah diberikan kepada 1,850 orang guru KAFA seluruh Johor.

Pendidikan Agama Islam• Memperkukuh pengurusan zakat dengan memisahkan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Johor daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor.• Agihan zakat terus membantu asnaf di Johor dengan 20 Skim Bantuan Agihan Zakat diwujudkan. Tahun 2015 sahaja, seramai 132,614 orang asnaf telah menerima bantuan dengan jumlah RM149 juta.

Pengurusan Zakat

Festival Kesenian Islam telah dijadikan acara tahunan negeri Johor.

Kesenian Islam

Surau-surau di 16 buah Perkampungan Orang Asli telah dibina dan dinaiktaraf.

Kemudahan Surau

SEKOLAH AGAMA TAMAN PELANGI, SEGAMAT adalah antara 42 daripada 77 bangunan sekolah agama terbengkalai yang telah berjaya disiapkan pembinaan dan sedia untuk digunakan.

10) Sehingga September 201624

Page 27: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

10bakat belia dan aktivis seni diketengahkan

Page 28: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

11penyelaras Sukarelawan Darul Ta’zim berpegang kepada 3 prinsip utama sebagai sukarelawan iaitu kesukarelawan bukan paksaan tetapi keikhlasan, sentiasa mencari peluang serta ruang membantu dan tidak mencari alasan.

Encik Tunaim bin Satiman, 37 tahun

• Sukan Muafakat Johor melibatkan takraw, futsal, bola jaring & bola keranjang diadakan di peringkat DUN dan Negeri bagi menyemarak kegiatan sukan diperingkat akar umbi• 4 siri Sirkit Motorcross Negeri Johor diadakan di Ledang, Bandar Tenggara dan Ayer Hitam• Program Pembangunan Atlet seawal usia 10 tahun dilaksanakan melibatkan 8 jenis sukan iaitu Ragbi, Memanah, Balapan, Tenis, Renang, Terjun, Badminton & Gimnastik• Pembangunan Larkin Central telah dimulakan pada 2015 secara berfasa melibatkan naiktaraf Stadium Larkin, arena akuatik dan stadium tertutup• RM10 juta disumbangkan bagi pembangunan bola sepak di Johor

Sukan

• Laman Seni Warisan di Kompleks Yayasan Warisan Johor kini menjadi pusat aktiviti seni budaya pada setiap hujung minggu• Memberi peluang kepada aktivis seni lakon berkarya melalui aktiviti-aktiviti seni kreatif peringkat negeri dan Program Pentas Teater Karya Johor

Warisan & Budaya

• 18,000 orang telah menjadi Sukarelawan Darul Ta’zim yang merupakan inisiatif penting kerajaan negeri dalam membudayakan kesukarelawansukarelawandt.wordpress.com• Usaha pencegahan dadah di Johor melibatkan keahlian 3,525 orang sukarelawan di bawah Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM)

Kesukarelawan

• Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) diwujudkan bagi mengetengahkan bakat, kepakaran dan kemahiran belia• 200 persatuan telah menerima bantuan untuk pelbagai aktiviti serta pengurusan persatuan belia melalui Skim Bantuan Belia• 1,812 usahawan belia Islam diperkukuh perniagaan melalui Program Bantuan Usahawan Belia Islamwww.pij.gov.my

Belia

26

Page 29: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

11PERTUMBUHAN YANG SEIRING

ANTARA WILAYAH EKONOMI DAN SETIAP DAERAH

Page 30: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

WILAYAH-WILAYAH EKONOMI DAN PROJEK NASIONAL BERKEPENTINGAN STRATEGIK TERUS MERANGSANG PERTUMBUHAN JOHOR

• Iskandar Malaysia kini 10 tahun

• Pelaburan komited terkumpul telah mencecah RM208 bilion di mana 51% (RM106 bilion) telah terlaksana• Berjaya mewujudkan 682,169 peluang pekerjaan

Iskandar Malaysia

• Mewujudkan 133,000 pekerjaanEast Cost Economic Region (ECER)

• Pewujudan 50,000 peluang pekerjaan

• 148 kontrak diberikan kepada kontraktor Johor dengan nilai RM1.67 Bilion

Pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC)

28

Page 31: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

SETIAP DAERAH KINI DIBANGUNKAN MENGIKUT KEKUATAN MASING-MASING

SegamatAgricultural Powerhouse• Pertanian• Pelancongan agro & eko• Pembuatan ringan

TangkakCrossroad of Culture & Adventure• Pelancongan gaya hidup & cabaran• Pembuatan ringan : Industri berasaskan kayu• Pertanian

MuarAspiring Hub for Talent & Knowledge• Pendidikan & skil perniagaan• Pembuatan: perabot, E&E • Pelancongan warisan & pertanian

Batu PahatManufacturing & Processing Nucleus• Pembuatan perabot, berasas kayu E&E, tekstil & pakaian• Pemprosesan makanan• Pelancongan pertanian

Johor BahruAsia’s Home for Business• Perdagangan antarabangsa• Pembuatan: produk kimia, plastik besi, E&E & pemprosesan makanan• Ubat & penjagaan kesihatan

KulaiConnecting Johor To the World• Informasi & teknologi komunikasi• Pembuatan: E&E & biotech• Logistik

