soalan 9 tun fuad stephen

19
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH AJ10203 SEJARAH SABAH DAN SARAWAK ELLY BIN JULIUS (BA13110084) NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM (BA13110378) SEKSYEN 1 (KHAMIS 2 - 4 PETANG) PENSYARAH : DR. BILCHER BALA TUTOR: ENCIK AMRULLAH MARAINING TEMPAT: BTG7 (SSS) MASA: 9-10 PAGI (RABU) SOALAN 9 : BINCANGKAN PERANAN TUN HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN BAGI NEGERI SABAH. 1

Upload: mary-claudia

Post on 19-Nov-2015

55 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

tgok..

TRANSCRIPT

UNIVERSITI MALAYSIA SABAHAJ10203SEJARAH SABAH DAN SARAWAK

ELLY BIN JULIUS (BA13110084)NURUL AQILAH NABILAH BINTI IBRAHIM (BA13110378)SEKSYEN 1 (KHAMIS 2 - 4 PETANG)PENSYARAH : DR. BILCHER BALATUTOR: ENCIK AMRULLAH MARAININGTEMPAT: BTG7 (SSS)MASA: 9-10 PAGI (RABU)SOALAN 9 :BINCANGKAN PERANAN TUN HAJI MOHAMMAD FUAD STEPHENS DALAM MENCAPAI KEMERDEKAAN BAGI NEGERI SABAH.

9. Bincangkan peranan Tun Haji Mohammad Fuad Stephens dalam mencapai kemerdekaan bagi negeri Sabah.

1.0 PENGENALAN

Donald Stephens dilahirkan pada 14 September 1920, di Kudat [footnoteRef:1] iaitu sebuah pekan kecil di tepi pantai Timur Laut Sabah.[footnoteRef:2] Beliau ialah anak tertua dari adik beradik seramai empat orang.[footnoteRef:3] Bapa beliau, Jules Stephens adalah orang Australia dan ibunya Edith Cope adalah orang Kadazan.[footnoteRef:4] [1: Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah, 1968, hal. 42.] [2: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 18.] [3: Ibid.] [4: Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim, Governors Of British North Borneo And Heads Of State Of Sabah: A brief History, Sabah: Sabah State Library, 2009, hal. 202.]

Memandangkan ayahnya seorang pegawai kerajaan dan sering ditukarkan dari satu daerah ke daerah lain, maka persekolahan beliau turut berpindah - randah. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah St. James, Kudat, Sekolah St. Mary, Sandakan, Sekolah Rendah Melayu, Keningau dan Sekolah Sacred Heart Jesselton (Kota Kinabalu).[footnoteRef:5] [5: Sabihah Osman, Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah: Fungsi, Peranan Dan Biografi, Sabah: Universiti Malaysia Sabah, 2008, hal. 21.]

Pada 1950, beliau berkahwin dengan Ida (meninggal dunia pada April 1957). Pada 1952, mereka dikurniakan anak yang bernama John Benedict (Johari). Pada 8 Februari 1958, beliau berkahwin dengan Cecilia June (kemudian tukar kepada Toh Puan Hajjah Rahimah Stephens) dan dikurniakan 4 orang anak iaitu Richard Bernard (Affandy), James Denis (Asgari), Jean Heather (Faridah) dan Aimah Eluk (Fauziah).[footnoteRef:6] Beliau memeluk agama islam bersama keluarganya dan menukar namanya kepada Mohd. Fuad Stephens.[footnoteRef:7] [6: Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim, Governors Of British North Borneo And Heads Of State Of Sabah: A brief History, Sabah: Sabah State Library, 2009, hal. 202.] [7: Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah, 1968, hal. 42.]

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens boleh bertutur dalam beberapa bahasa seperti bahasa Inggeris, Melayu, Kantonis, Hakka, Kadazan, Bajau dan boleh memahami percakapan bahasa tempatan Sabah.[footnoteRef:8] [8: Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah, 1968, hal. 42.]

