soalan sivik f2

Upload: inertiaophelia

Post on 09-Jan-2016

227 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan sivik tkt 2

TRANSCRIPT

\BAHAGIAN A (20 soalan)1. Yang berikut merupakan sifat-sifat yang terpuji, kecualiA. GigihB. BeraniC. Mudah putus asaD. Berkeyakinan tinggi

2. Setiap individu dianggap cemerlang kerana faktor berikut, kecualiA. Mendampingi rakan-rakan yang cemerlangB. Pencapaian pendidikanC. Bijak berkomunikasiD. Sifat yang terpuji

3. Berikut merupakan perkara-perkara yang perlu diamalkan dalam mengejar kecemerlangan, kecualiA. Berusaha untuk mendapatkan maklumatB. Menyasarkan matlamat yang ingin dicapaiC. Mengagumi kebolehan orang lainD. Tidak bijak memanfaatkan peluang Bertanggungjawab Bersopan-santun

4. Ciri-ciri dia atas berkaitan dengan A. Refleksi diriB. Kecemerlangan diriC. Berfikiran positifD. Kemahiran berkomunikasi

Soalan 5 berdasarkan rajah di bawah.X

BERUSAHABERTANGGUNGJAWABRAJIN

5. X ialahA. Refleksi diriB. Berfikiran terbukaC. Kemahiran berkomunikasiD. Kecemerlangan diri

6. Apakah institusi sosial yang menjadi asas kepada sesebuah masyarakat?A. KaumB. JiranC. KeturunanD. Keluarga

7. Apakah tanggungjawab anak-anak dalam keluarga?A. Menjatuhkan maruah keluargaB. Mengeruhkan hubungan kekeluargaanC. Mengekalkan keharmonian dalam keluargaD. Menghantar ibu bapa ke rumah orang tua

8. Apakah sikap yang perlu dijauhi dalam sesebuah keluarga?A. Berbincang dengan anggota keluarga bagi memberi peluang menyatakan pendapat masing-masingB. Bersikap terbuka dalam menerima kritikan walaupun berbeza dengan ahli keluargaC. Memendam masalah yang dihadapi daripada pengetahuan anggota keluargaD. Memberi perhatian kepada pendapat anggota keluarga yang lain

Soalan 9 berdasarkan kenyataan di bawah.

Anak-anak Encik Aizat dan Puan Nisa mengadakan majlis kesyukuran sempena hari ulang tahun perkahwinan ibu bapa mereka yang ke 30.

9. Berdasarkan maklumat di atas, apakah nilai yang ditonjolkan oleh anak-anak Encik Aizat dan Puan Nisa?A. Menghargai ibu bapaB. Mengambil hati ibu bapaC. Mengekalkan tradisi keluargaD. Menghormati hak ahli keluarga

Soalan 10 berdasarkan slogan di bawah.RUMAHKU SYURGAKU

10. Apakah peranan anak-anak untuk merealisasikan slogan di atas?A. Memastikan rumah sentiasa dikunciB. Memastikan rumah tidak bisingC. Mengemas rumah setiap hariD. Menghargai anggota keluarga

11. Ciri-ciri kecemerlangan diri dapat dilihat dari segi

I komunikasi secara sehalaII kemahiran membuat refleksiIII pencapai dalam akademikIV tanggungjawab yang dipikul

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

12. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri perwatakan terpuji?I gigih dan beraniII sentiasa berfikiran positifIII rasional dalam mengambil risikoIV berserah pada takdir tanpa berusaha

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

13. Apakah langkah-langkah untuk mencipta kecemerlangan dalam berkomunikasi?I Menggunakan bahasa yang sopanII Bertutur dengan intonasi yang sesuaiIII Bertutur dengan etika dan kesesuaian suasana dan keadaanIV Memberi pendapat tanpa memikirkan perasaan orang lain

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV 14. Apakah kelebihan individu yang mempunyai kemahiran berkomunikasi?

