soalan dan jawapan bmm3101

Upload: saya-chegu-eni

Post on 04-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    1/14

    No. Kod BMM3101

    1

    Bahagian A

    1. Pilih penyataan yang tepat dengan matlamat Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

    (A) Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam berbahasa danberkomunikasi.

    2. Antara elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum ialah

    I. Ilmu (B) I, II, dan IV

    II. nilai

    III. sistem bahasa

    IV. kewarganegaraan

    V. hasil pembelajaran

    3. Manakah yang berikut merupakan kemahiran mendengar dan bertutur?

    (D) Mengemukakan komen yang sesuai berdasarkan pemerhatian,

    pengalaman dan maklumat yang disampaikan oleh pihak lain

    4.

    Kecekapan yang paling tepat dengan Huraian Hasil Pembelajaran di atas ialah

    (C) berdialog tentang cara paling berkesan untuk menggalakkan kanak-

    kanak menabung

    5. Guru Bahasa Melayu Tahun Empat Pintar bercadang untuk mengajarkan

    kemahiran menyoal untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu perkhidmatan

    yang diperlukan.Aktiviti pengajaran dan pembelajaran manakah yang sesuai untuk mengajarkan

    kemahiran di atas?

    (A) Aktiviti soal jawab antara pelanggan dan pegawai bank tentang cara-

    cara membuka akaun bank.

    1.2 Aras 3 (i) Bersoal jawab untuk membuat rumusan dan keputusan

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    2/14

    No. Kod BMM3101

    2

    6. Murid-murid Tahun Lima Bijaksana diminta membaca peta dan mengesan dengan

    pantas nama jalan raya yang berhadapan dengan sebuah sekolah rendah.

    Jenis bacaan di atas merujuk bacaan

    (C) imbasan

    7.

    Berdasarkan urutan aktiviti membaca di atas, murid akan dapat menguasai

    kemahiran

    (D) mengesan idea keseluruhan

    8. Kenal pasti hasil pembelajaran yang sesuai dengan kemahiran menulis

    I. Membuat pembetulan isi karya rakan sebaya

    II. Menyusun maklumat menggunakan lakaran grafik

    III. Menghuraikan maklumat dengan alasan yang meyakinkan

    IV. Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat

    (A) I dan II sahaja

    9. Apakah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk membina

    kemahiran mentransformasikan maklumat dalam teks kepada pelbagai genre?

    I. Menulis diari berdasarkan peristiwa yang dialami

    II. Membuat ulasan terhadap kandungan iklan yang terdapat di dalam

    surat khabar

    III. Menulis skrip lakonan berdasarkan seni kata lagu yang dibaca

    IV. Menghasilkan carta pai berdasarkan maklumat dalam sebuah rencana

    yang dibaca (D) III dan IV sahaja

    Urutan aktiviti membaca

    Membaca perenggan pertama sebuah rencana

    Membaca ayat-ayat pertama setiap perenggan sebuah rencana

    Membaca perenggan akhir rencana

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    3/14

    No. Kod BMM3101

    3

    10. Semua hasil pembelajaran kemahiran bahasa di bawah sesuai untuk murid tahun

    satu kecuali

    (A) mengulas bahan yang ditonton dan dibaca

    (B) menyatakan pandangan tentang tajuk yang dibualkan(C) membina ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai

    (D) menjelaskan pengajaran yang terdapat dalam teks yang dibaca

    11. Pilih penyataan-penyataan yang menepati pembelajaran kemahiran bahasa

    mengikut aras.

    I. Pembelajaran masteri kemahiran bahasa

    II. Pembelajaran kemahiran mengikut kecenderungan minat

    III. Pembelajaran kemahiran pada tahap penguasaan minimum

    IV. Pembelajaran kemahiran bahasa mengikut tahap kebolehan

    V. Pengajaran pelbagai aras kemahiran bahasa dalam satu waktu

    (C) I, IV dan V sahaja

    12.