2.0 KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM:

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens mula bekerja sebagai guru pelatih.[footnoteRef:9] Tetapi beliau berhenti pada tahun 1941 dari menjadi guru dan pergi ke Singapura dengan harapan untuk memasuki Rancangan Latihan Udara Commonwealth.[footnoteRef:10] Tapi beliau gagal dalam pengambilan tersebut[footnoteRef:11] kerana jumlah pengambilan terlalu terhad.[footnoteRef:12] [9: Ibid. ] [10: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 18.] [11: Maimanah Haji Amin, Menjejaki Wawasan Pemimpin, Sabah: Jabatan Penerangan Negeri Sabah, 1968, hal. 42.] [12: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 18.]

Beliau kemudiannya berkhidmat dengan Syarikat Straits Trading di bawah Pengarah Urusan, Sir John Bagnell di Singapura. Beliau pernah menyertai Pasukan Pertahanan Awam Singapura, tetapi terpaksa meninggalkan perkhidmatan tersebut apabila Jepun masuk. Beliau pulang ke Sabah 1942 dan kemudian ditahan apabila pemerintahan Double Tenth Jepun di negeri itu.[footnoteRef:13] [13: Ibid., hal. 24.]

Selepas tamat pemerintahan Jepun 1945, beliau menjadi kontraktor yang membekalkan kayu balak untuk kerja-kerja pembangunan kepada Jabatan Kerja Raya. Tidak puas menjadi kontraktor, beliau mencuba mengadu nasib dalam dunia kewartawanan. Kerja orang surat khabar yang selalu sibuk menjaga tepi kain orang lain, rupa-rupanya telah menarik minat beliau. Beliau berazam bukan sahaja untuk menjadi wartawan, malah untuk memiliki sebuah syarikat surat khabar sendiri.[footnoteRef:14] [14: Ibid.]

Kerjayanya dalam kewartawanan bermula dalam tahun 1949 ketika beliau menjadi pemberita bagi daerah pantai Barat untuk akhbar North Borneo News (NBN). Beliau membuktikan bahawa dia memang mampu menjadi wartawan yang baik dengan NBN. Banyak berita yang diperolehi untuk akhbar tersebut adalah exclusive yang menarik dan setengah-setengahnya menjadikan follow up yang panjang berbulan-bulan.[footnoteRef:15] [15: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 24.]

Kerjanya di NBN membuatkan beliau lebih yakin untuk membuka syarikat surat khabar sendiri, lebih-lebih lagi apabila beliau mengetahui bahawa akhbar juga satu perusahaan yang menguntungkan dan menyeronokkan. Akhirnya cita-cita untuk membuka syarikat surat khabar sendiri tercapai dengan beliau membuka akhbarnya sendiri, Sabah Times dalam tahun 1953 dengan beliau sendiri menjadi pengurus dan Ketua Pengarang.[footnoteRef:16] [16: Ibid.]

Beberapa bulan kemudian, syarikatnya bergabung dengan NBN dan dinamakan sebagai North Borneo News and Sabah Times (NBN & ST). Kemudian dalam tahun 1955, beliau memiliki sepenuhnya syarikat tersebut dan menjadi penerbit.[footnoteRef:17] [17: Ibid.]

3.0 SUMBANGAN TUN FUAD STEPHENS:

3.1 Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO).

Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) adalah parti politik yang pertama ditubuhkan di Sabah. Ia dibentuk dalam bulan Ogos 1961. Pada umumnya parti orang-orang Kadazan, kaum yang terbesar di Sabah. Orang yang bertanggungjawab dalam penubuhan UNKO ialah Donald Stephens kemudian dikenali sebagai Tun Fuad Stephens. Beliau telah menjadi presiden pertama parti tersebut.[footnoteRef:18] Pada masa yang sama, Tun Fuad Stephens adalah ahli peniaga dan penerbit akhbar. Aktiviti-aktiviti mereka seperti hari ini adalah untuk mempromosikan budaya dan bahasa rakyat Kadazan, supaya mereka tidak akan meninggalkan dan dapat dinikmati oleh generasi muda dan akan datang.[footnoteRef:19] Parti Kaum Kadazan (UNKO) United National Kadazan Organizational pimpinan Donald Stephens menentang pembentukan Malaysia dan sebaliknya memperjuangkan kemerdekaan secara terasing.[footnoteRef:20] [18: M. Thambirajah, Malaysia Dalam Sejarah 3, Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd., 1979, hal. 48.] [19: James P. Ongkili edited by Anwar Sullivan & Ceceilia Leong, Commerative History of Sabah 1881 1981, Sabah: Sabah State Government, 1981, hal. 140.] [20: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 74.]

