soalan teknikal chargeman dan wireman

28
[email protected] SOALAN TEKNIKAL CHARGEMAN DAN WIREMAN 1. Anda bekerja sebagai penjaga jentera disebuah kilang yang terletak jauh dari kilang-kilang lain. Tiba-tiba seluruh kilang tidak dapat mendapat bekalan elektrik. Bagaimana cara anda mengenalpasti punca kerosakkan dan terangkan bagaimana anda hendak mencari kerosakkan dan membaik pulih semula bekalan. Jawapan Tatacara mengikut turutan. i. Pergi ke bilik papan suis utama ii. Kenalpasti samaada bekalan TNB terputus atau pemutus litar yang terpelantik iii. Sekiranya pemutus litar yang terpelantik, kenal pasti kerosakkan disebabkan oleh lebihan beban arus atau arus bocor ke bumi iv. Sekiranya pemutus litar terpelantik disebabkan oleh arus bocor ke bumi kenal pasti punca kerosakkan buat ujian rintangan penebatan pada papan suis itu dan juga di setiap punca beban keluar. Kemudian asingkan litar yang menyebabkan kerosakkan. Reset Earth Faulty Relay dan berikan bekalan ke beban yang lain v. Membaiki kerosakkan tersebut 2. A. Apakah dia sistem grid B. Mengapa sistem grid digunakan C. Sebutkan dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari D. Terangkan mengapa sistem ini digunakan Jawapan A. Sistem grid ialah sistem penghantaran yang menyambungkan beberapa buah sistem penjana atau beberapa buah pengubah penghantar dalam litar grid B. Tujuan sistem ini digunakan ialah i. mengurangkan kawasan penjanaan supaya penjana itu boleh membekalkan kuasa yang tinggi ii. mendapatkan frekuensi yang seimbang C. Dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari ialah dikawasan rumah berderet dan di tepi jalan D. Sistem ini digunakan kerana cara ini merupakan cara yang paling menjimatkan

Upload: mohamadfirdaus84

Post on 30-Sep-2015

1.417 views

Category:

Documents


214 download

DESCRIPTION

electrikal

TRANSCRIPT

  • [email protected]

    SOALAN TEKNIKAL CHARGEMAN DAN WIREMAN

    1. Anda bekerja sebagai penjaga jentera disebuah kilang yang terletak jauh darikilang-kilang lain. Tiba-tiba seluruh kilang tidak dapat mendapat bekalan elektrik.Bagaimana cara anda mengenalpasti punca kerosakkan dan terangkan bagaimanaanda hendak mencari kerosakkan dan membaik pulih semula bekalan.

    Jawapan

    Tatacara mengikut turutan.i. Pergi ke bilik papan suis utama

    ii. Kenalpasti samaada bekalan TNB terputus atau pemutus litar yang terpelantikiii. Sekiranya pemutus litar yang terpelantik, kenal pasti kerosakkan disebabkan oleh

    lebihan beban arus atau arus bocor ke bumiiv. Sekiranya pemutus litar terpelantik disebabkan oleh arus bocor ke bumi kenal

    pasti punca kerosakkan buat ujian rintangan penebatan pada papan suis itu danjuga di setiap punca beban keluar. Kemudian asingkan litar yang menyebabkankerosakkan. Reset Earth Faulty Relay dan berikan bekalan ke beban yang lain

    v. Membaiki kerosakkan tersebut

    2. A. Apakah dia sistem gridB. Mengapa sistem grid digunakanC. Sebutkan dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejariD. Terangkan mengapa sistem ini digunakan

    Jawapan

    A. Sistem grid ialah sistem penghantaran yang menyambungkan beberapa buahsistem penjana atau beberapa buah pengubah penghantar dalam litar grid

    B. Tujuan sistem ini digunakan ialahi. mengurangkan kawasan penjanaan supaya penjana itu boleh membekalkan

    kuasa yang tinggiii. mendapatkan frekuensi yang seimbang

    C. Dua tempat yang menggunakan sistem penghantaran jejari ialahdikawasan rumah berderet dan di tepi jalan

    D. Sistem ini digunakan kerana cara ini merupakan cara yang palingmenjimatkan

  • [email protected]

    3. Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebelum dan semasakerja rombak rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa

    Jawapan

    Sebelum kerja rombak rawat ke atas sesebuah motor 3 fasa ialah:i. Mengasingkan bekalan- Pastikan bekalan mati, keluarkan pemutus litar dan kunci shutter- Keluarkan fius kawalan dan kuasa penghidup motorii. Gantungkan tanda amaran ORANG SEDANG BEKERJA di tempat kerja.iii. Gunakan peralatan yang sesuaiiv. Pakai pakai keselamatan

    Semasa rombak rawat motor 3 fasai. Ujian penebatan sebelum dan sesudah rombak rawat. Bacaan hendaklah

    melebihi 2 Megaohmii. Bekalan seketika untuk memastikan pusingan motoriii. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan- Bunyi normal- Getaran- Selepas tiga jam periksa suhu pada setiap bahagian motor

    4. a. Apakah feature yang biasa di dapati di dalam beban induktive dan mengapakahkuasa reaktif (KVAr) diperlukanb. Mengapakah automatik power faktor dipasang di dalam pepasangan elektrikpenggunac. Apakah yang dimaksudkan dengan C/K setting dan apakah kepentingannyadalam sistem pembaikan angkadar kuasad. Apakah kesannya kepada pepasangan elektrik jika jangka angkadar kuasamenunjukkan bacaan 0.5

    Jawapan

    a. Feature yang biasa didapati di dalam beban inductice ialah fasa diantara voltandengan arus terpisah atau tidak sama fasa dimana arus litar mengekor atautertinggal di belakang voltan bekalan, kuasa reaktif (KVAr) diperlukan bagimengurangkan kuasa beban induktive yang mengebabkan arus litar terpisahdengan voltan dengan tidak menggunakan kuasa beban sebenar (KW)

    b. Automatik power faktor regulator dipasang di dalam pepasangan elektrikpengguna kerana digunakan bersama-sama dengan unit simpanan pemuat(capasitor bank) untuk menghidupkan simpanan pemuat (capasitor bank) dari satuunit ke satu unit yang berikutnya sekiranya faktor kuasa mengekor (mengusul)

    c. C/K setting bermaksud nisbah diantara saiz keseluruhan pemuat KVAr dengannisbah arus pengubah (current transfomer) diantara utama dan sekunder.Kepentingan dalam sistem pembaikan angkadar kuasa ialah geganti boleh disetagar operasi selaras dengan arus.