Kota TinggiCoastal Jewel• Pelancongan: pantai & pelancongan eko• Pertanian & biotech• Petrokimia, minyak & gas

MersingNaturally Splendid• Eko pelancongan, perikanan & aktiviti marin• Pertanian • Pembuatan ringan: kopi, berasaskan kayu & produk berasaskan pertanian

KluangCrowing With the Land• Eko pelancongan• Pertanian • Pembuatan MUAR berasaskan sumber

PontianSouthern Sanctuary• Eko pelancongan• Aktiviti perikanan & maritim• Pembuatan ringan: pemprosesan makanan & pembinaan

29

Page 32: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

12PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN KERAJAAN SENTIASA DITAMBAH BAIk

Page 33: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

• Mewujudkan Johor e-Payment Portal di alamat www.onlinepayment.johor.gov.my sebagai inisiatif menggalakkan pembayaran yang berkaitan Kerajaan Negeri secara atas talian

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

KERAJAAN BERTERASKAN

PENCAPAIAN

OPERASI PERKHIDMATAN DITINGKATKAN

• Memperkenalkan kemudahan permohonan RMMJ secara atas talian melalui laman web www.erumah.johor.gov.my Selain itu, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sehingga ditawarkan

• Memperkenalkan sistem pengurusan prestasi bagi Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan

• Penajaan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi kepada penjawat awam negeri Johor yang mana 25 orang Pegawai Tadbir Negeri Johor telah selesai peringkat sarjana

• Melaksanakan Majlis Ikrar Integriti Korporat Pihak Berkuasa Tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri Johor bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia

• UTC Johor yang menempatkan 31 agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri telah mula beroperasi pada 3 Julai 2014• Memudahkan OKU berurusan di Jabatan-jabatan Kerajaan melalui penyediaan pegawai khidmat pelanggan yang boleh berkomunikasi menggunakan Bahasa Isyarat Malaysia antaranya semua PBT, Hospital Ismail dan Jabatan Pendaftaran Negeri Johor

• Johor menitikberatkan penyelenggaraan jalan-jalan negeri dengan membuat transformasi daripada cara konvensional kepada Performance Based dengan mewujudkan Unit Inspektorat Jalan

• JKR Ronda (pemantauan di sepanjang 2,300 km) jalan negeri di Johor dengan anggaran 100 km sehari bagi setiap pasukan -Talian Careline

• Mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan pengurusan Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan pemisahan pengurusan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor melalui kelulusan pindaan enakmen baru pada tahun 2014• Menubuhkan Unit Swadaya Insan Negeri Johor sebagai Pusat Sehenti bagi menyelaras isu penawaran dan permintaan pelbagai kaum dalam sektor sumber manusia di Negeri Johor

31

Page 34: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

13jOHOR DITADBIR DENGAN

VISI YANG JELAS, PERANCANGAN DAN

PERLAKSANAANYANG TERSUSUN

Page 35: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

UTA

MA

SE

KTO

RG

EO

GR

AFI

AG

EN

DA

24 DASAR/ PELAN UTAMA KERAJAAN NEGERI ANTARA TAHUN 2013 - 2016

3 DASAR RMMJ

7 IBRAHIM INTERNATIONAL BUSINESS DISTRICT (IIBD) BLUEPRINT

11 PELAN TRANSFORMASI KOTA TINGGI

4 PELAN SUARA HATI JOHOR (2014 – 2018)

8 RANCANGAN PEMBANGUNAN KOMPREHENSIF II ISKANDAR MALAYSIA (CDPII)

12 PELAN REJUVENASI DESA JOHOR

5 MAJLIS PEMUAFAKATAN PERPADUAN NEGERI JOHOR

10 PELAN STRATEGIK MBJB

6 PELAN PERTUMBUHAN STRATEGIK JOHOR (2016-2020)

9 ZON ANTARABANGSA

PELAN MAJLIS TEKNOLOGI HIJAU DAN PERUBAHAN IKLIM

13

PELAN LOW CARBON SOCIETY

14 PELAN INDUK JOHOR HAB KESIHATAN RANTAU ASIA TENGGARA

16 PELAN TRANSFORMASI SEKOLAH AGAMA

18 PELANPEMBANGUNAN KEMAHIRAN JOHOR

20 PELAN INDUK PENGANGKUTAN AWAM JOHOR

22 BIO HALAL HUB ROADMAP

24

PELAN INDUK PELANCONGAN (2014-2023)

15 PELAN TINDAKAN STRATEGIK PKS (2015–2020)

17 PELAN TINDAKAN BANJIR

19 PEMBANGUNAN WAKAF

21 PELAN TINDAKAN PENGANGKUTAN AWAM DAERAH

23

MUAFAKAT JOHOR

1 JOHOR BERKEMAJUAN

2

33

Page 36: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Diterbitkan oleh :

Kerajaan Negeri Johor

Dengan Kerjasama :

Indeks Penilaian Prestasi (INPRES)Permodalan Darul Ta’zimAras 1, Bangunan Sultan Ismail,Kota Iskandar,79100 Iskandar Puteri, Johor.

Page 37: Pdf Sorotan Pencapaian 3 Tahun Bajet Johor (2014-2016)

Jauhar JauharOnline Jauhar Online muafakatjohor Muafakat Johor

jauhar.my