    Rajah di atas menggambarkan pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Bahasa

    Melayu.Strategi bersepadu yang diaplikasikan ialah

    (C) penggabungjalinan dan penyerapan ilmu

    Menyokong tajuk dengan

    mengemukakan hujah

    Tajuk: Kepentingan Bersukan

    Menulis karangan prosa

    berdasarkan tajuk

    Menggunakan penanda wacana

    yang betul dalam perenggan

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    4/14

    No. Kod BMM3101

    4

    13. Penilaian penguasaan murid-murid dalam tatabahasa secara berkesan adalah

    melalui ujian formatif yang bertujuan membolehkan guru

    (B) mengesan pencapaian murid dalam penguasaan tatabahasa

    14. Projek yang sesuai untuk pengayaan Bahasa Melayu murid-murid tahun lima

    berdasarkan tema Cuti-cuti Malaysia yang dapat mencungkil kreativiti mereka

    ialah

    (B) menghasilkan brosur untuk mempromosikan pelancongan dalam negara

    15. Kita bertuah kerana hidup aman dalam negara yang merdeka ini. Walau

    bagaimanapun, kehidupan begini tidak dirasai oleh datuk nenek kita.

    Apakah elemen pengisian kurikulum yang terdapat dalam petikan di atas

    (C) kewarganegaraan

    16. Cadangkan tema yang sesuai bagi tujuan menyuburkan peraturan sosiobudaya

    dalam kalangan murid tahun lima melalui aktiviti menulis karangan.

    (B) Semangat kejiranan

    17. Setelah membaca sebahagian cerita bertajuk Kemarau Berpanjangan murid -

    murid diminta menyudahkan cerita mengikut kreativiti masing-masing.

    Nyatakan kemahiran berfikir yang diintegrasikan.

    (C) membuat inferens bercapah

    18.

    Berdasarkan aktiviti berbahasa di atas, pilih kecerdasan pelbagai yang dapat

    dibina dan dikembangkan dalam kalangan murid.

    (C) Verbal linguistik, emosi dan interpersonal

    Aktiviti : Memberi respons kepada soalan yang dikemukakan

    dengan ungkapan bertatasusila

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    5/14

    No. Kod BMM3101

    5

    19. Pembelajaran kontekstual dalam mata pelajaran Bahasa Melayu memberikan

    penekanan kepada penyampaian isi pelajaran dalam konteks yang bermakna

    kepada murid-murid.

    Pilih aktiviti pembelajaran yang tidak tepat dengan pembelajaran kontekstual.

    (D) Murid mengkaji ragam ayat dalam teks untuk membanding dan

    membezakan ayat aktif dengan ayat pasif

    20. Pada peringkat sekolah rendah, aspek tatabahasa yang diajarkan secara

    terancang dalam konteks penggunaan meliputi

    (C) bentuk kata majmuk

    Bahagian B

    1.(a) Antara objektif pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis sekolah

    rendah ialah membolehkan murid mengeluarkan idea dalam penulisan kreatif

    yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

    Cadangkan dua jenis penulisan kreatif dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik

    darjah untuk mencapai objektif di atas.

    (i) Pantun : melengkapkan dua baris maksud pantun empat kerat

    (ii) Cerpen : menulis cerpen berdasarkan pengalaman

    (iii) Sajak : menulis sajak tentang tajuk berpandukan deria

    (iv) Syair : menulis syair berdasarkan cerita yang dibaca

    (b) Aspek sebutan dan intonasi adalah komponan sistem bahasa yang penting

    untuk diberikan perhatian semasa mengajar kemahiran bertutur dan kemahiran

    membaca.

    Huraikan tiga kepentingan mengajarkan aspek sebutan dan intonasi sama adasemasa guru mengajar kemahiran bertutur atau kemahiran membaca.

    (i) Menyebut dengan betul perkataan mengikut makna dalam konteks.

    (ii) Menyampaikan maksud yang betul dalam interaksi lisan mengikut

    intonasi ayat bahasa Melayu.

    (iii) Menggunakan sebutan baku dalam situasi formal/rasmi.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    6/14

    No. Kod BMM3101

    6

    (iv) Menunjukkan kefahaman terhadap kandungan bahan yang dibaca

    berdasarkan intonasi ayat.

    (v) Mengelak daripada dipengaruhi oleh dialek.

    (vi) Membunyikan bunyi-bunyi bahasa Melayu berdasarkan sistem

    fonologi yang betul.

    2. (a) Dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur

    murid dibimbing untuk menguasai kemahiran bertanya dan menjawab tentang

    sesuatu perkara secara bertatasusila.

