soalan final topik 1 - hidrologi

6
SOALAN FINAL TOPIK 1: HIDROLOGI

Upload: i-civec

Post on 01-Jul-2015

1.445 views

Category:

Education


3 download

DESCRIPTION

soalan final topik 1 hidrologi

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

SOALAN FINALSOALAN FINAL

TOPIK 1:HIDROLOGI

Page 2: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

Soalan 1a. Dengan bantuan gambarajah, terangkan

mengenai proses kitaran Hidrologi.( 15 markah )

 b. Dalam jangka masa sebulan, sebuah

kawasan tadahan dianggarkan menerima hujan sebanyak 200mm, penyejatan sebanyak 70mm dan penyusupan ke sub permukaan sebanyak 20mm. Anggarkan hujan lebihan dan isipadu larian terus yang mengalir ke takungan yang terdapat dalam kawasan tadahan tersebut sekiranya luas kawasan tadahan ialah 55km2.( 10 markah )

Page 3: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

Soalan 1a.Terangkan dengan jelas mengenai perkara-perkara

berikut :i. Pintasanii. Resapaniii. Sejataniv. Curahan( 16 markah )

 b.Kawasan tadahan Sungai Semberong dijangkakan

menerima hujan sebanyak 320mm dari awal Februari 2001 hingga akhir Oktober 2001. Sejatpeluhan dianggarkan sebanyak 55mm dan resapan yang berlaku pula dianggarkan sebanyak 23mm. Luas kawasan tadahan ialah 100,000mm2 dan terdapat sebuah takungan di kawasan tadahan ini. Anggarkan isipadu air larian terus dalam km3 yang masuk ke dalam takungan ini dalam jangka waktu berkenaan.( 9 markah )

Page 4: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

Soalan 1a. Pintasan, resapan dan sejatan adalah di

antara proses-proses yang terlibat dalam kitaran hidrologi. Terangkan mengenai proses-proses yang dinyatakan ini.( 12 markah ) 

b. Kawasan tadahan Sungai Kepayang dijangkakan menerima hujan sebanyak 420mm dari awal Februari 2001 hingga akhir Oktober 2001. Sejatpeluhan dianggarkan sebanyak 62mm dan resapan yang berlaku pula dianggarkan sebanyak 29mm. Luas kawasan tadahan ialah 80km2 dan terdapat sebuah takungan di kawasan tadahan ini. Anggarkan isipadu air larian terus dalam m3 yang masuk ke dalam takungan ini dalam jangka waktu berkenaan.( 13 markah )

Page 5: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

Soalan 1a. Terangkan prinsip kitaran hidrologi.

( 5 markah )

b. Terangkan kesan perubahan guna tanah terhadap alam persekitaran dan langkah-langkah yang telah diambil.( 10 markah )

c.Sebuah kawasan tadahan dengan keluasan 4571 ba2 menerima hujan sebanyak 42.5 in setahun. Jika discaj tahunan adalah 5102 ka3/s, hitung amaun evapotranspirasi untuk tahun berkenaan. ( 1 ba = 5280 ka )( 10 markah )

Page 6: Soalan Final Topik 1 - Hidrologi

Soalan 1a.Takrifkan kawasan tadahan.

( 3 markah )

b.Lakarkan proses kitaran hidrologi dan terangkan mana-mana dua ddari proses yang terlibat.( 7 markah )

c.Kawasan tadahan pedu mempunyai keluasan 1720km2. Data purata hujan tahunan adalah 3200 mm. Terdapat dua sungai yang mengalir ke kawasan tadahan tersebut, iaitu sungai Kuala Nerang dan Sungai Pedu. Discaj dari sungai Kuala Nerang adalah 23m3/s manakala data Sungai Pedu tidak diperolehi. Rekod yang dibuat menunjukkan kehilangan akibat proses pemeluwapan dan pintasan adalah 12% dari purata hujan tahunan. Kirakan nilai discaj bagi Sungai Pedu.( 5 markah )