    d. i. Kecekapan alat itu berkuranganiii. Perbelanjaan penjanaan lebihiv. Penurunan keberkesanan kabel, susut voltan pada kabel akan bertambah dan

    kehilangan kuasa yang berlebihan di dalam kabel

  • [email protected]

    5. a. Apakah tiga (3) jenis sistem penghantaran bekalan yang biasa ditemuib. Berikan satu kebaikan sistem penghantaran gridc. Apakah erti kabel perkhidmatan

    Jawapan.i. Sistem gridii. sistem jejariiv. sistem grid

    b. Voltannya sentiasa seimbang, menjimatkan perbelanjaan dan penjanaan kecilc. Kabel yang membekalkan tenaga elektrik kepada pengguna-pengguna

    6. Sebutkan lima (5) jenis elektrod yang diperakui untuk tujuan pembumian

    i. Batang kuprumii. Paip galvaniiii. Pita/jalur kuprumiv. Plat galvani/besiv. Struktur kerja keluli

    7. a. Apakah tujuan utama pemutus litar udara (ACB) di dalam sistem pembekalankuasab. Sesentuh utama dalam pemutus litar udara dibahagikan kepada dua bahagian,namakan 2 (dua) jenis penyentuh tersebut

    Jawapan

    a. Tujuan utama pemutus litar udara (ACB) di dalam sistem pembekalan kuasa ialahjika digunakan bersendirian ianya hanya berfungsi sebagai pengasing. Tetapiapabila ianya dilengkapkan dengan komponen perlindungan seperti alat ubaharus,geganti(relay),shunt trip coil ianya dapat memberi perlindungan yangdiperlukan secara automatik. Perlindungan yang boleh diberikan oleh ACB ialaharus lebih, beban lebih dan rosak ke bumi.

    b. 2 bahagian sesentuh utama di dalam pemutus litar udara ialah penyentuh bergerak(moving contact) dan penyentuh tetap (fixed contact)

    8. Apakah yang dimaksudkan dengan inching atau jogging untuk motor dandimanakah kebiasaannya ia digunakan

    Jawapan

    Inching atau jogging untuk motor bermaksud motor dihidupkan berulang-ulang kalidalam suatu masa yang singkat. Ini bertujuan untuk meletakkan sesuatu kepada satutempat yang tersedia. Kebiasaannya ia digunakan pada mesin pencetakan,kren,mesinangkat dan sistem conveyor.

  • [email protected]

    9. Apakah yang dimaksudkan dengan kadar voltan (rated voltage) untuk kabel?Kebiasaan ianya dikadarkan sebagai 2 voltan AC Uo/U seperti 600/1000 volt.Apakah maksud kadaran-kadaran Uo dan U itu

    Jawapan

    Kadar voltan (rated voltage) utnuk kabel bermaksud kadar keupayaan menempungvoltan bagi kabel tersebut. Maksud kadaran Uo ialah kadar ketahanan maksima voltandiantara pengalir fasa dengan bumi. Manakala U pula bermaksud kadar ketahananmaksima voltan diantara pengalir fasa dengan pengalir fasa

    10. Apakah perbezaan di antara pemutus litar dengan load break switch

    Jawapan

    Pemutus litara adalah suatu peranti yang memeutuskan atau mengasingkan litar daripadabekalan apabila berlakunya arus lebihan. Manakala load break switch pula suatu perantiyang pada kebiasaannya kendalian insani dan mempunyai mekanisma quick-make,quickbreak biasa ianya digunakan sebagai peranti untuk memutuskan dan melindungipengubah dan otor pam voltan sederhana

    11. Apakah yang dimaksudkan dengan burden alatubah dan apakah kepentingannyadalam litar

    Jawapan

    Burden alatubah arus bermaksud beban atau nilai tanggungan beban atau nilaitanggungan alatubah arus yang akan digunakan dan kepentingannya dalam litar ialahianya merangkumi segala galangan dalam litar termasuklah galangan padabusbar,galangan pembumian,galangan geganti ata kelengkapan dan sebagainya.

    12. a. Apakah fungsi atau kegunaan utama penghidup dalam litar motor. Senaraikan 3fungsi sahajab.Namakan 3 jenis penghidup motor yang selalu digunakan dalam pemasanganelektrik

    Jawapan

    a. Fungsi atau kegunaan utama penghidup motor dalam litar motor ialahi. menghidupkan dan memberhentikan motorii. melindungi motor apabila berlaku arus lebih atau beban lampauiii. melindungi motor dari hidup sendiri setelah berlaku gangguan bekalan

    elektrik

    b. 3 jenis penghidup motor yang selalu digunakan dalam pemasangan elektrikialah

    i. Penghidup talian terus (D.O.L)ii. Penghidup bintang delta (star-delta)iii. Penghidup alat ubah auto (auto transfomer)

  • [email protected]

    13. Apakah langkah-langkah keselamatan yang harus diambil sebelum dan semasakerja rombak rawat ke atas sesebuah motor tiga (3) fasa

    Jawapan

    Langkah keselamatan yang diambil sebelum kerja rombak rawat ke atas sesebuahmotor tiga fasa ialah;

    i. Mengasingkan bekalan- Pastikan bekalan mati, keluarkan pemutus litar dan kunci shutter- Keluarkan fius kawalan dan kuasa penghidup motorii. Gantungkan tanda amaran ORANG SEDANG BEKERJA ditempat kerjaiii.Gunakan peralatan yang sesuai dan betuliv. Pakai pakaian keselamatan

    Langkah-langkah keselamatan yang diambil sebelum kerja rombak rawat ke atasmotor tiga fasa ialah:

    i. Ujian rintangan penebatan sebelum dan sesudah rombak rawat. Bacaan hendaklahmelebihi 2 Megaohm

    ii. Bekalan seketika untuk memastikan pusingan motoriii. Bekalan sepenuhnya untuk memastikan- bunyi normal- getaran- selepas tiga jam periksa suhu pada setiap bahagian motor

    14. Berikan 2 jenis pemula (starter) dan terangkan 4 kegunaan pemula tersebut bagisebuah motor elektrik

    Jawapan

    Dua jenis pemulai. Pemula terus pada talian (D.O.L)ii. Pemula bintang-delta

    Empat kegunaan pemula tersebut bagi sebuah motor ialah:i. Menghidupkan atau memberhentikan motorii. Untuk membolehkan motor hidup tanpa arus penghidup yang tinggiiii. Untuk menghalang motor daripada hidup semula selepas terhentiiv. Mengurangkan voltan permulaan

