soalan kemahiran hidup tahun 4.docx

11
UNIT PENGURUSAN AKADEMIK PEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 PERINGKAT DAERAH LUBOK ANTU KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4 Oktober 2013 1 jam Satu Jam KEMAHIRAN HIDUP JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu A dan B. 2. Jawab semua soalan. 3. Bahagian A soalan berbentuk objektif diikuti empat pilihan jawapan. Bahagian B merupakan soalan struktur. 4. Bahagian A dan B jawapan hendaklah bulatkan atau ditulis diruangan yang disediakan. NAMA : ............................................................................. ........................ TAHUN : ................................................................... .................................. NAMA SEKOLAH: .................................................................................. ...................

Upload: intan-zuliyati

Post on 18-Dec-2015

44 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

UNIT PENGURUSAN AKADEMIKPEJABAT PELAJARAN DAERAH LUBOK ANTU

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013PERINGKAT DAERAH LUBOK ANTUKEMAHIRAN HIDUP TAHUN 4Oktober 20131 jam Satu Jam

KEMAHIRAN HIDUP

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu A dan B.2. Jawab semua soalan.3. Bahagian A soalan berbentuk objektif diikuti empat pilihan jawapan. Bahagian B merupakan soalan struktur.4. Bahagian A dan B jawapan hendaklah bulatkan atau ditulis diruangan yang disediakan.

NAMA: .....................................................................................................TAHUN: .....................................................................................................NAMA SEKOLAH: .....................................................................................................

BAHAGIAN AJawab semua soalan yang berikut di dalam kertas jawapan objektif.

1. Antara yang berikut, manakah yang boleh anda pakai di dalam bengkel?A. RantaiB. GelangC. Jam Tangan D. Cincin

2. Apakah yang perlu anda lakukan sebagai seorang murid perempuan yang berambut panjang?A. MengguntingnyaB. Mengikatnya dengan kemasC. Membiarkan tanpa diikatD. Memasukkan ke dalam pakaian

3. Antara pakaian berikut, yang manakah anda perlu pakai untuk melindungi pakaian anda daripada menjadi kotor ketika membuat kerja di dalam bengkel?A. ApronB. Baju hujanC. Baju getahD. Jaket

4. Tempat yang sesuai menyimpan bahan beracun, minyak, dan bahan kimia adalah di ___________.A. Atas meja kerjaB. Luar makmalC. Di dalam almari berkunciD. Bawah meja kerja

5. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas plastik atau botol bahan beracun yang telah habis digunakan.A. Digunakan semula untuk mengisi bahan lainB. Dibuang atau ditanamC. Diubahsuai untuk dijadikan bahan menyimpan pakuD. Digunakan untuk mengisi air minuman

6. Antara bahan berikut yang manakah tidak mudah terbakar?A. Kertas B. Kayu C. Getah D. Batu

7. Keadaan lantai berikut boleh menyebabkan kemalangan berlaku di dalam bengkel kecuali...A. LicinB. BerairC. BersihD. Tidak rata

8. Antara berikut, yang manakah tidak sepatutnya dilakukan semasa bekerja di dalam bengkel?A. Pakai apron dan menutup rambutB. Gulungkan baju yang berlengan panjangC. Pakai selipar di dalam makmalD. Tanggalkan tali leher

9. Antara penyataan yang berikut yang manakah salah?A. Tutup semua tingkap sebelum kamu meninggalkan bengkelB. Labelkan semua alatan tanganC. Gunakan alatan tangan yang tajam tanpa pengawasan guruD. Keringkan tangan sebelum membuka suis elektrik

10. Mengapakah peti pertolongan cemas dan alat pemadam api perlu ada pada setiap bengkel?A. Membantu murid membuat kerja dengan selamatB. Membantu guru sebagai alat bantuan mengajarC. Membantu semasa berlaku kemalanganD. Membantu pelajar membersihkan diri

11. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang mungkin akan berlaku?A. Kerja dapat disiapkan dengan cepatB. Alat tangan akan patahC. Kemalangan atau kecederaan akan berlakuD. Murid berasa gembira

12. Antara objek berikut, yang manakah kiub?A. B.

C. D.

13. Antara objek di dalam kelas anda, yang manakah mempunyai bentuk asas segi empat tepat?A. Papan hitamB. Kipas anginC. Pensel D. Bakul sampah

14. Alatan yang digunakan perlu dibersihkan dan disimpan supaya ___________.A. Selamat dan tidak mudah hilangB. Sentiasa bersih dan mudah digunakanC. Berkilat dan menarikD. Tidak berbau busuk

15. Antara alatan tangan berikut, yang manakah sesuai digunakan untuk memotong kayu yang kecil.A. Gergaji tanganB. Gergaji putingC. Gergaji besiD. Tukul warrington

16. Alatan yang digunakan untuk mengetuk permukaan kepingan logam ialah _________.A. Gandin getahB. Kayu C. Tukul besiD. Besi

Membuat garis lurusMengukur jarakMenanda jarak

17. Antara alatan tangan berikut, yang manakah fungsinya seperti di atas?A. Tukul kuku kambingB. Sesiku LC. Gergaji tanganD. Pembaris keluli

18. Antara bahan berikut, yang manakah digunakan untuk merata dan melicinkan permukaan kayu?A. Surat khabarB. Kertas lasC. Kain percaD. Tepung sumbat

