sokongan

9
1.0 PENDAHULUAN Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak, perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Menurut Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri -ciri yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang mengawal tingkah laku ahli. Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan luas dan pakar dalam bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu-isu tentang kepimpinan guru menjadi perbualan masyarakat kini. Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan dan kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di sekolah dapat diatasi selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21. Hal ini, teori-

Upload: syazami-sabri

Post on 21-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

,

TRANSCRIPT

Page 1: sokongan

1.0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, banyak perkembangan dan pembangunan dari pelbagai

aspek yang berlaku di sekeliling kita. Sama ada kita sedar atau tidak,

perkembangan dan pembangunan yang kita lihat hari ini adalah hasil

kerjasama ahli masyarakat terutamanya golongan profesional. Menurut

Ornstein dan Levine (1993), konsep profesional merujuk kepada ciri -ciri

yang terdapat dalam kalangan ahli suatu profesion. Antara ciri-ciri yang

telah dinyatakan adalah cekap dan mempunyai pengetahuan yang

mendalam dalam bidang yang diceburi dan adanya kod etika yang

mengawal tingkah laku ahli.

Oleh itu, guru juga adalah seorang yang profesional. Ini bermakna guru

adalah seorang yang mendapat latihan yang khusus, berpengetahuan

luas dan pakar dalam bidang yang diceburi. Merujuk kepada ciri-ciri yang

dinyatakan, profesion keguruan pada hari ini dilihat semakin goyah

kerana ada segelintir guru yang sanggup melanggar kod etika keguruan

yang telah sedia termaktub. Ini terbukti apabila semakin banyak isu-isu

tentang kepimpinan guru menjadi perbualan masyarakat kini.

Sehubungan itu, para pendidik kini perlu memantapkan pengetahuan

dan kemahiran dalam asas kepimpinan agar isu-isu yang berlaku di

sekolah dapat diatasi selaras dengan matlamat pendidikan abad ke-21.

Hal ini, teori-teori dalam pendidikan perlu dijadikan panduan kepada guru

untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul di sekolah agar dapat melahirkan

murid modal insan yang cemerlang dan berketrampilan selaras dengan

hasrat kerajaan dalam mencapai wawasan 2020.

Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat kerajaan, para guru pelatih

telah diberi pendedahan awal melalui subjek EDU 3083 Asas Kepimpinan

dan Perembangan Profesional . Subjek ini memberi peluang kepada kami

untuk meneroka secara menyeluruh mengenai kepimpinan dan

profesional perguruan untuk menghadapi lapangan pendidikan yang

begitu mencabar. Oleh hal yang demikian, tugasan ini memerlukan guru

Page 2: sokongan

pelatih mengkaji isu kepimpinan yang berlaku di sekolah semasa

menjalan Program Intership. Tugasan ini disempurnakan secara individu.

2.0 ISU DAN ETIKA GURU

Isu-isu dalam bidang pendidikan yang semakin kompleks memerlukan

kefahaman dan pentaksiran semula konsep-konsep kepimpinan dan

pengurusan agar dapat melahirkan generasi pemimpin yang holistik. Oleh

itu, semasa saya menjalankan program intership saya telah berjaya

menyelesaikan satu isu kepimpinan iaitu memimpin murid memenangi

pertandingan bicara berirama peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya

dengan menggunakan Teori Laluan Matlamat. Hal ini, rajah 1 di bawah

menerangkan secara terperinci mengenai penyelesaian isu kepimpinan

yang saya hadapi.