  • [email protected]

    15. Bekalan 3 fasa yang disambungkan dalam bentuk bintang mengeluarkan arus150Amp dimana voltannya 0.415kv dan faktor kuasanya ialah 0.75 mengekor.Kirakan

    i. Voltan terminalii. Kuasa ketaraiii. Kuasa sebenar

    Jawapan

    i. Voltan terminal = voltan talian__________

    3= 415

    ___1.73

    = 239.88, = 240vii. Kuasa Ketara = V x I

    = 415 x 150= 62250VA= 62.25KVA

    iii. Kuasa Sebanar = V x I x kos = 415 x 150 x 0.75= 46687.50watt= 46.69kw

    16. Berikan istilah berikut pada motora. Pelindung beban lampaub. Pemutar belit (rotor winding)c. Pemutar arus lebihd. Perlindungan tanpa voltan

    Jawapan

    a. Pelindungan beban lampau- Akan memutuskan litar motor apabila berlaku beban lampau (arus meningkat

    lebih daripada hadnya)b. Pemutar belit- Bahagian yang berpusing dalam motor atau mesin arus ulang-alik. Biasanya

    terdapat pada motor aruhan pemutar berlilit dan tujuan pemutar dibelitkan ialahuntuk mengawal kelajuan motor tersebut

    c. Pelindungan arus lebih- Akan memutuskan litar apabila berlaku arus lebih akibat litar pintas atau

    pertambahan beband. Perlindungan tanpa voltan- Akan memutuskan litar motor apabila bekalan tergendala dan motor itu tidak

    dapat hidup sendiri setelah bekalan diberikan semula sebelum dihidupkan denganmenggunakan pemula

  • [email protected]

    17. Berikut adalah pemula yang biasa digunakan untuk motor tiga fasa arus ulang-alik. Terangkan kegunaan dan kendalian setiap pemula tersebut

    i. Pemula terus pada talian (talian terus)ii. Pemula bintang-delta

    Jawapan

    i. Pemula terus pada talian (talian terus)Kegunaan- Untuk motor yang kecilKendalian- pemula ini dipasang terus kebekalan tanpa mengurangkan voltan talian.Apabila berlaku beban lampau, ia akan memutuskan litar kawalan pemula danseterusnya bekalan pun akan terputus

    ii. Pemula bintang delta (star delta)Kegunaan- utuk motor yang sederhanaKendalian- motor ini dihidupkan dengan litar bintang (star) dan akan bertukarmenjadi litar delta. Apabila motor ini mula berputar, voltan setiap fasa direndahkanjika berlaku beban lampau, ia kan memutuskan semua litar bekalan.

    18. Nyatakan 3 jenis kabel yang boleh digunakan untuk pendawaian elektrik bawahtanah

    Jawapan

    3 jenis kabel yang boleh digunakan untuk pendawaian elektrik bawah tanah ialah:i. kabel bertebatkan pvk, berperisai dan bersarungkan pvk (pvc/swa/pvc) cableii. kabel yang bertebatkan kertas dan bersung plumbum (PILC Cable)iii. kabel yang bertebatkan kertas, bersarungkan plumbum dan berperisai

    (PILCDSTAS Cable)

    19. Berikan kebaikan dan keburukan sistem penghantaran talian rentang atas dandalam tanah

    Kebaikan penghantaran talian rentang atas ialahi. Kerja pemasangan cepatii. Perbelanjaan kurangiii. Mudah membaiki kerosakkanyaiv. Perubahan mudah dijalankan

    Keburukan penghantar talian rentang atas ialah:i. Tidak kemasii. Mudah putusiii. Memerlukan tiangiv. Barbahaya jika putus

    Kebaikan penghantaran dalam tanah ialah:i. Tidak memerlukan tiangii. Kemas dan cantikiii. Sukar putus

  • [email protected]

    Keburukan penghantaran dalam tanah ialahi. Kerja pemasangan lambatii. Perbelanjaan lebihiii. Sukar membaiki kerosakkaniv. Perubahan dan tambahan merumitkan

    20. Berikan istilah dengan jelas mengenai perkara-perkara yang terdapat pada platsesebuah motor elektrik arus ulang-alik tiga fasa berikut:

    i. Dutyii. Rpmiii. Voltsiv. Ampsv. Insulationvi. KVAvii. DBA/Noiseviii. SV factorix. Serial no.

    DUTYAdalah jangkamasa keupayaan kendalian bagi motor tersebut. Biasanya terdapat duajenis duty iaitu

    - ContinuousBermakna motor tersebut boleh dikendalikan tanpa henti atau tiada had masa untukmemberhentikan motor tersebut- Short timeBermakna motor tersebut memerlukan had masa untuk dikendalikan

    RPMAdalah menerangkan kelajuan sebenar (kelajuan rotor) bagi motor tersebut- pusinganseminit (PSM)

    VOLTSMenerangkan ketahanan voltan yang boleh diterima per fasa bagi motor

    AMPSMenerangkan tentang arus maksima yang boleh diterima oleh motor dalam tempohtiada had

    INSULATIONMenerangkan tentang kelas-kelas penebatan yang digunakan oleh motor tersebut(contohnya kelas C suhu maksima adalah lebih tinggi daripada 180c)

    KVAKuasa ketara motor tersebut

    DBA/NoiseTahap bunyi motor tersebut

  • [email protected]

    SV FactorService factor 1.0 bermakna motor tersebut tidak boleh digunakan melebihi kuasayang tercatat. Jika motor tersebut dikendalikan lebih dari kuasa yang tercatat ini akanmenyebabkan penebatan motor tersebut cepat rosak. Service faktor yang biasadigunakan ialah antara 1.0 sehingga 1.5

    Serial No.Nombor siri pengenalan motor berkenaan. Ini adalah menyatakan nombor individumotor tersebut

    21. a. Mengapa voltan dari penjana dinaikkan dahulu nilainya sebelum diagihkanb.Berikan dua sebab bekalan arus terus tidak banyak digunakan sekarang dan

    berikan juga dua contoh penggunaan ini

    Jawapan

    a. mengatasi susut voltan, mengurangkan saiz kabelb. dua sebab bekalan arus terus tidak banyak digunakan sekarang ialah voltan tidak

    boleh dikawal dan perbelanjaan bagi membaiki susut voltan pada sistempenghantaran mahal. Manakala dua contoh penggunaan bekalan ini ialahpengecas bateri dan lampu kecemasan

