buku analisis teknikal 2013

Upload: gerald-perez

Post on 04-Jun-2018

285 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    1/54

    1

    CHAPT ER PERCU M A

    BUKU ANALISIS TEKNIKAL HARGA

    EMAS 2013

    DAN CARA-CARA DOWNLOAD DANINSTALL META TRADER 4

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    2/54

    2

    Kata-kata aluan daripada Syukor Hashim,Admin Jutawanemas.com

    Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah SWT keranadengan limpah rahmatNya ebook saudara Shufaad ini dapatdisiapkan.

    Tahniah saya ucapkan kepada saudara Shufaad kerana sanggupberkongsi ilmu analisis teknikal menggunakan perisian MetaTrader 4.

    Saudara Shufaad merupakan mentor saya di dalam bidanganalisa teknikal menggunakan perisian Meta Trader4. Beliaumerupakan seorang usahawan sepenuh masa dan juga

    mengajar kelas forex di Melaka. Jadi beliau merupakan orangyang berkebolehan mengajar anda teknik-teknik analisis teknikal sehingga anda semua bolehmenguasai ilmu ini.

    Untuk pengetahuan anda semua, kebolehan membuat analisisi teknikal harga emasmemberikan kelebihan tambahan kepada pelabur-pelabur emas. Ini kerana denganmenggunakan analisis teknikal ini anda boleh melihat trend harga emas dengan mudah sertaboleh menjangkakanpergerakan harga emas pada masa akan datang.

    Ini membolehkan anda mengenal pasti buying opportunity (peluang membeli emas dengan

    banyak apabila harga emas jatuh dengan banyak). Anda juga boleh melihat momentumpergerakan harga emas serta membuat ramalan pergerakan harga emas.

    Saya percaya ilmu analisis teknikal ini sangat menarik dan perlu dikuasai oleh mereka yangbenar-benar meminati pelaburan emas.Praktikkan ilmu yang anda pelajari ini bagi menjana keuntungan yang lumayan dengan emas.

    Sekian, terima kasih.

    Syukor Hashim Adminwww.jutawanemas.com

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    3/54

    3

    PENGENALAN

    Salam hormat kepada para pembaca sekalian!

    Pertama sekali saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih lagi bernafas dan seterusnya masihdi berikan upaya untuk menulis buku ini.

    Terima kasih kerana sahabat saya Syukor Hashim, yang menjadi mentor dan penyelia saya didalam usaha menyiapkan buku ini, di samping menjadi Tuan Penasihat dalam banyak perkara.

    Terima kasih juga kepada isteri saya, yang sentiasa teguh dan sabar disisi saya, walaupunmenyedari saya ini banyak kekurangannya.

    Terima kasih kepada kawan-kawan di Public Gold, kawan-kawan traders di luar sana, dankepada kawan-kawan bisnes saya yang sentiasa memberi inspirasi kepada saya untuk menulis.

    Dan terima kasih kepada anda semua, para pembaca yang saya sayangi, semoga dengan ilmuyang saya kongsikan di dalam buku ini dapat di gunakan dengan sebaiknya oleh anda semua.

    Terima kasih,

    Terima kasih dan

    Terima kasih.

    Noor Shufaad bin Md Norani:

    http://www.melakafx.comhttp://www.shufaad.com

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    4/54

    4

    IMBAS KEMBALI HARGA EMAS TAHUN 2012

    MENUKARKAN HARGA EMAS DUNIA KE DALAM HARGA RINGGIT MALAYSIA

    ANALISIS TEKNIKAL

    BAB 1: META TRADER 4 (MT4)

    1.1 Memperkenalkan, MT41.2 Memuat turun MT41.3 Mencipta akaun demo1.4 Bereksperimen dengan tools di MT41.5 Mengenalpasti jenis-jenis chart di dalam MT4

    BAB 2: SUPPORT & RESISTANCE

    2.1 Memahami konsep Support & Resistance2.2 Panduan asas melukis paras Support & Resistance2.3 3 strategi untuk mencari paras Support & Resistance

    BAB 3: MENGGUNAKAN TOOLS DAN INDIKATOR

    3.1 Time, trend dan trendline

    3.2 Relative Strength sebagai petunjuk momentum

    BAB 4: MEMBELI DAN MENJUAL EMAS FIZIKAL MENGGUNAKANKAEDAH ANALISIS TEKNIKAL

    4.1 Membeli emas fizikal menggunakan kaedah analisis teknikal4.2 Menjual emas fizikal menggunakan kaedah analisis teknikal

    BAB 5: MENGGUNAKANKITCO.COM SEBAGAI SUMBER FUNDAMENTALDAN TEKNIKAL

    3.1 Membaca dan memahami PM roundup3.2 Menggunakan Analisis Teknikal oleh Jim Wyckoff 3.3 Menggunakan Wyckoff Market Rating System

    KESIMPULAN

    LAMPIRAN - Modul Kelas Analisis Teknikal Harga Emas

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    5/54

    5

    IMBAS KEMBALI HARGA EMAS TAHUN 2012

    Sebelum kita memulakan sebarang analisis untuk tahun 2013, apa kata kita lihatdahulu harga emas berdasarkan bulan sepanjang tahun 2012.

    BULAN OPEN HIGH LOW CLOSE * +/-

    Januari 1569.08 1747.54 1567.04 1737.45 +168.37

    Februari 1736.50 1790.51 1686.74 1695.60 -40.9

    Mac 1695.07 1725.72 1627.97 1667.84 -27.23

    April 1669.86 1683.27 1612.22 1664.10 -5.76

    Mei 1664.43 1671.18 1526.88 1560.10 -104.33

    Jun 1560.30 1640.55 1544.65 1597.00 +36.7

    Julai 1598.60 1629.13 1554.48 1614.12 +15.52

    Ogos 1614.07 1692.64 1584.08 1691.15 +77.08

    September 1690.75 1787.37 1685.40 1771.95 +81.2

    Oktober 1770.93 1795.75 1698.45 1720.38 -50.55

    November 1719.94 1754.53 1672.47 1714.53 -5.41

    Disember 1714.33 1723.23 1635.45 1675.76 -38.57

    *harga +/- di ambil dari harga Close tolak harga Open

    Dari mana saya dapat semua harga di atas? Tentulah dari chart gold atau emasyang ada di dalam perisian MT4 yang akan anda pelajari sebentar lagi. Sebenarnyaanda bukan sahaja boleh lihat harga emas berdasarkan bulan, tetapi juga anda

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    6/54

    6

    boleh melihat nya berdasarkan minggu, hari dan lebih kecil dari itu. Dan bagi yangada banyak masa lapang dan tak tau nak buat apa, anda boleh tengok harga emas

    bergerak setiap saat!

