soalan tajuk 3 modul kaub pkb 3107

Upload: ummuiman2013

Post on 03-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    1/7

    SOALAN MODUL KAUB

    PKB3107

    TAJUK 3 : PERATURAN DAN KESELAMATAN DI BENGKEL

    DISEDIAKAN OLEH:

    Nama : Nor Shakiah Binti Hussain

    No. Matriks : 28087

    No. K/P : 750506 01 7460

    Kumpulan/Unit : PPG PJJ Ambilan Jun 2011 / Unit Pendidikan

    Khas

    Semester : 4

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    2/7

    Aktiviti 1 Perbincangan

    Apakah yang dimaksudkan dengan bengkel yang selamat?

    Bengkel yang selamat ialah bengkel yang terkawal keselamatannya daripada

    tingkahlaku manusia yang mendatangkan bahaya, mesin atau alat tangan yang tidak

    selamat serta bahan dan sistem bekerja yang tidak teratur dan sistematik. Ini bermakna

    bengkel yang selamat ialah sebuah bengkel yang sesuai dan terjamin keselamatannya

    untuk menjalankan aktiviti perbengkelan. Bengkel yang selamat akan mewujudkan

    suasana bekerja yang baik dan tenteram supaya tiada berlaku sebarang kecederaan,

    mengakibatkan bahaya kepada kesihatan dan kehilangan harta dan nyawa. Bengkel

    yang selamat amatlah penting dalam mencegah kemungkinan berlakunya kemalangan.

    Adakah bengkel yang selamat dapat meningkatkan minat dan tumpuan

    pembelajaran murid?

    Ya, minat dan tumpuan murid terhadap pembelajaran juga akan dapat ditingkatkan

    sekiranya mereka belajar dalam persekitaran yang bersih, selesa dan selamat. Bengkel

    adalah tempat murid membuat kerja amali dan mengamalkan peraturan keselamatan,

    etika dan budaya kerja yang baik. Keselamatan dan kebersihan bengkel yang terjamin

    akan menghasilkan kerja yang sistematik dan membuahkan hasil yang berkualiti. Oleh

    itu, sebagai seorang guru adalah amat penting untuk memastikan bengkel yangdigunakan berada pada tahap keselamatan yang memuaskan.

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    3/7

    Aktiviti 2 - Perbincangan

    Arahan: Jawab soalan dalam bentuk esei dan serahkan kepada pensyarah

    Soalan latihan

    Semasa melakukan kerja di bengkel aspek keselamatan menjadi keutamaan

    kepada individu. Senaraikan ciri-ciri utama bagaimana seseorang individu

    mengamalkan keselamatan.

    Mengamalkan sikap yang positif serta berdisiplin, bertanggungjawab dan bertolak ansur

    dalam melakukan kerja di bengkel adalah ciri-ciri amalan budaya kerja yang yang

    sentiasa memelihara aspek keselamatan. Seseorang murid itu perlulah menjaga

    keselamatan diri dan kekemasan fizikal diri dengan sempurna. Murid perlulah memakai

    pakaian yang kemas dan sesuai serta memakai kasut. Kasut yang dipakai pula perlulah

    sesuai, bertebat.dan bertumit rendah. Murid juga perlulah berambut pendek dan

    mengikat rambut dengan kemas sekiranya berambut panjang. Pelajar perempuan yangbertudung perlu mengikat hujung tudung atau dimasukkan ke dalam apron. Apron perlu

    dipakai sekiranya aktiviti yang dijalankan memerlukan murid memakai apron. Pelindung

    mata perlulah digunakan untuk kerja-kerja yang tertentu di bengkel. Murid juga tidak

    dibenarkan memakai barang kemas atau barang perhiasan semasa menjalankan aktiviti

    di dalam bengkel. Setiap kali selepas menjalankan aktiviti bengkel, seseorang itu

    perlulah membersihkan tangan dengan mencuci sebersih-bersihnya segala kotoran

    yang ada. Ini penting bagi mengelakkan sebarang kemungkinan berlaku dari segi

    kesihatan diri murid.