    22. Nyatakan lima kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumi

    Jawapan

    Lima kaedah bagi mengurangkan nilai rintangan elektrod bumii. Menambahakan panjang atau luas keratan rentas elektrodii. Memasang beberapa batang elektrod bumi secara selari di luar kawasan

    elektrod bumi tersebut (6 meter atau 2 kali ganda panjang elektrod yang telahditanam

    iii. Mengisi garam di sekeliling elektrod (8 bulan sekali)iv. Menanam bahan kimia seperti magnesium kuprum atau garam batu

    23.a. Namakan tiga cara bagi mendapatkan sudut pisahan antara watt (w) dan voltampere(VA) menjadi sekecil yang mungkin

    b. Terangkan bagaimana sebuah motor segerak boleh digunakan sebagai pembaikfaktor kuasa dalam sebuah pepasangan yang besar

    Jawapan.a. Tiga cara bagi mendapatkan sudut pisahan antara watt dan voltampere menjadi

    sekecil yang mungkin ialah dengani. memasang kapasitor selariii. memasang motor segerakiii. memasang pemaju fasab. Motor segerak ini akan diberikan ujaan lebih daripada biasa. Oleh itu fasa voltan

    dan fasa arus pada litar tersebut akan dapat disamakan. Motor ini boleh dipasangpada beban atau dibiarkan berjalan tanpa beban, tetapi lazimnya ia digunakanuntuk melakukan kerja-kerja yang tertentu seperti menjalankan unit penyamanudara, pemampat udara dan sebagainya.

  • [email protected]

    24.a. Nyatakan tiga jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor aruhan sangkartupai tiga fasab. Terangkan tiga sebab mengapakah diadakan senggaraan pada sesebuah motor arusulang-alik

    Jawapan

    a. Tiga jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor elektrik 3 fasaaruhan sangkar tupai ialah

    i. Motor tidak dapat dihidupkanii. Bunyi bising dan gegaran yang kuatiii. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasap

    b. Tujuan senggaraan diadakan pada motor elektrik 3 fasa ialahi. Untuk keselamatanii. Mengelakkan kerosakan yang tidak didugaiii. Menentukan motor tersebut beroperasi dengan cekap

    25. Jelaskan dengan ringkas tujuan dan cara-cara ujian penebatan yang dilakukan ke ataskabel bawah tanah semasa kerja-kerja analisa kerosakkan

    Jawapan

    Tujuan ujian penebatan dilakukan ke atas kabel bawah tanah adalah untuki. Menguji ketahanan penebatan kabelii. Memastikan tiada litar pintas diantara pengalir-pengalir dalam kabeliii. Memastikan tiada kerosakkan ke bumi

    Cara-cara ujian penebatan yang dilakukan ke atas kabel bawah tanah semasa kerja-kerjaanalisa kerosakkan dengan menggunakan jangka penguji rintangan penebatan adalahseperti berikut:

    i. Ujian 1 ujian di antara pengalir hidup iaitu diantara pengalir fasa denganfasa dan pengalir fasa dengan neutral

    Merah-Kuning Merah-NeutralKuning-Biru Kuning-NeutralBiru-Merah Biru-Neutral

    ii. Ujian 2- ujian diantara punca/pengalir bumi dengan semua pengalir yangmembawa arus

    Merah-BumiKuning-BumiBiru-Bumi

    iii. Bacaan jangka penguji mestilah tidak kurang dari 1Megaohm

  • [email protected]

    26. Nyatakan 5 perkara yang mesti dinyatakan sebagai pengenalan untuk memilih sesuatujenis kabel

    Jawapan

    5 perkara yang mesti dinyatakan sebagai pengenalan untuk memilih sesuatu jeniskabel ialahi. Luas keratan rentas atau lembar,contohnya- garis pusat 6mm atau 7/1.04ii. Bahan pengalir, contohnya kuprumiii. Kod warna, contohnya- merahiv. Kadaran voltan, contohnya- 600/1000vv. Bilangan teras,contohnya 3 teras atau 4 teras

    27. Nyatakan bentuk-bentuk perlindungan yang perlu ada pada motor arus ulang-alik

    Jawapan

    Bentuk-bentuk perlindungan yang perlu ada pada motor arus ulang-alik ialahi. Perlindungan litar pintas (short circuit)ii. Perlindungan beban lebihan (over load)iii. Perlindungan voltan rendah (under voltage)iv. Perlindungan haba lampau (overheating protective device)

    28. Pertimbangan dalam pemilihan kabel diasaskan kepada beberapa factor yang akanmemberi kesan kepada factor saiz kabel dan jenis kabel bersesuaian dengan kendaliandan keperluan system. Apakah factor-faktor itu?

    Jawapan

    Faktor-faktor itu ialahi. Jenis kabelii. Keupayaan kabel membawa arusiii. Susutan voltaniv. Voltan bekalanv. Suhu ambien

  • [email protected]

    29. Kecekapan beban penuh sebuah motor 3 fasa 415v, 22kw ialah 85%. Jika arus kemotor tersebut menyusul 30 darjah kirakani. Nilai arus beban penuhii. Nilai arus jika faktor kuasanya ditingkatkan kepada 0.95

    Jawapan

    = 30Kos 30 = 0.87i. Nilai arus beban penuh: I = P

    _________________3 x V x Kos x eff

    = 22 x 1000____________________1.732 x 415 x 0.87 x 0.85

    = 22000_____530.92

    = 41.44A

    ii. Nilai arus jika faktor kuasanya ditingkatkan kepada 0.95

    I = P____________3 x Vx kos

    I = 22 x 1000_______________1.732 x 415 x 0.95

    I = 22000_____610.29

    I= 32.26Amp

  • [email protected]

    30. Senaraikan langkah-langkah segera jika berlaku renjatan elektrik

    Jawapan

    Langkah-langkah segera jika berlaku renjatan elektrik ialah orang yang menyaksikannyahendaklah bertenang dan lakukan perkara-perkara yang berikut

    i. Putuskan bekalan dengan menutup suis utama atau melitar pintaskan litar agarpemutus litar atau fius bekalan itu terputus

    ii. Jangan sentuh mangsa itu atau mengangkatnya dari tempat kejadian tanpamempunyai cukup penebatan

    iii. Jika pernafasan terhenti mulakan proses pemulihan pernafasan denganseberapa segera yang boleh

    iv. Buat panggilan kecemasan ke pusat pertolongan cemas atau hospital untukmendapatkan rawatan lanjut

    v. Rawat jika ia mengalami luka atau kecederaanvi. Sentiasa hangat tubuh mangsa itu dengan memicit-micit tubuhnya atau dengan

    sebarang cara lain dan hindarkan orang ramai dari mengerumuni mangsa itu

    31. Sekiranya sebuah motor digunakan untuk intermittent duty dan sentiasa dihidupkandan dimatikan dengan kerap, mengapakah faktor 1.4 x arus beban penuh digunakan untukmemilih luas keratan rentas kabel yang patut digunakan

