soalan cerpen biarkan samudera

Upload: masturahahmad

Post on 14-Jul-2015

878 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

MODULANTOLOGI HARGA REMAJA TINGKATAN 4SMK SUNGAI PELEK, 43950 SUNGAI PELEK

CERPEN : BIARKAN SAMUDERA SET 1 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Dia mengalami konflik jiwa yang hebat. Mungkin juga kita dapat kelaskannya sebagai skizofrenia mudah. Peringkat permulaan sukar dilihat. Tandanya mungkin dapat dilihat sedikit demi sedikit. Pada mulanya dia tidak berminat dalam banyak perkara, tidak mahu keluar dan pergaulannya dengan orang lain semakin berkurangan. Dia kelihatan tidak bermaya dan mempunyai sikap bosan terhadap hidup. Dia mengabaikan pelajarannya. Pesakit ini harus diselamatkan secepat mungkin, kalau tidak, besar kemungkinan penyakitnya akan melarat. Hakimah terkedu. Direnungnya wajah puan kaunselor itu dengan pandangan sayu. Mir tidak boleh dibiarkan hanyut. Mir harus diberi kekuatan. Mir sahabatnya yang tulus. Mir lambang perjuangan. Namun jiwa Mir terlalu goyah. Mudah sahaja Mir tergugah. Mir tidak pernah menikmati kasih sayang sesiapa. Kecuali ayahnya. Kecuali orang tua yang mempunyai kudrat yang rapuh itu. Barangkali kerana itulah Mir mudah menjadi pemurung. Barangkali itulah!. (Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah punca yang menyebabkan Mir menjadi pemurung? [2 markah] (ii) Sebagai seorang sahabat, jelaskan tiga usaha yang dapat anda lakukan untuk menyembuhkan kemurungan Amira? [3 markah] (iii)Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan dua pengajaran lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

SET 2 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Mir, kita ke kota Sabtu ini ya? Hakimah beria-ia tanpa menghiraukan Mir yang berkelakuan aneh sejak akhir-akhir ini. Aku mahu melihat laut. Mir menahan nafas. Malihat laut? Mata Hakimah besar. Menatap Mir lama-lama. Kau tidak mendengar suara ombak. Kau tidak mendengar jeritan hatinya. Dia menjerit-jerit meminta dikasihani. Kau tak dengar? Mir. Kau tidak pernah merasi laut seperti ayahku yang saban hari bergelut dengannya. Kau tidak pernah mendengar suara rintih ombak seperti ayahku yang saban waktu mendengar raungannya. Mir, sudahlah. Kau sakit, Mir. Kau harus mendapatkan rawatan. Aku bantu kau ya? Hakimah buntu. Dia mahu berterus terang. Mir perlu dibantu. Mir jadi pendiam sejak akhirakhir ini. Dia tahu masalah Mir. Rumah Mir di tepi pantai sudah dirobohkan. Rumah Mir yang buruk dan mahu tumbang itu akan digantikan dengan rumah peranginan yang cantik. Mir tidak berhak tuntut apaapa kerana tanah itu bukan milik mutlak Mir. Milik mutlak Mir hanyalah rumah papan panjang berderet yang akan dikongsi dengan jiran-jiran Mir nanti. Mir, cuti semester ini kau ikut aku pulang ya? Hakimah menyentuh bahu Mir. Rambut Mir yang panjang dibelai-belainya. Ada simpati yang luruh di celah-celah harum rambut itu. Biar aku tinggal sahaja di samudera itu. Ia bukan milik sesiapa. Mir terus sahaja bersuara. Matanya tetap merenung jauh. Pandangan itu menjangkau angin, bukit dan pokok-pokok hijau di kampus itu. (Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Berikan dua masalah yang dihadapi oleh Mir sehinggakan Mir menjadi seorang pendiam. [2 markah] (ii)Sekiranya anda ialah Hakimah, nyatakan tiga tindakan yang akan anda ambil untuk memujuk Mir supaya tinggal di rumah anda. [3 markah] (iii)Jelaskan dua nilai yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan dua nilai lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut? [4 markah]

