soalan bloom

6
Nama : ____________________________________ Kelas : ________ Tarikh: ________ Jawab semua soalan. 1. Sebuah syarikat telah mencetak 18 870 beg cenderamata. Syarikat tersebut perlu mengagihkan beg tersebut kepada 6 buah koperasi sekolah. Berapakah bilangan beg cenderamata yang diagihkan kepada setiap koperasi? 2. Sebuah kilang menghasilkan 14 042 buah kotak pensel dalam masa seminggu. Jika bilangan kotak pensel yang sama dihasilkan setiap hari, berapa buah kotak pensel yang dihasilkan dalam masa 7 hari?

Upload: mamaadib

Post on 18-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Matematik

TRANSCRIPT

Nama : ____________________________________ Kelas : ________ Tarikh: ________Jawab semua soalan. 1. Sebuah syarikat telah mencetak 18 870 beg cenderamata. Syarikat tersebut perlu mengagihkan beg tersebut kepada 6 buah koperasi sekolah. Berapakah bilangan beg cenderamata yang diagihkan kepada setiap koperasi?

2. Sebuah kilang menghasilkan 14 042 buah kotak pensel dalam masa seminggu. Jika bilangan kotak pensel yang sama dihasilkan setiap hari, berapa buah kotak pensel yang dihasilkan dalam masa 7 hari?

3. Seorang penjual ingin memasukkan 13 095 biji epal ke dalam 8 buah kotak. Berapakah bilangan epal yang boleh dimasukkan ke dalam setiap kotak? Berapakah baki epal yang tinggal?

4. Sebanyak 12 516 biji manggis telah dipetik dari sebuah dusun. Manggis-manggis tersebut dimasukkan ke dalam 9 buah bakul. Berapakah bilangan buah manggis dalam setiap bakul? Berapakah baki manggis yang tidak dapat dimasukkan ke dalam bakul?

5. Encik Wahab mengagihkan 34 800 biji telur puyuhnya sama banyak kepada 100 orang pelanggannya. Berapakah bilangan telur puyuh yang diterima oleh setiap pelanggan?

6. Seorang pekerja kedai kraf memasukkan 1000 rantai kunci ke dalam sebuah bekas. Dia mempunyai 75 000 rantai kunci. Kira bilangan bekas yang diperlukannya.

7. Seorang pemborong bunga menjual 12 375 tangkai bunga pelbagai jenis kepada 15 buah kedai bunga. Berapakah bilangan bunga untuk setiap kedai?

8. Terdapat 34 800 biji buah oren hendak diisi ke dalam beberapa buah kotak. Jika satu kotak boleh mengisi sebanyak 25 biji oren, berapa banyak kotak yang diperlukan untuk mengisi kesemua oren itu?

9. Sebuah kilang menghasilkan 6 950 buah komputer dalam masa sebulan. 30 buah komputer boleh dimuatkan dalam sebuah lori untuk diedarkan. Berapa banyak lori yang diperlukan untuk mengedar komputer tersebut? Berapakah baki komputer yang tidak boleh dimuatkan ke dalam lori?

10. Sebuah kilang mengagihkan 26 380 buah topi sama banyak kepada 52 jabatan sempena Hari Belia Kebangsaan. Berapakah bilangan topi yang diterima oleh setiap jabatan? Berapakah baki topi?