    Bagi anda yang mengikuti rapat perkembangan harga emas dunia, saya yakinanda telah membeli atau menambah stok emas fizikal anda pada harga yangterbaik.

    Sebagai contoh, jika anda perhatikan jadual di atas, harga terendah yang pernahdi capai oleh emas dunia ialah $1526.88 iaitu pada bulan Mei. Dan harga yangtertinggi pula ialah pada $1795.75 , yang di catatkan pada bulan Oktober.

    Secara realitinya juga, agak mustahil untuk anda mendapat harga yang terendahdan tertinggi ini. Sebab apa? Sebabnya, harga yang terendah atau tertinggi initidak akan kekal untuk tempoh lebih dari satu saat!. Melainkan anda lebih pantasdari kilat dan petir!

    Baiklah. Cuba anda perhatikan senario di bawah ini:

    Katakanlah anda mula membeli emas fizikal pada harga $1550, iaitu sekitar

    bulan Mei dan Jun dan Anda menjual sebahagian atau kesemuanya pada harga $1750, iaitu sekitar

    bulan September, Oktober dan November, Secara matematiknya, anda akan mendapat untung sebanyak $200 untuk

    setiap ounce (oz) emas yang anda beli. Dan ianya tidak sampai pun 6bulan! Menarik bukan?

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    7/54

    7

    MENUKARKAN HARGA EMAS DUNIA KEPADA HARGA EMAS DI DALAM RINGGITMALAYSIA

    Oleh kerana kita ini berada di Malaysia, maka saya suka ingatkan bahawa hargayang kita lihat di dalam jadual di atas, haruslah di tukarkan kepada RinggitMalaysia (RM).

    Ini kerana, harga emas dunia di sebut di dalam USD (selepas ini saya tulis sebagai$ sahaja) dan ianya di dalam ukuran ounce (oz). Ianya di sebut begini:

    1 oz gold = $1550 (contoh harga anda beli tadi)

    Atau1 oz gold = $1750 (contoh harga anda jual)

    Baiklah. Apa kata anda lihat formula untuk menukarkan harga emas di dalam USDkepada RM di bawah ini:

    Harga emas dunia di dalam ounce /31.1 = Harga emas di dalam USDper gram

    Harga emas di dalam USD per gram X Kadar tukaran USD/MYR =Harga emas di dalam Ringgit Malaysia per gram

    Harga yang anda kira di atas juga di sebut sebagai harga spot. Maksudnya, ianyasekadar harga dan tiada kos-kos lain seperti insurans, keuntungan syarikat danlain-lain.

    Boleh tak kalau anda hendak membeli harga spot? Boleh kalau anda spot traders.Itu pun tak boleh dapat betul-betul harga tu sebab ada spread atau caj yang dikenakan oleh broker untuk setiap transaksi.

    Jika anda hendak membeli emas fizikal, ada caj-caj lain yang perlu di masukkansekali di dalam pengiraan harga. Dan sudah tentulah ianya lebih mahal dari hargaemas spot.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    8/54

    10

    Jadi, anda ingin membeli emas fizikal?

    Sekiranya anda hendak membeli emas fizikal, adalah baik sekiranya andamengetahui serba sedikit tentang perkara-perkara di bawah ini:

    1. Premium oleh syarikat emas Keuntungan yang di ambil oleh syarikatemas berdasarkan harga emas dunia dengan harga yang di caj kankepada pelanggan. Ia berbeza dari setiap satu syarikat. Ada yang rendah,ada juga yang sangat tinggi.

    2. Kos lain seperti transportation atau workmanship Ada sesetengah

    syarikat mengenakan transportation kos, manakala yang lain pula akanmengenakan workmanship atau upah tukang. Anda haruslah maklumtentang kos tersebut sebelum apa-apa keputusan pembelian hendak dibuat.

    3. Kadar tukaran wang semasa Di dalam pengiraan harga emas, rate diantara United State Dollar (USD) dan Malaysian Ringgit (MYR) perlu diambil. Kadar tukaran wang di antara sesuatu Negara melambangkankekuatan ekonomi sesebuah Negara tersebut. Sebagai contoh, sekitar

    pertengahan tahun 2012, kadar tukaran wang di antara USD dan MYRialah sekitar 3.02 (1 dollar = RM3.02 ringgit). Tetapi ketika buku inisedang di tulis, kadar ini telah berubah kepada 3.12 (1 dollar = RM3.12).Ini menunjukkan ekonomi US sedang mengalami fasa pemulihan secaraperlahan-lahan. (jikalau anda pandang dari sudut lain pula, mungkinekonomi Malaysia yang menguncup.)

    4. Kekerapan syarikat emas menukar harga berdasarkan harga semasa -Jika dahulu, agak sukar untuk anda mencari kedai emas yang menukar

    harga setiap hari. Apatah lagi kalau setiap 20 minit! Jadi untukmengaplikasikan pengetahuan analisis teknikal kepada produk merekaadalah mustahil. Oleh kerana kesedaran tentang pergerakan harga emassudah semakin tinggi sekarang, maka terdapat sesetengah syarikat emasyang akan menukar harga produk mereka setiap 20 minit sekali. Inimerupakan satu improvement yang baik untuk kita sebagai pembeli danpenjual emas yang bijak.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    9/54

    11

    5. Spread - ketika anda ingin menjual emas anda semula, perhatikan hargaWe Sell (harga jual kepada pelanggan) dan We Buy (harga beli emas

    pelanggan) yang di paparkan oleh syarikat. Jikalau perbezaan antaraharga We Buy dan We Sell ini tinggi, maka tinggilah spread emas syarikattersebut. Jika syarikat tidak menulis harga We Buy, jenuhlah andamenekan kalkulator .

    Mungkin ada beberapa faktor lain yang tidak sempat saya masukkan di sini, tetapiuntuk tujuan buku ini, saya rasa sudah memadai. Apa yang lebih penting di siniialah bagaimana anda hendak menggunakan ilmu yang bakal anda pelajari iniuntuk mendapatkan keuntungan yang paling maksimum.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    10/54

    12

    ANALISIS TEKNIKAL

    Sebelum saya mengulas apa itu analisis teknikal dengan lebih lanjut, apa kata lihatmaksud Technical Analysis yang ada di dalam internet;

    In finance, technical analysis is security analysis discipline forforecasting the direction of prices through the study of past market data,primarily price and volume.

    Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Technical_analysis

    A method of evaluating securities by analyzing statistics generated bymarket activity, such as past prices and volume. Technical analysts do notattempt to measure a security's intrinsic value, but instead use charts andother tools to identify patterns that can suggest future activity.

    Sumber:http://www.investopedia.com/terms/t/technicalanalysis.asp#axzz1jbSlRgNX

    Daripada definisi Analisis Teknikal di atas, ada 2 perkara penting yang perlu andafahami;

    1) Analisis teknikal merupakan kajian berkaitan pergerakan harga di masahadapan menggunakan harga yang telah lepas (dan volume) dan

    2) Ia menggunakan tools seperti chart patterns dan lain-lain untuk tujuantersebut.

