soalan 1 - web viewkliennya iaitu dato’ adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari sultan...

5
PMM/JP/P5205/SESI JANUARI 2009 SOALAN 1 Malaysian Institute of Accountants (MIA) atau Institut Akauntan Malaysia telah mengeluarkan satu undang-undang kecil berkenaan dengan etika dan tingkahlaku juruaudit yang dinamakan MIA By Laws dan berkuatkuasa pada 2 April 1990. Kod etika tersebut perlu dipatuhi oleh setiap ahli yang berdaftar dengannya. a) Nyatakan DUA (2) tujuan kod etika tersebut diperkenalkan. (5 markah) b) Berdasarkan situasi di bawah, anda dikehendaki untuk menyatakan Kod Etika (MIA By Laws) yang bersesuaian berserta penerangan yang jelas. i. Ralf adalah adik ipar Kimi manakala Raikonnen adalah abang Kimi. Kimi dan Raikonnen adalah pemegang saham dalam Kimi Raikonnen Berhad. Kebetulan Ralf adalah seorang daripada juruaudit yang mengaudit Kimi Raikonnen Berhad. Kimi dan Raikonnen menawarkan 1% saham dalam syarikat mereka kepada Ralf sebagai hadiah perkahwinannya dengan adik mereka dan beliau bersetuju menerimanya. ii. Marsha & Associate adalah sebuah firma audit yang terkenal di Ampang. Kliennya iaitu Dato Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan beliau bercadang untuk mengiklankan ucapan tahniah kepada Dato Adi di dalam Berita Harian bersaiz 30cm x 20cm. Juga diselitkan dalam ucapan tahniah tersebut ialah nama Marsha & Associates dan aktiviti yang dijalankan olehnya. iii. Miss Qin telah bekerja dengan sebuah syarikat audit selama 15 tahun dan bercadang untuk membuka firma auditnya yang bernama Miss Qin & Associates. Secara amnya, Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas audit. iv. Baqir & Partners baru sahaja dilantik sebagai juruaudit bagi syarikat Amanjaya Berhad, bagi menggantikan juruaudit lama yang telah bertugas bagi tempoh 3 tahun kewangan sebelumnya. Pihak Amanjaya Berhad telah menghalang Baqir & Partners daripada berhubung dengan juruaudit lama syarikat tersebut bagi kerja-kerja audit kerana mempunyai masalah dengan juruaudit lamanya. v. Candy adalah seorang juruaudit di syarikat Nizar & Associate. Semasa keluar makan bersama kawan-kawannya, Candy bercerita tentang satu pakatan penipuan di syarikat kliennya di mana kes itu masih berada di peringkat awal siasatan. (20 markah) SOALAN 2 1/3

Upload: hoangnhu

Post on 13-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: SOALAN 1 - Web viewKliennya iaitu Dato’ Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan ... Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas

PMM/JP/P5205/SESI JANUARI 2009

SOALAN 1

Malaysian Institute of Accountants (MIA) atau Institut Akauntan Malaysia telah mengeluarkan satu undang-undang kecil berkenaan dengan etika dan tingkahlaku juruaudit yang dinamakan MIA By Laws dan berkuatkuasa pada 2 April 1990. Kod etika tersebut perlu dipatuhi oleh setiap ahli yang berdaftar dengannya.

a) Nyatakan DUA (2) tujuan kod etika tersebut diperkenalkan. (5 markah)

b) Berdasarkan situasi di bawah, anda dikehendaki untuk menyatakan Kod Etika (MIA By Laws) yang bersesuaian berserta penerangan yang jelas.

i. Ralf adalah adik ipar Kimi manakala Raikonnen adalah abang Kimi. Kimi dan Raikonnen adalah pemegang saham dalam Kimi Raikonnen Berhad. Kebetulan Ralf adalah seorang daripada juruaudit yang mengaudit Kimi Raikonnen Berhad. Kimi dan Raikonnen menawarkan 1% saham dalam syarikat mereka kepada Ralf sebagai hadiah perkahwinannya dengan adik mereka dan beliau bersetuju menerimanya.

ii. Marsha & Associate adalah sebuah firma audit yang terkenal di Ampang. Kliennya iaitu Dato’ Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan beliau bercadang untuk mengiklankan ucapan tahniah kepada Dato’ Adi di dalam Berita Harian bersaiz 30cm x 20cm. Juga diselitkan dalam ucapan tahniah tersebut ialah nama Marsha & Associates dan aktiviti yang dijalankan olehnya.

iii. Miss Qin telah bekerja dengan sebuah syarikat audit selama 15 tahun dan bercadang untuk membuka firma auditnya yang bernama Miss Qin & Associates. Secara amnya, Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas audit.

iv. Baqir & Partners baru sahaja dilantik sebagai juruaudit bagi syarikat Amanjaya Berhad, bagi menggantikan juruaudit lama yang telah bertugas bagi tempoh 3 tahun kewangan sebelumnya. Pihak Amanjaya Berhad telah menghalang Baqir & Partners daripada berhubung dengan juruaudit lama syarikat tersebut bagi kerja-kerja audit kerana mempunyai masalah dengan juruaudit lamanya.

v. Candy adalah seorang juruaudit di syarikat Nizar & Associate. Semasa keluar makan bersama kawan-kawannya, Candy bercerita tentang satu pakatan penipuan di syarikat kliennya di mana kes itu masih berada di peringkat awal siasatan.

