soalan kerja kursus sejarah

Upload: ann

Post on 14-Apr-2018

610 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Soalan Kerja Kursus Sejarah

    1/5

    Soalan Kerja Kursus Sejarah (940/4)Soalan :

    Sediakan sebuah esei ilmiah yang panjangnya antara 2500-3000 patah perkataan berdasarkan satu

    daripada tema di bawah ini.

    Tema 1 - Sejarah tempat

    Tema 2 - Sejarah ekonomi

    Tema 3 - Sejarah seni dan kebudayaan

    Tema 4 - Sejarah perubatan dan kesihatan

    MENGAPA PERLU DITAWARKAN EMPAT TEMA, TIDAK DUA TEMA

    Kerja Kursus memerlukan calon menghasilkan sebuah esei ilmiah untuk ditaksirkan. Esei ilmiah

    mestilah berdasarkan penyelidikan menerusi penggunaan sumber primer dan juga sumbersekunder. Keupayaan calon menjalankan penyelidikan bergantung kepada sejauhmanakah

    mereka mendapat akses kepada sumber-sumber yang relevan. Tanpa akses kepada sumber yangdiperlukan, calon tidak akan mampu menghasilkan sebuah esei ilmiah yang baik.

    Sekiranya, kerja kursus membataskan hanya kepada dua tema, misalnya sejarah ekonomi dan

    sejarah ketenteraan, ada kemungkinan besar sekolah di sesebuah daerah tidak berpeluang

    menjalankan penyelidikan yang sempurna kerana sumber kepada tema-tema ini sukar diperolehi

    di daerah mereka yang jauh dari ibu negeri di mana terletaknya arkib dan perpustakaan. Adalahtidak adil kepada mereka berbanding pelajar lain yang sekolah mereka di kawasan bandar

    utama. Calon yang tinggal berdekatan bandar utama akan mempunyai advantage kerana mereka

    secara mudah memperolehi sumber yang diperlukan.Oleh itu, pemilihan tema mestilah mengambilkira kemudahan memperolehi sumber bagi setiap

    calon tidak kira di mana mereka tinggal. Sekiranya, calon ditawarkan empat tema, misalnyatema sejarah ekonomi, sejarah politik, sejarah seni dan kebudayaan dan sejarah perubatan dan

    kesihatan, maka pilihan kepada calon lebih terbuka. Calon yang berada jauh daripada pusatbandar sukar untuk berulang-alik dan perlukan belanja besar untuk ke sana misalnya, boleh

    memilih tema yang mereka dapati akses kepada sumbernya lebih mudah diperolehi. Contohnya,

    calon luar bandar yang jauh daripada arkib dan perpustakaan negeri, boleh memilih tema sejarahseni dan kebudayaan atau sejarah politik. Menerusi tema ini mereka boleh tumpu kepada seni

    dan kebudyaan atau politik local. Penyelidikan yang hendak dijalankan mejadi lebih mudah

    kerana mereka boleh menggunakan kaedah sejarah lisan atau menggunakan sumber tempatanbagi mengumpul maklumat untuk menulis esei yang diperlukan.

    Tegasnya, menyediakan pilihan tema lebih banyak memberikan keadilan dan peluang yang samakepada setiap calon walau di manapun mereka berada. Memandangkan criteria pentaksiran ke

    atas esei calon adalah berdasarkan kepada criteria yang sama, maka setiap calon juga mestilahdiberikan kemudahan menjalankan penyelidikan dan akses yang sama bagi memperolehi sumber

    bahan yang mereka perlukan. Menawarkan empat tema adalah langkah yang munasabah bagi

    mewujudkan padang yang sama rata ini kepada setiap calon.

  • 7/30/2019 Soalan Kerja Kursus Sejarah

    2/5

    Penawaran kursus juga sepatutnya dipelbagaikan dari sudut aras kesukarannya. Pengkategorian

    sukar, mudah atau sukar sesuatu tema adalah bersifat relatif tergantung kepada dua keadaan,

    iaitu familiarityseseorang calon terhadap subjek dan akses calon kepada bahan. Calon STPMdatang dari pelbagai lapisan dan tempat yang berbeza. Keadaan ini mempengaruhi keupayaan

    mereka menguasai tema-tema tertentu kerana kebanyakan tema untuk kerja kursus ini tidak

    tertakluk kepada isi kandungan sukatan. Tema-tema tertentu, contohnya sejarah sains danteknologi atau sejarah perubatan dan kesihatan mungkin sukar kepada sesetengah calon yangkurang familiar dengan subjek ini dan juga yang tiada akses untuk memperolehi bahan-bahan

    yang relevan. Tetapi adalah mudah kepada sesetengah calon bandar yang terdedah luas kepada

    pelbagai sumber maklumat dan ada akses luas untuk mendapatkan bahan rujukan. Denganmemberikan lebih pilihan, calon boleh memilih tema dan aspek yang mereka ada familiriti dan

    juga akses kepada sumber bahan berkaitan.