    Secara ringkasnya, seperti ramalan cuaca, kita akan melihat kepada beberapafaktor kemungkinan (probabilities) sama ada hujan akan turun atau pun tidak.Jika awan hitam dah terbentuk, nak hujan dah tu. Kalau time pagi tu panas teriksemacam je, ada kemungkinan hujan masa petang. Dan kalau kat belakang rumah

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    11/54

    13

    kita ada katak, dan dieorang (katak dan kawan-kawan) saling berbalas pantun,siap aje lah payung. Ini semua ada lah kemungkinan yang berlaku sebelum

    turunnya hujan.

    Di dalam analisis teknikal, kita akan mengkaji semua kemungkinan ini. Cumamungkin kerana skop buku ini yang lebih menumpukan kepada emas fizikal, makasebarang kesilapan semasa membuat analisis tidak akan memberi kesan yangsangat kritikal. Cuma kalau anda membeli pada harga yang paling tinggi dalamsejarah, anda kena tunggu lama sikit lah untuk untung.

    Ok?

    BAGAIMANA ANALISIS TEKNIKAL BOLEH MEMBANTU ANDA?

    Secara ringkasnya, Analisis Teknikal akan mencatatkan pergerakan harga semasadan yang telah lepas sambil memberikan gambaran pergerakan harga di masahadapan. Dengan adanya pengetahuan pergerakan harga ini, anda akan dapatmembuat keputusan untuk :

    Membeli emas pada harga terbaik, sama ada secara sikit-sikit atau

    memborong dan Menjual sebahagian daripada stok emas fizikal yang telah anda miliki ataupun

    menjual kesemuanya pada harga terbaik.

    Anda juga perlu memahami bagaimana untuk menggunakan tools dan indicator yang di sediakan di dalam platform MetaTrader 4 untuk membuat analisis ini.

    Seperkara lagi yang harus di ingat.

    Membuat analisis teknikal bukanlah berdasarkan kepada andaian atau rasa-rasa.Ini kerana saya banyak menerima SMS dan email yang bertanyakan tentangperkara di atas. Antara soalan yang gemar di tanya adalah seperti berikut:

    En Shufaad. Agak-agak harga emas boleh naik tak 6 bulan lagi?

    Ada juga yang lebih ekstrem;

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    12/54

    14

    Jikalau saya membeli emas sekarang, boleh kah tuan memberi jaminan yangharga emas akan naik dan saya boleh untung cepat?

    Ada juga yang macam ni,

    Kawan saya cakap, raya Cina ni harga emas turun. Apa komen En Shufaad?

    Di sini saya ingin menekan kan bahawa, tiada orang, tiada seorang pun pakaranalisis teknikal di dunia yang mampu meramal, membuat analisis dengan tepat,apatah lagi membuat jaminan, tidak kiralah dalam tempoh yang dekat, mahupundalam tempoh yang panjang, mahupun ketika mana-mana perayaan berkenaan

    ke mana hala tuju harga emas.

    Apa yang boleh kita lakukan ialan dengan membuat kajian berdasarkan kepadatrend harga yang telah lepas dan seterusnya meningkatkan kemungkinan tepatanalisis tersebut.

    Yang penting, gabungan kemahiran menggunakan tools dan indicator dan jugakepekaan anda terhadap faktor-faktor fundamental akan memastikan anda dapatmembuat analisis dengan lebih baik.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    13/54

    15

    BAB 1

    META TRADER 4

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    14/54

    16

    TOPIK-TOPIK YANG TERLIBAT

    Memperkenalkan MT4, Memuat turun MT4, Mencipta akaun di MT4 danBereksperimen dengan Tools di dalam MT4, Mengenalpasti jenis-jenis chart di

    dalam MT4

    M MEMPERKENALKAN, MT4

    etaTrader 4 ialah suatu perisian yang di tawarkan oleh kebanyakanbroker Foreign Exchange yang digunakan untuk transaksi perdagangan

    matawang, metals dan pelbagai lagi instrumen pelaburan secara online.

    Ia boleh di muat turun ke komputer atau pun laptop dengan mudah dan percuma.Bagi mereka yang mempunyai smart phone, contohnya iPhone, anda juga bolehmemuat turunnya di telefon anda.

    Bagi mereka yang pertama kali menggunakan perisian ini, saya yakin anda andamempunyai tanggapan awal betapa susahnya dan aliennya perisian ini kepadaanda.

    Sebenarnya, salah satu matlamat buku teknikal ini di tulis adalah untukmembantu anda, secara langkah demi langkah, untuk memahami bagaimanamenggunakan perisian MetaTrader ini dengan lebih baik.

    Jadi sebelum anda membaca harga emas, ikut saya. Saya akan tunjukkan andabagaimana untuk menggunakan perisian ini dengan cara yang terbaik.

    Antara perkara-perkara penting yang akan saya tunjukkan ialah:

    Bagaimana untuk memuat turun perisian Metatrader 4 Bagaimana mahu mencipta akaun demo anda yang pertama Dan seterusnya kita akan bereksperimentasi dengan menu, ikon dan tools

    yang ada di dalam perisian ini.

    Mari kita mulakan!

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    15/54

    17

    MEMUAT TURUN PERISIAN META TRADER 4

    Untuk tujuan analisis teknikal harga emas kita memerlukan perisian Meta Trader4 atau pun di sebut sebagai MT4. Perisian ini adalah percuma dan boleh dimuatturun daripada laman web broker FXPro.

    Mengapa FxPro? Broker ini mempunyai reputasi yang hebat apabila memenangibeberapa pengiktirafan seperti Best STP Broker 2012 , Best Forex Broker 2008,Best Forex Broker 2009, Best Global Trading Platform 2010 dan Fastest GrowingGlobal Forex Broker 2010 selain telah menjadi penaja kepada pasukan bola sepakFulham dari Liga Perdana Inggeris dan juga official partner kepada Asian

    Champions League.

    Saya secara peribadi juga telah menggunakan perisian MT4 dari FxPro selama 7tahun untuk bisnes online trading saya. Ia memang broker yang boleh di percayaidi samping mempunyai khidmat sokongan (online support) yang sangat baik.Perkara-perkara seperti ini sangat di titik beratkan sekiranya anda berhasratuntuk menjadi seorang online trader.

    Jikalau anda berminat untuk mendalami ilmu online trading (spot gold dancurrency trading), saya syorkan agar anda mendaftar ke kelas Personal atauGroup coaching saya. Insyallah saya boleh menjadi mentor anda. Anda bolehmelihat modul untuk kelas Personal Coaching ini di bahagian Lampiran 2.

