soalan dan skema peperiksaan kmm stpm pertengahan tahun smksg 2012

38
SULIT* 922/2 SULIT* SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG 16390 BACHOK, KELANTAN. PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012 SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE) Arahan kepada calon: Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ] 1 922/2 PERTENGAHAN TAHUN 2012 (KESUSASTERAAN MELAYU KESUSASTERAAN MELAYU KERTAS 2 (Tiga jam)

Upload: gcsasterastpm

Post on 31-Jul-2015

1.889 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

SULIT*

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SRI GUNUNG16390 BACHOK, KELANTAN.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

Arahan kepada calon:

Jawab empat soalan sahaja: satu soalan daripada tiap-tiap Bahagian A, B, C, dan D. Markah untuk tiap-tiap soalan diberikan dalam tanda kurung [ ]

______________________________________________________________________________Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak.

1

922/2 PERTENGAHANTAHUN 2012

(KESUSASTERAAN MELAYU MODEN) )MODEN)

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Tiga jam)

Page 2: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODENDAN KRITIKAN SASTERA

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

1. ” Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.” Huraikan

(a). perihalkan latar kehidupannya, [ 5 ]

(b). huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu [16] (c). keistemewaan karya-karyanya [ 4 ]

2. ”Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935.” Berdasarkan penyataan ini.

(a). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [ 4 ]

(b). Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan. [ 6 ]

(c). Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut [ 9 ]

(d). Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan Melayu [ 6 ]

2

Page 3: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Bahagian B: CERPEN

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

3 . Jawab soalan-soalan berikut berdasarkan petikan di bawah

“Sepi dengan jiran-jiran.” “Ah, pedulikan.” “Tapi, Islam tidak membenarkan kita berlaku begitu. Sekurang-kurangnya empat puluh buah rumah mesti diambil berat.” “Dan, yang dakwah sendiri tidak mahu menegur dan mengambil tahu hal jiran, bagaimana you nak baiki itu semua?” Isterinya diam. Dia segera teringat kepada jiran depan yang tidak pernah mengambil tahu hal jiran. Malah ketika dia dan seorang jiran India membakar sarang tebuan di atas pokok didepan rumah ustaz dakwah itu, ustaz itu tidak menjengokkan mukanya. Tapi amat garang dan banyak nasihatnya sewaktu membaca khutbah Jumaat. Suaranya amat lantang: berjiran, bertakwa, mengambil berat hal fakir miskin, tolong-menolong, ribu-ribu lagi.

(Cerpen Kesementaraan, S.Othman Kelantan, Mutiara Sastera Melayu Moden, hal. 55.)

(a). Apakah pekerjaan watak ‘dia’ dan berikan tiga sikapnya berdasarkan cerpen di atas.

[ 4 ]

(b). Nyatakan teknik penceritaan cerpen dalam petikan di atas dan kesannya terhadap penceritaan. [ 9 ]

(b). Berikan tiga citra masyarakat beragama yang dipaparkan dalam cerpen [12]

4. Baca petikan di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya.Aku tunduk menghadap ayah tiriku.“Orang sini semua tahu! Sama ada kau betul atau salah, mereka tidak persoal

lagi.Mereka sudah tahu yang kau sudah mencemarkan nama aku dan nama ibumu”Aku hanya menitiskan air mata.Ibu hanya merenungku sahaja.Dan,apbila wajah ibu yang

aku sayang kucuba perhati, dia tidak mengalihkan pandangannya kea rah lain.Aku gembira sekali.Aku tahu yang ibu tetap di sebelahku.Kasih-sayangnya padaku tidak pernah berganjak.Dan, kejadian itu memang sekali adalah suratan nasibku.

Tiba-tiba ibu mahu bersuara.Tentu ibu mahu membelaku agaknya.Tetapi, ayah tiriku cepat memotong. “Sudahlah! Kau sudah siap dengan segala barang-barangmu?”

(Dipetik daripada Majlis Peperiksaan Malaysia (peny), 2003,

3

Page 4: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Cerpen “Perjalanan yang Tak Direncana” dalam Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur,Dewan Bahsa dan Pustaka,

hal 133)

(a). Nyatakan nama Aku dan latar tempat dalam petikan di atas [ 3 ]

(b). Apakah pesanan ayah tiriku sebelum petikan di atas [ 4 ]

(c). Jelaskan perbuatan Aku yang “mencemarkan nama aku dan nam ibumu”. [ 6 ]

(d). Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan negatif Aku dalam cerpen ini. [12]

Bahagian C: Drama

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

SUARA GHAIB: Larut malam. Udara sejuk menghembus perlahan. Embun mula gugur ke bumi. Suasana alam sunyi-sepi.

RAHIMAH: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. (Bangun berjalan pergi balik) Betina mana yang tahan dibuatnya macam ini ? Tiap-tiap malam macam ini, balik jauh-jauh malam...jantan tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan. Lupakan rumah tangga. (Mengesat-ngesat mata dengan sapu tangan). Habis semua barang-barang kemas digadainya. Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah tangga sial itu. (Suara di luar sebeng mengetuk) Tiap-tiap malam orang disuruhnya menjengkal mata.

(Suara orang mengetuk di luar sebeng dengan memanggil nama Rahimah).

DAHLAN: Rahimah...Rahimah...(Mengetuk dengan kuat) Rahimah...(Rahimah terkejut dan bangun berjalan ke sebeng) Rahimah...aku balik. (Rahimah membuka pintu. Dahlan masuk dengan berpakaian tali leher). Kau belum tidur, Rahimah. (Membuka baju dan tali lehernya dicampakkan di atas meja).

(Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm

175)

(a). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [ 9 ]

(b). Galurkan tiga peristiwa yang berlaku keatas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [ 6 ]

4

Page 5: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

(c). Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. [ 6 ]

(d). Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [ 4 ]

6. Malam Ini Penyu Menangis karya Noodin Hassan merupakan sebuah drama yang dipaparkan dalam bentuk dokumentari tentang biografi J.M.Aziz

(a). Bincangkan penggunaan unsur-unsur dokumentari tentang biografi J.M Aziz yang terdapat dalam drama ini. [ 9 ]

(b). Puisi merupakan elemen penting dalam teknik penulisan drama. Jelaskan peranan puisi dalam drama berkenaan [ 8 ]

(c). Kemukakan empat persoalan dalam drama [ 8 ]

5

Page 6: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Bahagian D: SAJAK

Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini.

7). Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya.

Kunci

T. Alias Taib

May verse be like a keyThat opens a thousand doors

- Vicente Huidobro

Dengan seberkas kunci di tangankubuka seribu liang lukayang sekian lama tertutupkubiarkan seribu gabus dukayang mengapung di dalam dadaberkumpul di depan matamuagar kau mengerti:makna makmur di tengah laparmakna harmoni di tengah inflasimakna mewah di tengah gundah.

Dengan seberkas kunci di kakikumasuki seribu pintu berlikuyang berisi pula seriburatap dan harap yang tak terjawabumpamanya seorang buruh suatu petangyang sedang membersihkan longkangsebagai ganti daun kering dan kotorania menyapu potongan-potongan nasibserpihan-serpihan masa depan dandoa teman-temannya yang bertaburan.

Dengan seberkas kunci di matakulihat seribu keajaibanseribu teka-teki dan misteri hidupyang cukup sulit dan berbelitbagai jalan ke puncak Kinabalukadangkala ada mula tak ada akhir

6

Page 7: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

kadangkala ada akhir tak ada mulakadangkala tak ada mula tak ada akhir.

Dengan seberkas masalahku di kepalakubaling jauh-jauh kunci di mataku.

Dewan Sastera, April 1980Dewan Bahasa dan Pustaka.

(Majlis Peperiksaan Malaysia[peny.],2003Mutiara Sastera Melayu Moden Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

halaman 290 – 291)

(a). Jelaskan mesej yang terdapat dalam sajak di atas [ 4 ]

(b). Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas [12 ] (c). Jelaskan harapan penyajak terhadap masyarakat dalam sajak di atas [ 9 ]

7

Page 8: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

8. Baca sajak di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

Sewaktu Melintasi KundasangLim Swee Tin

Sewaktu melintasi Kundasangmatahari melimpahkan sinar mutiaranyake atas bukit-bukit, hutan, deretan lalangdan kebunan kubismenyentak celaru kehidupan yang kupapahsekali gus meresapkan rindudamai dengan warnanyatak terusik

Aku telah dihimpit bising peradabankasih dan cinta manusiayang luputketika kau tetap abadi menatap alammenyaksi kejadian serba takjubsepi namun sentosabahagia sekalipun purba.

Kabus menipis di puncak Kinabalujalan di bawah berlikuangin dingin mengusap pohon-pohonlonggokan batu dan serpihan tebingsewaktu melintasi Kundasang mesra dakapmelupakan aku sedetik, pendatang terasingkali ini akan ku ambil lembutmuuntuk melentur keras watakku.

(Majlis Peperiksaan Malaysia (peny.), 2003, Mutiara Sastera Melayu Moden.hlm. 300 Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

(a). Jelaskan gaya bahasa rangkaikata berikut dan kesannya

i. Matahari melimpahkan sinar mutiaranyaii. Angin dingin mengusap pohon

iii. Menyentak celaru kehidupan yang kupapah [ 9 ]

(b). Jelaskan perubahan sikap aku setelah melintasi Kundasang [ 8 ]

8

Page 9: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

(c). Huraikan DUA persoalan yang ingin dikemukakan oleh penyajak dalam sajak di atas [ 8 ]

SULIT922/2Kesusasteraan MelayuKertas 2Pertengahan Tahun 20123 Jam

JABATAN KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2012(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)

SKEMA PERMARKAHAN

KESUSASTERAAN MELAYU

KERTAS 2

(Penghayatan Kesusasteraan Melayu Moden)

Kertas Skema ini mengandungi 18 halaman bercetak

9

Page 10: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Skema Jawapan:

Bahagian A: SEJARAH KESUSASTERAAN MELAYU MODEN

Soalan 11. ” Abdullah Hussein ialah Sasterawan Negara yang telah meningkatkan perkembangan kesusasteraan Melayu Moden.” Huraikan

(a). perihalkan latar kehidupannya, [ 5 ](b). huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu [16] (c). keistemewaan karya-karyanya [ 4 ]

Skema jawapan:(a). perihalkan latar kehidupannya,

F1: Nama penuhnya Abdullah HusseinF2: Dilahirkan pada 25 Mac 1920b/ di Sungai Limau Yan, KedahF3: Menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai limau hingga darjah V/

1932-1933 meneruskan persekolahan di Sekolah St. Michael.F4: Pada zaman Jepun pernah belajar di Syonan Koa Kunrenzo / Sekolah latihan

pegawai-pegawai Tinggi Singapura.F5: Pernah menjadi polis selepas tamat perang di Sumatera.F6: Pernah menjawat jawatan sebagai penjaga stor dalam perusahaan lombong bijih

timah di PahangF7: Terlibat sebagai wartawan suratkhabar Sahabat / pembantu pengarang majalah

Saudara.F8: Pernah juga menjadi kerani Gunseibu.F9: Pernah memenangi hadiah ke-3 dalam sayembara mengarang roman sejarah

dengan judul “Darah Pembalasan”F10: Tempat ke-2, mengarang cerpen di Acheh dengan judul “Manusia Baru” 1943F11: Penerima Anugerah Sasterawan Negara ke-8 (1996)F12: Penerima S.E.A write Award pada tahun 1981.

Pilih 5 isi 1 isi = 1 markah fakta5 isi x 1 markah = 5 markah.

b). huraikan sumbangan beliau dalam memperjuangkan kesusasteraan Melayu

F1: Terlibat dalam penulisan genre novel

10

Page 11: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

H/C1: genre novel yang dihasilkan oleh beliau banyak memuatkan elemen perpaduan yang disampaikan menerusi bahasa. Antara novel beliau ialah Terjebak,

Peristiwa dan Interlok.

F2: Terlibat dalam penulisan genre cerpenH/C2: Kebanyakkannya menyentuh pengalaman peribadi beliau sendiri, antara cerpen

yang ditulis oleh beliau ialah Hadiah, nagasaki serta koleksi Cerpen-cerpen Malaysia.