    Jawapan

    Bagi sebuah motor yang digunakan untuk intermittent duty dan sentiasa dihidupkan dandimatikan dengan kerap, faktor 1.4 x arus beban penuh digunakan untuk memilih luaskeratan kabel kerana bagi mengurangkan kenaikan suhu pengalir dan sesuai untukmenanggung arus permulaan yang tinggi

    32. Sebuah motor nameplate; bertanda 6 kutub, 60hz, 1150 rpm pada beban penuh.Kirakan kegelinciran motor (slip).

    Jawapan

    S = NS NR NS = 120 x f 120 x 50________ ______ = ______ = 1200RPM

    NS P 6

    S = 1200 1150 50_________ = ____ = 0.0416 x 100 = 4.16%

    1200 1200

    * cari nilai kelajuan rotor dahulu (tanpa beban)

  • [email protected]

    33. a. Senaraikan lima(5) tujuan perlindungan motor perlu diadakanb. Kirakan kelajuan rotor bagi motor sangkar tupai yang mempunyai 6 kutub,

    beroperasi pada frekuensi 50hz dengan kadaran kegelinciran 7%

    Jawapan

    a. Lima tujuan perlindungan motor perlu diadakan ialahi. mengurangkan kerosakkanii. mengelakkan gangguan perkhidmataniii. mengurangkan / mengelakkan kerugianiv. meningkatkan hayat motorv. mengelakkan bahaya

    b. NS = 120 x f 120 x 50 6000_____ = _______ = ____ = 1000RPM

    P 6 5

    NS = NS (1-0.07) = 7%= 1000 (1-0.07)= 1000 x 0.93= 930RPM (dengan kadar kegelinciran 7%)

    34.a. Nyatakan tiga (3) jenis kaedah penyejukan pengubahb. Terangkan empat (4) jenis kehilangan yang terdapat pada pengubah

    Jawapan

    a. Tiga jenis penyejukkan pengubah ialah;i. Udaraii. Airiii. Minyak

    b. Empat jenis kehilangan yang terdapat pada pengubah ialahi. Arus pusarii. Kehilangan besiiii. Kehilangan kuprumiv. Kehilangan histerisis

  • [email protected]

    35. a) Terdapat lima jenis sistem pembumian iaitu IT, TT, TN-C, TN-S dan TN-C-S.Anda dikehendaki menerangkan makna

    i. Huruf pertamaii. Huruf keduaiii. Huruf ketiga dan keempat

    b). Lukiskan gambarajah sistem pembumian TN-S

    Jawapan

    a) Huruf pertamaT = Penyambungan terus satu atau lebih titik bumiI = Semua bahagian hidup yang diasingkan daripada bumi atau satu titikdisambungkan pada bumi melalui galangan

    b) Huruf keduaT = Penyambungan terus elektrik ke bahagian-bahagian beraliran yang terdedah kebumi dengan tidak bersandar pada pembumian mana-mana titik sumber tenagaN = Penyambungan terus elektrik ke bahagian-bahagian beraliran yang terdedah ketitik sumber tenaga yang di bumikan

    c) Huruf ketiga dan keempatS = Fungsi neutral dan perlindungan yang disediakan oleh pengalir yang berasinganC = Fungsi neutral dan pelindung yang digabungkan dalam satu pengalir

    Gambarajah sistem pembumian TN-S

  • [email protected]

    36. a) Lukiskan sebuah peranti arus baki (RCCB) dan terangkan bahagian-bahagiannyab) Dengan berpandukan gambarajah yang telah dilukis dalam soalan (a) terangkanoperasi peranti tersebutc) Jika sebuah pepasangan baru memrlukan penggunaan RCCB yang mempunyaikepekaan seperti di bawah kirakan impendan gelung bumi yang diperlukani) 100mAii) 30mA

    Jawapan

    Rajah RCCB 1 fasa

  • [email protected]

    b) Operasi RCCB- Semasa keadaan normal (tiada kebocoran arus) PLAB adalah seimbang antara gelungprimer dan sekunder, dimana pemotongan fluks berlakau dalam arah yang bertentangandan keseimbangan arus dalam gelung mengalir terus kebeban untuk membekalkan arus,gelung pengesan tidak mengesan adanya arus bocor dan litar menjadi lengkap.- Semasa keadaan tidak seimbang PLAB tidak seimbang kerana arus yang sepatutnyaberada dalam litar lengkap melalui pengalir fasa dan neutral telah mengalir masukkepengalir pelindung, ini mengakibatkan pada gelung neutral tidak berlaku pemotonganfluks dan keadaan ini akan dikesan oleh gelung pengesan, isyarat akan dihantar ke gelungpelantik dan akan memutuskan litar apabila tahap kepekaan mencapai kadarannya.

    c)i. Z = 50 / 0.1 = 500ii. Z = 50 / 0.03 = 1666.6

    37. a) Kirakan impendan gelung bumi yang diperlukan sekiranya sebuah pepasanganelektrik yang baru memerlukan pepasangan RCCB yang mempunyai kepekaan sepertiberikut

    i. 500mAii. 300mAiii. 100mAiv. 30mAv. 10mA

    b) Di dalam sesuatu pendawaian elektrik faktor yang penting diambil kira ialahperlindungan terhadap pepasangan tersebut. Sila nyatakan empat jenis perlindungan yangdiperlukan bagi pepasangan yang dimaksudkan

    Jawapan

    i. RCCB 500mA (0.5) V. RCCB 10mA (0.01)Z = V / 10 (arus kepekaan) Z = V / 10Z = 50/0.5 Z = 50 / 0.01Z = 100ohm Z = 5000ohm

    ii. RCCB 300mA (0.3)Z = V / 10Z = 50/0.3Z = 166.7ohm

    iii. RCCB 100mA (0.1)Z = V / 10Z = 50 / 0.1Z = 500ohm

    iv. RCCB 30mA (0.03)Z = V/ 10Z = 50 / 0.03Z = 1666.7ohm

  • [email protected]

    b) Jenis perlindungan yang diperlukan di dalam sesuatu pepasangan ialah-. Perlindungan terhadap renjatan elektrik samaada secara langsung atau tidak langsung- Perlindungan dari bahaya kebakaran- Perlindungan dari arus lebihan (arus beban lampau dan litar pintas)-Perlindungan dari arus bocor ke bumi dan kerosakkan ke bumi (earth leakage dan earth

    fault)