Pada peringkat awal ramai rakyat Borneo Utara yang sangsi terhadap gagasan Malaysia terutama parti-parti yang mewakili penduduk bukan islam. Namun begitu pada lewat tahun 1962 hingga tahun 1963, sebahagian besar penduduk telah berubah fikiran menerima penerangan tentang faedah faedah utama serta jaminan tentang kesangsian dan salah faham tentang kepentingan ekonomi serta politik yang akan dinikmati penduduk. Pengerusi UNKO, Donald Stephens yang dahulunya menentang gagasan Malaysia telah memberi sokongan yang kuat dan memujuk masyarakat Kadazan untuk menerima pembentukan Malaysia.[footnoteRef:21] [21: Ibid., hal. 75.]

3.2 Melalui akhbar.

Tun Haji Mohd. Fuad Stephens berjaya dalam perusahaan surat khabar beliau. Beliau bukan sahaja berbangga kerana memperolehi keuntungan daripada perusahaan itu, tetapi beliau lebih berbesar hati kerana melaluinya akhbarnya itu beliau dapat menyalurkan pendapat dan petunjuk untuk anak bangsa yang perlu bimbingan.[footnoteRef:22] Melalui akhbarnya, beliau telah cuba menyatukan penduduk tempatan supaya mereka dapat melindungi kepentingan-kepentingan mereka. Beliau telah memberikan perhatian yang berat terhadap perkembangan Bahasa Kadazan. Beliau adalah antara mereka yang menentang penggunaan perkataan Dusun yang digunakan bagi orang-orang Kadazan. Perkataan Dusun tidak lagi digunakan selepas tahun 1963.[footnoteRef:23] [22: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 24 & 25.] [23: M. Thambirajah, Malaysia Dalam Sejarah 3, Kuala Lumpur: Federal Publications Sdn. Bhd., 1979, hal. 49.]

3.3 Menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC), 1961.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia telah ditubuhkan semasa mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura pada Julai 1961.[footnoteRef:24] Jawatankuasa ini ditubuhkan hasil tindakan Persatuan Parlimen Komanwel (PPK) yang dibentuk pada pertengahan tahun 1961 apabila didapati pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menunjukkan kesangsian mereka terhadap pembentukan Malaysia. Dalam persidangan PPK di Singapura , keterangan lanjut telah diberi telah mengurangkan salah faham tentang konsep Malaysia[footnoteRef:25] dan akhirnya semua pemimpin bakal anggota Malaysia bersetuju membentuk Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. [footnoteRef:26] [24: Arkib Negara Malaysia, Arkib Warisan Eksklusif, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006, hal. 208.] [25: Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, ( Edisi Kedua), Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1996, hal. 359. ] [26: Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1997, hal. 70.]

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephens dari Sabah. Tujuan utama penubuhan MSCC ini ialah untuk melanjutkan penjelasan-penjelasan dan perbincangan-perbincangan mengenai konsep Malaysia.[footnoteRef:27] Jawatankuasa ini mempunyai tugas memberi penjelasan kepada rakyat dan mengumpul pendapat rakyat mengenai pembentukan Malaysia. Jawatankuasa ini merupakan sebuah jawatankuasa yang penting kerana ahlinya mempunyai kedudukan yang tinggi dalam negara masing-masing.[footnoteRef:28] Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Mereka mengadakan beberapa rundingan dan perbincangan yang melibatkan pemimpin Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak untuk memberikan penjelasan lanjut tentang gagasan Malaysia.[footnoteRef:29] [27: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 110.] [28: Arkib Negara Malaysia, Arkib Warisan Eksklusif, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd., 2006, hal. 208.] [29: Ruslan Zainuddin, Sejarah Malaysia ( Edisi Kedua), Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd., 2010, hal. 318.]