    Untuk jadual lengkap kelas ini pula, saya menjemput anda untuk melayari blogsaya iaitu www.melakafx.com .

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    16/54

    18

    Baiklah. Sekarang, apa kata anda ikut langkah-langkah berikut:

    1. Layari laman web http://www.fxpro.com untuk memuat turun platform MT4.

    Buat pengetahuan anda juga, sudah banyak pembaharuan di dalam website inisemenjak buku ini pertama kali di tulis. Jadi, semestinya ini adalah topik yangpaling wajib untuk saya update . Kalau tak, macam mana anda nak download MetaTrader kan?

    Bagi anda yang telah memuat turun perisian MT4 ini dari broker lain, its ok. Andamasih boleh gunakan perisian tersebut. Mungkin terdapat sedikit perbezaan darisegi harga emas tersebut, tetapi secara teknikal nya, ia masih lagi sama. Yangpenting, ianya adalah MT4.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    17/54

    19

    2. Gerakkan pointer mouse anda pada tab Forex Trading dan seterusnya klik padaFxPro MT4 Desktop seperti di dalam rajah di bawah.

    3. Klik pada butang Download MT4 Desktop (berwarna biru).

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    18/54

    20

    4. Klik pada butang Save File untuk menyimpan fail setup tersebut.

    5. File yang telah di save ini biasanya akan di simpan di folder download. Klik duakali pada ikon fxprocom4setup.exe dan satu tetingkap Open File akan muncul.Klik butang Run untuk melaksanakan proses installation perisian ini.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    19/54

    21

    6. Langkah seterusnya adalah sangat mudah. Anda hanya perlu klik butang Nextseperti di dalam gambarajah di bawah:

    7. Tick di dalam kotak Yes, I agree.... Kemudian klik butang Next.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    20/54

    22

    8. Pastikan anda kekalkan installation folder seperti yang di cadangkan. Klik Next.

    9. Klik butang Finish untuk melancarkan program Meta Trader 4.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    21/54

    23

    9. Di bawah adalah paparan pertama yang anda akan lihat selepas anda berjayameng install program Meta Trader 4. Sama tak? Kalau sama, tahniah ye! Kalau

    tak , ulang balik langkah-langkah di atas sampai berjaya. Ingat, repetition is themother of knowledge .

    Di bahagian seterusnya, saya akan menunjukkan kepada anda bagaimana untukmencipta akaun demo yang akan di gunakan sepanjang proses orientasi anda didalam bab Analisis Teknikal ini. Sebelum itu, apa kata anda klik butang Cancel didalam kotak di atas.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    22/54

    24

    MENCIPTA AKAUN DEMO DI METATRADER 4

    Salah satu kelebihan MT4 ialah anda boleh mencipta seberapa banyak akaundemo yang anda mahukan. Akaun demo ini di gunakan oleh online traders untukberlatih pelbagai strategi dan displin sebelum mereka menggunakan real akaun .

    Oleh kerana matlamat anda mempelajari ilmu Analisis Teknikal ini hanya untukmembeli dan menjual emas fizikal, maka tidak perlulah anda membuka realakaun. Memadai dengan akaun demo. Yang penting, anda boleh baca harga emasdan boleh membantu anda untuk membuat keputusan untuk membeli ataumenjual.

    Baiklah. Sekarang apa kata anda ikut langkah-langkah di bawah ini:

    1. Klik File > Open an Account . Isi maklumat seperti yang tertera di bawah.Pastikan anda ikut minimum karakter seperti yang di cadangkan di dalam kotaktersebut. Kemudian tandakan di dalam kotak I agree to subscribe..... Klikbutang Next .

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    23/54

    25

    2. Kemudian anda nampak tetingkap seperti di bawah. Klik butang Next .

    3. Anda nampak Login dan Password di bawah? Jangan salin. Ni akaun demo saja.Klik butang Finish.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    24/54

    26

    4. Jika semuanya berjalan lancar, anda akan mendengar suara perempuan yangberkata Incoming mail dan anda akan dapat melihat akaun anda di sebelah

    kiri, di dalam kotak Navigator. Oh ya, kalau anda dengar suara lelaki yangcakap, tu suara jiran sebelah rumah anda.

    Tahniah kerana anda telah berjaya mencipta akaun demo pertama anda di MT4!Kalau anda rasa nak mahir lagi, ciptakan akaun demo banyak-banyak. Ia percumadan boleh di cipta tanpa had.

    Dan, jikalau anda gagal mencipta akaun demo seperti di atas, besar kemungkinananda mengalami masalah capaian ke internet. Cuba hubungi internet provideranda. Jikalau internet anda ok, cuba isi semula semua details yang perlu seperti dilangkah 1. Kalau tak boleh jugak, cuba esok.

    Selamat mencuba!

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    25/54

    27

    BEREKSPERIMEN DENGAN TOOLS MT4

    Setelah anda berjaya mencipta akaun demo, maka seterusnya anda haruslah tahubagaimana untuk menggunakan tools yang ada di dalam MT4 ini. Sebenarnyaterdapat banyak tools menarik yang boleh di gunakan, tetapi untuk buku ini sayaakan menunjukkan beberapa tools yang penting dan kerapkali di gunakan didalam proses menganalisis harga emas.

    1. Membuka chart gold

    i. Untuk membuka graf atau chart baru, sebagai contoh chart gold atau emas,

    anda perlu klik pada New Chart > Metals > Gold

    Anda juga akan dapat melihat di gambarajah di atas bagaimana anda boleh

    membuka graf silver (perak), goldeuro dan silver euro.

    Buat pengetahuan anda juga, di dalam FxPro, graf emas di panggil sebagaiGold sahaja dan bukannya GoldUSD atau AUXUSD. Namun ia memberimaksud yang sama iaitu harga emas tersebut di sebut di dalam US Dollar.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    26/54

    28

    Di bawah ini adalah graf emas yang telah siap untuk anda explore:

    ii. Sekarang, klik kanan pada mana-mana bahagian di dalam graf emas anda.Kemudian, klik Grid untuk menghilangkan garisan grid (garisan putus-putus)pada chart anda.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    27/54

    29

    Dan anda akan lihat hasilnya seperti di bawah:

    iii. Sekarang, apa kata anda klik kanan pada chart anda sekali lagi. Cuma kaliini, anda klik pada Properties .

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    28/54

    30

    Ini hasilnya;

    iv. Sekarang, klik pada kotak kosong sebelah Color scheme . Kemudian klik lagipada pilihan Black and White . Klik OK.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    29/54

    31

    Ini hasilnya;

    Tahniah! Anda bukan sahaja telah membuka graf emas, malahan anda telahberjaya menukar background color chart tersebut kepada warna Black andWhite.