F3: Terlibat sama dalam penulisan Esei / KritikanH/C3: Semasa bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka, beliau turut menghasilkan esei

dan kritikan antaranya ialah ”Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman”

F4: Beliau turut melibatkan diri dalam penulisan biografiH/C4: Antara biografi yang pernah beliau tulis ialah Biografi P.Ramlee dan Pendeta

Za’ba.

F5: Menterjemah karya-karya Sastera DuniaH/C5: Angin Timur Angin Barat dan Bumi Bertuah karya asal Pearl S.Buck / Mutiara

karya Steinbeck / Orang Tua dengan laut Hemingway serta Lorong Midaq karya Mahfouz

F6: Bergiat aktif dalam GAPENAH/C6: Beliau merupakan antara orang kuat dalam GAPENA dan beliau merupakan

Bendahari.

F7: Membuat sorotan / kritikan cerpenH/C7: Kebanyakan tulisan sorotannya banyak tersiar dalam Dewan Sastera antara tahun

1972 hingga 1972.

F8: Membimbing bakat-bakat baru dalam penulisan kreatifH/C8: ketika beliau menjadi editor dan penerbit majalah Penulis ketika menganggotai

PENA.

Pilih 4 isi1 isi = 4 markah (2 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)4 isi x 4 markah = 16 markah

(c). keistemewaan karya-karyanya

F1: Karyanya banyak memuatkan elemen perpaduan

11

Page 12: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

H/C1: Penduduk Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaumdan bangsa dengan orang melayu sebagai pribumi memberi idea kepada beliau menulis karya

terutama novel seperti novel Interlok

F2: Berjaya merakamkan pengalaman peribadi dalam kebanyakkan karya sasteranya

H/C2: Novel-novelnya seperti Interlok, Peristiwa dan Aku Tidak Minta merupakan rakaman pengalaman-pengalaman berunsur seram, tragis dan lucu sewaktu Abdullah di Indonesia dan di Thailand.

F3: Memenangi banyak sayembara utama negaraH/C3: Penulis yang kaya dengan pengalaman membolehkan beliau merakamkan

pengalamannya dalam karya kreatif terutama novel dan cerpen membolehkan beliau memenangi banyak sayembara antaranya novel Imam telah terpilih memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1994/1995.

Pilih 2 isi1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)2 isi x 2 markah = 4 markah.

Soalan 22. ”Kritikan kesusasteraan Melayu di Malaysia dikatakan bermula pada tahun 1935.” Berdasarkan penyataan ini.

(a). Nyatakan penulis dan tajuk kritikan tersebut. [4](b). Jelaskan dua faktor yang menyebabkan kritikan itu dianggap sebagai kritikan

kesusasteraan. [6](c). Huraikan tiga isi kandungan kritikan tersebut [9](d). Jelaskan dua kesan kritikan itu terhadap perkembangan kritikan kesusasteraan

Melayu [6] Skema Jawapana). Penulis dan tajuk kritikan:

F1: Keris Melayu / Muhammad Yasin Maamor 2 markahF2: Tun Seri Lanang dan Abdullah Munsyi 2 markah

b). Faktor tulisan itu dianggap sebagai kritikan kesusasteraan

F1: Menganalisis secara kritis, mengikut kemampuan ilmiah dan zamanH/C1: Keris Melayu telah menganalisis secara kritis tentang isi dan gaya bahasa

Sejarah Melayu

F2: Mengupas hal-hal yang tersiratH/C2: Keris Melayu cuba menyelami dan mengupas hal-hal tersirat di sebalik dua buah

karya Abdullah Munsyi iaitu Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah.

12

Page 13: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

F3: Pemusatan tulisan adalah teksH/C3: Pemusatan tulisan Keris Melayu adalah teks, iaitu Sejarah Melayu, Hikayat

Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah. Soal luaran seperti biografi sangat sedikit diberi perhatian.

F4: Menilai/mengulas dan membandingkan teksH/C4: Keris Melayu telah melakukan penilaian dan membuat penilaian terhadap teks

Kisah Pelayaran Abdullah dan Sejarah Melayu.

c). Isi kandungan tulisan kritikan.

F1: Pemerian keseluruhan teks / teknik penulisanH/C1: Memulakan tulisannya dengan pemerian keseluruhan teks Sejarah Melayu dan

kemudian membahagikan sistem perwatakan kepada golongan tertentu seperti raja, pembesar istana, hulubalang dan orang kebanyakan.

F2: Penilaian terhadap watakH/C2: Memberi penilaian terhadap watak-watak yang terdapat dalam Sejarah Melayu

walaupun secara dangkal dan emosional.

F3: Memberi pandangan terhadap gaya bahasaH/C3: Memberi pandangan terhadap gaya bahasa teks Sejarah Melayu yang dikatakan

bahasa Melayu Tun Seri Lanang adalah asli, jelas serta sedap pula didengar kalau dibaca.

F4: Mengupas makna tersiratH/C4: Mengupas makna tersirat disebalik beberapa buah pantun yang terdapat dalam

karya itu.

Pilih 3 isi 1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian/contoh)3 isi = 9 markah

d). Kesan

F1: Kesan melahirkan kritikan yang bersifat ilmiah / membinaH/C1: Berfokus kepada teks, contohnya, Hikayat Pelayaran Abdullah dan Hikayat

Abdullah.

F2: Kesan tulisan berbentuk analisisH/C2: Menghurai sesuatu aspek karya dengan lebih mendalam.

F3: Kesan melahirkan pembaca yang lebih kritisH/C3: Terhadap pembaca, contohnya, Anak Negeri menentang hebat cara penulisan

Munsyi Abdullah yang memberi gambaran keburukan masyarakat Melayu

13

Page 14: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

dalam Hikayat Abdullah dan Kisah pelayaran Abdullah. Tulisan Kabha lebih condong untuk membela Munsyi Abdullah.

F4: Kesan polemik / perdebatan / pertentanganH/C4: Menimbulkan reaksi dan polemik daripada pembaca. Mengundang tulisan

berkaitan daripada intelek lain seperti Anak Negeri dan Kabha Batu Pahat.

F5: Melahirkan ramai pengkritikH/C5 Antara pengkritik yang lahir pada era tersebut ialah Anak Negeri, Kabha Batu

Pahat .F6: Menghasilkan lebih banyak tulisan kritikanH/C6: Kesan daripada tulisan Keris melayu menyebabkan lebih banyak tulisab kritikan

tersiar di akhbar / majalah.