Pemerhati dari Brunei diketuai oleh Dato Setia Pangeran Mohd Ali bin Pangeran Haji Mohd Daud. Lain-lain menganggotainya ialah Dato Setia Pangeran Haji Mohamed, Yusof bin Pangeran Haji Abd Rahim, Haji Jamil bin Pehin Udana Khatib Awang Haji Umar, Pehin Dato Temenggung Lim Cheng Choo dan Datuk Abdul Aziz bin Haji Mohd. Zain. Perwakilan daripada Sabah diketuai oleh O.K.K. Datu Mustapha bin Datu Harun. Wakil-wakil yang lain terdiri daripada Phang Tet Tsung, G. S. Sundang, dan Lai En Kong. Perwakilan dari Sarawak diketuai oleh Yeo Cheng Heo . Lain-lain anggota perwakilan ialah Temenggung Jugah Anak Barieng, Abang Haji Openg bin Abang Sapiee, Pengarah Montegrai anak Tugang, Ling Beng Siew, James Wong Kim Min dan Remigius Durin anak Nganau. Persekutuan Melayu diwakili oleh Mohd Ismail bin Mohd Yusoff, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Lee Siok Yew, V.Manickavasagam, Abdul Ghani bin Ishak dan Syed Isa bin Alwee. Perwakilan ini diketuai oleh Mohd Khir bin Johari. Singapura diwakili oleh Ahmad bin Ibrahim, S. Rajaratnam, dan Dato Abdul Hamid Haji Jumat . Ketua perwakilan ialah Lee Kuan Yew.[footnoteRef:30] [30: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 110.]

Mesyuarat pertama telah diadakan di ibu negeri Sabah iaitu Jesselton (Kota Kinabalu) pada 24 Ogos 1961. Brunei tidak menghantar pemerhatinya kerana terlambat menerima undangan mesyuarat. Mesyuarat ini tidak mencapai apa- apa kejayaan yang penting kerana ketiadaan Pemerhati-pemerhati dari Brunei. Sabah merupakan sebab kedua kegagalan mesyuarat itu kerana di sana terdapat penentangan-penentangan yang kuat daripada penduduk-penduduk tempatan dan pemimpin-pemimpin Borneo.[footnoteRef:31] [31: Ibid.]

Pemimpin-pemimpin Borneo telah melahirkan keraguan mereka terhadap gagasan Malaysia. Donald Stephens sendiri yang menjadi pengerusi dan pengasas MSCC telah menyatakan keraguannya atas kemungkinan wilayah-wilayah Borneo itu akan menjadi tanah jajahan Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah melahirkan kebimbangannya itu kepada wartawan-wartawan luar negeri di Singapura dua minggu sebelum mesyuarat di Jesselton itu dimulakan.[footnoteRef:32] [32: Ibid., hal. 111.]

Beberapa orang wakil-wakil Borneo di dalam mesyuarat itu melahirkan kebimbangan mereka bahawa penubuhan Malaysia akan bermakna negeri-negeri yang kecil dan lemah akan ditelan oleh negeri-negeri yang besar dan kuat. Akhbar The Straits Times pada 26 Ogos 1961 telah menafikan tuduhan-tuduhan dan menenteramkan kebimbangan itu dengan menyatakan bahawa Malaysia tidak bermakna Persekutuan Tanah Melayu akan menjajah atau menelan negeri-negeri yang kecil. [footnoteRef:33] [33: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 111.]

Secara umumnya, tujuan-tujuan MSCC itu ialah untuk memperkenalkan serta menyebarkan dengan seluas-luasnya idea gagasan Malaysia supaya segala keraguan mengenainya dapat dihapuskan.[footnoteRef:34] Ia juga bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat-rakyat Borneo supaya mengemukakan syarat-syarat dan masalah mereka melalui wakil-wakil mereka.[footnoteRef:35] [34: Ibid., hal. 112.] [35: Ibid.]

Mesyuarat kedua yang diadakan di Kuching pada 18 hingga 20 Disember 1961 telah dihadiri oleh wakil-wakil dan pemerhati-pemerhati dari kelima-lima wilayah yang bekenaan. Dalam mesyuarat ini, perasaan keraguan masih lagi wujud dalam kalangan pemimpin-pemimpin Borneo itu. Namun, Donald Stephens telah menukarkan sikapnya kepada menyokong Malaysia. Pemerhati-pemerhati dari Brunei tidak menunjukkan tanda-tanda yang mereka cenderung kepada gagasan Malaysia.[footnoteRef:36] [36: Ibid.]