    Sikap dan tingkahlaku yang sesuai juga merupakan ciri-ciri seseorang itu mengamalkan

    keselamatan bengkel. Mengamalkan sikap yang positif, berdisiplin, bertolak ansur dan

    bertanggungjawab amat perlu diamalkan semasa berada di dalam bengkel. Murid

    seharusnya mendapat kebenaran guru sebelum menggunakan mesin dan peralatan di

    bengkel. Peraturan bengkel perlulah dipatuhi. Begitu juga setiap arahan guru. Semua

    arahan guru perlu dipatuhi semasa menjalani aktiviti di dalam bengkel. Murid

    seharusnya tidak bergurau, bermain-main atau bertolak-tolak semasa berada di dalambengkel..Peralatan yang digunakan perlulah mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

    Patuhlahi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan agar tidak berlaku sebarang

    kemalangan atau kecederaan. Sikap berhati-hati dan sentiasa peka dengan sebarang

    kejadian juga perlu ada dalam diri setiap murid. Murid perlulan melaporkan dengan

    segera kepada guru sekiranya berlaku sebarang kemalangan ataupun kerosakan

    peralatan di dalam bengkel.

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    4/7

    Terangkan bagaimana hubungkait alat tangan/ mesin, bengkel/ persekitaran dan

    rakan anda boleh meningkatkan keselamatan di tempat kerja

    Sebelum kita memasuki bengkel maka perlukan kita mengetahui tentang keselamatan di

    dalam bengkel tersebut. Punca-punca kemalangan atau kecederaan semasa di bengkel

    biasanya berpunca daripada kerosakan peralatan, persekitaran yang tidak selamat dan

    juga sikap serta tingkahlaku sesama sendiri ketika melakukan aktiviti bengkel. Dengan

    kata lain, peralatan, persekitaran dan juga rakan-rakan di dalam bengkel mempunyai

    kaitan yang kuat dalam memastikan keselamatan di bengkel berada di tahap yang baik.

    Biasanya di peringkat awal, guru akan memastikan bahawa semua peralatan bengkel

    adalah selamat untuk digunkan dan dapat berfungsi dengan baik. Keadaan dalaman

    dan luaran bengkel juga hendaklah dipastikan sentiasa bersih dan keselamatan sentiasa

    diberi perhatian. Guru juga berperanan untuk menerangkan peraturan keselamatan

    kepada pelajar-pelajar agar setiap pelajar sentiasa mengawasi sikap dan tingkah lakumereka semasa berada di bengkel. Sekiranya alatan / mesin berada di tahap kefungsian

    yang memuaskan, kemalangan disebabkan mesin atau alatan dapat dielakkan. Begitu

    juga halnya sekiranya persekitaran bengkel sentiasa dalam keadaan yang bersih dan

    selamat, maka setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan baik. Murid juga akan berasa

    selesa dalam suasana bengkel yang kondusif. Ini dapat menggalakkan sikap dan

    tingkah laku yang positif kerana murid yang selesa dan gembira akan mampu

    menjalankan aktiviti dengan baik.

    Aktiviti 3 - Perbincangan

    Arahan: Bincang bersama rakan anda dalam kumpulan dan bentangkanTutorial

    Susun atur bengkel adalah satu elemen dalam pengurusan bengkel. Perancangan yang rapi

    akan memberikan keselesaan dan suasana selamat saemasa aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran dijalankan. Sebagai bakal guru yang akan mengajar murid Pendidikan Khas

    rancangkan susunatur sebuah bengkel Kemahiran Hidup untuk murid Pendidikan Khas danberikan pandangan anda tentang susun atur perkara-perkara berikut:

    1. Meja kerja

    2. Peralatan tangan

    3. Mesin mudah alih

    4. Stor

    5. Aspek keselamatan

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    5/7

    RAJAH 1 :

    PELAN CADANGAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP PENDIDIKAN KHAS

    Susunatur perabot dan peralatan di dalam bengkel Kemahiran Hidup bagi kelas Pendidikan

    Khas merupakan elemen yang perlu diberi perhatian kerana susunator perabot dan peralatan

    akan memberi kesan terhadap keselamatan dan perjalananan aktiviti pengajaran danpembelajaran Kemahiran Hidup di bengkel. Susunator perabot seperti meja kerja, kerusi murid

    dan juga rak-rak yang digunakan hendaklah disusun dengan mengambil kira factor kelesesaan

    ruang di mana dapat memberi ruang pergerakan yang sesuai untuk para pelajar bergerak.