Pilih 2 isi1 isi = 3 markah (2 markah fakta, 1 markah huraian / contoh)2 isi = 6 markah

Soalan 3Ceraian (a) Apakah pekerjaan watak ‘dia’ dan berikan tiga sikapnya berdasarkan cerpen di atas.

[ 4 ]Pekerjaan ‘dia’ sama ada pensyarah/guru/ pendakwah / kakitangan kerajaan.

3 sikap ‘dia’:

i. Penyayangii prihatiniii bertanggungjawabiv amanah/jujurv tabah/cekal/gigih

1 markah untuk pekerjaan1 markah bagi setiap sikap(3 isi x 1 markah = 3 markah + 1 markah = 4 markah)

ceraian (b).Nyatakan teknik penceritaan cerpen dalam petikan di atas dan kesannya terhadap penceritaan.

F1 : Teknik dialogH/C : Percakapan atau pertuturan yang terlaksana antara 2 watak atau lebih dalam sesebuah karya.

“Sepi dengan jiran-jiran.” “Ah, pedulikan.”kesan: Dapat menjadikan watak-watak dalam cerita lebih hidup atau realistik.

14

Page 15: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

F2 : Tenik imbas kembaliH/C : Satu teknik penceritaan pengarang menyajikan babak atau peristiwa yang telah berlaku

Dia segera teringat kepada jiran depan yang tidak pernah mengambil tahu hal jiran.Kesan: Berupaya menguatkan perkembangan cerita, pembaca dapat mengetahui peristiwa-

peristiwa sebelumnya

F3 : Teknik perulanganH/C : Perihal berulang (berulang-ulang atau sesuatu yang berulang atau diulang-ulang)

Perkataan jiran Kesan: meninggalkan kesan penegasan

F4 : Teknik pemerian / naratifH/C : Gambaran tentang sesuatu keadaan peristiwa, kejadian tentang seseorang watak yang

dinyatakan secara langsung oleh pengarang.Suaranya amat lantang: berjiran, bertakwa, mengambil berat hal fakir miskin, tolong-menolong, ribu-ribu lagi.

Kesan: Dapat memberikan gambaran tentang sesuatu peristiwa yang lebih luas

Pilih 3 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah Fakta dan 2 markah Huraian/contoh dan kesan)3 isi x 3 markah = 9 markah.

Ceraian (c) Berikan citra masyarakat beragama yang dipaparkan dalam cerpen [12 ]

F1 : Citra masyarakat Islam yang prihatin hal jiranH/C : Agama Islam amat menitik beratkan hal-hal kejiranan sehingga meletakkan sehingga 40

buah rumah adalah jiran yang terdekat.Dalam cerpen watak ‘dia’ dan isterinya amat prihatin terhadap jirannya seperti peristiwa ‘dia’ bersama sama jiran indianya membakar sarang tebuan di depan rumah seorang ustaz.

F2 : Citra masyarakat islam yang lantang bersuara / berdakwah tetapi tidak mempraktikkannya.

H/C : Terdapat sesetengah pendakwah ataupun ustaz yang hanya tahu menyeru orang ramai untuk melakukan sesuatu perkara yang baik walhal diri sendiri tidak pernah melakukannya. Hal ini dapat dilihat seorang ustaz dalam cerpen yang sentiasa berceramah tentang kejiranan tetapi apabila jirannya ( watak ‘dia’) membakar sarang tebuan di depan rumahnya, dia tidak menjengokkan mukapun.

F3 : Citra masyarakat islam yang tidak mengambil tahu hal jiran.H/C : Terdapat segelintir masyarakat Islam yang tidak prihatin pada jiran tetangga, ini terbukti

menerusi watak ustaz yang tidak keluar rumah membantu jirannya berbangsa India ketika dia membakar sarang tebuang di hadapan rumahnya.

F4 : Citra masyarakat islam yang hipokrit / bermuka-muka.H/C : Terdapat sesetengah pendakwah ataupun ustaz yang hanya tahu menyeru orang ramai

untuk melakukan sesuatu perkara yang baik walhal diri sendiri tidak pernah

15

Page 16: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

melakukannya. Hal ini dapat dilihat seorang ustaz dalam cerpen yang sentiasa berceramah tentang kejiranan tetapi apabila jirannya ( watak ‘dia’) membakar sarang tebuan di depan rumahnya, dia tidak menjengokkan mukapun

F5 : Citra masyarakat islam yang suka mengambil kesempatan.H/C : Menggunakan agama untuk tujuan tertentu, sepertimana peristiwa yang berlaku keatas

isteri aku yang dijemput jiran tetangganya menghadiri majlis bacaan yasin tetapi sebaliknya majlis tersebut bertukar menjadi parti alat-alat make-up.

Pilih 4 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)4 isi x 3 markah = 12 markah

Soalan 4

Skema Pemarkahan

a) Nyatakan nama Aku dan latar tempat dalam petikan di atas [3]

Aku Jarah [2 markah]Latar tempat rumah / kampung / rumah ibu bapa Jarah [1 markah]

b) Apakah pesanan ayah tiriku sebelum petikan di atas [4]

F1- kerja baik-baik dan pergi ke sana buat seperti orang yang hendak bekerja

F2- Jangan conteng arang di muka orang tua/ ibu bapa

Pilih 2 isi sahaja1 isi = 2 markah2 isi x 2 markah = 4 markah

c) Jelaskan perbuatan Aku yang “mencemarkan nama aku dan nama ibumu”. [6]

F1: Aku pergi ke pesta Main Pantai seorang diri

F2: Pada malam itu, Aku ketinggalan bas, lalu menumpang tidur di bilik seorang bujang

F3: Malam itu juga orang dari pejabat agama datang

F4: Mereka dituduh melakukan perbuatan jahat dan akhirnya mereka ditangkap

F5: Ayah tiri dan ibu Aku merasa malu terutama apabila orang kampung tahu Aku telah diperiksa oleh doktor

Pilih 3 isi

16

Page 17: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

1isi =2 markah3 isi x 2 markah = 6 markah

(d) Huraikan dua perwatakan positif dan dua perwatakan negatif Aku dalam cerpen ini. [12]

Perwatakan positif

F1: PenyayangH/C: Aku menyayangi keluarganya terutama ibu yang sentiasa mempercayai kejujurannya

F2: RajinH/C: Aku rajin melaksanakan kerja-kerja rumah bagi mebantu meringankan bebanan kerja rumah Kak Ngah.