Pada keseluruhannya, mesyuarat kedua ini ternyata lebih berjaya dari mesyuarat yang pertama terdahulu. Tujuan MSCC yang asal telah bertukar kepada menghasilkan rumusan. Beberapa masalah yang telah dibincangkan seperti Perwakilan di dalam Dewan Rakyat Malaysia, kemasukan orang-orang Malaysia Barat ke wilayah-wilayah Borneo, perkhidmatan awam, kebebasan beragama, bahasa kebangsaan dan pembangunan ekonomi, menunjukkan wakil-wakil itu tertarik dengan gagasan Malaysia.[footnoteRef:37] [37: Ibid.]

Mesyuarat MSCC yang ketiga telah diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Januari 1962. Tengku Abdul Rahman sendiri telah memulakan perbincangan mengenai Malaysia. Masalah-masalah yang dibincang dalam mesyuarat ketiga ialah mengenai isu-isu politik dan perlembagaan yang sebahagian besarnya telahpun dibincangkan di Kuching dahulu. Mereka telah bersetuju untuk menerbitkan sebuah buku kecil yang mengandungi peraturan-peraturan dan catitan-catitan rundingan dalam bahasa-bahasa Melayu, Inggeris, Iban dan Kadazan untuk disebarkan kepada penduduk Borneo, Singapura dan Tanah Melayu. Keputusan ini diambil untuk menjalankan kempen publisiti mengenai Malaysia. Satu lagi keputusan yang diambil ialah untuk mengadakan rancangan bertukar-tukar lawatan oleh penduduk-penduduk dari segenap lapisan antara Tanah Melayu dengan wilayah-wilayah Borneo dan hendaklah dijalankan dengan secepat mungkin.[footnoteRef:38] [38: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 113. ]

Mesyuarat MSCC yang keempat yang diadakan di Singapura pada 1 Februari 1962 itu hanya merupakan lanjutan dari kesan-kesan kejayaan mesyuarat-mesyuarat MSCC yang lalu. Yang Dipertuan Negara Singapura dalam ucapan pembukaannya menyatakan bahawa kelimalima wilayah tersebut telah mencapai sepakat dalam bidang politik dan perlembagaan. Masalah ancaman Komunis menjadi pokok persoalan di dalam mesyuarat itu.[footnoteRef:39] [39: Ibid.]

Setelah beberapa perundingan penting diadakan, wakil-wakil dari setiap wilayah bersetuju dengan cadangan penyatuan. Antara perkara perkara penting yang dipersetujui ialah satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia, [footnoteRef:40] Perlembagaan Persekutuan 1957 diterima menjadi asas kepada Perlembagaan PersekutuanMalaysia, Malaysia akan mempunyai sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat, terutama dalam urusan perhubungan luar, pertahanan negara dan keselamatan dalam negeri, terdapat pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri, Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk menentukan kemasukan orang ramai ke wilayah itu, dan Bahasa Melayu diterima sebagai bahasa rasmi dan Islam sebagai agama rasmi.[footnoteRef:41] [40: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 81. ] [41: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 82.]

Ahli-ahli MSCC telah mengeluarkan satu memorandum 144 perenggan yang mengandungi semua syor-syor dan cadangan-cadangan yang telah dipersetujui dalam keempat-empat mesyuarat MSCC yang lalu. Memorendum itu telah diterbitkan serentak di kelima-lima wilayah yang berkenaan dan diserahkan kepada Suruhanjaya Cobbold pada 3 Februari 1962.[footnoteRef:42] [42: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 113 & 114.]

Pada keseluruhannya dapatlah dikatakan bahawa MSCC telah berjaya menjalankan tugas-tugas yang dipikulkan ke atasnya. Melalui peranan-peranan yang dijalankan, gagasan Malaysia yang masih dalam impian bertukar menjadi satu kenyataan yang konkrit.[footnoteRef:43] [43: Ibid., hal. 114.]