I Mudah didampingiII Mudah mendapat ramai kawanIII Berupaya memfitnah orang lainIV Tidak disukai oleh orang lain

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

Soalan 15 berdasarkan maklumat di bawah.

Atikah membantu ibunya menjual kuih di pasar malam dua kali seminggu. Kehadirannya ke sekolah adalah 100% pada tahun lepas. Mendapat 7A dalam PT3 tahun lepas.

15. Ciri-ciri perwatakan yang dipunyai Atikah ialah

I rajinII berusahaIII bijaksanaIV mempunyai kemahiran berkomunikasi

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

16. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti yang boleh dilakukan untuk membentuk perpaduan dalam keluarga?

I Menyambut hari ulang tahun perkahwinan ibu bapaII Menderma kepada rumah kebajikanIII Menghubungi abang di luar negaraIV Berkelah pada hujung minggu

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

17. Mengapakah kita perlu membentuk keluarga yang bahagia?

I Dapat hidup dengan tenangII Dapat menjaga nama baik keluargaIII Dapat membentuk masyarakat yang mantapIV Dapat meningkatkan pendapatan keluarga

A. I, II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

18. Antara berikut manakah faktor-faktor yang menyebabkan remaja lari dari rumah?

I Masalah dalam keluarga dan tekanan hidupII Terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan yang negatifIII Ibu bapa mementingkan anak-anak daripada wang ringgitIV Ibu bapa kerap meluangkan masa dengan anak-anak

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

19. Antara berikut, yang manakah merupakan langkah-langkah ke arah kesejahteraan keluarga?

I Menyediakan kemudahan- kemudahan mewah untuk ahli keluargaII Berbuat baik, sayang- menyayangi dan bersopan santun sesama ahli keluargaIII Memahami kekuatan dan kelemahan ahli keluargaIV Berkongsi kedukaan sahaja dengan ahli keluarga

A. I dan IIB. I dan IVC. II dan IIID. III dan IV

20. Apakah keburukan tiadanya perpaduan dalam keluarga?I keluarga akan pincangII keluarga berpecah-belahIII anggota keluarga hidup bersendirianIV keluarga hidup aman damai

A. I,II dan IIIB. I, II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

BAHAGIAN B (3 soalan)

1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

mempengaruhidiiringikritis

ikhlasterbaik

i. Individu cemerlang mampu berfikir secara __________________ dan kreatif.

ii. Kecemerlangan seseorang akan lebih terserlah apabila pencapaian pendidikan _______________ dengan sifat yang terpuji.

iii. Individu yang bijak berkomunikasi mampu meyakinkan dan __________ orang lain.

iv. Jujur dan ______________ dalam melaksanakan tanggungjawab merupakan sifat yang terpuji.

v. Individu yang cemerlang merupakan model ______________ kepada setiap golongan masyarakat.

2. Nyatakan POSITIF atau NEGATIF bagi situasi-situasi di bawah.

i. Keluarga yang bahagia akan melahirkan generasi yang

berakhlak mulia.

ii. Ah Chin menghantar ibunya ke rumah orang tua-tua kerana dia tiada masa untuk menjaga ibunya.

iii. Amran telah melarikan diri dari rumah kerana bergaduh dengan bapanya.

iv. Suren menjaga neneknya yang sedang sakit di hospital.

v. Pada setiap hujung minggu, Encik Amirul akan membawa

keluarganya pergi bersiar-siar.

3. Semangat kerjasama dan perpaduan sangat penting dalam memastikan keluarga sentiasa aman dan damai.

(a) Nyatakan aktiviti-aktiviti keluarga yang boleh mendorong tercapainya perpaduan dalam keluarga.i. .ii. .iii. .iv. .

(b) Berikan contoh-contoh sambutan khas dalam keluarga anda.i. .ii. .iii. .

(c) Senaraikan kepentingan perpaduan keluarga kepada masyarakat dan negara.i...ii...iii...

soalan tamat

1