    38. Berikan maksud istilah berikuti) Elemen fiusii) Arus kadaraniii) Arus fiusaniv) Faktor fiusan

    Jawapan

    i) Elemen fiusAdalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang berlebihanmengalir melaluinya

    ii) Arus kadaranIalah arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa yang tidakterhad tanpa mencairkan elemen fius

    iii) Arus fiusanIalah arus minimum yang boleh mencairkan elemen fius

    iv) Faktor fiusanIalah nisbah arus fiusan dan kadaran fius

  • [email protected]

    39. Selain daripada ujian rintangan penebatan (instulation and resistance tester) danujian keselanjaran pelindung keterusan pengalir, (protective conductor contunity),senaraikan (5) turutan ujian yang perlu dibuat sebelum bekalan elektrikdisambungkan se suatu pepasangan elektrik yang baru. Bekalan adalah 415v,50hz.Berikan sebab-sebab mengapa ujian tersebut perlu dibuat dan apakah alt uji yangdigunakan bagi tiap-tiap ujian tersebut.

    Jawapan

    1. Ujian keterusanTujuan ini adalah untuk memastikan kedudukan terminal alat/bahan supayaapabila alat/bahan ini disambung kepada bekalania tidak tersalah kutub.Dengan ertikata lain, ia menetukan konduktor hidup disambng terus kepada:i. Terminal kanan pada suis satu kutub, terminal common pada suis dua

    halaii. Wayar hidup disabung kepada terminal L di sebelah kanan bagi soket

    alir keluar suis utama, suis dua kutub dan 3 kutubiii. Terminal tengah bagi pemegang lampu jenis skru edisonAlat uji seperti loceng, multimeter

    2. Ujian keberkesanan alat pemutus litar bocor ke bumi

    Menentukan RCCB beroperasi dalam masa yang ditetapkan jika berlaku arus bocorAlat uji-alat ubah dua lilitan

    - lampu penguji 100watt- Tekan butang penguji di RCCB/ELCB

    3. Mengukur rintangan elektrod bumi

    i) Menentukan keberkesanan elektrod bumiAlat ujian- penguji bumi (earth tester)

    4. Penguji galangan bumi

    Menentukan impendan bumi (rintangan) rendah supaya mempunyai mengalir arus bocordengan dengan elektrod dan memutuskan bekalan litar

    i) Dua ujian iaitu melalui talian hidup dan melalui talian neutral. Dengan nilaiimpendan yang diperolehi (ohm)pengiraan boleh dibuat samaada alatperlindungan bocor ke bumi akan beroperasi atau sebaliknya.

    Alat uji penguji galangan ke bumi (earth loop impendance tester)

    5. Ujian keterusan litar gelang

    Memastikan kabel yang keluar dari fius kawalan disambung di terminal soket alir keluarke terminal soket alir keluar yang lain dan akhirnyadisambung di fius kawalan yangsama. Begitu juga keadaanya dengan penyambungan kabel neutral dan bumi

    Alat ujian - multimeter, loceng

  • [email protected]

    6. Pemeriksaan bagi pengghalang dan penutup

    Menentukan semua penghalang dan penutup diikat dengan kemas dan kuat

    Alat ujian penglihatan sendiri

    7. Pemeriksaan rintangan lantai dan dinding

    Memastikan rintangan bagi lantai dan dinding bukan pengalir dan ini akanmenyelamatkan pengguna dari terkena arus bocor

    Alat ujian pengliahatanUjian-ujian tersebut dibuat di bawah keloloan perunding elektrik yang berdaftar

    8. Pressure test

    Menentukan ketahanan busbar, ia tidak membengkok dan berubah warna

    Alat ujian Pressure test set

    9. Calibration test

    Ujian ini dilakukan untuk memastikan agar OCR,EFR berfungsi dengan efektif

    Alat ujian calibration test set

    40. a) Mengapakah pemeriksaan dan pengujian perlu dilakukan pada setiap pepasanganelektrikb) Apakah ujian-ujian yang dicadangkan oleh IEE bagi sesuatu pepasangan mengikutturutanc) Mengapakah ujian-ujian pemasangan ini diperlukan dilakukan secara berturutan.

    Jawapan

    a) Tujuan pemeriksaan dan pengujian dijalankan ke atas pepasangan adalah untukmemastikan keselamatan sesuatu pepasangan telah terlaksana mengikut peraturanIEE, ST atau JKR agar berfungsi dengan betul serta selamat digunakan

    b) Ujian-ujian yang dicadangkan untuk sebuah pepasangan mestilah dilakukanmengikut turutan seperti berikut

    i. Ujian keterusan litar akhir gelangii. Ujian keterusan pengalir pelindung termasuk pengalir ikatan utama dan

    tambahaniii. Ujian rintangan elektrod bumiiv. Ujian rintangan penebatanv. Ujian kekutubanvi. Ujian galangan gelung rosak bumivii. Ujian kendalian pemutus litar arus baki

    c) Ujian dilakukan secara berturutan bertujuan bagi mengelakkan sebarang bahaya padaorang yang menguji dan untuk keselamatan pepasangan serta alat penguji.

  • [email protected]

    41. a) Sebutkan unit bagi tenaga elektrik dan apakah alat yang digunakan untukmenyukat tenaga elektrik tersebutb) sebuah rumah banglo dua tingkat mempunyai perkakas elektrik dan penggunaannyaadalah seperti berikutkirakan jumlah unit tenaga yang digunakan bagi tempoh satu bulan

    Bil beban kuasa penggunaan1 10 x lampu pendaflour 36w setiap satu 6jam sehari2 1 x cerek elektrik 1000w 2 jam sehari3 1 x vakum 800w 3 jam sehari4 1 x peti sejuk 800w 24jam sehari5 2 x penyaman udara 1hp setiap satu 3jam sehari6 1 x mesin basuh 400w 1jam sehari7 1 x jam elektrik 20w 24jam sehari8 2 x kipas siling 85w setiap satu 3 jam sehari9 2 x pemanas air 3kw setiap satu 1 jam sehari10 1 x set televisyen 50w 8jam sehari11 2 x komputer peribadi 40w setiap satu 4jam sehari12 1 x set radio 1000w setiap satu 4jam sehari13 1 x seterika elektrik 1000w jam sehari