3.4 Turut Serta dalam Menandatangani Memorandum Malaysia dan 20 Perkara Sabah.

Memorandum Malaysia telah ditandatangani oleh Ketua-ketua perwakilan Persidangan MSCC di Singapura. Antara ketua-ketua perwakilan yang turut hadir ke upacara menandatangani Memorandum Malaysia ialah Datu Mustapha Bin Harun (Sabah), Dato Setia Pengiran Ali Bin Pengiran Haji Mohd. Daud (Brunei), Yeo Cheng Hoe (Sarawak), Mohd. Khir Johari (Tanah Melayu), dan Lee Kuan Yew (Singapura).[footnoteRef:44] [44: . Sabah Annual Report 1962, Jesselton: Jabatan Percetakan Kerajaan, 1962, hlm.24.]

Donald Stephens yang berperanan sebagai wakil pengerusi JPPM dari Sabah dan turut menandatangani Memorandum Malaysia. Berikut merupakan isi kandungan Memorandum Malaysia yang ditandatangani oleh ketua-ketua perwakilan MSCC ialah Perlembangan Persekutuan Tanah Melayu menjadi asas Perlembangan Malaysia, Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan, Islam agama rasmi tetapi rakyat mempunyai hak kebebasan beragama, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa lain masih boleh digunakan, hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak dijamin dan terpelihara serta perwakilan parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas sesuatu kawasan.[footnoteRef:45] [45: . Sabah Annual Report 1962, Jesselton: Jabatan Percetakan Kerajaan, 1962, hlm.24.]

Selain itu juga, untuk memperjelaskan lagi usaha mendapatkan jaminan perlindungan, lima buah parti politik di Sabah yang menyokong pembentukan Malaysia iaitu UNKO, USNO, MOMOGUN, Parti Bersatu (UP) dan Parti Demokrat (DP) telah menubuhkan Parti Perikatan Sabah pada September 1962.[footnoteRef:46] Parti ini telah berbincang sesama sendiri dan bersetuju mengemukakan satu memorandum khas bagi Sabah yang mengandungi 20 syarat yang menekankan bentuk-bentuk perlindungan bagi Sabah yang dikenali sebagai Perkara 20 yang diketuai oleh Donald Stephens. [46: Ibid.]

3.5 Turut Serta dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC)

Proses pembentukan Malaysia diteruskan pula oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) Inter - Government Committee. Tugas jawatankuasa ini ialah untuk mengadakan rundingan tentang perlembagaan dan menyediakan peruntukan bagi menjaga kepentingan negeri-negeri Borneo. [footnoteRef:47] Jawatankuasa yang dianggotai oleh semua negeri anggota itu bertujuan merancang bentuk negara yang akan lahir itu. Objektif khusus IGC adalah bagi merangka Perlembagaan Malaysia dan menangani isu-isu tertentu bagi memastikan hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak dilindungi. IGC ini dipengerusikan oleh Lord Landsdowne. Angota-anggota yang lain terdiri daripada Tun Abdul Razak, Donald Stephens, Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang lain wakil PTM.[footnoteRef:48] [47: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 84. ] [48: Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1997, hal. 71.]

Jawatankuasa Antara Kerajaan mengkaji segala butir-butir, pendapat-pendapat, dan syor-syor mengenai Malaysia dan kemudiannya membuat pindaan - pindaan dalam Pelembagaan Malaysia. Sebagai Suruhanjaya rasmi, ia merupakan badan yang lebih authoritative.[footnoteRef:49] [49: Mazlan Abdullah, Sejarah Malaysia Timur, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Kuala Lumpur, 1978, hal. 117. ]

Jawatankuasa ini telah menubuhkan lima buah jawatankuasa kecil untuk meneliti aspek Perlembagaan, kewangan, perundangan, kehakiman dan organisasi jabatan. Setelah bersidang sebanyak 18 kali antara 30 Ogos hingga 26 November 1962, rangka Perlembagaan pun dihasilkan dan pelbagai isu telah dirumus serta dipersetujui oleh semua pihak.[footnoteRef:50] [50: Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan, Kenegaraan Malaysia, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, 1997, hal. 71.]

Laporan IGC telah mendapat sambutan semua pihak. Di Borneo Utara, antara pihak yang memberi sokongan kuat kepada cadagan IGC ialah dua pemimpin negeri yang sangat berpengaruh iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan Donald Stephens. Stephens yang juga pengerusi Eksekutif Perikatan Borneo Utara misalnya menyatakan bahawa seluruh Borneo Utara menyambut baik Pembentukan Malaysia. Majlis Perundangan Borneo Utara meluluskan penerimaan cadangan IGC pada 13 Mac 1963.[footnoteRef:51] [51: Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan, Malaysia Melangkah Ke Hadapan, Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. ,2010, hal. 86.]