    Berikan dua alasan untuk murid menguasai kemahiran di atas.

    (i) Supaya murid-murid dapat bertanya dengan menggunakan kata

    tanya atau tanpa kata tanya mengikut tujuan interaksi.

    (ii) Supaya murid-murid mengikut giliran bercakap dalam interaksi

    bersoal jawab.

    (iii) Supaya murid-murid dapat menggunakan kata sapaan yang sesuai

    dengan situasi soal jawab.

    (iv) Supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran mengekalkan

    hubungan interpersonal yang baik/saling menghormati/bersopan

    semasa bersoal jawab.

    (b) Peringkat pemahaman membaca boleh dibahagikan kepada empat, iaitu

    pemahaman peringkat pengetahuan, peringkat inferens, peringkat penilaian

    dan peringkat penghayatan.

    Jelaskan maksud pemahaman peringkat pengetahuan dan peringkat inferens.

    Nyatakan satu contoh kemahiran membaca bagi setiap satu peringkat

    pemahaman tersebut.

    (i) Peringkat pengetahuan :

    Menyatakan semula idea, peristiwa (maklumat) yang dinyatakan

    secara eksplisit dalam teks atau menyatakan semula /

    mentransformasi maklumat ke dalam bentuk lain tanpa mengubahmaksud. Contohnya, menyatakan tarikh peristiwa, menyusun

    mengikut urutan, member makna perkataan, mengubah maklumat

    dalam buku teks ke dalam carta pai.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    7/14

    No. Kod BMM3101

    7

    (ii) Peringkat inferens :

    Menyimpul/membina makna/membuat hipotesis kendiri berdasarkan

    maklumat literal. Menyimpul tentang sesuatu yang tidak dinyatakan

    secara eksplisit tetapi dicadangkan dalam beberapa ayat. Contohnyamenyimpul perwatakan berdasarkan sikap/tutur kata watak,

    mengesan sebab akibat peristiwa yang tidak dinyatakan secara

    tersirat, membanding beza maklumat , membuat analogi, meramal

    kesudahan cerita.

    3. (a) Aktiviti pemulihan semasa proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa

    Melayu sesuai untuk murid yang menghadapi masalah pembelajaran.

    Jelaskan dua tujuan aktiviti pemulihan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu.

    (i) Mengecilkan jurang pencapaian kemahiran berbahasa antara murid-

    murid.

    (ii) Mendapat layanan dan kemudahan belajar sesuai dengan

    kemampuan.

    (iii) Mendapat peluang pembelajaran yang sama.

    (iv) Mengubah tingkah laku dan sikap negatif yang menjejaskan

    pembelajaran.

    (b) Nyatakan dua contoh masalah pembelajaran dan cara mengatasi masalah

    tersebut dengan cara melengkapkan rajah di bawah.

    Bil Masalah pembelajaran Cara mengatasi masalah

    1. Menyebut tidak mengikut ejaan: ga li disebut ka - li

    Latih tubi pemintal lidah

    2. Gagal mengeja mengikut sukukata

    Domino suku kata dengangambar

    Membatang suku kata

    3. Tidak mengenal huruf Kaedah fonetikKaedah abjadKaedah pandang sebutKaedah cerakin

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    8/14

    No. Kod BMM3101

    8

    4. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah adalah dalam bentuk aplikasi,

    komunikasi, penerokaan dan tutorial.

    Berdasarkan bentuk penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, nyatakan

    tujuan penggunaan dan contoh aktiviti yang sesuai.

    Bil BentukPenggunaan

    Tujuan penggunaandalam penggajaranBahasa Melayu

    Contoh aktiviti pembelajaranbahasa

    1. Aplikasi Pemprosesanperkataan powerpoint

    1. Menulis karangan.2. Persembahan hasil

    perbincangan dalam bentukgrafik.

    3. Menghasilkan risalah/brosur

    mepromosikan buah-buahantempatan.