    Berdasarkan maklumat di atas anda dikehendaki mengira penggunaan kadartenaga jika ia digunakan selama sebulan. Berapakah bayaran yang dikenakanjika tarifnya 0.20sen bagi setiap 200unit pertama dan 0.23sen bagi unit-unitselebihnya

    Jawapan

    a) Unit bagi tenaga ialah killowattjam (kwj)/watt jam (wj)/joulesb)

    Bil beban Tenaga (masa dan hari) Unit1 10 x lampu pendaflour 10 x 36 x 6 x 30 / 1000 64.802 1 x cerek elektrik 1000 x 2 x 30 / 1000 60.003 1 x vakum 800 x 3 x 30 / 1000 72.004 1 x peti sejuk 800 x 24 x 30 / 1000 576.005 2 x penyaman udara 2hp x 746 x 3 x 30 / 1000 134.006 1 x mesin basuh 400 x 1 x 30 120.007 1 x jam elektrik 20 x 24 x 30 / 1000 14.408 2 x kipas siling 2 x 85 x 3 x 30 / 1000 15.309 2 x pemanas air 2 x3000 x 1 x 30 / 1000 180.0010 1 x set televisyen 50 x 8 x 30 / 1000 12.0011 2 x komputer peribadi 2 x 40 x 4 x 30 / 1000 9.6012 1 x set radio 1000 x 4 x 30 / 1000 120.0013 1 x seterika elektrik 1000 x x 30 / 1000 15.00

    Jumlah 1393.38

  • [email protected]

    42. Apakah yang dimaksudkan dengan keamatan kilauan (liminous intersity)dan urat daya (liminous flux) nyatakan juga unit dan unit simbol bagi kedua-duanya.

    Jawapan

    Ianya ialah kekuatan punca cahaya contohnya kekuatan pancaran cahayalampu yang memancarkan cahaya ke satu arah

    -simbol yang digunakan ialah I (intensity)- Unitnya adalah cendela (kuasa lilin)

    Urat daya kilauan (luminous flux)Ianya ialah jumlah cahaya yang terkena pada satu tempat atau kawalan

    - simbol yang digunakan ialah dan unit kiraannya hanya dalam lumenFormula IE pengiraan (lumination)E 1/d2Dimana, E = lumination / pengiraan

    I = punca cahaya dalam cendela

    43. a) Tuliskan empat (4) tujuan perlindungan motor perlu diadakanb) Kirakan kelajuan rotor bagi motor sangkar tupai yang mempunyai 6 kutubberoperasi pada frekuensi 50hz dengan kadar kegelinciran 7%.

    Jawapan

    i. Mengurangkan kerosakkanii. Mengelakkan gangguan perkhidmataniii. Mengurangkan / mengelakkan kerugianiv. Meningkatkan jangka hayat motorv. Mengelakkan bahaya

    c) Ns = (120 x frekuensi) / pole= 120 x 50 / 6= 1000rpm

    Nr = Ns (1-s)= 1000 (1-0.07)= 930rpm

  • [email protected]

    43.a) Nyatakan 3 jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor aruhan sangkartupai tiga fasab) Terangkan 3 sebab mengapakah diadakan senggaraan pada sesebuah motor arusulang alik tiga fasa

    Jawapan

    a) 3 jenis kerosakkan yang biasa berlaku terhadap motor elektrik 3 fasaaruhan sangkar tupai ialah:

    i. Motor tidak dapat dihidupkanii. Bunyi bising dan gegaran yang kuatiii. Motor tidak mencapai kelajuan yang ditetapkaniv. Motor menjadi panas bila beroperasi dan mungkin berasapv. Pemutus litar terpelantik atau fius terputus sebaik sahaja dihidupkan

    b) Tujuan senggaraan diadakan pada motor elektrik tiga fasa

    i. Untuk keselamatanii. Mengelakkan kerosakkan yang tidak didugaiii. Menentukan motor tersebut beroperasi dengan cekap

    44. a) Nyatakan tiga perbezaan antara penukaran tap berbeban dengan tap tanpa bebanb) Nyatakan (4) jenis sistem penyejukan yang terdapat dalam pengubah kuasa

    Jawapan

    a) 3 perbezaan penukaran tap berbeban dengan penukaran tap tanpa beban

    bil Off tap On tap1 Voltan rendah / sederhana Voltan tinggi2 manual Automatik3 Rekabentuk suis agak mudah / ringkas Reka bentuk suis agak

    kompleks

    b) 4 jenis sistem penyejukan

    i. ONANii. ONAFiii. OFAFiv. OFWF

    A= Penyejukan oleh udara sekeliling untuk alat ubah keringN= Penyejukan semulajadi oleh pengaliran udara.B= Penyejukan secara tiupan angin (dengan bantuan radiator dan kipas)0= Direndam di dalam minyakW= Disejukan oleh airF= Peredaran udara dengan bantuan pam

  • [email protected]

    45. a) Nyatakan tiga jenis teras bagi pengubahb) Pengubah 3 fasa berkadaran 660 kvA disambung dalam bentuk bintang/bintang setiaplilitan primer mengandungi 6500 lilitan dan dibekalkan dengan voltan talian 11kv, lilitansekunder menghasilkan voltan talian 415v,kirakani. Voltan fasa pada primer dan sekunderii. Bilangan lilitan sekunderiii. Arus beban penuh pada primer dan sekunder

    Jawapan

    a) 3 jenis teras bagi pengubahi. shedii. coreiii. ringiv. tirodial

    b) i. Voltan fasa primer Voltan fasa sekunderVp = VL / 1.732 Vp = VL / 1.732

    = 11000 / 1.732 = 415 / 1.732= 6351V = 240V

    iii. Bilangan lilitan sekunderVP / VS = NP / NS

    NS = (NP X VS) / VP= (6500 X 415) / 11000= 245 lilitan

    iv. Arus beban penuh (IFL) primerIL1 = P / (1.732 X VL)

    = 660000 / (1.732 X 11000)= 34.64Amp

    Arus sekunderIL2 = P / (1.732 X VL)

    = 660000 / ( 1.732 X 415)= 918Amp

  • [email protected]

    46. a) Berikan tiga (3) jenis kaedah penyejukan pengubahb) Terangkan empat (4) jenis kehilangan yang terdapat pada pengubahc) Sesebuah pengubah tiga fasa 2 MVA yang disambungkan secara bintang delta danmempunyai nisbah lilitan 173 :50. Gegelung primer dibekalkan dengan bekalan 66kv,kirakan

    i. Voltan fasa primerii. Voltan talian sekunderiii. Arus beban penuh primeriv. Arus beban penuh sekunderv. Arus fasa sekunder pada setiap gegelung