F3: Mengambil berat/prihatinH/C: Menjaga anak-anak Kak Ngah dengan baik sehingga mereka dapat membesar dengan sihat tidak membiarkan mereka kelaparan atau tercedera.

F4: Patuh kepada orang tuaH/C: Aku patuh kepada arahan ayah tiri supaya meninggalkan kampung dan bekerja di rumah Kak Ngah

F5: IkhlasH/C: Jarah ikhlas untuk bekerja sebagai orang gaji di rumah Kak Ngah .

Perwatakan negatif

F1: Mudah percaya kepada orang ramaiH/C: Jarah mempercayai Abang Soh yang baru dikenalinya dan terus mengikut lelaki itu pulang ke rumah.

F2: Tidak matangH/C: Tidak dapat memikirkan kesan daripada perbuatan tidur di bilik orang bujang

F3: Terburu-buruH/C: Bertindak terburu-buru melarikan diri dari rumah Kak Ngah tanpa mempedulikan kata-

kata abang Ngah yang berjanji akan menghantarnya pulang pada bulan depan

F4: Keras hati / DegilH/C: Jarah tetap dengan keputusannya untuk kembali semula ke Kelantan walaupun telah

dinasihati Makcik Timah sedangkan dia tak pernah pulang seorang diri.

Pilih 4 sahaja ( 2 isi perwatakan positif dan 2 isi perwatakan negatif)1 isi = 3 markah ( 2 markah fakta, 1 markah Huraian/ contoh)4 isi x 3 markah = 12 markah

17

Page 18: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Soalan 5

5. Baca petikan drama di bawah ini, dan jawab soalan-soalan yang mengikutinya

SUARA GHAIB: Larut malam. Udara sejuk menghembus perlahan. Embun mula gugur ke bumi. Suasana alam sunyi-sepi.

RAHIMAH: Dah pukul satu belum balik-balik lagi. (Bangun berjalan pergi balik) Betina mana yang tahan dibuatnya macam ini ? Tiap-tiap malam macam ini, balik jauh- jauh

malam...jantan tak sedar diri tak mengenang budi. Dah lupakan daratan. Lupakan rumah tangga. (Mengesat-ngesat mata dengan sapu tangan). Habis semua barang-barang kemas digadainya. Gaji habis dicurahkan pada si iblis rumah tangga sial itu. (Suara di luar sebeng mengetuk) Tiap-tiap malam orang disuruhnya menjengkal mata.

(Suara orang mengetuk di luar sebeng dengan memanggil nama Rahimah).

DAHLAN: Rahimah...Rahimah...(Mengetuk dengan kuat) Rahimah...(Rahimah terkejut dan bangun berjalan ke sebeng)

Rahimah...aku balik. (Rahimah membuka pintu. Dahlan masuk dengan berpakaian tali leher). Kau belum tidur, Rahimah. (Membuka baju dan tali lehernya dicampakkan di atas meja).

(Dipetik daripada MPM [peny.] 2003. Drama Lawyer Dahlan dalam teks Mutiara Sastera Melayu Moden, Kuala Lumpur: DBP, hlm 175

a). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [ 9 ]

b). Galurkan tiga peristiwa yang berlaku keatas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [ 6 ]

c). Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. [ 6 ]

d). Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [ 4 ]

Skema Jawapan

a). Huraikan persoalan tak mengenang budi berdasarkan drama di atas. [ 9 ]

Fakta 1 : Persoalan tidak mengenang budi kepada golongan pekerja bawahanHuraian / Contoh : Golongan pekerja yang memberi sumbangan seharusnya diberi penghargaan sebagai tanda mengenang budi mereka. Dahlan sebagi majikan tidak mengenang budi pekerja bawahannya malah mengugut pekerjanya agar menyerahkan sebahagian gaji mereka kepadanya jika tidak mereka akan dibuang kerja.

18

Page 19: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Fakta 2 : Persoalan tidak mengenang budi terhadap isterinya Rahimah yang sentiasa mengambil beratHuraian / Contoh : Nasihat dan teguran isteri ke arah kebaikan seharusnya diterima untuk kebaagiaan rumah tangga, namun Dahlan telah hilang pertimbangan di mana telah menceraikan Rahimah yang cuba untuk mengajaknya kembali ke pangkal jalan.

Fakta 3 : Persoalan tidak mengenang budi dan jasa serta pengorbanan Pak Hamid yang telah menjaganyaHuraian / Contoh : Kita seharusnya menyanjung tinggi jasa dan budi serta pengorbanan orang yang telah mendidik dan memberikan kasih sayang kepada kita. Tapi sebaliknya Dahlan telah menghalau Pak Hamid yang cuba menasihatinya supaya menerima kembali Rahimah.

Fakta 4 : Persoalan tidak mengenang budi Rahimah kepada ibu kandungnyaHuraian / Contoh : Perbuatan seorang anak yang tidak mengakui ibu kandungnya sendiri dan sanggup menghalau ibunya adalah perbuatan anak derhaka yang tidak mengenang budi. Rahimah yang berkahwin dengan Dahlan menjadi sombong dan angkuh sehingga sanggup menderhaka dan menghalau ibu kandungnya sendiri.

Fakta 5 : Persoalan tidak mengenang budi terhadap pihak kerajaan yang telah menyediakan biasiswa pelajaran / bantuan kewanganHuraian / Contoh : Bantuan biasiswa yang diberikan seharusnya dikenang dan disanjung dengan cara menabur bakti serta berkhidmat dengan kerajaan. Dahlan pula tidak mengenang budi pihak kerajaan yang telah memberinya biasiswa untuk meyambung pelajarannya di luar negeri sebaliknya menubuhkan syarikat sendiri semata-mata inginkan inginkan pendapatan lumayan.