SET 3 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hakimah mengeluh. Dipeluknya bahu Mir. Ada kengiluan mengalir dalam diri. Mir harus diselamatkan sebelum segala-galanya menjadi pudar. Mir sahabatnya yang baik. Dan dia juga harus menjadi sahabat yang baik kepada Mir. Siapa lagi yang ada di kampus hijau ini melainkan dia? Mir tidak ada orang lain lagi. Ibu Mir tidak ada sebaik sahaja Mir dilahirkan. Mir Cuma ada seorang ayah yang sudah tua. Mir tidak memiliki apa-apa pun selain orang tua yang bersemangat waja itu. Mir tidak ada setapak tanah pun miliknya yang sah. Benarlah Mir kecewa. Samudera itu juga terseska seperi aku, Hakimah. Dia sakit. Dadanya bergelora. Dia disakiti oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab. Mereka tidak berhati perut. Mereka sengaja mahu melihat samudera menderita. Mir menyeringai. Kemudian memejamkan mata. Di dalamnya hanyut bayangan ayah. Ayah menggawang-awangkan pukatnya. Ayah mengacung-acungkan pendayungnya. Pembangunan mewah itu telah menciptakan pisau tajam yang membenam di dalam dada ayah. Tajamnya melebihi dayung ayah yang saban waktu membelah samudera. Hakimah mengusap bahu Mir. Simpati mengalir di celah-celah rekahan senyumannya. Jiwa Mir terseksa. Mir tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mir harus diberi kekuatan. Mir harus diberi keyakinan. Tidak ada sesiapa dalam hidup Mir lagi, kecuali ayah yang telah tua. Kecuali samudera. Kecuali angin. Kecuali tanah bekas peninggalan hidupnya yang manis. Dan kenangan-kenangan yang sukar Mir lupakan. Selebihnya tidak ada. Tidak ada apa-apa lagi buat Mir. (Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Nyatakan persamaan antara Mir dan Samudera. [2 markah] (ii) Sekiranya anda ialah Mir, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk mempertahankan samudera tersebut? [3 markah] (iii)Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan tiga persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen tersebut. [4 markah]

SET 4 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Suara garau ayahkah yang menyentak lamunannya? Masih seperti dalam mimpi, Mir bangun. Berdiri di tepi jendela dan merenung jauh. Melihat samudera yang sedang bergelora ganas. Bergumpalan dan berteriakan. Pedih dan perit. Ayah akur, Mir. Memang sudah suratan. Ayah akan habiskan sisa-sisa hidup ayah di sini. Di rumah gantian ini. Cuma, apabila kau sudah lulus nanti, ayah mahu kaucarilah kerja yang baik. Kemudian binalah mahligai sendiri. Hakmu sendiri. Ayah akan bahagia. Mir tersendu kepiluan. Digagahi giri untuk menahan gelombang di dalam dada. Dia mengeluh singkat, lantas memujuk diri. Digenggamnya hadiah pemberian Hakimah, sahabatnya yang baik itu. Ayah tidak mahu lagi membelah samudera itu? Bukankah samudera itu sering menantikan ayah, pahlawan yang tangkas? Ombak laut yang bergulung-gulung itu, bukankah sering menanti lelaki yang berani seperti ayah? Menakluki dan menimba khazanahnya. Namun, terus-menerus berterima kasih kepadanya tanpa mengkhianatinya. Samudera terlalu lurus untuk dikhianati ya, ayah? Ayah yakin samudera tetap akan terus bergelora meskipun dadanya sakit. Dia tetap menyumbangkan baktinya walaupun ayah tidak lagi menemaninya. Cuma ayah harap, engkaulah penerus dan pewaris untuk menjaga samudera itu, Mir. Jangan biarkan dadanya sakit, biarkan ia terus berbakti, selama-lamanya. (Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah harapan ayah terhadap Mir? [2 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk membantu golongan nelayan? [3 markah] (iii)Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen dan satu latar masyarakat lain dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

SET 5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Ada apa , ibu? Tunggu. Ibu menarik nafas. Kemudian ibu menghulurkan bungkusan yang berbalut kain putih. Berikan ini kepada Mir. Hakimah angguk. Tangannya menyentuh bungkusan itu. Digenggamnya kemas-kemas. Terbayang wajah Mir yang suram, sendu dan mengharukan. Untuk sejenak, direnungnya wajah ibu yang sentiasa prihatin, lembut dan mendinginkan. Wajah itu umpama salju, merenjis hati yang walang. Alangkah damainya jika Mir juga punya ibu. Barangkali Mir juga akan lebih damai. Akan lebih tenteram. Ajaklah Mir datang ke sini. Ingin sekali ibu ketemu dengannya. Spontan, direnungnya wajah ibu yang damai. Sesungguhnya pada saat-saat seperti itu, bagaikan tidak terasa betapa dia sebenarnya amat bersyukur mempunyai wanita yang berhati murni ini. Sungguhlah betapa disedari bahawa dirinya sebenarnya amat bertuah, memiliki wanita yang sarat kemuliaan ini. Ya. Saya akan mengajaknya ke sini, ibu. Mengajaknya mengenali seorang wanita yang saya kagumi sejak dulu, ujarnya. Barangkali , dia sewajarnya tidak terus membenamkan kekesalan yang perih itu terus ke jantung hati. Sewajarnya dia membiarkan sahaja samudera itu tergulung-gulung, berpintal-pintal dengan ngauman kegarangannya yang tidak pernah berubah sejak dulu. Yang berubah hanyalah pantai itu. Yang bertukar hanyalah kehidupannya yang payah. (Dipetik daripada Biarkan Samudera oleh Raihanah Salleh dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i) Apakah pandangan Hakimah terhadap ibunya? [3 markah] (ii) Pada pendapat anda, apakah kepentingan kita berterus terang sekiranya menghadapi masalah? [3 markah] (iii) Nyatakan satu perwatakan Mir dalam petikan cerpen di atas dan dua perwatakan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [3 markah]