19. Apakah yang tidak terdapat dalam peti pertolongan cemas?A. GuntingB. IodinC. Kain pembalutD. Jarum suntikan

20. Pemutar skru philip digunakan untuk membuka____________.A. Skru beralur lurusB. Skru beralur palangC. PakuD. Nat

21. Antara alatan tangan di bawah yang manakah boleh digunakan untuk membuka atau mengetatkan nat ?A. Sepana hujung terbukaB. Playar gabungC. Pemutar skru mata rataD. Pena ujian

D

BCA

22. Berdasarkan alat di atas, bahagian manakah menentukan saiznya?23. Meja boleh dibina dalam lakaran secara 3 dimensi dengan menggunakan bahan berikut iaitu

I. PlastisinII. KertasIII. SpanIV. GabusA. I , II dan IIIB. II , III dan IVC. I , III dan IVD. I, II , III dan IV

24. Antara alatan tangan di bawah, yang manakah digunakan untuk memotong wayar?A. B.

C. D.

25. Mentol berfungsi untuk?A. Menyambung bahan-bahan elektrik dan elektronik dalam satu litarB. Memutuskan litarC. Menyambung litarD. Menghasilkan cahaya

26. Rajah di bawah yang manakah adalah simbol untuk bateri?A. B.

C.

D.

27. Alat apakah yang boleh digunakan untuk membersihkan mata pensil mekanikal yang tersumbatA. PisauB. GuntingC. PinD. Kayu

28. Antara alatan tangan yang berikut, yang manakah digunakan untuk menjalur wayar dengan cepat dan tepat?A. Playar muncung tirusB. Playar gabungC. Penjalur wayarD. Pena ujian

29. Lukisan kerja yang menggunakan simbol dinamakan lukisan ______________.A. KejuruteraanB. SimbolC. SkematikD. Seni

30. Gambar rajah di atas menunjukkan satu lukisan litar sesiri. Apakah yang berlaku sekiranya suis disambungkan?A. Mentol A menyala mentol B tidakB. Mentol A tidak menyala mentol B menyalaC. Mentol A menyala terang, mentol B menyala malapD. Mentol A dan mentol B tidak menyala

31. Berikut merupakan beberapa kumpulan tanaman hiasan kecualiA. Pokok naungan B. Pokok renekC. Pokok kaktusD. Pokok kelapa

Mempunyai sulur untuk memautContoh tumbuhan ini ialah Pokok Bunga Kembang Pagi

32. Berikut merupakan ciri-ciri dan contoh tanaman hiasan yang tergolong dalam kumpulanA. Pokok RenekB. Tumbuhan memanjat dan menjalarC. Pokok PalmaD. Rumput

33. Apakah yang dimaksudkan dengan komisen?A. Barangan yang diterima oleh penggunaB. Bayaran yang dibayar kepada peniaga oleh pembeliC. Bayaran yang dibuat oleh peniaga kepada pemborongD. Bayaran yang diterima oleh peniaga kerana menjual barang milik pembekal berdasarkan kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

34. Apakah tindakan pengguna jika telah tersalah beli barang jualan yang telah tamat tarikh luputnya?A. Memulangkan kembali barang tersebut kepada peniagaB. Mendiamkan perkara tersebutC. Membuat laporan polisD. Membeli barangan baru

35. Apakah sebab tanda harga perlu diletakkan pada setiap jenis barang jualan?A. Supaya pembeli mengetahui harga barangB. Untuk mendorong pembeli membeli barang dalam kuantiti yang banyakC. Untuk meningkatkan kualiti barangan D. Untuk memenuhkan ruang kosong yang ada

36. Antara berikut, yang manakah ciri-ciri barang yang telah rosak?I. Telah berkulatII. Berubah menjadi warna gelapIII. Rasa masamIV. Bau wangi dan segarA. I, II dan IIIB. I,II dan IVC. I, III dan IVD. II, III dan IV

37. Apakah yang harus dilakukan oleh peniaga semasa melayan pelanggan di kedainya?A. Bercakap dengan sopan dan lemah lembutB. Bermasam muka dengan pelangganC. Meletakkan harga yang tinggiD. Menghalau pelanggan yang datang38. Apakah maklumat yang biasa terdapat pada label barang?I. KandunganII. Tarikh luputIII. Keburukan barangan IV. Berat kandunganA. I, II dan IIIB. I, II dan IvC. I, III dan IVD. II, III dan IV

Berfikiran kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu produk

39. Antara berikut, yang manakah menerangkan ciri di atas.A. PasifB. RekaciptaC. BertanggungjawabD. Berani

40. Seorang peniaga telah membeli semua buah nenas daripada pembekal dengan harga RM1.25 sebiji. Dia menjual semula buah tersebut dengan harga RM 1.80. Berapakah keuntungan yang diperolehinya?A. RM 0.25B. RM 0.35C. RM 0.45D. RM 0.55

BAHAGIAN BJawab semua soalan di bawah. Isi jawapan ditempat yang telah disediakan.1. Lukiskan objek-objek berikut tanpa menggunakan pembaris.

SFERAKIUB

KONKUBOID

SILINDER

2. Padankan alatan tangan berikut dengan kegunaanya

Gergaji PutingMengetuk Paku

Pemutar SkruMengepit benda kerja

Tukul WarringtonMemotong kayu yang kecil

Apit GMembuat garisan bersudut

Sesiku LMemasang skru