(20 markah)

1/3

Page 2: SOALAN 1 - Web viewKliennya iaitu Dato’ Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan ... Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas

PMM/JP/P5205/SESI JANUARI 2009

SOALAN 2

Maklumat kewangan syarikat induk dan anak-anak syarikat perlulah disatukan untuk memberi gambaran keseluruhan tentang kedudukan kewangan kumpulan syarikat tersebut. Juruaudit utama adalah bertanggungjawab dalam memberi pendapat audit ke atas penyata kewangan syarikat kumpulan sama ada memberikan gambaran yang benar dan saksama.

a) Jelaskan LIMA (5) tanggungjawab juruaudit syarikat induk dan DUA (2) tanggungjawab juruaudit anak-anak syarikat.

(14 markah)

b) Berikan TIGA (3) sebab prinsip dan asas perakaunan di antara syarikat induk dan anak syarikat perlu diseragamkan.

(6 markah)

c) Walaupun penyatuan maklumat kewangan syarikat induk dan anak syarikat merupakan satu keperluan, namun terdapat keadaan yang mengecualikan penyatuan seperti itu. Senaraikan LIMA (5) pengecualian tersebut.

(5 markah)

SOALAN 3

Objektif utama juruaudit adalah memberi pendapat ke atas Penyata Kewangan. Walau bagaimanapun, semasa menjalankan audit, juruaudit juga perlu mempertimbangkan risiko salah nyataan yang material dalam penyata kewangan disebabkan oleh penipuan (frod) atau ralat (kesilapan)

a) Berikan definisi penipuan (frod) dan nyatakan DUA (2) jenis penipuan. (6 markah)

b) Nyatakan DUA (2) perbezaan di antara penipuan dan ralat (kesilapan). (4 markah)

c) Nyatakan TIGA (3) keadaan yang memungkinkan berlakunya penipuan atau kesilapan dan terangkan TIGA (3) faktor yang meningkatkan risiko berlakunya penipuan

( 9 markah)

d) Terangkan tanggungjawab juruaudit dalam melaporkan berkaitan dengan penipuan dan kesilapan

( 6 markah)

2/3

Page 3: SOALAN 1 - Web viewKliennya iaitu Dato’ Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan ... Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas

PMM/JP/P5205/SESI JANUARI 2009

SOALAN 4

a) Nyatakan definisi liabiliti luar jangka menurut FRS 137.(2 markah)

b) Berikan TIGA (3) prosedur audit yang boleh digunakan bagi mengenalpasti liabiliti luar jangka.

(6 markah)

c) Apakah yang anda faham tentang kejadian selepas tarikh kunci kira-kira? Mengapakah penting bagi juruaudit untuk memeriksa kejadian selepas tarikh kunci kira-kira?

(3 markah)

d) Jelaskan DUA (2) jenis kejadian selepas tarikh kunci kira-kira. (4

markah)

e) Firma Edward & Rakan telah dilantik sebagai juruaudit Syarikat Serapi Sdn Bhd. Kerja-kerja pengauditan telah pun disiapkan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008. Penyata kewangan syarikat ini akan diterbitkan pada 31 Mac 2009. Namun begitu, terdapat beberapa situasi yang berlaku yang boleh menjurus kepada Peristiwa Selepas Tarikh Kunci Kira-kira dan Liabiliti Luar Jangka.

Berikut adalah situasi-situasi tersebut. Analisa dan berikan pendapat anda mengenai apakah tindakan yang wajar dilakukan untuk menangani situasi ini;

i. 1 Januari 2009, Syarikat Samson Sdn Bhd yang merupakan penghutang terbesar syarikat telah diisytiharkan muflis. Jumlah hutang Syarikat Samson Sdn Bhd adalah RM50,000.

ii. 1 Februari 2009, Syarikat Serapi Sdn Bhd telah mengisukan 10% debentur yang bernilai RM100,000 kepada pihak awam.

iii. 12 Februari 2009, sebuah gudang milik Syarikat Serapi Sdn Bhd telah terbakar dan hampir separuh stok yang bernilai RM35,000 telah hangus. Stok tersebut adalah stok baru yang belum lagi diinsurankan.

iv. 20 Februari 2009, telah berlaku perubahan di dalam polisi syarikat di mana masa bekerja telah berubah daripada 8.30 pagi – 5.30 ptg kepada 7.30 pagi – 4.30 ptg.

v. 22 Februari 2009, seorang pelanggan Syarikat Serapi Sdn Bhd telah memfailkan saman ke atas syarikat kerana produk yang digunakan telah menyebabkan beliau jatuh sakit dan jumlah saman yang difailkan belum ditentukan.

(10 markah)

3/3

Page 4: SOALAN 1 - Web viewKliennya iaitu Dato’ Adi akan dianugerahkan pingat kebesaran dari Sultan Kedah pada bulan depan dan ... Miss Qin sememangnya arif dalam melaksanakan tugas-tugas

PMM/JP/P5205/SESI JANUARI 2009

-SOALAN TAMAT-

4/3