    Elakkan susunan yang sempit yang menyebabkan suasana yang tidak selesa di kalangan para

    pelajar. Rak-rak alalatan dan juga rak-rak pameran hendaklah diletakkan di bahagian tepi agar

    tidak mengganggu proses kerja murid semasa aktiviti dijalankan. Pastikan rak-rak bertutup dan

    boleh dikunci bagi tujuan keselamatan. Stor peralatan hendaklah berkunci dan hanya dibuka

    apabila diperlukan. Ini untuk mengelakkan para pelajar masuk sesuka hati ke dalam stor yangakan memungkinkan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Mesin mudah alih pula di

    letakkan di ruangan yang agak luas dan berada pada punca bekalan elektrik. Penggunaan

    mesin-mesin ini perlulah di bawah kawalan dan seliaan guru. Pastikan peraturan bengkel

    dipamerkan untuk rujukan para pelajar. Sebaik-baiknya untuk kelas Pendidikan Khas,

    pamerkan peraturan yang disertai gambar yang sesuai untuk memudahkan pemahaman murid.

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    6/7

    Aktiviti 4 - Perbincangan

    Apakah gunanya buku log ini?

    Buku log merupakan catatan yang mengandungi maklumat-maklumat tentang

    kemalangan/kecederaan yang berlaku di bengkel. Kegunaan buku log di dalam bengkel adalah

    amat perlu dan penting kerana segala maklumat kemalangan, kecederaan dan masalah yang

    timbul semasa berada dalam bengkel boleh diperolehi untuk membuat sebarang keputusan

    atau tindakan yang selanjutnya. Dengan adanya buku log juga mencerminkan pengurusan

    bengkel yang sistematik dan teratur. Segala catatan dalam buku log boleh dijadikan sebagai

    bahan rujukan kepada pihak-pihak tertentu sekiranya tindakan lanjut perlu dijalankan. Catatan

    log juga menjadi bahan bukti bahawa tindakan dan langkah-langkah pencegahan telah diambil

    dan dilaksanakan sebaik mungkin. Di samping itu ia dapat menjadi panduan dan langkahberjaga-jaga untuk memastikan kemalangan seumpamanya tidak berlaku di masa-masa

    hadapan.

    Aktiviti 5 Perbincangan

    Mengapakah peti pertolongan cemas perlu disimpan di dalam bengkel Kemahiran

    Hidup?

    Peti pertolongan cemas merupakan bahan bantu mula awal yang boleh digunakan

    sekiranya berlaku sebarang kecederaan kecil. Di dalam peti pertolongan cemas

    mempunyai segala peralatan dan ubatan asas yang diperlukan untuk menghadapi

    sebarang masalah atau kecederaan yang dihadapi. Kemalangan atau kecederaan yang

    ringan perlu diberi rawatan mula sebelum kes-kes tersebut dibawa atau dirujuk ke klinik

    ataupun hospital. Ini penting untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih seirus jika

    dibiarkan begitu sahaja sebelum mendapat rawatan lanjut. Jadi, sebagai persiapan awalpeti pertolongan cemas amat penting untuk disimpan di dalam bengkel Kemahiran

    Hidup atau di bilik kerja.

  • 7/29/2019 Soalan Tajuk 3 Modul Kaub Pkb 3107

    7/7

    Senaraikan ubat-ubat dan peralatan yang perlu ada di dalam peti pertolongan

    cemas.

    a. Kain anduh

    b. Kain pembalut kasa

    c. Gunting

    d. Kapas

    e. Pin keselamatan

    f. Sarung tangan

    g. Pembalut luka (plaster)

    h. Larutan antiseptik ( pembasmi kuman )

    i. Larutan akriflavin ( ubat kuning )

    j. Krim antiseptik