    2. Komunikasi Bertukar maklumatsecara atas talian

    1. Mengedit aspek bahasakarangan rakan.

    2. Memberi maklum balasaspek isi karangan rakan.

    3. Menghantar e-mail kepadarakan.

    3. Penerokaan Alami/kaji fenomenasecara simulasi

    1. Mengumpul maklumatsebagai isi forum.

    2. Simulasi : mengkaji kesanrumah hijau untuk projekbahasa Melayu.

    4. Tutorial Latih tubi yangdisimpan dandikawal oleh sistem

    1. Akses kendiri untuk aktivitipengayaan bahasa.

    2(b) (iii) Peringkat penilaian: .

    (iv) Peringkat penghayatan : Mempraktikkan maklumat dalam kehidupan

    seharian contohnya menjaga kebersihan gigi seperti memberus gigi

    setiap hari pagi dan sebelum tidur.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    9/14

    No. Kod BMM3101

    9

    Bahagian C

    1. Pengajaran dan pembelajaran membaca di sekolah rendah memberi penekanan

    kepada bacaan mekanis dan mentalis. Jelaskan maksud bacaan mekanis

    dengan memberikan dua contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi setiap

    jenis bacaan.

    Bacaan mekanis : bacaan bersuara, bacaan nyaring dengan memberi

    penekanan kepada sebutan, intonasi, jeda, irama, kelancaran membaca dan

    bacaan mengikut tanda bacaan.

    Contoh aktiviti : bacaan nyaring

    (i) Membaca skrip dialog yang dikarang sendiri/disediakan oleh guru.

    (ii) Berbalas pantun berdasarkan pantun yang disediakan oleh guru atau

    yang dikarang oleh murid-murid.

    (iii) Latih tubi sebutan perkataan yang mengandungi bunyi-bunyi diftong.

    (iv) Membaca berita berdasarkan demontrasi bacaan berita di televisyen

    yang dirakamkan.

    Bacaan mentalis : Bacaan yang dilakukan secara senyap bagi tujuan

    memahami maklumat, menaakul dan menghayati kandungan teks yang

    dibaca.

    Contoh aktiviti : bacaan mentalis

    (i) Membaca ruangan editor/lidah pengarang untuk mengesan

    pendapat/pandangan.

    (ii) Membaca iklan bagi mengesan unsur propaganda dan fakta.(iii) Membaca teks sejarah bagi mengesan urutan peristiwa dan sebab

    akibat peristiwa.

    (iv) Membaca cerita dan mengesan mesej/nada penulis.

    (v) Membaca artikel dan memindahkan maklumat ke dalam dialog.

    2.

    Hasil Pembelajaran : 3.1

    Huraian Hasil Pembelajaran

    Aras 2 (ii) Menyampaikan isi penting

    sesuatu topik secara tersusun denganbahasa yang mudah.

    Jelaskan maksud Huraian Hasil Pembelajaran di atas, dan rancang aktiviti

    mengikut tiga/ empat langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar

    murid Tahun Enam Cerdik dapat menguasai kemahiran di atas.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    10/14

    No. Kod BMM3101

    10

    Pelajar dapat menyampaikan isi-isi penting mengenai sesuatu topik secara

    tersusun dengan bahasa yang mudah.

    Langkah Aktiviti

    Langkah 1 Pelajar membaca teks yang diberi

    oleh guru.Langkah 2 Pelajar berbincang tentang isi-isipenting yang terdapat dalam tekssecara berkumpulan.

    Langkah 3 Wakil kumpulan menghuraikan isi-isipenting dengan menggunakanbahasa yang mudah.

    Langkah 4 Guru menilai hasil kerja kumpulan

    3. Kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

    Melayu diajarkan secara pengintegrasian.Berdasarkan empat kemahiran belajar cara belajar, jelaskan aktiviti

    pengintegrasian dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa.

    (i) Mendengar aktif(ii) Kemahiran mengingat(iii) Membaca dan memperoleh

    maklumat(iv) Mencatat nota

    (v) Memproses maklumat daripadapelbagai sumber

    (vi) Membuat rujukan(vii) Mempersembahkan maklumat

    (Kemahiran belajar lain yang sesuai)

    Membaca dan memperoleh maklumat :

    Aktiviti dalam 3 langkah menggunakan teknik-teknik tertentu untuk mengenal

    pasti maklumat yang terdapat di dalam petikan yang dibaca contohnya SQ3R,

    KWLH, soalan apa, siapa, di mana, mengapa dll.

