soalan

3
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai aktiviti kesukarelawanan dan langkah-langkah menambah bilangan sukarelawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesukarelawanan merupakan aktiviti sosial yang mempunyai martabat tinggi dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana, sukarelawan merupakan individu yang melakukan kerja amal secara ikhlas. Mereka membantu tanpa mengharapkan balasan, ganjaran atau sebagainya. Mereka mendapat manfaat dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyalurkan potensi diri berdasarkan minat. Berdasarkan pendapat beberapa orang sukarelawan, mereka melibatkan diri dalam kesukarewanan kerana minat mereka bertemu dengan orang ramai. Kesukarelawanan menjadikan mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang tugas. Mereka yang memerlukan bantuan mempunyai keperluan yang berbeza dan khusus. Tambahan pula, sukarelawan yang gemar akan cabaran bersedia untuk melakukan tugas yang diperlukan walaupun di luar bidang tugas sendiri. Melalui aktiviti kesukarelawanan, mereka dapat mengertakan silaturahim antara rakan seperjuangan daripada pelbagai latar belakang. Malah, hubungan itu dapat dijalin dengan masyarakat awam dan golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, bangsa, negara atau agama. Hubungan mereka terjalin sama ada ketika dalam keadaan sukar menghadapi bencana atau pascabencana. Selepas terlepas daripada bencana, biasanya mereka memerlukan bantuan kewangan atau sokongan moral dalam usaha membina kehidupan baharu. Kegiatan kesukarelawanan sebenarnya dapat membentuk diri seseorang itu lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi. Semasa menjalankan aktiviti, sukarelawan berhubung dengan individu daripada pelbagai peringkat umur, kaum serta bahasa dan budaya yang berbeza. Di sinilah terletak keperluan sukarelawan untuk berhubung atau berkomunikasi. Kerja sukarelawan memberikan peluang kepada individu itu berkongsi pengalaman atau masalah hidup. Mereka juga boleh berkongsi maklumat dengan pihak lain yang menghadapi masalah yang sama. Malah, menjadi sukarelawan sebenarnya amat menarik dan banyak memberikan manfaat kepada mereka. Sukarelawan ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dapat memberikan kemahiran mengawal emosi. Mereka berpeluang bergaul dengan pelbagai peringkat masyarakat. Sudah tentu pergaulan tersebut membentuk kematangan peribadi sukarelawan. Mereka juga dapat menambah kemahiran yang berguna bukan sahaja semasa di bangku sekolah, malah ketika menempuh alam remaja dan dewasa.

Upload: david-harrison

Post on 11-Aug-2015

569 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: soalan

Soalan 1 : Rumusan[30 markah]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah menyertai aktiviti kesukarelawanan dan langkah-langkah menambah bilangan sukarelawan. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kesukarelawanan merupakan aktiviti sosial yang mempunyai martabat tinggi dalam masyarakat kita. Hal ini demikian kerana, sukarelawan merupakan individu yang melakukan kerja amal secara ikhlas. Mereka membantu tanpa mengharapkan balasan, ganjaran atau sebagainya. Mereka mendapat manfaat dalam bentuk kepuasan kerana dapat menyalurkan potensi diri berdasarkan minat. Berdasarkan pendapat beberapa orang sukarelawan, mereka melibatkan diri dalam kesukarewanan kerana minat mereka bertemu dengan orang ramai. Kesukarelawanan menjadikan mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang tugas. Mereka yang memerlukan bantuan mempunyai keperluan yang berbeza dan khusus. Tambahan pula, sukarelawan yang gemar akan cabaran bersedia untuk melakukan tugas yang diperlukan walaupun di luar bidang tugas sendiri.

Melalui aktiviti kesukarelawanan, mereka dapat mengertakan silaturahim antara rakan seperjuangan daripada pelbagai latar belakang. Malah, hubungan itu dapat dijalin dengan masyarakat awam dan golongan yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, bangsa, negara atau agama. Hubungan mereka terjalin sama ada ketika dalam keadaan sukar menghadapi bencana atau pascabencana. Selepas terlepas daripada bencana, biasanya mereka memerlukan bantuan kewangan atau sokongan moral dalam usaha membina kehidupan baharu. Kegiatan kesukarelawanan sebenarnya dapat membentuk diri seseorang itu lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi. Semasa menjalankan aktiviti, sukarelawan berhubung dengan individu daripada pelbagai peringkat umur, kaum serta bahasa dan budaya yang berbeza. Di sinilah terletak keperluan sukarelawan untuk berhubung atau berkomunikasi.