Rajah 1: Memimpin Pasukan Bicara Berirama

2.1 Faktor Isu dan Etika Perguruan

Tatasusila profesion perguruan merupakan satu garis panduan atau

kod-kod tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh semua orang yang

menggelar dirinya sebagai pendidik dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Hal ini,

Pertimbangan Kepimpinan Fokus Motivasi

Tiada pendedahan bicara berirama

Pemilihan peserta (saringan)

Tayangan video

Merujuk pentadbir

Rujukan rakan sejawat

Masa perkhidmatan

Memenangi pertandingan

Latihan berterusan

Motivasi intersik dan ekstensik

Naib Johan Bicara Berirama

Page 3: sokongan

Rajah 2: Faktor Isu dan Etika Perguruan

Tatasusila tersebut dibahagikan kepada empat bidang tanggungjawab

termasuklah pelajar, ibubapa, masyarakat dan Negara serta rakan

sejawat dan profesionnya sendiri.

Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab

kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya

sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.· Sentiasa bersedia

membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu

dalam profesion perguruan.

Tanggungjawab kepada murid

Tanggungjawab kepada profesion perguruan

Tanggungjawab kepada masyarakat dan negara

Membimbing pelajar menjadi warganegara bertanggungjawab.

Sentiasa menunaikan tanggungjawab dalam profesion perguruan.

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kecendekiawanan masyarakat.

Faktor Isu dan Etika Perguruan

Page 4: sokongan

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh

membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara

yang taat setia, bertanggungjawabdan berguna, menghormati

orang-orang yang lebih tua dan menghormati perbezaan

kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi

segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa

sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan

masyarakat.·

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan

ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat.·

Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,

kebudayaan dan kecendekiawanan masyarakat.

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri

atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar di bilik darjah

tanpa sebarang bayaran.

Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui

pengkajian, penyelidikan,lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas,

persidangan, mesyuarat atau seminar supayapengajaran kami

mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Page 5: sokongan

3.0 IMPAK ISU DAN PEMBENTUKAN PROFESIONALISME GURU

MELALUI INTEGRITI

3.1 Impak Isu

Impak Pertandingan Bicara Berirama

Murid Sekolah Diri

Berdisiplin

Bermotivasi tinggi

Bertanggungjawab

Pentadbir - Rakan sejawat -

kerjasama Kokurikulum –

Naib Johan Peringkat Wilayah

Meningkatkan kemahiran kepimpinan

Meluaskan ilmu pengetahuan ikhtisas.

Menambah pengalaman dalam profesion perguruan

Page 6: sokongan

Rajah 3: Impak Pertandingan Bicara Berirama

3.2 Pembentukan Profesionalisme Melalui Integriti

Rajah 4: Teori Laluan Matlamat

4.0 PENUTUP

Fokus kepada motivasiGaya kepimpinan

-ciri pekerja

-tugas & persekitaran

-directive

-supportive

-participative

-archivement oriented

-tetap matlamat

-pilih jalan

-buang halangan

-sedia sokongan

Pertimbangan

Capai Matlamat

Page 7: sokongan

Refleksi

Ubben, Hughes dan Norris (2007), gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh seorang

pengetua atau Guru Besar di sekolah yang baik menunjukkan tahap penglibatan

tinggi dalam kerja dan berorientasikan akademik. Gaya kepimpinan berkenaan

dikenali sebagai kepimpinan instruksional. Keberkesanan tindakan seseorang

pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional boleh diukur

melalui penglibatannya dalam dua proses memimpin iaitu pencapaian matlamat

dan kesejahteraan anggota (Robiah Sidin, 2003). Seorang pemimpin instruksional

perlu memimpin warga sekolah untuk mencapai matlamat yang ditetapkan selain

perlu memastikan bahawa setiap warga sekolah yang terlibat dapat melakukan tugas

dalam suasana harmoni, mesra dan tanpa perlu bimbang tentang keperluan asas

fisiologi. Seseorang pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan

instruksional mempunyai potensi untuk mencapai kecemerlangan kerana penekanan

dalam pencapaian matlamat dan kebolehan untuk memenuhi kesejahteraan

anggota.