Pilih 3 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah huraian/contoh)3 isi x 3 markah = 9 markah

b). Galurkan tiga peristiwa yang berlaku ke atas Rahimah selepas dialog di atas diucapkan. [ 6 ]

Peristiwa 1:Rahimah menyindir Dahlan dengan mengatakan, Dahlan sering pulang lewat ke rumah sebagai sebahagian kerja Dahlan.

Peristiwa 2:Rahimah menempelak Dahlan mengatakan Dahlan keluar berjalan-jalan dengan perempuan-perempuan pisau cukur, berdancing serta bersukaria hingga lupa diri dan asyik minum saja.

Peristiwa 3:Rahimah menunjukkan bukti lipstik yang ada pada baju Dahlan.

Peristiwa 4:

19

Page 20: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Rahimah menasihati Dahlan, dengan mengatkan yang rumahtangga mereka sudah diambang kehancuran namun Dahlan masih tidak sedar dan insaf asyik bersukaria dan mengabaikan rumahtangga.

Peristiwa 5:Rahimah melahirkan rasa tak puas hatinya kerana menganggap Dahlan menyimpan wanita lain.

Peristiwa 6:Rahimah menyatakan yang dia sudah hilang sabar dengan apa yang dilakukan oleh Dahlan kerana mengabaikan rumahtangga asyik mabuk dan leka dengan perempuan-perempuan pisau cukur.

Peristiwa 7:Rahimah menyatakan keinsafannya kerana hidup dengan car yang berlawanan dengan kehendak agama, adat dan juga masyarakat.

Peristiwa 8:Rahimah dihalau keluar oleh Dahlan kerana Dahlan rasa tercabar apabila dia dinasihati supaya kembali ke pangkal jalan.

Peristiwa 9:Rahimah kemudiannya telah diceraikan dengan talak satu oleh Dahlan.

Peristiwa 10:Rahimah kemudian memohon maaf kerana bukan niatnya hendak menasihati Dahlan tetapi dia berniat baik untuk mengingatkan Dahlan agar kehidupan mereka lebih selamat.

Pilih 6 persitiwa sahaja1 peristiwa = 1 markah6 peristiwa x 1 markah = 6 markah

c). Jelaskan perubahan watak Rahimah sehingga tercetusnya dialog di atas. [ 6 ]

Fakta 1 :Berubah menjadi kasar dan angkuhHuraian/Contoh: Perubahan sikap Rahimah semakin ketara setelah pulang dari England, dia bersikap kasar dengan orang gajinya dan terhadap masyarakat yang memerlukan bantuan dan sumbangan daripadanya.

Fakta 2 : Derhaka kepada ibunyaHuraian/Contoh: Rahimah juga tidak mengaku ibunya sebagai ibu kandungnya kerana dia malu kepada kawan-kawan suaminya serta jiran-jiran disekelilingnya kerana ibunya datang dari kampung dan miskin pula. Dia bertindak menghalau ibunya yang datang ke rumahnya kerana malu kepada jiran-jirannya.

Fakta 3 : Mengamalkan cara hidup barat

20

Page 21: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Huraian/Contoh : Rahimah mula berubah sikap dalam cara berpakaian, makanan, pertuturan dan pergaulan. Misalnya semasa berbual dia menggunakan perkataan bahasa Inggeris dan begitu juga semasa ibunya membawa makanan dari kampung dia memberitahu bahawa dia tidak mahu makan makanan tersebut kerana rasanya pahit sedangkan ibunya membawa makanan kegemarannya

Fakta 4 : Lupa asal usulnya dari kampungHuraian/Contoh : Tidak mahu mengaku Mak Midah sebagai ibu kandungnya kerana Mak Midah asal dari kampung dan berpakaian kotor pula, selain itu dia kini tidak lagi menggemari makanan dari kampung sedangkan dulu sayur-sayuran tersebut menjadi kegemarannya. Dia menghina orang kampung dan sayur-sayuran dari kampung sedangkan dia sebenarnya berasal dari kampung .

Pilih 2 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah fakta dan 2 markah Huraian/Contoh)2 isi x 3 markah = 6 markah.

d). Huraikan dua pengajaran yang daripada peristiwa dalam petikan di atas. [ 4 ] F1 : Suami harus melaksanakan tanggungjawab ke atas rumahtanggaH/C1 : Suami sebagai tonggak rumahtangga sewajarnya memastikan tanggungjawab

dilaksanakan dengan baik bagi menjamin rumahtangga sempurna. Dahlan yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai suami dengan sering pulang lewat dalam keadaan mabuk menyebabkan rumahtangganya hancur apabila dia menceraikan Rahimah.

F2 : Perbuatan tidak mengenang budi merupakan perbuatan yang terkutuk.H/C2 : Tidak mengenang budi orang yang banyak berjasa, merupakan satu tindakan yang

kurang bermoral. Dahlan tidak mengenang budi Rahimah yang sanggup berjaga menunggu kepulangannya dengan menghalau Rahimah dan menceraikannya.

F3 : Perbuatan menghabiskan wang ringgit untuk aktiviti tidak bermoralH/C3 : Gaji yang diperolehi adalah untuk kegunaan rumahtangga, jika ianya digunakan untuk

tujuan yang tidak bermoral pasti akan menimbulkan masalah. Dahlan sering menggunakan wang gajinya untuk berfoya-foya dengan perempuan pisau cukur menyebabkan dia terpaksa mengadaikan barang kemas kepunyaan Rahimah.

F4 : Jangan mudah lupa daratan setelah berjayaH/C4 : Walaupun kita berjaya kita seharusnya mengingati asal-usul kita, Dahlan setelah berjaya

bergelar sebagai seorang Lawyer dia mula lupa daratan dan sering menghabiskan masanya dengan berfoya-foya sehingga kehidupannya musnah.

Pilih 2 isi sahaja1 isi = 2 markah (1markah Fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)2 isi x 2 markah = 4 markah.

21

Page 22: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

Soalan 6 a. Unsur dokumentari

F1 :Penjelasan tujuan pementasanH/C1 : Watak Sofea Jane menjelaskan tujuan pementasan drama adalah untuk menggambarkan

kehidupan J.M.Aziz yang begitu romantic dan lirikal serta pengalaman hidupnya yang sebati dengan laut, ombak, gelombang, angin, kepedihan hidup dan kepekaan terhadap budaya.