    Jikalau anda ingin bereksperimen lagi dengan warna, di persilakan. Andaboleh menukar warna setiap satu bar chart di atas di bahagian colors. Cumakali ini, jangan pilih color scheme, tetapi pilih lah warna dari bahagiankanan kotak color seperti di atas.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    30/54

    32

    2. Menggunakan fungsi zoom untuk membesar dan mengecilkan chart anda

    Jikalau anda merasakan bahawa paparan graf emas di skrin anda terlampau kecilatau terlampau besar, anda boleh menggunakan ikon zoom seperti di bawah:

    1. Di sebelah kiri (kanta pembesar dengan tanda tambah) ialah ikon zoom in.Klik ikon ini berkali-kali untuk membesarkan graf emas anda.

    2. Di sebelah kanan pula (kanta pembesar dengan tanda tolak) ialah ikonuntuk zoom out. Klik ikon ini untuk mengecilkan chart anda.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    31/54

    33

    3. Menukar time frame graf emas anda

    Time frame default bagi chart anda ialah H1. Ia bermaksud satu jam atau hourly.Maksudnya, setiap satu candlestick atau bar chart yang anda lihat mempunyaitempoh masa selama satu jam.

    Periodicity toolbar

    1 jam

    1 jam

    Gambarajah di atas menunjukkan bahawa untuk setiap satu bar chart di atas,

    mempunyai tempoh masa selama 1 jam. Tak kira lah panjang atau pun pendekbar graf tersebut. Ia juga bermaksud, selepas 1 jam, satu bar chart baru akanterbentuk dan satu lagi bar akan mula kelihatan.

    Jikalau anda ingin menukar time frame chart anda, anda hanya perlu klik padamana-mana ikon di periodicity toolbar tersebut. Secara ringkasnya, ini ialah timeframe yang di sediakan di dalam MT4:

    M1 = 1 minit

    M5 = 5 minitM15 = 15 minitM30 = 30 minitH1 = 1 jamH4 = 4 jamD1 = Daily atau 1 hariW1 = Weekly atau 1 mingguMN = Month atau 1 bulan

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    32/54

    34

    Menukar time frame memang sangat mudah. Di sebalik mudah nya itu, iasebenarnya mempunyai fungsi yang sangat penting.

    Di dalam bab yang lain nanti saya akan menerangkan kepada anda bagaimanauntuk menggunakan time frame dengan lebih efektif. Skil ini amat pentingkerana ia akan mempengaruhi pandangan anda terhadap keadaan pasaransemasa.

    4. Menggunakan garisan Vertical dan Horizontal

    Salah satu tool yang akan anda gunakan dengan sangat kerap ialah garisanvertical dan horizontal. Sebenarnya, garisan horizontal akan di gunakan denganlebih kerap berbanding garisan vertical.

    1. Di sebelah kiri sekali ialah ikon untuk garisan vertical. Garisan vertical di

    gunakan untuk melihat tarikh dan masa manakala di sebelah kanan pulaialah garisan horizontal. Garisan horizontal pula di gunakan untuk melihatharga di dalam US Dollar (USD).

    2. Bagaimana untuk menggunakan tools ini?

    i. Klik pada ikon vertical atau horizontal,ii. Kemudian gerakkan mouse anda kepada mana-mana bar di dalam graf

    emas anda,

    iii. Klik kiri mouse andaiv. Anda akan dapati garisan-garisan tersebut akan di petakan ke atas carta

    emas anda.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    33/54

    35

    GarisanHorizon tal

    GarisanVer t ical

    3. Anda juga akan dapati bahawa anda akan lebih kerap melukis garisanhorizontal berbanding garisan vertical. Mengapa? Jawapannya mudah,kerana garisan horizontal akan di gunakan dengan banyaknya untukmelukis paras support dan resistance. Paras-paras ini lah yang akan diperhatikan oleh semua online trader untuk membantu mereka membuatkeputusan trading mereka.

    4. Selain itu, anda juga boleh menukar warna dan nilai (value) setiap garisanhorizontal atau vertical tersebut. Apa yang perlu anda lakukan ialah;

    i. Klik dua kali pada garisan horizontal atau verticalii. Klik kananiii. klik horizontal line properties (untuk garisan horizontal) atau vertical line

    properties (untuk garisan vertical)iv. Untuk menukar warna garisan horizontal (atau vertical) tersebut, anda

    boleh menukarnya di kotak style

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    34/54

    36

    v. Jikalau anda ingin menukar kan nilai garisan horizontal ini, klik pada tabparameter di sebelah tab common . Kemudian tukar kan nilai valuenya.Bagi setiap garisan horizontal yang anda tukarkan nilanya, garisantersebut akan bergerak bagi menandakan harga baru tersebut.

    vi. Untuk garisan vertical pula, anda boleh menukarkan tarikh dan jugamasa. Setiap kali anda menukar tarikh dan masa nya, garisan verticaltersebut akan bergerak bagi menandakan tarikh dan masa baru yanganda pilih.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    35/54

    37

    v. Bagaimana jika anda ingin membuang garisan-garisan vertical danhorizontal tersebut?

    i. Jika anda ingin delete hanya satu garisan, klik dua kali (double klik) padagarisan tersebut dan tekan button delete pada komputer atau laptopanda.

    ii. Jika anda ingin delete semua garisan, klik kanan pada chart anda, klikpada objects list, klik pada mana-mana garisan dan tekan butang delete.

    Kemudian tekan lagi dan lagi sehingga semua hilang. Anda boleh rujukgambarajah di bawah;

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    36/54

    38

    Tekan button delete nisampai semua garisan

    hilang

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    37/54

    39

    MENGENALPASTI JENIS-JENIS CHART

    Di dalam perisian MT4 ini, terdapat 3 jenis chart atau graf yang selalu di gunakaniaitu bar, candlestick dan line chart. Apa yang saya akan lakukan sekarang ialahmenjelaskan perbezaan di antara ketiga-tiga jenis chart tersebut.

    Sekarang, perhatikan pada bar di bawah:

    Di sebelah kiri sekali ialah ikon untuk bar chart , di tengah ialah candlestick chartmanakala di sebelah kanan sekali ialah line chart .

    i. Bar chart di bentuk dari 4 jenis harga iaitu harga open, high, low dan closeataupun OHLC.

    High High

    Close Open

    Close

    Open

    Low Low

    Apakah perbezaan di antara kedua-dua bar chart di atas?

    Bar chart yang berada di sebelah kiri, harga close nya berada lebih tinggi dariharga open manakala bar chart yang berada di sebelah kanan mempunyaiharga close yang lebih rendah dari harga open .

