_soalan_tugasan_sjh_kerja_kursus2 (1)

Upload: narmatha-mani-maran

Post on 11-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

hgfjfgjgf

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS

TUGASAN PROJEK

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANNAMA PELAJAR :

SEMESTER : 4AMBILAN JAN 2013KOD DAN NAMA KURSUS :SJH3104 SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN SEJARAH

TARIKH MULA

4 OGOS 2014TARIKH HANTAR12 SEPT 2014

Hasil Pembelajaran Tugasan :BAHAN

1.Menghuraikan konsep dan jenis-jenis sumber pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah.2.Membincangkan kepentingan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. 3.Menghasilkan dan menggunakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mata pelajaran Sejarah. 4.Mengaplikasikan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah.5.Menilai keberkesanan sumber pengajaran dan pembelajaran yang telah dihasilkan

Projek ini menilai hasil pembelajaran 3,4 dan 5

Objektif Projek : 1.Menghasilkan sumber bahan bercetak iaitu brosur untuk mata pelajaran Sejarah. 2.Menilai secara kritis keberkesanan sumber bahan bercetak brosur dalam mata pelajaran Sejarah Tahun Empat. 3.Membuat pembentangan penghasilan sumber bahan bercetak yang dihasilkan.

Dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah ada berbagai-bagai rancangan atau aktiviti yang boleh diatur dan dianjurkan oleh guru untuk menjadikan pengajaran sejarah inovatif, kreatif dan menarik perhatian murid. Salah satu kaedah yang sesuai untuk memberikan pengalaman langsung yang berpusatkan murid secara aktif ialah projek sejarah. Projek merupakan aktiviti jangka panjang yang mengandungi tugasan daripada mana-mana tajuk dalam sukatan. Murid akan menghasilkan produk mengikut keperluan tugasan seperti yang ditetapkan oleh guru.

Tugasan 1 (80%)

a)Hasilkan sumber bahan bercetak brosur daripada mana-mana tajuk yang sesuai dalam mata pelajaran Sejarah Tahun Empat.

b)Tuliskan satu eseiberkaitan penilaian anda terhadap keberkesanan sumber bahan bercetak brosur yang dihasilkan dalam membantu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah

Tugasan 2 (20%)

Membuat pembentanganpenghasilan sumber bahan bercetak brosurdengan menggunakan aplikasi microsoft power point serta contoh brosur yang dihasilkan.

Panduan Pelaksanaan Tugasan Projek1.Tugasan projek adalah dilaksanakan secara individu.

2.Mengumpul maklumat berkaitan dengan Tugasan 1 dengan : a)membuat rujukan berkaitan dengan penghasilan sumber bahan bercetak (brosur) dengan merujuk jurnal, buku-buku rujukan dan melayari internet,b)merujuk Sukatan Pelajaran Mata Pelajaran Sejarah Tahun Empat dan Buku Teks Sejarah Tahun Empat,c)mengenalpasti tajuk-tajuk yang sesuai untuk menjalankan projek tersebut

3.Brosur yang dihasilkan mestilah mengambil kira aspek berikut :

a)persembahan fizikalb)organisasi penulisanc)persembahan idead)hubungkait dengan kurikulum Sejarah4.Panduan penulisan esei.

a)Format penulisan adalah seperti berikut: i.Font Arial iiSaiz huruf 11 iiiLangkau 1.5 baris ivPanjang penulisan adalah 1000 patah perkataan vRujukan mengikut format APA (American Psychological Associattion). viEsei harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiahviLampiran (jika ada) hendaklah dilabelkan sebagai lampiran A,B dan seterusnya. b)Perancangan dan Rangka Penulisan Esei