F2 :Watak-watak menceritakan biodata J.M.AzizH/C2 : Halimi menceritakan pada tahun 1965 J.M.Aziz jatuh sakit dan tidak dapat melihat

keadaan sekeliling ( Rujuk hal 236 – 240)

F3 :Penggunaan sumber rujukanH/C3 : kisah kehidupan J.M.Aziz di kaitkan dengn kisah dalm buku Qisasul Anbia mengenai

kisah nasib Nabi Allah Ayub dan kisah benar yang ditulis oleh Hugh Clifford semasa bertugas sebagai Residen British di Pahang

F4 :Penggunaan tayangan slaid / video /gambar/ fotoH/C4 : Tayangan slaid / gambar menayangkan gambar J.M.Aziz apabila jatuh sakit / Gambar

Cik Lijah sewaktu muda ditayangkan /tayangan video J.M.Aziz dipimpin oleh isterinya di pantai.

F5 :Watak melakonkan kisah hidup J.M.Aziz dan Cik LijahH/C5 : Watak Nik, Perempuan dan Shamsinar me;lakonkan watak J.M.Aziz dan Cik Lijah.

Watak tersebut menggambarkan kisah kehidupan mereka berdua

F6 :Penggunaan puisi-puisi J.M.AzizH/C6 : Puisi-puisi ciptaan J.M.Aziz digunakan sebagai bahan / sumber untuk menggambarkan

emosi, pemikiran dan penghayatan J.M.Aziz mengenai kehidupannya

F7 :Keseluruhan drama berkaitan riwayat hidup J.M.AzizH/C7 : watak Cik Lijah dan J.M. Aziz meriwayatkan sendiri kehidupan mereka. J.M.Aziz

menceritakan penglibatannya dalam politik dan cik Lijah menjelaskan J.M.Aziz bertugas sebagai wartawan

Pilih 3 isi3 isi x 3 m (2 markah fakat , 1 markah H/C)3 isi x 3 m = 9 markah

b. Peranan puisi

F1: Berperanan sebagai kepelbagaian / variasi penulisan dramaH/C1: Selain menggunakan diolag, isi drama disampaikan dalam bentuk puisi. Ia bertujuan

melahirkan variasi penyampaian isi

22

Page 23: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

F2: Berperanan melahirkan kekaguman dalam dramaH/C2: Puisi dideklamasi atau dinyanyikan dalam drama. Penggunaan puisi dapat melahirkan

unsur kekaguman dalam drama

F3: Berperanan menjelaskan unsur kejiwaan watak / emosi watakH/C3: Puisi “Inang Rodat” menjelaskan perasaan cinta J.M.Aziz terhadap Cik Lijah. Puisi

Bersinat Sumur menjelaskan perasaan hiba dan simpati J.M.Aziz terhadap kematian Jaafar dan Ibrahim

F4: Berperanan sebagai symbol/riwayat J.M.Aziz seorang penyair / senimanH/C4: Puisi J.M.Aziz menggmbarkan kehidupannya yang sentiasa berdampingan dengan ombak,

pantai dan Seberang Takir di samping tema nelayan, kebudayaan, agama dan kebesaran Tuhan

F5: Berperanan menjelaskan falasafah / pemikiran watakH/C5: Perempuan menjelaskan bahawa puisi J.M.Aziz tidak mengandungi peraan dendam dan

kecewa

F6: Berperanan menggambarkan kegigihan J.M.AzizH/C6: J.M.Aziz tetap menghasilkan puisi meskipun tidak dapat menulis selepas ditimpa

penyakit kusta

Pilih 4 isi 1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah Huraian/Contoh)4 isi x 2 markah = 8 markah

c. Empat persoalan

F1. Persoalan kasih sayangH/C1: J.M.Aziz mencintai Cik Lijah. Perasaan cinta dijelaskan melaui ciptaan puisinya seperti

Inang Rodat dan Puisimu Buah Hatiku

F2. Persoalan kesetiaan seorang isteriH/C2: Cik Lijah sentiasa bersama-sama J.M.Aziz selepas J.M.Aziz ditimpa penyakit kusta/ Cik

Lijah bekerja untuk menanggung keluarganya / Minah tidak mahu berpisah dengan Mamat

F3: Persoalan ketakwaanH/C3: J.M.Aziz tidak pernah merintih atau kecewa dengan penyakit yang dialaminya.

Sebaliknya puisi-puisi yang dihasilkan masih memuja keindahan alam dan mengaungkan kebesaran Allah

F4: Persoalan kesabaran / ketabahanH/C4: Cik Lijah tabah menghada[I cabaran hidup. Cik Lijah bekerja mengambil upah menjahit

dan membuat badang bulu / Nabi Allah Ayub tabah menghadapi kematian anak-anaknya, kehilangan ladang dan ternakan, anak-anaknya serta isterinya melarikan diri

23

Page 24: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

F5. Persoalan cintakan tanah air / nasionalismeH/C5: Ibrahim dan Jaafar meninggal dunia kerana cuba menghalang perahu pelarian Vietnam

yang mahu mendarat di Seberang Takir

Pilih 4 isi1 isi = 2 markah (1 markah fakta dan 1 markah huraian/contoh)4 isi x 2 markah = 8 markah

Soalan 7Skema Jawapan:

a. Jelaskan mesej yang terdapat dalam sajak di atas [ 4 ]

F1: Penyajak ingin menyuarakan tentang perlunya sikap tabah dalam menjalani kehidupan.

F2: Penyajak juga ingin menyatakan tentang perlunya kita berdoa kepada tuhan dalam menghadapi rintangan dalam kehidupan.

F3: pengalaman hidup masa lalu merupakan bekalan untuk menghadapi dugaan hidup.

F4: Penyajak juga ingin menjelaskan tentang nasib golongan bawahan yang perlukan pembelaan.

F5: Usaha gigih perlu ada demi untuk mencapai cita-cita.