4.0 KESIMPULAN

Penglibatan Tun Fuad Stephens dalam pentadbiran negara apabila beliau menjadi ahli beberapa jawatankuasa pentadbiran di akhir-akhir tahun lima puluhan, termasuk Jawatankuasa Kewangan, Jawatankuasa Pembangunan, Lembaga Pentadbiran Pelajaran dan banyak jawatankuasa-jawatankuasa lain yang melibatkan pentadbiran pada masa itu. Beliau juga aktif dalam beberapa pertubuhan. Dari tahun 1954 hingga 1959 beliau menjadi Setiausaha Kelab Recreation Jesselton. Beliau juga menjadi ahli jawatankuasa dan Presiden Persatuan Mencegah Tibi Borneo Utara, Kelab Sukan Jesselton, Persatuan Bola Sepak Amator Borneo Utara, Persatuan Badminton Jesselton dan Pengerusi Sukan Borneo Utara.[footnoteRef:52] [52: Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim, Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu, Kuala Lumpur: Penerbitan Zoom Foto, 1976, hal. 16.]

Dalam tahun 1958, Tun Fuad Stephens menjadi Pengerusi Persatuan Kadazan. Belaiu menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu. Beliau juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Malaysia, beliau juga menjadi pengerusi bersama Jawatankuasa Antara Kerajaan Malaysia (International Governmental Committee of Malaysia). Dia juga salah seorang yang menandatangani perjanjian pembentukan Malaysia di London pada 8 Julai 1963. Beliau juga menjadi ahli Majlis tertinggi Kerajaan Borneo Utara dari tahun 1959. Beliau juga mengetuai Perwakilan Borneo Utara ke persidangan persatuan ahli-ahli parlimen Commonwealth di London pada tahun 1961.[footnoteRef:53] [53: Ibid., hal. 18.]

Jelaslah bahawa peranan yang dimainkan oleh Tun Fuad Stephens dalam memperjuangkan kemerdekaan di Borneo Utara bukanlah perkara yang mudah untuk di kecapi. Hal ini demikian kerana, sumbangan beliau amat besar dan bermakna bagi negeri Sabah malah penyertaan Sabah dalam membentuk Malaysia merupakan satu tindakan yang membawa kebaikan kepada penduduk negeri ini tidak kira dari segi politik, ekonomi dan sosial. Hal ini telah menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang tokoh negarawan yang telah mengorbankan sebahagian hayatnya untuk kepentingan bangsa dan negara.

5.0 RUJUKAN

Arkib Negara Malaysia. 2006. Arkib Warisan Eksklusif. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Asnarulkhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Selangor : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

James P. Ongkili edited by Anwar Sullivan & Ceceilia Leong. 1981. Commerative History of Sabah 1881 1981. Sabah : Sabah State Government.

Maimanah Haji Amin. 1968. Menjejaki Wawasan Pemimpin. Sabah : Jabatan Penerangan Negeri Sabah. Mazlan Abdullah. 1978. Sejarah Malaysia Timur. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors. M. Thambirajah. 1979. Malaysia Dalam Sejarah 3. Kuala Lumpur : Federal Publications Sdn. Bhd.

Nadzan Haron & Rozeman Abu Hassan. 2010. Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Ruslan Zainuddin. 2010. Sejarah Malaysia ( Edisi Kedua) . Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.Sabihah Osman. 2008. Institusi Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah : Fungsi, Peranan Dan Biografi. Sabah : Universiti Malaysia Sabah.

Syed Abdullah Bin Syed Ibrahim. 1976. Tun Fuad Kenangan Sepintas Lalu. Kuala Lumpur : Penerbitan Zoom Foto. Tuan Haji Balsidu Bin Haji Ibrahim. 2009. Governors Of British North Borneo And Heads Of State Of Sabah: A brief History. Sabah : Sabah State Library.

Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan Dan Perkembangan ( Edisi Kedua). Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

. 1962. Sabah Annual Report 1962. Jesselton: Jabatan Percetakan Kerajaan.

1