soalan 2

6
EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013 SOALAN 2 : INTERPRETASI DATA YANG DIPEROLEHI FASA SATU: SEBELUM PROSES MEMBIMBING Pra-persediaan Dalam peringkat ini perkara-perkara yang kami pertimbangkan ialah mengkaji latar belakang saudari Roshini. Segala maklumat peribadi Roshini dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kami memahami persoalan sebenar Roshini. Di tahap ini, kami membentuk hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan. Pada awal sesi, kami menjadikan Roshini lebih selesa. Kmi menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa kami sentiasa prihatin dan bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen yang kami ambil kira di tahap ini adalah : Tempat sesi kaunseling : Sebelum memulakan sesi bimbingan kami memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan Roshini merasa selesa untuk menghadiri sesi bimbingan dan seterusnya sesi tersebut dapat diadakan dengan jayanya. Tahap kemampuan kami dengan Roshini : Sebelum memulakan sesi kami mengambil kira tahap kemampuan sama ada diri sendiri dan Roshini. Selain dari itu, kami peka akan tahap kemampuan Roshini. Apabila kami di kedua pihak masing-masing bersedia untuk memulakan proses bimbingan, persetujuan antara kami kedua-dua pihak bagi memulakan proses bimbingan dipersetujui.

Upload: ramapraba-thannimalai

Post on 15-Apr-2016

8 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bjgjgjk,l

TRANSCRIPT

Page 1: soalan 2

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013

SOALAN 2 : INTERPRETASI DATA YANG DIPEROLEHI

FASA SATU: SEBELUM PROSES MEMBIMBING

Pra-persediaan

Dalam peringkat ini perkara-perkara yang kami pertimbangkan ialah

mengkaji latar belakang saudari Roshini. Segala maklumat peribadi Roshini

dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kami memahami

persoalan sebenar Roshini. Di tahap ini, kami membentuk hubungan dan

seterusnya memberikan pertolongan.

Pada awal sesi, kami menjadikan Roshini lebih selesa. Kmi menyatakan

tujuan pertemuan dengan jelas dan tekankan bahawa kami sentiasa prihatin dan

bersedia membantu setakat yang terdaya. Dua komponen yang kami ambil kira di

tahap ini adalah :

Tempat sesi kaunseling : Sebelum memulakan sesi bimbingan kami memikirkan

dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuai untuk berbincang

tanpa banyak gangguan. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan

Roshini merasa selesa untuk menghadiri sesi bimbingan dan seterusnya sesi

tersebut dapat diadakan dengan jayanya.

Tahap kemampuan kami dengan Roshini : Sebelum memulakan sesi kami

mengambil kira tahap kemampuan sama ada diri sendiri dan Roshini. Selain dari itu,

kami peka akan tahap kemampuan Roshini. Apabila kami di kedua pihak masing-

masing bersedia untuk memulakan proses bimbingan, persetujuan antara kami

kedua-dua pihak bagi memulakan proses bimbingan dipersetujui.

FASA DUA : SEMASA PROSES BIMBINGAN

Setelah peringkat pra-persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan

bimbingan diteruskan. fasa kedua iaitu fasa “semasa proses bimbingan”. Dalam fasa

ini, kami melibatkan Roshini kepada peringkat penyediaan dan kemasukan,

penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan

perancangan.

Page 2: soalan 2

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013

(i) Peringkat penyediaan dan kemasukan

Di tahap ini, temu bual secara minima dilakukan oleh cikgu tilaga dan Roshini.

Sewaktu memulakan Cikgu Tilaga menggunakan soalan-soalan yang dapat

membina hubungan dengan murid. Jarak kedudukan antara cikgu tilaga dan Roshini

juga diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi.

(ii) Peringkat penetapan/penjelasan

Pada peringkat ini, Cikgu tilaga cuba mendapatkan gambaran yang jelas

tentang permasalahan yang dihadapi oleh Roshini serta menentukan matlamat

kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak Roshini. Roshini mudah bercakap

dan meluahkan perasaan segala isi hatinya, Cikgu Tilaga terus mendorong Roshini

untuk terus bercerita. Cikgu Tilaga menggalakkan Roshini menghurai dan

menentukan pernyataannya tentang cara pengurusan masa yang efektif

dikehendaki. Pada peringkat ini, mendorong Roshini sendiri mancari jalan untuk

mengurusakan diri dalam masa yang ditetapkan. Akhirnya Cikgu Tilaga sudah boleh

mencungkil kehendak sebenar Roshini. Roshini hanya perlukan sebuah jadual

harian yang perlu dipatuhinya dalam kehidupan seharian.

(iii) Peringkat Penstrukturan

Di peringkat ini, Roshini menentukan Cikgu Tilaga boleh dipercayai. Tahap

penstrukturan ini akan menentukan sifat, batasan dan matlamat perhubungan

menolong. Cikgu Tilaga memberitahu Roshini langkah-langkah yang diambil bagi

menyediakannya arah yang sedang dituju. Roshini dengan bantuan cikgu Tilaga

menghasilkan sebuah jadual waktu. (LAMPIRAN 2) bagi berusaha mencapai

matlamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya.