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    38/54

    40

    Kombinasi beberapa bar chart seperti di atas akan dapat lihat dengan jelas didalam contoh graf emas di bawah:

    Sekitar tahun 60-an, bar chart ini sering di gunakan oleh trader-trader darinegara Barat. Tetapi oleh kerana fungsi nya yang agak terhad, makakebanyakan trader ini sudah pun beralih kepada candlestick chart .

    ii. Candlestick chart seperti bar chart, candlestick chart juga di bina dari 4 jenisharga yang sama iaitu harga open, high, low dan close. Bezanya, candlestikchart mempunyai badan atau body yang di bezakan melalui warnanya. Selaindari itu, candlestick chart juga mampu untuk menunjukkan psikologi pembeli(buyer) dan penjual (seller) ketika pasaran sedang aktif di niagakan. Inimerupakan satu kelebihan utama yang tidak ada pada bar chart dan olehkerana itulah candlestick chart bannyak di gunakan sehingga sekarang.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    39/54

    41

    High

    Close

    UPPERSHADOW

    Open

    High

    BODY

    Open

    Low

    LOWER

    SHADOW Low

    Close

    Candlestick yang berada di sebelah kiri (yang berwarna putih) mempunyaiharga close yang lebih tinggi dari harga open. Di dalam bidang analisis teknikal,candlestick yang mempunyai ciri seperti ini di kenali sebagai bull candle .

    Kombinasi beberapa bull candle ini akan membentuk apa yang di kenali

    sebagai bullish , yang mana kemudiannya akan dirujuk sebagai arah menaik(bullish trend) .

    Bagi candlestick yang berada di sebelah kanan pula (berwarna hitam), ianyamempunyai harga close yang lebih rendah dari harga open. Oleh yangdemikian, ianya di kenali sebagai bear candle .

    Kombinasi beberapa siri bear candle ini di kenali sebagai bearish , yang manaianya merujuk kepada arah menurun (bearish trend).

    Kombinasi ini boleh di lihat di dalam graf emas di bawah:

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    40/54

    42

    iii. Line chart berbeza dengan kedua-dua chart di atas, line chart hanyamempunyai satu harga, iaitu harga close. Walaupun line chart hanyamempunyai harga close sahaja, itu tidak bermakna chart ini tidak penting.Malahan sebenarnya ianya mempunyai kelebihan yang tersendiri berbandingbar dan candlestick chart.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    41/54

    43

    Harga close atau tutup sebenarnya ialah harga yang di persetujui antarapenjual dan pembeli ketika sesi dagangan sesuatu pasaran sudah pun berakhir.

    Maknanya,jikalau anda menggunakan time frame daily, maka harga closetersebut ialah harga tutup pasaran untuk hari tersebut.

    Tetapi jikalau anda menggunakan time frame yang lebih kecil,contohnya H4,maka harga close tersebut adalah harga close untuk sesi dagangan di dalamtempoh 4 jam sahaja.

    Apakah kelebihan lain line chart ini?

    Jikalau anda baru lagi menjinakkan diri di dalam bidang analisis teknikal, makaline chart merupakan chart atau graf terbaik untuk anda pelajari. Denganmenggunakan line chart, anda mampu untuk mencari dan menandakan parassupport dan resistance dengan lebih cepat, selain memudahkan anda untukmencari titik-titik bagi melukis paras fibonacci dan trend line.

    Selain itu jika, ia mampu untuk melenyapkan noise yang di sebabkan olehupper dan lower shadow yang panjang dari candlestick chart.

    Oleh kerana itu lah, untuk contoh-contoh selepas ini, saya akan menggunakanhanya line chart. Tujuannya, adalah supaya anda cepat faham bagaimanauntuk membaca pergerakan harga.

    Kalau ada terbabas satu, dua tu, saya akan beritahu reason dia kenapa. OK?

    Jadi untuk anda sekarang, klik pada line chart dan pastikan anda mempunyaigraf emas seperti dii gambarajah di atas.

    Klik di sini ok!

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    42/54

    44

    BAB 2

    SUPPORT DAN RESISTANCE

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    43/54

    45

    A

    TOPIK-TOPIK YANG TERLIBAT

    Memahami konsep Support dan Resistance, Panduan Asas Melukis Paras Supportdan Resistance, 3 Strategi untuk Mencari Paras Support dan Resistance,

    MEMAHAMI KONSEP SUPPORT DAN RESISTANCE (S&R)

    pakah yang di maksudkan dengan Support dan Resistance ? Sebelum sayamenerangkan dengan lebih lanjut, apa kata saya memberikan analogi kepadakonsep Support dan Resistance ini.

    OK. Bayangkan anda mempunyai sebiji bola getah dan anda mencampakkannyake lantai. Jikalau anda mencampakkan bola tersebut dengan kuat, ianya akanmelantun semula dengan lebih kuat. Betul? Selain dari itu juga, lantunan tersebuttidak akan berhenti serta merta kerana selagi momentum bola tersebut belumhilang, ianya akan tetap melantun tetapi dengan kelajuan yang lebih perlahan.

    Jikalau anda mengambil bola yang sama dan mencampakkannya ke siling, perkarayang sama juga akan berlaku. Berdasarkan kepada kelajuan bola tersebut, ianya

    juga akan melantun beberapa kali sebelum akhirnya berhenti kerana kehilangan

    momentum.

    Paras Support digunakan sebagai halangan sebelum harga terus menjunam kebawah. Ia akan bertindak seperti lantai ( floor ). Bagi sesuatu paras Support yangkuat, ianya akan di uji oleh harga lebih dari sekali. Paras ini terletak di bawahharga semasa.

    Paras Resistance pula di gunakan sebagai siling sebelum harga melonjak ke atas.Bagi sesuatu paras Resistance yang kuat, ianya perlu di uji oleh harga lebih dari

    sekali. Paras ini terletak di atas harga semasa.

    Trading Range pula ialah suatu kawasan di mana ianya mempunyai parasresistance sebagai siling dan paras support sebagai lantai dan kedua-dua parassupport dan resistance ini telah di lawati oleh harga lebih dari sekali.

    Cuba anda perhatikan gambarajah support dan resistance di muka surat sebelah:

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    44/54

    46

    Trading range

    Seperkara lagi yang perlu anda faham iaitu harga-harga yang telah di wartakansebagai support dan resistance juga di kenali sebagai soft target areas . Mengapaianya di panggil soft target areas ? Untuk menjelas kan konsep soft target areasini, apa kata anda lihat gambarajah di bawah:

    Berdasarkan kepada gambarajah di atas, paras support ialah pada $1600 dan paras resistance ialah pada $1700

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    45/54

    47

    Secara realitinya, harga yang bergerak tidak semestinya akan memantul semulatepat-tepat di garisan resistance ataupun ianya akan melantun betul-betul di

    paras support.

    Kadang-kadang harga boleh terbabas melebihi paras support atau resistance. Inidi panggil overshoot .

    Kadang kadang tak sampai pun ke garisan support atau resistance. Keadaan inidi panggil undershoot . Oleh kerana sebab itulah, paras support dan resistance digelar soft target areas.