    Bacaan :

    Aktiviti dalam 3 langkah bacaan imbasan atau luncuran untuk memperoleh

    maklumat dengan pantas, untuk mengenal pasti idea keseluruhan bahan atau

    membaca pantas secara imbasan glosori, bibliografi, kamus untuk mendapat

    maklumat khusus.

    Kemahiran mencatat nota :

    Aktiviti dalam 3 langkah untuk mencatat nota menggunakan rajah tulang ikan,

    grafik membanding membeza dan peta minda.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    11/14

    No. Kod BMM3101

    11

    Soalan Tahun (2009, 2010 dan 2011)

    Bahagian A

    2. Komponen utama Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu

    Sekolah Rendah ialah

    I. Hasil pembelajaran (C) I, II, IV dan V

    II. Pengisian Kurikulum

    III. Huraian hasil pembelajaran

    IV. Kemahiran bahasa

    V. Sistem Bahasa

    3. Antara kemahiran yang berikut, yang manakah bukan kemahiran mendengar dan

    bertutur?

    (A) Berbincang bagi menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

    (B) Menyampaikan pesanan yang diterima melalui perbualan telefon

    (C) Membentangkan maklumat dengan tepat berdasarkan bahan yang didengar.

    (D) Mengenal pasti isi-isi penting yang terdapat dalam forum yang didengar.

    8. Kenal pasti hasil pembelajaran yang tidak sesuai dengan kemahiran menulis.

    (A) Melaporkan sesuatu perkara yang didengar.

    (B) Membuat pembetulan isi karya rakan sebaya.

    (C) Menyusun Maklumat menggunakan lakaran grafik.

    (D) Membuat ringkasan jalan cerita sebuah karya sastera.

    11. Aktiviti mendengar contoh perbualan radio, menonton televisyen atau video ;

    menyoal dengan menggunakan kata tanya ; memberi respon kepada soalan

    dengan ungkapan dan nada suara yang baik, sesuai untuk dilaksanakan bagi

    mencapai hasil pembelajaran berikut

    (A) Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila.

    13. Guru Bahasa Melayu Tahun Lima menilai karangan murid-muridnya dengan cara

    menjumlahkan markah yang diberi kepada setiap komponen kemahiran

    mengarang dan seterusnya mengenal pasti tahap pencapaian berdasarkan

    markah yang diperoleh.Nyatakan kaedah penilaian yang digunakan oleh guru.

    (B) Holistik

    15. Elemen-elemen yang terkandung dalam pengisian kurikulum terdiri daripada

    (C) ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran

    bernilai tambah

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    12/14

    No. Kod BMM3101

    12

    Bahagian B

    2.(b) (iii) Peringkat penilaian : membuat penghakiman atau pertimbangan kritis

    dengan berpandukan peraturan budaya/peraturan sosial/pegangan hidup

    atau undang-undang. Contohnya, menilai sama ada sesuatu isu dalamteks merupakan fakta atau pendapat, reality atau fantasi, propaganda

    atau kebenaran dengan memberi alasan, menilai kewajaran tindakan

    watak dengan member alasan.

    (iv) Peringkat penghayatan : mengintegrasikan maklumat dalam teks dengan

    pengalaman/pandangan peribadi bagi menimbulkan kesan emosi dan

    intelek. Contohnya menyatakan bahagian dalam teks yang menimbulkan

    rasa simpati, menyedari kehidupan pembaca sebagai sebahagian

    daripada cerita.

    2.(b) Menulis merupakan medan untuk menyalurkan idea, maklumat, pendapat dan

    ilmu pengetahuan. Terangkan 3 peringkat menulis.

    Peringkat Maksud

    Pramenulis 1. Aktiviti sebelum menulis huruf.2. Latihan otot tangan, jari dan koordinasi.

    Mekanis 1. Latihan membentuk lambang-lambang dan tulisan.2. Membentuk huruf di atas kertas kosong atau bergaris.

    Pelahiran 1. Penulisan berpandu.2. Karangan terkawal.

    3. Penulisan bebas.

    Bahagian C

    2.

    Hasil Pembelajaran : 8.5

    Huraian Hasil Pembelajaran

    Aras 3 (i) Menghubungkaitkan ideaantara perenggan menggunakanwacana dengan bahasa yang mudah.

