soalan-soalan lazim (faq) berkaitan - ptptn.gov.my ccris_final_18062015.pdf · peribadi, kad...

Download SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ) BERKAITAN - ptptn.gov.my CCRIS_final_18062015.pdf · peribadi, kad kredit, maklumat saman dan muflis. SOALAN 4 ... Jawapan Individu yang mendapat pinjaman

If you can't read please download the document

Upload: buique

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 1

    SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

    BERKAITAN PENYENARAIAN PEMINJAM PTPTN DALAM CENTRAL CREDIT

    REFERENCE INFORMATION SYSTEM (CCRIS)

    PENGENALAN CCRIS

    SOALAN 1

    Apakah yang dimaksudkan dengan Central Credit Reference Information System

    (CCRIS)?

    Jawapan

    CCRIS ialah sistem pangkalan data berkomputer yang mengumpul maklumat kredit

    peminjam daripada institusi kewangan (yang telah beri pinjaman) dan membekalkan

    semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan (yang bakal beri pinjaman)

    sebagai rujukan untuk membantu mereka menyemak dan membuat penilaian mengenai

    sejarah kredit (bayaran balik) bakal peminjam / pelanggan mereka.

    Sila layari laman web Biro Kredit, Bank Negara Malaysia (BNM) di

    http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

    untuk mendapatkan maklumat lanjut.

    SOALAN 2

    Kenapa CCRIS diwujudkan oleh BNM?

    Jawapan

    Salah satu fungsi BNM adalah untuk mengawal selia institusi kewangan supaya sistem

    kewangan negara menjadi kukuh dan stabil melalui pelaksanaan dasar kredit yang

    berhemat dan profesional. Pelaksanaan CCRIS sebagai pendekatan bagi

    membolehkan institusi kewangan membuat keputusan pemberian pinjaman yang lebih

    cepat berdasarkan maklumat yang tepat. Ia merangkumi :

    http://creditbureau.bnm.gov.my/

  • 2

    i. Bagi permohonan pinjaman yang diterima, institusi kewangan akan menilai

    keupayaan kredit seseorang dengan menganalisa setiap pinjaman, baki

    pinjaman serta rekod bayaran ansuran bagi tempoh 12 bulan yang lepas.

    Kebiasaannya, permohonan pinjaman baharu akan ditolak sekiranya terdapat

    dua (2) bulan atau lebih tunggakan ansuran setiap pinjaman.

    ii. Permohonan pinjaman baharu juga mungkin ditolak sekiranya tahap

    kemampuan bayaran balik berbanding pendapatan adalah rendah (Debt

    Service Ratio). Ini adalah untuk mengelakkan peminjam menanggung hutang

    melebihi kemampuan

    SOALAN 3

    Apakah maklumat yang direkod dalam CCRIS?

    Jawapan

    Maklumat yang direkod dalam CCRIS ialah maklumat penting peminjam, maklumat

    berkaitan pinjaman yang dikeluarkan yang masih belum berbayar. Ia termasuk semua

    jenis pinjaman seperti sewa beli kenderaan, pembiayaan perumahan, pembiayaan

    peribadi, kad kredit, maklumat saman dan muflis.

    SOALAN 4

    Siapa yang akan disenaraikan dalam CCRIS?

    Jawapan

    Individu yang mendapat pinjaman atau kemudahan kad kredit daripada mana-mana

    institusi kewangan di Malaysia akan tersenarai dalam CCRIS.

  • 3

    SOALAN 5

    Bagaimanakah saya boleh membuat semakan mengenai rekod laporan CCRIS saya?

    Jawapan

    Semakan hendaklah dibuat terus kepada BNM melalui saluran berikut:

    i. Kaunter dan kiosk di mana-mana cawangan BNM di seluruh negara; atau

    ii. Mengisi Borang Permohonan Laporan Kredit yang boleh dimuat turun melalui

    laman web BNM.

    Sila layari laman web Biro Kredit, Bank Negara Malaysia (BNM) di

    http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau hubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465

    untuk maklumat lanjut.

    PENGGUNAAN CCRIS OLEH PTPTN

    SOALAN 6

    Kenapa PTPTN perlu menggunakan CCRIS?