Kerja sukarelawan memberikan peluang kepada individu itu berkongsi pengalaman atau masalah hidup. Mereka juga boleh berkongsi maklumat dengan pihak lain yang menghadapi masalah yang sama. Malah, menjadi sukarelawan sebenarnya amat menarik dan banyak memberikan manfaat kepada mereka. Sukarelawan ketika berhadapan dengan pelbagai kerenah manusia dapat memberikan kemahiran mengawal emosi. Mereka berpeluang bergaul dengan pelbagai peringkat masyarakat. Sudah tentu pergaulan tersebut membentuk kematangan peribadi sukarelawan. Mereka juga dapat menambah kemahiran yang berguna bukan sahaja semasa di bangku sekolah, malah ketika menempuh alam remaja dan dewasa.

Aktiviti kesukarelawanan memberikan ruang kepada sukarelawan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang memberikan kepuasan. Aktiviti tersebut dapat mengurangkan kebosanan akibat kerja rutin khususnya mereka yang gemar akan kelainan dan perubahan. Mereka sentiasa dibimbing untuk menjadi sukarelawan yang berkesan melalui penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan dan bantuan kemanusiaan.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Sukarelawan dan Sahsiah Diri” oleh Roziah Ahma Moin, Dewan Siswa, Disember 2011)

Soalan 2 : Pemahaman

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata martabat tinggi. [2 markah](ii) Bagaimanakah ikatan hubungan antara sukarelawan dengan masyarakat awam? [3 markah](iii) Pada pendapat anda, mengapakah sukarelawan memerlukan bimbingan untuk

menyertai aktiviti kesukarelawanan? Huraikan dua alasan anda. [4 markah]

Page 2: soalan

SKEMA JAWAPANSoalan 1: Rumusan

PendahuluanPetikan membincangkan kebaikan/manfaat menyertai aktiviti kesukarelawanan.

Isi tersurat (Faedah)1. Mendapat kepuasan kerana dapat menyalurkan potensi diri berdasarkan minat. 2. Sukarelawan menjadikan mereka boleh bekerja dalam pelbagai bidang tugas. 3. Mereka dapat mengeratkan silaturahim antara rakan. 4. Dapat membentuk diri seseorang itu lebih berkeyakinan dalam berkomunikasi. 5. Memberikan peluang kepada individu berkongsi pengalaman tentang masalah hidup. 6. Boleh berkongsi maklumat dengan pihak lain. 7. Dapat memberikan kemahiran mengawal emosi. 8. Dapat bergaul dengan pelbagai peringkat masyarakat. 9. Membentuk kematangan peribadi sukarelawan. 10. Dapat menambah kemahiran yang berguna. 11. Memberikan ruang kepada sukarelawan mengisi masa lapang. 12. Mengurangkan kebosanan akibat kerja rutin.

Isi tersirat (Langkah-langkah)1. Menyebarkan maklumat kesukarelawanan kepada masyarakat denga lebih luas. 2. Memberikan penghargaan/ganjaran kepada sukarelawan. 3. Mengadakan aktiviti kesukarelawanan dengan lebih banyak. 4. Memberika kesedaran kepada orang ramai tentang kepuasan dalam aktiviti kesukarelawanan/digalakkan

dalam ajaran agama.

KesimpulanKesimpulannya, kita hendaklah menyokong aktiviti kesukarelawanan agar masalah masyarakat dapat diatasi.

Soalan 2: Pemahaman

1. Rangkai kata martabat tinggi bermaksud mempunyai kedudukan yang mulia/dihormati.

2. Sukarelawan dan masyarakat awam mempunyai hubungan yang erat. Hubungan itu terjalin tanpa mengira perbezaan kaum, agama, bangsa atau negara. Hubungan mereka juga terjalin bukan sahaja semasa menghadapi bencana malah kekal terjalin selepas itu. Sukarelawan membantu masyarakat awam dari segi kewangan dan moral untuk mereka membina kehidupan baharu.

3. Pada pendapat saya, sukarelawan memerlukan bimbingan kerana mereka tiada kemahiran dalam bidang tugas yang diperlukan oleh orang awam. Selain itu, mereka memerlukan bimbingan dari segi sikap dan kemahiran berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, sukarelawan perlu memahami orang ramai yang berhadapan dengan masalah. Mereka perlu berkomunikasi dengan baik agar tidak timbul salah faham atau konflik.