    Jawapan

    a) Tiga jenis penyejukan pengubahi. Udaraii. Airiii. Minyak

    b) Empat jenis kehilangan pada pengubahi. Arus pusar- Arus pusar atau eddy current berlaku kerana aruhan dalam teras apabila bekalanA.U dibekalkan ke dalam teras. Jika arus pusar tidak dikawal ia akan menyebabkanhaba terhadap terasii. Kehilangan histerisis- Kehilangan ini berlaku atas geseran antara molekul-molekul logam apabila A.U

    dibekalkan dalam teras pengubah A.U berubah berkali-ali kekutubannya dalamsesaat

    ii. Kehilangan besi atau teras- Kehilangan arus pusar dan histerisis boleh diketahui sebagai kehilangan besi atau

    teras untuk sebuah pengubahiii. Kehilangan kuprum- Kehilangan ini adalah disebabkan arus yang mengalir ke dalam lilitan primer dan

    sekunder dengan menghasilkan kesan haba.

    c) i. Voltan fasa primer iv. Arus beban penuh sekunderVPP = VLP / 3 ILS = VA / (3 X VLS)

    = 66kv / 1.732 = 2MVA / (3 X 11KV)= 38.12kv = 104.9Amp

    ii. Voltan talian sekunder v. Arus fasa sekunder pada setiaptalianVLS = (VLP X N2) / (173 X 3) IPS = ILS / 3

    = (66KV X 50) / (173 X 3) = 104.9 / 1.73= 11KV = 60.56Amp

    iii. Arus beban penuh sekunderILP = VA / (3 X VLP)

    = 2 MVA / (3 X 66KV)= 17.5Amp

  • [email protected]

    47. a) Nyatakan dua (2) jenis geganti utama yang dipasang dalam satu-satu papansuis,serta terangkan secara ringkas salah satu daripadanyabagaiman ia bertindakb) Tuliskan lima (5) ujian yang diperlu dilakukan ke atas satu-satu papan suis utamac) Nyatakan lima (5) keperluan yang perlu ada di dalam bilik papan suis utama

    Jawapan

    a) Dua jenis gegantii. Serta mertaii. Lewat masaiii. Serta merta dan lewat masa

    Serta mertaDigunakan untuk memutuskan bekalan elektrik sebaik sahaja nilai kerosakkantelah mencapai tahap yang ditentukan. Selalunya jenis gegelung. Apabilagegelung tadi mempunyai kekuatan medan magnet tertentu ia akan bertindakuntuk membuka pemutus litar geganti jenis gegelung, induction cup, solidstate (electronic relay) adalah dari jenis serta merta.

    Lewat masaDigunakan apabila nilai arus biasa atau arus kerosakkan walaupun telahmencapai tahap yang ditentukan tetapi masih boleh berada dalam keadaantersebut pada satu jangka masa tertentu yang tidak merosakkan pemasanganatau peralatan. Jangka masa tersebut boleh jadi beberapa saat sehingga kebeberapa minit, jenis time lag fuse, oil dash pot, induction disc dan gegantisolid state adalah geganti lewat masa

    b) 5 jenis ujian ke atas papan suisi. Ujian penebatanii. Ujian tekananiii. Ujian suntikan primeriv. Ujian suntikan sekunderv. Ujian tatahan (calibration test)

    c) 5 keperluan bilik suisi. Alat pemadam apiii. Alas getahiii. Rajah satu garisaniv. Carta pertolongan cemasv. Anti-vermin nettingvi. Peredaran udara yang baikvii. Keluaran dan kemasukkan kabel yang mencukupiviii. Lampu dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupiix. Ruang kosong berukuran minimum 2.5kaki dibahagian belakang dan

    minimum 4.5kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerjapenyenggaraan

  • [email protected]

    48. a) Sebutkan tiga jenis papan suis utama yang biasa digunakanb) senaraikan ciri-ciri lokasi penempatan papan suis utamac) sebutkan keperluan-keperluan bilik suis utama

    Jawapan

    a) 3 jenis PSUi. Jenis cubicleii. Jenis pedestaliii. Jenis melekat di dinding (wall mounted)

    b) Ciri-ciri lokasi PSUi. Berhampiran dengan penempatan beban yang tinggi bagi

    mengurangkan perbelanjaan submain kabelii. Terhindar dari banjir atau dekat dengan punca-punca airiii. Tidak terlindung atau terhalang oleh sesuatu supaya kerja-kerja

    operasi dan senggaraan mudah dijalankaniv. Di tempatkan di dalam bilik khas dan mempunyai pintu yang

    berkunci

    c) Keperluan bilik suis- Alat pemadam api- Alas getah- Rajah satu garisan- Carta pertolongan cemas- Anti-vermin netting- Peredaran udara yang baik- Keluaran dan kemasukkan kabel yang mencukupi- Lampu dan soket alir keluar dengan jumlah yang mencukupi- Ruang kosong berukuran minimum 2.5kaki dibahagian belakang dan

    minimum 4.5kaki dibahagian hadapan PSU untuk kerja-kerjapenyenggaraan

  • [email protected]

    49. Berpandukan kepada rajah di bawah kirakan nilaia) Kuasa reaktif (KVAR)b) Faktor kuasa

    c) Berikan definisi faktor kuasa dengan jelasd) Nyatakan 5 (lima) kesan faktor kuasa rendah di dalam sesuatu pepasangan

    Jawapan

    a) Kuasa reaktifQ = (S2 P2)

    = (202 122)= 16KVAR

    b) Faktor kuasaCos = 12 / 20

    = 0.6

    c) Faktor kuasa adalah perbezaan sudut diantara arus (I) dan voltan (V) dalam litar sertanisbah diantara kuasa sebenar dengan kuasa ketara

    Faktor kuasa = nisbah kuasa sebenar (W) (KW) / kuasa ketara (VA)(KVA)

    d) Kesan kesan faktor kuasa rendah di dalam sesuatu pepasangan elektrik- Cas penalti dalam bil elektrik- Susunan voltan yang tinggi di dalam kabel- Kehilangan kuasa yang berlebihan di dalam kabel- penguranagn keupayaan membawa arus bagi kabel- kuasa yang diperolehi pada pengubah akan berkurangan

    S = 20KVA

    Q = ?

    P = 12KWsesendeng

    tentangan

    bersebelahan

    Guna formula untuk mencari kuasa reaktifKVAR1 = KVA2 KW2

    KW / KVA