Salah satu ciri kepimpinan instruksional adalah pemimpin akan menyediakan

sumber keperluan organisasi. Di sekolah, seorang pengetua atau Guru Besar yang

mengamalkan kepimpinan instruksional akan menyediakan sumber seperti bahan

dan masa bagi keperluan guru. Melalui tindakan tersebut, guru-guru dan staf akan

melihat pemimpin mereka sebagai seorang yang prihatin dengan keperluan orang-

orang bawahannya dan akan melahirkan rasa hormat dan percaya terhadap

pemimpin. Kepercayaan adalah bentuk tertinggi motivasi manusia (Covey,

Whitman& England, 2010) dan kemampuan pemimpin untuk meraih kepercayaan

daripada orang bawahannya mampu meningkatkan motivasi bekerja. Seorang

Page 8: sokongan

pengetua atau Guru Besar yang mengamalkan kepimpinan instruksional dapat

menyampaikan satu bentuk rangsangan motivasi kepada guru, murid dan warga

sekolah. Motivasi yang tinggi di kalangan guru mampu menjana pencapaian

cemerlang di kalangan murid seterusnya meningkatkan pencapaian prestasi sekolah.

Selain daripada itu, ciri lain pemimpin instruksional adalah seorang pemimpin

yang memberi penekanan dalam memantau pencapaian murid. Pemantauan ini

mampu memperbaiki mutu kerja, sikap dan menyelesaikan masalah guru di samping

dapat memastikan setiap warga sekolah mematuhi disiplin (Lokman & Mohd Anuar,

2011). Di bawah seorang pemimpin instruksional, sekolah mampu melahirkan murid

yang cemerlang kerana peranan utama seorang pemimpin di sekolah adalah

sebagai pemimpin kecemerlangan pembelajaran. Seorang pemimpin instruksional

sentiasa menjalankan proses bagi meningkatkan prestasi sekolah melalui data,

analisis data dan rencana aktiviti intervensi. Bagi setiap kelemahan yang dilihat di

sekolah, seorang pemimpin instruksional sentiasa bersedia dengan satu langkah

mengatasi masalah tersebut berdasarkan apa yang difikirkan cara paling tepat

mengatasi masalah berkenaan.

Kemahiran penyeliaan adalah satu ciri penting pemimpin instruksional. Melalui

peranan sebagai seorang penyelia, pemimpin instruksional memerhatikan dan

memberi tunjuk ajar dalam memperbaiki suasana pembelajaran di sekolah.

Pemantauan atau penyeliaan yang dijalankan adalah bagi tujuan menilai

keberkesanan pembelajaran dan pengajaran, memberi bimbingan, memberi tunjuk

ajar dan dorongan. Ia mampu mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran

guru secara berterusan dan memastikan objektif bilik darjah selaras dengan

matlamat sekolah. Pencapaian murid dan sekolah umumnya dapat dipertingkatkan

melalui kepimpinan ini.

Kepimpinan instruksional secara keseluruhannya adalah satu gaya

kepimpinan yang komprehensif dan mempunyai potensi tinggi untuk meningkatkan

prestasi sekolah. Melalui kepimpinan instruksional, pengetua atau Guru Besar

menjalankan tanggungjawab melalui peranan-peranan yang spesifik sepertimana

ditunjukkan dalam pembahagian peranan pemimpin instruksional melalui 5 dimensi

dalam Model Kepimpinan Instruksional Weber.

Model kepimpinan instruksional Weber (1996) yang diasaskan oleh James Weber

yang merupakan seorang pejuang konsep kolaborasi dalam pengurusan dan

mengaitkan peranan pemimpin inatruksional di sekolah sebagai penghubung dan

Page 9: sokongan

peneraju proses pengajaran dan pembelajaran. Weber berpendapat bahawa konsep

kolaborasi dalam pengurusan amat penting terutama dalam era perkongsian

kepimpinan dan pengurusan di tempat kerja dan keperluan untuk memimpin tanpa

terikat dengan struktur organisasi sesebuah sekolah.