iPengenalaniiBahagian Utama Penulisan Esei Reviu pelbagai sumber rujukan seperti buku, artikel, jurnal berkaitan topik sumber pengajaran dan pembelajaran khususnya berkaitan sumber bahan bercetak Anda digalakkan untuk mengambil kira teori-teori pendidikan dalam perbincangan anda Anda digalakkan untuk membuat rumusan pada akhir setiap bahagian perenggan untuk mengait balik kepada tugasan soalan. Ini adalah untuk memastikan anda mengolah pada landasan yang betul. Perbincangan anda berkaitan dengan refleksi kendiri anda dari segi keberkesanan sumber bahan bercetak dan rasional tindakan anda memilih brosur bagi tajuk yang dipilih.iiiRumusan

c)Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.d)Bilangan patah perkataan WAJIB dinyatakan di hujung kertas projek anda. Bilangan patah perkataan termasuk quotation tetapi tidak termasuk tajuk dan rujukan.

5.Pembentangan :a)Tempoh pembentangan adalah 10 minit bagi setiap individu termasuk sesi soal jawab.c)Pembentangan menggunakan perisian aplikasi microsoft power point.d)Isu kandungan pembentangan berdasarkan Tugasan 1

Panduan susun atur kerja kursus projek seperti berikut :1.Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan, sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus (Tugasan Bertulis) sebagai muka depan ke 2 sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus (Penghasilan Bahan Sumber) sebagai muka surat ke 3 dan sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus ( Pembentangan) apabila anda binding tugasan projek anda.2.Muka depan kerja kursus: mestilah mengandungi nama pelajar, angka giliran, nombor kad pengenalan, kumpulan, kod dan nama kursus, tajuk tugasan projek, nama pensyarah dan tarikh hantar.3.Pengakuan4.Kandungan5.Sumber bahan bercetak brosur yang dihasikan 6.Penulisan esei 7.Bahan pembentangan slaid (handout) satu muka surat A4 mengandungi 4 slaid)8.Rujukan 9.Lampiran

Anda mesti hantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang lewat dihantar tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut :

1.Penghasilan sumber bahan bercetak brosur yang baik mempunyai kriteria berikut :

Persembahan fizikal (teks, fon, stail tulisan dan warna teks) Organisasi penulisan (pemulaan, bahagian utama dan penutup) Persembahan idea (ilustrasi,gambar dan grafik) Isi kandungan fakta yang tepat/hubungkait dengan kurikulum sekolah

2.Penulisan Esei Kefahaman yang menyeluruh Penilaian maklumat secara kritis Sintesis perspektif yang pelbagai Format dan organisasi esei yang jelas dan koheran Bahasa standard dan struktur penulisan yang mantap Rujukan kepada sumber akademik yang luas Perkembangan hujah yang analitikal dan matang

3.Pembentangan yang baik mempunyai kriteria berikut : Isi kandungan struktur slaid, nama pelajar, tajuk pembentangan, isi kandungan tajuk kandungan, penerangan tepatdan kesimpulan Kelancaran mampu membentang kandungan tanpa membaca keseluruhan teks, pertautan idea, kejelasan dan keberkesanan penyampaian Ketrampilan kekemasan berpakaian, kesopanan tutur kata, keupayaan menarik minat kalayak, keupayaan menjawab soalan secara spontan Komunikasi penggunaan bahasa badan, nada intonasi, kelantangan, dan cara bertutur dan kejelasan sebutan Bahan persembahan/ alat bantu persediaan alatan, penggunaan TMK, kecekapan mengguna alat bantu, kesesuaian teknik paparan bahan dan kreatif.

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Kriteria Pemarkahan Tugasan PISMP (Tugasan Penghasilan Produk dan Pembentangan) yang dilampirkan.

Tugasan disediakan oleh :Disemak oleh :

(MOHAMAD MUNIR BIN ISMAIL)(DR. ISMAIL BIN SAID)PensyarahKursus SJH3083Pakar Bidang(SME) SHJ3083Jabatan Sains SosialJabatan Sains SosialIPGK PerlisIPGK Perlis

Disahkan oleh :

(PUAN ZAITON BT MAT NON)Ketua Jabatan Sains SosialJabatan Sains SosialIPGK Perlis3