Pilih 2 isi sahaja1 isi = 2 markah (2 markah Fakta)2 isi x 2 markah = 4 markah.

b. Huraikan gaya bahasa perulangan dan kesan penggunaannya dalam sajak di atas [12 ] F1 : AsonansiH/C1 : Perulangan bunyi huruf-huruf vocal dalam baris yang sama, penggunaan nya

meninggalkan kesan keindahan/kemerduan bunyi.contoh: “kubiarkan seribu gabus duka”

F2 : Aliterasi

24

Page 25: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

H/C2 : Perulangan bunyi huruf-huruf konsonan dalam baris yang sama, penggunaanya meninggalkan kesan keindahan bunyi dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan. Contoh: “makna harmoni di tengah inflasi”

F3 : AnaforaH/C3 : Perulangan perkataan di awal baris yang berulang secara berurutan, penggunaanya

meninggalkan kesan penegasan maksud yang hendak disampaikan.Contoh: makna makmur di tengah lapar

makna harmoni di tengah inflasi makna mewah di tengah gundah.

kadangkala ada mula tak ada akhir

kadangkala ada akhir tak ada mulakadangkala tak ada mula tak ada akhir

F4 : Perulangan frasa / rangkaikataH/C4 : Frasa / rangkaikata yang sama diulang beberapa kali dalam rangkap tertentu.

Penggunaanya adalah bagi menegaskan maksud yang hendak disampaikan oleh penyajak. Contoh: “Dengan seberkas kunci

F5 : Perulangan perkataan di tengah barisH/C5: Perulangan perkataan yang sama pada tengah baris pada satu-satu rangkap sajak.

Kesan keindahan dari segi penyebutan dan menegaskan maksud yang hendak disampaikan. Contoh: makna makmur di tengah lapar

makna harmoni di tengah inflasi makna mewah di tengah gundah.

F6 : Perulangan kata di dalam barisH/C6 : Kata yang sama diulang pada baris yang sama. Penggunaanya meninggalkan kesan

menegaskan maksud yang hendak disampaikan.Contoh: kadangkala tak ada mula tak ada akhir

Pilih 4 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 1 markah kesan dan 1 markah contoh)4 isi x 3 markah = 12 markah. c. Jelaskan harapan penyajak terhadap masyarakat dalam sajak di atas [ 9 ]

F1 :Penyajak mengharapkan masyarakat agar tabah dalam menghadapi cabaran dan dugaan dalam kehidupan.

F2 :Penyajak mengharapkan masyarakat bersyukur dengan apa yang ada.

25

Page 26: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

F3 :Mengharapkan masyarakat turut memberi perhatian dan pembelaan terhadap golongan bawahan.

F4 : Masyarakat sedar akan kepayahan kehidupan sebenar.

F5 : Harapan penyajak agar masyarakat bersedia bedepan dengan kehidupan yang penuh misteri.

Soalan 8Sewaktu Melintasi KundasangLim Swee Tin

a). Nyatakan dua bentuk gaya bahasa imejan yang terdapat dalam sajak di atas F1 : Imejan objek alamC1 : Kabus menipis di puncak KinabaluH1 : Menggambarkan tentang tempat yang paling tinggi / suatu tempat yang sukar untuk

dicapai.

F2 : Imejan objek bendaC2 : jalan di bawah berlikuH2 : Jalan adalah gambaran tentang kehidupan yang terpaksa ditempuhi dan dilalui oleh

setiap manusia

1 isi = 3 markah2 isi X 3 markah = 6 markah.

b). Jelaskan maksud pada baris-baris sajak di bawah

i. matahari melimpahkan sinar mutiaranyaii. menyentak celaru kehidupaniii. sepi namun sentosa

i. Maksud (2m) :Cahaya matahari yang menyinari / sinaran cahaya matahari yang memancar

ii. Maksud (2m) :Menarik pergi segala kekalutan/permasalahan hidup / Hilang segala kekusutan yang dialami

26

Page 27: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

iii. Maksud (2m) :Kedamaian yang menenangkan / kesunyian yang mendamaikan perasaan.

c). Huraikan mesej yang ingin disampaikan oleh penyajak berdasarkan sajak di atas

F1 : Paparan tentang keindahan alam sekitarH/C1 : Keindahan alam di kawasan kaki gunung Kinabalu yang masih belum terusik dek

pembangunan dan masih mengekalkan warisan alam.Sewaktu melintasi Kundasangmatahari melimpahkan sinar mutiaranya

F2 : Kesibukan kota membuatkan warganya tertekan.H/C2 : Kehidupan di kota yang sibuk menimbulkan rasa tidak senang dan tertekan kepada

penyajak.Aku telah dihimpit bising peradaban

F3 : Ketenangan dan kedamaian Kundasang H/C3 : Suasana keindahan alam yang dipenuhi dengan bukit-bukau, hutan serta kebunan

kubis menjadikan suasananya tenang dan damai.matahari melimpah sinar mutiaranyake atas bukit-bukit, hutan, deretan lalangdan kebunan kubismenyentak celaru kehidupan yang kupapah.

F4 : Warisan alam yang perlu dipertahankanH/C4 : Warisan alam yang tidak ternilai di kawasan kaki gunung Kinabalu seharusnya dipertahankan agar kedamaian dan ketenangannya boleh diwarisi oleh anak cucu kita nanti.

ketika kau tetap abadi menatap alammenyaksikan kejadian serba takjubsepi namun sentosa

Pilih 3 isi sahaja1 isi = 3 markah (1 markah Fakta, 2 markah Huraian/Contoh)3 isi X 3 markah = 9 markah

d). Dengan mengemukakan contoh yang sesuai bincang intuisi yang terdapat dalam sajak di atas

F1 : Perasaan tenang / damaiH/C1 : Tenang di kawasan kaki gunung Kinabalu iaitu di daerah Kundasang

damai dengan warnanyatak terusik

F2 : Perasaan rindu

27

Page 28: Soalan dan Skema Peperiksaan KMM STPM Pertengahan Tahun SMKSG 2012

SULIT*922/2

H/C2 : Rindu dengan suasana keindahan alam yang boleh dinikmati di daerah Kundasang mengundang kerinduan kepada penyajak.

menyentak celaru kehidupan yang kupapahsekali gus menresapkan rindu.

F3 : Perasaan kagumH/C3 : Kagum dengan keindahan alam semulajadi yang masih tidak terusik di kawasan

Kundasang.sewaktu melintasi Kundasang mesra dakap

Pilih 2 isi sahaja1 isi = 2 markah (1 markah Fakta, 1 markah Huraian/Contoh)2 isi X 2 markah = 4 markah

28