    Jelaskan maksud Huraian Hasil Pembelajaran di atas, dan rancang aktiviti

    mengikut tiga langkah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai agar murid

    Tahun Empat Kekwa dapat menguasai kemahiran di atas.

    Menggunakan penanda wacana yang sesuai bagi tujuan mewujudkan

    koherens antara perenggan atau pertautan/pertalian idea antara perenggan.

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    13/14

    No. Kod BMM3101

    13

    Langkah Aktiviti

    Langkah 1

    Langkah 2

    Langkah 3

    3. Kemahiran bernilai tambah mengutamakan pengalaman di dalam bilik darjah sesuai

    dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta scenario dunia.

    Jelaskan maksud mana-mana empat kemahiran bernilai tambah dan bagaimana

    kemahiran tersebut dapat diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

    KBT Maksud Cara mengintegrasi

    Kemahiran Berfikir Pemikiran kritis dan kreatif dalam

    aktiviti mendengar bertutur,membaca dan menulis.Sama dari segi mengkonsepsikanidea.Menyelesaikan masalah.Membuat keputusan pentingdalam kehidupan seharian dankerjaya murid pada masahadapan.

    Memberi tajuk

    contohnyaPencemaran AlamSekitar dan memintapelajar untukmenyatakan kesandan cara mengatasi.

    KemahiranTeknologi

    Maklumat danKomunikasi

    Supaya dapat menggunakancomputer.

    Tujuan komunikasi sepertimenghantar dan menerima e-mel.Menggunakan aplikasi perisiandalam menyempurnakan tugasanharian.Mengakses maklumat melaluiinternet.

    Pelajar menuliskarangan dan

    meminta pelajarsupaya e-mailkarangan tersebutkepada guru.

    Kemahiran BelajarCara Belajar

    Perlu diajarkan kepada muridsupaya mereka peka terhadapteknik pembelajaran yangberkesan.

    Membolehkan muridmeningkatkan pengetahuan,cekap bertindak danmengamalkan pembelajaranseumur hidup.

    Membaca petikan,mengarisi isi-isipenting,meringkaskan

    karangan.

    Kajian MasaDepan

    Satu pendekatan pembelajaranuntuk mendidik murid agar lebihprihatin terhadap sesuatu isu

    Meminta pelajarmencari kaedahuntuk mengatasi

  • 7/29/2019 Soalan Dan Jawapan BMM3101

    14/14

    No. Kod BMM3101

    14

    atau permasalahan yang berlakkupada masa lampau, masa kini danmasa depan.Murid dapat membuat ramalandan menjangka akibat

    masalah kekurangantapak pelupusansampah.

    KecerdasanPelbagai

    Merangkumi verbal-linguistik,logik matematik, muzik,kinestetik, visual ruang,interpersonal, intrapersonal dannaturalis.Guru perlu mengembangkanpotensi kecerdasan muriddengan menyediakan gayapembelajaran yang sesuai.

    Mendeklamasi sajakdan melagukan sajaktersebut.

    PembelajaranKonstruktivisme

    Dapat melahirkan murid yangboleh membina pemahaman

    mereka sendiri berdasarkanpengetahuan dan pengalamansedia ada.Menjadikan murid lebih faham,yakin dan lebih seronok untukterus belajar sepanjang hayat.

    Mengukuhkanpengetahuan sedia

    ada pelajar denganmengadakan lawatansambil belajar danmeminta pelajarmembuat bukuskrap.

    PembelajaranKontekstual

    Kaedah pelajaran yangmengaitkan isi pelajaran denganpengalaman harian individu,masyarakat dan alam pekerjaan.Murid dapat menghubungkait

    pengetahuan baru danmenghayati kerelevananpembelajaran dengan kehidupanmereka

    Melawat taman herbadi kawasan sekolah.Menghurai danmenulis karangantentang kepentingan

    herba.

    Untuk makluman rakan-rakan, kebanyakan soalan dari Tahun 2009, 2010 dan 2011

    adalah lebih kurang sama. Soalan diubah suai dari segi nama kelas, nama guru dll.

    Sekiranya ada kesilapan mohon maaf zahir batin. Selamat Hari Raya Haji.