    Kedua-dua keadaan ini yang menetukan performans calon, bukannya aras kesukaran setiap

    tema. Tegasnya, calon perlu diberikan peluang menjalankan penyelidikan berdasarkankepada familiarity ke atas subjek kajian dan juga keluasan akses kepada sumber maklumat. Aras

    mudah, sederhana dan sukar tidak mementukan kualiti hasil kerja calon kerana sifat relativesetiap subjek tema itu. Tambahan pula, apa yang hendak ditaksirkan bukanlah hanya tertumpukepada isi subjek kajian, tetapi kemahiran calon dari sudut mengumpul, menganalisis

    maklumat dan membina sebuah esei ilmiah yang bermutu yang dapat ditampilkan kerja

    penyelidikan yang mereka lakukan.

    TEMA PILIHAN

    Sejarah Tempat(Aras mudah)

    Tema ini adalah dalam kategori sejarah local/tempatan cakupannya meliputi aspek asal-usul

    dan pembukaan serta perkembangan sesebuah petempatan, perkembangan sebagai sebuahpetempatansamaada sebagai sebuah kampong, bandar tradisi, bandar baru, atau kawasan/tapak

    berkait rapat dengan sesuatu kegiatan manusia dalam pelbagai bidang kegiatannya. Contohnya,

    Bukit Jugra, Kuala Kangsar, Kampung Baru Kuala Lumpur, Lukut, Taiping, Pasir Salak,

    FELDA dan lain-lain petempatan yang ada signifikansi sejarah masing-masing untuk diteliti.

    Sejarah ekonomi(Aras sederhana)

    Tema ini memiliki cakupan luas dan boleh diteliti pada paras local, nasional mahupun global.

    Antara aspek yang dapat diteliti adalah seperti; dasar ekonomi kerajaan pusat atau kerajaannegeri, perlaksanaan mahupun kesannya di daerah, negeri atau nasional; kegiatan ekonomi

    dalam bentuk pertanian perladangan atau kebun kecil, perniagaan, perdagangan, dan

    perindustrian yang bersifat tradisional atau moden di daerah, negeri atau nasional; tokoh

    ekonomi usahawan kecil atau besar dalam pelbagai bidang, pemikiran tokoh ekonomi,hubungan perdagangan antara-negara, dan juga perkembangan/kemajuan sector-sktor ekonomi

    tertentu. Masih dalam cakupan sejarah ekonomi adalah isu-isu tentang pertumbuhan dan

    pembangunan ekonomi, agihan pendapatan, taraf hidup, kemiskinan, guna tenaga danpengangguran, dan sebagainya.

    Sejarah seni dan kebudayaan (Aras mudah)

    Skop penelitian tema ini juga luas, meliputi segala aspek manusia dalam menjalani kehidupanmereka. Seni pada amnya sudah tercakup dalam konsep kebudayan. Dalam ertina yang luas,

  • 7/30/2019 Soalan Kerja Kursus Sejarah

    3/5

    kebudayaan meliputi cara, gaya dan amalan dalam kehidupan manusia- khususnya tindakan-

    tindakan mereka dalam menyusun kehidupan secara teratur, sehingga terbitnya kebiasaan-

    kebiasaan/convention yang menjadi piawai dan diperturunkan secara berterusan ke dalammasyarakat. Jadi, kebudayaan mencakupi banyak dimensi kehidupan manusia. Contohnya, seni

    adalah satu aspek kebudayaan yang berkaitan dengan tahap perkembagan daya ekspresi dalam

    sesebuah masyarakatyang boleh dikategorikan ke dalam pelbagai genre seperti seni tari, senilagu, seni tampak, seni lukis, seni puisi, syair dan sebagai. Aspek-aspek ini mengalamiperubahan dan perkembangan dari semasa ke semasa, misalnya dari tahap tradisional ke moden.

