bab teknikal batu bata

10
Capital Pac Construction 33 5.1 Pengenalan Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama. Bata merupakan bahan binaan yang utama bagi pembinaan dinding bagi sesebuah bangunan bidang kejuruteraan awam Definisi bata ialah satu bongkah yang diperbuat daripada tanah liat dan berukuran 215 mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika dicampur lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm. Batu-bata dibuat samada menggunakan tangan atau mesin. Batu-bata yang telahdibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata yang digunakandalam pembinaan biasanyadiperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis- jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan ialah bata tana liat, bata simen dan blok simen. 5.2 Proses Pembuatan Bata Tanah Liat 5.2.1 Persediaan Tanah Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodo jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur. Untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke dalam mesin pengisar, di mana tanah tersebut digaul dengan sedikit dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan mengikut saiz.

Upload: mustaqim-hashim

Post on 21-Jul-2015

377 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Capital Pac Construction

5.1

Pengenalan

Bata merupakan satu bahan binaan yang tahan lama. Bata merupakan bahan binaan yang utama bagi pembinaan dinding bagi sesebuah bangunan dalam bidang kejuruteraan awam

Definisi bata ialah satu bongkah yang diperbuat daripada tanah liat dan berukuran 215 mm x 102.5 mm x 65 mm yang mana jika dicampur dengan lapisan mortar ukurannya bertambah 10 mm.

Batu-bata dibuat samada menggunakan tangan atau mesin. Batu-bata yang telah dibentuk akan dikeringkan dan kemudiannya dibakar. Bata yang

digunakan dalam pembinaan biasanya diperbuat daripada beberapa jenis bahan mentah yang utama seperti tanah liat, pasir dan simen. Antara jenis-

jenis bata yang dihasilkan dan digunakan dalam pembinaan ialah bata tanah liat, bata simen dan blok simen.

5.2

Proses Pembuatan Bata Tanah Liat

5.2.1

Persediaan Tanah

Tanah liat digali daripada lombongnya dengan traktor penyodok atau jengkaut, kemudian dimasukkan ke dalam satu mesin penghancur. Untuk dihancurkan sehingga halus. Setelah itu dimasukkan pula ke

dalam mesin pengisar, di mana tanah tersebut digaul dengan sedikit air dan ditekan keluar melalui satu acuan dan dipotong dengan dawai mengikut saiz.

33

Capital Pac Construction5.2.2 Membentuk Bata

Terdapat dua kaedah menghasilkan iaitu bata potong dawai dan bata tekanan. Bancuhan yang ditekan keluar dari mesin potong dawai

dikenali sebgai bata potong dawai. Tanah yang telah dipotong dawai itu dimasukkan ke dalam mesin tekanan, hasilnya bata tekanan. tekanan adalah lebih mampat dan saiznya lebih seragam. Bata

5.2.3

Pengeringan

Bata basah iaitu bata yang baru ditekan atau dipotong dawai disusun dalam sebuah pondok dan dibiarkan kering dengan bantuan udara. Bata-bata tersebut hendaklah disusun berjarak 50 mm antara satu sama lain, membolehkan udara bergarak mengelilinginya untuk memudahkan proses pengeringan. Proses ini mengambil masa agak lama biasanya lima hingga tujuh hari bergantung pada keadaan cuaca dan susunannya.

5.2.4

Pembakaran

Bata yang sudah dikeringkan itu perlu dibakar di dalam satu relau supaya bata menjadi keras. Bata-bata ini disusun di dalam relau dengan cara tertentu untuk memastikan kesemua bata dapat dibakar dengan sempurna. Pembakaran boleh dilakukan dengan menggunakan kayu api, gas, arang batu atau minyak bakar. Pembakaran dilakukan selama dua hari, kemudian dibiarkan sejuk sebulum dikeluarkan. Proses ini

mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk menyusun bata di dalam relau, mengering, membakar, menyejuk dan mengeluarkan dari relau.

34

Capital Pac Construction5.3 Penggunaan Bata Dalam Binaan Bangunan

a) Membina dinding bangunan, samada tanggung beban ataupun mengisi antara kerangka tidak menanggung beban. b) Membuat kaki lima jalan. c) Membuat tembok penahan. d) Membuat pagar dan tembok. e) Membuat pelapik pada dinding luar.

5.4

Ikatan Bata

Ikatan bata ialah susunan bata secara berlekap dan tindih-menindih satu sama lain supaya tidak ada sambungan tegak yang berterusan. Prinsip-prinsip utama dalam pengikatan bata ialah :

a) Mengadakan lekap bata atau bata untuk mengelakkan sambung tegak yang terus-menerus, baik permukaan mahupun di dalam tembok. b) Mengikut jenis ikatan yang ditetapkan oleh ahli rekabentuk.