    Bargain Hunting

    Persoalannya, bagaimana paras support ini terbentuk? Siapa yang menentukansesuatu paras support tersebut kuat atau tidak?

    Paras support ialah paras untuk investor dan trader memasuki pasaran sebagaipembeli (buyer). Aktiviti pembelian di garisan support ini lah yang akhirnyamewujudkan apa yang di panggil sebagai bargain hunting . Istilah ini di gunapakaiapabila harga semasa di rasa kan sudah rendah dan berbaloi untuk di beli.

    Untuk melihat sama ada sesuatu paras support itu kuat atau tidak, semuanyabergantung kepada aktiviti pembeli di paras tersebut. Sebagai contoh, katakanlahterdapat 3 orang pembeli; X, Y dan Z. Oleh kerana mereka ini mempunyaipengetahuan dan portfolio pelaburan yang berbeza, kemungkinan besar merekatidak akan membeli pada harga yang sama.

    Jadi, katakanlah X membeli di harga $1700. Oleh kerana kesibukan,Y hanyasempat membeli pada paras $1750. Kemudian, katakanlah harga turun semula ke

    paras $1700. Ini adalah peluang terbaik untuk Z memulakan pembelian. Ia jugapeluang terbaik untuk X menambah stok dan peluang terbaik untuk Y membuatbuy averaging . Dan jikalau ketiga-tiga mereka ini membeli pada paras yang sama,sudah tentulah paras ini akan menjadi paras support yang kuat.

    Oleh kerana itulah juga, paras support yang kuat sering di kaitkan dengan istilahbuyers camp ; di mana buyer berkumpul dan membeli pada harga yang sama.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    46/54

    48

    Profit Taking

    Apabila penjual (seller) melihat pembeli (buyer) tidak lagi berminat untukmembeli, due to harga yang sudah terlampau tinggi, maka mereka akan mencarisuatu paras yang boleh di jadikan titik mula (entry point) untuk mereka mulamenjual dan mengambil untung. Inilah permulaan kepada profit taking activity.

    Paras yang di pilih, yang kebiasaannya adalah paras tertinggi, akan membentukparas resistance. Di sinilah penjual; D, E dan F, memerhatikan harga semasa danbersedia untuk menjual.

    Sebagai contoh, jika harga emas sudah mencapai paras $1800, kemungkinanhanya D yang akan mula menjual. Mungkin E dan F beranggapan harga boleh naiklagi. Tetapi selepas beberapa ketika, harga turun kepada $1750. Mereka yangtidak menjual pada harga $1800, mungkin akan menjual pada harga $1750. Inilahyang di lakukan oleh E.

    Katakanlah tiba-tiba harga melonjak semula ke paras $1800. Ini merupakanpeluang terbaik kepada F untuk mula menjual. Pada masa yang sama, ia juga

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    47/54

    49

    merupakan peluang terbaik untuk D menjual lebih banyak dari sebelumnyamanakala E pula berpeluang untuk membuat sell averaging dengan menjual pada

    paras tersebut. Ini lah yang akan menyebabkan seseuatu paras resistance itu kuat.

    Pada masa yang sama juga, oleh kerana harga $1800 merupakan harga di manasemua orang menjual, maka paras tersebut akan di kenali sebagai sellers camp.Disini lah aktiviti pengambilan untung atau profit taking activity akan mula berlakudan berterusan sehinggalah paras harga semasa di rasakan sudah terlalu rendah.

    Dan begitulah cycle ini berlaku dan berterusan di antara pembeli dan penjual.

    Penggerak Harga

    Saya sangat-sangat menggalakkan sekiranya anda ingin mempelajari dengan lebihmendalam lagi siapakah buyer dan seller yang terlibat. Ini kerana, sudah pastimereka ini adalah individu ataupun institusi yang boleh memberi pengaruhkepada harga. Senang cerita, mereka ini lah penggerak harga .

    Secara ringkasnya, mereka ini boleh terdiri dari satu-satu Negara, pihak BankPusat (Central Bank), institusi kewangan, spekulator dan mungkin juga producer

    (jika anda mengambil contoh komoditi seperti emas dan perak).

    Salah satu sumber untuk anda mengetahui siapakah yang berada di dalam campbuyer dan seller ialah di www.cftc.gov . Di sini anda akan menjumpai pelbagaimaklumat berkaitan whos who . Malah anda juga boleh mengetahui jumlahkontrak yang di di beli atau di jual oleh mereka yang terlibat.

    Pada masa yang sama juga, didalam bab terakhir buku ini, saya akanmenunjukkan kepada anda bagaimana untuk menggunakan www.kitco.com

    sebagai salah satu sumber utama untuk analisis fundamental dan teknikal anda.So, stick with me ok!

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    48/54

    50

    Change of Polarity

    Salah satu ciri penting paras Support dan Resistance ialah keupayaan nya untuksaling bertukar fungsi atau di kenali juga sebagai change of polarity .

    Sebagai contoh, paras yang suatu masa dahulu adalah paras support akanbertukar fungsi menjadi paras resistance pada masa hadapan oleh keranapergerakan harga semasa. Begitu juga boleh berlaku sebaliknya. Paras resistanceyang di temui suatu ketika dahulu,boleh menjadi paras support berdasarkankepada pergerakan harga sekarang.

    Sama ada harga-harga tersebut masih relevan atau tidak, itu semua bergantungkepada permintaan dan penawaran oleh pembeli dan penjual terhadap emas didalam pasaran.

    Sebagai contoh, harga $1000 merupakan satu paras support dan resistance yangsignificant pada suatu masa dahulu. Tetapi sekarang? Adakah harga emas akanturun serendah itu? I really doubt it.

    Apa yang anda dan saya perlu lakukan ialah mengenalpasti paras-paras tersebutuntuk di jadikan panduan membeli dan menjual dan seterusnya memaksimumkankeuntungan anda.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    49/54

    51

    Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana buyer telah menjumpai harga yangterbaik (bargain hunting) untuk membeli sekitar awal Januari 2012. Paras ini jugadi kenali sebagai paras support. Dari situ, harga mulai naik sebelum jatuh semulapada pertengahan bulan Mei 2012. Ternyata paras support yang di bina padabulan Januari yang lepas gagal untuk bertahan dan akhirnya ianya berjaya ditembusi oleh harga.

    Penurunan ini walau bagaimanapun tidak lah begitu mendadak kerana akhirnyaharga memantul semula sekitar penghujung bulan Jun 2012. Kenaikan harga initelah di hentikan dengan ada nya paras support (Januari 2012) yang kini telah punmenjadi paras resistance. 2 kali cubaan untuk menembusi garisan ini gagal, danakhirnya harga terus turun untuk mencatatkan harga yang lebih rendah.