    Manakala aspek lain kebudayaan adalah seperti cara hidup dalam masyarakat tradisional

    sepeerti perkahwinan, cara berlakunya hubungan dalam masyarakat, cara mendidik anak, caramenjalankan sesuatu kegiatan baik dalam ekonomi, politik, dan sebagainya.

    Sejarah perubatan dan kesihatan (Aras sukar)

    Cakupan tema ini meliputi aspek-aspek tentang cara bagaimana manusia mengendalikan dan

    merawat diri mereka daripada penyakit baik yang bersifat fizikal mahupun spititual sehinggamunculnya pelbagai institusi, kaedah dan cara memelihara kesihatan tersebut sejak zaman

    berzaman, iaitu kaedah merawat kesihatan dan institusi perubatan tradisional dan jugakemunculan kaedah dan institusi perubatan moden. Aspek-aspek ini boleh diteliti dalam lingkuplocal, negeri atau nasional. Contohnya, masalah perebakan penyakit dan langkah mengatasinya

    yang berlaku di sesuatu kampung, negeri atau Negara. Juga tentang dasar kesihatan kerajaan,

    isntitusi bidan kampung, bomoh, kemudahan kesihatan, perubatan Islam dan sumpamanya.

    Rengkasnya, cakupan tema ini bepusat kepada soal penyakit, rawatan perubatan, institusi sepertibomoh/hospital, tokoh perubatan dan lain-lain.

  • 7/30/2019 Soalan Kerja Kursus Sejarah

    4/5

    Contoh soalan esei :

    Kumpulan 1

    1. Sejarah Tempatan

    Industri pelancongan di kawasan Bandar Hilir (Melaka) dari tahun 1990an-2000.

    2. Sejarah EkonomiPenarik Beca: Perubahan taraf ekonomi menjelang akhir abad ke-20.

    3. Sejarah Kebudayaan / Seni

    Majlis Perkhawinan di kalangan masyarakat Cina peranakan di Melaka.

    4. Sejarah Perubatan

    Perkembangan Hospital swasta (Pantai Medical) di Melaka.

    Kumpulan 2

    1. Sejarah Tempatan

    Sungai Melaka : Satu transformasi pada era pemerintahan Dato' Ali Rustam

    2. Sejarah Ekonomi

    Peubahan ekonomi masyarakat Portugis dalam sektor perikanan.

    3. Sejarah Kebudayaan / Seni

    Rewang: Peranan dalam majlis kenduri masyarakat Melayu di kawasan Ayer Molek.

    4. Sejarah Perubatan

    Sumbangan 'sinseh' dalam perubatan tradisional.

    Kumpulan 3

    1. Sejarah Tempatan

    Perkembangan industri desa di Cheng dari tahun 1990-2000.

    2. Sejarah Ekonomi

    Pantai Kundur: Pusat perkembangan industri cincalok dan belacan.

    3. Sejarah Kebudayaan / Seni

    Joget lambak: Budaya yang semakin lupus.

    4. Sejarah Perubatan

    Bekam: Amalan perubatan alternatif yang mula dilupakan.

    Kumpulan 4

    1. Sejarah TempatanSejarah perkembangan pembangunan infrastruktur Masjid Tanah dari Tahun 1980-2000.

    2. Sejarah Ekonomi

    Peranan Syarikat Bahalu warisan kepada peningkatan taraf hidup penduduk kampung

    Jeram,Masjid Tanah.

    3. Sejarah Kebudayaan / Seni

    Cara perkahwinan masyarakat orang Asli di Bukit Payung,Taboh Naning, Melaka.

  • 7/30/2019 Soalan Kerja Kursus Sejarah

    5/5

    4. Sejarah Perubatan

    Perkembangan perubatan Homeopathy dalam masyarakat Melayu di kawasan Masjid Tanah.

    Kumpulan 5

    1. Sejarah TempatanPerkembangan sosioekonomi penduduk kampung Lubuk Bandung,Simpang

    Bekoh,Jasin,Melaka.

    2. Sejarah Ekonomi

    Sejarah industri pembuatan dodol di kampung Pulai,Merlimau,Melaka.

    3. Sejarah Kebudayaan / Seni

    Adat dan Tarian Sewang masyarakat orang Asli Lubuk Bandung,Simpang

    Bekoh,Jasin,Melaka.

    4. Sejarah Perubatan

    Sejarah perubatan alternatif (Bomoh urut tulang patah) di Tangkak,Johor.