Tujuan bagi prinsip pertama ialah memastikan kekuatan dan kestabilan tembok yang dibina. Manakala prinsip kedua pula ialah mengawal kesenian rekabentuk pada permukaan tembok. Dalam sesuatu tembok yang tidak terikat, iaitu

sambungan datarnya berterusan (tidak lekap), kekuatan dan kestabilannya adalah kurang. Oleh itu sambungan yang berterusan seboleh-bolehnya

dielakkan dalam segala kerja bata

35

Capital Pac Construction5.5 Jenis-Jenis Ikatan

a)

Ikatan Sisi Bata

Ikatan ini digunakan pada tembok yang tebalnya setengah bata atau 112.5 mm.Ikatan ini disusun dengan menyambungkan bata pada kepalanya. Lekapnya ialah bata. Pembinaannya bermula dengan satu lapisan bata sisi, lapisan yang kedua pula dimulakan dengan satu bata setengah diikuti dengan bata sisi penuh dan seterusnya. Tembok yang dibina dengan ikatan ini tidak mempunyai keupayaan tanggung yang tinggi. Oleh itu ia digunakan pada jenis binan yang tertentu seperti tembok sekatan, tembok landasan, semperong dan tembok-tembok dalam struktur berangka di mana tiada berat beban yang disokong.

Rajah 5.1: Ikatan sisi bata

36

Capital Pac Constructionb) Ikatan Kepala Bata

Tiap-tiap lapisan dalam tembok yang dibina dengan jenis ikatan ini mengandungi kepala bata sahaja. Jenis ikatan ini sesuai digunakan

pada binaan asas atau pada tembok yang berbentuk bulat atau melengkung.

c)

Ikatan Inggeris

Ikatan ini paling meluas digunakan.

Ikatan ini disusun dengan satu

lapisan kepala bata diikuti lapisan sisi bata berselang-seli. Sebiji bata penutup setengah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada lapisan kepala bata. Kegunaan bata penutup setengah ini adalah untuk mengelakkan sambungan tegak yang berterusan dan memberi lekap yang seragam iaitu suku bata. Pada tembok yang tebal, semua bata di bahagian dalam disusun secara melintang. Ikatan jenis ini adalah

dianggap sebagai ikatan yang kuat sekali antara ikatan-ikatan kerja bata kerana tidak mengandungi sebarang sambungan tegak yang berterusan.

Rajah 5.2: Ikatan Inggeris

37

Capital Pac Constructiond) Ikatan Flemish

Ikatan ini mengandungi kepala bata dan sisi bata disusun berselang-seli dalam satu lapisan yang sama. Sebiji bata penutup setengah mestilah ditempatkan selepas kepala bata penjuru pada sudutnya mewujudkan lekap yang seragam iaitu bata. Sambungan tegak yang berterusan

berlaku dalam tembok tapi tidak kelihatan pada permukaan tembok.

Rajah 5.3: Ikatan Flemish

e)

Lain-Lain Ikatan Bata

Selain dari ikatan tersebut, terdapat juga beberapa jenis ikatan yang sering digunakan yang sering digunakan untuk membina tembok. Antaranya ialah ikatan tembok taman Inggeris, ikatan tembok taman Flemish, ikatan Monk, ikatan Ducth, ikatan palang Inggeris dan ikatan bata perangkap tikus.

38

Capital Pac Construction5.6 Kerja Bata Bertetulang

Untuk menambah lagi kekuatan dalam digunakan. Di antaranya : a) Keping besi ( hoop iron ). b) Besi bulat c) Exmet ( expanded metal ) d) Bricktor

penyambungan bata, tetulang

Bahan-bahan ini ditempatkan sambungan bata ataupun melalui lubang bata. Kerja bata ini menahan tegasan tegangan selain daripada tegasan mampatan. Jenis pembinaan ini boleh mengurangkan tebal tembok, oleh itu ia juga dapat menambahkan luas lantai dalam sesebuah bangunan dan juga mengurangkan beban mati pada asasnya. Exmet atau bricktor bagi ikatan bata biasanya

ditempatkan pada tiap-tiap lapisan ketiga atau keempat dalam sambungan mortar.

Rajah 5.4: Penggunaan kepingan besi

39

Capital Pac Construction

Rajah 5.5: Penggunaan kasa exmet

Rajah 5.6: Penggunaan besi bulat

40

Capital Pac Construction

Rajah 5.7: Kasa Exmet

Rajah 5.9: Kasa Bricktor

5.7

Sambungan Bata

Terdapat dua jenis sambungan bata iaitu kemas ikat sambung dan kemas ikat timbul. Kemas ikat sambung dibuat semasa proses mengikat bata dijalankan manakala kemas ikat timbul dibuat selepas pembinaan.

Contoh-contoh sambungan bata ialah seperti berikut :

a) Sambungan Struck bawah b) Sambungan Struck atas ( Weathered ) c) Sambungan Terbenam ( Recessed ) d) Sambungan Rata ( Flush ) e) Sambungan Kekunci ( Keyed ) f) Sambungan V dalam dan luar

g) Sambungan Julur ( Projecting )

41

Capital Pac Construction

5.8

Kesimpulan

Kerja-kerja bata memainkan peranan penting bagi mendirikan dinding sesebuah bangunan. Bata banyak digunakan dalam pembinaan bangunan kerana tahan lama serta kukuh berbanding dengan cermin. Kerja-kerja mengikat bata

mestilah dilakukan dengan baik agar tegak dan lurus. Kerja bata bertetulang dapat meningkatkan lagi kekuatan penyambungan bata. Selain itu, bata juga dapat menjimatkan kos pembinaan serta mempunyai nilai estetika yang tersendiri.

42