    Secara psikologinya juga ia menunjukkan bagaimana buyer belum bersedia lagiuntuk membeli dengan sepenuhnya kerana masih beranggapan bahawa ianya

    masih mampu lagi untuk turun lebih rendah. Ia lantas memberi peluang kepadaseller untuk terus mendapatkan profit hasil dari penjualannya (profit taking).

    Senario sebaliknya boleh juga berlaku. Paras resistance yang di catatkan padasuatu masa dahulu berpotensi untuk menjadi paras support pada masa hadapan,seperti di dalam contoh di sebelah:

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    50/54

    52

    Correction

    SUPPORT

    Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana harga pasaran telah pun bertemudengan paras resistance nya sekitar awal Oktober 2003. Paras resistance ini cubauntuk di tembusi sekali lagi sekitar penghujung bulan yang sama. Namun ianyamasih gagal. Ini secara tidak langsung menunjukkan bagaimana kuatnya parasresistance tersebut.

    Secara psikologinya, ia menunjukkan bahawa buyer tidak mampu lagi untukmembeli pada paras harga tersebut. Ini seterusnya membuka peluang kepadaseller untuk mendapatkan keuntungan (profit taking).

    Namun demikian, sekitar bulan November 2003, paras resistance ini telah ditembusi oleh harga. Bermula dari satu paras support sekitar awal November2003, harga terus melonjak dan menembusi paras resistance.

    Oleh kerana kenaikan ini adalah mendadak, harga telah pun mengalamipembetulan (correction) dan ia menjadikan paras resistance (Oktober 2003)sebagai paras lantai (support) untuk harga terus melantun tinggi.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    51/54

    53

    5 bulan kemudian, iaitu sekitar bulan April 2004, harga pasaran telah turunkembali dan akhirnya bertemu dengan paras support November 2003; yang mana

    pada awalnya ialah satu garisan resistance. Dan ternyata garisan support inisungguh kuat sehinggakan selepas 2 kali cubaan, ia masih lagi gagal untukmemecahkan garisan support tersebut.

    Ciri ini adalah sangat penting kerana sama ada garisan support mahupunresistance, ianya akan di gunakan dengan berulangkali dan akan menjadi penentukepada arah pergerakan pasaran di masa hadapan.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    52/54

    54

    PANDUAN ASAS MELUKIS PARAS SUPPORT DAN RESISTANCE

    Untuk melayakkan satu-satu harga itu di jadikan paras support dan resistance,saya telah sediakan 3 panduan asas ini untuk anda ikuti:

    1. Jika anda menggunakan candlestick dan bar chart, maka anda bolehmenggunakan harga high dan low candle atau bar chart tersebut. Sebagaicontoh, katakan lah hari ini hari Selasa. Jadi paras support anda ialah hargalow hari Isnin (semalam) dan paras resistance anda ialah harga high hariIsnin (semalam). Ini merupakan kaedah termudah untuk mencari hargasupport dan resistance pada time frame Daily.

    2. Jikalau harga sedang menaik atau menurun, anda perlu mencari hargapembetulan atau pun di sebut sebagai correction atau pullback . Idea iniboleh di gunapakai kerana walaupun satu-satu pasaran itu di katakansedang di dalam trend menaik, ada masanya di mana ia turun sedikit.Secara psikologinya, ia menunjukkan buyer telah exhausted dan perluberehat seketika. Peluang inilah yang akan di ambil oleh seller untukmendapatkan untung. Perkara yang sama juga berlaku di dalam trendmenurun.

    3. Kaedah yang paling mudah untuk melukis paras support dan resistance iniadalah dengan menggunakan line chart. Ini kerana line chart hanyamenggunakan harga close yang di sambungkan dan akhirnya membentuksuatu garisan..

    Untuk tujuan buku ini, saya akan banyak menunjukkan contoh daripada kaedahyang ketiga, iaitu yang menggunakan line chart. Ini kerana,

    ianya sesuai dengan keperluan anda iaitu untuk membeli dan menjual emasfizikal dan

    ianya sangat mudah untuk di pelajari terutamanya jika anda hendakmenggabungkannya dengan tools lain seperti trendline dan paras supportdan resistance.

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    53/54

    55

    3 STRATEGI UNTUK MENCARI PARAS SUPPORT DAN RESISTANCE

    STRATEGI #1: MENGGUNAKAN HARGA HISTORICAL

    Di dalam bidang Analisis Teknikal, perkara paling penting yang perlu di perhatikanialah berkaitan dengan pergerakan harga . Setiap harga yang bergerak, sama adamenaik atau menurun akan memberi gambaran kepada kecenderungan buyeruntuk membeli atau seller untuk menjual . Ini adalah permulaan kepadapembentukan harga historical. Apa yang berlaku seterusnya adalah seperti dibawah:

    Jikalau harga sudah mencapai satu paras yang di rasakan tinggi oleh buyer,maka buyer tidak akan masuk ke dalam pasaran lagi. Ini seterusnya akanmemberi kesempatan kepada seller untuk masuk ke dalam pasaran danmenjual.

    Jika seller merasakan harga jualan itu sudah terlalu rendah, maka merekaakan secara beransur-ansur keluar dari pasaran. Ini seterusnya akanmemberi kesempatan kepada buyer untuk masuk semula ke dalam pasarandan membeli.

    Paras di mana berlakunya pertukaran kecenderungan ini (dari membeli kepadamenjual dan sebaliknya) di namakan sebagai harga historical .

    Harga-harga historical ini seterusnya akan di jadikan sebagai guideline kepadabuyer dan seller sekiranya mereka ingin membeli atau menjual semula. Ataubahasa mudahnya, di paras-paras harga historical ini lah di mana buyer dan sellerakan membina semula camp mereka.

    Time frame yang paling sesuai untuk anda melihat harga historical ini ialah di timeframe Daily (D1). Setelah anda menandakan paras support dan resistance di timeframe tersebut, baru lah anda bergerak ke time frame lain seperti di H1 dan H4.Tujuannya ialah supaya anda dapat melihat big picture pergerakan harga emassemasa.

    Contoh mudah yang boleh saya berikan adalah seperti di sebelah:

  • 8/13/2019 Buku Analisis Teknikal 2013

    54/54

    B

    A

    A ialah paras support manakala B pula ialah paras resistance. Kesimpulan yangboleh anda buat dari chart di atas ialah:

    Buyer sudah memulakan aktiviti pembelian di paras A sehingga ke paras B di mana seller mengambil alih untuk melakukan aktiviti penjualan.

    Tips mudah yang saya selalu ajarkan kepada mereka yang pertama kalimenggunakan line chart untuk mengenalpasti paras support dan resistance ialahdengan melihat kepada ;

    puncak yang rendah ( berbentuk ) danpuncak yang tinggi ( berbentuk ).

    Senang kan?

    END OF FREE CHAPTER