(iv) Peringkat Perhubungan

Di peringkat ini, Cikgu Tilaga mengeratkan perhubungan antara Roshini.

Perhubungan akan terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang

dirasai oleh Roshini ketika sesi bimbingan dijalankan. Pada peringkat ini, Cikgu

Tilaga juga mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta

dengan memberi nasiahat tentang cara pemakanan yang baik dan jangan menelan

makanan. Harus dikunyah sebagai cara untuk menunjukkan kemesraan

Page 3: soalan 2

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013

(v) Peringkat Penerokaan

Dalam peringkat ini, kami memperolehi maklumat murid tersebut. Kami

mengenal pasti murid tersebut menghadapi masalah dari segi pengurusan masa.

Selepas itu, Kami memilih sehari untuk membuat temu bual dengan murid yang

bermasalah tersebut. Sebelum temu bual kami tentukan soalan-soalan yang hendak

dikemukakan dalam masa temu bual, dan sediakannya secara bertulis serta

bersistematik dengan mengikut turutan yang sesuai. Semasa temu bual sesi

pertama saudari Roshini memperkenalkan diri dan latar belakang keluarga. Semasa

menjalankan temu bual Cikgu Tilaga menggunakan kemahiran menyoal,

menumpukan perhatian, dorongan minima dan kemahiran menyemak persepsi. Hal

ini saudari Roshini dapat merasakan dirinya lebih difahami dan memberi peluang

kepada saudari Roshini untuk membetulkan persepsinya serta mamastikan

bimbingan sedang berada di landasan yang benar. Cikgu Tilaga menggunakan

kemahiran mendengar yang aktif untuk mendapat maklumat yang maksimum

daripada saudari Roshini sebelum membimbingnya.

Dalam sesi pertama, Cikgu Tilaga mendapatkan maklumat murid seperti latar

belakng murid tesebut dan membimbingan dalam tabiat pemakanan yang betul dan

cara mengurusakan masa untuk pembelajaran seharian dengan sistematiknya.

Cikgu Tilaga menggunakan kemahiran dorongan minima. Seterusnya, membimbing

Saudari Roshini untuk membuat jadual sendiri bagi menguruskan masanya.

(LAMPIRAN 3)

(vi) Peringkat Pengukuhan Dan Peringkat Perancangan

Dalam sesi kedua, Cikgu Salini meneruskan temu bual dengan bertanya

soalan tentang hobi, cita-cita murid, dan cara mengurus masa untuk berinteraksi

dengan ibu bapa dan perasaan murid semasa mengurus masa dengan jadual

waktunya. Semasa temu bual Cikgu Salini sebagai guru pembimbing berusaha

mendapatkan gambaran yang jelas tentang masalah yang roshini hadapi selepas

penggunaan jadual hariannya. Pada peringkat ini, Cikgu Salini mempraktikan

kemahiran menyoal soalan- soalan terbuka yang boleh mendorongkan Roshini

meluahkan perasaannya. Roshini menyatakan bahawa walaupun dia mengikuti

jadual hariannya dia tidak dapat berinteraksi bersama ibu bapanya kerana susah

hendak bertemu pun. Cikgu Salini membimbingnya dengan mengemukakan idea

Page 4: soalan 2

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK 2013

menulis surat dan menghantar. Roshini Berasa gembiara dengan idea dan

mngikutinya. Surat (LAMPIRAN 4).

Fasa tiga: Selepas proses kaunseling

Peringkat penamatan

Dalam peringkat ini kami dua pihak mencapai satu keputusan untuk menguruskan

masa dengan bijak. Penamatan sesi dicapai melalui persetujuan antara kami

dengan Roshini. Di peringkat ini juga hasil Roshini dirumuskan.

Kami mengikuti teknik-teknik behavioral untuk membantu saudari Roshini

mencapai matlamat bimbingan. Antaranya adalah seperti Teknik operan seperti

latihan asertif, pembentukan; Teknik klasikal seperti desentisasi bersistematik dan

Pengurusan kendiri termasuk pemantauan kendiri. Tugasan kerja rumah seperti

menghantar surat kepada ibu bapanya membantu Roshini untuk amalkan apa yang

dipelajari dalam sesi bimbiingan dalam aktiviti seharian masing-masing

Kesimpulannya, kami melalui penghasilan video ini dapat mengenali peranan

seorang guru bimbing yang seharusnyan peka dengan masalah ataupun pakara

yang dibincangkan bersama kliennya. Kami juga faham bahawa kemahiran asas

kaunseling yang hendak dilaksanakan mestilah bersesuaian dengan masa, situasi,

dan keadaan klien.