    Jawapan

    PTPTN berpendapat CCRIS perlu digunakan bagi mendidik peminjam, supaya

    berdisiplin dalam membuat bayaran secara teratur. Ia juga akan meningkatkan dana

    pusingan bagi membiayai pelajar baharu di IPT. Kemerosotan dana akan menjejaskan

    peluang pelajar baharu untuk mendapatkan pembiayaan bagi meneruskan pengajian

    dan akan membantutkan usaha kerajaan untuk melahirkan lebih ramai mereka yang

    berpendidikan tinggi menjelang 2020.Antara tujuan penggunaan CCRIS ialah:

    i. Memberi kesedaran kepada peminjam PTPTN mengenai tanggungjawab

    untuk membuat bayaran balik. Adalah diharapkan agar peminjam yang tidak

    pernah membuat bayaran balik akan hadir/ tampil untuk berunding dengan

    PTPTN bagi menyelesaikan masalah tunggakan pinjaman mereka.

    http://creditbureau.bnm.gov.my/

  • 4

    ii. Berlaku adil kepada generasi peminjam yang akan datang (yang memerlukan

    pembiayaan PTPTN), peminjam yang melaksanakan pembayaran balik

    mereka dengan teratur (good paymaster) serta pembayar cukai.

    iii. Memupuk nilai murni mengenai disiplin membayar hutang serta

    meningkatkan kesedaran mengenai kesan-kesan negatif akibat daripada

    berhutang di luar kemampuan.

    SOALAN 7

    Apakah tindakan yang telah diambil sebelum penggunaan CCRIS?

    Jawapan

    PTPTN telah melaksanakan berbagai kaedah untuk meningkatkan kutipan balik seperti:

    i. Taklimat semasa Majlis Agihan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP)

    seminggu sebelum pelajar mendaftar di IPTA;

    ii. Taklimat bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan

    edaran buku pengurusan kewangan peribadi secara percuma untuk

    pelajar tahun akhir di IPTA;

    iii. Menyediakan pelbagai kemudahan bayaran balik pinjaman, bukan sahaja

    di kaunter PTPTN tetapi juga melalui bank utama (termasuk secara

    online) dan Pos Malaysia;

    iv. Membuka 58 cawangan PTPTN di lokasi strategik di seluruh Negara;

    v. Kempen kesedaran bayaran balik melalui media termasuk iklan nama

    peminjam dalam akhbar utama;

    vi. Penghantan notis-notis peringatan untuk bayaran balik; dan

    vii. Mengenakan tindakan penguatkuasaan, perundangan serta senarai hitam

    oleh Jabatan Imigresen.

  • 5

    SOALAN 8

    Kenapa CCRIS dianggap sebagai senarai hitam untuk menghukum peminjam?

    Jawapan

    CCRIS bukanlah alat untuk menyenarai hitam peminjam, tetapi adalah suatu kaedah

    yang merekodkan corak bayaran balik bulanan (credit behavior) untuk tempoh 12 bulan

    terdahulu. Sekiranya terdapat tunggakan ansuran, kemungkinan permohonan pinjaman

    yang baharu oleh individu yang terlibat akan ditolak oleh institusi kewangan. Tujuan

    utamanya adalah untuk mendisiplinkan peminjam supaya membuat bayaran bulanan

    sebagaimana yang ditetapkan.

    SOALAN 9

    Bilakah CCRIS akan dikuatkuasakan oleh PTPTN?

    Jawapan

    CCRIS mula dikuatkuasakan oleh PTPTN pada tahun 2015.

    SOALAN 10

    Siapakah yang akan disenaraikan dalam CCRIS?

    Jawapan

    Penyenaraian di dalam CCRIS akan dibuat ke atas peminjam yang tidak membuat

    bayaran balik selama 3 tahun (36 bulan) iaitu bagi tempoh 1 Januari 2012 sehingga 31

    Disember 2014.

  • 6

    SOALAN 11

    Apakah tindakan yang patut dilakukan oleh peminjam PTPTN yang tidak membuat

    bayaran balik dan telah tersenarai di dalam CCRIS?

    Jawapan

    Semua peminjam PTPTN tidak kira sama ada yang telah disenaraikan di dalam CCRIS

    atau belum hendaklah bertindak untuk menjadi PEMINJAM YANG BAIK (good

    paymaster). Mereka hendaklah memastikan pembayaran balik bulanan adalah teratur

    mengikut Jadual Bayaran Balik yang telah ditetapkan. Sekiranya ansuran bulanan di

    luar kemampuan, mereka hendaklah berunding dengan PTPTN.

    SOALAN 12

    Jika peminjam menyelesaikan semua tunggakan, adakah rekod buruk akan dikeluarkan

    dari CCRIS?

    Jawapan

    Bayaran yang dibuat hanya akan ditunjukkan pada bulan semasa penyelesaian anda

    sahaja. Maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas

    masih dipaparkan dalam laporan kredit anda. Kelulusan sesuatu pinjaman yang

    dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan

    tersebut.

    SOALAN 13

    Jika peminjam menyelesaikan pinjaman PTPTN secara sekali gus, bilakah rekod

    peminjam akan dikemas kini di CCRIS?

    Jawapan

    Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan

    berikutnya, iaitu tidak lewat dari 15 haribulan pada bulan berikutnya. Surat Pelepasan

    Hutang (SPH) akan dikeluarkan dan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan

    semasa berurusan dengan institusi kewangan.